Topik
X
9
Perancangan Kewangan
HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.
Menjelaskan kepentingan belanjawan tunai dan pro forma penyata pendapatan dalam pengurusan kewangan; dan
2.
Sediakan belanjawan tunai dan pro forma penyata pendapatan.
X PENGENALAN Topik 9 membincangkan kepentingan perancangan kewangan, penyediaan belanjawan tunai dan penyediaan pro forma penyata pendapatan. Topik ini juga membincangkan kepentingan pengurusan modal kerja dan jenis pembiayaan jangka pendek. Selain itu, topik ini akan memberi tumpuan kepada asas pengurusan tunai. Ia menerangkan kitaran pertukaran tunai dan komponen serta jenis sekuriti yang boleh dipasarkan yang terdapat di pasaran. Ia juga menyentuh mengenai pengurusan akaun belum terima yang merupakan sebahagian daripada aset semasa syarikat atau modal kerja syarikat. Akhir sekali, ia membincangkan pengurusan aset semasa dengan tahap kecairan paling rendah iaitu inventori.
9.1
PERANCANGAN KEWANGAN SEMAK KENDIRI 9.1
Perancangan kewangan yang praktikal dan berkesan adalah sangat penting dalam operasi syarikat. Siapakah yang bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan panduan ini? Adakah menjadi tanggungjawab seorang individu atau melalui perbincangan kolektif?
TOPIK 9
PERANCANGAN KEWANGAN
W
275
Sebelum memahami penyata pendapatan dengan lebih lanjut, kita perlu lihat panduan untuk menyediakan perancangan kewangan yang betul. Secara umumnya, perancangan kewangan yang betul dan lengkap hendaklah mempunyai ciri-ciri yang berikut: (a)
Objektif, strategi dan perancangan operasi yang jelas;
(b)
Andaian yang digunakan bagi menyediakan perancangan kewangan;
(c)
Belanjawan yang diklasifikasikan berdasarkan mengikut tempoh dan jenis;
(d)
Pembiayaan projek yang diklasifikasikan berdasarkan jenis dan tempoh masa; dan
(e)
Pro forma penyata kewangan sepanjang tempoh perancangan.
Selepas mendapat beberapa gambaran mengenai langkah awal penyediaan perancangan kewangan, langkah seterusnya adalah memahami kaedah penyediaan belanjawan tunai.
9.2
BELANJAWAN TUNAI SEMAK KENDIRI 9.2
Apakah yang anda faham mengenai belanjawan tunai?
Pengurusan tunai yang cekap melibatkan ramalan keperluan tunai pada masa akan datang. Salah satu kaedah biasa yang digunakan untuk membuat anggaran keperluan tunai pada masa akan datang adalah menyediakan belanjawan tunai. Belanjawan tunai adalah ringkasan penerimaan dan pembayaran tunai yang dijangkakan untuk tempoh yang singkat. Biasanya, ia disediakan untuk perancangan bagi tempoh enam bulan atau satu tahun. Ia boleh menunjukkan bagaimana aliran tunai dirancang bagi tempoh tertentu, sama ada aliran masuk tunai atau aliran keluar tunai.
276
X
TOPIK 9
PERANCANGAN KEWANGAN
Selain itu, belanjawan tunai sangat penting kepada syarikat kerana jualan dan keuntungan diperoleh tidak dapat memastikan syarikat mempunyai tunai yang cukup bagi memenuhi obligasi kewangan. Sebaliknya, belanjawan tunai boleh membantu syarikat mengetahui kedudukan tunai syarikat, di samping berusaha untuk memastikan aliran tunai syarikat adalah kukuh dan memberangsangkan. Berikut adalah beberapa istilah yang digunakan dalam belanjawan tunai: (a)
Penerimaan Tunai atau Aliran Masuk Tunai Wang tunai yang diterima adalah aliran masuk tunai keseluruhan untuk tempoh kewangan yang diberikan. Contohnya, jualan tunai dan kutipan akaun belum terima.
(b)
Bayaran Tunai atau Aliran Keluar Tunai Pembayaran tunai adalah aliran keluar tunai keseluruhan bagi tempoh kewangan yang diberikan. Contohnya, membeli peralatan, upah dan gaji, sewa, bayaran faedah, dividen, cukai dan perbelanjaan modal. Susut nilai dan lain-lain caj bukan kewangan tidak termasuk dalam belanjawan tunai.
(c)
Perubahan dalam Tunai Bersih Perubahan dalam tunai bersih boleh diperoleh sebagai hasil perbandingan yang dibuat antara aliran masuk tunai dengan aliran keluar tunai dan dengan baki mula aliran tunai untuk tempoh tersebut (lihat Rajah 9.1). Selain itu, kos kewangan tambahan yang diramalkan pada awal tempoh tersebut, faedah juga akan diambil kira.
(d)
Lebihan Tunai atau Keperluan Kewangan Tambahan Jumlah lebihan tunai atau keperluan kewangan tambahan bergantung kepada perubahan tunai bersih dan baki sasaran yang ditentukan oleh syarikat. Jumlah yang positif menunjukkan bahawa syarikat mempunyai lebihan tunai manakala jumlah yang negatif menunjukkan bahawa syarikat memerlukan kewangan tambahan.
Rajah 9.1: Perbandingan perubahan dalam aliran tunai bersih
TOPIK 9
PERANCANGAN KEWANGAN
W
277
Contoh 9.1 Contoh di bawah menunjukkan bagaimana belanjawan tunai disediakan. Berikut adalah maklumat dan andaian untuk penyediaan belanjawan tunai Syarikat Nuri. (a)
Belanjawan tunai akan disediakan untuk bulan Mac, April dan Mei. Maklumat diperlukan adalah seperti berikut: (i)
Jualan sebenar bagi bulan Januari dan Februari.
(ii)
Ramalan jualan untuk bulan Mar, April dan Mei.
(iii) Jualan tunai adalah 25% dan baki adalah jualan kredit. Bagi jualan kredit, 80% daripada jualan tersebut akan dikutip pada bulan seterusnya dan 20% akan dikutip 2 bulan selepas jualan. Bulan
Jualan (RM)
Januari
45,000
Februari
65,000
Mac
60,000
April
90,000
Mei
85,000
(b)
Pembelian bahan mentah diramalkan 60% pembayaran akan dibuat pada bulan seterusnya.
daripada
jualan
dan
(c)
Sewa pejabat dan gudang sebanyak RM4,500 sebulan.
(d)
Bayaran upah sebanyak RM5,000 sebulan.
(e)
Syarikat akan bayar insurans premium sebanyak RM2,800 dalam bulan Mac.
(f)
Pembelian aset baru melibatkan kos sebanyak RM25,000 akan dibuat dalam bulan Mac.
(g)
Pembukaan baki tunai bagi bulan Mac sebanyak RM15,000.
(h)
Syarikat berhasrat untuk memegang baki tunai setiap bulan sebanyak RM10,000.
278
X
TOPIK 9
PERANCANGAN KEWANGAN
Penyelesaian Langkah 1: Lengkapkan jadual bagi tunai yang diterima untuk bulan-bulan Mac sehingga Mei. Jan 45,000 33,750
Jumlah jualan Kredit jualan (75%)
Feb 65,000 48,750
Kutipan: Jualan tunai (25%) 80% jualan bulan lepas 20% jualan dua bulan lepas Jumlah aliran masuk tunai
Mac 60,000 45,000
Apr 90,000 67,500
Mei 85,000 63,750
15,000 39,000 6,750
22,500 36,000 9,750
21,250 54,000 9,000
60,750
68,250
84,250
Langkah 2: Lengkapkan jadual pembayaran tunai bagi bulan-bulan Mac hingga Mei.
Jumlah pembelian bahan mentah Pembelian kredit bahan mentah
Feb 39,000 39,000
Bayaran sebulan selepas pembelian Sewa Upah Insurans premium Pembelian aset baru Jumlah aliran keluar tunai
Mac 36,000 36,000
Apr 54,000 54,000
Mei 51,000 51,000
39,000 4,500 5,000 2,800 25,000
36,000 4,500 5,000
54,000 4,500 5,000
76,300
45,500
63,500
Langkah 3: Sediakan belanjawan tunai Jadual 9.1: Belanjawan Tunai Jumlah penerimaan tunai Jumlah bayaran tunai Perubahan tunai Baki mula Baki akhir tunai (tanpa pinjaman) Baki tunai terkumpul Minimum baki diperlukan Keperluan pembiayaan (bayar balik) Penutupan baki tunai
Mac 60,750 76,300 (15,550) 15,000 (550) (550) 10,000 10,550
Apr 68,250 45,500 22,750 10,000 32,750 32,750 10,000 (10,550)
Mei 84,250 63,500 20,750 22,200 42,950 42,950 10,000 –
10,000
22,2200
42,950
TOPIK 9
PERANCANGAN KEWANGAN
W
279
Seterusnya, kita akan membuat ramalan kewangan bagi tujuan membentuk pro forma siri penyata kewangan: (a)
Syarikat boleh menganggarkan tahap akaun belum terima, inventori, akaun perlu bayar dan lain-lain akaun pada masa akan datang untuk memenuhi keperluan pinjaman dan jangkaan keuntungan;
(b)
Pegawai kewangan boleh membuat penilaian terperinci ke atas penyata kewangan sebenar yang telah dirancang dan membuat pelarasan daripada penyata tersebut; dan
(c)
Pengurus kewangan dan pemiutang boleh menilai terlebih dahulu tahap keberuntungan syarikat dan pencapaian keseluruhan syarikat.
AKTIVITI 9.1 Belanjawan adalah ramalan dan ramalan sering tidak tepat. Apakah cara untuk memastikan ramalan dalam menganggarkan aliran tunai syarikat boleh mencapai objektif tanpa ada percanggahan atau kesilapan?
LATIHAN 9.1 1.
Apakah tempoh masa yang sesuai untuk belanjawan tunai?
2.
Salah satu tugas anda sebagai pekerja Syarikat Zitroe ialah menyediakan belanjawan tunai bagi tempoh dari 1 Januari hingga 30 Jun 2011. Sila sediakan item yang berikut: (a)
Jadual Ramalan Tunai yang Diterima;
(b)
Jadual Ramalan Pembayaran Tunai Bulanan; dan
(c)
Belanjawan Tunai dari 1 Januari hingga 30 Jun 2011.
280
X
TOPIK 9
PERANCANGAN KEWANGAN
Gunakan maklumat di bawah untuk membantu anda menyediakan belanjawan. (i)
80% adalah jualan kredit; 80% jualan kredit akan dikutip dalam bulan seterusnya; 15% akan dikutip 60 hari selepas jualan dan 4% lagi akan dikutip 90 hari selepas jualan. Syarikat terpaksa menanggung 1% jualan kredit sebagai hutang yang tidak dapat dikutip (hutang lapuk).
(ii)
Pembelian yang dibuat setiap bulan adalah 65% daripada ramalan jualan untuk bulan depan. Bayaran pembelian ini akan dibuat hanya sebulan selepas pembelian.
(iii) Syarikat berhasrat untuk mengekalkan minimum baki tunai sebanyak RM300,000. Baki tunai pada 1 Januari adalah sebanyak RM300,000. (iv) Syarikat menjangkakan penghantaran mesin baru pada bulan April. Pembayaran sebanyak RM400,000 akan dibuat selepas penghantaran. (v)
Pembayaran untuk cukai sebanyak RM500,000 akan dibuat pada bulan Mac dan Jun.
(vi) Sewa sebanyak RM100,000 sebulan. Lain-lain perbelanjaan tunai adalah 3% daripada jualan. (vii) Perbelanjaan susut nilai adalah RM150,000 sebulan. (viii) Perbelanjaan buruh adalah 10% daripada jualan bulan depan. (ix) Lembaga Pengarah syarikat berhasrat untuk mengekalkan pembayaran dividen sebanyak RM450,000 yang akan diberikan pada bulan Jun. (x)
Jualan pada bulan Oktober adalah sebanyak RM3,000,000 dan RM2,000,000 pada bulan November serta Disember 2010.
TOPIK 9
PERANCANGAN KEWANGAN
W
281
(xi) Ramalan jualan dalam tempoh tujuh bulan pertama bagi tahun 2011 adalah seperti berikut: Bulan
Jualan (RM)
Januari
3,000,000
Februari
5,000,000
Mac
5,000,000
April
6,000,000
Mei
3,000,000
Jun
2,000,000
Julai
2,000,000
(xii) Syarikat akan membuat bayaran faedah dalam bulan Jun sebanyak RM310,000.
9.3
PRO FORMA PENYATA PENDAPATAN
Pro forma penyata pendapatan menyediakan ramalan bagi jumlah keberuntungan yang boleh diperoleh daripada syarikat bagi sepanjang tempoh masa tertentu. Dua langkah utama dalam menyediakan pro forma penyata kewangan adalah: (a)
Penyediaan Ramalan Jualan Brigham (1995) mentakrifkan ramalan jualan sebagai ramalan bagi unit dan jumlah jualan di masa depan. Ramalan jualan adalah aktiviti utama prasyarat dalam proses perancangan kewangan. Beberapa sumber diperlukan untuk membuat ramalan ini (lihat Rajah 9.2). Ramalan jualan sekurangkurangnya berdasarkan kepada: (i)
Sebarang arah aliran jualan syarikat dijangkakan akan berulang pada tahun akan datang; dan
(ii)
Faktor atau kejadian yang boleh memberi kesan besar ke atas arah aliran jualan syarikat.
282
X
TOPIK 9
PERANCANGAN KEWANGAN
Rajah 9.2: Faktor yang mempengaruhi ramalan jualan
Hasil daripada maklumat ini, pengurus kewangan boleh menganggarkan aliran masuk dan aliran keluar tunai yang berkaitan dengan operasi jualan dan inventori. Selain itu, maklumat ini juga boleh membantu pengurus kewangan dalam menentukan aset yang digunakan dan jumlah yang diperlukan untuk membiaya tahap pengeluaran yang diramalkan. (b)
Ramalan Pemboleh Ubah Kewangan Pemboleh ubah kewangan adalah item daripada perbelanjaan, aset semasa dan aset tetap, liabiliti dan ekuiti (Scott, Keown et al., 1996). Selepas anda berjaya menganggarkan peningkatan dalam jualan, tentukan kesan peningkatan tersebut dalam pemboleh ubah kewangan.
Secara umumnya, pemboleh ubah ini berubah mengikut perubahan dalam jualan. Contohnya, jika jualan meningkat, maka semestinya perbelanjaan, terutamanya kos akan berubah; akan meningkat dengan peningkatan dalam jualan. Aset hendaklah meningkat lebih banyak lagi, sama ada aset semasa atau aset tetap diperlukan bagi membantu untuk menyokong peningkatan dalam jualan dan pemboleh ubah kewangan.
TOPIK 9
PERANCANGAN KEWANGAN
W
283
Proses penyediaan pro forma penyata kewangan seperti berikut: Langkah 1 Sediakan ramalan jualan. Langkah 2 Tentukan jadual pengeluaran dan keperluan seperti bahan, buruh dan perbelanjaan. (a)
Tentukan Jumlah Unit yang akan Dihasilkan Jumlah unit yang dihasilkan bergantung kepada inventori pembukaan, ramalan jualan dan tahap penutupan inventori yang disasarkan Jangkaan jualan unit + Penutupan inventori – Pembukaan inventori = Keperluan pengeluaran
(b)
Tentukan Kos Pengeluaran Seunit Kos seunit
= Bahan + Upah + Kos pasti
Jumlah kos produk = Bilangan unit yang dihasilkan u Kos seunit Kira kos jualan barang
(c)
(i)
Anggaran unit jualan; dan
(ii)
Kos barangan yang dijual = Jualan unit u Kos seunit.
Kira Penutupan Inventori Pembukaan inventori + Jumlah kos pengeluaran = Jumlah inventori untuk jual – Kos barangan yang dijual = Penutupan inventori
RM xxxx xxx xxxx xxx xxxx
284
X
TOPIK 9
PERANCANGAN KEWANGAN
Langkah 3 Kira perbelanjaan lain (a)
Pentadbiran dan perbelanjaan am; dan
(b)
Perbelanjaan faedah.
Langkah 4 Sediakan pro forma penyata pendapatan RM xxxx
Hasil jualan – Kos barangan yang dijual
xxx
– Susut nilai
xxx
= Keuntungan kasar
xxxx
– Pentadbiran dan perbelanjaan am
xxx
= Keuntungan operasi (keuntungan sebelum faedah dan cukai)
xxx
– Perbelanjaan faedah
xx
= Perolehan sebelum cukai
xxx
– Cukai
xx
= Perolehan selepas cukai
xxx
– Dividen saham biasa (tunai)
xx
= Meningkat (menurun) dalam penerapan perolehan
xxx
Contoh 9.2 Dengan menggunakan maklumat dalam Contoh 9.1, sediakan pro forma penyata pendapatan untuk Syarikat Nuri bagi bulan Mei. Berikut adalah maklumat tambahan: Jumlah aset tetap
= RM300,000
Susut nilai
= 10% daripada jumlah aset tetap
Inventori pada 30 April = RM20,000 Inventori pada 30 Mei
= RM40,000
Kadar cukai
= 30%
TOPIK 9
PERANCANGAN KEWANGAN
W
285
Syarikat Nuri Pro Forma Penyata Pendapatan bagi bulan Mei (RM) Hasil jualan Kos jualan barang Pembukaan inventori Pembelian (60% u 85,000) Penutupan inventori Kos jualan barang Keuntungan kasar Perbelanjaan operasi Pejabat dan perbelanjaan sewa gudang Perbelanjaan upah Perbelanjaan operasi Keuntungan operasi sebelum faedah dan cukai Cukai Perolehan selepas cukai
(RM) 85,000
20,000 51,000 71,000 (40,000) (31,000) 54,000 4,500 5,000 (9,500) 44,500 (13,350) 31,150
AKTIVITI 9.2 Juruaudit dapat mengesan perbezaan yang ketara dalam aliran tunai bersih daripada fail perakaunan syarikat anda untuk tempoh dua tahun lepas. Wujud kemungkinan yang disebabkan oleh kesilapan semasa membuat rekod atau percanggahan dengan pekerja syarikat. Apakah tindakan yang perlu diambil?
286
X
TOPIK 9
PERANCANGAN KEWANGAN
LATIHAN 9.2 1.
Apakah kegunaan pro forma penyata pendapatan?
2.
Nyatakan empat bahagian yang terdapat dalam belanjawan tunai.
3.
Berdasarkan maklumat di bawah, sediakan pro forma penyata pendapatan Syarikat Tulip bagi tahun 2011. Ramalan jualan
RM10,000,000
Kos jualan barang
60% jualan
Pentadbiran dan perbelanjaan jualan
RM100,000 sebulan
Perbelanjaan susut nilai
RM140,000 sebulan
Perbelanjaan faedah
RM120,000
Kadar cukai
34%
Kadar bayaran dividen
50%
x
Anda didedahkan kepada kepentingan perancangan kewangan dengan menyediakan pro forma penyata pendapatan dan belanjawan tunai dalam Topik 9. Syarikat boleh membuat penilaian dan pelarasan terperinci untuk maksimumkan keuntungan melalui perbandingan aliran masuk tunai dan aliran keluar tunai.
x
Belanjawan tunai adalah rumusan penerimaan dan bayaran tunai yang dijangka untuk jangka masa yang singkat.
TOPIK 9
x
x
PERANCANGAN KEWANGAN
W
287
Terma yang digunakan dalam belanjawan tunai adalah seperti berikut: –
Penerimaan tunai;
–
Bayaran tunai;
–
Perubahan tunai bersih; dan
–
Lebihan tunai.
Pro forma penyata pendapatan menyediakan ramalan bagi jumlah keberuntungan yang boleh didapati daripada syarikat melalui tempoh masa yang tertentu.
Belanjawan tunai
Perancangan kewangan
Aliran masuk tunai
Tunai bersih
Aliran keluar tunai
Pro forma penyata pendapatan
Lebihan tunai