1.
Manakah antara berikut bukan merupakan prinsip asas kajian ekonomi? A. Psikologi manusia yang suka kepada kebendaan B. Manusia sentiasa menghadapi masalah pilihan. C. Perdagangan akan menyebabkan kehidupan manusia bertambah baik. D. Pasaran akan memastikan sebarang aktiviti ekonomi berada dalam keadaan yang cekap dan tersusun.
2.
Masalah kekurangan (scarcity) sentiasa berlaku dalam sesebuah ekonomi kerana A. keadaan ekonomi yang mengalami kemelesetan B. kebanyakan faktor pengeluaran tidak digunakan dengan cekap C. faktor-faktor pengeluaran yang terhad D. pengurusan faktor pengeluaran yang tidak cekap
3.
Kehendak manusia yang tidak terhad tetapi sumber adalah terhad akan menimbulkan beberapa implikasi berikut kecuali A. campurtangan kerajaan adalah wajib dalam mengatasi masalah tersebut B. pihak swasta perlu membuat membuat pilihan yang tepat mengenai apa yang patut dikeluarkan C. kos lepas akan wujud dalam membuat sebarang keputusan D. masalah kekurangan sentiasa berlaku dalam ekonomi negara.
4.
Manakah antara berikut bukan merupakan kenyataan positif (positive statements) A. Jika harga meningkat, kuantiti penawaran akan meningkat B. Jika pendapatan pengguna berkurang, permintaan kereta tempatan akan berkurangan C. Jika harga meningkat, kerajaan terpaksa membantu golongan miskin di luar bandar D. Jika pendapatan meningkat, produktiviti juga akan meningkat
5.
Manakah antara faktor berikut tidak menyebabkan perpindahan keluk permintaan (demand curve) pakaian ke sebelah kanan. A. Perubahan citarasa pengguna B. Peningkatan pendapatan persendirian C. Pertambahan penduduk D. Penurunan harga pakaian
6.
Manakah antara maklumat berikut adalah benar mengenai keluk permintaan A. Keluk permintaan sentiasa tidak anjal (inelastic) B. Keluk permintaan pasaran (market demand curve) diterbitkan daripada perjumlahan keluk permintaan individu secara menegak C. Keluk permintaan yang bercerun negatif menunjukkan hubungan yang songsang antara harga dan kuantiti barang D. Bentuk keluk permintaan individu dan pasaran adalah sama.
1
7.
Manakah antara faktor berikut tidak akan mengalihkan keluk permintaan kereta BMW ke sebelah kanan? A. Pengeluar kereta menurunkan harga kereta BMW B. Citarasa terhadap kereta import meningkat C. Harga minyak petrol turun D. Tambang teksi meningkat
8.
Berikut adalah faktor yang mempengaruhi perganjakkan keluk penawaran kecuali A. Teknologi yang usang dan lama B. Jangkaan masa depan C. Bilangan penjual yang sedikit D. Citarasa penjual
9.
Keseimbangan pasaran pizza berlaku apabila A. Penjual menjual pizza pada harga yang rendah B. Permintaan terhadap pizza amat mengalakan C. Permintaan dan penawaran pizza adalah seimbang pada harga yang tinggi D. Pembeli mampu membeli pizza di restoran
Harga (RM) SS
7
DD
12 10.
11.
22
Kuantiti sup ekor
Rajah 1 Berdasarkan rajah 2, apabila harga sup ekor ditetapkan pada tingkat harga RM 7, maka A. Berlaku lebihan penawaran sebanyak 10 unit B. Berlaku lebihan penawaran sebanyak 22 unit C. Berlaku lebihan permintaan sebanyak 10 unit D. Berlaku keseimbangan pasaran pada tingkat kuantiti 22 unit. Andaikan pada musim tengkujuh kebanyakan nelayan tidak dapat menangkap ikan di laut. Keadaan ini dijangka akan menyebabkan A. harga dan kuantiti ikan akan berkurang B. harga dan kuantiti ikan akan meningkat C. harga ikan meningkat tetapi kuantitinya akan berkurangan D. harga dan kuantiti sayur tidak pasti (ambiguous). 2
12.
Pada musim perayaan, biasanya permintaan ayam mengalami peningkatan. Namun begitu penawaran ayam tidak berubah dalam jangka masa yang singkat. Apakah kesan yang dijangkakan berlaku kepada pasaran ayam? A. Harga ayam meningkat tetapi kuantiti ayam berkurangan B. Harga ayam meningkat tetapi kuantiti ayam tidak pasti C. Harga dan kuantiti ayam meningkat D. Harga dan kuantiti ayam telah menurun
13.
Negara-negara kesatuan minyak dunia (OPEC) ingin meningkatkan hasil jualan petroleum negara masing-masing. Apakah tindakan terbaik yang boleh dilakukan oleh OPEC untuk meningkatkan hasil jualan tersebut. A. Meningkatkan penawaran petroleum B. Mengurangkan penawaran petroleum C. Mengurangkan permintaan petroelum D. Membiarkan pasaran menentukannya
14.
Jika permintaan terhadap garam adalah tidak anjal sempurna (perfectly inelastic demand), ia membawa maksud A. satu peratus perubahan harga akan menyebabkan peningkatan kuantiti diminta melebihi daripada satu peratus. B. satu peratus kenaikan dalam harga akan menyebabkan penurunan kuantiti diminta sebanyak satu peratus C. satu peratus penurunan dalam harga akan menyebabkan kuantiti diminta tidak berubah D. satu peratus penurunan dalam kuantiti akan menyebabkan harga tidak berubah.
15.
Nilai keanjalan permintaan harga (price elasticity of demand) bagi sayur adalah dijangkakan bernilai A. kurang daripada 1 B. ∞ C. melebihi 1 D. negatif
16.
Andaikan nilai keanjalan permintaan harga bagi barang antik adalah 4. Jika harga naik sebanyak 10 peratus, maka A. 4 peratus penurunan dalam kuantiti diminta B. 10 peratus penurunan dalam kuantiti diminta C. 40 peratus penurunan dalam kuantiti diminta D. 400 peratus penurunan dalam kuantiti diminta
3
17.
Kerajaan ingin mengurangkan kuantiti rokok di pasaran dengan mengenakan cukai yang tinggi terhadap rokok. Walau bagaimanapun permintaan rokok masih lagi tinggi. Apakah fakta ekonomi yang tepat untuk menerangkan fenomena ini. A. Harga rokok yang tinggi tidak menjadi masalah kepada perokok B. Merokok menunjukkan status ekonomi seseorang yang tinggi C. Keanjalan permintaan harga rokok yang berkemungkinan bernilai 0 D. Pendapatan penghisap rokok yang tinggi
18.
Apakah kesan dijangkakan kepada penjual rokok jika kerajaan menyekat penjualan rokok? A. Mereka akan mogok B. Mereka akan terus menjual kerana jumlah hasilnya semakin meningkat C. Mereka akan terus menjual untuk elakkan hutang D. Mereka akan terus memberhentikan penjualan rokok
19.
Jika 6 peratus peningkatan dalam pendapatan akan meningkatkan 10 peratus kuantiti permintaan pizza, oleh itu keanjalan permintaan pendapatan bagi pizza A. negatif dan ia merupakan barang normal B. negatif dan ia merupakan barang bawahan C. positif dan ia merupakan barang normal D. positif dan ia merupakan barang bawahan
20.
Jika ikan kering adalah barang bawahan (inferior good), maka nilai keanjalan permintaan pendapatan mungkin bernilai A. 0 B. 1.9 C. –0.6 D. 0.4
21.
Berikut adalah benar mengenai keanjalan penawaran kecuali A. penawaran buku dan alat tulis adalah tidak anjal B. penawaran hartanah adalah tidak anjal C. penawaran nasi lemak adalah anjal D. penawaran kapal layar yang amat sedikit adalah tidak anjal
22.
Manakah antara berikut adalah benar mengenai garisan belanjawan (consumer budget constraint)? A. Ia menggambarkan tingkat kepuasan bagi seseorang pengguna B. Semakin tinggi tingkat harga barang, semakin tinggilah garisan belanjawan C. Ia berbentuk garisan lurus yang memotong kedua-dua barang pilihan pengguna D. Semakin tinggi kepuasan, semakin tinggilah garisan belanjawan
4
23.
Jika pendapatan pengguna menurun, garis belanjawan (budget constraint) untuk pepsi dan pizza akan A. bergerak keluar (shift outward), selari dengan garis belanjawan yang asal B. bergerak ke dalam (shift inward), selari dengan garis belanjawan yang asal C. berputar keluar (rotate outward) kepada pizza kerana kemampuan meningkat membeli pizza D. berputar keluar (rotate outward) kepada pepsi kerana kemampuan meningkat membeli pepsi
24.
Andaikan pelajar kolej akan berbelanja wang mereka kepada nasi lemak dan air bandung. Harga nasi lemak ialah RM0.75 dan air bandung ialah RM0.50. Jika pelajar tersebut mempunyai pendapatan sebanyak RM20 sebulan, maka beliau akan memilih untuk berbelanja A. 10 air bandung and 20 nasi lemak. B. 15 air bandung and 18 nasi lemak. C. 22 air bandung and 14 nasi lemak. D. 24 air bandung and 12 nasi lemak.
25.
Manakah antara berikut benar mengenai barang Giffen (giffen goods) A. Peningkatan dalam harga barang tersebut akan menyebabkan pendapatan pengguna akan berkurangan B. Pengurangan dalam harga barang tersebut akan mengurangkan kuantiti yang diminta C. Peningkatan dalam harga barang tersebut akan mengurangkan kuantiti yang diminta D. Keluk permintaan yang bercerun ke bawah dari kiri ke kanan
5