KELUARAN NO. 6, 2011
Menyebarkan mesej keselamatan jalanraya
Dari Meja Pengarah Urusan BSP
MAKLUMAT LANJUT Sekiranya awda ingin mendapatkan maklumat lanjut, memberi sebarang komen atau menyumbang artikel, hantar e-mel yang mengandungi nama awda, alamat, nama syarikat serta jawatan awda kepada: editorial@ shell.com Untuk membaca lebih banyak bahan berita, sila kunjungi https://www.bsp.com.bn/main/ mediacentre/media_centre.asp LANGGANAN Bagi mengubah atau membatalkan langganan ini, sila hantar e-mel kepada editorial@shell. com dengan menyatakan nama, jawatan, syarikat/ organisasi dan alamat awda DITERBITKAN OLEH Jabatan Hal Ehwal Luar Korporat Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd Jalan Utara Panaga Seria KB3534 Brunei Darussalam PENYUNTING EKSEKUTIF M K Anwar TATA SUSUN DAN REKABENTUK Hajah Fauziah Jahis FOTOGRAFI Nanyang Photo Trading PENCETAK Wing On Printing Sdn Bhd
Rakan sejawat sekelian, Kita telah pun melimpasi titik pertengahan tahun dan saya pasti ini adalah tempoh masa yang kritikal di dalam kalendar kita. Kita telah menerima penghargaan kunjungan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah yang telah melancarkan Galeri Minyak dan Gas yang baru dinaik taraf di Muzium Kota Batu. Galeri tersebut memaparkan pertumbuhan serta kemajuan BSP sepanjang 80 tahun yang lalu dan mempamerkan komitmen kita dalam menyokong pembangunan negara selaras dengan Wawasan 2035. Kita juga mengalu-alukan kehadiran Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Haji Hasrin Dato Paduka Haji Sabtu, Pesuruhjaya Polis Di-Raja Brunei yang telah datang ke Pertandingan Pendidikan Keselamatan Jalanraya Syarikat Minyak Brunei Shell yang kelima di Pusat Penemuan Minyak dan Gas, Seria. Pertandingan tersebut aalah sebahagian dari usaha berterusan kita untuk menerapkan perilaku serta tabiat yang selamat di jalanraya di kalangan belia, terutamanya mereka yang akan memandu buat kali pertama. Bulan ini saya sama-sama meraikan detik penting “1000 Hari Sasaran Sifar” yang dicapai oleh Unit Aset Darat. Ini adalah kejayaan yang penting memandangkan tahap aktiviti yang tinggi di dalam aset tersebut. Kejuruteraan Projek (PEN) juga telah mencatat kejayaan membanggakan dengan menyiapkan bengkel terbesar BSP di Muara dengan selamat. Ini telah menjadi kenyataan melalui usaha berterusan oleh kumpulan PEN mempastikan keselamatan kekal sebagai keutamaan teratas sepanjang pelaksanaan projek sehingga ke penghujungnya. Perhatian terhadap keselamatan ini telah menghasilkan 287,958 juta jam kerja yang selamat dilalui oleh kontraktor terlibat. Kita juga telah memberi penghargaan serta pengiktirafan istimewa kepada lima orang graduan pemegang biasiswa syarikat yang telah melengkapkan Ijazah Sarjana Muda mereka di dalam bidang Kejuruteraan Petroleum engan menapat Kepujian Kelas Pertama. Saya juga berharap supaya awda semua akan bergembira semasa larian Wheels and Heels dan tunjukkanlah juga semangat dan keazaman yang sama bagi acara tahun depan. Saya juga ingin berkongsi sesuatu yang telah saya pelajari daripada jerayawarya IM pada bulan ini. Adakah awda ketahui bahawa sehingga 10,000 kWh dapat dijimatkan setahun jika awda memadamkan komputer riba dan komputer meja serta skrinnya sekali pada waktu malam? Oleh itu jangan lupa mematikan komputer-komputer awda apabila meninggalkan pejabat. Dalam kita melalui titik pertengahan tahun ini, saya ingin mengingatkan lagi tentang aspek-aspek keselamatan di dalam pekerjaan seharian kita. Kekalkanlah peringatan ini di dalam minda kita semua dan pastikan yang semua orang mampu pulang dengan selamat kepada keluarga yang tersayang. Terima Kasih,
Ken Marnoch Pengarah Urusan BSP
KANDUNGAN
SALAM
8
15
10
INISIATIF HIJAU SEN
02 dari meja pengarah urusan BSP 04 DARAT CAPAI SASARAN SIFAR 06 PENDIDIKAN KESELAMATAN JALANRAYA 08 PELANCARAN GALERI MINYAK DAN GAS 12 AKTIVITI KOMUNITI EPE
14 BSP IKTIRAF GRADUAN 15 JERAYAWARA IM 16 PENCAPAIAN PENGKALAN BEKALAN MUARA 17 PENYERTAAN PASUKAN BOLA JARING BSP 18 BSM PERKUKUHKAN KESELAMATAN 19 LATIHAN KECEMASAN DI TERMINAL MUARA BSM
BERITA BSP
Darat capai 1000 hari sasaran sifar
U
Ken Marnoch menyampaikan plak kepada Shamir Salahudin
04 Salam
nit Aset Darat telah meraikan “1000 Hari Sasaran Sifar” pada 27 Mei 2011 di OGDC Big Top, Seria. Acara telah disambut bersama dengan Ken Marnoch Pengarah Urusan BSP dan juga para kontraktor Darat iaitu Mashhor Waste Management Sdn Bhd, Tendrill Company, Mega-Mas Sdn Bhd, Warner & Company Sdn Bhd, American International Industries Sdn Bhd dan Deladi Petroleum Services Sdn Bhd. Ken Marnoch telah menyampaikan sebuah plak kepada DM, Shamir Salahudin, yang kemudiannya telah menyampaikan pula plak-plak kepada para kontraktor sebagai menghargai komitmen mereka mempertahankan prinsip-prinsip serta amalan HSE yang berkesan dan berdaya tahan.
Mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dengan melakukan yang terbaik bagi menjamin semua orang dapat pulang ke rumah dengan selamat setiap hari Di dalam ucapan di majlis tersebut, Ken telah menucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang ke arah pencapaian detik penting tersebut serta menekankan betapa kejayaan ini dicapai di dalam persekitaran tahap aktiviti yang tinggi di dalam unit aset ini. Beliau turut menekankan betapa mustahaknya keselamatan bagi keluarga dan mereka yang disayangi. Ken menambah bahawa setiap insiden adalah peluang bagi belajar dan setiap kecederaan harus dilaporkan supaya dapat mempastikan mereka yang menerima kesannya diberi rawatan sewajarnya. “Usaha ini bukan sekadar untuk menjaga catatan markah kerja sahaja tetapi adalah usaha mempastikan wujudnya persekitaran kerja yang selamat dengan kita melakukan yang terbaik bagi menjamin semua orang dapat pulang ke rumah dengan selamat setiap hari”, kata beliau.
Para kakitangan Darat yang meghadiri acara tersebut
Acara diraikan di OGDC Big Top, Seria
Salam 05
LIPUTAN UTAMA
Mendidik golongan belia tentang keselamatan jalanraya
S
ebagai usaha berterusan menerapkan perilaku yang menjurus kepada keselamatan di jalanraya di kalangan golongan belia, Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) telah bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Jalanraya Kebangsaan (MKJK) menganjurkan Pertandingan Pendidikan Keselamatan Jalanraya Brunei Shell Petroleum 2011 yang ke-5. Pertandingan peringkat kebangsaan tersebut telah disempurnakan dengan pusingan akhir Pertandingan Permainan Trafik Keselamatan Jalanraya bagi sekolah-sekolah menengah di Pusat Penemuan Minyak dan Gas (OGDC), Seria. Hadir sebagai tetamu kehormat di majlis perasmian adalah Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Haji Hasrin Dato Paduka Haji Sabtu, Pesuruhjaya Pasukan Polis Diraja Brunei.
Pemenang pertandingan koir dari St Georges School
06 Salam
Tetamu kehormat melawat pameran dar para peserta
DES School, tempat kedua dalam pertandingan koir
Majlis telah dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang diikuti ucapan oleh Ken Marnoch, Pengarah Urusan BSP. Di dalam ucapan beliau, Ken telah menekankan bahawa pertandingan permainan trafik keselamatan jalanraya adalah suatu platform efektif bagi menerap tabiat-tabiat serta perilaku yang baik di kalangan pelajar-pelajar sekolah, khasnya bagi mereka yang akan mula memandu buat kali pertamanya. Ken menambah bahawa permainan trafik adalah kunci kepada usaha mendidik golongan belia Brunei selain menjadi saluran menyebarkan mesej tentang keselamatan jalanraya. Berbekalkan hasrat ini BSP mempunyai perancangan yang akan diungkayahkan melalui OGDC untuk menaik taraf permainan trafik tersebut kepada program untuk orang awam menjelang suku akhir tahun ini. BSP bekerjasama erat dengan Kementerian Pendidikan bagi menghasilkan program yang bermanfaat ini bagi menyokong pendidikan keselamatan jalanraya yang sedia ada. Kesemuanya ini adalah detik-detik penting di dalam program keseluruhan keselamatan jalanraya. Majlis turut menyaksikan acara penyampaian hadiah kepada semua pemenang oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Haji Hasrin yang berlangsung di dewan serbaguna Seria. Ken Marnoch juga menyampaikan sijil-sijil penghargaan kepada ahli-ahli panel hakim yang menilai semua kategori yang dipertandingkan.
Pertandingan permainan trafik keselamatan jalanraya adalah suatu platform efektif bagi menerap tabiat-tabiat serta perilaku yang baik di kalangan pelajar-pelajar sekolah
Pertandingan Keselamatan Jalanraya bertempat di OGDC Salam 07
BERITA BSP
BSP lancar Galeri Minyak dan Gas
G
aleri Minyak dan Gas yang baru dinaik taraf telah dibuka kepada orang ramai di Muzium Brunei di Kota Batu. Galeri yang telah diperbaharui ini menawarkan pameran visual dan interaktif yang dinamik bagi mencerminkan industri tenaga yang sentiasa berevolusi. Majlis pelancaran galeri telah disempurnakan oleh tetamu kehormat, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair Bin Haji Abdullah, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Hadir di majlis adalah pegawai-pegawai kanan serta wakil pelbagai jabatan kerajaan dan BSP. Ken Marnoch, Pengarah Urusan BSP, yang telah menyampaikan ucapan alu-aluan berkata, “Galeri ini adalah lebih dari sekadar penggalak minda bagi pendidikan dan aktiviti ekonomi; ianya adalah satu usaha bagi mempastikan generasi masa hadapan, yakni anak-anak kita mempunyai sesuatu yang boleh dilihat sebagai rujukan bagi membina masa depan mereka sendiri di dalam dunia yang bersaing hebat ini, samada di dalam industri tenaga mahupun di dalam lain-lain bidang.” Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menandatangani plak bagi pembukaan galeri
Pameran visual dan interaktif yang dinamik bagi mencerminkan industri tenaga yang berevolusi 08 Salam
Para pelajar pertama yang melawat galeri tersebut
YB Pehin Dato Seri Setia Awang Haji Hazair Hazair melawat galeri minyak dan gas
Beliau menambah, “Selain dari memelihara sejarah dan budaya, muzium turut menjadi penjana perubahan sosial di dalam transformasi komuniti tempatan, melalui kepupayaan nilai pendidikannya dan juga perkongsian kerjasama dengan pihak-pihak lain untuk. Amat memberangsangkan apabila dapat melihat kerajaan sendiri yang mengiktiraf kenyataan ini, lebih-lebih lagi dengan adanya komitmen untuk memberi kemasukan percuma kepada orang ramai. Komitmen ini dikongsi bersama di dalam usaha kami menyokong pembangunan negara ke arah Wawasan 2035.” Majlis telah disempurnakan dengan lawatan menyaksikan pameran-pameran baru yang menyentuh tematema seperti sejarah usahasama Brunei-Shell, teknologi minyak dan gas, PemBruneian, sumber-sumber berdaya tahan selepas minyak dan gas. Antara pameran-pameran interaktif yang disediakan adalah sebuah replika pam minyak yang dikenali sebagai keldai menggangguk dan juga sebuah teater mini yang menayangkan video pendidikan. Galeri Minyak dan Gas adalah salah satu dari inisiatif dan projek pembangunan komuniti yang diusahakan oleh BSP dengan kerjasama Kerajaan Brunei di dalam menyokong pelan pembangunan kebangsaan dikenali sebagai Wawasan 2035. Ken Marnoch memberikan ucapan aluan
Salam 09
LIPUTAN UTAMA
Inisiatif hijau SEN
K
umpulan penanaman pokok SEN telah menganjurkan acara menanam pokok pada 24 Jun 2011. Inisiatif yang tersebut dijalankan dengan kerjasama Kelab Golf Panaga bertujuan menambah jumlah pokok-pokok di padang golf Panaga sementara pokok yang sedia ada dikekalkan. Inisiatif SEN ini adalah selaras dengan usaha BSP menyumbang kepada usaha menghijaukan persekitaran. Ini adalah tahun keempat kumpulan SEN memilih Panaga sebagai kawasan utama bagi pemeliharaan alam sekitar. Menurut Simon Billeau, dianggarkan 1,500 sehingga 2,000 pokok diperlukan bagi padang golf Panaga sepanjang 10 tahun yang akan datang. Ini berdasarkan jumlah yang masih diperlukan dan yang akan mati dalam tempoh tersebut. Satu program berterusan juga sedang dijalankan bagi mengganti pokok-pokok yang telah matang dan yang menimbulkan ancaman isu-isu berkaitan HSE. Seramai 50 kakitangan SEN telah menyertai aktiviti penanaman pokok itu dan sebanyak 250 batang pokok cemara atau Casuarina telah ditanam menjelang penghujung hari. Acara telah dilancarkan oleh ketua jabatan, Idris Mohammad Jaafar, yang berkata di dalam ucapan beliau bahawa memandangkan jumlah kertas yang banyak dgunakan di pejabat, adalah wajar usaha simbolik dilakukan bagi menyumbang semula kepada alam sekitar dengan menanam pokok.
Sebanyak 250 anak pokok casuarina berjaya ditanam dalam acara tersebut
10 Salam
Simon telah mengetuai para peserta aktiviti di sekeliling padang golf Panaga di mana beliau menunjukkan cara yang betul bagi menanam anak-anak pokok yang disediakan kepada kakitangan SEN yang kelihatan amat bersungguh-sungguh ingin menjayakan inisiatif tersebut. Naib kapten Kelab Golf Panaga juga memberi penerangan tentang padang golf tersebut yang mengandungi pelbagai hidupan liar, khasnya Pied Hornbills atau pun Enggang Tangling yang merupakan spesis burung yang paling ikonik bagi kawasan Panaga. Burung-burung ini bergantung kepada pokok cemara atau nama saintifiknya Casuarina equisetifolia yang tumbuh di kawasan ini bagi dijadikan bersarang dan membiak. Pokok ini juga menarik kehadiran spesis kumbang besar yang menjadi makanan kepada burung-burung tersebut. Kumpulan penanaman pokok SEN sedang dalam proses memperluaskan lagi usaha-usaha pemeliharaan alam sekitar di kawasan-kawasan lain di daerah ini. Mereka menyatakan rasa terima kasih kepada Jabatan Perhutanan, Kelab Panaga dan rakan-rakan sejawat di SEN yang telah membantu menjayakan aktiviti tersebut. Visi di sebalik aktiviti penanaman pokok oleh SEN ini adalah usaha bagi mewujudkan dunia yang lebih hijau bagi masa hadapan yang lebih baik.
Kakitangan SEN yang memberi sokongan kepada inisiatif penanaman pokok
Idris Mohammad menanam anak cemara di Panaga
Jaafar pohon
Salam 11
BERITA BSP
Aktiviti komuniti EPE di SMARTER Membantu menyelenggara kemudahan Pusat SMARTER Membantu Pusat Autistik SMARTER
K
ejuruteraan Petroleum Timur (EPE) telah menganjurkan satu lagi aktiviti komuniti yang dijadikan sebahagian daripada acara ‘away day’ atau aktiviti luar jabatan yang telah diadakan di Pusat Autisitik SMARTER di Kuala Belait. Para kakitangan EPE telah mula berkumpul di dewan Cendrawasih Kelab Rekreasi Brunei Shell bagi menyaksikan pembentangan oleh ahli-ahli ELT berkenaan perkembangan terkini strategi EPE dan juga bagi penyampaian penghargaan inisitiaf BI. Arahan bagi aktiviti yang dirancang telah disampaikan berserta taklimat HSE tentang lokasi yang dituju semasa makan tengahari yang lazat dihidangkan. Kami telah bertolak ke Pusat Autisitik dengan semua orang bersemangat tinggi untuk memulakan tugasan masing-masing. Aktiviti yang dijalankan termasuklah membersihkan kawasan taman pusat tersebut, mengemaskan bilik-bilik serta tempat simpanan barang yang ada dan juga mengecat dinding. Lebih kurang 70 orang telah memulakan kerja masing-masing yang pada mulanya kelihatan seperti ‘kekecohan yang teratur”. Walaubagaimanapun, dalam masa yang singkat sahaja setiap kumpulan tugasan telah mula menumpukan usaha kepada tugasan yang diberi. Aktiviti keseluruhannya telah berjaya disempurnakan dengan lebih awal (tanpa sebarang insiden dilaporkan), dengan wujudnya semangat berpasukan serta keupayaan berorganisasi yang tinggi di kalangan peserta, lebih-lebih lagi dengan adanya keinginan yang kuat untuk membantu masyarakat setempat. Cuaca yang panas terik dan melengaskan tidak menghalang kami untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan sejawat d dalam konteks yang berlainan; untuk mengetahui lebih banyak sifat-sifat positif serta kemahiran terpendam sesama sendiri atau pun untuk berkomunikasi dengan seseorang di dalam kumpulan kami yang tidak pernah kami dekati sebelum itu! Kami keletihan tetapi amat gembira dan berbangga dengan hasil usaha kami. Dalam masa beberapa jam sahaja Pusat SMARTER telah memberikan kami pandangan yang
12 Salam
Membersihkan tempat permainan pusat tersebut
baru dan berlainan. Ini adalah satu lagi sumbangan EPE kepada masyarakat. Para kakitangan EPE mengucapkan terima kasih kepada Arlene (Ketua Ahli Terapi) di atas peluang yang diberi bagi membantu menyelenggara kemudahan-kemudahan pusat tersebut. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada kanak-kanak dan juga ibu bapa yang telah mengorbankan jadual waktu pembelajaran pada hari itu dan duduk di rumah sementara kami memperelokkan lagi pusat pendidikan mereka. Mana-mana pihak yang ingn menyumbang kepada SMARTER boleh menghubungi Arlene melalui nombor telefon 2661830.
Aktiviti komuniti sebahagian dari aktiviti luar EPE
Salam 13
BERITA BSP
BSP Iktiraf Pemegang Biasiswaa
P
ada hari Selasa, 7 June 2011, di Kelab Panaga Seria, Syarikat Minyak Brunei Sdn Bhd (BSP) telah mengadakan majlis khas bagi lima pemegang biasiswanya sebagai mengiktiraf pencapaian cemerlang mereka menamatkan ijazah Kejuruteraan Petroleum di University of New South Wales (UNSW), Sydney, Australia, dengan mendapat Kepujian Kelas Pertama. Para graduan bidang petroleum tersebut adalah pemegang biasiswa BSP di UNSW dari 2007 sehingga 2011. Biasiswa tersebut diwujudkan bagi menyokong program PemBruneian BSP yang membangunkan keupayaan rakyat tempatan untuk menghadapi cabaran-cabaran di masa hadapan dalam usaha mempastikan kejayaan berterusan syarikat. Hadir di majlis adalah Kumpulan Kepimpinan BSP dan juga Ketua-ketua Disiplin yang sama-sama meraikan serta memberi pengiktirafan kepada pencapaian istimewa kelima-lima graduan tersebut. Lima orang golongan profesional muda ini yang baru sahaja memulakan kerjaya masing-masing dengan BSP adalah, Hajah Salwa Khair binti POKMS Haji Md Tarif, Muhammad Hafizuddin bin Haji Talip and Muhammad Yamin bin Haji Hashim - yang kesemua di bawah Kejuruteraan Takungan; Hjh Siti Nurhazimah binti Haji Abu Bakar di bawah Tekknologi Pengeluaran Technology; dan Muhammad Asqalani bin Haji Abdullah di bawah Petrofisik. Di dalam satu temubual bersama seorang graduan Kejuruteraan Petroleum tersebut, Hajah Salwa Khair telah menyatakan peranan mereka untuk memotivasi pelajar-pelajar muda yang lain. Beliau berkata, “Biasiswa BSP amat berkesan sebagai satu sumber inspirasi kepada golongan belia Brunei, kerana pemegang biasiswa akan dijemput dari masa ke semasa untuk menghadiri kempen kerjaya bagi sekolah-sekolah dan pelajar tempatan. Ini dapat menggalakkan mereka untuk menyertai BSP dengan belajar bersungguh-sungguh.” Antara cabaran-cabaran utama di luar negara termasuklah rasa rindu kepada tanahair, pengurusan masa dan menghargai perbezaan dan kelainan. Seorang lagi dari graduan tersebut, Hjh Siti Nurhazimah berkata bagi mengatasi cabaran-cabaran tersebut seseorang itu harus, “Bekerja keras, tabah dan mempunyai sasaran yang jelas di dalam fikiran.” Selain dari program biasiswa, BSP juga menyumbang kepada lain-lain program pendidikan yang terkenal seperti kursus-kursus Kejuruteraan Petroleum dan Kejuruteraan Kimia di Institut Teknologi Brunei, BSP Learning Excellence Students Scheme (BLESS) atau Skim Pembelajaran Cemerlang Pelajar BSP dan Brunei Environment Science and Technology (BEST) Awards atau Anugerah Sains Alam Sekitar dan Teknologi Brunei. BSP secara berterusan menyokong individu berkemahiran serta bakat-bakat tempatan mengembangkan potensi penuh mereka di dalam bidang pendidikan dan juga di tempat kerja. Aktiviti-aktiviti syarikat ini menyumbang kepada PemBruneian selain menyokong Wawasan 2035 bagi menjadikan Brunei Darussalam terkenal di seluruh dunia dengan rakyat yang berilmu, berkemahiran tinggi dan bertamadun yang tinggal di dalam negara yang mempunyai kualiti hidup serta pendapatan per kapita setara dengan 10 negara teratas di dunia.
Lima profesional muda bersama ketua kepimpinan BSP
14 Salam
Mendapatkan lebih nilai IT
Oleh Ratna Hamzad, IPG/351
P
ada 18 Mei 2011, dengan hanya satu klik pada Apple iPad, Ken Marnoch Pengarah Urusan BSP telah merasmikan Jarayawarya IM 2011. Jerayawara ini yang dipengerusikan oleh Mazlan Gapar (IIS/2) bertujuan mempromosi Perkhidmatan IT Jabatan IM kepada keseluruhan organisasi bagi mendapatkan nilai yang lebih tinggi dari IT. Dengan kesemua unit-unit IM turut serta mempamerkan perkhidmatan masing-masing, jerayawarya tersebut ternyata mencapai kejayaan besar! Hampir 2,000 pengunjung telah hadir bagi mengetahui lebih lanjut tentang apa yang boleh disediakan oleh IM dan juga bagi mencuba nasib memenangi hadiah-hadiah cabutan bertuah termasuk sebuah Apple iPad 2. Acara telah bermula dengan ucapan dari Malai Anwar (IM) yang menekankan bagaimana IT dan IM telah membantu perniagaan untuk maju melalui kerjasama jabatan ini. Ken Marnoch turut menyampaikan ucapan di mana beliau merujuk kepada satu pertemuan beliau dengan Menteri Tenaga, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar, di AMPA Aset Barat di mana IT telah berfungsi secara bersepadu dengan perniagaan dengan menyediakan maklumat mengikut masa sebenar semasa dialog FSR berlangsung. Beliau menghargai bagaimana IT telah menjadikan dialog berkenaan integriti aset lebih mudah dan telus. Selepas acara pelancaran, Ken dan Catherine McRae (TD) telah bersama-sama mengunjungi ruang-ruang pameran yang disediakan oleh IPG, infrastruktur, sehinggalah kepada sebuah petak
Ken Marnoch melancarkan acara tersebut
pameran yang dinamakan ‘Pemeriksaan Kesihatan IT’ yang menyediakan jawapan kepada hamper segala persoalan tentang IT yang pernah awda fikirkan. Petak pameran ini mempromosi kaedah penjagaan komputer dengan pakar-pakar yang bertugas memberi panduan kepada pengguna tentang pengurusan profail, amalanamalan terbaik menggunakan MS Outlook, bagaimana menggunakan Livelink plays bagi mengurus dokumen dan rekod serta kos IT peribadi. Pengarah Urusan juga telah mengambil bahagian di dalam beberapa demonstrasi sistem GeoSigns 3.1, Petrel 2010, Integrated EDM R5000 dan DCM. Beliau dan Cathy McRae kagum dengan potensi untuk bertukar kepada pendekatan hijau dengan menutup komputer pada malam hari yang mana dapat menjimatkan penggunaan tenaga yang besar sebanyak 10,000 kWh setahun. Mereka kemudiannya telah menandatangani ikrar IT hijau. Ternyata mereka amat menghargai kualiti bahan-bahan serta petugas yang mereka saksikan dan telah mengunjungi atrium tempat pameran berlangsung pada hari kedua jerayawarya. Haji Malai Anwar, IM, menyeru agar semua orang mengambil peluang tersebut untuk berkongsi pengalaman serta menunjukkan bagaimana melalui IT/IM awda mampu menjalankan tugas kerja perniagaan dengan lebih selamat untuk mencari, membangun serta mengeluarkan lebih banyak hidrokarbon serta membawa pulangan hasil yang lebih besar. Tahniah diucapkan kepada semua ahli-ahli jawatankuasa kerana telah menjadikan Jerayawarya IM satu kejayaan besar dan juga kerana telah menunjukkan usaha gigih serta sumbangan bermakna.
Salam 15
BERITA bsp
Pencapaian penting bengkel Pengkalan Bekalan Muara
B
engkel Oil Country Tubular Goods (OCTG) atau Barangan Tiub Minyak Negara telah disempurnakan oleh kumpulan PEN/4 dengan kerjasama salah satu kontraktor tempatan yang utama. Bengkel berfungsi memusatkan aktiviti pemeriksaan dan penyelenggaraan, termasuklah penyimpanan bekalan di Pengkalan STL Muara. Inisiatif ini juga akan mengakhiri keperluan untuk menggunakan yad KB yang sebelum ini mendedahkan pihak Syarikat kepada risiko keselamatan jalanraya semasa pengangkutan barangan tiub di antara Muara dan KB. Mercutanda Muara tersebut adalah bengkel terbesar BSP berukuran lebih kurang 105 meter panjang dan 42.7 meter lebar dengan kawasan keseluruhan 4,100 meter persegi. Ia diliputi oleh enam lapisan bahan penebat bagi mengurangkan sebarang pencemaran bunyi bising. Projek ini juga adalah satu kebanggaan Jabatan PEN kerana berjaya disempurnakan dengan selamat. Sejak dari mula lagi Keselamatan merupakan elemen utama projek dan telah diberikan penumpuan teliti oleh kumpulan PEN dan pihak kontraktor yang telah menghasilkan 287,958 jam kerja yang selamat. Lawatan-lawatan yang kerap oleh kumpulan PEN turut membantu mempertahankan Keselamatan sebagai keutamaan teratas sepanjang pengungkayahan projek sehingga penyudahannya pada Mei 2011. Satu lagi pencapaian membanggakan adalah mendapatkan kelulusan Permit Beroperasi bertepatan dengan masa. Satu pemeriksaan menyeluruh yang berjaya telah dijalankan dengan dihadiri 54 wakil-wakil yang terdiri dari 21 pegawaipegawai kerajaan (9 jabatan), 22 kakitangan BSP, 3 kakitangan pihak arkitek dan 8 kakitangan kanan kontraktor. Ini adalah hasil tindakan proaktif kumpulan BSP dan juga komunikasi erat dengan pihak arkitek rekabentuk. Projek ini diuruskan oleh Eric Lam PEN/41, Jurutera Projek; Pg Anak Hjh Masnah PEN/4, Pemegang Kontrak; dan Ahmed Saleh Shabaini PEN, Pemilik Kontrak. Mereka disokong padu oleh kumpulan projek yang terdiri daripada Mohd Shahril Hj Maidin SEN/21, Hj Suhaili Hj Zukipli SEN/212, Hj Jeffery Hj Ibrahim SEN/416, Abu Bakar Hj Ismail SEN/43, Roslan Hj Abd Rahman SEN/431, Norrainywarti Hujan SEN/52, Thien Sia Hua SEN/135, Mohd Zahari Abdullah Chen PEN/52, Romi Mohd Salleh PEN/42, Rosli Hj Abu Bakar PEN/56, Jainurin Nibah IIS/351, Ramli Hj Matassim IIS/341, Eunice Keasberry FBT/24, , Kahar Hj Tuah OPM/16, Stephen Sevilla OPM/1x, Eric Gomez OPM/1x, Joak Jolonius STL/4, Mohd-Zamari Hj Wahab STL/43, Hamzah Hj Muhammad STL/431 dan pakar runding Architect Aziz. Pencapaian utama yang lain adalah: • Relokasi tanah (isu persempadanan) bagi keseluruhan kawasan Pengkalan Bekalan Muara telah diselesaikan dan kelulusan diberi bertepatan masa. • Dengan kelulusan yang diterima bagi isu di atas, bangunan pejabat yang sedia ada tidak perlu diroboh atau dipindahkan. Oleh itu kos-kos serta tempoh masa tambahan dan juga gangguan kepada operasi telah dapat dielakkan. • Kelulusan Perancangan bagi keseluruhan Pengkalan Bekalan STL Muara sedang berjalan lancar.
Pemandangan keseluruhan bengkel
16 Salam
Pasukan bola jaring wanita BSP sertai Kejohanan Antara Syarikat
P
Pasukan bola jaring wanita BSP bersama Ken Marnoch
asukan bola jaring wanita BSP telah menyertai pertama Kejohanan Antara Syarikat yang pertama kali dianjurkan sempena Hari Buruh. Kejohanan hujung minggu selama dua hari itu telah menyaksikan perlawanan di antara 12 pasukan di Kompleks Stadium Kebangsaan Berakas. Setelah berjaya menduduki tempat kedua di dalam pertandingan peringkat liga, pasukan BSP telah mara ke pusingan akhir sebelum tewas 19-13 di dalam perlawanan sengit menentang Juara kejohanan, B-Mobile. Mereka kemudiannya telah menerima trofi dan pingat daripada penaung kejohanan Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Hj Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Hj Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, di dalam majlis penutup kejohanan di Chung Hwa Middle School, Bandar Seri Begawan. Sekembalinya para pemain daripada kejohanan, Pengarah Urusan BSP Ken Marnoch telah mengadakan satu majlis sambutan bagi mengiktiraf sumbangan penyertaan mereka bagi pihak BSP. Pasukan tersebut turut mengambil bahagian aktif di dalam kejohanan-kejohanan peringkat kelab dan telah berjaya menduduki tempat kedua di dalam dua pertandingan lain di dalam bulan Jun. Sasaran aktiviti Bahagian Bola Jaring BSP adalah untuk menggalakkan penyertaan semua peringkat di dalam sukan ini. Penyertaan pemain-pemain baru samada secara individu mahu pun berpasukan adalah amat dialu-alukan bagi menyertai perlawanan-perlawanan persahabatan dengan lain-lain kelab atau pun antara pasukan-pasukan jabatan BSP, misalnya melalui skim HLP. Untuk sebarang maklumat lanjut tentang pasukan bola jaring wanita BSP, sila hubungi kapten Dorothea W Bungsu SCO/213.
Salam 17
BERITA bsM
BSM perkukuhkan keselamatan
B
Kumpulan kepimpinan yang menjalankan pembentangan setiap satu daripada Peraturan Melindungi Nyawa
aru-baru ini BSM telah mengungkayahkan 12 Peraturan Melindungi Nyawa bagi memperkukuhkan lagi keperluan mandatori ini bagi semua kakitangan dan kontraktor. Kempen dimulakan dengan pembentangan pek latihan dalam kerja yang disertakan dengan tayangan video dan multimedia yang mempamerkan setiap satu daripada 12 Peraturan Melindungi Nyawa dan kepentingannya kepada perniagaan Shell dan juga keselamatan peribadi. Objektif pembentangan adalah bagi menggalakkan penggunaan Latihan Dalam Kerja dan pada masa yang sama memperkukuhkan lagi mesej Peraturan Melindungi Nyawa kepada semua kakitangan dan juga kontraktor. Kempen ini juga dijalankan bagi mempastikan yang semua orang memahami peraturan-peraturan tersebut serta mengamalkannya di dalam kehidupan masing-masing. Kempen ini diketuai oleh Pengarah Urusan BSM, Haji Zainal Abidin Haji Ali dan ahli-ahli kumpulan kepimpinan yang menjalankan pembentangan setiap satu daripada Peraturan Melindungi Nyawa bagi mempamerkan komitmen pihak pengurusan terhadap inisiatif tersebut. Kempen telah dibahagikan kepada 2 sesi di ibu pejabat BSM dan juga Terminal Muara BSM.
Kempen di ibu pejabat BSM
18 Salam
Latihan ‘Tumpah Minyak’ di Terminal Muara BSM
S
yarikat Pemasaran Brunei Shell telah mengadakan satu latihan tindak balas kecemasan dan rawatan perubatan pada awal Jun bersama-sama dengan agensi-agensi kerajaan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, perkhidmatan ambulans serta Pasukan Polis Diraja Brunei. Objektif latihan adalah bagi meningkatkan tahap bersiap sedia di bawah Prosedur Tindak Balas Kecemasan BSM dan juga tindak balas bersama di kalangan agensi-agensi kerajaan dan juga BSM Muara FirstIntervention-Team (FIT) atau pasukan intervensi pertama BSM Muara. Latihan juga bertujuan meningkatkan lagi pemahaman tentang asas aktiviti operasi serta keupayaan memadam kebakaran di terminal tersebut. Latihan ini adalah sebahagian dari perancangan tahunan HSSE BSM yang juga mensasarkan peningkatan perhubungan dan koordinasi dengan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan. Senario latihan yang diberi nama ‘Tumpah Minyak’ melibatkan sebuah lori tangki di tempat pengisian produk MTBE dan juga seorang yang tercedera. Tindak balas bagi senario ini telah menyaksikan koordinasi di antara pasukan FIT dan lain-lain agensi kerajaan yang terlibat. Pengkalan STL Muara juga telah turut serta kerana lokasinya yang berhampiran dengan Terminal BSM Muara. Terminal tersebut dan juga STL Muara telah digerakkan untuk pemindahan sebaik sahaja penggera kecemasan dibunyikan. Terminal BSM Muara adalah satu kawasan yang digazetkan oleh kerajaan dan berfungsi sebagai depot penyimpanan yang membekal serta mengagihkan produk melalui pengangkutan darat dan marin kepada para pelanggan, selain menjadi stor pusat bagi LPG dan bahan-bahan pelincir. Hasil keputusan yang dikenalpasti dari latihan akan disertakan di dalam pelan tindakan bagi mempertingkatkan lagi tindak balas kecemasan keseluruhannya.
Memadamkan “kebakaran” di terminal pengisian minyak
Koordinasasi kerajaan
bersama
agensi
Salam 19
ULANGTAHUN PERKHIDMATAN 35 TAHUN Hj Suhai Hj Yusoff DOP112 30 TAHUN Chaw Nyet Siong IBA0 Chew Yen Yuk FBT41 Chee Hj Asnawi TSM41 Rapita Hj Ramli HSE31 Christopher Tai Kim ISM124 Wong Choon Yun IPE34 25 TAHUN Jaini Abd Rahman STL2123 Hjh Kursinah Hj Mohd Sani MD0 Hjh Ramlah Ahmad SEN1511 20 TAHUN Abdul Mutalip Hj Omar STL214 Dahliah Hj Wahab HML33
Hj Dynniel Hj Ahmat STL211 Ismail Haji Zaini TSW12 Jasni Salleh SMR251 Puasa Punggot EPO34 Rosnani Tanga WPE0 Hj Suffian Hj Mohd Daud BMD11 Sulaiman Hj Hashim WOP124 Dk Hjh Suzana @ Dk Nurhidayah Pg Hj Teng EPE20 Hj Zullainie Abdullah EOP261 15 TAHUN Lily Keh Camero HCD8 Pichate Rattananon EPE31 Safferi Hj Usop ISM3223 10 TAHUN Hj Amirhalim Hj Ahmad WEN31 Pramod Dinkar Deshpande IBA41 Husaimah Hussin SCM22 Gerardo Alfredo Burgos Riera EPE31
INGIN BANTU KAMI MENJIMATKAN KERTAS DAN JUGA ALAM SEKITAR? Langkah 1 Dapatkan persetujuan rakan-rakan sejawat awda di dalam pejabat/bahagian/jabatan yang sama untuk berkongsi satu naskah Salam dan bukannya mendapatkan naskah masing-masing Langkah 2 Minta setiausaha atau pembantu tadbir pejabat/bahagian/jabatan awda untuk menghantar e-mel kepada
[email protected] bagi memaklumkan kami tentang perubahan ini Tindakan kami Kami akan mengemaskinikan senarai edaran kami yang akan digunakan bermula dengan keluaran Salam yang akan datang
Sebuah terbitan Syarikat Minyak Brunei Shell Sendirian Berhad © Syarikat Minyak Brunei Shell Sendirian Berhad (1952), kecuali dinyatakan sebaliknya. Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang atau menyimpan melalui apa juga sistem atau cara (elektronik, reprograpic, rakaman dan sebagainya) keseluruhan atau sebahagian daripada mana-mana mukasurat majalah/terbitan ini sebelum mendapat izin bertulis daripada Syarikat Minyak Brunei Shell Sendirian Berhad.