IDA152
01/03/2013
PENDAHULUAN 2
FAEDAH PEMBELAJARAN
BAB 3 SUMBANGAN PERADABAN ISLAM KEPADA PERADABAN DUNIA II Maruwiah Ahmat
IDA 152 – ISLAM DAN PERADABAN
3.2 KEMASYARAKATAN 3
Memaparkan sumbangan keintelektualan Islam kepada peradaban dunia. Menghuraikan sumbangan peradaban Islam dalam aspek kemasyarakatan.
KANDUNGAN
3.1 3.2 3.3 3.4
Keintelektualan Kemasyarakatan Pentadbiran dan kenegaraan Sains dan teknologi
3.2 KEMASYARAKATAN 4
Hak Anggota Masyarakat dan Kebebasan Bersuara
PEMBELAAN KE ATAS WANITA
PEMBELAAN DAN PEMBERIAN HAK KE ATAS GOLONGAN PEKERJA
HAK ANGGOTA MASYARAKAT DAN KEBEBASAN BERSUARA
SOSIOLOGI MASYARAKAT
3.2 KEMASYARAKATAN KEMASYARAKATAN 3.2
3.2 KEMASYARAKATAN 5
Islam menjamin kebebasan manusia kerana dalam Islam tiada sebarang paksaan walaupun dalam soal agama. Sebagai contohnya, Islam memberikan kebebasan berfikir dan bersuara tanpa mengganggu kepentingan orang lain, memberi kebebasan bekerja untuk keperluan manusia.
6
Begitu juga Islam mengiktiraf perbezaan warna kulit dan bangsa secara menyeluruh. Mereka diberi hak yang sama sebagai rakyat dalam negara Islam untuk mendapat keadilan melalui kebebasan walaupun mereka tidak menganut agama Islam. Orang yang bukan Islam turut dipelihara hak peribadirinya, harta bendanya dan maruahnya dalam perkara yang tidak menjejaskan kepentingan umat Islam dan penganutnya.
MARUWIAH AHMAT
Pembelaan ke atas Wanita Islam merupakan satu-satunya agama yang memberi pembelaan dan perlindungan penuh kepada kaum wanita. Dalam masyarakat Babylon, jika suami membunuh seseorang, maka isterinya dihukum mati menggantikan tempatnya. Masyarakat Greek pula menganggap wanita lebih rendah nilainya daripada lelaki. Pelacuran pula adalah amalan biasa di setiap peringkat dalam masyarakat Greek dan Rom. Masyarakat Mesir kuno pula menganggap wanita adalah lambang syaitan.
1
IDA152
01/03/2013
3.2 KEMASYARAKATAN 7
3.2 KEMASYARAKATAN KEMASYARAKATAN 8
3.2 KEMASYARAKATAN 9
Masyarakat Arab pula mewarisi tradisi membunuh anak perempuan hidup-hidup kerana membawa sial. Masyarakat Hindu adalah lebih dahsyat lagi. Mereka membakar seorang isteri bersama dengan mayat suaminya. Keadaan ini mula berubah apabila Nabi Muhammad SAW diutuskan menjadi Rasul. Wanita telah diberikan hak yang sewajarnya dan tidak boleh diperlakukan sesuka hati.
3.2 KEMASYARAKATAN 10
Hak-hak Wanita dalam Islam
Hak untuk berkahwin
Hak kerohanian dan keilmuan
“Syurga di bawah telapak kaki ibu.”
Hak berekonomi
Hak berpolitik
Hak undangundang
“Daripada Abu Hurairah r.a.: Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang mempunyai dua isteri, lalu dia condong (berat sebelah) kepada salah seorang melebihi yang lain, maka dia datang pada hari kiamat dalam keadaan bahunya senget.”
Hak sivil
Dari Abu Hurairah R.A. ia berkata: “seorang laki-laki datang, menemui Rasullah SAW, kemudian berkata: “Wahai Rosulullah, siapakan orang yang wajib aku perlakukan dengan baik?” baginda menjawab: “Ibumu.” Ia bertanya: “lalu siapa?”. Beliau menjawab: “Ibumu”. Ia bertanya : “lalu siapa?”. Baginda menjawab: “Ibumu”. Ia bertanya lagi: “Kemudian siapa lagi?”. Kemudian Rasul menjawab: “Ayahmu”.
Hak mendapat pendidikan
3.2 KEMASYARAKATAN 11
3.2 KEMASYARAKATAN 12
Pembelaan dan Pemberian Hak ke atas Golongan Pekerja…. Islam menghubungkan majikan dan pekerja dengan ikatan persaudaraan. Mereka diwajibkan untuk memelihara hubungan tersebut dengan menjalankan amanah dengan sebaik mungkin. Hubungan baik antara majikan dan pekerja dalam sesuatu organisasi memberikan kesan yang cukup besar dalam pengembangan organisasi di samping menyumbang kepada suasana harmoni, aman dan persaudaraan dalam organisasi.
MARUWIAH AHMAT
Bentuk hubungan positif majikan dan pekerja: 1. Majikan bertanggungjawab melayan buruh (pemberian upah dan gaji yang berpatutan dan tepat pada masanya, elaun, cuti dan sebagainya). 2. Pekerja bertanggungjawab bekerja bersungguh-sungguh.
2
IDA152
01/03/2013
3.2 KEMASYARAKATAN 13
3.2 KEMASYARAKATAN 14
Tanggungjawab Majikan 1. Majikan tidak harus membebani pekerja dengan sesuatu kerja yang memang tidak mampu dilaksanakan oleh pekerja tersebut. 2. Majikan seharusnya sentiasa mengutamakan kebajikan kepada pekerja. 3. Ganjaran dan dorongan perlu diberikan kepada pekerja setimpal dengan kerja yang dilakukan.
Matlamat akhir dari kehidupan insan menurut Islam ialah mencapai al-falah (kemenangan) dan al-sa’adah (kebahagiaan) di dunia dan akhirat. Oleh yang demikian baik majikan atau pekerja mestilah sentiasa bertakwa kepada Allah. Perasaan takwa merupakan tali pengikat antara kedua-dua pihak yang boleh melahirkan sifat belas kasihan, adil, jujur dan amanah. Dalam hal hubungan majikan pekerja ini Nabi Muhammad saw. bersabda yang bermaksud: “Orang yang bekerja untukmu adalah saudaramu. Allah telah mentakdirkan mereka bekerja di bawahmu.” (Riwayat al-Bukhari dan Tirmizi)
3.2 KEMASYARAKATAN 15
3.2 KEMASYARAKATAN 16
Maulana Manazir Ahsan Gilani, seorang ulama abad ke-20 telah menganalisis hadis tersebut dan membuat beberapa peraturan berhubung dengan undang-undang pekerjaan dalam Islam iaitu: 1. Majikan dan pekerja mestilah menganggap mereka sebagai bersaudara. Persaudaraan Islam ini mestilah wujud pada setiap tahap. 2. Majikan dan pekerja adalah setaraf sekurang-kurangnya dalam keperluan asasi. Pekerja patut memperolehi apa yang dimakan oleh majikan dan pakaian seperti apa yang dipakai oleh majikan. 3. Masa dan tempoh kerja mestilah dalam batas kemampuan manusia. 4. Sekiranya jenis pekerjaan itu sukar dilakukan oleh pekerja, ini tidaklah bermakna pekerjaan itu mesti ditinggalkan atau pekerja dipaksa melakukan pekerjaan tersebut tanpa mengira akibatnya. Ia perlulah mengikut persetujuan bersama dan pekerja hendaklah diberikan semua bentuk pertolongan dan bantuan.
Hadis Nabi Muhammad SAW: Orang yang bekerja di bawahmu adalah saudaramu. Orang yang bekerja di bawah anda sebenarnya diizinkan Allah mengikut perintahmu. Seorang yang mengambil saudaranya sebagai pekerja wajib memberikannya makanan dari apa yang mereka makan dan memberikan pakaian dari apa kamu pakai. Dan para pekerja tidak harus dibebankan dengan tugas-tugas di luar kemampuan mereka. Jika anda telah memberikan tugas berat maka hendaklah anda menolong mereka.” (Riwayat al-Bukhari)
3.3 PENTADBIRAN DAN KENEGARAAN 17
3.3 PENTADBIRAN DAN KENEGARAAN 18
PERLANTIKAN WAKIL KHALIFAH DALAM URUSAN KEWANGAN DAN PENTADBIRAN Dalam sejarah pemerintahan Islam, para khalifah telah memberi kepercayaan dan mewakilkan para pegawai kerajaan untuk menjalankan urusan pentadbiran dan kewangan negara. Namun para pegawai ini akan dipantau dari semasa ke semasa supaya tidak berlaku pecah amanah dan kecuaian dalam pentadbiran.
MARUWIAH AHMAT
3
IDA152
01/03/2013
3.2 KEMASYARAKATAN
3.3 PENTADBIRAN DAN KENEGARAAN
19
20
Menggunakan Pendekatan Islam Dalam Menyatupadukan Masyarakat Sebelum kewujudan Islam, bangsa Arab merupakan bangsa yang berpecah-belah dan saling berperang antara satu sama lain. Islam berjaya menyatukan pelbagai kaum dan suku bangsa Arab yang berlainan di bawah satu ummah yang padu buat pertama kalinya dalam sejarah Semenanjung Tanah Arab. Malah Islam berjaya menyatupadukan bukan sahaja bangsa Arab malahan pelbagai masyarakat dan kaum, pelbagai warna kulit dan kebudayaan di bawah satu institusi sosial yang berorientasikan tauhid, persamaan dan nilai moral.
Umar al-Khattab begitu tegas dan ketat dalam urusan kewangan negara, beliau juga amat ketat dalam meneliti pendapatan dan harta setiap gabenor dan pegawainya. Setiap pegawai yang dilantik akan diminta melakukan deklarasi harta, dan peningkatan hartanya akan disemak dengan begitu kerap. Jika peningkatan berlaku, Umar r.a akan mengambil separuh untuk Baitul Mal dan dalam beberapa keadaan Umar r.a mengambil semuanya. Selain itu, Umar r.a turut melakukan lawatan mengejut ke rumah pegawainya bagi memastikan tiada pertambahan harta secara syubhah.
3.3 PENTADBIRAN DAN KENEGARAAN 21
Aktiviti Pengukuhan 22
MELAKSANAKAN DASAR PINTU TERBUKA
1.
Dasar pintu terbuka merupakan antara ajaran Islam. Islam menerima dan mengalu-alukan penganut agama lain untuk mendalami Islam dan tidak pernah memaksa penganut agama lain untuk memeluk agama Islam. Begitu juga, amalan-amalan atau adat-adat yang diamalkan sebelum Islam boleh diteruskan selagi mana tidak bercanggah dengan syariat Islam.
2.
3. 4. 5.
3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI 23
Apakah perbezaan layanan wanita bagi agama Islam dan Hindu? Mengapakah ibu mendapat kelebihan berbanding bapa? Apakah keistimewaan wanita ketika perang? Apakah hak-hak pekerja? Apakah kepentingan harta seseorang pegawai dinilai tafsir terlebih dahulu?
3.4 SAINS DAN TEKNOLOGI 24
Teknologi Pengairan
Teknologi Pelayaran
Sains dan Teknologi
Penciptaan Alatan Perubatan
MARUWIAH AHMAT
Teknologi Pertanian
Teknologi pengairan Salah satu pencapaian penting dalam sektor pertanian masyarakat muslim ialah pengenalan sistem pengairan tanaman yang dikenali sebagai naurah (kincir air). Teknologi ini dikatakan berasal dari wilayah Parsi. Mesin ini juga bergerak dengan menggunakan tenaga manusia dan haiwan seperti keldai dan unta untuk menimba air dari dalam telaga.
4
IDA152
01/03/2013
3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI 25
3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI 26
(Ibn al-Jazari)
Rajah mesin penjanaan kuasa hidro air dari The Book of Knowledge of Ingenious Mechanical Devices oleh alJazari dalam 1206
3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI 27
Abu al-'Iz Ibn Isma‘il ibn al-Razaz al-Jazari (11361206) adalah seorang ilmuwan dari al-Jazira, Mesopotamia. Penulis Kitáb fí ma'rifat alhiyal al-handasiyya (Buku Pengetahuan Ilmu Mekanik) tahun 1206, di mana dia menjelaskan lima puluh peralatan mekanik.
3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI 28
“Kitab al-Hiyal Fil Jam Bainal ilm Wal Amal” tentang pertautan antara ilmu dan amali menerangkan tentang ilmu mekanikal. Al-Jazari mendapat gelaran Bapa Kejuruteraan Moden kerana kajiannya menjadi asas kepada perkembangan teknologi industri.
Jam lilin al-Jazari menggunakan kaedah bandul bayonet untuk kali pertama pada 1206.
Pam air al-Jazari menjana hidro elektrik
3.4 SAINS DAN TEKNOLOGI 29
3.4 SAINS DAN TEKNOLOGI 30
Teknologi pertanian Pencapaian cemerlang masyarakat Muslim dalam sektor pertanian khususnya di Andalus didorong oleh penguasaan teknologi di beberapa bidang yang antaranya sistem pengairan, sistem penanaman dan penyuburan tanah, sistem penyimpanan dan pengawetan hasil pertanian dan pengenalan beberapa spesis tanaman baru. Lahir beberapa tokoh botani yang mengkaji tentang kepelbagaian tumbuh-tumbuhan.
MARUWIAH AHMAT
Kincir angin adalah mesin yang menukar kuasa angin kepada tenaga putaran melalui bilah yang dikenali sebagai layar kincir angin atau kipas. Pada asalnya kincir angin dibangunkan bagi mengisar bijiran bagi penghasilan makanan. Sepanjang sejarah kincir angin telah diterima untuk banyak kegunaan pengilangan lain. Salah satu kegunaan penting adalah bagi mengepam air. Kincir angin yang digunakan bagi menjana eletrik biasanya dikenali sebagai turbin angin.
5
IDA152
01/03/2013
3.4 SAINS DAN TEKNOLOGI 31
3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI 32
Kincir angin pertama dibina di dunia Islam dan diperkenalkan di Eropah melalui Andalus.
3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI 33
Ibn al-Baitar - Abu Muhammad Abdallah Ibn Ahmad Ibn al-Baitar Dhiya al-Din al-Malaqi adalah seorang saintis terulung Muslim Sepanyol. Beliau dilahirkan di Malaga pada akhir kurun ke-12. Beliau merupakan seorang ahli botani dan farmasi yang terkenal pada zaman pertengahan. Beliau belajar ilmu botani daripada Abu al-Abbas al-Nabati. Perkara pertama yang dilakukannya ialah mengumpul tumbuh-tumbuhan dari seluruh Sepanyol. Pada tahun 1219, beliau mengembara ke benua Afrika untuk menjalankan kerja-kerja mengumpul tumbuh-tumbuhan. Pengembaraan itu menjangkau sehingga ke benua Asia Kecil. Antara tempat-tempat yang beliau singgah dan lawati ialah Bugia, Constantinople, Tunis, Tripoli, Barqa and Adalia.
3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI 34
Teknologi Pelayaran Dalam teknologi perkapalan, jurutera-jurutera Islam telah membina kapal dagang dan kapal laut. Dengan kemajuan orang Islam dalam bidang astronomi, teknologi pelayaran telah dapat membawa pedagang-pedagang dan pendakwahpendakwah Islam ke seluruh pelusuk dunia seperti China ke sebelah Timur dan hingga ke England dan Ireland di sebelah barat.
3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI 35
Abu Abdullah Muhammad Ibn Battuta (1304 - 1369) merupakan seorang Barbar dari Magribi. Beliau merupakan cendiakawan dan ulama Mazhab Maliki, dan kadangkalanya berkhidmat sebagai hakim. Namun beliau tersohor sebagai penjelajah dan pengembara dan menulis mengenai pengembaraanya selama hampir 30 tahun merangkumi lebih kurang 117,000 km.
3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI 36
Pengembaraannya selama 28 tahun itu telah diceritakan oleh Muhammad ibn Juzay seorang setiausaha kepada Sultan Abi Anan di Fars untuk direkodkan. Rekod pengembaraannya itu dikenali sebagai Rihlah ibn Battutah. Kitab ini tamat ditulis pada 1357 M. Kitab ini telah menarik perhatian sarjana-sarjana sejarah di seluruh dunia dan telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa termasuklah bahasa Portugis, Perancis, Inggeris dan Jerman.
MARUWIAH AHMAT
Ia telah diterjemahkan ke bahasa Perancis oleh sarjana Barat antara tahun 1879-1893, manakala H. A. R. Gibb meringkaskannya ke bahasa Inggeris pada tahun 1929. Catatannya itu adalah merupakan satu daripada sumber sejarah abad pertengahan yang penting bagi pelbagai aspek bagi negara-negara yang dilawatinya, baik dari segi agama, sosial, politik, kebudayaan mahupun lainnya dapat ditemui dalam rekod pengembaraannya. Bagi negeri-negeri Afrika Barat, sumber sejarahnya banyak bergantung kepada catatan itu. Demikian juga berhubung dengan kedudukan dan perkembangan agama Islam di beberapa negara termasuklah di Asia Tenggara, China dan lain-lain.
6
IDA152
01/03/2013
3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI 37
3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI 38
Penjelajahannya meliputi daerah yang sekarang merupakan Afrika Barat hingga ke Pakistan, India, Maldives, Sri Lanka, Asia Tenggara dan China, jarak yang jauh lebih hebat dari Marco Polo yang hidup hampir seera dengan beliau.
Laluan perjalan an Ibn Battutah dan Marco Polo
Ibn Battuta di Mesir, imej pd sepotong logam abad ke-19 oleh Léon Benett
3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI 39
3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI 40
Ibn Battuta telah membuat lawatan ringkas ke bandar Parsi-Mongol Tabriz pada 1327.
Kapal layar telah direka cipta oleh pelayar Muslim sewaktu kegemilan gan kerajaan Islam Andalus pada abad ke-13. Ia digunakan oleh Portugis dan Sepanyol secara meluas kemudiannya.
Ibn Battuta tiba di bandar pelabuhan China Quanzhou, juga dikenali sebagai Zaytun.
3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI 41
Astrolab universal bebaslatitud direka oleh Abu Ishq Ibrahim alZarqali (Arzachel) di Andalusia sekitar 1015. Gambar ini adalah dari buatan Parsi pada abad ke-18. Pada abad ke-10, alSufi menjelaskan 1,000 ketas kegunaan berlainan pada sebuah astrolab, termasuk kira waktu.
MARUWIAH AHMAT
3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI 42
Ringkasan Pengenalan gambaran peta dari 1154 atlas dunia al-Idrisi.
7
IDA152
01/03/2013
3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI 43
3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI 44
Penciptaan Alatan Perubatan Ilmu perubatan merupakan antara bidang dalam perkembangan sains dan teknologi Islam. Ilmu perubatan Barat yang maju pada masa kini boleh dikatakan sebahagian besarnya bersumberkan kepada ilmu perubatan yang telah dijana oleh umat Islam terdahulu. Antara tokoh yang banyak menyumbang kepada penciptaan alatan perubatan ialah al-Zahrawi (tokoh perubatan Andalus) melalui karyanya alTasrif.
Rogeriana Tabula, dikeluarkan oleh al-Idrisi untuk Roger II dari Sicily pada 1154, salah satu dunia yang paling maju peta purba. Penyatuan moden, dicipta dari 70 doublepage spread atlas asal.
3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI 45
3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI 46
Kitab al-Tasrif boleh dianggap sebagai sebuah ensiklopedia lengkap dalam ilmu perubatan. Di dalam kitab tersebut terkandung ilustrasi-ilustrasi bergambar alatan yang digunakan ketika melakukan pembedahan ke atas pesakit yang dicipta oleh alZahrawi sendiri. Kaedah-kaedah untuk menggunakan setiap alatan pembedahan juga terkandung dalam kitab tersebut. Dilaporkan dalam kitab tersebut mempunyai lebih daripada 150 lebih ilustrasi gambar alatan pembedahan termasuklah alat untuk obstetrik dan pergigian.
3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI 47
Abu al-Qasim Khalaf ibn al-Abbas Al-Zahrawi (936 - 1013), (Abulcasis) dianggap `Bapa Bedah Moden `. Ensiklopedia karangannya yang bertajuk At-Tasrif merupakan bahan rujukan penting dalam ilmu pembedahan ketika itu. Beliau adalah orang yang pertama yang mengenal pasti penyakit keturunan yang dikenali sebagai `haemophilia`. Kitab at-Tasrif yang diterjemahkan oleh Gherard of Cremona dari bahasa Arab ke dalam bahasa Latin sebelum diterjemahkan ke dalam bahasa Hebrew, Perancis dan Inggeris. Pakar bedah Perancis yang terkenal, Gus de Ghauliac (13001368M) menjadikan tulisan al-Zahrawi sebagai bahan tambahan dalam buku bedahnya. At-Tasrif menjadi bahan rujukan selama 5 abad di Universiti Salerno di Itali, Motpellier di Perancis dan beberapa universiti lain di Eropah. Menurut Dr. Cambell dalam History of Arab Medicine, prinsip-prinsip sains perubatan al-Zahrawi mengatasi karya Galen di Eropah.
3.4 SAINS DAN TEKNOLOGI 48
Teori-teorinya yang dimuatkan dalam kitab alTasrif bukan sahaja digunakan pada zamannya, malahan masih lagi digunakan sehingga ke hari ini. Bukti yang paling jelas adalah daripada peralatan pembedahannya yang hampir sama dengan peralatan pembedahan pada masa kini. Pembedahan bahaya yang pernah dilakukan oleh al-Zahrawi pula ialah mengeluarkan batu dari pundi kencing.
MARUWIAH AHMAT
8
IDA152
01/03/2013
3.4 SAINS DAN TEKNOLOGI 49
Kocher Methode 50
Al-Zahrawi juga merupakan pakar bedah pertama yang menggunakan kapas dalam prosedur pembedahan. Dalam bidang pembedahan ortopedik, beliau telah memperkenalkan kaedah kocher untuk mengurangkan pengalihan tulang bahu 1000 tahun sebelum Brooke memperkenalkannya semula pada tahun 1937M. Beliau juga telah memberi sumbangan yang banyak dalam membekalkan maklumat berkenaan bentuk ubat atau dos yang sesuai, teknik dan alatan penyediaan ubat. Al-Zahrawi juga berpendapat bahawa sediaan ubat dalam bentuk tablet adalah lebih baik berbanding serbuk.
3.4 SAINS DAN TEKNOLOGI
3.4 SAINS DAN TEKNOLOGI 51
52
Al-Zahrawi juga pakar dalam bidang pergigian dan pembedahan mulut. Beliau merupakan orang pertama yang mencatatkan tentang rawatan untuk membetulkan kecacatan pada mulut. Beliau meneliti secara spesifik tentang gigi geraham yang tumbuh tidak pada tempatnya, memberi ikatan dengan emas atau perak serta mencabutnya tanpa rasa sakit. Tiga alat yang terkenal ciptaannya ialah: 1. Alat pemeriksaan bahagian dalam telinga. 2. Alat pemeriksaan bahagian dalam urethra (saluran tiub yang membawa air kencing dan air mani melalui kemaluan). 3. Alat yang digunakan untuk mengeluarkan bendasing daripada kerongkong.
3.4 SAINS DAN TEKNOLOGI
Peralatan perubatan al-Zahrawi 53
Alatan yang lain antaranya termasuklah picagari pembedahan (surgical syringe), bebenang pembedahan yang diperbuat daripada tali perut (catgut), sutera, rambut dan dawai emas atau perak, pelbagai jenis pisau beraneka bentuk khusus untuk kegunaan yang berlainan misalnya scalpel (pisau bedah kecil dan pelbagai), gunting, forcep (seperti playar) dan gergaji.
54
Pembinaan Balai Cerap Salah satu daripada pusat pengajian sains yang penting khususnya dalam bidang astronomi. Observatori yang pertama dibina di negara Islam ialah observatori Shammasiyyah di Baghdad yang dibina pada zaman pemerintahan khalifah al-Ma‟mun dan mula digunakan pada tahun 213 H/828 M. Walau bagaimanapun, balai cerapan ini masih belum berperanan sepenuhnya sebagai sebuah pusat cerapan kerana tidak dilengkapi dengan kemudahan kediaman dan tempat untuk ahli astronomi melaksanakan kerja mereka.
MARUWIAH AHMAT
9
IDA152
01/03/2013
3.4 SAINS DAN TEKNOLOGI 55
3.4 SAINS DAN TEKNOLOGI 56
Balai cerap pertama digunakan sebagai institusi pengajian dibin akan oleh ahli astronomi Islam. Yang termasyhur adalah balai cerap Maragheh, Iran.
3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI 57
Dikatakan bahawa semasa Renaissance, Regiomontanus, seorang ahli matematik dan ahli astronomi Jerman, akan melihat kepada buku-buku Islam sebagai sumber maklumat. Banyak teks Arab telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin supaya mereka boleh digunakan oleh saintis Eropah dalam kajian mereka. Di Sepanyol pada khususnya, Gerard dari Cremona menterjemahkan 87 buku dari bahasa Arab ke bahasa Latin, yang termasuk Al-Farghani Pada Elemen Astronomi dan karya-karya al-Haytham.
3.4 SAINS DAN TEKNOLOGI 58
Dua jenis observatori dalam tamadun Islam; 1. Observatori yang berperanan sebagai sebuah pusat pendidikan 2. Observatori yang tidak berperanan sebagai sebuah pusat pendidikan. Selain itu, terdapat juga beberapa program cerapan yang kemungkinannya juga merupakan observatori.
Tokoh Perubatan Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdullah Ibn Sina (980-1037M), atau dikenali sebagai „Avicenna‟ di Barat merupakan salah seorang pakar sains dari Iran. Bukunya Al-Qanun fi al-Tib telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Precepts of Medicine. Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut telah dijadikan sebagai bahan rujukan asas di universiti-universiti Itali dan Perancis.
3.4 SAINS DAN TEKNOLOGI 59
3.4 SAINS DAN TEKNOLOGI 60
Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah, air, api dan angin. Keempat-empat unsur ini memberikan sifat lembap, sejuk, panas, dan kering serta sentiasa bergantung kepada unsur lain yang terdapat dalam alam ini. Ibnu Sina percaya bahawa wujud ketahanan semula jadi dalam tubuh manusia untuk melawan penyakit. Jadi, selain keseimbangan unsur-unsur yang dinyatakan itu, manusia juga memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh bagi mengekalkan kesihatan dan proses penyembuhan.
MARUWIAH AHMAT
Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi (865-925 M) atau dikenali sebagai Rhazes di Barat merupakan pakar sains dan ahli falsafah Iran. Beliau telah menyumbang dalam bidang perubatan, kimia dan falsafah. Beliau menulis dalam lebih 184 buah buku dan rencana dalam pelbagai bidang sains.
10
IDA152
01/03/2013
3.4 SAINS DAN TEKNOLOGI 61
Aktiviti Pengukuhan 62
Al-Razi telahpun menyedari mengenai pentingnya kebersihan, seperti yang dapat dilihat dalam ketelitiannya ketika memilih tapak hospital Audidi. Al-Razi telah menggantungkan daging yang baru pada beberapa tempat yang dicadangkan sebagai tapak hospital Audidi dan memilih tempat yang daging menjadi busuk paling lambat. Konsep kebersihan udara dan tempat telah disedari oleh pakar perubatan Islam masa itu.
MARUWIAH AHMAT
Kitab al-Tasrif adalah sebuah ensiklopedia_____ Apakah antara kegunaan astrolab? Berikan bidang ketokohan utama tokoh-tokoh berikut: al-Zahrawi al-Jazari Ibn Sina al-Idrisi Ibn Baythar al-Zarqali al-Razi Ibn Battutah
11