KERANGKA DAN MEKANISMA PENENTUAN KOS SEBENAR KE ATAS PRODUK KEWANGAN ISLAM Prof Madya Dr Azman Mohd Noor Jabatan Fiqh dan Usul al-Fiqh, Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Warisan, UIAM
1
Tiada halangan syarak untuk memaksimakan keuntungan menerusi akadakad yang dibenarkan syarak
Namun timbul isu Syariah apabila upah/caj diambil daripada perkhidmatan pinjaman dan hutang
Bagaimanakah penetapan kos sebenar ditentukan?
Dalam kontek kos yang berkait dengan hutang, menurut AAOIFI, kos sebenar merujuk kepada kos secara langsung yang tidak membawa kepada tambahan yang boleh ditafsirkan sebagai faedah (riba).
Dhaman
• Bayaran ganti rugi (berbentuk harta) yang disebabkan oleh kemudaratan yang disebabkan oleh pihak tertentu
Ta’widh
• Bayaran yang dikenakan hasil daripada kerugian yang dialami oleh pihak lain
Keadaan 1 PENGENAAN KOS SEBENAR BERKAIT RAPAT DENGAN MANFAAT HUTANG
• Manfaat hanya untuk pemberi pinjaman Keadaan 2 • Manfaat hanya untuk peminjam Keadaan 3 • Manfaat dikongsi bersama antara pemberi pinjaman dan peminjam
Syarat 1 IA ADALAH HARAM JIKA MEMENUHI TIGA SYARAT INI
• Ia mestilah suatu lebihan atau tambahan dan bukan nilai pokok Syarat 2 • Ia mestilah semata-mata untuk pemberi pinjaman sahaja, dan tidak ada sebarang manfaat terhadap peminjam, selain daripada nilai pinjaman (pokok/prinsipal) Syarat 3 • Ia mestilah disyaratkan oleh pemberi pinjaman keatas peminjam, samada secara bertulis sewaktu proses pinjaman, atau ia berjalan mengikut adat kebiasaan
Antara Hujah Pengharaman
نقًل عن نبيهم صلى اهلل عليه وسلم أن اشتراط الزيادة في السلف ربا ولو كان قبضة من علف • أجمع المسلمون ا • “Telah berijmak umat Islam yang diambil daripada Nabi mereka bahawa mensyaratkan sebarang tambahan dalam pinjaman adalah riba, walaupun hanya segenggam makanan ternakan.”
• إال أن يكون جرى بينه،قرضا فأهدي إليه أو حمله على الدابة فًل يركبها وال يقبله حديث (إذا أقرض أحدكم ا )وبينه قبل ذلك • “Jika salah seorang daripada kalian memberikan sesuatu pinjaman, lalu dia diberi hadiah atau dibawa bersama dalam kenderaan (peminjam), maka janganlah dia menaikinya dan janganlah menerimanya, kecuali hal itu sudah menjadi kebiasaan sebelumnya.” (Riwayat Muslim)
) خياركم محاسنكم قضاء: وقال،• حديث (استقرض رسول اهلل سنا فأعطاه سنا فوقه • Rasulullah SAW meminjam seekor binatang yang berumur sekian-sekian, lalu kemudian baginda membayar (kepada pemiliknya) dengan binatang yang berumur atas sedikit daripada umur asalnya, lalu Baginda berkata, “Sebaik-baik kamu adalah yang paling pemurah ketika membayar hutang.” Mafhumnya, sekiranya disyaratkan bayaran lebih, maka ia adalah haram
Sambungan Hujah Pengharaman Al-Shatibi telah mengisyaratkan bahawa `illah dalam pengharaman riba adalah kerana suatu tambahan tanpa sebarang asas pertukaran (‘iwad)AlShatibi, al-Muwafaqat. Al-Imam al-Kasani menegaskan: والتحرز عن حقيقة الربا وعن شبهة، ألنها فضل ال يقابله عوض،)وألن الزيادة المشروطة تشبه الربا (.الربا واجب Maksud: “Oleh kerana tambahan (bayaran hutang) yang disyaratkan adalah menyerupai riba, kerana ia adalah suatu lebihan yang tidak ditimbalkan dengan suatu pulangan, dan mengelakkan daripada hakikat riba dan syubhat riba adalah suatu yang wajib.” Al-Kasani, Bada`ie’ Al-Sona`ie’ .
DIHARUSKAN
متى تمحضت المنفعة للمقترض جاز “Bilamana manfaat itu semata-mata untuk peminjam, maka ia diharuskan.” (`Aqd al-Jawahir, Ibn Shash)
وال بد من تمحض المنفعة للمقترض على المشهور “Dan (pendapat yang mengatakan) mestilah manfaat itu semata-mata untuk peminjam adalah (pandangan) yang masyhur.” (Sharh al-Kharshi)
DIHARUSKAN • • • •
Jika PEMINJAM mendapat manfaat yang lebih besar/banyak Pandangan Sayyidina Ali bin Abi Talib, Ibnu Abbas, Ibnu Sirin Ibnu Taimiyah berkata: وقد انتفع، ألن المقرض رأى النفع بأمن خطر الطريق في نقل دراهمه إلى ذلك البلد،والصحيح الجواز فكًلهما منتفع بهذا االقتراض والشارع ال ينهى عما،ضا بالوفاء في ذلك وأمن خطر الطريق المقترض أي ا ينفعهم ويصلحهم وإنما ينهى عما يضرهم
• “Pendapat yang benar adalah ianya dibolehkan; ini kerana pemberi pinjaman melihat manfaat dari segi keamanan dari sebarang bahaya dalam perjalanan sewaktu memindahkan wang-wang perak ke negeri itu. Peminjam pula mendapat manfaat dengan membuat bayaran hutang di negeri tersebut dan keamanan perjalanan; maka kedua dua peminjam den pemberi pinjam masing-masing mendapat manfaat aqad hutang tersebut. Allah tidak melarang sesuatu yang memberi manfaat dan kebaikan kepada mereka, bahkan Dia melarang sesuatu yang memudaratkan mereka. (Majmu’ al-Fatawa)
DILARANG
• Sekiranya manfaat hutang adalah bagi kedua-dua pihak namun manfaat bagi pemberi pinjaman adalah lebih besar, maka ia tidak dibenarkan. Ini kerana kadar tambahan tersebut adalah manfaat yang yang hanya perpihak kepada pemberi pinjaman, dan tidak dibalas dengan sebarang pertukaran selain pinjaman, maka ia adalah haram. Al-Umrani, al-manfaah fi al-Qard.
Di mana dan bila?
• Secara umumnya pengenaan kos sebenar dibenarkan oleh kebanyakan fuqaha pada manfaat yang dilarang dalam pinjaman, penangguhan bayaran dalam jual beli tangguh bayaran, berkumpulnya aqad “bay’ wa salaf” iaitu gabungan jual beli dan pinjaman, dan perbelanjaan mudarib dalam mudharabah. • Kertas kerja ini hanya memberi tumpuan kepada pinjaman dan penangguhan bayaran hutang
Kenapa Perlu Kepada Penggunaan Kos Sebenar • Bagi mengelakkan pemberi pinjaman mengambil manfaat daripada peminjam dengan menamakan yuran, upah, komisyen, ganti rugi, kos pentadbiran dan lain lain sebagai balasan kepada perkhidmatan pinjaman yang ditawarkan. Ini kerana ia adalah riba yang diharamkan oleh Syarak.
Tanggungan Kos oleh Bank • Pihak bank perlu menyediakan para pekerja pakar bagi perkhidmatan perbankan . Pihak bank juga perlu menyediakan sistem IT, sijil-sijil, failfail dan penjagaannya, dan seumpamanya. Ia merupakan bayaran terhadap perkhidmatan dan pekerjaan yang dilakukan bagi tujuan pinjaman. Dalam kontek ini, ia dianggap sebagai Ijarah ‘ala al-‘amal. • Namun, penelitian perlu dibuat untuk membezakan di antara upah khidmat yang dibenarkan dan riba sebagai ganjaran kepada pinjaman wang.
Ditanggung Oleh Peminjam
)• (فليكتب وليملل الذي عليه الحق وليتق اهلل ربه وال يبخس منه شيئا • “Dan hendaklah orang yang berhutang itu mencatat (isi surat hutang itu dengan jelas).” (Surah Al-Baqarah: 282) • Begitulah juga perbelanjaan-perbelanjaan penyerahan dan pembayaran dalam kontrak pinjaman adalah ditanggong oleh peminjam
مثًل فأجرة كيله على المقترض وإذا رده فأجرة كيله عليه بًل نزاع • فمن أقترض إردباا ا
• Bermaksud: “Sesiapa yang meminjam satu irdhib (sukatan yang besar), sebagai contoh, maka upah sukatan tersebut ditanggung oleh peminjam, dan ketika membayar balik, kos menyukat juga ditanggong oleh peminjam tanpa khilaf.” (Hashiyah Al-Dusuqi)
Pandangan Yang Mengharuskan dengan Sayarat pada kos yang sebenar • Majma’ Fiqh Islami OIC, Lajnah Da’imah Saudi, AAOIFI • Resolusi Majma’ Fiqh Islami OIC menyebutkan:
يجوز:أوال ا:• أ) بخصوص أجور خدمات القرض في البنك اإلسًلمي للتمية .أخذ أجور خدمات القروض على أن يكون ذلك في حدود النفقات الفعلية .شرعا كل زيادة على الخدمات الفعلية محرمة ألنها من الربا المحرم ا:ثانياا
• Maksud: “Berkenaan upah perkhidmatan pinjaman di Bank Pembangunan Islam: (i) Boleh mengambil upah ke atas perkhidmatan pinjaman dengan syarat ia pada had kos perbelanjaan sebenar; (ii) Setiap tambahan keatas perkhidmatan sebenar adalah haram, kerana ia termasuk dalam riba yang diharamkan oleh syarak.”
Sambungan, harus sekiranya dikenakan pada kos sebenar
• Shariah Standards AAOIFI: • يجوز للمؤسسة المقرضة أن تأخذ على خدمات القروض ما يعادل مصروفاته الفعلية المباشرة وال يجوز لها أخذ زيادة عليها وكل زيادة على المصروفات الفعلية محرمة • Maksudnya: “Dibolehkan untuk institusi (kewangan) pemberi pinjaman untuk mengambil upah ke atas perkhidmatan pinjaman yang ditawarkan suatu jumlah yang bersamaan pada kos sebenar secara langsung, dan tidak boleh baginya mengambil tambahan daripadanya, kerana setiap tambahan keatas kos sebenar itu adalah diharamkan.”
Dalil
• Antara hujah mereka: • Firman Allah: “( ”ما على المحسنين من سبيلAl-Taubah: 91) • Hadis: • ) الظهر يركب بنفقته إذا كان مرهونا ولبن الدر يشرب بنفقته إذا كان مرهونا وعلى الذي (يركب ويشرب النفقة • Kaedah fiqh: “ ”الغنم بالغرمdan “”الخراج بالضمان • Ringkasnya, pandangan ini membenarkan untuk pihak bank mengenakan sesetengah yuran yang berkait langsung dengan pembiayaan sahaja dan bukan mengambilnya sebagai sumber keuntungan
Modus Operandi
• Senario pembiayaan di sesetengah institusi kewangan Islam, tidak semua jumlah pembiayaan akan diterima oleh pelanggan. Sebagai contoh, seorang pelanggang yang memohon pembiayaan peribadi sebanyak 100 ribu, akan hanya menerima 96 ribu. 4 ribu lagi akan dipotong sebagai kos, yuran yang berbagai.
Cadangan
• Bagi kos pembiayaan patuh Shariah, Bank boleh mengenakan sesetengah yuran seperti yuran guaman, pendaftaran, dan yang berkait secara langsung dengan pembiayaan. Bank tidak patut mengenakan yuran pembiayaan ataupun apa apa yuran pada keadaaan biasa tanpa alasan yang kukuh kerana bank sudah memperoleh keuntungan daripada mark up price atau profit margin melalui jualan komoditi.
KELEWATAN MEMBAYAR HUTANG • HARAM: Sh. Ali Khafif, Al-Buti, Taqi Uthmani, Al-Zuhayli, Nazih Hammad, Ali Salus, Uthman Syibir, Majma’ Fiqh Islami • Hujah berdasarkan dalil-dalil pengharaman riba, dengan menganggap bahawa ta’widh keatas pinjaman adalah riba • HARUS: Sh. Mustafa Al-Zarqa’, Sadiq Dharir, Abdullah Mani’, Abdul Aziz Qassar, Dallah Barakah, Bank Islam Jordan • Berhujahkan dalil-dalil larangan memungkiri janji, dalil larangan menimbulkan kemudharatan, dan kezaliman seseorang yang berkemampuan namum sengaja
melambatkan pembayaran hutang ()مطل الغني ظلم, Qiyas dengan hukum rampasan (Ghasb), dan memelihara maslahat bersama antara kedua-dua pihak
BAYARAN GANTIRUGI DENGAN KADAR KOS SEBENAR
• Pandangan Majma Fiqh, AAOIFI, SAC BNM. Cuma ada perbezaan dalam cara penetapan kos sebenar. • Panel Syariah AAOIFI & Al-Rajhi: Dalam kes pinjaman, hanya dibenarkan untuk mengambil kos sebenar secara langsung sahaja. • Panel Syariah Dubai IB: Harus mengambil kos sebenar (langsung & tidak langsung) • SAC BNM membenarkan 1 %.
BAYARAN GANTIRUGI BERDASARKAN OPPORTUNITY LOSS GANTIRUGI TERHADAP OPPORTUNITY LOSS
• Merujuk kepada ganti rugi ke atas peluang keuntungan yang terlepas disebabkan lewat bayar atau kemunkiran. Ia dikenakan berdasarkan kadar pulangan Islamic money market. • Para ulama yang tidak membenarkan gantirugi ke atas kelewatan bayaran kecuali pada kos sebenar sudah tentu tidak membenarkan gantirugi berdasarkan opportunity loss. • Masyayikh yang membenarkan ganti rugi (ta’wid) di atas kelewatan bayaran seperti Sheikh Mustafa Al-Zarqa’, Sadiq Dharir, Abdullah Mani’, Abdul Aziz Qassar, membenarkan untuk dikenakan gantirugi opportuniy loss bagi peminjam yang berkemampuan namun sengaja melambatkan bayaran. • Hujah lain untuk penolakan; pulangan keuntungan pelaburan berbeza antara instrument pelaburan; shubah riba.
Kombinasi LPC • Boleh dikenakan oleh pihak institusi kewangan Islam. (Tidak Diwajibkan)
Ta’widh • Boleh dikenakan pada kadar kerugian sebenar yang disebabkan oleh penangguhan dalam pembayaran dan kemunkiran daripada pelanggan
Gharamah • Bukan sumber pendapatan, maka mesti disalurkan kepada badanbadan kebajikan tertentu • Untuk mendidik golongan yang tidak membayar hutang kerana kelewatan atau kegagalan membayar
Perkara Pinjaman dan hutang
Jual beli Murabahah
Parameter Syariah Perkhidmatan bersandarkan pinjaman mestilah pada kadar kos sebenar. Kos sebenar adalah kos-kos langsung. Tambahan keatas kos sebenar adalah haram. Sebab larangan tambahan keatas kos sebenar adalah kerana ia termasuk dalam riba atau jalan membawa kepada riba. Tiada tambahan upah (selain daripada kos sebenar) surat jaminan. Nilaian kos surat kredit mestilah pada kadar kos sebenar. Kos-kos dan yuran yang dikenakan selain daripada harga jualan berkaitan jual beli Murabahah mestilah berdasarkan kos sebenar bagi barangan yang dijual.
Bayaran hutang yang Mestilah dengan nilai harga pada hari berlakunya melibatkan pertukaran pertukaran mata wang. wang
Tafsiran Kos Sebenar Fatwa/Resolusi 1 Kos yang tidak membawa kepada tambahan yang boleh AAOIFI ditafsirkan sebagai faedah (riba). 2 Mestilah berpegang pada kaedah penetapan terperinci daripada Jawatankuasa Kawalan Syariah dengan diselaraskan bersama pihak Audit. 3 Perbelanjaan kewangan secara langsung dibayar kepada pihak lain. 4 Bayaran sebenar bank bagi tujuan manfaat pelanggan dan Al-Rajhi kemaslahatannya, bukannya bagi tujuan kemaslahatan dan manfaat bank, atau sumber keuntungannya atau perlindungan bagi hartanya dalam sesuatu keadaan. 5 Kos-kos sebenar: Termasuk didalamnya kos sebenar yang tetap Bank Al-Bilad (maqtu’) yang ditetapkan oleh Jabatan Kad Kredit.
6 Pengiraan komisen berlaku atas asas kiraan usaha yang Dallah Al-Barakah dikerahkan dan kos yang ditanggung oleh bank. 7 Tidak bertambah pada keadaan pengeluaran secara overdraf. Seminar Ekonomi 8 Tidak berkait dengan kadar hutang dan tempoh Islam Al-Barakah pembayarannya. (12) 9 Perbelanjaan langsung dan tidak langsung. Perbelanjaan tidak Bank Islam Dubai langsung seperti perbelanjaan am bagi bank. 10 Jumlah komisen mestilah tidak berkait dengan masa. 11 Jumlah kos mestilah dipaparkan pada papan iklan bagi para pelanggan, untuk mencapai keredhaan dan persetujuan antara kedua-dua pihak yang berkontrak.
Analisa umum adalah seperti berikut: 1. Dibenarkan penggunaan kos sebenar keatas perkhidmatan yang bersandarkan pinjaman dan hutang seperti jual beli Murabahah. 2. Kos sebenar yang dikenakan secara umumnya adalah kos-kos sebenar secara langsung sahaja. 3. Tujuan pengenaan kos sebenar adalah untuk memberi gantirugi kepada pemiutang, bukannya untuk membuat keuntungan. 4. Bagi perkhidmatan pinjaman dan hutang, tambahan ke atas kadar kos sebenar adalah diharamkan oleh syarak. 5. Kos sebenar tidak sama seperti riba yang akan sentiasa bertambah. 6. Cara kiraan kos sebenar adalah berdasarkan perakaunan khusus, dibawah seliaan Penasihat Syariah.
Panduan pengiraan kos sebenar : 1. Pengiraan mestilah tidak terikat dengan kadar hutang dan tempoh membayarnya. 2. Mestilah tidak mengandungi manfaat yang hanya perpihak kepada pemberi pinjam (pemiutang). Contohnya, menganggap pengiraan kos sebenar sebagai sumber keuntungan atau perlindungan bagi hartanya dalam sesuatu keadaan.
3. Cara penetapan kadar kos sebenar dalam perkhidmatan yang bersandarkan pinjaman boleh dikenakan dalam bentuk suatu jumlah yang terputus (maqtu’), ataupun berdasarkan kos pasaran (ujrah al-mithl). 4. Kos sebenar bukanlah dalam bentuk peratus jumlah hutang.
Kad Kredit/Kad Caj Berasaskan Qardh • Caj yang dikenakan tidak boleh dianggap sebagai sumber keuntungan kepada bank. • Caj yang dikenakan sepatutnya sama dengan kos debit kad. • Bagi perkhidmatan yang hanya untuk kebaikan pihak bank sahaja, maka ia tidak termasuk dalam upah yang dikenakan , manakala perkhidmatan yang hanya untuk kemaslahatan pelanggan, maka ia termasuk dalam kos tersebut. • Bagi perkhidmatan yang memberikan kemaslahatan (kepentingan) yang dikongsi bersama pihak bank dan pelanggan, sekiranya kemaslahatan untuk pelanggan itu lebih besar, maka ia termasuk dalam kos sebenar, namun sekiranya ia lebih berpihak kepada bank, maka ia tidak dimasukkan dalam kos tersebut. Adapun sekiranya kemaslahatan antara pihak bank dan pelanggan adalah sama, ataupun tidak dapat ditentukan kemaslahatan pihak mana yang lebih besar, maka kos tersebut perlu dibahagikan sama rata (separuh) antara kedua-dua pihak
Kad Kredit/Kad Caj Berasaskan Qardh • Kos gaji para pekerja yang melakukan kerja untuk (proses) kad kredit dan produk-produk lain, serta kos bagi pihak yang melakukan perkhidmatan terhadap kad kredit dan produk-produk lain, kos sebenar ditetapkan melalui anggaran nisbah pekerjaan yang dilakukan bagi kad-kad kredit berbanding dengan produk-produk lain. • Perkara-perkara berikut juga dikira dalam kos pekerja di pusat kad kredit; gaji, kos elektrik, air, sewa tempat, kelengkapan perabot sekiranya ianya khusus untuk pusat kad kredit tersebut; adapun bonus, ia tidak termasuk. • Khidmat-khidmat yang diberikan kepada semua pemegang kad kredit/ kad caj ; sekalipun bukan semua pemegang kad menggunakannya; maka ia juga boleh dimasukkan dalam anggaran pengiraan kos sebenar bagi kad kredit, dan ianya ditanggung oleh semua pelanggan.
Kad Kredit/Kad Caj Berasaskan Qardh • Bagi keadaan dimana pihak bank membayar sejumlah bayaran kepada penyedia khidmat seperti Visa atau Mastercard dan seumpamanya bagi setiap penggunaan kad kredit oleh pelanggan, maka tiada halangan untuk memasukkan bayaran tersebut didalam kos-kos sebenar bagi kad kredit, dengan syarat ianya disebut dengan jelas di dalam syarat-syarat dan peraturan kad • Sebarang notis supaya membayar hutang tertunggak atau tunggakan kadar hutang mestilah berdasarkan kos sebenar kertas dan belanja pos semasa • Anggaran pengiraan kos pengeluaran tunai daripada jumlah kos kad kredit (bukan kos khusus bagi pengeluaran tunai) adalah berdasarkan nisbah operasi pengeluaran tunai bagi setiap operasi kad yang ditambah kepadanya kos-kos khusus bagi pengeluaran tunai, kemudian ia dibahagikan daripada jumlah kos pengeluaran tunai bagi kad kredit keatas bilangan operasi pengeluaran tunai yang berkaitan dengan kad kredit untuk mengeluarkan kos operasi pengeluaran yang satu
Cadangan Di samping mengambil kira panduan di atas
• Tiada isu Syariah jika kos upah penjagaan emas dilakukan oleh pihak ketiga • Bagi pemegang gadaian, upah penjagaan emas mestilah sama dengan upah biasa yang tidak ada kaitan degan hutang • Pihak bank boleh menawarkan pembiayaan melalui “commodity murabahah”di mana bank boleh memperolehi keuntungan daripada hasil jualan “commodity” dan tidak perlu mengenakan apa apa caj ke atas penjagaan emas/barang barang kemas yang digadai.
Cadangan Di samping mengambil kira panduan kad di atas
• Perlu membezakan di antara kos pengeluaran surat jaminan oleh bank dan kos sewaktu berlakunya bayaran obligasi daripada bank yang dianggap sebagai hutang. Apabila bank membuat bayaran bagi pihak pelanggang di sebabkan jaminan yang diberi, maka kos sebenar mesti dipertimbangkan kerana ia melibatkan hutang. • Perbezaan kebenaran mengenakan caj berdasarkan struktur produk jaminan. Ada sesetengah bank hanya menawarkan jaminan sekiranya pelanggang memang memiliki jumlah yang cukup di dalam akaun (back to back). Dalam kes ini caj perkhidmatan boleh dikenakan walaupun bukan pada kos sebenar kerana ia adalah umpama tahwil (remittance).
1. Perbankan Islam memperolehi keuntungan daripada akad akad muawadah seperti jual beli, sewaan, dan upah ke atas perkhidmatan bukanya faedah riba ke atas pinjaman dan penangguhan bayaran.
2. Upah yang dikenakan ke atas perkhidmatan yang tidak berkaitan dengan hutang adalah dibenarkan dan boleh dikira sebagai pendapatan bank.Pihak bank tidak boleh mengenakan sebarang caj yang tidak diketahui oleh pelanggan seperti “Miscellaneous charge”. Semua caj, fi, yuran, insentif atau komisyen mestilah diluluskan olen Ahli Jawatankuasa Shariah.
3. Upah yang berkaitan dengan pinjaman dan pengurusan hutang perlu dikira dan diambil pada kadar kos sebenar sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai sumber pendapatan bank.
4. Upah yang berkaitan dengan pinjaman dan pengurusan hutang perlu dikira dan diambil pada kadar kos sebenar sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai sumber pendapatan bank.
5. Memandangkan kos sebenar sahaja dibenarkan bagi khidmat khidmat yang berkaitan dengan hutang, penentuan manfaat samada manfaat khas kepada pemiutang, peminjam atau bersama. Kos sebenar perlu dilaksanakan apabila ia memberi manfaat kepada pemberi pinjaman atau apabila ada manfaat bersama tetapi pemberi pinjaman mendapat manfaat yang lebih. 6. Bagi kes kemukiran bayaran hutang, dbicadangkan supaya dibuat kajian semula bagi penetapan kos sebenar berdasarkan Islamic Interbank Money Market. Ini kerana ia agak lebih cenderung kepada ganti rugi peluang membuat keuntungan, dan mengandungi elemen shubah riba iaitu pertambahan bayaran kerana pertambahan masa bukannya kos gantirugi kerugian yang sebenar.
TERIMA KASIH
[email protected] drazman.net
36