HIBAH MU‘ALLAQAH (HIBAH BERTA‘LIK) DAN PELAKSANAANNYA DI DALAM PRODUK PRODUK KEWANGAN ISLAM
Muzkarah Penasihat Syariah Kewangan Islam 2012 Kali ke 7. KLIFF 2012, 15 Oktober 2012, Inter Continental Hotel Kuala Lumpur Prof.Madya Dr. Azman Mohd Noor Jabatan Fiqh, UIAM
Definisi Hibah dan Hibah Mu‘allaqah Hibah sebagaimana yang ditakrifkan oleh fuqaha
ialah “Tamlik al-‘ain bi dun ‘iwad”. Bererti pemindahan pemilikan sesuatu benda tanpa timbal balas/pertukaran. Hibah mu‘allaqah adalah hibah yang dita‘likkan atau disyaratkan (digantungkan) dengan berlakunya sesuatu perkara. Dalam konsep ini, hibah hanya belaku apabila syarat yang ditetapkan sudah berlaku. Ulama berselisih pendapat berkenaan dengan ta‘lik hibah dengan sesuatu sharat.
Pendapat Ulama Pendapat Pertama: Tidak Membenarkan Ini adalah pendapat mazhab Shafie, sebahagian ulama Hanbali dan Zahiri. Menurut mazhab Syafie : Hibah tidak boleh dita‘liqkan dengan apa-apa syarat pada masa hadapan kerana hibah adalah satu aqad yang boleh terbatal dengan jahalah (ketidaktahuan), maka hibah tidak boleh dita‘liqkan dengan syarat seperti jual beli. Al-Syirazi, Abu Ishaq Ibrahim bin Ali bin Yusuf, Al-Muhazzab fi Fiqh al-
Imam al-Syafie, (Beirut : Darul Kutub al-Ilmiyyah, 1995),ms. 2/332.
Sambungan Ibnu Qudamah dari kalangan ulama Hanbali
berkata: فالا ْم يا ُج ْز, ن فِي ا ْل احياا ِة ق ا ْل ِهبا ِة بِ ا ُ ص ُّح تا ْعلِي ِ " اَل يا ٍ َّش ْر ٍط ; ِِلانَّ اها تا ْملِي ٌك لِ ُم اعي " اكا ْلبا ْي ِع, ش ْر ٍط تا ْعلِيقُ اها اعلاى ا “Tidak sah ta‘liq hibah dengan sesuatu syarat, kerana hibah adalah pemberi-milikan (pindah milik) sesuatu yang ditentukan (kepada penerima hibah dalam hidupnya), maka hibah itu tidak boleh dita‘liqkan dengan apa-apa syarat, seperti jual beli.” Ibnu Qudamah, Mauqifuddin Abdullah bin Ahmad, Al-Mughni, (al-
Qahirah : Dar al-Hadith, 2004), ms. 5/384.
Sambungan Pendapat Kedua: Membenarkan Ta‘lik Hibah Ini adalah pegangan mazhab Maliki, Hanafi dan sebahagian
ulama mazhab Hanbali beserta Ibnu Taimiyyah dan muridnya Ibnu al-Qayyim. Mereka berpendapat dibolehkan ta‘liq hibah dengan sesuatu syarat. Menurut Ibn Qayyim, ada beberapa dalil yang jelas bahawa Rasulullah SAW sendiri ta‘lik sesuatu hibah dengan syarat, di antaranya hadith Jabir: وأنجز ذلك له. لو قد جاء مال البحرين ِلعطيتك هكذا وهكذا ثم هكذا ثالث حثيات: قال . الصديق رضي هللا عنه لما جاء مال البحرين بعد وفاة رسول هللا صلى هللا عليه وسلم Maksud: Nabi berkata : “Sekiranya tiba harta (dari) Bahrain,
akan aku berikan harta itu kepada engkau sebanyak begini dan begini, seterusnya begini, dengan tiga genggam.” Abu Bakar Al-Siddiq telah menunaikan syarat itu setelah datangnya harta Bahrain setelah wafatnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam.
Sambungan Ibn Qayyim menganggap bahawa hibah berta‘lik
adalah sama dengan janji. Ini jelas disebut di dalam kitabnya Ighathat al-Lahfan فإن قيل :كان ذلك وعداً .قلنا :نعم ،والهبة المعلقة بالشرط وعد ،وكذلك فعل النبي صلى هللا عليه وسلم لما بعث إلى النجاشي بهدية من مسك وقال ِلم سلمة :إني قد أهديت إلى النجاشي حلة وأواقي من مسك وَل أرى النجاشي إَل قد مات وَل أرى هديتي إَل مردودة فإن ردت علي فهي لك . وذكر الحديث .رواه أحمد
sambungan Rasulullah SAW telah menghantar kepada Al-Najasi
(Raja Habsah) hadiah wangian kasturi, dan baginda berkata kepada Umu Salamah: “Sesungguhnya aku telah hadiahkan kepada Al-Najasi kain pakaian dan wangian kasturi, tetapi aku perpendapat dia sudah meninggal dunia. Aku juga merasakan bahawa hadiahku akan dikembalikan semula kepadaku. Sekiranya hadiah tersebut kembali kepadaku, hadiah itu akan menjadi milikmu.” Musnad Ahmad bin Hanbal, Bab hadith Ummu Kalsum binti Uqbah
Ummu Hamid, Juz 6, ms 404, no 27317
Pendapat yang hampir sama dengan pandangan Ibn
Qayyim di atas, Dr. Ali al-Nadawi menyebut satu kaedah fiqh: " "المواعيد بصورة التعاليق تكون الزمة Maksud: “Janji janji dalam bentuk ta‘lik adalah mengikat (binding)”. Dr. Ali Ahmad al-Nadawi, Jamharat al-Qawa‘id al-Fiqhiyyah fi al-Mu’amalat
al-Maliyyah, Riyad: al-Rajhi Bank, 2000,jilid 1, ms.585.
Ciri-Ciri Utama Hibah Mu’allaqah
Ia bukan mu’awadah. Dengan itu gharar atau
ketidaktentuan samada akan diperolehi hibah ataupun tidak atau berlakunya syarat yang dita‘likkan ataupun tidak boleh dimaafkan. Ia hanya mengikat apabila syarat syarat berlaku/dipenuhi. Ia bukan ta‘lik kepada akad mu’awadah. Hibah mu‘allaqah adalah seperti janji dari sebelah pihak. Janji untuk memberi hibah. Bukannya janji untuk kontrak mu’awadah (melakukan jual beli) pada masa hadapan.
Garispanduan Hibah mu’allaqah tidak boleh digunakan untuk tujuan yang
bercanggah dengan Syara’ atau haram seperti hilah kepada riba contohnya,”sekiranya pulangan keuntungan Mudharabah/wakalah bi al-istihmar kurang daripada kadar yang dijangkakan, saya berjanji akan memberikan hibah untuk mencukupkannya. Hibah mu‘allaqah tidak boleh dijual beli kepada pihak ketiga. Tidak bercanggah dengan muqtada hibah seperti tamlik ala wajh al-ta‘bid pemilikan tidak bertempoh. Sekiranya permilikan hanya bertempoh, maka ia dianggap sebagai pinjam. Hibah boleh dita‘likkan dengan selepas kematian pemberi hibah, dan ia akan mengambil kukum wasiat, tetapi wasiat tidak boleh diberikan kepada pewaris.
Contoh Pelaksanaan dalam perbankan Produk perbankan Islam pembiayaan
melalui ijarah (sewa). Kerana ada elemen penggunaan instrument hibah mu ‘allaqah produk ini dipanggil “ Ijarah muntahiyyah bi al-tamlik almu’allaq ‘ala sadad jami al-aqsat” (sewaan yang berakhir dengan perpindahan pemilikan kepada pelanggan melalui hibah dengan syarat dia telah membayar semua sewa bulanan sepanjang tempoh pembiayaan).
Contoh pelaksanaan Hibah Mu‘allaqah Dalam Produk Perbankan Sewa yang berakhir dengan pemilikan Al-Ijarah muntahiyyah bi al-tamlik al-mu’allaq ‘ala sadad jami al-aqsat” (sewaan yang berakhir dengan perpindahan pemilikan kepada pelanggan melalui hibah dengan syarat dia telah membayar semua sewa bulanan sepanjang tempoh pembiayaan) Program Loyalti dan ganjaran rewards program.
Contoh Pelaksanaan dalam Takaful 1.Pemasaran Produk Takaful Melalui Agensi.
Di antara isu Syariah yang timbul, bolehkan mereka menerima upah dalam bentuk ju’alah, sedangkan ada unsur ketidak tentuan jumlah upah. Ini berlaku pada overriding oleh Pengurus Agensi Kumpulan ataupun di peringkat bawah, ejen-ejen yang berurusan secara langsung degan peserta.
Pengurus Agensi Kumpulan (GAM)
Pengurus Agensi (AM)
Penasihat Kewangan (FA)
Penolong Pengurus Unit (AUM) Ejen
Komisyen Berperingkat Berdasarkan Hibah Mu’allaqah
Konsep Hibah Mu‘allaqah untuk Produk Komisyen asas keseluruhan untuk 6 tahun sebanyak 110% Takaful Tradisional Peringkat Ejen
35%
Tahun 1
25%
Tahun 2
15% Tahun 3
15% Tahun 4
10% Tahun 5
10% Tahun 6
• Sehingga 110% untuk pembayaran sumbangan polisi yang bertempoh 20 tahun atau lebih. • Polisi yang bertempoh kurang daripada 20 tahun: komisyen akan berkurangan mengikut tempoh polisi.
Sambungan 2. Penamaan Penerima Manfaat Takaful:
Persoalam: Adakah manfaat takaful kematian hanya boleh dikhususkan untuk tarikah, atau boleh diberikan untuk manfaat perseorangan seperti yang berlaku dalam insuran konvensional, apabila pemegang polisi meninggal dunia?
Cadangan Penetapan benefisiari yang tertentu untuk manfaat
takaful (sole beneficiary), bukan sebagai wasi jika dinilai menerusi hadis Jabir dan Ummu Salamah di atas, boleh dilaksanakan. Dicandangkan supaya Hibah Mu‘allaqah dibuat oleh pengendali takaful (mewakili semua peserta lain) kepada pemegang polisi untuk memberi hibah manfaat takaful kepada penama yang dipilih oleh nya. Hibah ini dita‘likkan dengan dengan kematian pemegang polisi. Dengan ini hibah bersyarat ini bukan dibuat oleh pemegang polisi. Dia hanya menamakan penerima manfaat.
Sekian Jazakumullah khairan
[email protected]