KEANGGOTAAN PELAJAR PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN DALAM KOPERASI SEKOLAH MENURUT PERSFEKTIF ISLAM Muhamad Fairus Bin Sharrif Nik Abdul Rahim Bin Nik Abdul Ghani Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia
ABSTRAK: Koperasi sekolah adalah sebuah institusi sosioekonomi yang wujud dalam premis persekolahan di Malaysia dimana pergerakannya disokong dan dikawal oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Koperasi pendidikan khas adalah antara koperasi yang wujud dalam sistem persekolahan di Malaysia. Keistimewaanya adalah ia dianggotai oleh pelajar pendidikan khas kelainan upaya dari aspek masalah pembelajaran seperti autisme, disleksia, lembam dan sebagainya. Keanggotaan ini memerlukan mereka untuk menyumbang bayaran syer dan melibatkan mereka secara aktif dalam pengurusan perniagaan koperasi yang dianggap sebagai tasarruf al-mal dalam istilah muamalat Islam. Justeru, timbul persoalan, adakah golongan kelainan upaya masalah pembelajaran ini layak bertasarruf dengan harta samada dalam urusan membayar yuran syer atau pengurusan perniagaan koperasi. Ini kerana, Islam mementingkan kemaslahatan harta dari kemudharatan dan kerugian kerana diurus oleh golongan yang tidak berkelayakan. Oleh itu, kajian ini akan menyoroti konsep keanggotaan pelajar pendidikan khas berdasarkan undang-undang koperasi sedia ada dan perbincangannya dari sudut perspektif Islam. Kajian ini merupakan kajian kualitatif melalui reka bentuk analisis kandungan dan dokumen yang diperolehi melalui data tekstual yang mana ianya akan dianalisis menggunakan kaedah induktif, deduktif, dan komparatif. Hasil daripada kajian mendapati bahawa perkhidmatan koperasi sekolah sangat penting dalam menyediakan keperluan kepada warga sekolah khususnya pelajar dan ianya bertepatan dengan prinsip syarak selagimana aplikasinya bersandarkan kepada prinsip-prinsip syarak yang betul. Kajian ini penting untuk membincangkan isu keanggotaan pelajar pendidikan khas masalah pembelajaran dari sudut perspektif Islam dan memberi kefahaman kepada pelajar dan masyarakat terhadap isu tersebut. Kata kunci : Keanggotaan, pendidikan khas, koperasi sekolah
97
PENGENALAN Penubuhan koperasi sekolah mempunyai satu impian pendidikan iaitu memberi pengajaran dan pengalaman berkaitan pengurusan perniagaan kepada warganya terutamanya pelajar sekolah. Pelajar mampu belajar secara teori dan amali dalam mengurus perniagaan koperasi sekolah dengan bimbingan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA), guru dan Ahli Lembaga Koperasi (ALK). Koperasi Pendidikan Khas merupakan koperasi yang dianggotai oleh pelajar-pelajar pendidikan khas. Keanggotaan pelajar pendidikan dalam koperasi ini memberi peluang kepada mereka untuk mempelajari kemahiran pengurusan perniagaan agar mereka berminat dan mampu membina perniagaan sendiri suatu hari nanti. Tambahan pula, kemahiran perniagaan ini mampu menjadikan mereka berdaya saing dalam bidang kemahiran mereka tanpa bersusah payah bersaing untuk mendapatkan pekerjaan dari majikan yang sering berfikir panjang dalam mengambil golongan kelainan upaya seperti mereka. Keanggotaan pelajar pendidikan khas dianggotai oleh pelajar pendidikan khas secara majoriti disamping dianggotai oleh guru sebagai pembimbing. Berdasarkan perangkaan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sehingga Jun 2015, terdapat 8 buah koperasi pendidikan khas didaftarkan dengan anggota seramai 709 orang.
Jumlah syer/yuran
mencatatkan sebanyak 0.04 juta dengan aset 0.32 juta, perolehan 0.49 juta dan keuntungan 5 juta. Sehubungan itu, timbul persoalan mengenai keanggotaan pelajar pendidikan khas masalah pembelajaran yang termasuk dalam sebahagian besar jumlah statistik perangkaan yang tersebut di atas. Adapun, pelajar pendidikan khas masalah pembelajaran adalah dari kalangan pelajar terencat akal seperti autisme, disleksian, lembam dan sebagainya. Kertas kerja ini akan membincangkan mengenai konsep keanggotaan pelajar pendidikan khas dari sudut kelayakan berdasarkan undang-undang koperasi yang diwartakan. Perbincangan dilanjutkan kepada penelitian prinsip-prinsip Islam dalam bab kelayakan bertaṣarruf al-mal (membelanjakan harta) terhadap pelajar pendidikan khas masalah 98
pembelajaran. Seterusnya, perbahasan dari sudut analisis dan hasil kajian berdasarkan prinsip kelayakan bertaṣarruf dengan harta dari sudut Islam. KONSEP KEANGGOTAAN KOPERASI SEKOLAH Definisi Keanggotaan Koperasi Sekolah Akta Koperasi 1993 (Akta 502), Bahagian 1, Perkara 2 mendefinisikan keanggotaan koperasi sebagai seseorang atau sesuatu koperasi berdaftar yang turut sama dalam permohonan pendaftaran sesuatu koperasi, dan seseorang atau sesuatu koperasi berdaftar yang diterima menjadi anggota mengikut peraturan-peraturan dan undang-undang kecil selepas pendaftaran. Definisi koperasi menurut Seksyen 4 Akta Koperasi 1993 (Akta 502) adalah sesuatu pertubuhan yang terdiri daripada orang-orang individu sahaja dan yang matlamatnya ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip koperasi. Manakala Koperasi Sekolah yang diterjemahkan oleh Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia ialah sebuah badan sosial yang menceburi dalam perniagaan untuk memberi perkhidmatan kepada semua ahli di dalam sekolah tersebut. Oleh yang demikian, secara umum yang difahami dari pendefinisian di atas, keanggotaan koperasi sekolah adalah individu dari kalangan warga sekolah samada pelajar atau guru atau staf perkhidmatan lain yang berkhidmat di sekolah berkenaan memohon dan mendaftar untuk menyertai koperasi sekolah dengan mengikuti syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam undang-undang kecil koperasi (UUK) sekolah tersebut seperti yuran, syer dan sebagainya. Sehubungan itu, keanggotaan pelajar pendidikan khas dalam koperasi yang menjadi fokus penulisan ini adalah keanggotaan koperasi yang terdiri dari kalangan pelajar-pelajar pendidikan khas masalah pembelajaran seperti pelajar autisme, lembam, disleksia dan lainnya. PERATURAN-PERATURAN BERKAITAN KEANGGOTAAN KOPERASI Seorang anggota koperasi yang memohon dan mendaftar sebagai anggota harus mengetahui dan memahami peraturan berkaitan hak-hak dan liabiliti mereka sebagai anggota khususnya berkaitan kelayakan dan halangan untuk menjadi anggota. Kefahaman terhadap peraturan99
peraturan ini membantu mereka untuk bertindak dan berperanan dengan betul sebagai anggota yang aktif dan bekerjasama dalam gerakan memajukan koperasi. Akta Koperasi 1993 (Akta 502) Bahagian IV (26) menyatakan bahawa untuk layak menjadi anggota dalam sesuatu koperasi asas, seseorang mestilah : (a) Seorang warganegara Malaysia; (b) Telah mencapai umur lapan belas tahun atau dalam hal sesuatu koperasi sekolah, telah mencapai umur dua belas tahun; dan (c) Bermastautin atau bekerja atau mempunyai tanah dalam kawasan operasi asas atau, dalam hal koperasi sekolah, menjadi penuntut berdaftar sekolah itu. Berdasarkan pernyataan di atas, difahami bahawa seorang pelajar yang ingin menjadi anggota koperasi sekolah berkenaan hendaklah seorang warganegara Malaysia yang sah disisi undang-undang. Warga asing yang bersekolah tidak layak untuk menjadi anggota koperasi sekolah. Adapun, umur minimum bagi seorang pelajar yang menganggotai koperasi sekolah adalah dua belas tahun berbanding koperasi dewasa berumur lapan belas tahun. Maka pelajar sekolah menengah yang berumur dua belas tahun diperingkat tingkatan satu layak untuk mendaji anggota yang sah. Tambahan pula, seorang anggota itu hendaklah penuntut yang berdaftar di sekolah berkenaan dimana pelajar sekolah lain tidak layak untuk menjadi anggota koperasi di sekolah yang lain. Mereka hanya layak untuk menjadi anggota koperasi di koperasi sekolah dimana tempat dia bersekolah sahaja. Akta Koperasi 1993 (Akta 502) Bahagian IV (27) pula menyatakan bahawa tiada seorang pun layak masuk menjadi anggota sesuatu koperasi berdaftar jika: (a) Dia tidak upaya dari segi mental; (b) Dia ialah seorang bankrap yang belum dilepaskan; (c) Dia ialah seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar;
100
(d) Dia telah dibuang daripada menjadi anggota di bawah Akta ini dan suatu tempoh selama satu tahun belum lagi berlalu dari tarikh pembuangan itu. Peraturan-peraturan di atas adalah menjelaskan mengenai hilang kelayakan seseorang untuk menjadi anggota sesebuah koperasi antaranya seorang yang tidak upaya dari segi mentalnya dilarang untuk menjadi anggota koperasi termasuk koperasi sekolah. Dalam konteks koperasi sekolah, pelajar pendidikan khas masalah pembelajaran adalah diklasifikasikan sebagai pelajar yang tidak sempurna akal dan mentalnya sehingga mereka tidak layak untuk mendapat pendidikan di arus perdana bersama pelajar normal yang lain. Justeru, pentafsiran peraturan ini perlu diperbincangkan dan dibandingkan dalam konteks pelajar pendidikan khas masalah pembelajaran dimana adakah mereka layak untuk menjadi anggota koperasi. Jika difahami secara umumnya, orang yang tidak upaya mental adalah mereka yang mempunyai masalah mentalnya berbanding manusia normal yang lain. Justeru, perbincangan selanjutnya akan memahami dan mendalami konsep pelajar pendidikan khas masalah pembelajaran yang mendapat pendidikan di sekolah. KONSEP PELAJAR PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN Maksud Pendidikan Khas Pendidikan khas adalah sistem pendidikan yang disediakan untuk golongan-golongan tertentu sahaja dari kalangan pelajar yang berkeperluan khas dalam proses pendidikan. Peraturan-Peraturan Pendidikan Khas 2013 menyatakan bahawa Pendidikan Khas adalah pendidikan bagi murid berkeperluan khas di suatu sekolah khas atau di sekolah yang melaksanakan Program Pendidikan Khas Intergrasi atau Program Pendidikan Khas Inklusif pada peringkat pendidikan prasekolah, rendah, menengah atau lepas menengah. Maksud Masalah Pembelajaran Bahagain Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia (BPKKPM 2015) menyatakan bahawa masalah pembelajaran dianggap sebagai masalah neurologi. Ianya berkaitan dengan cara otak menerima, memproses, menganalisis dan menyimpan maklumat. Masalah pembelajaran merupakan kecelaruan dalam satu atau lebih daripada satu proses psikologi yang melibatkan kefahaman, penggunaan bahasa lisan atau bertulis. Kecelaruan ini boleh menjejaskan keupayaan mendengar, berfikir, bertutur, membaca, menulis, mengeja dan mengira. Masalah pembelajaran termasuklah masalah pembelajaran akademik, bahasa, 101
ingatan, sosioemosi, kemahiran motor, dan kordinasi serta hiperaktiv. Kategori murid-murid masalah pembelajaran seperti disleksia, attention deficit hyperactivity disoder (ADHD), slow learner, sindrom down terencat akal ringan. Proses Pengambilan Pelajar Pendidikan Khas Pelajar yang dikategorikan sebagai murid pendidikan khas adalah murid berkeperluan khas yang diperakukan oleh pengamal perubatan, ahli optik, ahli psikologi, mengikut mana-mana yang berkenaan, sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau tidak sebagai murid yang mempunyai ketidakupayaan penglihatan, ketidakupayaan pendengaran, ketidakupayaan pertuturan, ketidakupayaan fizikal, masalah pembelajaran atau mana-mana kombinasi ketidakupaan yang disebutkan. (Peraturan-peraturan Pendidikan Khas 2013). Adapun golongan yang memerlukan pendidikan khas perlu dipilih dan dikenalpasti kesesuaian mereka agar mereka benar-benar mampu untuk mendapat pendidikan yang disediakan. Pengesahan kelayakan ini melalui pelbagai tapisan termasuk kelulusan dari pakar perubatan. Ini bertujuan agar golongan yang benar-benar mampu menerima pendidikan akan dibenarkan ke sekolah disamping tidak akan menimbulkan pelbagai masalah dikemudian hari. Merujuk kepada Peraturan-Peraturan Pendidikan Khas 2013, setelah disahkan oleh pakar perubatan, permohonan perlu melalui sesi temuduga oleh pihak sekolah bagi menilai pelajar lebih dekat lagi. Apabila berjaya dalam sesi temuduga, pelajar juga perlu melalui tempoh percubaan di sekolah selama tiga bulan untuk menilai keupayaan dan kesesuaian untuk melalui sesi pembelajaran. Tapisan tempoh percubaan ini yang akan menentukan pelajar mampu untuk meneruskan pembelajaran di sekolah berkenaan atau tidak. Pelabagai aspek dilihat seperti kesesuaian persekitaran sekolah, keupayaan mengurus diri dan sebagainya bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajarn berjalan lancar disamping pelajar tidak mengalami kesukaran dalam mengurus diri sewaktu di sekolah. Pelajar pendidikan khas masalah pembelajaran adalah kumpulan pelajar yang mempunyai kepelbagaian masalah. Oleh itu, pendidikan yang diberikan juga berdasarkan kepada keupayaan pelajar dan kecenderongan mereka. Ianya perlu kepada proses pemerhatian dan penilaian serta kreativiti guru dalam memberi pendidikan kepada golongan ini. Adalah tidak wajar sekiranya kumpulan pelnbagai masalah ini dikategorikan dalam satu bentuk pendidikan tanpa menilai kemampuan dan kelayakan mereka. Justeru, pelajar yang cenderong 102
kepada kemahiran pertanian, diberikan pendidikan pertanian, namun pelajar yang cenderung kepada kemahiran ternakan, diberikan pendidikan penternakan. Begitu juga dalam pemilihan pelajar yang berkecenderungan kepada keusahawanan seperti koperasi sekolah. Ahli Lembaga Koperasi hendaklah dipilih berdasarkan keupayaan dan kecenderungan mereka berdasarkan pemerhatian dan penilaian guru. Pelajar Pendidikan Khas Dalam Koperasi Sekolah Pendidikan kemahiran keusahawanan melalui koperasi sekolah memberi kesan yang positif kepada kepimpinan pelajar. Ianya juga dilihat sangat bermanfaat kepada pelajar pendidikan khas yang memerlukan kepada kemahiran tertentu dalam menghadapi kehidupan selepas persekolahan. Maka, penubuhan koperasi sekolah pendidikan khas dilihat semakin mendapat perhatian dari sekolah-sekolah berkenaan bagi memberi pendidikan kemahiran tersebut kepada pelajar meraka. Perangkaan
dari
Angkatan
Koperasi
Kebangsaan
Malaysia
(ANGKASA)
menunjukkan bahawa, pada tahun 2012 hanya terdapat sebuah sahaja koperasi sekolah pendidikan khas. Kemuadian meningkat kepada tiga buah pada tahun 2013 dengan jumlah keanggotaan seramai 561 orang. Sehingga Jun 2015, sebanyak lapan buah koperasi pendidikan khas telah didaftarkan dengan keanggotaan seramai 709 orang. Fakta nombor ini menunjukkan bahawa berlaku peningkatan pendaftaran koperasi sekolah pendidikan khas dari tahun 2012 hingga 2015. Peningkatan ini menunjukkan kecenderungan pentadbiran sekolah pendidikan khas untuk membuka koperasi sekolah sebagai medium untuk mendidikan pelajar mereka dalam berkoperasi termasuk dalam bidang keusahawanan. Oleh yang demikian, fenomena ini menunjukkan wujud sesuatu yang positif dari gerakan koperasi di sekolah kepada warga pendidikan khas sehingga mendorong mereka untuk menubuhkan koperasi di sekolah masing-masing. Keanggotaan mereka yang dianggotai oleh pelbagai kumpulan pelajar pendidikan khas merupakan satu cabaran dan keistimewaan kepada koperasi ini. Keupayaan pentadbiran koperasi pendidikan khas menggerakkan koperasi sehingga maju dan berjaya adalah satu kebanggan dan pengiktirafan kepada mereka kerana keistimewaan kumpulan pelajar yang menjadi anggota dalam koperasi tersebut. Namun begitu, keupayaan pelajar pendidikan khas masalah dalam mengurus dan melibatkan diri dalam koperasi sekolah mendapat perhatian pengkaji bagi membincangkannya dari sudut
103
perspektif Islam kerana ianya melibatkan pembelanjaan dan pengurusan harta dari sudut yuran, syer atau pengurusan perniagaan.
PRINSIP KELAYAKAN (AL-AHLIYYAH) DAN HALANGANNYA (AL-HAJR) DALAM ISLAM Definisi Ahliyyah Secara umumnya, al-ahliyyah adalah parameter atau ukuran untuk menentukan seseorang itu dianggap layak untuk menerima dan melaksanakan hak atau tanggungjawab. Al-Zuhayli (2013:71) mentakrifkan ahliyyah dalam bahasa adalah kelayakan.
Hassan (t.t.:54) pula
menjelaskan kelayakan itu ialah kelayakan untuk beramal dengan sesuatu. Hailani dan Sanep (2011:56) mentakrifkannya dengan pengertian yang biasa iaitu keupayaan dan kebolehan. Manakala, Abu Zuhrah (t.t.:329) mendefinisikan ahliyyah adalah kemampuan atau kelayakan seseorang untuk menerima hak dari orang lain dan melakukan tanggungjawabnya kepada hak orang lain. Kategori Al-Ahliyyah Adapun ahliyyah disisi ulamak usul terbahagi kepada dua iaitu ahliyyah al-wujub dan ahliyyah al-adaa. i.
Ahliyyah Al-Wujub:
Khallaf (t.t.: 135) mentakrifkannya sebagai kelayakan seseorang untuk menerima dan melaksanakan kewajipan-kewajipan syarak kepadanya serta daripadanya. Al-Zuhayli (2013:71) menyatakan bahawa asas kepada ahliyyah al-wujub adalah tanggungan (aldzimmah) yang mana tanggungan manusia itu berdasarkan kepada hidup atau kehidupan seseorang. Ianya juga disepakati oleh para ulama yang mana manusia yang hidup menerima tanggungan syarak padanya samada kewajipan baginya menerima hak-hak kemanusiaan atau kewajipan baginya melaksanakan hak-hak tersebut. Ia juga dijelaskan oleh Hailani dan Sanep (2011:56).
104
ii.
Ahliyyah Al- Adā’ :
Zaidan (t.t:96) dan Al-Zuhayli (2013:72) menjelaskan bahawa ianya adalah kelayakan manusia sebagai pihak yang dituntut melaksanakan yang mana perkataan dan perbuatannya
dipertanggungjawabkan
keatasnya
dan
menimbulkan
pengaruh
syar’ienya. Adapun asas kepada kelayakan ini adalah mumayyiz bukan lagi kehidupan yang mana akal fikiran menjadi sandaran dan ukuran.
Hanali dan sanep (2011:57)
menyatakan bahawa mumayyiz bererti seseorang sudah boleh memahami segala tindakan yang dilakukannya dan kesan yang akan timbul. Sifat ini sudah ada pada kanak-kanak yang berumur tujuh tahun. Adapun, seseorang yang mempunyai kelayakan ini sudah boleh melakukan akad dan segala tindakan yang dilakukannya akan melahirkan kesan. Para ulamak seperti Zaidan (t.t :96-97), Abu Zuhrah (t.t:333-335) dan Hailani serta Sanep (2011:57-59) menyatakan pembahagian al-wujub dan al-adā’ kepada dua bahagian iaitu al-naqisah (kelayakan tidak sempurna) dan al-kamilah(kelayakan sempurna). Pembahagian ini berdasarkan proses perkembangan umur manusia bermula dari diciptakan oleh Allah sehingga mencapai umur dewasa dan menjadi seorang yang berakal dan mumayyiz. Sehubungan itu, mengklasifikasikan kelayakan taklif manusia berdasarkan peringkat kehidupan manusia adalah seperti berikut: a) Tahap Janin: Janin yang masih dalam kandungan ibunya disifatkan sebagai ahliyyah al-wujub al-naqisah kerana kehidupannya yang tidak pasti samada hidup atau mati dikala kelahirannya. Namun begitu, ianya berhak menerima hak yang tidak memerlukan akad penerimaan seperti wasiat dan pusaka. Adapun tahap ini, kelayakan untuk melaksanakan (ahliyyah al-adā’) tidak ada sama sekali kerana asas kelayakannya adalah sifat tamyiz dan bukan kehidupan atau nyawa seseorang (Halani dan Sanep 2011:57-58). b) Tahap kelahiran sehingga mumayyiz: Al-Zuhayli (2013:74) menjelaskan bahawa umur mumayyiz tidak ditetapkan oleh ulamak terdahulu, namun ianya ditetapkan oleh ulamak selepasnya iaitu tujuh tahun berdasarkan hadith perintah anak-anak mendirikan solat dikala usia tujuh tahun. Apabila seseorang bayi lahir dalam keadaan hidup, maka dia dikategorikan sebagai ahliyyah al-wujub al-kamilah yang 105
mana dia berhak menerima dan menanggung segala kewajipan syarak secara sempurna. Ini disebabkan kelayakan berdasarkan nyawa dan kehidupan sudah dimiliki secara sepenuhnya. Namun, kelayakan untuk melaksanakan (ahliyyah aladā’) segala hak dan kewajipan syarak masih belum dimiliki. Adapun dalam syariat Islam, apabila dikatakan sesuatu itu diwajibkan ke atas seseorang, maksudnya ialah melaksanakan kewajipan tersebut dan bukan semata-mata sesuatu itu wajib. Ada hak dan kewajipan yang boleh dilaksanakan oleh orang lain bagi pihak kanak-kanak tersebut seperti membayar zakat atau membayar ganti rugi kerosakan yang dilakukan oleh kanak-kanak dan sebagainya (Hailani dan Sanep 2011: 58). c) Tahap mumayyiz sehingga baligh: Badran (t.t:435) Abu Zahrah (t.t:337) Said Sabiq(1999) dan Al-Mālbariy(2008:335) menukilkan bahawa tanda baligh melalui tanda yang kebiasaan tabi’e adalah keluar mani bagi lelaki dan haid bagi wanita. Namun begitu, ulamak berbeza pendapat bagi penetapan had umur baligh bagi yang lambat atau tiada tanda kebiasaan tersebut. Jumhur berpendapat bahawa had umur baligh adalah 15 tahun bagi lelaki dan perempuan. Manakala Abu Hanifah berpendapat bahawa umur baligh bagi lelaki adalah 18 tahun manakala bagi wanita adalah 17 tahun. Seorang yang telah mumayyiz iaitu mampu berfikir antara kebaikan dan keburukan yang mana kebanyakan ulamak menetapkan umur tujuh tahun sebagai tanda mumayyiz. Adapun ditahap ini, seorang kanak-kanak sudah mempunyai kelayakan untuk melaksanakan secara tidak sempurna (ahliyyah aladā’ al-naqisah). Dengan kelayakan ini, kanak-kanak hanya boleh melakukan beberapa bentuk tindakan tertentu sahaja iaitu tindakan yang boleh mendatangkan keuntungan dan manfaat kepadanya seperti menerima pemberian atau wasiat. Namun, ia dilarang dalam tindakan yang boleh mendatangkan kerugian seperti sedekah, hadiah dan sebagainya. Walaubagaimanapun, dalam urusan yang berkemunkinan untung dan rugi, kanak-kanak boleh melakukannya setelah mendapat keizinan walinya (al-Zuhaili 1984:116, Hailai dan sanep 2011:59). d) Tahap Baligh dan Cerdik: Seseorang yang berada ditahap ini dianggap sudah cukup berakal, baligh dan cerdik. Maka ia sudah memiliki kelayakan menerima (ahliyyah al-wujub al-kamilah) dan kelayakan melaksanakan (ahliyyah al-adā’ al106
kamilah) yang mana kesempurnaan ini mengizinkannya untuk bertindak sendirian tanpa bergantung kepada keizinan orang lain (al-Zuhayli 1984:116, Hailani dan Sanep 2011:59).. Kesimpulannya, empat tahap perkembangan kehidupan manusia ini menunjukkan keadilan dan kasih sayang Allah yang mana tidak memberi bebanan dan tanggungan kepada manusia yang tidak sepatutnya ditangung oleh meraka. Setiap yang dilakukan oleh manusia, terikat kepada hukum sya’ie berdasarkan peringkat usia mereka. Oleh yang demikian, ahliyyah atau kelayakan ini menjadi ukuran kepada kelayakan seseorang untuk menerima hak dan menanggung tanggungjawab syar’ie kepadanya. Ia juga menjadi satu ukuran untuk menetapkan kelayakan seseorang untuk berakad dan bertasarruf dengan harta untuk menjaga kemaslahatan harta mereka. Syarat Kelayakan Bagi Orang Yang Berakad (Matang) Islam mementingkan keselamatan dan menjauhi kezaliman seperti penipuan dalam semua perkara termasuk dalam urusan muamalat. Berkaitan hal yang melibat pengurusan harta yang membawa kepada risiko untung dan rugi, maka Islam menetapkan satu syarat sah dalam urusan tersebut adalah akad ataupun difahami sebagai kontrak. Namun begitu, caqidan atau orang yang melakukan akad juga merupakan syarat sah kepada thabit sesuatu akad tersebut kerana ia menjadi parameter kepada kelayakan seseorang untuk memikul tanggungjawab dan risiko disebalik akad tersebut. Oleh itu, syarat kelayakan bagi orang yang ingin berakad terutamanya dalam urusan mengurus harta (taṣarruf al-māl) sangat dititik beratkan di dalam Islam. Syarat-syarat orang yang ingin berakad adalah matang, redha, boleh melihat dan melibatkan ramai pihak. Namun, perbahasan ini hanya membahaskan berkaitan syarat matang sahaja kerana ia bekaitan dengan isu yang diperbincangkan. Al-Zuhaylī (2014:11) menyatakan bahawa hendaklah semua pihak yang berakad itu matang iaitu seorang yang cukup umur (baligh dan bukan kanak-kanak), berakal dan bijak (Rusyd iaitu bukan orang safih) dalam menggunakan harta. Al-Malbariy (2008:335) menyatakan bahawa yang dimaksudkan dengan rusyd ialah kepandaian berbuat untuk kemaslahatan agama dan harta iaitu tidak lagi melakukan perbuatan haram yang menghilangkan keadilannya baik berupa dosa besar atau berterusan melakukan dosa kecil tanpa memenangkan ketaatannya atas maksiatnya dan tidak pula membazirkan hartanya 107
dengan dirugikan dalam muamalah atau dengan membelanjakannya walau seposen kepada barang yang haram. Kanak-kanak dan orang gila tidak sah aktiviti menjual serta membeli berdasarkan hadith Nabi SAW:
وعن الصيب حىت يكرب، وعن املبتلى حىت يربأ، عن النائم حىت يستيقظ: رفع القلم عن ثالثة Maksudnya: Kalam diangkat dari tiga jenis manusia: dari orang yang tidur sehingga dia sedar, kanak-kanak sehingga dia bermimpi, dan orang gila sehingga dia sembuh.1 Allah SWT berfirman dalam Surah al-Nisa' 4:6 yang bermaksud : Dan ujilah anak yatim itu sampai mereka cukup umur untuk kawin. Kemudian jika menurut pendapatmu mereka Telah cerdas (pandai memelihara harta), Maka serahkanlah kepada mereka harta-hartanya. Al-Tabari (1994:395) menjelaskan tafsir ayat di atas adalah seseorang kanak-kanak yatim hendaklah diuji tentang daya kefahaman mereka, kebaikan mereka dalam agama dan kebijaksanaan mereka mengurus harta sehingga mereka bermimpi (baligh) dan jika dia telah sampai kepada kecerdikan dalam mengurus harta, maka tiada halangan baginya dan serahkanlah harta kepadanya. Firman Allah SWT dalam Surah al-Maidah 4:5 yang bermaksud: Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupan kamu; dan berilah mereka belanja dan pakaian dari pendapatan hartanya (yang kamu niagakan), dan juga berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik. Al-Sābuni (1999:195) menjelaskan tafsiran ayat di atas bahawa janganlah diberikan harta mereka kepada anak-anak yatim yang sifatnya suka membazir yang mana Allah mengurniakannya harta untuk kehidupannya tetapi disia-siakannya. Manakala al-Tabari (1994:393) menjelaskan bahawa jangan diberi harta kepada orang-orang safih yang mana mereka adalah orang yang membinasakan harta kerana kelemahan mereka mengurusnya iaitu 1
Abi Daud, Sunan Abi Daud. Jil. 6. Bab Fi Al-Majnun Yasruku Au Yusibu Haddan. No 4398
108
dari kalangan kanak-kanak samada lelaki atau perempuan. Sehubungan itu, kanak-kanak yang lemah dalam pengurusan harta di anggap sebagai safih dimana tertegah dari menguruskan dan mentadbir hartanya sendiri. Berdasarkan kepada perbincangan fokus penulisan iaitu berkaitan kelayakan pelajar pendidikan khas masalah pembelajaran dalam menganggotai koperasi sekolah. Adakah mereka dikategorikan sebagai matang dalam syarat tersebut sedangkan mereka disahkan oleh pakar perubatan mengenai masalah mental sehingga ditempatkan di sekolah pendidikan khas. Justeru, ia perlu dilihat dari sudut syariah adakah ianya bertepatan dengan prinsip ahliyyah ataupun tidak. Sedia maklum, kanak-kanak adalah seorang yang belum matang juga ditakrifkan sebagai orang yang belum bermimpi atau belum berumur 15 tahun. Manakala orang-orang safih ialah orang yang tidak matang yang mana tidak mampu mengurus agama dan dunianya kerana bersifat membazir dan tidak kisah ditipu oleh orang lain dalam urusan muamalat yang merugikan. (al-Khin, al-Bugha 1992:250, Zulkifli 2013:652). Tambahan pula, Hailani dan Sanep (2011:61) menyatakan bahawa para fuqaha’ menjelaskan bahawa bodoh sebagai tidak pandai menguruskan harta dengan sepatutnya Pendapat disisi Mazhab Syafie (2001:458) di dalam kitab al-Umm menyatakan bahawa tidak sah sebarang akad yang dilakukan oleh kanak-kanak dan orang bodoh (safih) dalam urusan muamalat seperti jualbeli, gadaian dan sebagainya. Setiap penjaga wajib menguruskan harta bagi pihak mereka untuk menjaga maslahah (kepentingan) hartanya. Sehubungan itu, Zulkifli ( 2013 :652,654,663) menyatakan bahawa kanak-kanak perlu kepada keizinan wali bagi melaksanakan sebarang urusan berkaitan harta dan ianya harus dilakukan dihadapan serta dibawah seliaan wali seperti dalam hal bayaran zakat. Al-Zuhaylī (2014:1112) pula mencadangkan penyelesaian bagi halangan ini adalah dengan cara wali melaksanakan akad bagi kanak-kanak tersebut. Adapun, halangan ini berakhir dengan syarat mereka memiliki dua sifat iaitu baligh dan matang. Manakala al-Nawawi (2003:411) menjelaskan bahawa hilangnya halangan kepada kanak-kanak adalah dengan sampainya tahap baligh dan cerdik. Namun ada dikalangan mereka yang mengatakan bahawa memadai sampainya tahap baligh. Pendapat kedua ini mengkhususkan kanak-kanak sebagai penghalang utama dan inilah yang lebih utama kerana kanak-kanak adalah sebab kepada halangan untuk bermuamalat. Begitu juga, jika seorang yang baligh tetapi sifatnya membazir, maka dia 109
dianggap sebagai safih (tidak cerdik) dan ianya terhalang kerana sifat safihnya bukan kerana ianya kanak-kanak. Adapun, al-Zuhaylī (2004,j1:167) menyatakan bahawa Mazhab Hanafi berpendapat keadaan kanak-kanak dalam kedudukan ahliyyah Al-Adā’ al-naqisah boleh membelanjakan hartanya kepada perkara yang bermanfaat dan menguntungkan tetapi ditegah dalam perkara yang merugikan. Namun dalam keadaan yang tidak pasti untung ruginya, maka disyaratkan dengan keizinan wali. Ianya juga disokong oleh al-Nasafi (2011:571). Sekiranya ianya baligh dan tidak cerdik, maka janganlah diserahkan hartanya sehingga berumur 25 tahun. Ini kerana manusia kadang kala tidak bebas dari sifat safih dan tegahan ini sebagai memberi pengajaran dan hukuman kepadanya kerana cuai mengurus harta. Akan tetapi, sekiranya melewati umur 25 tahun, kecerdikan dalam mengurus harta tetap tidak dimilikinya, maka tiada gunanya halangan dan pengajaran tersebut. (al-Zuhaylī 2013:102). Oleh yang demikian, al-Quduri (2005:204) menukilkan bahawa Abu Hanifah berpendapat tiada halangan kepada orang safih jika ianya baligh, berakal dan merdeka serta harus baginya mengurus hartanya. Pendapat Mazhab Hanbali yang dinukilkan oleh Ibnu Qudamah (1997:595) bahawa jangan diserahkan harta kepada kanak-kanak sehingga wujudnya dua perkara iaitu baligh dan cerdik. Oleh yang demikian, sekiranya ianya tidak cerdik maka terhalang baginya untuk mengurus hartanya walaupun sehingga ianya tua. (al-Qudamah 1994:111). Al-Baghdadi (t.t :1171) menukilkan dari Mazhab Maliki bahawa terhalang kanakkanak dari mengurus hartanya sehingga ia baligh dan cerdik. Adapun sekiranya kanak-kanak yang telah baligh tetapi memilik sifat safih, ,maka ia tetap terhalang dari mengurus hartanya demi menjaga kemaslahatan harta tersebut. Kesimpulannya, Mazhab Syafie , Hanbali dan Maliki berpendapat bahawa kanakkanak terhalang dari mengurus hartanya dan akadnya tidak sah sehingga ia baligh, berakal dan cerdik untuk menjaga kemaslahatan hartanya. Terdapat juga cadangan penyelesaian dengan aqad urusan tersebut dilakukan oleh walinya atau aqad dilakukan oleh kanak-kanak tetapi dengan keizinan serta pengawasan yang ketat oleh walinya. Sekiranya mereka baligh tetapi tidak cerdik atau safih, maka mereka tetap terhalang dari mengurus hartanya. Manakala Imam Hanafi berpendapat bahawa kanak-kanak boleh membelanjakan hartanya pada perkara yang menguntungkan tetapi ditegah pada perkaran yang merugikan. Bagi perkara yang tiada 110
kepastian untung dan ruginya, maka ia perlu kepada keizinan wali. Oleh yang demikian, setiap mazhab mempunyai alasan dan hujjah tersendiri bagi menguatkan pendapatnya untuk menjaga kemaslahatan harta dan pemilik harta tersebut. Al-Ḥajr (Halangan) Yang Menyebabkan Hilang Kelayakan Untuk Membelanjakan Harta Ahliyyah atau kelayakan yang diperbahaskan sebelumnya menunjukkan bahawa syariat Islam itu terpakai kepada golongan-golongan tertentu yang mencukupi syarat-syarat kelayakan terutamanya kepada ahliyyah al-wujub al-kamilah dan ahliyyah al-adā’ al-kamilah. Oleh itu, setiap orang baligh dan berakal sudah memiliki kelayakan yang sempurna untuk melakukan segala akad dan membelanjakan harta (taṣarruf al-māl). Walaubagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang boleh menghalang seseorang itu dari melakukan sesuatu akad berkaitan perbelanjaan harta atau mengurusnya. Hailani dan Sanep (2011:60) menyatakan bahawa halangan ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu halangan semulajadi (al-cawarid al-samawiyyah) dan halangan disebabkan daripada manusia (al-cawarid al-muktasabah). Halangan semulajadi adalah halangan yang terjadi dengan kehendak Allah SWT semata-mata tanpa disebabkan oleh manusia seperti gila, sakit, terencat akal, dan tidur atau pitam dan sebagainya. Manakala halangan disebabkan daripada manusia adalah segala halangan yang dilakukan oleh manusia dengan pilihannya sendiri seperti paksaan, kebodohan (al-safih) atau mabuk. (al-Zuhaylī
1984:127 &
2004.j1:168). Oleh yang demikian, beberapa halangan tersebut menjadi isu kepada kelayakan keanggotaan koperasi sekolah menurut perspektif Islam. Namun begitu, perbincangan mengenai halangan-halangan dari kelayakan mengurus harta atau berakad ini, pengkaji hanya membahaskan perkara yang berkaitan isu keanggotaan pelajar pendidikan khas sahaja iaitu: i.
Gila Hailani dan Sanep (2011:60) dan al-Zuhayli (1984:127, 2004.j1:169) menyatakan bahawa gila adalah sejenis penyakit atau kecacatan akal yang boleh menyebabkan segala tindakan yang dilakukan oleh sesorang itu tidak betul dan tidak seperti orang yang baik akal fikirannya. Gila terbahagi kepada dua iaitu gila sejak dilahirkan dan gila yang berlaku kepada seseorang setelah dilahirkan dalam keadaan waras akalnya. 111
Kedua golongan ini ditegah daripada melakukan akad dan membelanjakan harta termasuk mengurusnya samada ianya dibenarkan oleh walinya atau tidak. Oleh yang demikian, seseorang yang gila ditegah dari membelanjakan harta termasuk mengurus hartanya kerana ianya boleh membahawa kepada kemudharatan harta iaitu kerugian. ii.
Terencat Akal (catah) Hailani dan Sanep (2011:61) al-Zuhayli (1984:128, 2004:j1.170) menjelaskan iaitu terencat akal merupakan suatu penyakit akal yang boleh menyebabkan seseorang itu kurang daya faham, tidak betul percakapannya dan tidak tahu mengurus diri sendiri. Ianye terbahagi kepada dua iaitu terncat akal yang serius dan terencat akal yang tidak serius. Terencat akal yang serius adalah orang yang mengalami akan kehilangan daya sedar dan daya faham sama sekali. Ianya disamakan seperti keadaan orang gila. Namun terencat akal yang tidak serius adalah orang yang mengalami masih mempunyai daya sedar dan dapat membezakan antara suatu perkara dengan perkara yang lain. Adapun daya sedarnya tidak seperti orang normal. Orang yang terencat akal tidak serius memiliki kelayakan untuk melaksanakan secara tidak sempurna seperti kanak-kanak yang mumayyiz. Segala kewajipan yang sepatutnya dipertanggungjawabkan kepadanya tidak wajib dilaksanakan seperti solat, puasa dan sebagainya. Namun, segala hak dan kewajipan yang boleh dilakukan oleh orang lain sebagai ganti masih tetap wajib dilaknakan. Begitu juga dengan urusan yang menguntungkan baginya dianggap sah, manakala yang merugikannya pula dianggap tidak saha. Manakala dalam urusan yang berisiko untung atau rugi, ianya perlu mendapat keizinan walinya atu penjaganya terlebih dahulu. (Hailani & Sanep 2011:61, al-Zuhaylī 1984:128, 2004:j1.170)
iii.
Bodoh (al-safih) Zulkifli (2013:648) menyatakan bahawa bodoh adalah orang yang tidak bijak menggunakan harta dan menggunakannya bukan pada tempat yang sepatutnya. Para fuqaha’ mmentakrifkan bodoh (al-safih) sebagai tidak pandai mengurus harta dengan sepatutnya sesuai dengan kehendak syarak dan akal. Dalam hal ini, jumhur fuqaha’ 112
selain daripada Zahiriyyah bersetuju bahawa seorang yang telah baligh, tetapi bodoh tidak boleh diserahkan harta kepadanya. Sementara fuqaha’ Zahiriyyah pula berpendapat, seseorang yang baligh dan berakal boleh diserahkan harta kepadanya kerana bagi mereka cerdik ertinya seorang yang baligh dab berakal. Berdasarkan pandangan ini, setiap orang baligh dan berakal dianggap cerdik. Manakala berbeza dengan pendapat jumhur bahawa cerdik adalah bijak atau pandai mengurus harta. Maka ia bermaksud tidak semua orang yang baligh dan berakal itu pandai mengurus hartanya, walaupun setiap orang yang cerdik itu berakal. (Al-Zuhayli 1984:129, Hailani & Sanep 2011 :62-63). Al-Jazairi (2013, j3: 1240-1245) menyatakan bahawa larangan pembelanjaan harta bagi orang bodoh adalah seperti larangan pembelanjaan harta bagi anak-anak dan orang gila. Hasil dari perbahasan tersebut, jelas bahawa jumhur ulamak dari kalangan Maliki, Syafie, dan Hanbali berpendapat bahawa orang safih terhalang dari mengurus hartanya dan akadnya tidak sah sehingga ia cerdik untuk menjaga kemaslahatan hartanya kecuali dengan izin walinya. Walaupun mereka mencapai umur baligh tetapi sifat safih itu masih wujud pada dirinya, maka mereka tetap tertegah dari mengurus hartanya. Manakala Imam Hanafi berpendapat bahawa orang yang sudah baligh tetapi masih dengan sifat safihnya, maka dibenarkan untuk memberi hak bagi mengurus hartanya apabila sampai umurnya 25 tahun kerana disisi beliau penangguhan ini adalah bertujuan pendidikan. Adapun jika pendidikan melalui penangguhan ini gagal sehingga usianya 25 tahun, maka tiada gunanya penangguhan tersebut dan serahkanlah harta tersebut kepadanya. Olwh yang demikian, seorang yang bodoh dalam mengurus harta juga boleh dikategorikan sebagai seorang yang mumayyiz dalam mengurus hartanya dimana perlu kepada keizinan wali bagi menjaga kemaslahatan harta untuk mengelak daripada dibelanjakan kearah yang tidak sepatutnya dan merugikannya. Kesimpulan Berdasarkan perbahasan dalam bab ini, jelas bahawa Islam memartabatkan keadilan bagi sekelian manusia dimana ianya dapat dilihat bahawa tidak ada bebanan taklif kepada orang yang belum atau tidak layak memikulnya. Kelayakan seseorang untuk menanggung taklif 113
adalah berdasarkan kemampuan dan perkembangan fizikal dan mental seseorang itu. Kesempurnaan akal yang bersesuaian dengan usianya menjadi salah satu justifikasi kelayakan seseorang untuk menerima beban taklif bagi dirinya. Oleh yang demikian, memahami prinsip al-ahliyyah, al-ḥajr dan syarat-syarat seorang yang berakad adalah satu perbincangan penting untuk membahaskan berkaitan keharusan pelajar pendidikan khas dalam membelanjakan harta. Kesimpulannya, ketiga aspek ini iaitu al-ahliyyah, al-ḥajr dan syarat orang berakad, menjadi prinsip utama untuk membincangkan berkaitan pesoalan kajian mengenai hukum keanggotaan pelajar pendidikan khas masalah pembelajaran dalam koperasi sekolah.
PERBINCANGAN DAN HASIL KAJIAN Keprihatinan KPM terhadap golongan pelajar pendidikan khas untuk mendapatkan pendidikan yang sewajarnya dan bersesuaian dengan mereka adalah satu tindakan yang bijak bagi menjamin kebajikan mereka seperti insan normal lain. Golongan pelajar masalah pembelajaran adalah kumpulan yang dominan berbanding kumpulan pelajar masalah pendengaran dan masalah penglihatan. Malah kumpulan ini terdiri dari pelbagai kategori khas seperti masalah autisme, masalah lembam, masalah terlalu aktif dan sebagainya yang memerlukan kepelbagaian bentuk pendidikan yang sesuai untuk mereka. Kajian mendapati bahawa gerakan koperasi sekolah melatih anggotanya sifat kepimpinan. Justeru ia juga bersesuaian untuk mereka belajar menjadi usahawan. Bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat, kajian dan temubual dilakukan di sekolah pendidikan khas yang mempunyai koperasi sekolah seperti Sekolah Menengah Air Baloi Pontian, Sek Men Pendidikan Khas Vokasional Kuantan Pahang dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasioanl Indahpura, Johor. Akta Koperasi 1993 (Akta 502) menyatakan bahawa golongan tidak upaya mental dilarang daripada menyertai keanggotaan koperasi. Menerusi temubual bersama Dr. Hayati (2016) mentafsirkan bahawa tidak upaya mental adalah orang gila dimana ianya perlu kepada pengesahan pakar perubatan. Pengesahan pakar perubatan penting untuk membuktikan masalah mental mereka kerana mereka yang menganggotai koperasi layak menjadi ALK. Justeru, keupayaan mental untuk mengurus koperasi sangat penting bagi memajukan koperasi. Adapun dalam konteks pelajar masalah pembelajaran, mereka tidak dikategorikan sebagai 114
tidak upaya mental atau gila kerana pelajar ini adalah pelajar yang mempunyai masalah mental yang tidak serius. Tambahan pula, proses pengambilan pelajar pendidikan khas melalui satu tapisan pakar perubatan dan tapisan kelayakan oleh institusi pendidikan bagi mengenal pasti kelayakan mereka untuk mendapatkan pendidikan di sekolah tersebut. Pada asasnya, seseorang yang ingin bertaṣarruf dengan mal seharusnya mempunyai kelayakan dari sudut ahliyyah samaada ahliyyah al-wujub kamilah dan ahliyyah Al-Adā’ kamilah. Inilah yang telah dibahaskan dalam bab sebelumnya yang menjadi prinsip asas kepada perbincangan ini. Ianya bertujuan menjaga maslahah dan kebajikan pemilik harta dari tertipu dan dizalimi hartanya hingga mengakibatkan kerugian. Begitulah sempurnanya agama dalam memelihara kebajikan ummatnya. Namun begitu, terdapat beberapa perkara lain yang boleh menghalang seseorang dari bertaṣarruf dengan harta iaitu disebabkan gila, terencat akal (‘atah) dan bodoh (safih). (al-Zuhayli 1984:127, 2004 j1:168). Hailani dan Sanep (2011:60) dan al-Zuhayli (1984:127, 2004.j1:169) menyatakan bahawa gila adalah sejenis penyakit atau kecacatan akal yang boleh menyebabkan segala tindakan yang dilakukan oleh sesorang itu tidak betul dan tidak seperti orang yang baik akal fikirannya. Oleh yang demikian, seorang yang gila ditegah dari mengurus dan membelanjakan hartanya samada dengan keizinan wali atau tidak. Ianya bertepatan dengan Akta Koperasi 1993, bahagian IV perkara 27 (a) iaitu hilang kelayakan untuk menjadi anggota jika dia tak uapaya dari segi mental. Hailani dan Sanep (2011:61) al-Zuhayli (1984:128, 2004:j1.170) menjelaskan iaitu c
atah (terencat akal) merupakan suatu penyakit akal yang boleh menyebabkan seseorang itu
kurang daya faham, tidak betul percakapannya dan tidak tahu mengurus diri sendiri. Ianya terbahagi kepada dua iaitu terncat akal yang serius dan terencat akal yang tidak serius. Terencat akal yang serius diumpamakan seperti orang yang gila dan terencat akal yang tidak serius diumpamakan seperti orang yang belum baligh (mumayyiz), tidak matang daya pemikirannya dan daya sedar pemikirannya tidak seperti orang normal lain yang seusia dengannya. Orang yang terencat akal yang tidak serius memiliki ahliyyah Al-Adā’ naqisah seperti kanak-kanak yang mumaiyyiz. Berkaitan bertaṣarruf dengan harta, dalam urusan yang menguntungkan baginya dianggap sah, manakala yang merugikannya pula dianggap tidak sah. Adapun, dalam urusan yang berisiko untung atau rugi, ianya perlu mendapat keizinan
115
walinya atu penjaganya terlebih dahulu. (Hailani & Sanep 2011:61, al-Zuhaylī 1984:128,2004.j1.170) Golongan safih adalah orang yang belum matang akalnya iaitu orang yang tidak bijak menggunakan harta dan menggunakannya bukan pada tempat yang sepatutnya (Zulkifli 2013:648). Walaupun umurnya sudah melebihi umur kebiasaan baligh tetapi sifat dalam menggunakan harta tidak matang sehingga menyebabkan pembaziran dan kerugian. Jumhur ulamak dari kalangan Syafie, Hanbali dan Maliki berpendapat bahawa orang safih terhalang dari mengurus hartanya dan akadnya tidak sah sehingga ia cerdik untuk menjaga kemaslahatan hartanya kecuali dengan izin walinya walaupun mereka sudah baligh. Manakala Imam Hanafi berpendapat bahawa orang yang sudah baligh tetapi masih dengan sifat safihnya, maka dibenarkan untuk memberi hak bagi mengurus hartanya apabila sampai umurnya 25 tahun kerana disisi beliau penangguhan ini adalah bertujuan pendidikan. Adapun jika pendidikan melalui penangguhan ini gagal sehingga usianya 25 tahun, maka tiada gunanya penangguhan tersebut dan serahkanlah harta tersebut kepadanya. Persoalan kajian yang berkaitan keanggotaan pelajar pendidikan khas masalah pembelajaran telah mendorong pengkaji untuk menemubual beberapa orang guru yang mentadbir koperasi yang melibatkan pelajar pendidikan khas masalah pembelajaran. Koperasi sekolah yang terlibat dalam kajian adalah:
Koperasi Intergrasi Pendidikan Khas Pontian Berhad.
Koperasi S.M. Pendidikan Khas Vokasional Kuantan Berhad
Koperasi SMPK Vokasional Indahpura kulai Berhad Temubual separa struktur bersama guru pentadbir koperasi tersebut dilakukan untuk
melihat peranan, halangan, kebaikan dalam keanggotaan pelajar masalah pembelajaran dalam gerakan koperasi sekolah mereka. Berdasarkan temubual yang dijalankan di ketiga-tiga sekolah berkenaan, beberapa hasil dapatan yang boleh dirumuskan bahawa:
Pelajar pendidikan khas masalah pembelajaran tidak tergolong dalam Akta 502 yang
menghalang orang tidak upaya mental untuk menganggotai koperasi sekolah kerana golongan yang dimaksudkan dalam akta tersebut juga adalah golongan yang tidak dibenarkan untuk sekolah malah mereka adalah golongan yang harus mendapatkan rawatan psikologi di 116
hospital. Namun, golongan pelajar yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah dari golongan yang mempunyai masalah terencat akal tidak serius (catah) dan sebahagiannya safih (cuai dalam mengurus harta).
Keanggotaan pelajar pendidikan khas masalah pembelajaran dalam koperasi sekolah
memberi pengalaman dan pembelajaran yang baik kepada mereka dalam membentuk kecenderungan mereka kearah keusahawanan dan melatih mereka untuk hidup berdikari tanpa bergantung kepada orang lain dalam menghadapi cabaran hidup.
Keanggotaan kumpulan pelajar ini mendapat sambutan yang baik dari ibubapa yang
percaya bahawa aktiviti berkoperasi memberi manfaat kepada anak-anak mereka. Adapun, proses pendaftaran sebagai anggota adalah seperti biasa dimana perlu kepada pengisian borang dan pembayaran yuran atau syer yang ditetapkan.
Berdasarkan borang keanggotaan, Koperasi SMPK Vokasional Kuantan Berhad
menyediakan ruang kebenaran ibubapa sebagai bukti persetujuan kebenaran kepada anak mereka untuk menyertai koperasi sekolah. Manakala dua koperasi lain yang ditinjau tidak menyediakan ruangan tersebut.
Ketiga-tiga
koperasi
sekolah
melibatkan
pelajar
pendidikan
khas
masalah
pembelajaran dalam mengurus dan mentadbir koperasi melalui penjawatan ALK dengan kerjasama dan bimbingan guru. Adapun, kesemua guru yang ditemubual menyatakan bahawa perlantikan ALK adalah atas cadangan dan pemilihan berdasarkan pemerhatian guru terhadap kebolehan pelajar tersebut dalam mengurus koperasi sekolah. Ini kerana, kepelbagaian ciri masalah pembelajaran dan kebolehan mereka memerlukan kepada kriteria yang ditetapkan oleh guru agar perlantikan mereka sebagi ALK dapat menyumbang kepada kemajuan koperasi tersebut.
Penglibatan mereka dalam mengurus koperasi seperti menyusun atur, mengemas,
menjual, mengira stok dan sebagainya bergantung kepada arahan guru mereka. Mereka juga terlibat dalam mesyuarat ALK dalam memberi maklum balas dan cadangan untuk menambahbaik kemajuan koperasi. Namun, hakikatnya segala keputusan dibuat oleh ALK dengan persetujuan oleh guru mereka.
Berdasarkan temubual dan pengalaman guru koperasi berkenaan, beberapa peristiwa
yang berlaku melibatkan pelajar pendidikan khas masalah pembelajaran yang mengakibatkan kerugian. Adapun, punca kepada kerugian adalah kelalaian pembimbing atau pemantau kerana segala aktiviti yang melibatkan mereka adalah dibawah pemantauan ibubapa atau guru. 117
Adapun, dalam konteks sekolah pendidikan khas, golongan pelajar masalah
pembelajaran adalah golongan majoriti berbanding golongan masalah lain seperti masalah pendengaran dan masalah penglihatan. Justeru, penglibatan mereka dalam ALK lebih aktif berbanding yang lain kerana terdapat juga pelajar yang “high funtion” yang boleh terlibat dalam gerakan koperasi secara optimum. Berdasarkan perbincangan prinsip al-ahliyyah di atas, difahami bahawa seorang yang mempunyai masalah mental yang dikategorikan dalam pelajar pendidikan khas masalah pembelajaran adalah berkemungkinan untuk digolongkan dalam al-ahliyyah al-ada’ alnaqisah kerana sifat kekurangan fungsi akal mereka menghalang untuk mereka menjadi seorang yang berfikiran normal setelah baligh. Namun begitu, ianya tidak bersifat pasti kerana berkemungkinan juga mereka yang digolong dalam kumpulan matang dalam membuat keputusan. Maka, pemerhatian dan penilaian oleh wali atau guru tentang keupayaan mental mereka penting dalam menilai pelajar berkenaan. Apatah lagi, dalam proses pemilihan keanggotaan koperasi dan pemilihan Ahli Lembaga Koperasi seharusnya dipilih dari kalangan yang paling matang pemikirannya dikalangan mereka yang tidak normal. Oleh yang demikian, sekiranya penilaian dan pemerhatian oleh guru mendapati kelemahan akal yang menunjukkan mereka tidak matang, maka mereka ditegah dari mengurus dan membelanjakan harta disisi jumhur ulama’ Maliki, Syafie dan Hanbali kerana mereka mensyaratkan seorang yang layak bertasarruf dengan harta adalah seorang yang baligh, berakal dan rusyd(bijak). Seorang yang baligh tetapi kurang berakal dan tidak bijak dalam mengurus harta dilarang bertasarruf dengan hartanya. Adapun, disisi Mazhab Hanafi ianya diharuskan dalam perkara yang memberi manfaat baginya, dilarang dalam perkara yang memudharatkan hartanya dan dibenarkan dengan izin wali bagi perkara yang tidak pasti untung ruginya. Namun, sekiranya ia beumur 25 tahun dan tetapi memiliki sifat tidak bijak dalam mengurus hartanya, maka ia dibenarkan untuk mengurus sendiri hartanya kerana tahanan sebelumnya dalah bersifat pendidikan baginya. Inilah pendapat disisi Mazhab Hanafi. Walaubagaimana pun, ulamakulamak dalam kitab-kitab kebelakangan ini berpendapat bahawa mereka dibenarkan bertasarruf dengan harta mereka dengan syarat keizinan dari wali mereka. Justeru, pengkaji berpendapat bahawa pelajar pendidikan khas masalah pembelajaran yang lemah mentalnya harus menyertai koperasi sekolah kerana wujud maslahah baginya dengan syarat mendapat keizinan walinya kerana gerakan koperasi terdedah kepada untung dan risiko kerugian.
118
Pengkaji juga berpendapat bahawa kaedah lain selain penyertaan dengan keiziznan ibubapa adalah dengan konsep hibah ibubapa dalam yuran koperasi sekolah kepada anak mereka. Ianya boleh ditakyīfkan dengan kaedah fiqh al-cibratu fi al-cuqud li al-maqasid wa al-macani iaitu apa yang dipegang dalam akad itu ialah maksud dan makna. Ab. Latif dan Rosmawati (2000:51) menjelaskan bahawa apabila sesuatu akad itu berlaku yang mana terdapat padanya perbezaan diantara niat atau maksud orang yang melakukannya dengan lafaz atau apa yang diucapkannya, maka yang dikira sebagai suatu akad adalah maksudnya selagi maksudnya itu dapat diketahui. Tambahan pula al-Jauziyyah (1421H:242) menjelaskan bahawa sesungguhnya maksud dan niat diiktiraf dalam segala akad dan urusan dan ianya memberi kesan kepada sahnya akad dan terbatalnya, serta dalam hal halal dan haramnya. Oleh yang demikian, amalan yang disandarkan kepada kaedah fiqh tersebut berlaku dalam situasi berikut dimana apabila ibubapa membayar yuran untuk anak mereka menyertai koperasi sekolah maka pada hakikatnya ibubapa telah menghibahkan jumlah bayaran tersebut kepada anaknya untuk mereka menjadi anggota yang sah dalam kopersi sehinggan mereka layak untuk mendapat manfaat dan keuntungan daripadanya. Justeru, pelajar pendidikan khas masalah pembelajaran terkecuali dari tafsiran Akta 502 yang menghalang golongan tidak upaya mental untuk menganggotai koperasi sekolah. Justeru, pengkaji melihat kemaslahatan yang wujud ini harus menjadi dasar kepada keharusan mereka untuk menjadi anggota koperasi sekolah secara sah menurut syarak dan Akta 502 dengan beberapa syarat yang telah ditetapkan bagi mengelak kemudharatan. Antara syarat tersebut adalah:
Pelajar pendidikan khas masalah pembelajaran mestilah mendapat kebenaran ibubapa
dalam menyertai keanggotaan koperasi agar ianya dibawah makluman dan pemantauan ibubapa sebagai wali mereka.
Kebenaran ibubapa hendaklah dizahirkan dalam bentuk dokumen atau borang
keanggotaan koperasi kerana itulah yang disarankan dalam Islam bagi mengelak masalah dikemudian hari. Inilah yang dijelaskan oleh Dr. Sabri dan Dr. Zaini (2016) dalam temubual bersamanya berkaitan kajian ini. Adapun, beliau menambah bahawa dalam urusan yang remeh, mereka dibenarkan untuk bertaṣarruf dengan mal kerana ianya dianggap curuf atau sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan masyarakat kita seperti urusan membeli makanan di kantin dan sebagainya. Ia juga disokongn oleh pakar lain yang ditemubual oleh pengkaji. 119
Segala kegiatan dan keputusan yang melibatkan untung dan rugi hendaklah dibawah
seliaan dan pemantau guru koperasi. Ini berdasarkan pengalaman kecuaian dalam pemantauan boleh mengakibatkan kerugian kerana golongan pelajar ini sememangnya memerlukan pemantaun yang maksimum dari orang yang normal. Justeru, membantu dan menjaga kebajikan orang kelainan upaya ini adalah tanggungjawab masyarakat bagi memudahkan urusan kehidupan mereka. Urusan kehidupan mereka harus dibantu dan dimudahkan kerana kaedah fiqh menjelaskan “al-mashaqqah tajlibu al-taysir” iaitu kesulitan menyebabkan kemudahan. Oleh itu, kesulitan yang dihadapi oleh mereka yang menghadapi masalah kekurangan dari segi mental perlu dibantu dan dipermudahkan terutamanya dalam hal-hal yang uruf yang biasa bagi mereka iaitu yang tidak menimbulkan masalah dan isu yang bersar bagi mereka dan orang lain. Kesimpulan Anggota koperasi sekolah memberi impak yang besar kepada pergerakan koperasi sekolah terutamanya dalam aspek sumbangan modal untuk melaksanakan perniagaan. Maka, perjalanan koperasi sekolah bergantung kepada jumlah anggota yang ramai dari kalangan pelajar. Adapun, prinsip keanggotaan itu harus bertepatan denganprinsip-prinsip Islam. Berdasarkan perbicangan diatas, keanggotaan pelajar pendidikan khas masalah pembelajaran sebagai anggota koperasi adalah diharuskan disisi syarak dengan syarat ianya dengan pengetahuan dan keizinan walinya. Ia juga boleh menjadi anggota dengan kaedah yuran sebagai hibah dari ibubapa kepadanya dan akad dilakukan oleh ibubapa. Tambahan pula, kos yuran yang rendah boleh dikategorikan sebagai perkara yang remeh walaupun berhadapan dengan risiko kerugian yang sangat kecil. Namun, nilai pendidikan melalui pengalaman perniagaan itu memberi manfaat dan pengajaran yang besar kepada anggotanya walaupun pengalaman kerugian dalam perniagaan yang itu juga dianggap sebagai ilmu pengetahuan. Adapun, hujjah yang lebih kukuh adalah pengurusan perniagaan koperasi tersebut tidaklah diurus oleh mereka sendiri melainkan diurus ahli lembaga koperasi (ALK) yang dilantik melalui undian anggotanya dari kalangan yang mahir dan berketerampilan dalam pengurusan perniagaan. Justeru, risiko kerugian dan kegagalan adalah bukan atas dasar keanggotaan pelajar belum baligh atau safih, tetapi bergantung kepada kecekapan tadbir urus ahli lembaga itu sendiri. Oleh yang demikian, perbincangan dan perbahasan di atas harus difahami dan ianya boleh dijadikan rujukan dan panduan bagi mengemaskini sistem pengurusan koperasi 120
sekolah khususnya dalam pengurusan keanggotaan koperasi agar ianya bertepatan dengan prinsip-prinsip Islam. Seterusnya semua pihak menanam satu cita-cita untuk menjadikan koperasi sekolah sebagai koperasi patuh syariah dari pelbagai sudut terutamanya dari aspek keanggotaannya.
RUJUKAN Al-Quran Ab. Latif B. Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin. 2000. Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn Bhd. Abi Daud, Sulaiman Bin Al-Asy’ath Al-Azdie Al-Sajistani. 2009. Sunan Abi Daud. Jil. 6. Damsyiq: Dar Al-Risalah Al-Alamiyyah. Abu Zahrah, Muhammad. T.t. ‘Usul Fiqh. Dar Al-Fikr Al-Arabi. Al-Baghdadi, Abdul wahab. T.t. Al-Maunah Ala Mazhab Alim Al-Madinah Li Al-Imam Malik Bin Anas. Hamish Abdul Haq. Jil 2. Makkah: Al-Maktabah Al-Tijariah. Al-Jauziyyah, Ibn Al-Qayyim. 1421H. Al-Qawacid Al-Fiqhiyyah Li Al-cAllamah Ibn Qayyim Al-Jauziyyah. Abi Abdul Rahman Abdul Majid Jumcah Al-Jaza’ri, Al-Syeikh Bakr bin Abdullah Abu Zaid. Mesri: Dar Ibn Affan. Al-Jazairi, Syaikh Abdul Rahman. 2013. Fiqh 4 Mazhab. Juz. 1, 2 & 3. Terj. Perniagaan Jahabersa.
Johor:
Al-Mālbariy, Zainuddin Bin Abdul Aziz. 2008. Fathul Mucin. Terj. Johor : Perniagaan Jahabersa. Ibn Qudamah, Al-Maqdisi, 1994. Al-Kafi Fi Fiqh Al-Imam Ahmad Bin Hanbal. Muhammad Faris, Mus’ad Abdul Hamid Al-Sa’dani. Jil. 3. Beirut: Dar AL-Kutub AL-Ilmiah. Ibn Qudamah, Al-Maqdisi. 1997. Al-Mughni. Abdullah Bin Abdul Muhsin, Abdul Fatah Muhammad. Jil 6. Riyadh: Dar Alim Al-kutub. Al-Nasafi, Abdullah Bin Ahmad. 2011. Kanzu Al-Daqa’iq Fi Al-Fiqh Al-Hanafi. Said Bakdash. Madinah: Dar Al-Siraj. Al-Sobuni, Muhammad Ali. 1999. Sofwah Al-Tafasir. Jil. 1. Beirut: Dar Al-Kutub Al-Ilmiah. 121
Al-Syafice, Muhammad Bin Idris. 2001. Al-Umm. Rif’at Fauzi Abdul Muttalib. Jil 4. Mansurah : Dar Al-Wafa’. Al-Tabari. 1994. Tafsir Al-Tabari. Basyar Awwad Makruf, Ussam Faris Al-Harsatan. Jil 2. Muassasah Al-Risalah. Al-Zuhaylī, Wahbah. 2004. Usul Al-Fiqh Al-Islami. Jil. 1. Damsyik: Dar Al-Fikr. Al-Zuhaylī, Wahbah. 2013. Kaedah Usul Fiqh. Muhammad Ammar Adly. Selangor: Pustaka Al-Ehsan. Al-Zuhaylī , Muhammad Mustafa. 2014. Al-Muktamad Fi Al-Fiqh Al-Syafice. Terj. Azhar Yahya, Zulqarnain Dollah, Fadilah Yaacob & DZ Al-bakri Group. Jil. 5. Kuala Lumpur: Jamiah Dakwah Al-Islamiah. Anon 2005. Akta Koperasi 1993 (akta 502) & Peraturan-Peraturan. Selangor International Law Book Services. Badran, Abu Al-Ainain Badran. t.th. Tarikh Al-Fiqh Al-Islami Wa Nazariyyah Al-Milkiyyah Wal uqud. Beirut. Dar Al-Nahdhah Al-Arabiah. Hailani Muji Tahir, Sanep Ahmad. 2011. Aplikasi Fiqh Muamalat Dalam Sistem Kewangan Islam. Shah Alam: Pusat Penerbitan UITM. Hasan, Kahlid Ramadhan. T.t. Mukjam Usul Al-Fiqh. Dar Al-Tarabisyi Lil Dirasah AlInsaniah. Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia, Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia Mengenai Pembangunan Koperasi Sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia. T.th. Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia, Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia Mengenai Pembangunan Koperasi Sekolah. Khallaf, Abdul Wahhab. T.t. Ilmu Usul Al-Fiqh. Kaherah: Maktabah Al-Dakwah Al-Islamiah Syabab Al-Azhar. Lembaga Penyelidikan Undang-Undang. 2005. Akta Koperasi 1993 (akta 502) & PeraturanPeraturan. Selangor: International Law Book Services. Malaysia. 2013. Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013. Warta Kerajaan Persekutua PU(A) 230. 122
Sabiq, Said. 1999. Fiqh Al-Sunnah. Jil.3. Kaherah: Dar Al-Fatah. Zaidan, Abdul Karim. T.t. Al-Wajiz Fi Usul Al-Fiqh. Kaherah: Dar Al-Tauzik Wa Al-Nasyr Al-Islamiah. Zulkifli Al-Bakri. 2013. Fiqh Al-Manhaji; Wasiat Dan Jenayah Dalam Fiqh Al-Syafie. Selangor: Darul Syakir Ent.
Temubual: Mohamad Sabri bin Haron.2016. Keanggotaan Pelajar Dalam Koperasi Sekolah Menurut Perspektif Islam. Bangi. Temubual. Ahmad Dahlan bin Salleh. .2016. Keanggotaan Pelajar Dalam Koperasi Sekolah Menurut Perspektif Islam. Bangi. Temubual. 29 Julai. Mohammad Zaini Yahaya. .2016. Keanggotaan Pelajar Dalam Koperasi Sekolah Menurut Perspektif Islam. Bangi. Temubual. 28 Julai. Haslena Binti Abdul Aziz. 2016. Keanggotaan pelajar Pendidikan Khas Dalam Koperasi Sekolah. Pontian. 13 Jun. Zalita Binti A. Jamal. 2016. Keanggotaan pelajar Pendidikan Khas Dalam Koperasi Sekolah. Kuantan.17 Jun. Norfarhana. 2016. Keanggotaan pelajar Pendidikan Khas Dalam Koperasi Sekolah. Johor. 22 Jun. Hayati Binti Md. Salleh. Undang-undang Koperasi. Batu Pahat. 27 Julai.
Rujukan Internet: www.skm.gov.my www.angkasa.coop/ www.mkm.edu.my (20 Oktober 2015)
123