!"#$%&'()*+')*,)''&-./-$0''12$&'34''3567'.
Kandungan
1 3 4 7 8 10 11 12
Perancangan kewangan Simpanan Melabur wang anda Mendapatkan produk kewangan Pinjaman dan kad kredit Melindungi wang anda Mendapatkan bantuan berkaitan perihal kewangan Butiran organisasi berkaitan
!"#$%&'()*+')*,)''&-./-$0''12$1'34''3567'%
Buku ini terbahagi kepada dua bahagian: Bahagian 1 menggariskan panduan berkaitan pengurusan wang seperti perancangan kewangan, simpanan dan pelaburan. Bahagian 2 pula memberi panduan berkenaan hal lain yang berkaitan dengan pengurusan wang seperti mendapatkan produk kewangan, perlindungan ke atas harta serta cara-cara untuk mendapatkan bantuan dalam menyelesaikan masalah kewangan.
BAHAGIAN 1 Perancangan kewangan Perancangan kewangan merupakan langkah pertama untuk mengurus kewangan anda.Terdapat 4 langkah yang perlu diambil iaitu: 1. Menetapkan matlamat kewangan anda. 2. Jejaki ke mana perginya wang anda.
3. Menilai tabiat berbelanja anda. 4. Menulis rancangan perbelanjaan anda.
Melangsaikan hutang kad kredit Membeli kereta Membeli rumah Simpanan untuk persaraan
Pendek
Panjang
X X X X
1 bankinginfo
Matlamat Kewangan
Jangka Masa Sederhana
info perbankan
Langkah 1: Menetapkan matlamat kewangan anda Matlamat kewangan mencerminkan apa yang anda hendak lakukan dengan wang anda dalam tempoh yang tertentu. Penentuan matlamat akan memastikan anda berbelanja serta menyimpan secara teratur untuk mencapai matlamat anda. Matlamat ini boleh berbentuk jangka masa pendek, sederhana atau panjang bergantung kepada faktor-faktor seperti usia, pendapatan, taraf perkahwinan dan jumlah tanggungan.
!"#$%&'()*+')*,)''&-./-$0''12$1'34''3567'&
Tanda amaran tabiat buruk perbelanjaan • Anda menggunakan wang simpanan untuk membayar bil semasa. • Anda hanya membayar jumlah minimum apabila menyelesaikan hutang kad kredit anda. • Anda selalu meminjam wang untuk menampung perbelanjaan harian.
bankinginfo
• Anda hanya membayar jumlah minimum apabila menyelesaikan hutang anda dan tidak mengurangkan jumlah hutang yang sedia ada.
info perbankan
2
• Anda sentiasa bertengkar dengan suami/ isteri atau keluarga berkaitan wang.
Langkah 2: Jejaki ke mana perginya wang anda Seterusnya, anda perlu memantau tabiat berbelanja anda. Mulakan dengan merekod segala perbelanjaan dalam tempoh tertentu, contohnya, selama lapan minggu. Ini bertujuan untuk mengetahui ke mana wang anda telah dibelanjakan, bukan untuk mengurangkan perbelanjaan. Langkah 3: Menilai tabiat berbelanja anda Anda perlu menilai tabiat berbelanja sekiranya anda tidak mempunyai sebarang lebihan wang pada akhir bulan atau ingin meningkatkan jumlah simpanan.Teliti senarai perbelanjaan harian dan nilai sama ada ia merupakan keperluan atau kehendak. Kurangkan perbelanjaan yang berkaitan dengan kehendak. Kenalpasti dan elak tabiat buruk ketika berbelanja. Langkah 4: Menulis rancangan perbelanjaan anda Setelah anda mengkaji tabiat berbelanja anda, anda boleh membuat pelan perbelanjaan yang akan membantu anda mencapai matlamat kewangan anda. Anda boleh menggunakan “Buku Pengurusan Belanjawan Keluarga” yang diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia untuk membantu pengguna membuat dan memantau perbelanjaan harian, bulanan dan tahunan.
!"#$%&'()*+')*,)''&-./-$0''12$1'34''3567'1
Simpanan Mula menyimpan dari awal. Jangan menunggu sehingga waktu yang sesuai. Lebih awal anda mula menyimpan, lebih banyak wang simpanan anda. Cuba simpan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan setiap bulan sebelum berbelanja. Tingkatkan simpanan anda setiap kali pendapatan anda bertambah, contohnya, apabila anda menerima bonus. Simpan wang anda dalam akaun simpanan tetap. Dengan faedah yang lebih tinggi berbanding akaun simpanan, wang simpanan anda akan bertambah dengan lebih cepat. Simpan sebelum anda berbelanja bukan sebaliknya. Kebanyakan orang melakukan ini: PENDAPATAN – PERBELANJAAN = SIMPANAN/ PELABURAN
2. Tetapkan bilangan bulan bagi perbelanjaan bulanan yang anda ingin simpan dalam tabung kecemasan anda. 3. Kira jumlah tabung kecemasan anda iaitu jumlah perbelanjaan bulanan (langkah 1) darab bilangan bulan (langkah 2). 4. Masukkan wang anda ke dalam tabung kecemasan ini.
3 bankinginfo
Dengan cara ini, anda pasti dapat menyimpan sebahagian daripada pendapatan yang diperolehi setiap bulan.
Langkah-langkah untuk mewujudkan tabung kecemasan 1. Kira jumlah perbelanjaan bulanan anda, contohnya perumahan, barangan dapur, pengangkutan, utiliti dan pembayaran hutang lain.
info perbankan
Anda sepatutnya melakukan ini: PENDAPATAN – SIMPANAN/ PELABURAN = PERBELANJAAN
Wujudkan sebuah tabung kecemasan yang berjumlah tiga hingga enam bulan perbelanjaan bulanan anda untuk memenuhi keperluan sekiranya terjadi sesuatu perkara atau perbelanjaan yang tidak diingini.Tabung kecemasan ini akan menghindarkan diri anda daripada berhutang apabila terjadi perkara seperti ini. Walau bagaimanapun, jangan gunakan wang yang disimpan di dalam tabung ini untuk perbelanjaan harian atau memenuhi matlamat kewangan anda.
!"#$%&'()*+')*,)''&-./-$0''12$3'45''4678'3
Melabur wang anda Anda boleh meningkatkan kekayaan anda melalui pelaburan jika anda melabur secara berhemat. Jenis pelaburan yang dipilih adalah bergantung kepada tujuan anda melabur, jadi kenalpasti matlamat pelaburan anda.Tanyakan diri anda:
bankinginfo
• • • •
info perbankan
4
Apakah matlamat saya? Apakah yang saya ingin capai melalui pelaburan ini? Bagaimanakah tahap risiko yang saya sanggup hadapi? Adakah saya memerlukan wang dalam masa terdekat? Adakah saya tahu bagaimana pelaburan ini dilakukan bagi membolehkan saya memantau perkembangannya dengan lebih berkesan?
Kenalpasti tahap risiko dan pulangan sesuatu produk pelaburan sebelum melabur. Pulangan yang tinggi mempunyai risiko yang tinggi. Sekiranya anda tidak bersedia untuk menanggung risiko, jangan melabur. Berwaspada terhadap produk pelaburan yang menjanjikan pulangan yang amat tinggi, contohnya produk yang memberi pulangan lebih tinggi daripada kadar pasaran. Ini dapat menghindari diri anda daripada skim pelaburan palsu.
!"#$%&'()*+')*,)''&-./-$0''12$3'45''4678'/
Bagaimana untuk melindungi diri anda daripada penipuan? • Ingat - jika ianya terlalu baik untuk dipercayai, ia mungkin satu penipuan. • Hanya berurusan dengan institusi kewangan yang berlesen. • Periksa dengan pihak berkuasa sebelum melabur.
bankinginfo
• Elakkan daripada dipaksa atau terburu-buru untuk melabur.
info perbankan
6
• Berwaspada terhadap peluang pelaburan yang tidak bertulis. • Simpan maklumat berkenaan akaun bank dan kad kredit dengan baik. Jangan mendedahkan kepada sesiapa.
Anda perlu menyimpan atau melabur dengan pihak yang diberi lesen oleh pihak berkuasa supaya simpanan dan pelaburan anda dilindungi: • Institusi yang menerima deposit telah diberi lesen oleh Bank Negara Malaysia. Anda boleh memeriksa status perlesenan daripada laman web Bank Negara Malaysia di www.bnm.gov.my. • Semua simpanan anda dalam institusi kewangan yang diberikan lesen oleh Bank Negara Malaysia akan diberikan jaminan sepenuhnya oleh Kerajaan melalui Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga Disember 2010. Perlindungan ini diberikan secara automatik tanpa sebarang kos dikenakan ke atas pendeposit. Ketahui lebih lanjut tentang insurans deposit di laman web PIDM www.pidm.gov.my atau hubungi PIDM di talian bebas tol 1-800-88-1266. • Individu dan syarikat yang terlibat dalam aktiviti pelaburan diberi lesen oleh Suruhanjaya Sekuriti. Anda boleh memeriksa status perlesenan di laman web Suruhanjaya Sekuriti di www.sc.com.my.
!"#$%&'()*+')*,)''&-./-$0''12$3'45''4678'0
BAHAGIAN 2 Mendapatkan produk kewangan Apabila mendapatkan produk kewangan, pilih produk kewangan dengan teliti supaya mengelakkan daripada menanggung kerugian kewangan sekiranya anda mengambil keputusan untuk menarik diri atau menamatkan produk tersebut sebelum tarikh matang. Sebelum anda membeli sesuatu produk, anda perlu: • Kumpulkan maklumat berkaitan produk yang ditawarkan. Bandingkan harga dan ciri-ciri produk tersebut. • Dapatkan keterangan lanjut sekiranya anda tidak faham. Beli produk kewangan hanya setelah anda mengetahui bagaimana produk itu berfungsi serta syarat dan termanya. • Ketahui fi dan caj yang anda perlu bayar sekarang dan setelah anda membeli produk tersebut. Ini untuk mengelakkan sebarang perbelanjaan tambahan yang tidak dirancang.
• Pertimbangkan sebarang tawaran dengan teliti. Katakan “tidak” sekiranya anda tidak memerlukan produk kewangan yang ditawarkan.
7 bankinginfo
• Ketahui bahawa terdapat produk kewangan seperti amanah saham atau insurans/ takaful yang memberi tempoh untuk anda membuat keputusan sama ada mahu meneruskan perjanjian setelah anda menandatanganinya.
info perbankan
• Beri perhatian terhadap klausa pengecualian dalam sesuatu kontrak.
!"#$%&'()*+')*,)''&-./-$0''12$3'45''4678'"$
Pinjaman dan kad kredit Pinjaman merupakan produk yang ditawarkan oleh institusi kewangan untuk membantu anda menjalankan transaksi tertentu. Contohnya, apabila anda ingin membeli kereta atau rumah, anda mungkin perlu meminjam daripada institusi perbankan untuk membiayai pembelian tersebut. Kad kredit ialah instrumen pembayaran yang membolehkan anda membayar untuk barang dan perkhidmatan yang dibeli berbanding menggunakan wang. Berikut adalah isu-isu yang anda perlu memberi pertimbangan apabila memohon pinjaman atau kad kredit: • Pinjaman yang berbeza mempunyai ciri-ciri, kadar faedah, fi dan caj serta terma dan syarat yang berlainan. Ketahui perjanjian anda dengan institusi perbankan. • Pastikan anda mampu membayar bayaran bulanan. Secara amnya, bayaran balik bulanan anda tidak boleh melebihi satu pertiga daripada pendapatan kasar isi rumah bulanan anda.
bankinginfo
• Bayar pada masa yang ditetapkan untuk meminimumkan caj faedah. Gunakan wang yang anda terima secara sekaligus, contohnya, bonus untuk mengurangkan jumlah pinjaman anda.
info perbankan
8
• Anda perlu lebih berdisiplin ketika menggunakan kad kredit kerana anda seumpama memperolehi wang tunai. Sekiranya anda terlebih berbelanja, anda akan menanggung bebanan hutang yang banyak. Ingat, caj kewangan atas hutang kad kredit adalah tinggi dan boleh mencecah setinggi 18% setahun. • Bincang dengan institusi perbankan anda dengan segera sekiranya anda mempunyai masalah untuk membayar hutang anda. Institusi perbankan anda mungkin boleh menstruktur semula pelan pembayaran balik pinjaman anda buat sementara waktu sehingga keadaan kewangan anda beransur baik.
!"#$%&'()*+')*,)''&-./-$0''12$#'34''3567'"%
Mendapatkan bantuan berkaitan perihal kewangan • Membuat aduan Di bawah adalah cara bagaimana anda boleh membuat aduan terhadap institusi yang dikawal oleh Bank Negara Malaysia seperti institusi perbankan, syarikat insurans, pengendali takaful atau institusi bukan perbankan yang mengeluarkan kad kredit atau kad caj. • •
• •
Terlebih dahulu, kemukakan aduan kepada Unit Aduan institusi kewangan anda. Rujuk aduan anda kepada Biro Pengantaraan Kewangan (BPK) sekiranya anda tidak berpuas hati dengan maklum balas atau keputusan yang diberikan oleh institusi kewangan anda. BPK adalah sebuah badan bebas yang ditubuhkan bagi membantu menyelesaikan pertikaian di antara orang awam dan ahli-ahli BPK (bank perdagangan, syarikat insurans, pengendali takaful, institusi bukan perbankan yang menawarkan kad kredit dan kad caj). Perkhidmatan yang disediakan oleh BPK adalah percuma. Anda boleh mendapatkan maklumat tentang jenis aduan yang dikendalikan oleh BPK melalui laman webnya www.fmb.org.my. Institusi anda adalah tertakluk kepada keputusan BPK, tetapi anda tidak. Jika anda tidak berpuas hati dengan keputusan BPK, anda boleh merujuk kes anda ke mahkamah. Jika aduan anda bukan di bawah skop BPK, anda boleh merujuk aduan anda kepada Bank Negara Malaysia. info perbankan 11 bankinginfo
• Bantuan pengurusan hutang Sekiranya anda memerlukan nasihat berkenaan pengurusan wang dan mendapatkan bantuan dalam menyelesaikan hutang, anda boleh menghubungi Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK). AKPK merupakan sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan pengurusan kewangan, kaunseling kredit, pendidikan kewangan dan perkhidmatan penstrukturan semula pinjaman kepada individu. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh AKPK adalah percuma. Maklumat lanjut tentang AKPK boleh didapati dalam laman web www.akpk.org.my.
!"#$%&'()*+')*,)''&-./-$0''12$#'34''3567'"&
Butiran organisasi berkaitan
bankinginfo
Bank Negara Malaysia BNMTELELINK Jabatan Komunikasi Korporat, Bank Negara Malaysia, Peti Surat 10922, 50929 Kuala Lumpur. Talian tol: 1-300-88-5465 E-mel:
[email protected] Laman web: www.bnm.gov.my
info perbankan
12
Biro Pengantaraan Kewangan Tingkat 25, Dataran Kewangan Darul Takaful, 4, Jalan Sultan Sulaiman, 50000 Kuala Lumpur. Telefon: 03-2272 2811 E-mel:
[email protected] Laman web: www.fmb.org.my
Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit Tingkat 8, Maju Junction Mall, 1011, Jalan Sultan Ismail, 50200 Kuala Lumpur. Talian bebas tol:1-800-88-2575 E-mel:
[email protected] Laman web: www.akpk.org.my