MODUL 10: KESIMPULAN Isi Kandungan 10.0
Pengenalan
10.2
Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan
10.3
Soalan penilaian
113
10.0
Pengenalan
Pelajar telah mempelajari tentang asas-asas utama perancangan kewangan dalam modul-modul sebelum ini. Dalam proses tersebut, pelajar telah mendapat penerangan dari guru dan juga melakukan aktiviti praktikal supaya boleh memahami perancangan kewangan dengan lebih baik. Dalam modul ini, pelajar akan dapat mengingati semula isi penting yang telah dipelajari dalam modul yang lepas. 10.2 10.2.1
Rumusan Buku Kerja Perancangan Kewangan Kenapa Merancang
Kita merancang kewangan untuk tujuan-tujuan berikut: 1. Menyimpan bagi merealisasikan impian pembelajaran 2. Dapat menyediakan tabungan kecemasan untuk digunakan pada masa yang diperlukan Dalam masa jangka-panjang pula, pelajar perlu merancang untuk tujuan berikut: 1. Dapat mengurus risiko kewangan seperti memiliki pelan takaful terhadap harta, keluarga dan takaful simpanan 2. Memiliki tempat berkerjaya
tinggal
yang
selesa
apabila
telah
3. Dapat memberi pendidikan yang sesuai kepada anak-anak apabila telah berkeluarga 4. Dapat meninggalkan bekalan kewangan yang cukup kepada keluarga jika berlaku kematian 5. Dapat hidup selesa dan tenang
Untuk merealisasikan perancangan kewangan yang bijak, pelajar harus mengikuti langkah-langkah berikut: 1. Ketahui kedudukan kewangan terkini. 2. Tetapkan matlamat. 115
3. Bina pelan tindakan. 4. Laksanakan apa yang dirancang. 5. Jadikannya amalan. Pelajar juga bertuah kerana berpeluang untuk mempelajari perancangan kewangan dalam usia yang muda. Ini dapat mengelakkan daripada pelajar membuat keputusan kewangan yang tidak tepat, seperti berhutang secara berlebihan dan tidak menyimpan dan melabur secara bijak apabila bekerjaya kelak. Apabila merancang pada usia muda, pelajar dapat: 1. Merancang sebelum timbulnya keperluan kewangan seperti dapat memilih institusi pengajian sesuai dengan minat anda. 2. Perancangan yang lebih awal akan memberi lebih fleksibiliti dan keringanan kepada anda. 3. Memberi kelebihan dari segi masa, di mana akan menikmati masa yang lebih lama untuk mengumpul wang yang lebih banyak. 4. Memahami tahap kewangan keluarga anda dan terlibat secara tidak langsung dalam membantu ibu bapa dari aspek ekonomi keluarga. 5. Dapat memahami konsep kewangan sebenar dan merancang masa depan yang lebih jauh. 10.2.2
Apakah Kegunaan Wang?
Kita memerlukan wang untuk memenuhi keperluan kehidupan. Ada perbelanjaan yang bersifat asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Ada pula perbelanjaan yang lebih bersifat kemahuan seperti mendapat pakaian yang selesa, berjenama dan mahal. 10.2.3 Nilai Masa RM Nilai wang RM1 pada masa sekarang adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan masa hadapan. Dalam topik ini pelajar telah 116
mempelajari tentang nilai wang masa sekarang dan juga masa hadapan jika disimpan di dalam bank. 10.2.4
Keborosan Menjauhkan Kawan-Kawan
Dalam modul ini pelajar diberi satu senario di mana sikap boros seseorang itu boleh menyusahkan orang lain serta menjauhkan rakan-rakan. Untuk mengelakkan sikap boros beberapa tips berbelanja dengan bijak turut disertakan: Tip-tip berbelanja dengan bijak 1. Berjimat-cermat/teliti dalam mengurus perbelanjaan 2. Meningkatkan hayat penggunaan/memberi kesan maksimum bagi setiap perbelanjaan 3. Mengawal perbelanjaan dan penggunaan mengikut keperluan bagi mengelakkan membeli perkara yang tidak perlu 4. Bersederhana dalam berbelanja 5. Elakkan pembaziran 6. Elakkan perbelanjaan yang tidak perlu 7. Membeli ketika jualan murah 8. Bandingkan harga 9. Membuat senarai barangan ketika berbelanja
10.2.5
Keluarga Bersama Keluarga Berjaya
Sumber pendapatan keluarga terdiri daripada sumber pendapatan daripada ayah dan ibu yang bekerja, juga daripada sumber-sumber sampingan yang lain seperti perniagaan kecil-kecilan, simpanan, pelaburan, sumber daripada adik-beradik yang sudah bekerja.
117
Pelajar juga diberi tips menyediakan belanjawan keluarga: •
Mengenalpasti semua komitmen tetap contohnya, membayar sewa rumah, pinjaman kereta, kad kredit dan sebagainya
•
Memberi keutamaan kepentingan
•
Mengenalpasti kesemua sumber pendapatan anda sama ada pendapatan dari ibubapa atau pendapatan lain
•
Mengkelaskan perbelanjaan keperluan dan kehendak
•
Mengenalpasti semua perbelanjaan diri
10.2.6
dalam
perbelanjaan
mengikut
mengikut
barang-barang
Hutang, Lawan Atau Kawan
Dalam modul ini pelajar diperkenalkan dengan jenis-jenis pinjaman serta cara-cara mengurus pinjaman dengan betul. Pinjaman mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri. Pelajar perlu tahu membezakan keperluan dan kemahuan untuk mengurus pinjaman dengan betul. Terdapat 3 jenis pinjaman: •
Pinjaman jangka masa panjang
•
Pinjaman jangka masa sederhana
•
Pinjaman jangka masa pendek
10.2.7
Merancang Untuk Pelajaran Lanjutan Anda
Melanjutkan pelajaran selepas SPM merupakan impian setiap pelajar. Namun, kos untuk melanjutkan pelajaran adalah tinggi. Pelajar perlu bijak membuat pilihan tempat untuk melanjutkan pelajaran. Terdapat banyak institusi pengajian tinggi di Malaysia sama ada swasta atau kerajaan tidak kurang juga institusi pengajian tinggi di luar negara.
118
Setiap institusi keluarga perlu mempunyai perancangan kewangan mereka sendiri. Ibu bapa jangan sesekali memandang enteng kepada perancangan keperluan kewangan pengajian tinggi pelajar– pelajar. Terdapat beberapa langkah yang boleh dijadikan sebagai panduan iaitu: 1)
Tentukan jenis pendidikan yang sesuai.
2)
Tentukan jumlah simpanan yang diperlukan.
3)
Memilih pakej pelaburan yang bersesuaian.
4)
Sumber alternatif lain yang boleh diambil.
Institusi keluarga haruslah memainkan peranan penting dalam merancang keperluan kewangan pendidikan pelajar. Perancangan kewangan yang sistematik bersama keluarga dapat menjamin pendidikan anda pada masa hadapan.
119
10.2.8
Pelaburan Pelajaran
Sedia
Ada
Untuk
Membina
Tabung
Dalam modul ini pelajar diberi pendedahan tentang instrumen untuk menyimpan wang sebagai persediaan untuk melanjutkan pelajaran. Pelajar juga diberi maklumat tentang konsep takaful pendidikan dan tabung unit amanah pendidikan. Kelebihan menabung dalam tabung unit amanah pendidikan dan takaful pendidikan: •
Merupakan salah satu bentuk simpanan jangka panjang
•
Memberi pulangan yang lebih kompetitif berbanding menyimpan di dalam simpanan biasa
•
Risiko penyimpanan yang lebih rendah kerana ianya dijamin oleh kerajaan
•
Mudah untuk menyimpan kerana terdapat banyak ejenejen tabung unit amanah dan takaful di seluruh negara
•
Sebagai simpanan luar jangka jika terdapat sebarang kejadian yang tidak diingini seperti kemalangan dan sebagainya
120
10.3
Soalan Penilaian
Bulatkan jawapan yang betul: 1.
2.
Susun langkah-langkah merancang kewangan di bawah dengan susunan yang betul. I.
Ketahui kedudukan kewangan terkini.
II.
Jadikannya amalan.
III.
Tetapkan matlamat.
IV.
Laksanakan apa yang dirancang.
V.
Bina pelan tindakan.
a.
I, II, III, IV dan V
b.
I, III, V, IV dan II
c.
III, V, II, I, dan IV
d.
V, II, I, IV, dan III
Kehendak adalah ____________ a.
Perkara asas penting untuk kehidupan seharian.
b.
Sesuatu yang perlu untuk meneruskan kehidupan.
c.
Sesuatu yang kita ingin miliki dan masih dapat meneruskan kehidupan jika tidak memilikinya.
d.
Semua jawapan di atas.
121
3.
4.
5.
6.
Pernyataan manakah Kewangan?
yang
BENAR
tentang
Perancangan
a.
Perancangan kewangan memberikan ketenangan dan menjamin keselamatan masa hadapan.
b.
Memberi ketenangan fikiran kerana hidup tidak dibebani hutang.
c.
Menolong mengatasi kesan inflasi.
d.
Semua di atas.
Berapakah peringkat yang terdapat dalam Teori Hierarki Maslow? a.
3
b.
4
c.
5
d.
6
Berapa lamakah matlamat jangka masa sederhana? a.
Satu tahun.
b.
Dua tahun setengah.
c.
Dua hingga lima tahun.
d.
Enam tahun dan seterusnya.
Susun panduan membuat rancangan perbelanjaan (bajet) yang mudah. I.
Ketepikan sejumlah kecemasan.
II.
Tentukan jumlah pendapatan harian/mingguan atau bulanan anda.
III.
Tentukan jumlah perbelanjaan (membeli makanan, buku, alat tulis dan lain-lain).
122
wang
untuk
tabungan
dan
7.
8.
9.
a.
I, II, dan III
b.
II, III, dan I
c.
III, II, dan I
d.
I, III, dan II
Nilai RM1 yang diterima pada masa sekarang tidak akan sama nilainya pada masa hadapan, betul atau salah? a.
Betul
b.
Salah
c.
Tidak Pasti
d.
Tidak semestinya
Suzana menyimpan RM1200 di dalam bank pada masa sekarang. Kadar pulangan faedah yang diberi oleh bank ialah 5% setahun. Berapakah jumlah simpanan wang yang Suzana akan terima pada tahun hadapan? a.
RM1100
b.
RM1220
c.
RM1260
d.
RM1250
Aliran Wang Tunai ialah ________________ a.
Hasil tambah wang tunai masuk dan wang tunai keluar.
b.
Perbezaan antara jumlah pendapatan dengan jumlah perbelanjaan.
c.
Perbezaan antara perbelanjaan.
d.
Hasil darab jumlah pendapatan dan jumlah pelaburan.
jumlah
123
pelaburan
dengan
jumlah
10. Formula menggunakan wang dengan bijak ialah… a.
Pendapatan – perbelanjaan = simpanan
b.
Simpanan – perbelanjaan = pendapatan
c.
Pendapatan – simpanan = perbelanjaan
d.
Pelaburan – perbelanjaan = pendapatan
11. Berikut adalah tips-tips berbelanja dengan bijak, manakah pernyataan yang BETUL? I.
Berbelanja secara boros.
II.
Berjimat-cermat/teliti dalam mengurus perbelanjaan.
III.
Membeli ketika jualan murah.
IV.
Membeli barangan berjenama.
a.
II dan III
b.
I dan II
c.
III dan IV
d.
II, III, dan IV
12. Apakah elemen dalam penyata aliran tunai? a.
pendapatan dan perbelanjaan
b.
aset dan liabiliti
c.
pelaburan dan perbelanjaan
d.
aset sahaja
13. _______ adalah antara langkah yang patut disemai di kalangan pelajar bagi merancang kewangan mereka. a.
Meminjam
b.
Melabur
c.
Memantau
d.
Berbelanja 124
14. _______ merupakan alat pertukaran di antara barang-barang dan perkhidmatan dalam urusniaga jual beli. a. Insurans b. Wang c. Saham d. Unit Amanah 15. Peningkatan kadar ______ akan meningkatkan kos pinjaman dan belanja faedah meningkat. a.
hutang
b.
matawang
c.
pulangan
d.
faedah
16. _______ akan melindungi seseorang bagi sebarang kemungkinan kerugian seperti kebakaran, kemalangan dan sebagainya. a.
Unit amanah
b.
Akaun simpanan
c.
Insurans
d.
Akaun semasa
17. Perlindungan insurans yang berkonsepkan Islam berdasarkan prinsip Syariah dikenali sebagai _______ a.
Insurans
b.
Takaful
c.
Al-Mudharabah
d.
Ar-Rahn
125
dan
18. Apakah takaful? a.
Melindungi diri daripada kemalangan.
b.
Mengamalkan prinsip-prinsip penindasan.
c.
Peserta skim berkongsi risiko dan menolong antara mereka.
d.
Syarikat Islam.
yang
menawarkan
perkhidmatan
kewangan
19. Skim pelaburan yang mengumpulkan wang dari peserta ke dalam tabung khas yang diuruskan pengurus pelaburan profesional ialah.. a.
insurans
b.
tabung unit amanah
c.
saham
d.
tabungan
20. Manakah pernyataan berkaitan unit amanah di bawah adalah benar: I.
Unit amanah merupakan satu bentuk simpanan jangka panjang.
II.
Risiko adalah amanah.
III.
Pulangan lebih kompetitif daripada menyimpan dalam simpanan biasa .
IV.
Sebagai simpanan yang boleh diguna apabila berlaku kecemasan.
a.
I dan II
b.
II dan III
c.
II dan IV
d.
I, III, dan IV
lebih
126
tinggi
dalam
pelaburan
unit
21. Pernyataan manakah dianggap sebagai memenuhi keperluan seseorang? a.
Saya perlu makan makanan yang berasaskan daging atas nasihat doktor.
b.
Saya perlu mempunyai permainan video kerana saya tidak boleh hidup tanpa permainan video.
c.
Saya perlu membeli kasut berjenama kerana kawan saya memiliki jenama yang sama.
d.
Kesemua di atas.
22. Apakah jenis produk pelaburan yang mempunyai risiko yang terendah? a.
Unit amanah
b.
Deposit tetap
c.
Emas
d.
Takaful
23. Faktor-faktor manakah yang boleh merubah objektif kewangan seseorang? a.
Umur
b.
Keutamaan
c.
Keperluan
d.
Semua di atas
24. Sistem tukar barang dikenali sebagai________ a.
sistem kewangan
b.
sistem barter
c.
sistem pelaburan
d.
sistem gadaian
127
25. Yang manakah menunjukkan keperluan asas: I.
Komputer riba
II.
Pakaian
III.
Makanan
IV.
Telefon bimbit
a.
I dan II
b.
I dan III
c.
II dan IV
d.
II dan III
Soalan Struktur 1.
Jelaskan tujuan merancang kewangan dan kepentingannya dalam kehidupan seharian. (12 markah)
2.
Lukiskan Model Teori Hierarki Maslow. (5 markah)
3.
Terangkan cara menetapkan matlamat kegunaan wang dengan berkesan beserta contoh yang sesuai. (12 markah)
4.
Selesaikan masalah berikut: Encik Fauzan menyimpan RM100 di dalam tabung Unit Amanah A pada setiap bulan. Kadar pulangannya ialah 8% setahun. Berapakah jumlah simpanan wang yang Encik Fauzan akan terima pada masa 3 tahun akan datang? (3 markah)
5.
Berikan TIGA tujuan perancangan kewangan. (6 markah)
6.
Nyatakan satu bentuk produk pelaburan yang sesuai untuk tujuan pendidikan. (2 markah)
128
7.
Senaraikan jenis-jenis pinjaman beserta contoh bagi setiap jenis pinjaman. (6 markah)
8.
Senaraikan 5 cara mengurus hutang. (5 markah)
Cari Perkataan 1.
Cari perkataan berdasarkan pernyataan berikut: •
Nilai RM 1 adalah lebih bernilai pada hari ini berbanding hari esok kerana masalah…
•
Institusi pelaburan yang mengurus dana.
•
Konsep yang berasaskan bantu-membantu.
•
Nilai dalam diri yang penting untuk menguruskan kewangan yang baik.
•
Alat perantaraan pertukaran yang sah dan diterima umum.
•
Kredit.
•
Tahap pertama dalam teori Hierarki Maslow.
•
Anggaran perbelanjaan berdasarkan pendapatan.
•
Contoh tabung unit amanah pendidikan.
129
Cari perkataan A
B
C
I
N
F
L
A
S
I
D
E
F
G
H
B
D
J
O
H
N
A
K
A
Z
A
M
I
A
Y
C
D
I
L
M
N
O
P
P
N
B
S
O
S
A
I
P
Q
V
R
T
A
K
A
F
U
L
K
M
N
G
Y
O
U
A
K
P
F
U
L
J
K
I
K
I
O
H
I
X
Y
D
I
S
I
P
L
I
N
D
L
L
U
T
Z
W
M
E
B
A
K
T
I
S
Z
G
O
H
H
W
W
A
N
N
I
L
Y
A
S
O
N
I
N
N
P
N
B
W
A
W
A
S
A
N
Z
A
S
G
I
L
H
A
M
O
W
A
N
G
O
R
T
I
A
N
Z
U
R
I
N
A
I
L
A
I
A
U
F
X
Y
N
A
W
A
J
N
A
L
E
B
K
H
130
DICETAK OLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD KUALA LUMPUR, 2009 www.printnasional.com.my email:
[email protected] Tel.: 03-92366895 Faks: 03-92224773