EDISI 01/14
KKDN PQ /PP1505 (2888) PP 2888/02/2012 (029110)
S u a ra
KOPERASI K h a s
u n t u k
a n g g o t a
K o p e r a s i
Te n t e r a
Wawancara Eksklusif Bersama
Bendahari Koperasi Tentera Perasmian Cawangan Koperasi Ke-19 Sorotan Peristiwa MAT Sorotan
Tanggungjawab Sosial KT
Nota Editor
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca budiman. Kedatangan tahun 2014 disambut dengan rasa syukur dan keazaman yang tinggi bagi memperbaiki kelemahan atau kekurangan diri berbanding pada tahun yang sebelumnya. Begitu juga dengan Koperasi Tentera (KT), pelbagai perancangan telah diagendakan bagi memastikan KT kekal cemerlang dan kompetitif. Pada edisi 01/14 kali ini, Sidang Redaksi telah menyajikan pelbagai informasi terkini buat pembaca budiman termasuk paparan Wawancara Eksklusif bersama Bendahari Koperasi Tentera, YBrs Lt Kol Hamidi bin Achin, Perasmian Pejabat Cawangan Subang Perdana serta pelbagai aktiviti tanggungjawab sosial yang telah dijalankan demi kebaikan dan kebajikan anggota Koperasi Tentera. Antaranya adalah pemberian sumbangan kepada masjid dan surau serta sumbangan zakat kepada Sekolah Tahfiz dan Anak Yatim Angkatan Tentera Malaysia. Turut kami paparkan sorotan peristiwa Mesyuarat Agung Tahunan KT, berita promosi dan ceramah, kunjungan hormat dari Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan serta penerima Pampasan Insurans Takaful Berkelompok ATM. Akhir kata, semoga penerbitan Suara Koperasi ini dapat dimanfaatkan dan menjadi saluran informasi berkaitan program & aktiviti semasa Koperasi Tentera kepada semua pembaca budiman. Salam hormat dan Wasalam.
Suara
KOPERASI K h a s
KANDUNGAN
Eksklusif Bersama Bendahari KT Perasmian Cawangan KT ke 19 Program Tanggungjawab Sosial
u n t u k
a n g g o t a
Ko p e ra s i
Te n t e ra
KKDN PQ /PP1505 (2888) PP 2888/02/2012(029110)
EDISI 01/14
S I DA N G E D I TO R I A L
03 05 07
Pe n a u n g Brig Jen Dato’ Ahmad Zahudi bin Hj Salleh (Bersara) Pe n a s i h a t Tuan Hj Shamshudin bin Khalid
........................................... Ke t u a Pe n g a r a n g Nurhayati binti Othman Pe n g a r a n g Lt Kol Ismail bin Ali (Bersara) Kapt Mohd Zamani bin Abdullah (Bersara) Norazian binti Abdullah Nurfitri Liana binti Zakaria Noor Marzuati binti Mohamad
Sorotan Peristiwa MAT
09
Promosi & Ceramah
11
Fo t o g r a f i Ishak bin Ahmad Nurfitri Liana binti Zakaria
Kunjungan / Lawatan
14
...........................................
Pampasan Insurans STBATM
15
Ar-RahnuKT
17
Diterbitkan oleh: Koperasi Tentera Wisma Koperasi Tentera No 1, Jalan 2/65C, Off Jalan Pahang Barat, 53000 Kuala Lumpur. Dicetak oleh: Marzuq Print & Trading No 38, Jalan SM 1A, Taman Sunway Batu Caves, Gombak 68100 Batu Caves, Selangor.
Sidang Editorial SUARA KOPERASI amat mengalu-alukan sebarang sumbangan yang bernas berbentuk artikel dan cadangan untuk keluaran akan datang. Sila hantarkan bahan tersebut kepada : Unit Perhubungan Awam (Terbitan SUARA KOPERASI) Wisma Koperasi Tentera No 1, Jalan 2/65 C, Off, Jalan Pahang Barat, 53000 Kuala Lumpur Tel : 0340272711/2703 Emel:
[email protected]
EKSKLUSIF
WAWANCARA EKSKLUSIF BERSAMA BENDAHARI KOPERASI TENTERA
LEFTENAN KOLONEL HAMIDI BIN ACHIN Lt Kol Hamidi bin Achin, anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan ini adalah merupakan lulusan Sarjana Sains Komputer (Keselamatan Informasi) dari Universiti Teknologi Malaysia dan Sarjana Pengajian Pertahanan dari National University of Bangladesh. Beliau mula berkhidmat di dalam Angkatan Tentera Malaysia pada 29 Julai 1989 dan jawatan beliau adalah sebagai Komandan Pusat Latihan Peperangan Elektronik ATM sejak 1 September 2012. Pada Mesyuarat Agung Tahunan 2011, beliau telah dipilih sebagai Anggota Lembaga Koperasi dan seterusnya menjawat jawatan Bendahari sehingga kini. Beliau juga menganggotai Jawatankuasa Kewangan, Jawatankuasa Pembiayaan & Keanggotaan dan Jawatankuasa Pemandu ICT di dalam Koperasi Tentera. Selama hampir 3 tahun menjadi Bendahari, beliau telah mewakili KT dalam persidangan/seminar peringkat nasional dan antarabangsa seperti World Festival and ICA Expo 2012 di Manchester dan 1st Asia Pacific Co-operative Registrars’ Conference 2013 di Subang Jaya, Selangor. S1: Bolehkah tuan kongsikan bersama pembaca tugas hakiki yang perlu dilaksanakan oleh Bendahari Koperasi Tentera (KT) di dalam barisan Anggota Lembaga Koperasi.
Tugas hakiki saya sebagai Bendahari menurut Undang-undang Kecil (UUK) yang telah ditetapkan adalah: Mengendalikan/ memantau segala urusan perniagaan Koperasi. Menjaga/mengawal kewangan koperasi. Menyelenggara/ kemaskini akaun koperasi dengan sempurna. Membentangkan belanjawan, untung dan rugi koperasi kepada pihak Lembaga sebelum dibentangkan di Mesyuarat Agung Tahunan (MAT). Memantau urusan kewangan koperasi secara keseluruhan.
03
Halaman
S2: Selaku Bendahari Koperasi Tentera, apakah inisiatif yang telah dijalankan bagi memastikan Koperasi Tentera bersaing secara sihat dengan koperator-koperator lain?
Koperasi Tentera beroperasi berdasarkan Akta Koperasi yang dikeluarkan oleh Kerajaan dan UUK Koperasi Tentera yang diluluskan dalam MAT serta garis panduan dari Bank Negara dan SKM. Setiap cadangan atau pelan pembangunan KT adalah berpandukan peraturan ini dan Lembaga sering mengingatkan pihak Pengurusan supaya mematuhinya. KT adalah organisasi yang sangat kukuh dari segi kewangan dan kepakaran pengurusan kewangan. Bagi saya tiada keperluan untuk KT bersaing dengan koperator lain kerana keahlian KT adalah eksklusif mengikut UUK yang ada. Walau bagaimanapun, KT boleh membantu koperator yang sederhana, tetapi berdaya saing dengan memberi pinjaman kewangan setelah KT menjadi bank pada tahun 2015. Sekiranya ada keperluan, KT boleh bergabung dengan koperator lain untuk mewujudkan komuniti koperasi yang lebih kukuh dan besar, serta mampu bersaing di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Komuniti ini boleh mempelbagaikan perniagaan dengan mengetengahkan produk baru yang kompetitif.
Suara Koperasi 2014
S5: Koperasi Tentera kini sedang giat melaksanakan persiapan menjadi sebuah bank koperasi menjelang 2015. Apakah pandangan dan aspirasi tuan terhadap transformasi ini?
Transformasi ini adalah perlu, memandangkan KT sudah melebihi usia 50 tahun ditubuhkan dan, dengan tempoh ini beberapa penemuan serta tindakan perlu dilaksanakan oleh KT. KT perlukan transformasi kerana pendapatan dan perniagaan yang ada tidak boleh menjamin pulangan yang maksimum kepada ahli dan ianya telah tepu. KT perlukan transformasi kerana produk dan pelanggan yang ada telah mencapai tahap maksimum. KT perlu mengembangkan produk dan pasaran yang lebih luas. KT perlu transformasi untuk lebih berdaya saing, telus, lebih teratur dan mematuhi piawaian Malaysia dan antarabangsa S3 : Apakah pandangan tuan mengenai prestasi kewangan semasa Koperasi Tentera berbanding tahun-tahun sebelum ini?
KT perlu transformasi selari dengan kemajuan teknologi, kemajuan tahap pemikiran dan kemajuan Negara. KT perlu transformasi untuk kekal teguh dan memberi faedah yang sewajar kepada ahli.
Secara ringkasnya prestasi kewangan KT 2013 menunjukkan penurunan sebanyak 8% (lebih kurang RM19 juta). Ini jika dibandingkan dengan tahun lepas, di mana ada pendapatan diluar jangka hasil pelaburan saham Pacific Mas. Dalam program transformasi KT untuk menjadi bank koop, kita perlu pelaburan di dalam sistem IT dan sumber manusia untuk menjamin kelancaran perancangan sepenuhnya.
S4: Koperasi Tentera telah menerima Anugerah Koperasi Perdana 2013 sempena Hari Koperasi Negara pada 24 Ogos 2013 berdasarkan kejayaan dan sumbangan Koperasi Tentera dalam urus tadbir dan perlaksanaan aktiviti dengan cemerlang. Pada pandangan tuan, bagaimanakah Koperasi Tentera dapat mengekalkan kecemerlangan ini untuk tahun-tahun seterusnya?
Alhamdulillah, KT telah menerima anugerah ini dan ini merakamkan pengiktirafan kerajaan kepada organisasi yang kita sayangi ini. Walau bagaimanapun, untuk menentukan kecemerlangan ini beberapa langkah perlu diambil seperti berikut: Kekalkan dan menambahbaik proses yang ada. Motivasi staff untuk meningkatkan mutu kerja. Menetapkan Petunjuk Prestasi Kerja (KPI) untuk merancang, menilai prestasi dan seterusnya mengiktiraf pekerja yang cemerlang. Mewujudkan budaya saing yang sihat. Mematuhi segala arahan dan peraturan semasa disamping Akta dan UUK yang telah ditetapkan.
S6: Sebagai mengakhiri sesi wawancara ini, apakah pesanan dan saranan tuan kepada semua anggota setia Koperasi Tentera?
Saya berbangga menjadi ahli dan sebahagian dari agen perubahan KT. Percayalah KT perlu berubah demi keselesaan semua ahli. Changes are imminent for a better future. Saya dengan rendah diri ingin menyeru semua ahli yang menjadi tulang belakang, akan terus menyokong KT untuk masa depan. Ini akan memberi ruang untuk KT lebih maju, demi menjamin pulangan yang lebih baik. Saya juga berharap anggota KT berbangga menjadi pemegang saham, seterusnya pemilik koperasi yang kukuh dari segi kewangan dan juga diuruskan oleh Pengurusan yang professional. InsyaAllah, kita akan bersama di dalam arus pembangunan, naik turun bersama KT, kerana KT pernah menunjukkan prestasi yang cemerlang, semestinya ia mampu diulangi lagi.
Halaman
04
BERITA
PERASMIAN PEJABAT CAWANGAN KT KE 19 DI SUBANG PERDANA
SUBANG PERDANA, 22 Mei 2014 - Koperasi Tentera telah mengadakan Majlis Perasmian Cawangan Subang Perdana yang bertempat di Jalan Dinar B U3/B, Seksyen U3, Taman Subang Perdana, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg Lt Kol Hamisan bin Mian, Naib Pengerusi Koperasi Tentera. Cawangan Koperasi Tentera di Subang Perdana adalah yang ke-19 dan mula beroperasi pada 17 Mac 2014. Ia memberi perkhidmatan kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia dan semua kakitangan awam yang berkhidmat dengan Kementerian Pertahanan di kawasan yang berhampiran. Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah produk kewangan seperti skim pembiayaan syariah dan skim takaful berkelompok. Koperasi Tentera turut mensasarkan sebuah lagi cawangan baru di Temerloh, Pahang pada penghujung tahun ini.
05
Halaman
Suara Koperasi 2014
Menurut Lt Kol Hamisan, pihak Pengurusan Koperasi turut akan membuka dua cawangan mini di sekitar kem tentera iaitu di Kem Pangkalan Chepa dan Pangkalan Udara Labuan. Pembukaan cawangan mini ini adalah hasil cadangan pihak kerajaan terhadap pembukaan Military Community Transformation Centre (MCTC). Hadir sama semasa peramian Cawangan Subang Perdana adalah Lt Kol Haris bin Hassan, wakil komander Pangkalan Udara Subang. Turut hadir pada majlis ini adalah barisan Anggota Lembaga Koperasi iaitu Mej Jen Dato’ Mohd Noor bin Said TUDM, dan Lt Kol Hamidi bin Achin. Para jemputan yang turut memberi sokongan adalah wakil daripada Pasukan Polis, Pasukan Bomba dan institusi perbankan setempat seperti Maybank serta anggota Tentera dari Kem Sg Buloh dan Pangkalan Udara Subang.
Halaman
06
BERITA
PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL: SUMBANGAN KORPORAT KOPERASI TENTERA
KOPERASI LAKSANAKAN SUMBANGAN KORPORAT KEPADA PENDUDUK SETEMPAT
Subang Perdana, 22 Mei 2014 - Koperasi Tentera telah mengadakan majlis penyerahan sumbangan kepada masjid-masjid terpilih bersempena Majlis Perasmian Cawangan Koperasi Tentera yang ke-19 di Subang Perdana.
Sumbangan korporat ini diserahkan kepada 4 buah masjid dan surau disekitar Sg Buloh dan Subang Perdana.
Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh Lt Kol Hamisan bin Mian, Naib Pengerusi Koperasi Tentera. Sumbangan korporat ini adalah sebagai sokongan bantuan bagi melaksanakan aktiviti dan keperluan masjid tersebut.
1. Masjid Pangkalan Udara Subang, Shah Alam
07
Halaman
Masjid dan surau yang menerima sumbangan tersebut adalah: 2. Masjid An-Nur, Kg Melayu Subang 3. Masjid Bandar Baru Sg Buloh, Sg Buloh 4. Surau Al- Istiqamah, Kem Sg Buloh
Suara Koperasi 2014
PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL: SUMBANGAN ZAKAT KEPADA STAY ATM
SEKOLAH TAHFIZ & ASRAMA ANAK YATIM ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
SG. BESI, 29 April 2014 - Pihak Koperasi Tentera telah menyerahkan sumbangan zakat kepada Sekolah Tahfiz dan Asrama Anak Yatim Angkatan Tentera Malaysia atau lebih dikenali sebagai STAY ATM. Sekolah ini mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Mac 2013 dengan pengambilan awal seramai 34 orang pelajar dan kini seramai 46 orang pelajar telah berdaftar sebagai pelajar tahfiz termasuk 8 orang anak yatim. STAY ATM ini ditubuhkan untuk memberi pelindungan dan pengajian tafhiz kepada anak yatim di seluruh negara termasuk anak-anak yatim anggota tentera. STAY ATM ini dikelolakan oleh Pengurusan Tentera Darat. Sumbangan tersebut disempurnakan oleh Lt Kol Hamidi bin Achin, Bendahari Koperasi Tentera.
Halaman
08
PERISTIWA
SOROTAN PERISTIWA Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Tentera Sekitar Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Angkatan Tentera di Dewan Bahasa pada 13 Januari 1979.
Promosi Perumahan di Mesyuarat Agung Tahunan di Bangunan RISDA Jalan Ampang pada tahun 1986 bagi projek perumahan Taman Kotawira Taiping.
Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Tentera yang Ke-21 oleh Menteri Pertahanan Malayis YB Datuk Abdullah bin Ahmad Badawi pada tahun 1986
Keratan Akhbar berkaitan Mesyuarat Agung yang ke-23 oleh Menteri Pertahanan, Tengku Ahmad Rithauddeen di Pusat Islam, Kuala Lumpur pada tahun 1988
09
Halaman
Keratan Akhbar berkaitan Mesyuarat Agung yang ke-22 pada tahun 1987
Pengundian pada AGM ke 23 yang berlangsung di Pusat Islam, Kuala Lumpur pada 29 Oktober 1988 oleh YB Tengku Ahmad Rithauddin Al-Haj bin Tengku Ismail
Suara Koperasi 2014
Sekitar Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Angkatan Tentera yang ke-33 di Auditorium Perdanasiswa, Universiti Malaya pada 28 Jun 1998.
Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Hj Mohd Shafie bin Hj Afdal hadir Merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Tentera ke 35 pada Jun 2000 di Dewan Perhebat, Kem Sg Buloh.
Sekitar Pengundian semasa di Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Angkatan Tentera yang ke-26 di Pusat Islam pada 16 November 1991.
Para penerima anugerah sempena Msyuarat Agung Tahunan Koperasi Tentera yang ke-43 yang dirasmikan oleh Panglima Tentera Darat, YBhg Jen Tan Sri Muhammad Ismail bin Hj Jamalluddin.
Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Tentera yang ke-48 yang dirasmikan oleh Menteri Pertahanan, YBhg Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein di Dewan Perhebat, Kem Sg Buluh pada 30 Jun 2013 .
Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Tentera yang ke-47 yang dirasmikan Oleh Menteri Pertahanan, YBhg Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi di Dewan Perhebat, Kem Sg Buluh pada 24 Jun 2012
Halaman
10
BERITA
PROMOSI & CERAMAH PAMERAN HARI ULANGTAHUN TLDM YANG KE 80 DI KD SULTAN IDRIS
25 APRIL 2014 - Koperasi Tentera telah menyertai pameran sempena hari Ulangtahun Tentera Laut Diraja Malaysia yang ke 80 Tahun. Pameran ini telah berlangsung pada 25 hingga 26 April 2014 di KD Sultan Ismail, Pangkalan TLDM Tanjung Pengelih, Johor. Majlis perasmian pameran ini telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Kota Tinggi, Yang Berhormat Norazam bin Osman. Upacara perasmian ini turut diiringi oleh Pegawai Memerintah Pangkalan, Kepten TLDM Zakaria bin Mansor. Sambutan adalah amat menggalakkan di mana Koperasi Tentera telah menerima lebih daripada 500 orang pengunjung di sepanjang dua hari pameran berlangsung. Yang Berhormat juga turut berkunjung ke ruang pameran Koperasi Tentera semasa majlis berlangsung. Penyertaan Koperasi Tentera pada pameran ini adalah untuk memberikan perkhidmatan dan penerangan secara terus kepada anggota di Pangkalan TLDM Tanjung Pengelih.
11
Halaman
Suara Koperasi 2014
UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA
KEM SG BESI
24 MEI 2014 - Koperasi Tentera telah dijemput untuk menyampaikan talimat kepada Pegawai Kadet bagi Pengambilan 2014 yang bertempat di Wisma Pegawai Kadet, UPNM, Jalan Sungai Besi. Sesi taklimat ini disampaikan oleh Kapt Mohd Zamani bin Abdullah (Bersara), Pengurus Keanggotaan dan En. Azhar Mat Salleh, Pegawai Insurans. Sesi taklimat ini dihadiri oleh seramai 470 anggota serta anggota kakitangan penyelaras. Kehadiran pihak Koperasi Tentera ke pasukan ini adalah atas jemputan Komandan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.
KD SRI KLANG
PANGKALAN TLDM PULAU INDAH 25 MEI 2014 - Koperasi Tentera telah hadir ke KD Sri Klang, Pangkalan TLDM Pulau Indah untuk menyampaikan taklimat berkaitan Insurans Berkelompok ATM kepada anggota PSSTLDM dan Palapes Laut Universiti. Sesi taklimat ini dihadiri oleh seramai 50 orang anggota. Sesi taklimat ini disampaikan oleh En. Azhar Mat Salleh, Pegawai Insurans. Kehadiran Koperasi Tentera ke pasukan ini adalah atas jemputan Pegawai Memerintah, KD Sri Klang.
Halaman
12
BERITA
BENGKEL PENGURUSAN TUNTUTAN SKIM TAKAFUL INSURANS BERKELOMPOK ATM Bengkel Pengurusan Tuntutan Skim Takaful Insurans Berkelompok ATM (STBATM), telah diadakan di seluruh negara. Objektif bengkel ini adalah untuk memberikan pendedahan dan penjelasan berkenaan prosedur membuat tuntutan dan keperluan dokumentasi kepada pihak pasukan yang menguruskan tuntutan peserta skim.
MARKAS 7 BRIGED INFANTRI KEM MAHKOTA KLUANG
KLUANG, 30 APRIL 2014 - Koperasi Tentera telah dijemput untuk hadir memberi taklimat kepada anggota di Markas 7 Briged Infantri, Kem Mahkota, Kluang, Johor. Taklimat ini dihadiri seramai 45 orang jemputan termasuk pegawai. Sesi penerangan taklimat ini telah disampaikan oleh Kapt Mohd Zamani bin Abdullah (Bersara), Pengurus Keanggotaan Koperasi Tentera dan Encik Mohd Taufek bin Yaakup, Wakil Great Eastern Takaful Berhad.
INSTITUT PEGAWAI KANAN TD PORT DICKSON PORT DICKSON, 30 APRIL 2014 - Koperasi Tentera telah memberikan taklimat berkaitan Tuntutan Insurans Berkelompok ATM kepada anggota Penuntut Pegawai di Institut Pegawai Kanan Tentera Darat. Sesi taklimat dokumentasi tuntutan ini telah disampaikan oleh En Azhar bin Mat Salleh, Pegawai Insurans Koperasi Tentera. Seramai 48 penuntut pegawai. Brig Jen Abd Kadir bin Ahmad, Komander serta 7 orang pegawai INSPEKA turut hadir di taklimat ini.
13
Halaman
Suara Koperasi 2014
KUNJUNGAN / LAWATAN ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD
ANGKASA WILAYAH PERSEKUTUAN
Koperasi Tentera berkongsi ilmu pengetahuan bersama Koperator-koperator Wilayah Persekutuan . 7 MEI 2014 – Koperasi Tentera telah menerima kunjungan dari Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Wilayah Persekutuan dengan kehadiran seramai 30 orang yang diketuai oleh YBhg Dato’ Hj Ismail bin Nordin selaku Pengerusi JPAN Wilayah Persekutuan. Turut hadir adalah Timbalan President Angkasa; Tuan Hj Mutadho bin Bahri serta koperator-koperator dari perlbagai koperasi di sekitar Wilayah Persekutuan Tujuan lawatan kerja ini adalah untuk berkongsi pengetahuan berkaitan pengurusan dan tadbir urus koperasi bersama koperator-koperator Wilayah Persekutuan. JPAN Wilayah Persekutuan melihat Koperasi Tentera sebagai sebuah model inovasi transformasi dan pemangkin pembangunan Koperasi Negara. Sesi taklimat kepada para koperator telah disampaikan oleh YBhg. Brig Jen Dato’ Ahmad Zahudi bin Hj Salleh (Bersara), Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Tentera.
Halaman
14
BERITA
PAMPASAN INSURANS TAKAFUL BERKELOMPOK ATM LT KDR KHAIRUDIN BIN MOHD ARSAD TERIMA PAMPASAN KECEDERAAN 23 Jan 2014 - Kapt Zukarani bin Talib, Pengarah PUSPEKA telah mewakili Koperasi Tentera bagi melaksanakan serahan cek papasan kepada Lt Kdr Khairudin bin Mohd Arshad. Majlis ringkas ini diadakan di Markas Bantuan Perkhidmatan, Pangkalan TLDM Lumut. Anggota mengalami kecederaan pada 8 Ogos 2012 jam 11.30 malam akibat kemalangan dengan sebuah kereta di persimpangan jalan menghala Ke Teluk Intan, Perak. Anggota telah mengalami kecederaan patah tangan kanan. Anggota telah menerima bayaran pampasan sebanyak RM45,820.00
WARIS PBT MOHAMAD NAZERIZAL BIN MOHD DESA TERIMA PAMPASAN KEMATIAN 8 Mac 2014 - Waris Allahyarham 1168709 Pbt Mohammad Nazerizal bin Mohd Desa teleh menerima bayaran pampasan sebanyak RM94,000.00. Majlis serahan ringkas telah diadakan di rumah waris yang beralamat di Taman Pinang Tunggal, Sg Petani, Kedah. Allahyarham telah meninggal dunia pada 8 Julai 2012 akibat kemalangan jalan raya di kilometer 33.7 Lebuhraya Utara Selatan. Anggota mengalami kecederaan Interaabdominal Injury with Left Pneumothorax.
15
Halaman
Suara Koperasi 2014
INSURANS : MAKLUMAN ANGGOTA PINDAAN PROSEDUR TUNTUTAN HILANG UPAYA SKIM TAKAFUL BERKELOMPOK ATM Adalah dimaklumkan bahawa berkuatkuasa 01 Mac 2014, syarikat Great Eastern Takaful Berhad (GETB) telah menetapkan prosedur terkini bagi proses tuntutan hilang upaya Skim Takaful Berkelompok ATM seperti berikut: Tempoh penilaian ke atas hilang upaya peserta adalah 1 tahun selepas tarikh kemalangan Proses memajukan dokumen lengkap adalah dalam tempoh 1 tahun sehingga 2 tahun tertakluk kepada terma dan syarat Bayaran tuntutan pampasan hilang upaya peserta akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank peserta Peserta perlu melengkapkan Borang Pindahan Terus / E-Pembayaran (Individu) yang disediakan oleh pihak GETB semasa memajukan permohonan Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Unit Tuntutan Bahagian Insurans Koperasi Tentera di talian berikut:Unit Proses Tuntutan: 03-40272600 sambungan 675, 676, 785, 734 Unit Proses Pembayaran Tuntutan: 03-40272600 sambungan 786, 678
PERTUKARAN PENANGGUNG SKIM MEDIC KT Adalah dimaklumkan berkuatkuasa 01 Mei 2014 Penanggung kepada Skim Medik KT Koperasi Tentera telah bertukar daripada AIA INSURANCE BERHAD kepada AIA PUBLIC TAKAFUL BERHAD Pertukaran penanggung ini tidak menjejaskan apa-apa perlindungan yang diberikan kepada ahli untuk kemudahan kemasukan ke hospital seperti yang telah disenaraikan pada penanggung yang terdahulu. Urusan kemasukan hospital dan pengeluaran Surat Jaminan (Guarantee Letter) sila hubungi talian bebas tol 1-300-88-8933. Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Unit Tuntutan Bahagian Insurans Koperasi Tentera di talian berikut:Unit Kemasukan dan Pendaftaran: 03-40272600 sambungan 681, 680, 738 atau 018 - 352 3996 Unit Tuntutan: 03-40272600 sambungan 786, 785, 734 atau 018 – 352 3990
Halaman
16
AR-RAHNUKT
Koperasi Tentera telah mula menyediakan perkhidmatan Pajak Gadai yang dikenali sebagai Ar-RahnuKT pada tahun 2012. Perkhidmatan ini berkonsepkan Syariah adalah terbuka kepada ahli Koperasi Tentera dan semua lapisan masyarakat. Ar-RahnuKT menawarkan pinjaman sehingga 70% melalui proses gadaian emas. Perkhidmatan ini diperkenalkan dengan tujuan untuk menyediakan alternatif bagi memenuhi keperluan pinjaman tunai secara segera dan mengelakkan unsur ‘riba’ dalam urusan pajak gadai. Ar-RahnuKT memberi perkhidmatan yang adil dan telus kepada semua golongan masyarakat tidak kira agama dan bangsa. KONSEP APLIKASI GADAIAN ISLAM AR-RAHNUKT Qard (Pinjaman) Pinjaman yang diberikan kepada penggadai berdasarkan nilai Marhun atau sebarang jumlah yang dipersetujui oleh pemegang gadaian. Al Wadiah Yad Dhomanah (Simpanan Dengan Jaminan) Pemegang gadaian menyimpan barang gadaian dan menjamin keselamatan barang tersebut. Ujrah Pemegang gadaian mengenakan upah simpan ke atas penggadai berdasarkan nilai sebenar marhun.
PRODUK PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN Ar-Rahnu Prihatin Sasaran bagi skim ini adalah kepada mereka yang memerlukan jumlah tunai yang sederhana dengan segera serta kadar upah yang rendah. Ar-Rahnu Prima Sasaran bagi skim ini adalah mereka yang memerlukan tunai segara yang lebih tinggi dengan mengenakan kadar upah kompetitif.
17
Halaman
Suara Koperasi 2014
Ar-Rahnu KT menawarkan pinjaman sehingga 70% daripada nilai emas serta caj serendah RM 0.55
PENEBUSAN GADAIAN Penebusan gadaian boleh dibuat secara ansuran atau, Sekaligus pada bila-bila masa sebelum atau pada tarikh matang.
CARA MEMOHON
Tertakluk kepada perubahan semasa polisi Ar-RahnuKT
Isi borang permohonan 1 salinan pengenalan diri Barangan kemas yang hendak digadai Hantar ke kaunter Ar-Rahnu untuk penilaian dan dapatkan tunai dengan segera
KELEBIHAN AR-RAHNUKT Pinjaman Mengikut Syariah
KELAYAKAN PERMOHONAN
Cepat, Mudah Dan Selamat. Barang Kemas Dijamin Keselamatannya. Kadar upah tetap tidak berubah sehingga penebusan penuh
Terbuka kepada semua individu warganegara Malaysia
Tempoh gadaian lebih lama
Berumur 18 tahun ke atas
Untuk sebarang keterangan, sila berhubung terus ke cawangan Ar-Rahnu KT berdasarkan maklumat yang tertera di bawah :
CAWANGAN AR-RAHNU KT 1
Ar-Rahnu KT Cawangan Sg Besi No 57 Jalan Tasik Utama 4, The Trillium Lake Fields, Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur TEL : 03-90545900
3
Ar-Rahnu KT Cawangan Kluang No 45, Jalan Rambutan, 86000 Kluang, Johor Darul Takzim TEL : 07-7711861
2
Ar-Rahnu KT Cawangan Melaka No. 14, Lorong 2, Jalan Desa Taming Sari, Taman Desa Taming Sari, 76300 Sungai Udang Melaka, TEL : 06-3574870
4
Ar-Rahnu KT Cawangan Wangsa Maju No 86, Jalan Wangsa Maju Delima 6 53300 Kuala Lumpur TEL : 03-4142 1943
Halaman
18
PEJABAT CAWANGAN KOPERASI TENTERA ZON UTARA KOPERASI TENTERA CAWANGAN SUNGAI PETANI NO. 6, LENGKOK CEMPAKA 1 BANDAR AMAN JAYA 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH TEL: 04-4420978/4425962 FAK: 04-4413259
KOPERASI TENTERA CAWANGAN JITRA NO 46, JALAN TOK JALAI KOLEJ HEIGHTS UTARA 06000 JITRA, KEDAH TEL: 04-7141829/7141829 FAKS: 04-7141835
KOPERASI TENTERA CAWANGAN BUTTERWORTH NO. 15, JALAN SELAT, TAMAN SELAT 12000 BUTTERWORTH TEL: 04-3324480/81 FAK: 04-3324482
KOPERASI TENTERA CAWANGAN LUMUT PT NO. 4169 & 4170, PERSIARAN SULTAN YUSUF IZZUDIN SHAH 32200 LUMUT, PERAK DARUL RIDZUAN TEL: 05-6836591/94 FAK:05-6836573
KOPERASI TENTERA CAWANGAN TAIPING NO 20, JALAN MEDAN SAUJANA 8 MEDAN SAUJANA KAMUNTING 34600 KAMUNTING, PERAK TEL: 05-8041786/8041792 FAKS: 05-8041813
KOPERASI TENTERA CAWANGAN IPOH NO 21, GROUND FLOOR, PERSIARAN GREENTOWN 8 PUSAT PERDAGANGAN GREENTOWN 30450 IPOH, PERAK TEL: 05-2546370/2547591 FAK: 05-2556724
ZON PANTAI TIMUR KOPERASI TENTERA CAWANGAN KOTA BHARU PT 360, TINGKAT BAWAH JALAN SRI CEMERLANG, SEKSYEN 27 15300 KOTA BHARU, KELANTAN TEL: 09-7483225 FAK: 09-7446964
KOPERASI TENTERA CAWANGAN KUANTAN No.28,JALAN SERI DAMAI 38, PERKAMPUNGAN SERI DAMAI AMAN, 25150 KUANTAN, PAHANG TEL: 09-5393291/95 FAK: 09-539108
ZON TENGAH KOPERASI TENTERA CAWANGAN SG BESI NO. 57, TINGKAT 1, JALAN TASIK UTAMA 4 MEDAN NIAGA TASIK DAMAI, THE TRILLIUM LAKE FIELDS, 57000 KUALA LUMPUR TEL: 03-90545906/907 FAKS: 03-90545904
KOPERASI TENTERA CAWANGAN SUBANG PERDANA
NO.17, TINGKAT BAWAH JALAN DINAR U3/B, SEKSYEN U3 TAMAN SUBANG PERDANA 40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN TEL : 03-78400225/229 FAX: 03-78400338
ZON SELATAN KOPERASI TENTERA CAWANGAN PORT DICKSON NO 63, JALAN MAHAJAYA 71000 PORT DICKSON, N. SEMBILAN TEL:06-6464046/6464069 FAK: 06-6463879
KOPERASI TENTERA CAWANGAN GEMAS NO. 42 & 43 JALAN PASAR LAMA 73400 GEMAS, NEGERI SEMBILAN TEL:07-9481581/1587 FAKS: 07-9481801
KOEPRASI TENTERA CAWANGAN MELAKA NO. 16, (TINGKAT BAWAH) LORONG 2, JLN DESA TAMING SARI, TMN DESA TAMING SARI, 76300 SUNGAI UDANG, MELAKA TEL: 06-3574880/81 FAK: 06-3574882
KOPERASI TENTERA CAWANGAN TEBRAU NO 51, JALAN ROS MERAH 2/3 TAMAN JOHOR JAYA 81100 JOHOR BAHRU TEL: 07-3553640/3553716 FAKS: 07-554014
KOPERASI TENTERA CAWANGAN MERSING NO 9 & 10, JALAN JETI BANDAR TEPIAN SUNGAI 86800 MERSING, JOHOR TEL: 07-7998590/91 FAKS: 07-7998357
KOPERASI TENTERA CAWANGAN KLUANG NO 47 & 49 JALAN RAMBUTAN 86000 KLUANG, JOHOR TEL: 07-7731704 FAK: 07-7731694
ZON SABAH/SARAWAK KOPERASI TENTERA CAWANGAN KOTA KINABALU SHOPLOT NO. 6, BLOK D PUTATAN PLATINUM PLAZA 88200 KOTA KINABALU, SABAH TEL: 088-734275/6 FAK: 088-734273
KOPERASI TENTERA CAWANGAN KUCHING NO 4 & 5, PHASE 11, LOT 1020 BLOK 46 KCLD, 7TH MILE BAZAAR JALAN PENRISSEN 93250 KUCHING, SARAWAK TEL: 082-614717 FAK: 082-611727
KOPERASI TENTERA CAWANGAN SIBU NO 6A, (LOT 16) TINGKAT 1 LAICHEE LANE 96000 SIBU, SARAWAK TEL: 084-320327/347662 FAKS:084-324485
KOPERASI TENTERA
Wisma Koperasi Tentera
No 1, Jalan 2/65 C, Off Jalan Pahang Barat, 53000 Kuala Lumpur. Tel: 03-40272600 Faks: 03-40253804 Email:
[email protected]