SOALAN NO.3
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN
JAWAB BUKAN LISAN
DARIPADA
IR. SHAHARUDDIN BIN ISMAIL [ KANGAR]
TARIKH
9 JUN 2014 (ISNIN)
SO ALAN lr. Shaharuddin Bin Ismail [Kangar] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan statistik kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak yang telah dilaporkan kepada Kementerian dan sejauh manakah ibu bapa yang terbabit telah dijatuhkan hukuman yang setimpal dengan kes yang dilaporkan.
JAWAPAN:
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) amat prihatin dan memandang serius akan kes penderaan dan pengabaian ke
atas
kanak-kanak
yang
merupakan
aset
penting
yang
bakal
mencorakkan masa hadapan negara.
Berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kes penderaan kanak-kanak yang dilaporkan kepada JKM bagi tempoh 2010 hingga 2013 adalah sebanyak 14,662 kes.
Sementara statistik bagi kes pengabaian kanak-kanak yang dilaporkan kepada JKM bagi tempoh 2010 hingga 2013 adalah sebanyak 14,635 kes.
Perundangan yang sedia ada dan terpakai pada masa kini telah mencukupi bagi membolehkan hukuman berat dikenakan ke atas mereka yang bersalah dan ini merupakan salah satu bentuk pencegahan. Di antara kesalahan dan hukuman yang boleh dikenakan adalah:
2
a) Seksyen 31 AKK 2001 memperuntukkan kesalahan berhubung dengan penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak. Hukuman bagi seseorang yang melakukan kesalahan jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM20,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.
b)
mendatangkan cedera, membunuh dan kesalahan seksual mengikut
peruntukan Kanun Keseksaan adalah: i)
Seksyen 324 KK Kesalahan - dengan segaja menyebabkan cedera dengan menggunakan senjata atau lain-lain benda merbahaya. Hukuman - penjara boleh sampai 3 tahun atau didenda atau sebat atau
dengan
mana-mana dua
daripada
seksaan-
seksaan. ii)
Seksyen 325 KK Kesalahan - dengan segaja menyebabkan cedera para h. Hukuman - penjara boleh sampai 3 tahun dan boleh juga dikenakan denda.
3
iii)
Seksyen 326 KK Kesalahan - dengan segaja menyebabkan cedera dengan menggunakan senjata atau lain-lain benda merbahaya. Hukuman -
penjara boleh sampai 20 tahun dan boleh
dikenakan denda atau sebat. iv)
Seksyen 328 KK Kesalahan - dengan segaja menyebabkan cedera dengan jalan menggunakan racun dan sebagainya . Hukuman -
penjara boleh sampai 10
tahun dan boleh
dikenakan denda. Kesalahan - dengan segaja menyebabkan cedera dengan jalan menggunakan racun dan sebagainya. v)
Seksyen 308 KK Kesalahan- kesalahan membunuh orang . Hukuman- diseksa dengan bunuh .
vi)
Seksyen 304 KK Kesalahan - seksaan bagi kesalahan mematikan orang dengan salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh orang
4
Hukuman -a)
penjara boleh sampai 20 tahun dan boleh dikenakan denda.
b)
Penjara boleh sampai 10 tahun atau denda atau kedua-duanya.
vii)
Seksyen 304A KK Kesalahan - menyebabkan kematian dengan cuai. Hukuman - penjara boleh sampai 2 tahun atau denda atau ked ua-duanya.
viii)
Seksyen 307 KK Kesalahan - mencuba membunuh orang . Hukuman -
penjara boleh sampai 10 tahun dan boleh
dikenakan denda; dan jika perbuatan itu menyebabkan cedera, pesalah boleh dikenakan penjara boleh sampai 20 tahun. ix)
Seksyen 376 KK Kesalahan - seksaan bagi rogol. Hukuman -a)
penjara tidak kurang 5 tahun dan tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.
b)
penjara tidak kurang 5 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan boleh juga dikena sebat.
5
c)
penjara tidak kurang 8 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan disebat tidak kurang 10 sebatan.
d)
menyebabkan
kematian
boleh
diseksa
dengan kematian atau penjara tidak kurang 15 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan disebat tidak kurang 10 sebatan. x)
Seksyen 3778 KK Kesalahan - Seksaan kerana melakuakan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii. Hukuman - Penjara selama tempoh 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.
xi)
Seksyen 377C KK Kesalahan -
Melakukan persetubuhan yang bertentangan
dengan aturan tabii tanpa kerelaan. Hukuman - Penjara tidak kurang 5 tahun dan boleh juga dikenakan sebat. xii)
Seksyen 377E KK Kesalahan
-
Merangsang
seorang
kanak-kanak
melakukan sesuatu perbuatan kelucahan melampau.
6
untuk
Hukuman - Penjara boleh sampai 5 tahun dan boleh dikenakan sebat.
Berdasarkan statistik Polis DiRaja Malaysia (PDRM), jumlah kes kanakkanak didera dan diabaikan yang telah dijatuhkan hukuman ke atas pesalah bagi tempoh 2011 hingga 2013 adalah sebanyak 46 kes.
7