Soalan 1 – Rumusan [ 30 Markah ]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat suatu rumusan tentang kepentingan muzik dan usaha- usaha menggalakkan remaja menceburkan diri dalam bidang muzik. Panjangnya rumusan hendaklah tidak lebih daripada 120 patah perkataan. Muzik memainkan peranan yang besar dalam kehidupan manusia terutamanya remaja. Banyak orang memerlukan muzik dalam melayari kehidupan. Seorang ibu biasanya mendodoikan bayinya dengan nyanyian. Dalam perkembangan awal kanak-kanak, muzik merupakan komponen penting untuk mengajarkan ilmu kepada kanak-kanak bagi mengingati sesuatu. Ada pelajar yang tidak boleh belajar tanpa muzik. Sesetengah orang pula masih memerlukannya menyanyikan abjad “ABCD...” untuk membaca huruf tersebut. Muzik berupaya mempengaruhi dan mengubah emosi seseorang, seperti gembira, sedih, bersemangat, agresif dan tenang bergantung pada jenis muzik yang dimainkan. Penggunaan muzik sebagai terapi dapat memberikan kesan dalam memulihkan seseorang dari segi kesihatan dan tingkah laku. Dr. Yusof al- Qaradhawi pernah mengaitkan muzik dengan naluri dan perasaan seseorang sehingga berupaya membentuk bakat, perasaan dan keperibadian seseorang. Pengaruh muzik terhadap minda menemukan dapatan yang menakjubkan. Selain mempengaruhi dan merangsang perkembangan otak, muzik juga dipercayai dapat memberikan impak yang positif kepada wanita hamil dan bayi yang di dalam kandungan. Muzik irama klasik misalnya mampu menghasilkan gelombang alfa yang dapat memberikan ketenangan dan perasaan santai kepada ibu dan bayi di dalam kandungan. Oleh itu tidak hairanlah di Jepun, dianggarkan lebih daripada 60% wanita di negara itu mendengar muzik berentak perlahan sepanjang tempoh kehamilan. Kajian menunjukkan bahawa muzik memberikan kesan kepada tubuh manusia. Apabila seseorang itu mendengar muzik yang sesuai dan dapat diterima oleh tubuhnya, tubuh manusia akan bertindak balas mengeluarkan sejenis hormon yang akan menimbulkan rasa ketenangan dan kesannya dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh manusia. Sebaliknya, muzik yang membingitkan telinga akan menyebabkan jantung manusia berdegup laju dan kencang yang sudah tentu tidak baik untuk kesihatan. Dalam pada itu, turut menjadikan seseorang itu insan yang memberontak, ganas atau tidak tenteram. Selain itu, kajian oleh ahli psikologi dan ahli fizik ke atas kanak-kanak prasekolah di California mendapati bahawa sekumpulan kanak-kanak yang diajarkan mata pelajaran muzik seminggu sekali menampilkan keupayaan pemikiran dan prestasi sejumlah 34% lebih baik dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan berbanding dengan rakan mereka yang tidak mengambil mata pelajaran muzik. Muzik juga dapat membentuk pelajar untuk berdisiplin dan meningkatkan kemampuan untuk fokus dalam pelajaran di sekolah. Menurut kajian juga, muzik dapat membantu pelajar menguasai ilmu yang berkaitan dengan bahasa dengan lebih mudah dan cepat. Secara kesimpulannya, muzik ialah makanan jiwa. Sememangnya remaja sangat cenderung untuk mencintai dan menggilai muzik. Pendidikan Muzik harus didedahkan kepada golongan muda berupaya mewujudkan generasi masa hadapan yang mempunyai teras jati diri yang kukuh. Menyedari hakikat itulah, Pendidikan Muzik yang diserapkan menerusi kokurikulum sekolah merupakan pendekatan yang selari dengan keperluan negara untuk muncul sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Ajaibnya Muzik’ oleh Yusri Yassir 31
Dewan Siswa , JUN 2012)
Soalan 2: Pemahaman Soalan 2(a) - Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-solan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i)
Berikan maksud rangkai kata memberikan impak yang positif. [2 markah]
(ii) Pengarang mengemukakan beberapa kesan muzik yang berirama ‘keras’ dan membingitkan telinga. Nyatakan kesan-kesan tersebut [3 markah] (iii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa agar anak-anak dapat memanfaatkan muzik dalam kehidupan mereka? [4 markah] Soalan 2 (b) – Petikan Cerpen Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yangt berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Setelah bekerja, Hakim memfailkan saman menuntut hak milik tanah Kaduk. Dia melantik Azam sebagai peguamnya. Mereka mengatur langkah dengan tekun dan teliti mencari segara bahan bukti, menulis dengan kemas dan terperinci, berbahasa dengan fasih dan bernas.Azam dengan lidah yang fasih telah berhujah di mahkamah. "Yang Arif, apabila raja meminta bertukar ayam, adakah Pak Kaduk boleh membantah perintah raja? Dia akan dituduh sebagai penderhaka dan mungkin kepalanya akan dipancung. Ini bermakna Kaduk telah menyerahkan ayamnya Si Kunani kepada raja tanpa kerelaannya. Tidak wujud sebarang bukti, atau sebarang tandatangan, atau MoU yang mengesahkan pertukaran ayam itu. Jadi, apabila Si Kunani menang dalam persabungan, bererti Pak Kaduklah yang menang dan berhak menerima apa-apa hadiah yang telah ditawarkan dalam perjanjian persabungan mengikut terma dan syarat yang diperuntukkan, termasuklah mengekalkan hak milik tanah yang dituntut oleh anak guam saya." Mahkamah mengumumkan keputusannya pada hari ini. Tidak payah aku ceritakan butiran hujah dan beberapa helaian muka surat yang dibaca oleh tuan hakim di kamar pengadilan. Yang pentingnya, tanah empat ekar itu kini sah menjadi milik Hakim bin Hassan bin Kaduk. Alhamdulillah. (Dipetik daripada cerpen "Kaduk, Ayam dan Raja" oleh Zurinah Hassan dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka)
32
(i) Petikan di atas menunjukkan latar masyarakat yang berusaha menegakkan keadilan bagi memastikan tidak berlaku penganiayaan. Huraikan dua lagi latar masyarakat yang terdapat dalam cerpen ini. (4 markah) (ii). Hakim menuntut hak yang dirampas daripadanya melalui cara yang betul, iaitu melalui mahkamah.
Dengan berdasarkan penyataan di atas, nyatakan tiga kepentingan masyarakat menggunakan pemikiran yang rasional untuk menyelesaikan masalah. (KBAT) (5 markah)
Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Klasik Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Maka ada seorang anak Seri Bija Diraja, Tun Umar namanya, terlalu berani, kelakuannya gila-gila bahasa. Maka disuruhkan oleh Bendahara Paduka Raja suluh perahu Siam itu. Maka Tun Umar pun pergilah dengan sebuah perahunya olang-oleng. Telah bertemu dengan perahu Siam yang banyak itu, maka dilanggarnya sekali, dua tiga buah perahu Siam alah, lalu ia terus ke sebelah; maka ia berbalik, dilanggarnya pula yang lain, itu pun dua tiga buah perahu Siam alah. Maka Tun Umar pun kembalilah. Maka orang Siam terlalu hairan melihat kelakuan Tun Umar itu. Telah hari malam, maka Awi Dicu pun datanglah. Maka oleh Bendahara Paduka Raja segala pohon kayu bakau dan nyirih dan tumpu api-api itu sekaliannya disuruhnya tambati puntung api. Telah dipandang oleh orang Siam api tiada terbilang lagi banyaknya, maka kata hulubalang Siam . “Terlalu banyak kelengkapan perahu Melaka ini, tiada terbilang lagi. Jikalau ia datang apa hal kita? Sedang sebuah perahunya tadi lagi tiada terlawan oleh kita.” (Dipetik daripada Cerita Burung Terbang Dipipiskan lada, Antologi Sejadah Rindu, Hal.35)
(i)
Apakah sifat-sifat yang terdapat pada anak Seri Bija Diraja? [2 markah]
(ii)
Mengapakah orang Siam sangat hairan apabila melihat kelakuan Tun Umar? [3 markah]
(iii)
Pada pendapat anda, wajarkah Bendahara Paduka Raja dapat diiktiraf sebagai seorang pahlawan yang hebat? [3 markah]
33
Soalan 2(d) – Puisi Tradisional Baca syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. . Syair Bidasari Dengarkan tuan suatu riwayat Raja di desa Negeri Kembayat Dikarang fakir dijadikan hikayat Supaya menjadi tamsil ibarat Ada raja suatu negeri, Sultan halifah akas bestari, Asalnya baginda raja yang bahari, Melimpah ngadil dagang senteri. Hairan orang empunya temasya, Baginda itulah raja perkasa, Sangat tiada merasai susah, Entah pada esok dan lusa. Seri sultan raja bestari, Setelah ia sudah beristeri, Beberapa bulan beberapa hari, Hamillah puteri permaisuri. Beberapa lamanya dalam kerajaan, Baginda duduk bersuka-sukaan, Datanglah beroleh kedukaan, Baginda meninggalkan takhta kerajaan. Datanglah kepada suatu masa, Melayanglah unggas dari angkasa, Unggas gurda sangat perkasa, Menjadi negeri rosak binasa. Datanglah menyambar suaranya bahana, Gemparlah sekalian mulia dan hina, Seisi negeri gundah-gelana, Membawa diri ke mana-mana. Baginda pun sedang dihadap orang, Mendengar gempar seperti perang, Bertitah baginda raja yang garang, "Gempar ini apakah kurang." (Dipetik daripada Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Hal.5 – 7)
34
(i) Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam puisi di atas. (ii) Pemimpin yang bersih, cekap dan amanah
(4 markah)
Dengan berdasarkan tema di atas, cipta serangkap pantun dengan menggunakan kata-kata yang indah dan menarik. (KBAT) (5 markah)
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah] Jawab semua soalan. (a)
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi)
air mata mata air bunga kertas kertas bunga pokok pangkal pangkal pokok [6 markah]
(b)
Tukarkan ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya. (i)
Syarat-syarat pertandingan menulis karya kreatif itu telah diterangkan oleh pihak penganjur sebentar tadi.
(ii)
Koleksi cenderamata yang dihadiahkan oleh rakan-rakannya tersusun dengan kemas di dalam almari perhiasan.
(iii)
(c)
Sambutan yang diberikan oleh orang ramai terhadap Kempen Gaya Hidup Sihat itu sungguh menggalakkan. [6 markah ] Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i)
Kerajaan kommited untuk meningkatkan modal insan yang berkemahiran tinggi agar impian menjadikan negara ekonomi pendapatan tinggi dapat dicapai.
(ii)
Di bawah strateji memacu ekonomi negara, kerajaan terpaksa menarik perlaburan asing dan pihak swasta sebagai teras untuk menjana ekonomi negara. 35
(iii)
Banyak pehak menyalahkan kerajaan apabila kadar pengangguran meningkat tetapi mereka tidak mengkaji dengan mendalam tentang punca siswazah gagal mendapat perkerjaan [6 markah ]
(d)
Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. (i) Pendidikan industri ialah pendidikan yang menjurus ke bidang teknologi untuk melahirkan kumpulan kerja yang mahir dalam bidang perindustrian. (ii)
Pihak media dan semua pakar-pakar bahasa Melayu perlu berusaha sekuat upaya untuk membantu rakyat menguasai bahasa Melayu dengan baiknya.
(iii)
(e)
Peningkatan jumlah pemilik kredit kad dalam kalangan masyarakat menunjukkan yang masyarakat Malaysia merupakan golongan yang suka berbelanja. [6 markah ] Baca setiap ayat di bawah ini dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa lain yang sama maksud dengannya. i)
ke bukit sama didaki , lurah sama dituruni.
ii)
ibarat telur sesangkak pecah sebiji pecah semua.
iii)
berjalan peliharakan kaki, bercakap peliharakan mulut. [6 markah ] Soalan 4 : Novel [15 markah] Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel- novel yang berikut: (i) Papa…(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof (ii) Tirani karya Beb Sabariah
(a)
Seseorang penulis memberikan sumbangan yang besar kepada khalayak pembaca. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan sumbangan penulis tersebut kepada pembaca menerusi novel yang ditulisnya. [7 markah]
(b)
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut. [8 markah] KERTAS SOALAN TAMAT
36