NO. SOALAN
336
DEWAN RAKYAT MALAYSIA PERTANYAAN BUKAN LISAN
PERTANYAAN
BUKAN LISAN
DARIPADA
Puan Teo Nie Ching [ Kulai ]
SOALAN Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan keluasan Hutan Simpanan Kekal di semua negeri mengikut kategori Hutan Perlindungan, Hutan Hasil, Hutan Lipur (Rekreasi), Hutan Penyelidikan dan Hidupan Liar.
JAWAPAN: Tuan Yang Dipertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pengelasan Hutan Simpanan Kekal adalah berdasarkan peruntukan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 bagi Semenanjung Malaysia, Enakmen Hutan Sabah 1968 bagi Negeri Sabah dan Ordinan Hutan Sarawak bagi Negeri Sarawak. Bagi Semenanjung Malaysia, pengelasan Hutan Simpanan Kekal adalah mengikut penggunaan, antara lain termasuk Hutan Perlindungan, Hutan Pengeluaran Kayu di bawah Perolehan Berkekalan, Hutan Lipur, Hutan Penyelidikan dan Hutan Perlindungan Hidupan Liar dan pecahannya mengikut keluasan adalah seperti di Lampiran 1. Bagi Negeri Sabah, pengelasan Hutan Simpan adalah mengikut fungsi spesifik dan dibahagikan kepada 7 Kelas iaitu Hutan Kelas I: Hutan Simpan Perlindungan; Hutan Kelas II: Hutan Simpan Komersial; Hutan Kelas Ill: Hutan Simpan Domestik; Hutan Simpan Kelas IV: Hutan Simpan Ameniti; Hutan Kelas V: Hutan Simpan Bakau; Hutan Kelas VI: Hutan Simpan Dara dan Hutan Kelas VII: Hutan Simpan Hidupan Liar. Pecahan keluasan adalah seperti di Lampiran 2.
Bagi Negeri Sarawak, mengikut Sarawak Forests Ordinance, 1958. klasifikasi hutan terbahagi kepada 3 iaitu: (i)
Hutan Kekal (Permenant Forest Estate);
(ii)
Hutan Tanah Kerajaan (State Land Forest);
(iii)
Hutan Terlindung Sepenuhnya (Totally Protected Areas) (a)
Taman Negara dan Rizab Semulajadi
(b)
Suaka Hidupan Liar
Keluasan Hutan Kekal (Permenant Forest Estate), Taman Negara dan Rizab Semulajadi dan Suaka Hidupan Liar adalah seperti di Lampiran 3.
Sekian, terima kasih.
Lampiran 1 Jadual: Keluasan Hutan Perlindungan, Hutan Pengeluaran, Hutan Lipur, Hutan Penyelidikan dan Hidupan Liar di mengikut negeri Semenanjung Malaysia Bagi Tahun 2012 (hektar) Negeri
Johor Kedah Kelantan Mel aka Negeri Sembilan Pa hang Perak Perl is Pulau Pinang Selangor Terengganu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya Jumlah
Hutan Hutan Hutan Hutan Hutan Perlindungan Perlindungan Pengeluaran Lipur Penyelidikan Hidupan Liar 210,664 140,631 146,341 3,722 60,172 561,686 470,060 10,799 6,098 177,583 177,677
221,544 1,799 184,832 2274 477,508 _/ 3,042 1,429 367 94,405 3,250 1,001,216 v 33,077 513,076 / 8,563 0 186 69 0 72,546 14,601 361,556 4,769
9,033 3,638 2,536 8 2,987 1,704 4,068 0 5 9,643 10,742
1,800 0 0 74 9,036 31,154 255 4,380 1,229 6,851 15,000
68
0
66
68
0
1,965,501
2,928, 112
72,063
44,432
69,779
Lampiran 2 Jadual: Keluasan Hutan Kelas I: Hutan Simpan Perlindungan; Hutan Kelas II: Hutan Simpan Komersial; Hutan Kelas Ill: Hutan Simpan Domestik; Hutan Simpan Kelas IV: Hutan Simpan Ameniti; Hutan Kelas V: Hutan Simpan Bakau; Hutan Kelas VI: Hutan Simpan Dara dan Hutan Kelas VII: Hutan Simpan Hidupan Liar di Negeri Sabah Bagi Tahun 2012 (hektar)
v
Ke las
Jenis Hutan
Keluasan (ha)
Kelas I
Hutan Simpan Perlindungan
773,705.74
Kelas II
Hutan Simpan Komersial
2,241,501.00
Kelas Ill
Hutan Simpan Domestik
6,919.00
Kelas IV
Hutan Simpan Ameniti
15,725.44
Kelas V
Hutan Simpan Bakau
331,620.12
Kelas VI
Hutan Simpan Dara
102,043.24
Kelas VII
Hutan Simpan Hidupan Liar
137,735.00
Lampiran 3 Jadual: Keluasan Hutan Kekal (Permenant Forest Estate}, Taman Negara dan Rizab Semulajadi dan Suaka Hidupan liar di Negeri Sarawak Bagi Tahun 2012 (hektar) Taman Negara dan Rizab Semulajadi
Suaka Hidupan Liar
Tahun
Hutan Kekal (Permenant Forest Estate)
2012
4,337,164
600,000
200,000
Tc~~6 H(A+Ct("\ rL4Ae/'5tUI / lc/01tl:
RT29/337 JAWAPAN SOALAN PERSIDANGAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA
PUAN TEO NIE CHING [ KULAI]
JAWAPAN OLEH Y.B. MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
PERTANYAAN BERTULIS Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sama ada surat kelulusan untuk SMPC Foon Yew di Pasir Gudang telah dikeluarkan. JAWAPAN Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat, Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] yang sedang berkuat kuasa tidak memperuntukkan sebarang penubuhan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) baharu mahupun cawangannya.