Diterbitkan bagi pekerja-pekerja BSP / BLNG / BST / BSM
Keluaran Mei 2007
Kerjasama dengan Kerajaan bagi keselamatan di jalanraya
Syarikat Minyak Brunei Shell telah bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Jalanraya Kebangsaan bagi menganjurkan program-program bersempena Minggu Keselamatan Jalanraya Global Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Yang Pertama. HALAMAN TENGAH
BSP menghulurkan bantuan
Kakitangan BSP menyumbang kepada pendudukpenduduk Lorong Tiga Selatan, Seria yang kehilangan tempat kediaman mereka kerana kebakaran. Halaman 3
Liputanpenting Para pelawat daripada Kuwait
Delegasi daripada Kuwait Oil Company dalam rangka lawatan ke BSP bagi mengetahui lebih lanjut tentang kemajuan teknologi diterajui pihak syarikat . Halaman 5
POCC mengoptimakan pengeluaran Aset Timur
Pasukan bersepadu daripada Permukaan, Subpermukaan dan Operasi daripada Aset Timur bekerjasama di Pusat Kerjasama Pengoptimaan Pengeluaran (POCC) yang canggih. Halaman 9
Penyunting - Azrina Taib (CEA/22) - 3375951 / Penolong Penyunting - Mohd Justin Satria bin Hj Mohd Jaapar (CEA/23) - 3374184 / Gambar - Mohd Zufri Mohd Bakhtiar (CEA/222) & James How (CEA/222X)
2 Salam, Mei 2007
BeritaKesihatan, Keselamatan, Alam Sekitar
KEPATUHAN CAMPURTANGAN SIKAP
BSP dan kontraktor periksa talipinggang keledar
SELARAS dengan usaha Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) untuk memastikan keselamatan di jalanraya, satu kempen pemeriksaan proaktif talipinggang keledar telah diadakan ke atas kakitangan dan komuniti kontraktor pada pagi 30 April 2007. Sebanyak 16 kumpulan terdiri dari Kumpulan Kepimpinan BSP (BSP-LT) dengan kerjasama lapan pengurus-pengurus kanan komuniti kontraktor BSP, telah bersedia seawal 6.30 pagi untuk menunggu ketibaan kakitangan di tempat kerja masing-masing. Sejumlah 16 kawasan yang mempunyai kepadatan trafik yang tinggi termasuk SCO MCY, SCOT, NIA, jeti SMR, Anduki dan pengkalan STL Muara disasarkan oleh kempen tersebut. Pemeriksaan mengejut dijalankan terhadap kenderaan-kenderaan untuk memastikan pemandu dan penumpang memakai talipinggang keledar, dengan nasihat diberikan kepada mereka yang tidak mematuhi
Pemeriksaan ke atas penggunaan talipinggang keledar di kalangan kakitangan
keperluan ini. Di masa-masa akan datang, para pemandu dan penumpang juga diminta campur tangan sekiranya mereka melihat rakan-rakan mereka yang tidak memakai talipinggang keledar. Kumpulan-kumpulan pengurusan kemudiannya berkumpul di ibupejabat BSP untuk diberi taklimat akhir dan berkongsi serta mempelajari dari pengalaman mereka dalam kempen ini. Para kakitangan tentunya sukacita mengetahui bahawa banyak kemajuan telah dicapai dalam usaha menerapkan budaya memakai talipinggang keledar. Pemantauan telah menunjukkan bahawa pada tahun 2005, 40 peratus mematuhi pemakaian talipinggang keledar, sementara pada 2006 pematuhan pemakaian talipinggang keledar meningkat 90 peratus. Kempen terbaru ini menunjukkan 97 peratus kakitangan mematuhi pemakaian talipinggang keledar. BSP-LT mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan yang telah memberi kerjasama dan sokongan. Marilah kita sama-sama berusaha mencapai 100 peratus pematuhan pemakaian talipinggang keledar. Teruskanlah mematuhi 5 tindakan untuk pemanduan yang selamat setiap masa, iaitu: • Sentiasa memakai talipinggang keledar dan pastikan semua, termasuk kanak-kanak, juga berbuat demkian • Jangan melebihi had laju • Jangan menggunakan telefon bimbit, termasuk set bebas tangan, semasa memandu • Jangan memandu terlalu rapat dengan kereta di hadapan • Jangan memotong kenderaan lain jika tidak perlu, dan sekiranya awda harus juga memotong lakukanlah dengan penuh berhatihati kerana ianya tindakan dalam pemanduan paling merbahaya Sila ingat bahawa pemakaian talipinggang keledar menyumbang kepada pemanduan selamat.
Kempen penyelenggaraan Barat capai 3 tahun tanpa TRC PADA 1 April 2007, Aset Barat telah mencapai satu lagi kejayaan dalam catatan HSE. Kempen Penyelenggaraan Barat yang lebih dikenali sebagai “Campaign Work Boat” (CWB) telah mencatat 3 tahun tanpa sebarang catatan Jumlah Kes Boleh Direkodkan (TRC) sejak dilancarkan pada 1 April 2004. CWB terdiri daripada kumpulan mekanikal, eletrikal, peralatan, penyelenggaraan statik dan operasi di atas Marine Bahagia, sebuah kapal sewaan. Antara objektif-objektif kumpulan itu adalah: 1) Menjalankan Penyelenggaraan Terancang (PM) ke atas semua peralatan di pelantar-pelantar luar pantai Barat bagi tempoh 6 bulan ke atas (kecuali ESD, PSD, F&G) 2) Untuk mengukuhkan semula integriti penyelenggaraan pelatarpelantar 3) Untuk menyokong Skim Pemilikan Tapak (S.o.S) Kebolehpercayaan Menyeluruh (TR) 4) Mengurangkan penyelenggaraan pemulihan dengan terlebih dahulu mengenal pasti isu-isu. (Pemeriksaan pra-kempen 3 bulan awal dari kempen penyelenggaraan terancang) Buat masa ini , organisasi CWB terdiri dari 2 Penyelia Operasi Penyelenggaraan (MOS), 4 tenaga operasi, 4 mekanik, 4 juruelektrik, 4 juruteknik peralatan dengan sokongan 3 ‘rigger’ dan 3 juruteknik peralatan daripada kontraktor. Tambahan pengimpal dan ‘marker’ kepada tenaga kerja penyelenggaraan statik akan dapat mengembangkan lagi aktiviti-aktiviti CWB dalam penyelenggaraan integriti aset. Para kakitangan tersebut bekerja secara kitaran shif 7/7, berulang-alik dari darat ke pelantar-pelantar luar pantai. Jadual yang digunakan adalah berdasarkan dua kitaran setahun dan ini membolehkan setiap lokasi/pelantar menjalani Penyelenggaraan Pencegahan (PM) untuk enam bulan atau lebih, dua kali dalam setahun. Ini memerlukan perancangan teliti oleh para perancang, Penyelia Operasi Penyelenggaraan (MOS) serta para penyelia disiplin yang melibatkan penyelarasan kesemua peralatan berasaskan SAP di lokasi dan untuk membatalkan Tarikh Penyiapan Terakhir Dibenarkan (LAFD) bagi peralatan tersebut, yang kemudiannya disahkan oleh Pihak Berkuasa Teknikal (TA) mengikut kempen penyelenggaraan yang dijadualkan untuk lokasi yang berkenaan. Pelaksanaan proses Perancangan Kerja dan Penjadualan akan lebih meningkatkan perancangan dan tindakan kita yang akan membantu mengelakkan isu-isu ketidakpatuhan. Kaedah PM mengikut lokasi ini berkesan terutamanya bagi
Pasukan Penyelenggaraan Aset Barat yang berpengkalan di bengkel SMR di Kuala Belait
pelantar-pelantar tanpa operator di mana kakitangan penyelenggaraan akan mengendalikan PM bagi kesemua peralatan yang terdaftar dengan SAP. Pendekatan PM di bawah CWB adalah berdasarkan kaedah Bengkel Penjagaan Autonomi (ACW) yang diterapkan ke dalam aktiviti-aktiviti PM. Ini mengurangkan lagi jumlah ACW yang berasingan bagi sesebuah peralatan yang harus dikendalikan oleh kumpulan operasi Barat dan seterusnya mengurangkan kejadian peralatan rosak atau tergendala, di samping menjaga integriti teknikal peralatan dan komponen sokongan termasuklah paip. Aset Barat sedang menuju ke arah sasaran Prestasi Suku Tahun Teratas (TQ) di mana aset ini harus mencapai Kebolehpercayaan Pengeluaran (PR) pada tahap lebih daripada 95%. Kos Operasi Unit Langsung (DUOC) aset ini juga harus tidak melebihi US$1.30/boe. Syarat prestasi TQ adalah berdasarkan Integriti Teknikal (TI) dan pematuhan PM oleh kedua-dua kategori A dan B, di mana kesemua faktor tersebut akan digunakan untuk menentukan keutamaan pelantarpelantar berkenaan di dalam matriks TQ. Dalam masa terdekat, operasi penyelenggaraan statik CWB akan dikembangkan dengan menugaskan pengimpal dan ‘marker’ untuk kerjakerja fabrikasi ringan seperti mengganti rel pemegang tangan, mengganti/ menambah lantai jaring dan sebagainya dengan memanfaatkan kawasan kerja-kerja mengimpal di bengkel dan juga di atas kapal, bagi membolehkan ahli-ahli kumpulan untuk lebih melibatkan diri dalam menyelesaikan masalah-masalah kecil. Ini seterusnya akan membantu Barat mencapai misi untuk menjadi aset terbaik.
Salam, Mei 2007 3
Dari Meja
Pengarah Urusan BSP
Grahaeme Henderson bersama dengan Pesuruhjaya Pasukan Polis Diraja Brunei, Yang Dimuliakan Pehin Datu Kerma Setia Dato Paduka Seri Awang Zainuddin bin Jalani, semasa pelancaran Taman Permainan Trafik di OGDC
Rakan-rakan Sejawat Sekelian, Saya pasti bahawa awda, seperti juga diri saya sendiri, amat peka betapa pantasnya masa beredar dan suku tahun kedua hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi. Pada hemah saya, amat wajar sekali pada saat ketika yang penting ini untuk berhenti sejenak dan menilai semula apa yang telah kita capai setakat ini dan apa lagi yang perlu kita lakukan untuk mencapai sasaran-sasaran kita dengan berjaya. Seperti kebiasaannya, saya akan mulakan dengan keselamatan yang merupakan keutamaan nombor satu kita. Kita telah menyaksikan tujuh TRC (jumlah kes boleh direkodkan) ataupun insiden berkaitan keselamatan setakat ini dengan enam melibatkan kecederaan tangan dan jari. Oleh kerana itu pencegahan kecederaan tangan dan jari, berserta langkah mengenalpasti bahaya sebelum memulakan sebarang aktiviti, menjadi lebih penting dan harus kekal sebagai perkara tumpuan utama bagi kita semua. Saya tahu bahawa saya boleh mengharapkan awda semua untuk kekalkan tumpuan dan berwaspada selalu tentang keselamatan serta menjaga diri awda sendiri dan rakan-rakan sejawat daripada bahaya. Dalam beberapa bulan kebelakangan ini kita juga telah mula memberikan penekanan baru terhadap satu lagi perkara penting dalam usaha kita menjaga keselamatan, iaitu keselamatan jalanraya yang semakin mendapat perhatian kita semua. Saya berpuas hati dapat berkongsi dengan awda semua bahawa kita telah mencatatkan kemajuan yang menggalakkan dalam usaha kita untuk menerapkan budaya pemakaian talipinggang keledar di kalangan kakitangan kita. Pemeriksaan terbaru yang dijalankan telah mendapati bahawa hampir 97% dari kakitangan kita kini memakai talipinggang keledar semasa memandu, yang merupakan satu peningkatan berbanding dengan 2006 (90%) dan 2005 (40%). Syabas kepada semua, tetapi pada masa yang sama marilah teruskan usaha bersungguh untuk menjadi pemandu yang lebih selamat dan sebarkanlah prinsip-prinsip pemanduan berhemah di kalangan
Kakitangan BSP Hulur Bantuan
Haji Zainal Abidin menyampaikan sumbangan kepada penduduk Lorong Tiga Selatan Seria yang kehilangan tempat kediaman disebabkan kebakaran
ahli-ahli keluarga dan sahabat-sahabat awda. Di samping keselamatan, perkara keutamaan kritikal yang kedua yang harus kita tumpukan perhatian adalah prestasi kita bagi pengeluaran minyak dan gas. Walaupun kita telah pulih daripada permulaan yang agak perlahan dalam usaha menunaikan dua tuntutan utama ini, saya masih khuatir yang kita masih berada di tahap sedikit di bawah sasaran bagi pengeluaran minyak dan hanya setakat mempertahankan sasaran penjualan gas setakat ini. Pertingkatkanlah usaha awda dalam minggu-minggu yang akan datang bagi memacu prestasi kita dengan ‘mengejar setiap tong minyak dan setiap meter padu gas’ yang boleh awda dapatkan. Awda telah membuktikan bahawa di masa-masa lalu yang awda boleh mendatangkan hasil yang bagus apabila dikehendaki dan saya berharap awda dapat melakukan sedemikian. Perlaksanaan program peningkatan perniagaan (BI) adalah penting bagi memacu prestasi kita. Jika awda tidak berapa pasti, BI adalah berkaitan dengan tenaga kerja BSP di dalam perniagaan yang memacu peningkatan berterusan bagi menyokong prestasi asas kita dan menyempurnakan strategi BSP. Ini bermakna kita harus menjadi lebih inovatif, cekap, mampu mencegah pembaziran di dalam proses-proses dan meringkaskan cara kia melakukan kerja. Berkenaan dengan perkara keutamaan ketiga yang tidak kurang pentingnya iaitu pembangunan tenaga kerja atau insan, awda telah selalu dimaklumkan tentang kemajuan demi kemajuan yang terus kita capai dalam menyediakan imbuhan-imbuhan yang lebih baik, faedah-faedah serta peluang-peluang untuk berkembang (atau EVP) kepada para kakitangan kita. Saya juga suka memberitahu awda bahawa usaha-usaha perekrutan yang diperhebatkan telah menampakkan hasil-hasil menggalakkan, di mana kita telah berjaya menarik lebih banyak bakat-bakat bagi mengisi kekosongan jawatanjawatan teknikal yang penting untuk menyokong perniagaan kita. Akhir sekali, maklumbalas kakitangan yang diperolehi menerusi tinjauan Brunei Shell People Survey kini sedang dikaji. Awda akan diberitahu tidak lama lagi tentang langkah-langkah yang syarikat akan ambil. Terima kasih kepada semua yang telah mengambil bahagian dalam tinjauan ini. Itu saja buat kali ini dan seperti biasa saya sentiasa menanti-nantikan maklumbalas dan komen-komen awda. Salam Sejahtera
Grahaeme Henderson
SEMAKIN banyak sumbangan diterima oleh mangsa-mangsa kebakaran di Lorong Tiga Selatan Seria. Kebakaran beberapa bulan dahulu berlaku di salah sebuah berek kerajaan di kawasan itu. Sumbangan terbaru diterima dari kakitangan Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP). Inisiatif ini menggambarkan sikap prihatin kakitangan BSP menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan terutamanya kepada masyarakat di daerah Belait. Satu majlis diadakan pada 4 Mei di Pusat Komuniti Seria untuk menyerahkan sumbangan ini kepada 81 mangsa-mangsa kebakaran. Mewakili pihak syarikat, Timbalan Pengarah Urusan BSP, Haji Zainal Abidin bin Haji Mohd. Ali, telah menyampaikan sumbangan kepada setiap 81 mangsa kebakaran itu. Turut hadir ialah wakil-wakil dari Pejabat Daerah Belait dan pegawai-pegawai dari BSP. Jumlah keseluruhan yang dipungut dari kakitangan adalah sebanyak B$9,328. Selain jumlah itu, BSP menggandakan setiap ringgit yang didermakan oleh kakitangan untuk menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan kepada B$19,440. Jumlah ini kemudian dibahagi sama rata di kalangan 81 mangsa kebakaran dan ditukar kepada baucar belibelah bernilai $240. Adalah diharapkan sumbangan-sumbangan ini dapat meringankan bebanan mereka dan dapat menampung keperluan seharian mereka. Turut sama menyerahkan sumbangan berbentuk buku, pakaian dan permainan adalah ahli-ahli dari Persatuan Wanita Brunei Shell (BSLA).
4 Salam, Mei 2007
Brunei Shell, SCB meterai perjanjian bantuan pembelian kenderaan
Haji Zainal Abidin menandatangani perjanjian bagi pihak BSP
CEO SCB, Tiew Siew Chuen, menerima perjanjian yang telah ditandatangani
KAKITANGAN Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP), Syarikat Brunei LNG Sdn Bhd (BLNG) dan Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd (BSM) yang menjadi pelanggang Standard Chartered Bank (SCB) kini boleh membeli kenderaan dengan bantuan bank melalui Skim Bantuan Pembelian Kenderaan Brunei Shell.
membolehkan mereka samada membeli kenderaan baru atau kenderaan terpakai, atau membayar balik baki tertunggak pinjaman kenderaan yang sedia ada. Perjanjian ditandatangani oleh Hj Zainal Abidin bin Hj Mohd Ali, Timbalan Pengarah Urusan bagi pihak BSP, sementara BLNG diwakili oleh Pengurus Kewangan syarikat, Pg Hj Ali bin Pg Hj Matarsat sementara BSM diwakili oleh Pengarah Urusan syarikat, Pg Hj Yasmin bin Pg Mohammad. Tiew Siew Chuen, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SCB menandatangani perjanjian bagi pihak bank. Hj Zainal dalam ucapannya menggariskan sebab-sebab mengapa inisiatif skim ini diujudkan, “Dengan skim ini, pihak syarikat boleh memberi kakitangan kami satu “Employee Value Proposition” atau khidmat bagi mereka yang berdaya saing, sejajar dengan hasrat syarikat untuk terus menjadi majikan pilihan di negara ini.
Kemudahan ini dilaksanakan dengan penandatanganan Perjanjian Bantuan Pembelian Kenderaan di antara SCB dengan BSP, BLNG dan BSM pada satu majlis pada 7 Mei 2007 di Pusat Pembangunan dan Pembelajaran (LDC) di Seria. Skim Bantuan Pembelian Kenderaan Brunei Shell memberi kakitangan BSP, BLNG dan BSM kemudahan pembelian kenderaan tanpa faedah. Skim ini
Pameran Pemanasan Global di OGDC DENGAN kerjasama Persatuan Pusat-pusat Sains-Teknologi, Pusat Penemuan Minyak dan Gas (OGDC) melancarkan satu pameran baru Pemanasan Global bermula 12 Mei 2007 dalam satu upacara yang diadakan di Theatre OGDC. Pameran Pemanasan Global yang baru ini adalah sebahagian dari inisiatif pusat itu untuk memberi pengetahuan dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang Tindakan Pemanasan Global Antarabangsa. Tetamu kehormat dalam upacara itu ialah Timbalan Pengarah Urusan Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP), Hj Zainal Abidin Hj Mohd Ali. Turut hadir adalah wakil-wakil dari Pusat STEP Kementeran Pendidikan, Universiti Brunei Darussalam, dan guru-guru dari pelbagai sekolah menengah dari seluruh negara. Dalam ucapan pembukaan beliau, Hj Zainal menekankan, “Isu pemanasan global atau peningkatan suhu tidak normal atmosfera dunia adalah satu perkara yang amat membimbangkan masa ini. Kajian membuktikan dengan fakta dan angka yang tidak boleh dipertikaikan tentang kesan aktivitiaktiviti manusia, khususnya penghasilan karbon dioksida terhadap pemanasan global yang memberi kesan buruk kepada suhu, persekitaran dan juga ekonomi serta kehidupan sosial kita.” Beliau menambah, “Kita berada di peringkat peralihan yang kritikal berkaitan dengan cara Haji Zainal Abidin kita mengurus merasmikan persekitaran kita secara pelancaran pameran amnya dan pemanasan pemanasan global global khususnya. di OGDC Sekiranya kita tidak
Haji Zainal Abidin mendengar taklimat diberi tentang sebuah bahan pameran
berhati-hati mengendalikan cabaran-cabaran kritikal tentang pemanasan global, dengan mengurangkan secara drastik penghasilan karbon dioksida atau CO2 ke ruang atmosfera, kita mungkin menghadapi masalah lebih serius yang tidak mungkin diselesaikan dengan mudah.” Sejajar dengan mutu alam sekitar BSP yang tinggi berdasarkan piawaian gobal ISO 14001, Hj Zainal berkata, “Di BSP, satu keutamaan penting adalah usaha untuk mengeluarkan minyak dan gas asli sebersih dan secekap mungkin, atau se’hijau’ yang boleh. Semua fasiliti-fasiliti dan proses-proses kami telah diiktiraf sebagai mematuhi ISO 14001. Kami terus mencuba membawa kemajuan yang bermakna dalam aspekaspek penting prestasi persekitaran kami. Saya berikan dua contoh iaitu, kami telah mengurangkan dengan drastik penghasilan gas rumah hijau dari pelepasan dan pembakaran gas sisa, serta mengurangkan dengan banyaknya sisa-sisa pengeluaran sejak beberapa tahun kebelakangan ini.” Kemudiannya Ketua OGDC, Iskandar Hj Alias, menyampaikan cenderahati kepada tetamu kehormat sebagai tanda kenang-kenangan di majlis pelancaran itu. Para tetamu kemudiannya dijemput menyaksikan pameran poster Pemanasan Global sebelum masuk ke dewan pameran OGDC untuk pra-tonton istimewa pameran Kuasa Bumi yang akan datang.
Salam, Mei 2007 5
Syarikat Minyak Kuwait lawat BSP SYARIKAT Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) menjadi tuan rumah selama tiga hari kepada lima orang ahli dari unit Aset Maklumat Digital (DIA), Kuwait Oil Company (KOC) bersama wakil dari pejabat Shell di Kuwait yang mengadakan lawatan suaikenal bermula dari 23 hingga 26 April 2007. Delegasi terdiri dari Jurutera Kanan Takungan, Salman Al-Qabandi; Ketua Kumpulan Sistem Maklumat, Mariam Al-Ajmi; Ketua Kumpulan Pengurusan Data, Hamad Al-Za’abi; Ketua Sistem Perniagaan (IT), Hussain Saleem; Jurutera Petrolium Kanan, Ahmed Al-Naqi dan Penasihat Perhubungan Perniagaan Shell Timur Tengah, Katharine O’Connor. Objektif lawatan ini adalah untuk Kumpulan Barat Kuwait KOC DIA meninjau strategi dan operasi Padang Pintar BSP. Satu kertas kerja penyelidikan BSP mengenai padang pintar yang telah dibentangkan pada Forum SPE April 2006, telah menarik minat KOC sehingga mereka memohon untuk melawat BSP.
Taco Bieseman memberi taklimat kepada delegasi Kuwait Oil Company tentang keupayaan POCC
Keenam-enam delegasi KOC bergambar bersama Ketua Projek Padang Pintar, Roger McIlroy berdekatan dengan Tugu Kesebilion Tong
Beberapa siri taklimat telah diberi oleh kumpulan Padang Pintar BSP dan Champion Barat yang mengenengahkan pelbagai manfaat dari teknologi Padang Pintar BSP ini termasuk strategi, perancangan dan organisasi pelaksanaan Padang Pintar, kebolehpercayaan peralatan Padang Pintar bersama dengan contoh-contoh aplikasi Padang Pintar, khususnya di padang Champion Barat. Para delegasi juga dijemput melawat Pusat Kawalan Pengeluaran Optima BSP (POCC) di mana kumpulan POCC mempamerkan talian di antara POCC dan Padang Pintar Champion Barat. Pelawat turut diberikan taklimat ringkas mengenai evolusi perlaksanaan SMART di Champion Barat. Syarikat Minyak Kuwait merupakan salah satu syarikat minyak terbesar di dunia. Ekonomi Kuwait amat bergantung kepada organisasi yang diuruskan oleh kerajaan ini ang juga menjadi tulang belakang ekonomi Kuwait. Syarikat itu turut terlibat dalam pelbagai aktiviti berkaitan minyak dan produk hilirannya seperti gasolin dan produk-produk petrokimia.
Pegawai Kementerian Pertahanan lawat BSP SYARIKAT Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) telah menerima kunjungan wakil-wakil Kementerian Pertahanan pada 2 Mei 2007. Lawatan tersebut merupakan sebahagian dari Program Pembangunan Eksekutif 2007 Kementerian Pertahanan yang berupa satu program berasaskan perniagaan. Seramai 22 orang dari kementerian itu beserta dengan delegasi daripada beberapa negara Asean telah melawat ibu pejabat BSP dan Pusat Penemuan Minyak dan Gas (OGDC) di Seria. Pengarah Urusan BSP, Grahaeme Henderson, bersama dengan Timbalan Pengarah Urusan, Hj Zainal Abidin Hj Md Ali, menyambut para pelawat di OGDC sebelum menjemput mereka menyaksikan satu penyampaian yang bertajuk “Mengekalkan Perkongsian Kukuh Berusia 77 Tahun”, yang diberi oleh Pengarah Urusan di teater OGDC. Grahaeme telah menyentuh tentang penanda-penanda kejayaan syarikat semenjak 1929, mengenengahkan strategi-strategi perniagaan syarikat, kecemerlangan rekod keselamatannya, tahap pengeluarannya dan prestasi keseluruhan di sepanjang tujuh dekad pembangunan di dalam sektor minyak dan gas di Brunei. Grahaeme berbangga menarik perhatian pelawat kepada kemajuan teknologi BSP di dalam penggerudian, terutamanya kaedah penggerudian telaga “Fish Hook” dan “Snake Well”. Beliau juga menerangkan tentang kejayaan-kejayaan pelan pelaburan sosial BSP dengan lebih $5 juta dibelanjakan setiap tahun bagi faedah masyarakat. Para pelawat kemudiannya dijemput mengambil bahagian di dalam satu sesi soal jawab yang disertai Pengarah Urusan BSP. Lawatan diteruskan ke Wawasan Visionarium di ibu pejabat BSP di mana Ketua Pasukan Projek Champion Barat, Brigette Dale Pine, memberi taklimat tentang projek tersebut yang menampilkan pelantar pintar Brunei yang pertama. Para pelawat juga telah dibawa melawat Pusat Kerjasama Pengoptimaan Pengeluaran (POCC) BSP, oleh Ketua Pasukan WRM, Taco Bieseman. Program Pembangunan Eksekutif (EDP) yang dimaksudkan telah diperkenalkan pada 2004 dan merupakan satu inisiatif tahunan oleh Kementerian Pertahanan yang dibangunkan dan disediakan
dengan kerjasama Lee Kuan Yew School of Public Policy yang ternama di Singapore. Ianya merangkumi program selama tiga bulan yang menyediakan para Eksekutif Kanan dengan konsep rangkakerja dan kaedah terkini yang diperlukan bagi kejayaan berterusan dalam perkhidmatan awam. Peserta-peserta di bawah program ini didedahkan kepada perspektif-perspektif baru polisi awam dan amalan pengurusan, berpeluang mengukuhkan kemahiran kepimpinan dan mengenali pelbagai gaya amalan pengurusan. Mereka seterusnya akan memanfaatkan pemahaman ini bagi mengamalkan pendekatan pelbagai disiplin bagi menganalisa program serta polisi Kerajaan dan implikasinya terhadap struktur insentif serta hasil yang dijana. Sesi EDP yang terdahuku diadakan pada 2005 telah disertai oleh beberapa pegawai kanan daripada lain-lain kementerian dan jabatan kerajaan di Brunei Darussalam dan juga Pasukan Polis Diraja Brunei. Pada tahun ini Kementerian Pertahanan telah memperluaskan penajaan kepada empat peserta daripada China, Indonesia, Malaysia and Singapura.
Pegawai-pegawai dari Kementerian Pertahanan bergambar ramai bersama dengan Grahaeme Henderson, Pengarah Urusan dan Hj Zainal Abidin Hj Md Ali, Timbalan Pengarah Urusan
6 Salam, Mei 2007
Kerjasama dengan Keraj keselamatan di jalan SYARIKAT Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Jalanraya Kebangsaan menganjurkan program-program sempena Minggu Keselamatan Jalan Raya Global Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Pertama yang dilancarkan pada 23 April 2007.
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien melancarkan Minggu Keselamatan Jalan Raya Global Pertubuhan Bangsabangsa Bersatu Pertama
Grahaeme Henderson memberi taklimat kepada Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna tentang aktiviti BSP berkenaan Keselamatan
Para pemenang Permainan Trafik Brunei Shell yang pertama dari Sekolah Menengah Muda Hashim, Tutong
Salah satu program utama dianjurkan oleh BSP ialah Taman Permainan Trafik BSP dan Permainan Trafik yang dilancarkan di Pusat Penemuan Minyak dan Gas (OGDC) di Seria. Taman dan permainan trafik itu menunjukkan komitmen dan sumbangan syarikat terhadap usahausaha Kerajaan berkaitan keselamatan jalanraya. Bercakap tentang keselamatan jalanraya, Grahaeme Henderson, Pengarah Urusan BSP berkata, “Saya percaya pemanduan yang selamat adalah sesuatu yang kita semua mudah faham dan terima. Bagaimanapun, kenyataan yang menyedihkan dan menyakitkan ialah masih ramai orang yang terus tercedera atau mati di jalanraya setiap hari, bukan sahaja di Brunei Darussalam, tetapi di banyak negara lain di seluruh dunia. “Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta kita merenungkan realiti di sebalik perangkaan. Setiap kemalangan menyebabkan kesengsaraan fizikal dan emosi kepada mangsa-mangsa dan orang yang disayangi. Keluarga kehilangan mereka yang mencari rezeki. Anak-anak menjadi yatim piatu. Ini semua merupakan kesan-kesan tragik serta berpanjangan yang seringkali terselindung. Pendek kata, kita semua mempunyai tanggungjawab moral dan sosial yang besar terhadap diri kita, keluarga kita dan pengguna-pengguna jalanraya lain sebaik sahaja kita memegang stereng kenderaan.” Grahaeme menambah, “Bolehkah kita mengurangkan atau menghindarkan samasekali kemalangan jalanraya? Sebenanya kita boleh. Banyak kemalangan-kemalangan yang berlaku di jalanraya boleh dielakkan sekiranya kita tekun mematuhi peraturan dan undang-undang jalanraya, mendapatkan kemahiran pemanduan yang betul dan mengambil sikap yang betul setiap kali di jalanraya.” Dianjurkan dengan kerjasama Pasukan Polis Di Raja Brunei, program ini direka khas untuk meningkatkan kesedaran di kalangan kanak-kanak sekolah pada usia awal lagi tentang tabiat pemanduan yang selamat. Ianya juga bertepatan dengan Kempen Keselamatan Jalanraya Kebangsaan yang menumpukan kepada pengguna-pengguna muda jalanraya. Minggu Keselamatan Jalanraya Global Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Pertama membawa tema ‘Keselamatan Jalanraya Bermakna Tiada Kemalangan’ dilancarkan dengan resminya oleh Duli Yang Teramat Mulia Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien merangkap Penaung Majlis Keselamatan Jalanraya Brunei Darussalam. Upacara ini merupakan anjuran bersama Majlis Keselamatan Jalanraya Brunei Darussalam dan BSP. Lima perkara asas tentang keselamatan jalanraya ditampilkan di Minggu Keselamatan Jalanraya Global Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Pertama, dan akan diberikan tumpuan utama tahun ini bagi meningkatkan keselamatan jalanraya di Brunei Darussalam. Perkara asas tersebut adalah pemakaian tali pinggang keledar, pemanduan laju, penggunaan telefon mudah alih semasa memandu, pemakaian topi keledar yang bersesuaian bagi penunggang motosikal dan basikal serta penggunaan lintasan pejalan kaki. Duli Yang Teramat Mulia bersabda, “Beta tertarik dengan objektif utama keraian ini, iaitu menumpukan perhatian terhadap pengguna-pengguna muda jalanraya. Tumpuan terhadap kumpulan ini bertepatan kerana kumpulan ini mempunyai risiko tertinggi terlibat dalam kemalangan jalanraya.”
Para pelajar menyaksikan pameran BSP semasa Minggu Keselamatan Jalanraya Gl
Salam, Mei 2007 7
jaan bagi nraya “Untuk mengurangkan jumlah kemalangan, berbagai aspek perlu diberikan perhatian iaitu, pendidikan, penyediaan infrastruktur yang mencukupi, enakmen dan pelaksanaan undang-undang serta peraturan trafik yang efektif, serta meningkatkan disiplin di jalanraya seperti penggunaan talipinggang dan topi keledar.” Duli Yang Teramat Mulia menambah, “Matlamat yang perlu dicapai oleh Majlis Keselamatan Jalanraya Brunei Darussalam ialah mencapai kadar kemalangan jalanraya dan kematian terendah di antara negara-negara dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Ia menjadi tanggungjawab semua pihak.” Dalam sabda baginda, Duli Yang Teramat Mulia turut memuji sokongan aktif BSP. Duli Yang Teramat Mulia bersabda, “Inisiatif yang berterusan dari pihak swasta, khususnya Syarikat Minyak Brunei Shell bagi meningkatkan keselamatan jalanraya adalah dihargai. Pembinaan Taman Permainan Trafik OGDC dan kejayaan Permainan Trafik Brunei Shell adalah contoh kepada semua pihak.” Acara kemuncak upacara ini ialah penyampaian hadiah-hadiah oleh Duli Yang Teramat Mulia kepada sekolah-sekolah yang memenangi Permainan Trafik Brunei Shell yang pertama ini. Juaranya ialah Sekolah Menengah Muda Hashim dari Tutong, sementara naib juara dan naib juara kedua ialah Sekolah Menengah Perempuan Raja Isteri dan Sekolah Menengah Pg Jaya Pg Haji Abu Bakar masing-masing dari daerah Belait. Satu pameran keselamatan di jalanraya diadakan semasa upacara itu bagi mempromosikan lagi lima tindakan-tindakan penting tersebut. Untuk memberikan liputan yang meluas kepada masyarakat, pameran ini akan diadakan di daerah-daerah lain sepanjang tahun. Satu seminar mengenai keselamatan jalanraya turut diadakan berikutan pelancaran Minggu Keselamatan Jalanraya Global Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Pertama. Satu sesi telah disampaikan oleh BSP bertajuk ‘Amalan Terbaik serta Piawaian dan Pematuhan Keselamatan Jalanraya di BSP dan Shell’. Sebagai agensi yang bekerjasama dalam kempen ini, sumbangan yang diberi oleh BSP terhadap inisiatif ini merupakan sebahagian dari program utama di bawah aktiviti pelaburan sosial. Faktor asasnya berdasarkan pandangan kita semua mengenai keselamatan, iaitu keutamaan nombor satu bagi kita. Ia juga memberi peluang kepada kita bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan membantu usaha-usaha berterusan negara ini terhadap keselamatan jalanraya. Senarai tindakan dalaman lima perkara BSP terhadap pemanduan selamat yang diperkenalkan kepada kakitangan tahun lepas, mengikut acuan dan memperkukuhkan usaha-usaha kempen Majlis Keselamatan Jalanraya Kebangsaan. Ianya menekankan mesej utama pentingnya memakai talipinggang keledar, tidak melebihi had laju, tidak menggalakkan pemakaian telefon mudah alih, mengelak dari memandu terlalu rapat dengan kenderaan di hadapan dan mengamalkan sikap berwaspada ketika memotong. Grahaeme Henderson bersetuju dengan amanat penting yang disampaikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Puteri Hajah Masna dan beliau berkata, “Saya tidak akan penat dalam usaha tanpa henti saya untuk mencapai kemalangan sifar dan menghalang kecederaan, baik dari operasi BSP mahupun dari masyarakat awam di Brunei Darussalam”.
lobal Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Yang Pertama
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna melawat pameran BSP diiringi Grahaeme Henderson
Pesuruhjaya Pasukan Polis Diraja Brunei, Yang Dimuliakan Pehin Datu Kerma Setia Dato Paduka Seri Awang Zainuddin bin Jalani, merasmikan Permainan Trafik Brunei Shell Yang Pertama di OGDC, Seria
Pelajar mengambil bahagian di dalam Permainan Trafik Brunei Shell Yang Pertama
8 Salam, Mei 2007
Mengurus penangguhan tidak berjadual melalui ORIP Oleh Hajah Mahayon M Taha (OPM/53) Di dalam rencana ini kami melaporkan tentang kerja-kerja yang telah dijalankan oleh aset-aset pengeluaran Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) dalam mengurangkan penangguhan operasi tidak berjadual melalui Proses Peningkatan Kebolehpercayaan/Integriti Operasi (ORIP). Pada mulanya ORIP dibangunkan di bawah industri hiliran dan kini telah berjaya diungkayahkan di unit-unit aset Timur, Barat, serta Darat selain daripada keseluruhan EP rantau Asia Pasifik dengan menampakkan hasil positif. Proses ini merupakan satu kaedah bagi menganalisa dan memberi keutamaan terhadap sebarang tindakan di samping menjadi satu cara bagi memantau pelaksanaan. Ia membantu mengurangkan penangguhan operasi tidak berjadual, yang mewujudkan impak positif kepada pengeluaran selamat minyak dan gas yang merupakan keutamaan teratas bagi BSP. ORIP telah dilaksanakan di aset-aset BSP berikutan beberapa pertimbangan berikut; • Penangguhan dan Masa Tergendala - Ini termasuk operasi tergendala berulangkali, masa tergendala peralatan, kekurangan Analisa Penyebab Asas (RCA) yang berkualiti dan/atau penyebab asas yang tidak diketahui, pemberian kod penangguhan yang salah, penglibatan kepakaran yang terhad, pihak bertanggungjawab menyebabkan penangguhan tidak dikenalpasti dan sebagainya. • Isu-isu Integriti serta Kebolehpercayaan dan ancamannya - Berlaku peningkatan pendedahan kepada risiko serta ketidakcekapan • Pengkalan data - Berselerak, tidak dikemaskinikan, tidak disemak semula secara konsisten dengan sejumlah tindakan-tindakan RCA tidak dilakukan • Mesyuarat - Sesetengah tindakan susulan tidak dijalankan, sesi-sesi mesyuarat berganda dengan focus yang terlalu sedikit, sesetengah tindakan tidak disudahkan dan tiada pandangan keseluruhan tentang status sesuatu itu Usaha-usaha peningkatan perniagaan yang utama di dalam pelaksanaan ORIP mampu mengubah perlakuan dengan membawa focus ke arah isu/tindakan, penyemakan semula keutamaan, penyemakan semula prestasi serta pihak bertanggungjawab menyebabkan penangguhan, membuat keputusan yang nyata bagi mencapai prestasi tinggi. Sila rujuk slaid di bawah berkaitan perlakuan yang disasarkan di bawah ORIP yang sedang diterapkan di dalam aset-aset BSP.
Pasukan Aset Darat dan pelaksanaan ORIP semasa sesi pengenalan pada 24 May
Memandu Arah ORIP di Barat ORIP mula dilaksanakan di Barat pada Februari 2006 dengan sokongan daripada Jabatan Kecemerlangan Pengeluaran dan Penyelenggaraan (OPM). Proses tersebut telah disiapkan oleh sebuah pasukan yang berdedikasi diketuai oleh Pg Haji Putra Mohamed (WOP/2) yang juga melibatkan Robert Chung (OPM/13), Felix Thien (OPM/5), Hajah Mahayon M Taha (OPM/53), dengan kerjasama konsultan pelaksanaan daripada Phil Cheshire (Renoir consultant), EP Asia Pasifik. Kejayaan bagi Barat telah menampakkan hasil dengan penangguhan operasi tidak berjadual berjaya dikurangkan dari 8.2% pada 2005 kepada 3.8% pada 2006. Pada tahun ini Aset Timur dan Darat telah mengambil langkah-langkah melaksanakan ORIP di tempat masing-masing dengan mengambil kejayaan sebagai contoh bagi amalan terbaik. Slaid di bawah mengandungi satu petikan pengkalan data ORIP di Barat, iaitu satu kaedah bagi mengesan penangguhan atau masa tergendala sebarang peralatan yang berkaitan. Pasukan penyokong di lapangan dan di darat memperlengkapkan kaedah tersebut dengan butiran berkaitan dengan tindakan-tindakan SMART, yang akan dibincangkan dan diberi keutamaan bergantung kepada keperluan pada sesi mesyuarat mingguan.
Melaksanakan ORIP di Darat Haji Kamaluddin Haji Bungsu, Pengurus Aset Darat telah melancarkan satu sesi pengenalan ORIP pada 24 Mei 2007, yang dihadiri pasukan-pasukan Darat daripada bahagian operasi, pengeluaran, dan penyelenggaraan. Pelaksanaannya telah diketuai oleh pasukan OPM, yang dianggotai Felix Thien (OPM/5), Hajah Mahayon M Taha (OPM/53), Robert Chung (OPM/13) dan Haji Mohd Tarif Wahab (OPM/ 131), termasuk juga Douwe de Vries daripada EP Asia Pasifik. Sesi tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran tentang pelaksanaan ORIP serta penggunaan pengkalan data; pelaporan penangguhan operasi tidak berjadual di dalam Komponen Tenaga dan peningkatan sistem pemberian kod; Sistem Pengurusan Maklumat Peralatan Tergendala (E-trims) dan teknik-teknik analisa serta penyebab asas. Penanda-penanda pencapaian utama telah ditentukan sehingga suku ketiga tahun.
Haji Kamaludin Haji Bungsu menyampaikan taklimat beliau di permulaan sesi
Pelaksanaan Berdayamaju di Timur Sesi pengenalan ORIP di Timur telah diadakan pada penghujung 2006 di mana kakitangan daripada Champion telah diberi panduan tentang pelaksanaan mesyuarat berstruktur serta menginput data di talian bagi pengkalan data ORIP. Sehingga kini, pengungkayahan pelaksanaan berdayamaju dan menepati sasaran sehingga 60%. Kerja-kerja yang berterusan termasuklah bimbingan bagi kaedah pendekatan ‘Five Why’s’, peningkatan kaedah menginput data kod penangguhan dan latihan E-trims bagi kakitangan di darat dan luar pantai. Mesyuarat mingguan pasukan-pasukan berkenaan diadakan secara langsung dengan lokasi luar pantai menerusi sambungan yang disediakan oleh Pusat Kolaborasi Pengoptimaan Pengeluaran (POCC). Dengan adanya pasukan yang berdedikasi ke arah menjayakan ORIP, Timur dan Barat akan terus melangkah untuk menyesuaikan cara bekerja dengan yang baru melalui ORIP. Bercakap tentang ORIP, Ketua Kecemerlangan Pengeluaran dan Penyelenggaraan, Paul Rijks berkata, “Sekiranya kejayaan tercapai berikutan penangguhan operasi tidak berjadual yang kini rendah dan mampu ditangani di aset Barat, para tenaga kerja di BSP seharusnya merasa berbangga. Saya pasti kita boleh menjayakan ORIP!”
Salam, Mei 2007 9
Pengungkayahan Peningkatan Perniagaan
Pusat kerjasama perintis mengoptima pengeluaran BSP Timur Ini adalah rencana siri ke empat menampilkan kejayaan kakitangan Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) meningkatkan perniagaan. Dalam rencana ini, kami melaporkan kumpulan bersepadu kakitangan Permukaan, Sub-Permukaan dan Operasi dari Timur BSP di Pusat Kerjasama Pengoptimaan Pengeluaran (POCC). POCC baru di Timur BSP adalah persekitaran kerja bersepadu pertama bertaraf dunia direka untuk pengurusan padang minyak. Ia menggabungkan peralatan dan teknik yang terkini dari kumpulan Padang Pintar Shell Global EP dan telah dilaksanakan untuk mengoptima pengeluaran 100Kb/d yang dihantar dari Aset Timur BSP. Aset terdiri dari sistem pengeluaran luar pantai yang kompleks termasuk sistem pengangkatan gas dan penyuntikan air untuk menampung 600 rangkaian pengeluaran di 45 pelantar. Kerumitan sub-permukaan dan usia operasi menyebabkan proses pengeluaran di sini memerlukan lebih usaha. Di Champion sahaja terdapat lebih dari 500 ruang takungan dan logistik di lapangan adalah rumit akibat sekatan laluan di dalam infrastruktur yang rumit, yang telah berkembang selama lebih 35 tahun. Ketua Kumpulan Pengurusan Padang Taco Bieseman berkata: “Kebanyakan telaga menghasilkan minyak daripada beberapa takungan dan kami perlu mengukur tekanan, menguruskan suntikan air dan menjalankan pembaikan ke atas semuanya. Ia adalah kerja-kerja rutin di belakang tabir tetapi ia adalah kritikal untuk mengoptima pengeluaran dan jangka hayat takungan. “Kami sedang menyediakan projek suntikan air yang besar di Champion yang akan menambahkan beberapa pelantar dan sekurang-kurangnya 100 telaga kepada sistem ini, menjadikan ia kerja yang memerlukan lebih usaha.”
Penyelesaian POCC Pada 2006, kakitangan di Timur BSP bersama-sama Kumpulan Padang Pintar Shell Global telah mengenalpasti bahawa pengeluaran boleh diuruskan lebih baik dengan adanya kumpulan pelbagai disipilin yang bersatu dan bekerja mengikut perancangan bersama untuk kepentingan dan set data yang sama. Kumpulan ini telah membangunkan POCC yang menggabungkan teknologi, pengurusan kakitangan dan proses-proses kerja yang baru. Peringkat pertama projek POCC telah membawa bersama individu-individu dari Sub permukaan, perkhidmatan Operasi dan Telaga yang perlu “berkomunikasi sesama mereka sekurangkurangnya dua kali sehari tentang isu-isu pengurusan padang.” “Adalah jelas kita perlukan kumpulan kakitangan yang bersepadu dan terfokus serta mampu membuat keputusan berhemah ke atas beratus-ratus kerja yang diperlukan untuk menguruskan padang-padang setiap hari,” kata Taco. Peringkat kedua pula adalah mengenalpasti teknologi masa kini yang boleh digunakan untuk kumpulan kakitangan ini berkomunikasi dengan lebih mudah. Ciri utama POCC baru ini ialah kemudahan video yang sentiasa terpasang menghubungkan kakitangan yang bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja rutin. Ia menghubungkan tiga lokasi: pengaturcara di ibu pejabat, pejabat penyelia lapangan di luar pantai dan penyelia perkhidmatan telaga yang terletak 6 km dari ibu pejabat. Kumpulan-kumpulan yang bekerja di lokasi-lokasi tersebut kini memanfaatkan masa sepanjang dengan sentiasa berhubung secara visual. Jika mereka mempunyai sebarang pertanyaan, mereka hanya perlu menekan butang untuk mendapatkan jawapan dengan segera dari rakan-rakan sejawat mereka. Sistem ini juga membolehkan kakitangan berkongsi dokumen projek di skrin video mereka, dan “Papan Pintar” membolehkan kakitangan di lokasilokasi berlainan merekabentuk lakaran bersama. Kakitangan luar pantai juga mempunyai kamera mudah alih untuk dibawa bersama ke pelantar-pelantar tanpa operator untuk berkongsi masalah secara langsung dengan rakan sejawat di pelantar pusat Champion 7 dan lain-lain lokasi POCC. Maklumat yang dikumpulkan cara ini boleh diterima oleh semua pihak dalam POCC pada waktu yang sama. “Semenjak ianya dipasang, kita dapat melihat bagaimana POCC mempercepatkan proses membuat keputusan,” kata Taco. “Kakitangan kini diberi kuasa untuk terus bercakap dengan rakanrakan sejawat mereka dari disiplin teknikal berlainan dan tidak lagi
Ketiga-tiga pasukan darat dan luarpantai menggabungkan pengetahuan serta kepakaran mereka bagi mencapai sasaran bersama
terpaksa menghantar pesanan melalui talian pengurusan. Komunikasi di antara pakar-pakar teknikal kanan mengenai kerja-kerja rutin menjadi lebih jelas dan interaktif, serta lebih cepat.
Saluran Info Sebuah papan elektronik Saluran Info yang terpampang untuk kakitangan di kesemua tiga lokasi adalah sebahagian dari POCC. Sistem ini memberi maklumat pengeluaran terkini, dan direka untuk memberi pandangan keseluruhan yang terperinci mengenai kerja-kerja yang sedang dijalankan dan statusnya. “Ia dapat memberi senarai lengkap prestasi kerja-kerja setiap kakitangan “wireline”, pelantar dan telaga yang sedang mereka usahakan,” kata Taco. “Saluran Info ini membolehkan kakitangan teknologi pengeluaran tahu dengan lebih segera bahawa kerja-kerja yang direkabentuk dan dicetuskan oleh mereka sedang dijalankan pada hari itu. Sebagai yang bertanggungjawab terhadap kerja tersebut, mereka dapat melihat bagaimana ia dilaksanakan, campurtangan dalam sebarang cadangan tambahan dan belajar darinya. Sebelum ini, disebabkan masa yang lama diambil antara rancangan kerja dan pelaksanaan, ahli-ahli teknologi pengeluaran sering hilang arah selepas kerja diserah kepada bahagian operasi. Saluran maklumat ini membolehkan kerja-kerja dipantau dan membawa orang-orang yang berkenaan kembali bekerja di mana mereka diperlukan.” Proses-proses kerja dan peranan yang teratur adalah kritikal dalam keadaan ini, di mana hampir 50 orang dapat membaca maklumat-maklumat yang sama. Kakitangan perlu jelas bila mereka perlu bertindak dan kerja yang mana memerlukan perhatian orang lain. “Ia umpama sebuah pasukan bola sepak yang berdisiplin di mana pemain-pemain harus bermain posisi mereka sendiri,” kata Taco.
Penyelesaian Masalah Lebih Pantas dan Berkualiti Tinggi “Bila kita mempunyai masalah pengeluaran yang kompleks pada masa lalu, kadangkala ia mengambil masa setahun mengumpulkan maklumat yang betul dan mengarahkan semua pihak-pihak yang terbabit menyelesaikan isu-isu tersebut. Kini pihak-pihak kritikal dalam pengeluaran boleh berkongsi maklumat serentak. Dan kita juga mendapat ukuran yang sebenar dari telaga-telaga. Kita boleh sampai ke masalah utama dalam masa seminggu, dan mencari penyelesaiannya di minggu ke dua,” kata Taco lagi. “Maklumat yang diterima juga adalah lebih padat. Setiap hari, kita akan lebih mengetahui tentang pengeluaran dari setiap takungan, yang membantu kita merancang dengan lebih efektif untuk masa akan datang. Rancangan yang lebih baik bukan sahaja membantu pengeluaran dan risab, tetapi ia juga dapat menjadikan keadaan lebih selamat melalui integriti yang lebih baik. “POCC turut menunjukkan kebolehan orang-orang kita. Pengaturcara-pengaturcara kita dahulunya sentiasa sibuk dan jarang mempunyai masa untuk bercakap dengan mereka yang berkenaan kerana ada kerja lain yang menunggu. Kini mereka boleh berhubung segera dengan pakar-pakar berkenaan, dan mendapatkan hasil yang lebih baik. Dan ia lebih menyeronokkan! Ia lebih menyeronokkan kepada Jurutera Petroleum sekiranya dia boleh melaksanakan idea-ideanya sendiri, dan juga menyeronokkan kepada kakitangan Operasi jika mereka tahu kenapa mereka diarahkan melakukan kerja mereka!” Pengurus Peningkatan Perniagaan BSP David Taylor berkata: “POCC adalah contoh terbaik bagaimana BSP menggunakan teknologi-teknologi, proses-proses dan cara bekerja baru untuk memperbaiki prestasi aset-aset kita, tanpa mengira betapa rumitnya sebarang operasi.” “Sistem ini merubah pendekatan kita terhadap kerja-kerja rutin pengurusan padang dan memacu peningkatan pengeluaran yang ketara serta memungkinkan pengurusan takungan-takungan dijalankan dengan lebih efektif. “Adalah amat mengujakan melihat tiga kumpulan di darat dan luar pantai yang sangat berlainan menggabungkan pengetahuan dan kepakaran mereka bagi mencapai satu tujuan yang sama. Usaha ini adalah perintis kepada amalan pengoptimaan pengeluaran, bukan sahaja di Shell EP, tetapi juga dalam industri ini secara global.”
10 Salam, Mei 2007
Latihan bantuan nyawa trauma pra-hospital
Para peserta bengkel latihan Bantuan Nyawa Trauma Pra-Hospital
PUSAT Kesihatan Panaga (PHC), dengan kerjasama Pusat Pembangunan Kemahiran Kesihatan Queensland (QHSDC) Kerajaan Queensland, Australia baru-baru ini telah menganjurkan beberapa siri kursus Bantuan Nyawa Trauma Pra-Hospital (PHTLS) untuk kakitangan kesihatan, jururawat dan ambulans Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP). Sesi latihan selama 2 hari dalam empat siri itu diadakan di Pusat Pembelajaran Brunei Shell Asia Pasifik di Seria pada April dan Mei 2007. Seramai 64 doktor-doktor, jururawat-jururawat dan kakitangan ambulans telah menamatkan kursus dan layak sebagai pemberi PHTLS. Satu lagi sesi 2-hari dijalankan pada bulan April untuk melatih 6 kakitangan dari PHC untuk layak sebagai jurulatih PHTLS. Hingga hari ini, hampir kesemua doktor-doktor dan jururawat-jururawat di PHC telah menghadiri kursus itu dan juga beberapa peserta-peserta dari hospital-hospital kerajaan dan kakitangan ambulans BSP. PTHLS merupakan kursus yang diiktiraf pada tahap antarabangsa, iaitu suatu program pembelajaran berterusan pelbagai disiplin direka khas untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam memberi rawatan kritikal ketika penjagaan trauma pra-hospital dan mengendali pesakit-pesakit kes trauma. Kursus ini mengajar para peserta mengendali kes trauma sebelum memindahkan pesakit ke pusat rawatan. Prinsip-prinsip yang digunakan bermanfaat sepanjang penjagaan para pesakit kes trauma - samada di tepi jalan, dalam jabatan kecemasan, atau wad hospital. Hasilnya adalah satu pendekatan seragam yang sistematik dalam mengendalikan pesakit-pesakit kes trauma dengan objektif mengurangkan kes-kes kelumpuhan dan kematian. Kursus ini diperakui oleh NAEMT (Persatuan Petugas Kecemasan Kebangsaan) dengan kerjsama Jawatankuasa Trauma Kolej Pakar Bedah Amerika. Kursus PHTLS mengandungi pelbagai syarahan dan kemahiran praktikal dan kini diiktiraf oleh 38 buah Negara termasuk Brunei. BSP adalah syarikat pertama dalam kumpulan Shell mengenalkan kursus PHTLS kepada kakitangan bantuan kecemasan sebagai mematuhi Piawaian Bantuan Perubatan Kecemasan yang baru (EP20050151). PHC juga akan menjadi institusi pertama menyediakan kursus PHTLS di dalam kawasan ASEAN. Rancangan yang akan datang termasuk pengenalan kursus PHTLS kepada kakitangan perubatan, jururawat dan paramedik di sektor swasta dan awam di Brunei Darussalam dan kepada mana-mana institusi negara jiran yang berminat.
Kempen 100 hari tidak merokok HP KAKITANGAN dari ke-empat-empat syarikat Minyak Brunei Shell dan para kontraktor telah berkumpul di Atrium Ibu Pejabat Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) pada 11 Mei 2007, bagi menghadiri pelancaran Kempen 100 Hari Tidak Merokok HP, yang merupakan sebahagian dari inisiatif Program Gaya Hidup Sihat BSP. Kempen anti merokok anjuran bersama PPA dan HML bertujuan memberi pengetahuan yang berguna dan bertepatan tentang bahaya-bahaya merokok dan menggalakkan serta membantu perokok supaya berhenti demi kebaikan diri dan keluarga mereka. Kempen 100 hari itu bermula dari 11 Mei hingga 31 Ogos 2007. Dalam ucapan beliau, Timbalan Pengarah Urusan BSP, Hj Zainal Abidin Hj Md Ali yang telah melancarkan upacara tersebut berkata, “Di BSP, pihak syarikat mementingkan kesihatan kakitangan. Ia adalah elemen penting dalam strategi pembangunan insan kerana kakitangan yang sihat dapat menyumbang dengan efektif kepada organisasi, keluarga dan masyarakat.” Hj Zainal menambah, “Kita semua tahu merokok adalah merbahaya. Kita juga tahu merokok adalah tabiat yang sukar dibuang. Saya bukan perokok, tetapi awda tidak perlu menjadi perokok Haji Zainal Abidin menyampaikan sijil kepada seorang untuk memahami kesukaran yang dihadapi oleh rakan-rakan kita yang merokok. Maka adalah penting bekas perokok yang berjaya berhenti tabiat merokok untuk kita meneruskan usaha kita menggalakkan rakan-rakan kita supaya berhenti merokok.” Dalam majlis itu juga, sijil-sijil telah diberi kepada tujuh kakitangan untuk memperingati usaha mereka yang telah berjaya berhenti merokok. Satu ceramah kesihatan telah disampaikan oleh Dr. Titus Thomas bertajuk “Berhenti Merokok” mengenai risiko-risiko kesihatan berkaitan merokok, yang menampilkan tentang bahaya asap daripada perokok dan kesan-kesan umum tabiat itu. Satu sesi berkongsi pengalaman turut diadakan menceritakan pengalaman-pengalaman lampau bekas-bekas perokok dan apa menyebabkan mereka meninggalkan tabiat tegar dan merbahaya itu. Dalam salah satu acara pelancaran kempen itu, para peserta berpeluang menerima cawan cenderahati dan kemeja-T percuma dengan mengambil bahagian dalam kuiz kesihatan. Para peserta turut dijemput menyaksikan pameran poster oleh HML di sekitar Atrium. Di samping itu juga, para peserta juga berpeluang menerima khidmat nasihat kesihatan percuma dari pakar-pakar perubatan. BSP merupakan salah satu syarikat yang pertama di negara ini mengenalkan program berhenti merokok pada peringkat korporat pada Julai 2003. Pusat Kesihatan Panaga dijadikan kawasan larangan merokok pada tahun 2005 dan banyak premis-premis di dalam BSP kini mejadi kawasan larangan merokok dengan merokok hanya dibenarkan di zon-zon khas. BSP turut mengadakan kempen kesedaran dan pendidikan dari masa ke semasa. Sementara itu, Pusat Kesihatan Panaga menjalankan Demonstrasi cara penggunaan Penguji Pernafasan klinik kesihatan setiap Khamis petang untuk memberi kaunseling dan bimbingan kepada kakitangan (Smoking Breathalyser) yang berhasrat untuk berhenti merokok.
Salam, Mei 2007 11
Peserta-peserta ‘Amazing Race’ SCM mencari petanda
‘Amazing Race’ SCM 2007
TEPAT pukul 2.30 petang pada 27 April 2007, Ketua Pengurusan Rantaian Pembekalan (SCM) BSP, Nigel Cotterill, melepaskan 18 kumpulan yang tiap satu mengandungi 4 kakitangan dari jabatan SCM, bagi mencari petunjuk pertama dalam tujuh acara yang mencabar dalam “Amazing Race” SCM. Kesemua acara tersebut berada dalam jarak 3 kilometer dari Kawasan Industri Baru Seria bersebelahan Pusat Penemuan Minyak dan Gas. Ini adalah salah satu Program Gaya Hidup Sihat (HLP) yang bertujuan mewujudkan sifat kepemimpinan dan semangat berpasukan, di samping mencapai keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan di kalangan kakitangan SCM.
Peserta-peserta bekerjasama menyelesaikan satu daripada tujuh cabaran-cabaran
Empat puluh lima minit kemudian: “Sinomi...awda adalah kumpulan pertama!” Ahli-ahli kumpulan yang menang terdiri dari Hj Zairin, Izwan, Hasri dan Hamid, percaya kerjasama berpasukan dan sikap ‘jangan tinggalkan sesiapa’ adalah fomula kemenangan mereka di samping memecut lari ke garis penamat. Cabaran terhebat mereka ialah acara padang pasir di F19, walaupun mereka di antara paling akhir mendapat penunjuk, mereka berjaya mendapat tempat pertama di akhir permainan. Pemimpin dan ahli jawatankuasa serta sukarelawan SCM telah memastikan keselamatan dengan menyediakan ambulans BSP dalam kawasan itu. Ini merupakan satu lagi kejayaan selama dua tahun aktiviti-aktiviti HLP dijalankan di SCM, yang antara lainnya memuatkan aktiviti aerobik, jalan laju dan mendaki bukit.
Pengalaman kursus pertolongan cemas PADA 9 Februari 2007, dua kakitangan wanita dari ISM/1, Hajah Rahimah Zainal (ISM/126) dan Lim Bann Dih (ISM/128) mendapat kelayakan menjadi Pemberi Pertolongan Cemas dari jabatan ISM. Rencana ini menceritakan pengalaman mereka: Kursus Pertolongan Cemas tersebut, diadakan di HLD dari 7 hingga 9 Februari 2007 mengandungi teori, praktikal dan sesi penilaian dengan jurulatih yang mengujudkan beberapa senario dan jenis-jenis kemalangan untuk kami bertindak tentang mana satu kemahiran pertolongan cemas yang digunakan. Jurulatih kemudian menilai prestasi kami berdasarkan kriteria tersebut. Semasa sesi praktikal dan penilaian, pesertapeserta diberikan pelbagai peranan. Ada ketikanya kami pemberi pertolongan cemas membantu para mangsa. Ketika itu, kami hendaklah bersikap tenang dan yakin untuk membantu mangsa. Masa-masa yang paling menarik ialah ketika kami menjadi mangsa yang memerlukan bantuan dari pemberi pertolongan cemas. Kami cuba membuat pemberi pertolongan cemas menjadi panik dengan menjerit meminta tolong kerana ‘kecederaan’ kami, dan kami jatuh pengsan untuk mengelirukan mereka. Kami juga berlakon sebagai orang ramai membantu pemberi pertolongan cemas memanggil ambulans. Di samping mendapat kemahiran pertolongan cemas, kami juga perlu mempelajari bagaimana bercakap dan menenangkan mangsa, terutamanya mereka yang kesakitan. Sekiranya pemberi pertolongan cemas panik, mangsa akan hilang keyakinan kepada mereka. Pemberi
pertolongan cemas hendaklah sentiasa tenang dan yakin semasa memberi bantuan kepada mangsa. Ini adalah satu kriteria yang dinilai. Semua latihan-latihan praktikal yang dijalankan merupakan situasi sebenar yang mungkin berlaku. Latihan ini berhasil dan menyeronokkan kerana kami bukan sahaja mendapat maklumat mengenai kemahiran pertolongan cemas, malah kami juga dapat berkongsi pengalaman bagaimana mengendalikan kecederaan ringan. Jurulatih kemudiannya menerangkan cara-cara yang betul mengendalikan kecederaan. Sebagai contoh jika
Peserta-peserta kursus pertolongan kecemasan yang baru menerima pengiktirafan
terkena api di dapur, kita selalunya menggunakan ubat gigi untuk menyejukkan kelecuran, tetapi ia adalah tindakan yang salah kerana ubat gigi akan memburukkan lagi kelecuran itu. Apa yang sepatutnya kita buat ialah menyejukkan kelecuran itu dengan meletakkannya di bawah air selama 15 minit. Sesi latihan amat menyeronokkan kerana kami bukan sahaja mendapat sijil Pemberi Pertolongan Cemas selepas penilaian, kami juga bagai pelakon-pelakon “Anugerah Oscar” kerana berlakon sebagai mangsa kecederaan dan orang ramai. Akhir sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada jabatan kami kerana menghantar kami menghadiri kurus Pemberi Pertolongan Cemas untuk jabatan kami.
Ulangtahunperkhidmatan 30 TAHUN Ang Siew Khiang TSG31 Thien Shin Min F OPM5 Haji Awang Bin Haji Mohamed OMS21 Pg Hj Abd Rahman Pg H Tajuddin PPA411 Ling Anak Uton SAV712 Hj Jelani B Abdul Ghani STL2122 Hj Julihi Bin Timbang STL2142 Salleh Bin Hj Ismail STL2112
Osik Anak Buli TSW4221 Hj Arifin B Hj Bongsu POP111 Liong Chee Ming TSW4221 Wong Mann Poh ISM1522 Pg Jaya Bin Pg Hj Zainin ISM313
20 TAHUN Awg Yahya Bin Yakob HSQ32
15 TAHUN
25 TAHUN
Bann Dih berlakun sebagai mangsa kecederaan
Hanapiah Bin Abdul STL2141 Hj Jainal Bin Amit STL221 Hj Mohammad Azari B Hj Md Alli SCM311 Junaidi Bin Alli IPE3 Pg Hj Rusli B Pg Damit HSE611 Kamero Jamen Bin Hj Abd Raup EOP122 Mohammad Helmi B Ladi @ Talim TSW4221
Mohd Alexirwan Bin Omar UCP7 Azman Bin Hj Julaihi HML2 Bibi Bte Aloi EPE70 Mas Magawati Radin Mas Ismail SCM41 Roslinah Bte Hj Ibrahim EPE73 Zainah Bte Awang Tengah EPE40 Roziah Bte Hj Ahmad TSM221 Putehmah Bte Mohamad Salleh ISM213
12 Salam, Mei 2007
BLNG sertai LNG 15 di Barcelona, Spain
Pengarah Urusan BLNG, Fred Smeenk bersama-sama dengan delegasi BLNG di Barcelona.
PERSIDANGAN LNG yang pertama diadakan pada tahun 1968 di Chicago,. Amerika Syarikat berikutan inisiatif yang dibuat oleh tiga badan antarabangsa yang hari ini masih memainkan peranan penting dalam industri LNG iaitu, Kesatuan Gas Antarabangsa (IGU), Institut Teknologi Gas (GTI), dan Institut Pendinginanyejukan Antarabangsa (IIR). Tahun ini menandakan ulangtahun ke 15 sejarah industri LNG di mana Syarikat Brunei LNG Sdn Bhd (BLNG) turut mengambil bahagian dalam majlis yang penuh bermakna ini. Majlis diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa Barcelona (CCIB) di Sepanyol bermula 24 hingga 27 April 2007. Delegasi Brunei diketuai oleh Pengarah Urusan BLNG, Fred Smeenk. Turut serta dalam delegasi tersebut ialah Pemangku Pengarah Unit Petroleum, Hj Zolkiflee
Hj Abd Karim. Selain dari wakil-wakil dari BLNG, dua wakil dari Unit Petroleum dan seorang dari Brunei Gas Carrier (BGC) telah turut serta. Persidangan ini mempamirkan Brunei Fred Smeenk melawat tapak pameran LNG sebagai pembekal yang boleh dipercayai, sebelum bermulanya perbincangan penyam-bungan kontrak yang akan bermula beberapa tahun akan datang. Persidangan dan pameran bertaraf dunia yang diadakan tiga tahun sekali itu mengumpulkan wakil-wakil dari pelbagai kerajaan, pengeluar, pembekal, pengguna dan ahli-ahli kewangan dari industri gas cecair asli untuk berjumpa dan membahaskan isu-isu semasa dalam industri LNG; peranan strategik yang dimainkan oleh gas untuk masa depan penggunaan tenaga; termasuk beberapa sesi teknikal berkaitan topiktopik penting; pasaran baru, pembangunan LNG secara komersial dan teknikal serta impak terhadap persekitaran dan juga cara-cara mengurangkan kos logistik. Pameran yang diadakan serentak dengan persidangan itu meliputi kawasan seluas 20,000 meter persegi dan menampilkan lebih 200 peserta pameran. Ia Lebih kurang 3,500 peserta dari lebih 500 syarikat seluruh dunia telah mengambil bahagian dalam persidangan dan pameran ini. Tapak pameran BLNG telah memaparkan BLNG sebagai perintis industri LNG yang akan terus utuh bagi tahun-tahun yang akan datang. Peluang ini turut digunakan untuk mempromosi Brunei sebagai satu destinasi pelancongan melalui berbagai bahan promosi pelancongan dan poster-poster. Di persidangan itu, satu kertas kerja telah dibentangkan oleh Moon Hussain, Pengurus Besar Penyambungan Kontrak, bertajuk “Brunei LNG delivering LNG security”. BLNG adalah perintis memperkenalkan LNG, manakala Sepanyol pula salah satu negara pertama menerima LNG dengan kargo pertamanya dihantar ke terminal Barcelona pada tahun 1969, dari Algeria. BLNG menghantar LNG pertamanya dengan SS Bekulan ke Barcelona, Sepanyol pada 27 April 2002 diikuti kargo LNG keduanya dihantar ke Huevla, Sepanyol pada 15 Jun 2002. LNG ke 14 sebelumnya telah diadakan di Doha, Qatar dan LNG ke 16 pula akan diadakan di Algeria.
Pemadam kebakaran untuk stesen minyak PADA 23 April 2007, sembilan kakitangan dari Stesen Minyak Pakatan dan Stesen Minyak Koperasi Kg Keriam mengambil bahagian dalam demonstrasi pemadaman kebakaran yang diadakan di Jabatan Kebakaran dan Penyelamat Tutong. Demonstrasi yang diketuai oleh DSP Yahya bin Saat bermula dengan taklimat mengenai peranan dan tanggungjawab jabatan, jenis-jenis dan sebab-sebab kebakaran dan jenis-jenis peralatan memadam api. Objektif latihan ini adalah untuk memberi kemahiran yang diperlukan kepada kakitangan stesen minyak untuk menggunakan alat-alat pemadam api yang merupakan sebahagian daripada perjanjian di antara Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd (BSM) dan pengusaha-pengusaha stesen minyak. Pihak BSM menggalakkan semua pemilik stesen supaya bersama-sama memperbaiki kecekapan HSSE secara proaktif di kalangan kakitangan di seluruh rangkaian. Pihak BSM sering mengadakan pelbagai inisiatif keselamatan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan HSSE. Aktiviti-
Gambar beramai-ramai kakitangan stesen minyak, kakitangan kebakaran dan penyelamat dan eksekutif Pemasaran BSM
Kakitangan Stesen Minyak diberi tunjuk ajar cara-cara menggunakan alat pemadam api oleh kakitangan kebakaran dan penyelamat
aktiviti yang telah dijalankan termasuk Kempen Keselamatan Jalanraya Kebangsaan, program “Hearts and Minds”, Minggu Keselamatan Pemandu dan juga mendidik orang awam tentang pengurusan selamat LPG melalui media dan pengedaran risalahrisalah. Pelbagai latihan kecemasan telah dijalankan termasuk pengendalian tumpahan minyak dan ancaman bom. Tahun lepas, Stesen Minyak Ikatan Teluk Mewah dari Mentiri telah mengadakan latihan kebakaran. Latihan anjuran BSM itu menumpukan kepada latihan talian perhubungan dan tindakbalas di antara Kumpulan Penyelarasan Kecemasan BSM dengan agensiagensi Kerajaan yang berkaitan, khususnya Perkhidmatan Kebakaran dan Penyelamat,Pasukan Polis DiRaja Brunei dan Perkhidmatan Ambulans.Latihan-latihan ini adalah sebahagian dari sistem pengurusan tindakbalas kecemasan syarikat yang diselaraskan dengan polisi Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar Shell Global.
Salam diterbitkan oleh Jabatan Hal Ehwal Luar bagi pekerja-pekerja BSP / BLNG / BST / BSM. Penyuntingan tel: 3375951. Dicetak oleh Star Trading and Printing Sendirian Berhad