HOW TO REPLACE CPU (LAB 2) PENGENALAN
Di dalam laporan makmal
ini, kita akan mempelajari tentang pemasangan komponen
komputer. Melakukan pemasangan komponen komputer memerlukan kemahiran dan latihan yang berterusan untuk menjadikan kita mahir. Selain daripada itu, kemahiran meleraikan atau menanggalkan komponen komputer juga penting bertujuan untuk melakukan ‘cleaning’, iaitu pembersihan dan menaik taraf ‘upgrade’ komponen-komponen yang lama dengan yang baru, atau juga memeriksa dan membaiki komponen yang rosak atau mengalami gangguan. Untuk menjalankan langkah-langkah peleraian dan pemasangan komputer ini kita perlulah melakukan persediaan seperti menyediakan peralatan yang sesuai untuk digunakan, contohnya, toolkit atau toolbox, memakai pakaian yang sesuai. Selain itu juga, kita hendaklah mematuhi peraturan dan mementingkan keselamatan diri seperti memastikan tempat yang sesuai untuk melakukan aktiviti kerja pemasangan dan peleraian komponen komputer ini. Contohnya, pastikan kawasan kerja tidak berselerak, jauh daripada sebarang cecair dan kelembapan (terutamanya air), elakkan daripada kawasan kerja terdedah kepada haba dan sinaran matahari, dan pelbagai lagi. Ini untuk mengelakkan risiko berlakunya kemalangan dan kerosakan komponen komputer. Kemahiran peleraian dan pemasangan ini dapat melatih kita untuk melakukannya sendiri dan tanpa menghantarnya ke kedai-kedai komputer yang menyediakan perkhidmatan servis. Secara tidak langsung kita dapat menjimatkan kos. Selain itu juga, kita dapat memanjangkan hayat komputer kita dengan selalu dan kerap melakukan kerja-kerja pembersihan dengan memastikan dalaman dan luaran komputer sentiasa dalam keadaan baik dan bersih. Oleh itu, kemahiran peleraian dan pemasangan komponen komputer adalah sangat penting supaya kerja-kerja pembersihan juga dapat dijalankan.
1
Disediakan Oleh: Nor Azlan Bin Jamaludin ( DX100188DCJ04)
HOW TO REPLACE CPU (LAB 2)
OBJEKTIF Proses pemasangan komputer membolehkan kita mendapatkan pengetahuan dan fahaman yang lebih mendalam tentang apa yang tersembunyi di dalam kotak logam yang dinamakan komputer itu.Selain itu ia dapat membina pengetahuan, kemahiran dan keyakinan pelajar untuk menjalankan kerja penyenggaraan, baikpulih mudah dan naiktaraf system komputer bila perlu dan ini untuk jangka panjang akan menjimatkan perbelanjaan.Oleh itu, akan menjadi pengguna yang berpengetahuan dan bijaksana berkaitan pemilihan dan pembelian barangan IT. Selain itu, ia juga dapat menyediakan kita dengan kemahiran yang sangat diperlukan dalam pasaran kerja.
2
Disediakan Oleh: Nor Azlan Bin Jamaludin ( DX100188DCJ04)
HOW TO REPLACE CPU (LAB 2) Berikut ialah langkah-langkah yang dilaksanakan :1. → Pastikan suis ditutup dan wayar bekalan kuasa(power supply) dicabut.
→ Perumah(casing) pada PC dibuka dan dikeluarkan.
3
Disediakan Oleh: Nor Azlan Bin Jamaludin ( DX100188DCJ04)
HOW TO REPLACE CPU (LAB 2)
2. → Cabut kabel kipas CPU dari papan induk(motherboard).
→ Keluarkan tab saluran kipas CPU.
4
Disediakan Oleh: Nor Azlan Bin Jamaludin ( DX100188DCJ04)
HOW TO REPLACE CPU (LAB 2)
3. → Keluarkan kipas CPU.Longgarkan mana-mana tuil atau klip pada kipas CPU.
5
Disediakan Oleh: Nor Azlan Bin Jamaludin ( DX100188DCJ04)
HOW TO REPLACE CPU (LAB 2)
4. → Keluarkan CPU dari soket.
6
Disediakan Oleh: Nor Azlan Bin Jamaludin ( DX100188DCJ04)
HOW TO REPLACE CPU (LAB 2)
MEMASANG CPU
5. → Padankan CPU ke soket. Terdapat satu sudut yang berbeza.Gunakan sudut ini untuk menyelaraskan pin pada CPU dengan lubang soket.
→ Masukkan CPU ke dalam soket.Sapukan gris termal di atas CPU.
7
Disediakan Oleh: Nor Azlan Bin Jamaludin ( DX100188DCJ04)
HOW TO REPLACE CPU (LAB 2)
6. →Tekan tuil CPU ke soket.Pastikan CPU dikunci dengan baik.
7. →Pasang semula kabel,kipas dan saluran kipas CPU.
8
Disediakan Oleh: Nor Azlan Bin Jamaludin ( DX100188DCJ04)
HOW TO REPLACE CPU (LAB 2)
→ Pasang semula perumah(casing) PC.
→ Akhir sekali pasang semula wayar bekalan kuasa(power supply).Hidupkan suis komputer dan uji komputer samada berfungsi ataupun tidak CPU yang dipasang tadi.
9
Disediakan Oleh: Nor Azlan Bin Jamaludin ( DX100188DCJ04)
HOW TO REPLACE CPU (LAB 2)
KESIMPULAN Secara keseluruhannya kita dapat mengetahui komponen-komponen yang terlibat dalam pemasangan komputer dan cara memasang semua komponen-komponen komputer dengan cara yang betul. Selain itu, Setelah mempelajari dan mempraktikkan langkah-langkah peleraian dan pemasangan komponen-komponen komputer, kita akan dapat membiasakan diri dengan komponenkomponen komputer dan memudahkan kita untuk meleraikan dan memasangnya sendiri. Selain dapat memeriksa, membaik pulih, membaiki, atau menaik taraf komponen, kita dapat memantau keadaan komponen komputer dalam sistem unit kita. Disamping itu juga, secara tidak langsung kita dapat membersihkan (cleaning) sebagai langkah berjaga-jaga, penyeliaan, atau penjagaan dan sebagai pengujian (testing) yang sistematik dan berjadual supaya kita dapat memastikan komputer kita sentiasa dalam keadaan bersih dan baik untuk mengelakkan sebarang kerosakan dan memanjangkan jangka hayat komputer. Latihan ini juga melatih kita untuk sentiasa bersedia jika berlakunya sebarang kerosakan. Aspek keselamatan juga sangat dititik beratkan dalam latihan ini. Ini kerana computer melibatkan penggunaan voltan elektrik, iaitu kita terdedah akan bahaya renjatan elektrik. Oleh itu, sentiasalah mematuhi peraturan keselamatan iaitu memakai pakaian yang sesuai, menggunakan peralatan yang betul, dan patuhi langkah-langkah dan gerak kerja yang betul.
10
Disediakan Oleh: Nor Azlan Bin Jamaludin ( DX100188DCJ04)