TAFSIRAN AYAT 12, 13 &14 Dalam Ayat-ayat 12 hingga 14, Allah menyebut tentang Al-Qur’an serta tajuk-tajuk dakwah secara amnya, serta menceritakan tentang gelagat, tabiat semulajadi dan sifat-sifat buruk manusia, yang memerlukan perhatian dan hidayah dari Nya melalui Islam. Ayat-ayat ini khusus menekankan penolakan kumpulan musyrikin terhadap Rasulullah, dakwah baginda dan terhadap Al-Qur’an itu sendiri. Mereka membuat pertuduhan bahawa Al-Qur’an itu adalah ciptaan dan tulisan baginda dan mempertikaikan kebenarannya. Oleh kerana Rasulullah rasa bertanggungjawab dan komited untuk menukarkan kekufuran kaumnya dengan keimanan, tentangan hebat yang diterimanya dari kumpulan musyrikin ini, menyebabkan baginda rasa amat tertekan sehinggakan dadanya terasa sempit. Firman Allah:
GsHeM¬I' õ IäI…= HÝI¢£PéƒFGy GßMÃGšIý PQçGŠÂHñ£G› G×M·G… = HsIe£G† GßR¾G·G¾G• > KßG¾G› ôHäG·G› GY£P郉MyG} K¯ÀG˜IäMÃG¾G“ GuI¯MœH} PéêMÂGš CZÂHšÂHºGñwG} (12)
KáÃI˜Gy AY MåG& INáH˜Qéçé¾G“ HäR¾šOZ Gy > D®ñIGœ GÍMœG} P£G¿RœIý
AÍQéƒñ G®G¥M¹H› õ IäI¾ƒM¦IN›AeGÂH"I®M²G·I…CZÂH†MÆG• Má–H ÷ HäQ‚G®G¥M•OZ GwÂHšÂHºGñ MvG} (13)
GãÃI–I¬Qéƒ' âH¥MÀH˜wIý IäR¾šOZIwyHc MãIN› âH¥M·GµG¥M"OZIãG› CZÂH“McOZ Gy
IäR¾šOZ IâM¾I·I… GuI¯œH} £G¿RœG} CZ PÂH¿G¾M“O£G• MâH¼Gš CZÂH¤ƒMÃI¨G¥M±Gñ MâRšIǃG• (14)
GwÂH¿I¾± M S› âH¥œG} MáGÁG• ÷ GÂH„ RêIý GäQ郚Iý PêR wG} Gy
Mafhumnya: Takkanlah engkau wahai Muhammad sanggup untuk meninggalkan dan tidak menyampaikan sebahagian dari wahyu-wahyu yang diturunkan pada engkau akibat dari rasa sempit dada kerana penolakan orang-orang yang engkar itu terhadap dakwahmu? 1
Yang berkata: “Mengapa tidak diturunkan kepada Muhammad perbendaharaan harta benda yang banyak atau didatangkan bersama-samanya para malaikat untuk membantunya berdakwah?” Wahai Muhammad, sesungguhnya engkau hanya seorang Rasul, membawa amaran kepada orang-orang kufur engkar, dan sebenarnya Allah saja sebagai Pentadbir yang menguruskan tiap-tiap sesuatu dan berserahlah kepada Nya (12). Bukan itu sahaja kata-kata mereka, bahkan mereka membuat tuduhan liar mengatakan: “Dialah Muhammad yang merekacipta Al-Qur’an itu!”. Jawablah pada mereka: “Jika tuduhan sedemikian rupa kamu buat terhadapku, maka aku mencabar kamu semua mengadakan surah Al-Qur’an buatan sebanyak 10 surah, setanding dengan Al-Qur’an, dan panggillah sesiapa saja yang kamu sanggup memanggilnya, asalkan bukan dari Allah, jika betul benar tuduhan kamu itu!” (13). Jika mereka (iaitu orang-orang yang kamu panggil itu) tidak dapat membantu melaksanakan permintaan kamu (untuk menyediakan 10 surah berlainan tersebut), maka yakini dan ketahuilah bahawa Al-Qur’an itu sebenarnya diturunkan dengan Ilmu Allah serta pengetahuan Nya. Dan HANYA Dia sahajalah yang BERHAK disembah, tidak yang lainnya. Setelah terbuktinya hakikat itu, maka tidak mahukah lagi kamu mengakui Islam itu dan mengikut segala peraturannya? (14).
Huraian:
GsHeM¬I' õ IäI…= HÝI¢£PéƒFGy GßMÃGšIý PQçGŠÂHñ£G› G×M·G… = HsIe£G† GßR¾G·G¾G• Takkanlah engkau wahai Muhammad sanggup untuk meninggalkan sebahagian dari wahyu-wahyu yang telah diturunkan pada engkau akibat dari rasa ‘sempit dada’ kerana penolakan orang-orang yang engkar terhadap dakwahmu itu!
2
Perkataan
RáG·Gš dalam ayat ini lebih kepada pertanyaan menyindir yang
memberi maksud “tidak, tidak sekali-kali!”. Ertinya: Engkau tidak, tidak sekali-kali sanggup meninggalkan penerusan dakwahmu itu walau pun penolakan terjadi dari kaum musyrikin, yang kadang-kadang menghimpit perasaan kamu dan sempit dada kamu memikirnya. Di antara dakwah-dakwah Rasulullah yang menghiris dada dan perasaan orang musyrikin, yang menyebabkan mereka menolak dakwah baginda ialah: a) Dakwah yang mentauhidkan Allah. b) Dakwah yang menegah kepada syirik terhadap Allah. c) Dakwah yang menekankan balasan pedih di Akhirat nanti. d) Dakwah tentang adanya hidup semula selepas mati. e) Dakwah tentang kewujudan Neraka dan seksaannya. Semuanya ini menjauhkan mereka dari dakwah Rasulullah dan sekaligus menyempitkan dada baginda untuk menyampaikan dakwahnya itu kepada mereka. Ibnu Kathir mentafsirkan ayat ini dengan menyatakan bahawa: Allah cuba menghiburkan Rasulnya yang sedang menghadapi tekanan dari musyrikin yang mendesaknya untuk: 1. mengemukakan harta material, seperti khazanah harta benda dari Allah, untuk kepentingan mereka, atau 2. menunjukkan adanya para malaikat bersama-samanya semasa menyampaikan dakwah bagi memperkuatkan kepercayaan mereka pada dakwahnya, dengan melapangkan dadanya dan memberinya petunjuk supaya dia tidak merasai tekanan yang ada itu. Jadi takkanlah permintaan mereka yang unik itu melemahkan Rasulullah untuk tidak meneruskan dakwahnya? Seolah-olah Allah menghiburkan baginda dengan menyatakan bahawa Rasul-rasul Nya yang terdahulu pun dikemukakan dengan permintaan yang sama, tetapi…… mereka boleh terus bersabar dan meneruskan dakwah mereka.
3
> KßG¾G› ôHäG·G› GY£P郉MyG} K¯ÀG˜IäMÃG¾G“ GuI¯MœH} PéêMÂGš CZÂHšÂHºGñ wG} Kata mereka: “Mengapa Allah tidak menurunkan kepada Muhammad perbendaharaan harta yang banyak, atau mengapa juga tidak didatangkan bersama-sama baginda akan para malaikat?” Harta yang banyak dari perbendaharaan Allah akan memberi mereka kekayaan. Kekayaan yang tidak perlu bersusah payah dan mungkin dengan itu segarlah mereka untuk menerima dakwah Muhammad. Musyrikin yang tamakkan harta dunia dan dari sekumpulan lain pula mahukan bukti dakwah Muhammad ini adalah dari Allah dengan cara meminta didatangkan para malaikat bersama baginda semasa beliau berdakwah. Permintaan yang sama pernah diminta oleh musyrikin dari nabi-nabi sebelum Muhammad. Adakah saranan dan permintaan begini akan melemahkan Rasulullah untuk meneruskan dakwahnya? Tidak dan tidak sama sekali boleh berlaku. Pujukan Allah kepada Muhammad: “Pedulikan mereka dan permintaan mereka. Itu bukan urusanmu wahai Muhammad. Semua urusan itu adalah urusan pentadbiran Ku dan teruskanlah dakwah kamu!” Firman Allah:
KáÃI˜Gy AY MåG& INáH˜ Qéçé¾G“ HäR¾šOZ Gy > D®ñIGœ GÍMœG} P£G¿RœIý Kerana sesungguhnya, engkau hanyalah seorang Rasul yang memberi amaran azab pedih kepada orang-orang yang engkar kufur itu. Dan Allah jualah Pentadbir yang menguruskan tiap-tiap sesuatu. (Maka berserahlah diri engkau pada Allah). Dengan ayat ini, maka Rasulullah tidak perlu merasa terhimpit dan sesak dada kerana keengganan mereka menerima dakwahnya atau permintaan-permintaan mereka yang bukan-bukan itu. Yang kufur engkar tetap engkar. Mereka membuat tuduhan lain yang serius dengan mengatakan Muhammadlah yang mencipta Al-Qur’an dan kemudian menggunakan nama Allah untuk meneruskan kerja dakwahnya.
4
Firman Allah:
AÍQéƒñ G®G¥M¹H› õ IäI¾ƒM¦IN› AeGÂH" I®M²G·I… CZÂH†MÆG• Má–H ÷ HäQ‚G®G¥M•OZ GwÂHšÂHºGñ MvG} GãÃI–I¬Qéƒ' âH¥MÀH˜wIý IäR¾šOZ IwyHc MãIN› âH¥M·GµG¥M"OZ IãG› CZÂH“McOZ Gy Bukan itu saja kata-kata mereka, bahkan mereka menuduh dengan berkata: “Dialah Muhammad yang merekacipta Al-Qur’an itu!” Maka jawablah pada mereka wahai Muhammad: “(Jika demikianlah tuduhan kamu maka) Cubalah buat serta wujudkanlah sepuluh surah-surah rekaan kamu yang setanding dengan Al-Qur’an itu! Dan panggillah sesiapa saja yang sanggup kamu memanggilnya, jika betul kamu orang-orang yang benar dalam tuduhan itu” (13). Bolehkah mereka pula, yang terpaksa memenuhi permintaan Rasulullah itu menyediakan 10 surah ciptaan mereka sendiri dengan dibantu oleh pakar-pakar bahasa yang mahir dalam ehwal persuratan dari kalangan mereka? Pasti mereka akan gagal berbuat demikian kerana KALAM Allah tidak mungkin menyerupai kalam-kalam makhluk Nya. Al-Qur’an adalah kalam Allah dan tidak akan ada yang dapat menyamainya. Al-Qur’an yang disertai dengan mukjizatnya tidak akan dapat disediakan, ditiru atau direka menyerupainya. Samada 10 surah rekaan atau satu surah rekaan, mereka tidak akan dapat mencipta surah-surah yang menyamai Al-Qur’an itu dari segala segi. Kalam makhluk Allah tidak akan sama dengan kalam Allah.
IäR¾šOZ IâM¾I·I… GuI¯œH} £G¿RœG} CZ PÂH¿G¾M“O£G• MâH¼Gš CZÂH¤ƒMÃI¨G¥M±Gñ MâRšIǃG• GwÂH¿I¾M±S› âH¥œG} MáGÁG• ÷ GÂH„ RêIý GäQ郚Iý PêR wG} Gy Mafhumnya: Oleh itu jika kamu dan penolong-penolong kamu tidak dapat melaksanakan permintaan itu untuk mengadakan 10 surah-surah rekaan menyamai Al-Qur’an, maka ketahuilah bahawa Al-Qur’an itu diturunkan dengan ilmu Allah, dan bahawasanya Tuhan yang berhak disembah ialah Allah sahaja. Setelah terbukti hakikat demikian, maka adakah kamu semua masih tidak mahu mengakui Islam dan melaksanakan semua peraturannya? 5
Dalam kata lain, jika mereka tidak dapat menyediakan 10 surah rekaan mereka yang menyamai Al-Qur’an itu dan membuktikan pada kamu dan kepada orang-orang mukmin yang lain, atas tuduhan yang Muhammadlah yang merekacipta Al-Qur’an itu, dan terbuktinya kelemahan mereka untuk mempertahankan tuduhan itu walaupun menerima pertolongan dari ahli bahasa dari kalangan mereka, maka insaflah dan ketahuilah bahawa Al-Qur’an itu adalah kalam Allah yang diturunkan kepada Muhammad saw mengikut ilmu Allah. Ilmu Allah adalah berlainan dari ilmu manusia dan ini meyakinkan orang-orang yang beriman untuk terus bersama Islam dan Rasulullah. SURAH-SURAH YANG DISEDIAKAN MESTILAH MEMPUNYAI SIFAT-SIFAT DAN MEMENUHI KRITERIA-KRITERIA BERIKUT: a)
Ada syariat di dalamnya. Mestilah menuju ke arah perkembangan pembangunan siasah, hukum-hukum, hikmah-hikmah, nasihat, adab, termasuk adanya peristiwa-peristiwa lalu yang ghaib dan perkara yang bakal terjadi di masa akan datang.
b)
Mempunyai bahasa dan gaya bahasa yang cemerlang, balaghahnya yang mencuit fikiran dan hati, penuh kefasihan yang boleh menggerakkan zuq (jiwa) dan pendengaran.
c)
Sentuhan yang baik ke atas jiwa raga dan roh dengan hikmah hidayahnya, termasuk ulangan-ulangan yang memberi nafas baru kepada pembacanya.
d)
Mempunyai mukjizat yang dapat mempersonakan pembacanya dan tinggi mutu ilmunya.
MEREKA KECEWA TIDAK DAPAT MENYEDIAKANNYA DAN KESAL KERANA: a)
Mereka lalai meneliti isi Al-Qur’an sebenar yang mempunyai mukjizat.
b)
Tidak mengkaji terlebih dahulu Al-Qur’an sebelum menuduh, di mana Al-Qur’an itu mempunyai kaedah-kaedah kesusasteraan, hukum-hakam dan ilmu yang tinggi mutunya.
c)
Gagal meneliti makna ayat-ayat Al-Qur’an yang hanya dijelaskan dengan ibarat-ibarat yang berbagai, yang mencakupi balaghah yang tertinggi dalam bahasa.
d)
Gagal merasai uslub (jalan, cara atau seni) Al-Qur’an dan kekuatan keberkesanannya memasuki hati pendengar. 6
APAKAH SEPATUTNYA MEREKA BUAT? a)
Mengakui bahawa Al-Qur’an itu diturunkan oleh Allah kepada Muhammad melalui Jibril as mengikut ILMU Allah, yang Maha Mengetahui apa yang sepatutnya disampaikan oleh Muhammad kepada Ummah beliau.
b)
Mengakui ilmu yang ada di dalam Al-Qur’an itu adalah ilmu Allah dan bukan ilmu manusia atau ciptaan Muhammad.
c)
Mengakui Allah dan beriman dengan Nya. Dia adalah AL-HAQ, Maha Mengetahui apa yang kita tidak ketahui dan segalanya adalah di bawah taqdir Nya.
d)
Mengakui, menerima dan mendekatkan diri dengan Allah, memeluk Islam dan beriman dengan Nya.
e)
Beriktikad dan berpegang teguh dengan akidah Allah, melaksanakan semua suruhan Nya, meninggalkan semua larangan Nya dan tunduk pada hukum-hukum Nya.
7