EMPAT AYAT TERAKHIR SURAH HUD Keempat-empat ayat terakhir Surah Hud ini memaparkan faedah-faedah daripada semua cerita-cerita benar tentang kaum Rasul-rasul termasyhur yang terdahulu, kepada Rasulullah saw dan semua orang-orang yang beriman dengannya. Dan kepada orang-orang yang tidak beriman dengannya, tetapi telah sampai kepada mereka tentang semua peristiwa-peristiwa ini, ianya adalah sebagai ‘pemberi amaran’ kepada mereka, yang menjelaskan akibat dari tidak beriman kepada Allah dan menjadi perosak di atas muka bumi. “Manusia dengan Allah….? Manusia melakukan MAKSIAT… TUNGGULAH AKIBATNYA!!!...” Allah melihat segala perbuatan mereka kerana Dia Maha Melihat, yang terang dan yang ghaib, dan sebaik-sebaik cara ialah dengan bertawakkal kepada Nya dalam semua urusan-urusan kita.
AYAT 120 - 123
> GsGcZGÈH• õ IäI… HÍIN¤G¦Hœ £G› IáƒH"S®šOZ IYP£G¤=œG} MãI› GßMÃG¾G“ SÖHºRœ UëH˜Gy (120)
GãÃIÀI›MÈH¿M¾Iš |Q®M˜IdGy DæG¶I“MÂG›Gy SÝG©MšOZ IxIQƒG„ çI• GsGYP£G‰Gy
(121)
GwÂH¾I¿QƒG“ £RœIý MâH¼I¥Gœ£G¼G› QçG¾G“ CZÂH¾G¿M“OZ GwÂHÀI›MÈHñ Gê GãñIR¾INš áH–Gy (122) GwyH®I¶G¥ÀH› £RœIý CZ PyH®ƒI¶G¥œOZ Gy
ôHäS¾H˜ H®M›GþìOZ HÚG‰M®Hñ IäMÃGšIýGy IkMeGþìOZ Gy I\Q GÂQƒG¿R±šOZ HÌMÃG” IäR¾IšGy (123)
GwÂH¾G¿M·G† £R¿G“L áI¹QƒG¸I… GßS…Ge £G›Gy > IäMÃG¾G“ MáR˜GÂG†Gy HxM¬H¤M“O£G• 1
Mafhumnya: Dan dari tiap-tiap kisah dari cerita Rasul-rasul itu yang telah Kami sampaikan pada kamu wahai Muhammad, bertujuan menguatkan hatimu dengannya. Dan semua berita-berita itu adalah sangat BENAR dan mempunyai pengajaran berguna serta peringatan amaran kepada orang-orang yang beriman. (120) Katakanlah kepada orang-orang yang tidak mahu beriman itu wahai Muhammad, dengan kata-kata: “Buatlah apa saja yang kamu semua sanggup buat dari amalan mungkar kamu itu, dan sesungguhnya kami akan terus tetap mengerjakan tugas-tugas kami untuk menyampaikan nasihat pengajaran dari Allah yang telah ditugaskan kepada kami”. (121) “Dan tunggulah akibat buruk yang bakal menimpa kamu semua!. Sesungguhnya kami juga turut menunggu kemenangan dan kejayaan yang dijanjikan Allah kepada kami”. (122) Dan Allah jualah yang mengetahui semua rahsia-rahsia di langit dan di bumi, dan kepada Allah sahajalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, ingatlah semua! Sembahlah hanya Allah dan bertawakkallah kepada Nya dan Tuhanmu Allah itu tidak sekali-kali lalai atas apa jua yang telah kamu lakukan. (123).
2
TAFSIRAN AYAT 120 Firman Allah:
> GsGcZGÈH• õ IäI… HÍIN¤G¦Hœ £G› IáƒH"S®šOZ IYP£G¤=œG} MãI› GßMÃG¾G“ SÖHºRœ UëH˜Gy (120)
GãÃIÀI›MÈH¿M¾Iš |Q®M˜IdGy DæG¶I“MÂG›Gy SÝG©MšOZ IxIQƒG„ çI• GsGYP£G‰Gy
Mafhumnya: Dan dari tiap-tiap kisah dari cerita Rasul-rasul itu yang telah Kami sampaikan pada kamu wahai Muhammad, bertujuan menguatkan hatimu dengannya. Dan semua berita-berita itu adalah sangat BENAR dan mempunyai pengajaran berguna serta peringatan amaran kepada orang-orang yang beriman. (120) Ayat 120 ditafsirkan sebagai mengiktirafkan kebenaran semua dakwah Rasulullah kepada kaumnya itu dan ia sebenarnya pernah dilalui oleh sahabat-sahabat Rasul-rasul terdahulu. Ismail Haqqi Ar-Rusawi mentafsirkan ayat di atas seperti berikut: “Semua kisah-kisah yang telah Kami paparkan kepada kamu itu, sesungguhnya adalah untuk menguatkan hati kamu, bagi menambahkan keyakinan kamu, sehingga dapat melegakan diri kamu. Dan kamu akan mengetahui, apa yang telah kamu lalui itu sebenarnya telah pun dilalui dengan penuh cabaran oleh nabi-nabi sebelum kamu. Sesungguhnya engkau juga wahai Muhammad, turut berkongsi dengan mereka. Sesungguhnya surah Hud ini memaparkan pada kamu kisah-kisah yang tersangat benar, yang menjelaskan kepercayaan yang tidak ada syak lagi, yang menepati hukum-hukum dan memerlukan penelitian yang haq dengan penuh tumpuan, untuk beramal dengannya dan mengambil iktibar darinya. Surah ini juga membawa nasihat-nasihat yang besar, sebagai ingatan dan amaran kepada orang-orang yang beriman, kerana mereka sajalah yang mendapat faedah dari nasihat-nasihat ini dan meyakini akan kedatangan hari Akhirat nanti”. (Ismail Haqqi Ar-Rusawi: Tafsir Ruhul Bayan, m/s 203, Juz 4) 3
Syed Qutb pula berkata: “Demi Allah dan Rasulnya, Muhammad saw, dalam keadaan kemelut beliau dengan kaumnya, dalam tekanan-tekanan yang mendatang, dalam kesulitan penyampaian dan penerimaan dakwahnya, maka terselit sedikit hiburan, pengamatan dan kekuatan hati dari siri kisah-kisah lalu itu. Ini semua menjadikannya penuh sabar, tegas dan tenang di sisi Allah Tuhannya. Di mana surah ini adalah sesuatu yang Haq dari Allah mengenai urusan dakwahnya, iaitu dari kisah-kisah lampau ini, dari sunnah Allah atas nabi-nabi Nya, dan semua janji-janji baik dan buruk yang diselitkan di dalamnya”. (Syed Qutb, Tafsir Fi Zilalil Qur’an, Juz 4, m/s 1,934) Ertinya, kita sebagai orang yang beriman harus mengiktirafkan semua kisah-kisah benar Al-Qur’an ini sebagai sunnah-sunnah Allah dan bahawa sesungguhnya ia mengandungi apa yang disuruh dan apa yang ditegah oleh Allah, yang perlu kita jadikan sempadan dan tauladan. Bagaimana pula dengan orang-orang kafir (GwÂHÀI›MÈHñ
Gê)
dalam hubungan
ini? Orang-orang yang tidak mahu percaya pada semua kisah-kisah ini, yang tidak beriman setelah mendengar kisah-kisah ini, maka mereka tidak mendapat apa-apa pengajaran dari semuanya. Hanyalah ‘kata-kata pemutus’ yang dicadangkan oleh Allah dalam ayat-ayat berikut:
TAFSIRAN AYAT 121 &122 Firman Allah:
(121) GwÂH¾I¿QƒG“ £RœIý MâH¼I¥Gœ£G¼G› QçG¾G“ CZÂH¾G¿M“OZ GwÂHÀI›MÈHñ Gê GãñIR¾INš áH–Gy Mafhumnya: Sampaikanlah kata-kata pemutus ini kepada mereka-mereka yang tidak mahu beriman: “Buatlah apa yang kamu semua rasa nak buat! Ikut suka hati kamu semua lah! Aku akan tetap meneruskan nasihat pengajaran dari semua ini yang diberikan oleh Allah untuk aku dakwah kepada kamu semua!
4
Inilah dia ‘kata-kata pemutus’ dari Rasulullah yang kemudian memberi amaran yang jelas kepada mereka bahawa: Firman Allah:
(122) GwyH®I¶G¥ÀH› £RœIý CZ PyH®ƒI¶G¥œOZ Gy Mafhumnya: “Tunggulah akibat buruk yang bakal menimpa kamu semua! Dan kami pula tetap bersabar menunggu kemenangan kami sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah!”. Ayat 123 ini pula menjelaskan bahawa semua urusan-urusan Rasulullah, orang-orang yang beriman dan manusia keseluruhannya, tidak dilupakan Allah. Malah semua urusan-urusan itu berada dalam ilmu Nya. Ini termasuklah apa yang telah, sedang dan akan terjadi, semuanya di dalam Ilmu Allah, seperti yang dijelaskan dalam ayat yang terakhir surah Hud ini. TAFSIRAN AYAT 123 Firman Allah:
ôHäS¾H˜ H®M›GþìOZ HÚG‰M®Hñ IäMÃGšIýGy IkMeGþìOZ Gy I\Q GÂQƒG¿R±šOZ HÌMÃG” IäR¾IšGy (123)
GwÂH¾G¿M·G† £R¿G“L áI¹QƒG¸I… GßS…Ge £G›Gy > IäMÃG¾G“ MáR˜GÂG†Gy HxM¬H¤M“O£G•
Mafhumnya: Dan Allah jualah yang mengetahui semua rahsia-rahsia di langit dan di bumi, dan kepada Allah sahajalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, ingatlah semua! Sembahlah hanya Allah dan bertawakkallah kepada Nya, dan Tuhanmu Allah itu tidak sekali-kali lalai atas apa jua yang telah kamu lakukan. (123). Jadi, jika semua urusan-urusan itu adalah di bawah penyeliaan Allah dan kita akan kembali kepada Nya, maka adalah wajar jika kita menyembah Nya sebagaimana sepatutnya dengan penuh ikhlas, dan dengan melaksanakan dakwah ke jalan Nya dengan penuh hikmah, membimbing dengan nasihat yang terbaik dan menguruskan percanggahan fikiran dengan cara yang baik, sekiranya ada. 5
Konsep lain yang ditekankan dalam ayat ini ialah ‘hendaklah kita bertawakkal’ (IäMÃG¾G“
MáR˜GÂG†Gy)dan
menyerah diri kepada Allah atas semua
cabaran-cabaran dakwah yang kita hadapi, dan bertawakkal ini hendaklah disertakan dengan ibadah. Ibadah bererti mengharapkan restu Allah dalam semua amalan kita. Ini secara umumnya menekankan konsep tauhid yang harus ditekankan dalam semua urusan kita. Dalam melaksanakan tugas-tugasnya, Rasulullah diingatkan sekali lagi bahawa Allah tidak akan lupa dan mensia-siakan semua yang telah dilakukan oleh manusia, iaitu ibadah mereka, tawakkal mereka, kesabaran mereka dan jihad mereka, semuanya akan dibalas dengan sewajarnya di Akhirat nanti. Ayat terakhir ini mengetuk hati kecil kita agar lebih agresif mengamalkan tauhid dan mendekati Allah dalam semua amalan kita untuk mendapat restu Nya, walau sehebat mana pun cabaran yang kita hadapi. Allahu A’lam.
Penyusunan dan Penyuntingan Surah Hud ini telah disempurnakan pada: Jam 11:25am, 30 Zulkaedah 1435, bersamaan hari Khamis, 25hb September 2014 . Alhamdulillah. Disunting oleh: Hj Mohd Borhanuddin Bin Dato’ Hj Abdul Kadir WP Kuala Lumpur.
6