BISNES AISKRIM Panduan Memulakan Perniagaan Aiskrim
Oleh :
Afiq Dato’ Rusly www.bisnesaiskrim.com
1
Penafian Naskah ini dihasilkan untuk memberi pengajaran dan menyalurkan maklumat umum kepada pembaca. Anda mungkin perlu merujuk kepada penasihat atau pengamal profesional untuk sesuatu keputusan yang bersifat khusus untuk diri anda.. Tidak ada jaminan yang diperakukan bahawa maklumat yang terkandung di dalam naskah ini adalah tepat dan lengkap. Pengarang serta penerbitnya dengan ini secara khususnya tidak bertanggungjawap atas apa-apa risiko kehilangan, liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan naskah ini, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Strategi yang disebut di dalam naskah ini mungkin tidak sesuai untuk setiap individu dan tidak dijamin dapat menghasilkan kesan tertentu kepada semua pihak.
Hak Cipta Terpelihara © 2015 Afiq Dato’ Rusly. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan ebook ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin daripada pihak penulis. Kebanyakkan gambar digunakan adalah sekadar hiasan tiada kena mengena dengan artikel atau individu itu sendiri.
Diterbitkan oleh Shuth Network Sdn. Bhd.
2
ISI KANDUNGAN Pendahuluan
4
Bab 1 : Jom Bisnes Aiskrim
6
Bab 2 : Bagaimana Menjana RM5k Sebulan Dengan Bisnes Aiskrim Secara Part Time Sahaja
16
Bab 3 : Persiapan Memulakan Bisnes Aiskrim
22
Bab 4 : Pemprosesan Aiskrim
31
Bab 5 : Info Asas Tentang Aiskrim
49
Penutup
52
3
PENDAHULUAN Ebook pertama saya “Rahsia Menjana 20k Sebulan Dengan Bisnes Burger” telah diterbitkan oleh klikjer.com pada tahun 2014. Alhamdulillah, sambutannya sangat menggalakkan. Dengan terbitnya ebook tersebut saya telah dijemput oleh pelbagai jabatan dan agensi untuk memberi ceramah dan seminar mengenai perniagaan makanan secara kecil-kecilan. Ianya satu kejutan buat saya. Tidak sesekali menyangka impaknya sedemikian. Niat saya menulis ebook tersebut hanyalah untuk berkongsi maklumat dan pengalaman saya sahaja. Tak sangka pula akan dijemput sehingga ke pentas. Gugup juga dibuatnya. Sehari sebelum ceramah tak boleh tidur sepanjang malam. Ternyata kandungan di dalam ebook tersebut tidak terhad kepada bisnes burger sahaja. Ianya merangkumi pelbagai sudut pandang bisnes makanan secara kecil-kecilan. Seperti yang saya jangkakan ramai yang tidak percaya dengan hanya bisnes burger kecil tepi jalan boleh menjana pendapatan lumayan. Namun setelah habis membaca barulah mereka buka mata. Betapa selama ini bisnes-bisnes kecil seperti bisnes burger tepi jalan tidak menjadi pilihan kerana dianggap bisnes picisan. Sedangkan bisnes-bisnes kecil ini jika diurus dengan betul boleh menyaingi bisnes besar. Dalam ebook burger saya itu ada saya ceritakan tentang bagaimana restoran burger McDonalds menulis satu artikel bahawa mereka risau dengan trend kewujudan banyak stall burger di Malaysia ini. Sedangkan jika dilihat secara logik, mereka adalah rangkaian restoran burger terbesar di dunia. Tidak perlu risau dengan ancaman dari stall-stall burger ‘picisan’ ini. Berbalik kepada sesi ceramah yang saya kendalikan. Saya banyak berinteraksi dengan bakal usahawan. Saya mengenalpasti beberapa masalah yang dihadapi oleh peniaga makanan kecil. Namun antara masalah terbesar yang dihadapi oleh mereka ialah: a. Tidak tahu nak berniaga apa b. Tidak tahu bagaimana nak bermula c. Tidak tahu kadar keuntungan (profit margin) Sebenarnya kesemua isu atau masalah ini telah saya kupas satu persatu di dalam ebook saya yang pertama tadi. Cuma, apabila kita tidak tahu dan tidak jelas dengan perkara tersebut ia menjadi satu isu yang besar di dalam perniagaan. Di dalam ebook kali ini saya akan ULANG semula kupasannya. 4
Cabaran Tahun 2015 Tahun 2015 membawa lembaran baru kepada rakyat Malaysia. Beberapa siri ketidaktentuan ekonomi memberi tekanan yang sangat hebat kepada sebilangan besar rakyat Malaysia. Kemerosotan nilai ringgit dan perlaksanaan GST membuat kita terkapai-kapai dihimpit masalah kewangan. Semua orang mengalami masalah kewangan. Namun orang yang bijak tidak lari darinya, sebaliknya mencuba sedaya upaya untuk menyelesaikannya. Jadi bagaimanakah untuk menyelesaikan masalah kewangan? Mudah sahaja. Untuk menyelesaikan masalah kewangan kita harus menambahkan pendapatan kita. Iaitu menambahkan duit kita. Semakin duit kita bertambah, semakin kurang masalah kewangan kita. Mudah bukan? Nampaknya memang mudah. Tapi.. bagaimanakah untuk menambah kewangan dan pendapatan?
Bagaimana Untuk Menambah Pendapatan? Tidak ada cara lain. Cara yang paling sesuai untuk menambah pendapatan anda hanya ada satu pilihan. Iaitu memulakan perniagaan. Tidak perlu besar. Kecil sahaja sudah memadai. Asal sahaja betul caranya insyaAllah boleh menjana pendapatan lumayan. Asas kepada penyelesaian masalah kewangan anda dan sesisi keluarga anda ialah; “Kurangkan membeli dan banyakkan menjual”. Di dalam ebook kali ini saya akan terangkan kepada anda bagaimana menjana pendapatan lumayan sehingga RM5000 sebulan dengan bisnes aiskrim. Anda mungkin tidak akan percaya selagi anda tidak menghabiskan membaca ebook ini. Jumpa anda di bab seterusnya.
5
BAB 1 : JOM BISNES AISKRIM Dalam inbox emel saya terdapat berpuluh-puluh malah beratus-ratus emel maklum balas dari pada pembaca ebook burger saya. Ada yang saya sempat balas dan ada yang saya tidak sempat balas lagi. Mohon maaf ya. Dari maklum balas tersebut boleh saya rumuskan begini. Kesemuanya telah baca ebook dan telah bersemangat nak berniaga bagi menambah duit di dalam poket. Namun ada beberapa kekangan yang membuatkan mereka tidak boleh berniaga burger, antaranya: a. Ada kerjaya tetap, tidak sanggup berhenti kerja semata-mata nak berniaga burger, akan ditentang habis-habisan oleh ahli keluarga, terutama dari pasangan sendiri dan keluarga mertua bagi yang telah berkahwin. b. Tidak ada skill memasak. Seumur hidup tak pernah masuk ke dapur. Tiba-tiba nak masak burger pula.
Apatah lagi nak masak burger depan customer.
Boleh tercabut lutut
dibuatnya! c. Jantina perempuan. Minat nak berniaga burger sebab prospek yang diterangkan di dalam ebook memang sangat menggoda. Tapi, perempuan nak berniaga burger di tepi jalan rasa malunya menebal, apatah lagi yang membeli nanti lelaki yang nak menggatal. Nak upah pekerja belum ada keupayaan dari sudut modal dan pengurusan. d. Dah mula berniaga burger, tapi tak tahan dengan politik dan hasad dengki peniaga burger lain. Berhenti separuh jalan. e. Dah mula berniaga burger, tapi tak larat nak berjaga sehingga lewat malam setiap hari. Berhenti separuh jalan. f.
Ada kerjaya tetap, lebih selesa mengekalkan kerjaya sekarang sambil mencari peluang bisnes separuh masa yang sesuai. Setakat ini belum berjumpa lagi bisnes yang sesuai.
Dan pelbagai masalah lain lagi. Cuma saya ambil beberapa masalah yang popular sahaja. Nampak tak isunya di sini? Mungkin anda juga menghadapi masalah yang sama. Sebenarnya setiap jenis perniagaan ada masalah dan cabarannya yang tersendiri. Bukan bisnes burger sahaja. Malah, bisnes-bisnes lain pun turut mempunyai isu yang sama. Mungkin lebih besar lagi cabarannya.
6
Begitu juga dengan sifat dan karakter manusia. Setiap manusia berbeza-beza. Ada yang penyabar, tabah, tidak mudah putus asa dan kental. Ada pula yang sensitif, berkecil hati dan mudah terganggu emosi. Jadi, tindakbalas dan penerimaan terhadap sesebuah perniagaan itu berbeza-beza. Justeru, untuk menyelesaikan kesemua masalah di atas dan masalah kewangan anda saya cadangkan anda supaya berniaga aiskrim. Tidak perlu sepenuh masa. Separuh masa sahaja telah memadai. Sehingga hari ini saya masih mengisi masa lapang saya dengan bisnes aiskrim. Tetapi anda tidak akan nampak saya jual aiskrim tepi jalan. Saya jual aiskrim di ‘lubuk’ bisnes aiskrim. Di mana sekali anda pergi berniaga aiskrim, anda membawa pulang ribuan ringgit. Nak tahu caranya? Teruskan membaca =)
Kenapa Bisnes Aiskrim Rata-rata peserta yang saya temui, bila saya kata bagus berniaga aiskrim, mereka akan memandang skeptikal. Ataupun dalam bahasa yang lebih mudah faham, mereka memandang serong. Seolaholah cadangan saya supaya mereka berniaga aiskrim ini adalah cadangan yang paling teruk yang mereka pernah terima. Mereka terbayang yang mereka perlu menunggang motorsikal sambil membunyikan loceng di taman-taman perumahan untuk menjual aiskrim. Mereka rasa geli dan merasakan bisnes ini tidak ada ‘class’. Inilah yang dikatakan kita melihat tetapi kita tidak nampak. Kita melihat peluang tetapi kita tidak nampak peluang. Akhirnya peluang itu diambil oleh orang lain, dan lebih malang lagi apabila ‘orang lain’ yang mengambil peluang itu adalah bangsa asing. Orang Bangladesh, jauh-jauh datang ke Malaysia, sampai di sini apa yang mereka buat? Mereka jual aiskrim. Di sungai besar, Selangor komuniti Bangladesh telah buka 2 buah kilang aiskrim. Setiap kilang ada 20 biji motorsikal yang setiap hari mengambil aiskrim dari kilang untuk dijual. Jika sebuah motorsikal bawa pulang RM100 bersih sehari. Sebulan sudah berapa?
7
Orang Pakistan, jauh-jauh datang ke Malaysia, sampai di sini apa yang mereka buat? Mereka jual aiskrim. Dan ada juga yang berniaga karpet. Dulu jual aiskrim mengayuh basikal. Kini sudah ada kilang IKS. Sekarang menjual aiskrim naik Pajero. Orang kemboja, jauh-jauh datang ke Malaysia, sampai di sini apa yang mereka buat? Mereka jual aiskrim. Sampai boleh buka kampong. Kampung Kemboja. Satu kampong berniaga aiskrim. Masingmasing ada rumah batu. Kita masih menyewa mereka dah ada rumah sendiri. Mereka pendatang kita asli orang sini. Beza antara kita dan mereka ialah, mereka melihat dan nampak peluang. Kita pula dari dulu sampai sekarang masih tak nampak-nampak peluang di depan mata malah boleh pula rasa ‘geli’ dengan perniagaan ini. Daripada cerita tentang pendatang warga asing yang berniaga aiskrim ini, telah timbul satu persoalan. Persoalannya di sini adalah. Dalam banyak-banyak produk, kenapa mereka memilih aiskrim? Kenapa mereka tidak menjual burger? Kenapa mereka tidak menjual ayam golek atau ayam goreng? Kenapa sampai-sampai di sini sahaja mereka terus berniaga aiskrim? Walau pada ketika itu mereka langsung tidak tahu berbahasa melayu. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mari saya terangkan satu persatu.
Lima Keajaiban Bisnes Aiskrim. Di sini saya senaraikan dan terangkan 5 keajaiban bisnes aiskrim. Di mana keajaiban ini tidak ada pada mana-mana produk atau bisnes lain. Keajaiban inilah yang menarik minat bangsa asing untuk berniaga aiskrim di Malaysia.
1. Margin Untung Paling Tinggi
8
Dalam bisnes apa pun, kadar keberuntungan (margin untung) adalah faktor yang utama. Tidak ada orang yang mahu berniaga produk yang tidak mendatangkan keuntungan. Jikalau anda mendengar seorang ‘businessman’ yang berkata dia berniaga kerana suka-suka atau saja-saja tanpa mengharapkan keuntungan, maka sesungguhnya dia telah menipu. Dalam bisnes makanan, ada produk yang untungnya tinggi dan ada produk yang untungnya rendah atau dalam bahasa kasarnya, untung ‘ciput’. Ini yang menjadi masalah dikalangan peniaga produk makanan. Mereka tidak tahu langsung berapakah margin keuntungan produk yang mereka jual. Mereka jual dengan hanya bersangka baik bahawa produk mereka akan membawa keuntungan. Tidak ada satu kira-kira yang tepat bahawa produk mereka jual itu benar-benar menguntungkan. Ilusi seperti inilah yang membawa peniaga makanan ke lembah kerugian. Pakar Kulinari Komersil Malaysia, iaitu bapa saya sendiri, Dato’ Chef Li berkata, kadar keberuntungan yang selamat bagi produk makanan ialah 100% ke atas. Ini bermakna produk yang mempunyai margin di bawah 100% adalah produk dari kategori margin keuntungan yang tidak selamat. Bukan bermaksud tidak boleh dijual langsung, tetapi jika menjual produk margin yang tidak selamat kita perlu menjual dengan banyak. Skor perniagaan produk ini bergantung kepada volume jualan. Bagaimanakah yang dikatakan margin 100% itu? Bermaksud, jika modal ataupun kos penghasilan bagi produk kita RM0.50, maka kita perlu menjual dengan harga RM1.00 bagi mendapatkan margin 100%. Jika modal kita RM2.00, perlu jual dengan harga RM4.00 untuk dapatkan margin 100%. Namun begitu kita tidak boleh sewenang-wenangnya meletakkan harga yang tinggi semata-mata untuk mencapai margin 100%. Contohnya kos untuk menghasilkan sebiji burger ialah RM1.80. untuk mendapat margin yang selamat iaitu 100%, harga jualnya ialah RM3.60. tetapi pelanggan tidak akan membeli burger dengan harga tersebut. Terlalu mahal! Harga pasaran bagi sebiji burger biasa hanyalah sekitar RM2.80 sahaja. Justeru, margin keuntungannya tinggal 56% sahaja. Sebab itulah saya menulis ebook tentang burger. Terlalu ramai yang berniaga burger tetapi tidak kemana. Setelah betahun-tahun berniaga burger masih macam itu juga. Untuk berniaga burger kita perlukan skil lain agar ianya menjadi sebuah perniagaan yang menguntungkan. Jadi, usahawan yang bijak ialah usahawan yang memilih produk yang mempunyai margin yang selamat. Ini kerana margin keuntunganlah yang menentukan sama ada bisnes kita selamat atau tidak. 9
Sebab itu kita boleh lihat ada orang yang berniaga berpuluh tahun tetapi masih belum berjaya, dan ada orang yang baru-baru berniaga sudah berjaya. Jadi, berapakah margin keuntungan aiskrim? Apa yang menariknya ialah, produk aiskrim boleh mencapai margin keuntungan melebihi 1000%! Ya, lebih 1000%. Kenapa, tak percaya? Jadi, bagaimana margin aiskrim boleh sebegitu tinggi? Ini kerana bahan asas membuat aiskrim sangat mudah, murah dan hanya dibeli di kedai runcit sahaja. Penghasilan aiskrim tidak memerlukan bahan yang istimewa dan rumit. Tidak melibatkan penggunanaan kimia makanan. Jadi kos penghasilannya menjadi murah. Aiskrim juga merupakan jenis produk yang mengembang setelah diproses. Jadi, siapa yang paling terer melakukan pengembangan produk, maka dialah yang paling untung. Ini kerana ada produk yang kita buat satu dapat satu. Contohnya kita goreng sebiji kuih karipap di dalam kuali. Setelah siap digoreng kita tetap dapat sebiji karipap. Bukan dua atau tiga biji. Karipap tidak ‘beranak’ ketika digoreng. Begitu juga apabila kita membakar secucuk sate. Setelah dibakar hasilnya tetap secucuk sate. Berbeza dengan aiskrim. Kita buat satu adunan aiskrim. Setelah siap dimesin aiskrim ‘beranak’ menjadi 200 scoop aiskrim. Ya betul, 200 scoop aiskrim. Jika satu scoop dijual dengan harga RM1.00 maka setiap adunan aiskrim kita menjana RM200. Modalnya? Untuk membeli bahan-bahan membuat aiskrim, kos yang diperlukan hanya RM20 sahaja. Inilah rahsia kekayaan pendatang a.k.a pedagang asing menjadi jutawan di bumi Malaysia ini. Perbandingan Margin Untung Produk Makanan BIL
PRODUK
MARGIN
1
Burger
45%-60%
2
Kebab
100%-150%
3
Ayam Goreng/Ayam Goreng Gunting
25%-30%
10
4
Roti John
100%-120%
5
Ayam Bakar/Kepak Bakar Madu, Etc
25%-30%
6
Burger Bakar
80%-100%
7
Soft Ice Cream
100%
8
Aiskrim
1000%
2. Modal Permulaan Rendah Antara alasan kenapa ramai orang tak memulakan bisnes ialah ketiadaan modal. Ketiadaan atau ketidak cukupan modal menjadi halangan nombor satu ketika hendak memulakan bisnes. Namun, pada saya bisnes aiskrim merupakan bisnes yang paling murah dimulakan berbanding bisnes-bisnes lain. Contohnya, untuk memulakan bisnes burger kukus dengan kiosk yang lengkap anda memerlukan RM18k hingga RM25k. Untuk memulakan bisnes ayam goreng dengan peralatan yang standard, anda memerlukan RM8k. Malah untuk bisnes burger biasa yang marginnya kurang selamat pun anda perlu RM7k. Antara peralatan asas untuk perniagaan aiskrim ialah: a. Mesin Aiskrim b. Tong Insulasi Aiskrim c. Scoop Aiskrim (Saiz 40mm hingga 50mm) d. Loceng Kesemua kelengkapan ini dapat diperolehi dengan kos kurang RM5k. Ini adalah kos yang sangat berpatutan dengan tawaran margin yang diberikan sangat tinggi. Anggaran kos ini adalah anggaran bagi penggunaan mesin aiskrim yang paling murah yang di import dari Kemboja atau Thailand. Namun, jika anda mempunyai modal yang besar anda boleh terus menggunakan mesin aiskrim semi-auto dengan kos antara RM9k hingga RM20k. Pada yang mempunyai modal kecil usah khuatir, teruskan sahaja dengan mesin yang murah. Mudah-mudahan boleh bertukar kepada mesin yang lebih bagus di masa akan datang. 11
Pasti masih ada diantara anda yang berkata. “Murah apanya nak mula bisnes aiskrim sampai RM5 ribu”. Betul bukan? Pada saya logiklah harga tersebut. Orang Bangladesh, Pakistan dan Kemboja pun mengeluarkan belanja yang sama untuk memulakan bisnes aiskrim ini. Jika kita masih berkira-kira, harus ada rasa malu dengan para pendatang ini.
3. Senang Jual Kita perlu akui yang dalam banyak-banyak produk makanan, aiskrim yang paling senang nak jual. Keajaiban aiskrim bukan sekadar pada profit marginnya. Keajaiban aiskrim juga berlaku ketika proses jualannya. Ini kerana menjual aiskrim sangat mudah, sehinggakan anda tak perlu buka mulut pun orang ramai tetap datang membeli. Jika kita lihat para pendatang ini. Sebahagian dari mereka tidak boleh berbahasa melayu pun. Tetap boleh menjual aiskrim. Hanya guna bahasa isyarat sahaja. Kemudian guna alat ajaib bisnes aiskrim. Iaitu loceng. Dengan adanya loceng, anda tak perlu menjerit-jerit untuk menarik pelanggan. Apa yang anda perlu lakukan ialah menggoncang-goncangkan loceng. Apabila mendengar bunyi loceng secara automatik mereka tahu kita jual aiskrim. Tiada perniagaan lain yang menggunakan loceng. Kecuali perniagaan jual orang, itu pun hanya di dalam filem P. Ramlee sahaja. Keadaan cuaca di Malaysia yang sentiasa panas menyebabkan orang ramai membeli aiskrim. Sebab itu peniaga aiskrim bermotor tidak pernah pupus sehingga sekarang. Walaupun hujan, orang Malaysia tetap membeli aiskrim, bak kata jutawan seberang Diyono Santoso, “Anehnya orang Malaysia, hujan-hujan pun masih makan es”. Tambahan dengan harga RM1.00 bagi satu kon, harga aiskrim adalah sangat murah dan berpatutan. Dan harga ini adalah harga mampu beli bagi keseluruhan rakyat di Malaysia. Kanak-kanak pun mampu beli. Harga magis RM1.00, orang akan beli tanpa berfikir panjang. Harga magis RM1.00, orang tidak akan tawar lagi. Kata Diyono Santoso lagi, “Di Malaysia, asal barang yang harganya satu ringgit tidak ditawar orang lagi”. Benar, itulah situasi di Negara kita ini, jarang
12
kita hendak tawar-menawar barang yang harganya RM1.00. Malah mungkin kita berasa malu untuk menawar barang yang berharga RM1.00. Jika anda membaca buku bapa saya, “Menjejaki Jutawan Senyap”, pasti kenal dengan Diyono Santoso. Jutawan air soya dari Indonesia. Tak perlu jampi atau pelaris. InsyaAllah jualan aiskrim laris.
4. Tak Perlukan Skil Atau Pengalaman Ini adalah point yang paling penting sebenarnya. Di awal bab tadi saya dah senaraikan beberapa masalah atau kekangan yang menyebabkan pembaca yang bersemangat nak berniaga burger tidak jadi berniaga burger. Salah satunya ialah tidak ada skil memasak burger. Benar, memasak burger ini memerlukan skil khas. Apatah lagi jika nak memasak burger di depan customer. Kita perlu mengawal keadaan supaya tidak kelam kabut dan carca marba. Ada kisah seorang peserta burger di bawah bimbingan saya dahulu. Beliau membeli stall dengan saya untuk membuka perniagaan burgernya di dalam sebuah IPTS di Kuala Lumpur. Setelah selesai proses menyiapkan stall dan latihan penghasilan daging burger serta sos, saya meneruskan untuk latihan praktikal operasi stall pula. Iaitu latihan penyediaan burger secara praktikal selama seminggu. Memang ini yang biasa saya lakukan kepada peniaga baru agar mereka biasa dan tidak kekok untuk memasak di depan customer nanti. Namun dia menolak. “Saya rasa tak payah lah chef latihan praktikal tu. Saya dulu manager kat Burger King. Bukan sekejap chef, tujuh tahun tau”. Kemudian beliau pun pulang untuk bersiap membuka stall burgernya. Pada hari pertama beliau membuka stall burgernya, tidak semena-mena berpuluh-puluh customer menyerbu stall untuk memesan burger. Nama pun burger kukus bakar. Semua orang mahu mencuba. Huru-hara jadinya stall burger beliau. Setiap seorang customer memesan menu burger dengan kehendak masing-masing yang tersendiri. Ada yang tak nak sayur. Ada yang nak sos lebih. Ada yang nak mayonis lebih. Ada yang nak sayur tapi salad sahaja, bawang tak mahu. Macam-macam, begitulah keadaannya bila berniaga burger guna stall ni. Ada sahaja permintaan customer yang perlu dipenuhi. Agak-agak kalau pergi Mc Donalds boleh pesan macam ini tak? Pasti tidak akan dilayan. 13
Kita yang membaca ini pun sudah pening. Bagaimana pula dengan beliau yang menghadapi situasi yang sebenar. Beliau mula gelabah. Hilang punca dan arah. Tak tahu dari mana nak mula dahulu. Sama ada nak potong roti atau sayur dulu. Nak masak daging atau telur dahulu. Akhirnya beliau panik. Sebagai langkah terakhir, beliau menutup api gas pada dapur, kemas serba sedikit dan pulang terus ke rumah. Meninggalkan customernya dalam keadaan terpinga-pinga. Begitulah jadinya jika kita tidak menguasai flow dan system. Kita akan jadi mudah panik dengan asakan pelanggan yang bertali arus. Akhirnya peserta saya itu tadi akur, beliau meluangkan masa selama seminggu berkuli di kiosk burger saya sehingga pandai dan mahir untuk mengendalikan stall burger beliau sendiri. Ini adalah sangat-sangat berbeza dengan aiskrim. Jika dibandingkan aiskrim dengan produk perniagaan yang lain, aiskrim lebih mudah dioperasikan. Ketika proses jualan, kita hanya perlu scoop aiskrim ke atas kon apabila dipesan. Proses men’scoop’ aiskrim sangat mudah, sesiapa sahaja boleh melakukannya. Jika kita mengambil pekerja, kita hanya perlu 2 minit sahaja untuk menunjukkannya cara yang betul untuk menceduk atau men’scoop’ aiskrim. Jadi tak risau jika bisnes kita huru-hara kerana ramai pelanggan, proses jualan berlaku dengan pantas dan tidak memberikan sebarang tekanan kepada pekerja atau diri kita sendiri. Sebab itulah, bangsa asing begitu selesa menjual aiskrim. Ianya tidak memerlukan komunikasi yang panjang dan berjela. Guna bahasa isyarat sahaja sudah memadai. Cuba bayangkan jika Mat Bangla berniaga burger... pasti huru hara tahap maksimum. Maksudnya disini ialah, jika anda tidak pernah bisnes dan anda mahu mencari satu bisnes yang tidak memerlukan kemahiran tinggi, maka aiskrim adalah bisnes yang paling cocok dengan anda. Bisnes ini memerlukan paling kurang pengalaman dan kemahiran. Selain mudah dari segi operasi, bisnes aiskrim juga mudah dari segi kawalan. Ini kerana kita tahu berapa scoop yang kita akan perolehi dari satu adunan aiskrim. Jadi jika kita menyerahkan satu adunan kepada pekerja kita untuk dijual sehingga habis maka kita tahu jumlah wang jualan ialah RM200. Jumlah aiskrim yang hendak discoop juga boleh dikawal kerana jumlah aiskrim yang di colek adalah mengikut saiz scoop dan tidak lebih atau kurang. Setuju?
14
5. Orang Malaysia Makan Aiskrim Tak Kira Masa Hanya di Malaysia sahaja. Pagi petang siang malam orang makan aiskrim. Di mana-mana ada sahaja kita lihat orang makan aiskrim. Aiskrim tidak dapat dipisahkan lagi dengan manusia. Di mana ada manusia, di situlah ada aiskrim. Ada aiskrim yang mahal dan ada aiskrim yang murah. Ada aiskrim yang sedap dan ada yang sebaliknya. Jadi pasaran aiskrim sangat luas. Tinggal menunggu anda membawa aiskrim anda ke dalam pasaran.
15
BAB 2 : BAGAIMANA MENJANA RM5K SEBULAN DENGAN BISNES AISKRIM SECARA PART TIME SAHAJA Sedari awal anda anda bertemu jodoh dengan ebook ini adalah kerana minda separa sedar anda fokus kepada figure RM5000 sebulan. Menjana RM5000 sebulan dengan bisnes aiskrim. Secara parttime sahaja pula tu. Bukan sepenuh masa pun. Namun sehingga sekarang masih belum bertemu jawapan bagaimana untuk menjana pendapatan sebegitu. Baiklah, sekarang saya akan bongkar perlahan-lahan. Selepas perniagaan bapa saya mengalami kejatuhan sekitar tahun 1995 hingga 1997 beliau dihimpit hutang keliling pinggang. Untuk bangkit semula beliau menjalankan perniagaan dengan menjual produk makanan di pasar malam. Pelbagai produk dijual ketika itu, antaranya roti, kek, burger, donut dan tidak ketinggalan aiskrim. Saya ketika itu masih bersekolah rendah menjadi ‘mangsa’ untuk mengikuti beliau berniaga di pasar malam. Tugas saya ketika itu ialah menjaga stall aiskrim. Saya di tinggalkan di satu sudut di pasar malam untuk menjual aiskrim sementara bapa saya dan adik beradik lain duduk di sudut lain menjual produk lain. Pada ketika itu setiap kali pergi menjual aiskrim di pasar malam, jualan purata hanyalah sekitar RM30 hingga RM50 sahaja. Setiap pasar malam mengambil masa selama antara 3 hingga 4 jam. Memang agak letih. Namun nilai RM30 hingga RM50 pada waktu itu adalah besar dan berbaloi. Tetapi pada zaman sekarang nilai sebegitu tidak lagi relevan. Sekarang, jika berniaga di pasar malam paling-paling pun boleh jual sehingga RM150 sahaja. Itu pun tak ramai yang sanggup berniaga di pasar malam. Saya mula berfikir bagaimana untuk menjual aiskrim, sekali pergi berniaga boleh bawa pulang ribuan ringgit. Sekali pergi sahaja dah boleh menyimpan duit. Tidak perlu pergi berniaga setiap hari. Namun, akal kanak-kanak saya ketika itu tidak berjaya menemukan jawapannya.
16
Lubuk Bisnes Aiskrim Tidak dapat dinafikan lagi. Dalam kelas-kelas dan sesi ceramah saya. Setiap kali saya sebut tentang bisnes aiskrim pasti para peserta akan terbayang perlu menunggang motorsikal keliling taman untuk menjual aiskrim. Tanggapan seperti ini lah yang mematahkan semangat mereka untuk menjadi peniaga aiskrim. Sebenarnya tidak sama sekali. Tidak perlu menunggang motorsikal untuk menjual aiskrim. Hanya Mat Bangla, Pakistan dan Kemboja sahaja yang sanggup buat. Kita tidak setabah mereka untuk melakukannya. Boleh heboh sekampung ceritanya kalau anda menunggang motorsikal
menjual aiskrim. Boleh malu satu
keturunan. Berbalik kepada lubuk bisnes aiskrim, saya telah menemukan lubuk yang sebenar bagi perniagaan ini. Seperti kita pergi memancing. Kita boleh memancing di mana sahaja di sepanjang sungai. Pasti ada hasil, kerana ikan berada di mana-mana sahaja di dalam sungai. Namun, jika kita memancing di lubuk ikan, pastilah hasilnya lebih lumayan. Pada permulaannya, saya menjangkakan bahawa depan sekolah merupakan lubuk bisnes aiskrim. Pasang sahaja stall di depan sekolah, pasti akan diserbu pelajar ketika balik dari sekolah. Ruparupanya sangkaan saya meleset. Ketika saya menetap di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, saya membuka stall aiskrim betul-betul dihadapan sekolah. Sekolah Kebangsaan Tasek Gelugor. Populasi pelajarnya ialah 800 murid. Di belakang sekolah itu pula adalah Sekolah Menengah Seri Bakti. Populasinya juga 800 pelajar. Saya menjangkakan bisnes aiskrim saya akan huru hara. Rupanya tidak. Jangkaan saya meleset sedikit. Jualan harian saya hanya sekitar RM70-RM90 sehari dan paling tinggi ialah RM150. Boleh tahan juga sebenarnya. Untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan bisnes ini boleh mencuba berniaga di depan sekolah. Bagus untuk asah skill kita berniaga aiskrim. Pelanggannya adalah kanak-kanak, mereka langsung tidak memberikan tekanan. Kadangkadang telatah mereka membeli melucukan dan menghiburkan hati. Dari pemerhatian saya. Walaupun populasi pelajar adalah tinggi, namun yang membeli aiskrim hanyalah pelajar yang datang ke sekolah bersendirian. Iaitu pelajar yang datang sendiri, tidak dihantar atau dijemput oleh ibubapa. Ini kerana ibubapa sangat tidak encourage anak-anak mereka makan aiskrim balik dari sekolah kerana takut bajunya kotor. 17
Berbeza dengan pelajar yang datang sendiri. Mereka tidak ditemani oleh ibubapa pada ketika itu dan mereka bebas untuk membuat keputusan sendiri. Mereka mahu dan mereka beli. Pada zaman ini adalah janggal ibubapa tidak menghantar dan menjemput anak ke sekolah. Jadi prospek pelajar yang akan membeli aiskrim menjadi kurang.
Lubuk Aiskrim yang Sebenar Saya tetap meneruskan menjual aiskrim di depan sekolah tersebut. Saya menjual setiap hari dari hari Isnin hinggalah hari Jumaat. Namun, stall aiskrim ini bukan saya yang tunggu. Saya menggaji seorang pekerja dengan bayaran RM30 sehari. Aiskrim saya yang buat sendiri. Pekerja tersebut hanya menjual sahaja. Dalam pada itu saya terfikir. Saya hanya boleh menjual di depan sekolah pada hari persekolahan sahaja. Hari cuti saya tidak boleh berniaga kerana sekolah tutup dan pelajar bercuti. Jika saya buka stall tiada siapa yang akan membeli. Cuti pada sabtu dan Ahad adalah sangat merugikan bisnes aiskrim saya. Saya mesti menjual juga pada hujung minggu. Atas faktor itulah yang membuatkan saya merancang untuk menjadi caterer aiskrim di kenduri kahwin pada hujung minggu. Saya membuat persiapan dengan menempah bunting dan banner untuk dipasang di sekitar pekan. Alhamdulillah, dalam minggu pertama sahaja saya memasang bunting dan banner saya sudah mendapat pelanggan yang pertama. Seorang haji. Haji ini menempah 1000 kon aiskrim untuk majlis kenduri kahwin anaknya dalam masa beberapa minggu lagi. Selang beberapa hari kemudian saya mendapat tempahan lagi. Kali ini 500 kon sahaja. Selang sehari dari majlis haji tadi. Majlis haji itu pada hari Sabtu, hari Ahad pula tempahan yang lagi satu. Ketika hari kenduri, saya menghantar aiskrim ke majlis itu. Setelah siap memasang stall lebih kurang dalam pukul 11.00 pagi saya sudah mula menghidangkan aiskrim kepada para tetamu yang hadir. Huru hara jadinya, semua tetamu berhimpit-himpit untuk mendapatkan aiskrim yang telah dibayar oleh tuan rumah. Rupa-rupanya orang dewasa lebih kuat makan aiskrim. Kalah kanak-kanak. Sekitar pukul 1.00 tengahari aiskrim telah habis dihidangkan. Bermaksud 1000 kon aiskrim hanya mengambil masa selama 2 jam untuk dihabiskan. Dan dalam masa 2 jam itu lah saya Berjaya menjana RM1000!
18
Esoknya pula saya dapat lagi RM500. Jadi total pada minggu itu saya Berjaya menjana RM1500. Untuk tempoh masa berniaga beberapa jam sahaja. Lumayan kan. Halatuju semakin jelas. Saya giat melakukan pemasaran. Pada kali ini saya sudah mula berkolaborasi dengan rakan-rakan saya yang membuat bisnes catering dan canopy. Di mana majlis mereka di situ saya ada catering aiskrim. Selama beberapa bulan saya konsisten mendapat pendapatan lumayan. Setiap bulan saya target paling sedikit 5 kenduri dengan kuantiti minimum setiap kenduri ialah 1000 kon. 5 Kenduri x 1000 kon aiskrim x RM1.00 = RM5000.00 Jadi pada hemat saya, teknik ini sangat sesuai untuk dijadikan part-time business bagi mereka yang ingin bekerja pada hari kerja dan menjadi caterer aiskrim pada hujung minggu. Dan pendapatannya pula sangat lumayan. Jika sebulan dapat 2 kenduri untuk 1000 kon bagi setiap kenduri pun sudah sangat memadai. Kenduri kahwin adalah lubuk sebenar bisnes aiskrim. Setiap minggu ada sahaja majlis kahwin. Dan orang melayu juga adalah bangsa yang paling rajin buat kenduri. Ada sahaja benda yang hendak dikendurikan. Semenjak itu terus saya ajarkan teknik ini kepada para peserta kursus saya. Alhamdulillah, mereka semua Berjaya. Ada cikgu dari Batu pahat. Hari sekolah dia mengajar. Hujung minggu dia hantar aiskrim ke kenduri kahwin. Katanya pendapatan bisnes aiskrimnya di hujung minggu lagi besar dari gajinya jadi cikgu. Berikut adalah beberapa maklum balas dari peserta aiskrim saya:
19
20
Apa kata anda? Adakah masih mahu menunggu? Jom bisnes aiskrim.
21
BAB 3 : PERSIAPAN MEMULAKAN BISNES AISKRIM Setelah membaca beberapa bab ini, saya kira anda telah bersemangat untuk berniaga aiskrim. Jadi langkah-langkah perlu diambil untuk memulakan bisnes aiskrim anda. Di dalam bab ini saya akan menerangkan langkah yang perlu anda lakukan untuk memulakan bisnes aiskrim anda.
Belajar Buat Aiskrim Jika anda berminat untuk memulakan perniagaan aiskrim, perkara pertama yang harus anda lakukan ialah belajar buat aiskrim. Belajar buat aiskrim untuk menghasilkan aiskrim sendiri untuk jualan. Adalah sangat-sangat tidak wajar untuk anda berniaga aiskrim dengan membeli aiskrim sedia ada di pasar raya. Ini kerana aiskrim di pasaraya tidak mesra perniagaan. Sangat jelas, aiskrim yang dibeli tidak mesra perniagaan dari sudut keuntungan. Memang tidak dinafikan ada peniaga aiskrim yang telah lama berniaga aiskrim yang dibeli namun keuntungan yang dijana sangat tipis. Ingat, alang-alang berbisnes biar sampai jadi orang kaya. Jika kita berbisnes tetapi sekadar sara hidup dan cukup-cukup makan, kita perlu semak semula kadar keberuntungan produk bisnes kita. Ini kerana margin yang tipis atau margin yang tidak selamat tidak akan menjadikan kita kaya walau berniaga berpuluh tahun. Yang kedua, aiskrim dibeli tidak mesra perniagaan dari sudut ketahanan aiskrim. Aiskrim biasanya cepat cair setelah dikeluarkan dari freezer. Contohnya, apabila kita membeli asikrim di pasaraya, belum sempat sampai di rumah aiskrim telah cair separuh. Cuba bayangkan jika anda ingin membawa aiskrim yang sama ke medan bisnes, di bawah panahan terik sang mentari. Tentunya aiskrim lebih segera cair. Selain itu, jika anda membeli aiskrim untuk berniaga, anda tidak menjadi istimewa di kalangan peniaga aiskrim lain. Ini kerana aiskrim yang anda jual mungkin rasanya sama sahaja kerana masingmasing menjual aiskrim yang dibeli.
22
Anda perlu tahu bahawa perniagaan yang bagus ialah perniagaan yang unik. Jadikan bisnes aiskrim anda bisnes yang unik dengan menghasilkan aiskrim sendiri dan memperkenalkan aiskrim-aiskrim dengan perisa yang luar biasa. Dengan menghasilkan aiskrim sendiri, kita boleh menghasilkan aiskrim yang tidak di jual di pasaraya. Contohnya aiskrim tapai, aiskrim coconut shake, aiskrim santan, aiskrim susu kambing dan lain-lain.
Melengkapkan Mesin Memproses Aiskrim 1. Mesin Aiskrim Ini adalah kelengkapan yang paling penting. Anda tidak boleh menghasilkan aiskrim jika tiada mesin aiskrim. Walaupun ada dakwaan dari pada beberapa orang bahawa mereka boleh menghasilkan aiskrim tanpa mesin aiskrim, namun percayalah bahawa pengembangan dan teksturnya tidaklah sebaik aiskrim yang dihasilkan menggunakan mesin.
23
Mesin yang murah adalah mesin aiskrim yang diimport dari Kemboja atau Thailand dengan menggunakan teknologi mudah dan ringkas. Harga mesin ini biasanya antara RM2,000 hingga RM2,500 berbeza mengikut kekuatan motor elektriknya. Ketika ebook ini ditulis mungkin harganya naik lagi kerana nilai ringgit kita makin mengecil. Motor asal yang datang sekali bersama mesin biasanya agak kecil iaitu 0.5HP sahaja. Motor berputar agak lambat dan mudah sangkut. Hasilnya tekstur aiskrim agak kasar. Oleh itu, ada kedai yang menjualnya siap di naik taraf kepada motor yang lebih besar iaitu antara 1.0HP hingga 1.5HP tetapi dengan harga yang lebih mahal. Namun pada hemat saya, adalah lebih baik mendapatkan mesin yang lebih berkualiti kerana lebih puas hati memakainya malah hasilnya juga tidak mengecewakan. 2. Chest Freezer Selain mesin alatan lain yang penting ialah peti sejuk beku ataupun freezer. Saya faham di rumah anda telah ada peti sejuk. Namun perlu difahami freezer yang dimaksudkan disini ialah chest freezer. Iaitu peti sejuk komersil. Peti sejuk sedia ada di rumah anda tidak sesuai untuk menyimpan aiskrim. Kegunaan chest freezer ialah untuk membekukan dan sekaligus menyimpan aiskrim. Ini kerana ketika memproses aiskrim menggunakan mesin aiskrim, aiskrim yang terhasil pembekuannya hanyalah 60 ke 70 peratus sahaja. Pembekuan seterusnya berlaku di dalam freezer. Bermaksud, anda tidak boleh terus menjual aiskrim yang keluar dari mesin aiskrim. Anda perlu bekukan aiskrim yang keluar dari mesin aiskrim sekurang-kurangnya 2 jam hingga 3 jam sebelum boleh dijual. Namun jika anda tidak berniat untuk terus menjual aiskrim tersebut, aiskrim boleh dibiarkan tersimpan di dalam freezer. Walaubagaimanapun, untuk kualiti yang terbaik, aiskrim hendaklah dihabiskan dalam tempoh dua minggu dari tarikh pemprosesan. Untuk itu jika anda ingin menghasilkan stok aiskrim yang banyak, anda harus merancang dengan sebaik-baiknya supaya pelanggan dapat merasai kualiti aiskrim yang terbaik. Untuk permulaan bisnes aiskrim anda, cukuplah hanya dengan mendapatkan chest freezer bersaiz antara 100 liter hingga 150 liter. 3. Alatan Biasa di Dalam Dapur Selain itu, alatan lain yang diperlukan ialah alatan-alatan biasa untuk memasak. Antaranya ialah: a. Dapur Gas b. Periuk Sederhana untuk memasak kanji 24
c. Senduk Kayu panjang untuk mengadun kanji d. Penimbang untuk menimbang tepung dan lain-lain bahan e. Jug penyukat liter f.
Sudu makan biasa (table spoon)
Menyediakan Alatan Untuk Operasi Perniagaan 1. Tong Insulasi Ais Krim
Tong insulasi aiskrim, atau lazimnya dipanggil tong aiskrim adalah tong penyimpanan aiskrim supaya kekal beku tanpa penggunaan elektrik. Biasanya digunakan oleh peniaga aiskrim yang berniaga di luar bangunan (outdoor) seperti yang anda selalu lihat di atas motor peniaga aiskrim. Jika anda berniaga di mana-mana tempat sekalipun selagi tiada bekalan elektrik anda memerlukan tong aiskrim ini termasuklah di rumah kenduri, tepi pantai, tasik, lata, air terjun dan lain-lain. Namun, jika anda berniaga di dalam bangunan (indoor) yang mana ada kemudahan elektrik, anda tidak memerlukan tong aiskrim ini sebaliknya digantikan dengan freezer pintu kaca (display freezer). Fungsi tong insulasi ialah untuk mengekalkan suhu aiskrim supaya kekal sejuk dan tidak cair. Oleh itu penggunaan alat ini memudahkan anda untuk berniaga aiskrim di mana-mana sahaja yang anda
25
suka. Anda tidak boleh menggantikan lain-lain tong insulasi untuk menyimpan aiskrim kerana ketahanan dan kebersihannya diragui. Tong insulasi aiskrim terdapat dalam beberapa jenis: a. Tong Insulasi Menggunakan Ais Tong aiskrim jenis ini memerlukan campuran ais dan garam kasar sebagai medium penyejukkan aiskrim. Tong aiskrim ini biasanya kecil dengan muatan antara 400 hingga 600 scoop aiskrim sahaja. Ais tidak mampu menyejukkan aiskrim jika kandungannya terlalu banyak. Dengan menggunakan tong aiskrim jenis ini, aiskrim lazimnya boleh bertahan selama 3 hingga 4 jam. Setelah aiskrim kelihatan mencair, ais dan garam perlu ditambah. Terdapat juga peniaga yang menggantikan penggunaan ketulan ais dan garam dengan ais kering. Ais kering lebih ringan dan lebih sejuk serta tahan lebih lama namun harganya agak mahal. Ais kering boleh didapati dari pembekal aiskrim atau kedai hardware dengan harga antara RM7.00 hingga RM8.00 sekilogram. Tong aiskrim ini biasanya diperbuat dari aluminium atau stainless steel dengan harga runcit antara RM300 hingga RM850 sebuah. Biasanya kedai yang menjual mesin aiskrim turut menjual tong aiskrim ini. b. Tong Insulasi Tanpa Ais Berbeza dengan tong jenis di atas, tong aiskrim ini tidak memerlukan sebarang penggunaan ais dalam proses penyejukkan aiskrim. Tidak juga menggunakan elektrik. Tong ini menggunakan ‘papan’. Papan ini akan disejukkan di dalam freezer sehingga beku kemudian apabila ingin memasukkan aiskrim ke dalam tong, papan ini akan dimasukkan sekali. Papan inilah yang bertanggungjawab menyejukkan aiskrim di dalam tong. Tong ini lebih besar berbanding tong di atas. Ia boleh menyimpan dan menyejukkan sehingga 1000 scoop aiskrim. Aiskrim juga boleh bertahan beku selama 6 hingga 7 jam di dalam tong ini. Namun, apa yang menjadi masaalah ialah bekalan tong ini sukar didapati malah harganya juga sangat mahal. Ini berikutan terdapat peniaga aiskrim yang tidak mahu berkongsi info tentang pembuat atau pembekal tong ini. Saya sendiri pernah menempah tong ini dari seorang rakan dan mengambil masa selama sebulan setengah sebelum mendapatkannya. Namun dari segi kemudahan dan kelebihan, tong ini adalah tong yang terbaik. Begitupun, jika di lihat di selatan Thailand dan Kelantan, kebanyakkan peniaga aiskrim menggunakan tong insulasi meyimpan ikan (lazimnya berwarna oren atau biru) yang diubah suai untuk dijadikan tong aiskrim mereka. Saya tidak pernah bereksperimentasi dengan tong ini namun pada hemat saya ianya jauh lebih murah kerana harga tong ikan di pasaran cuma RM80 sahaja. 26
2. Stall Aiskrim Stall aiskrim bukanlah alat wajib yang anda perlu ada untuk perniagaan aiskrim anda. Namun dengan menggunakannya sedikit sebanyak ada kelebihannya. Di Malaysia tidaklah menjadi satu trend peniaga makanan kecil-kecilan menggunakan stall, oleh itu dengan hanya menggunakan meja lipat dan tong insulasi aiskrim anda telah boleh memulakan perniagaan aiskrim anda.
Walaubagaimanapun, jika anda mempunyai modal yang lebih apa salahnya anda melabur sedikit wang anda untuk membeli stall aiskrim yang cantik dan berwarna menarik bagi menggoda pelanggan anda terutamanya kanak-kanak. Kanak-kanak amat mudah terpengaruh dengan gambar, warna yang striking dan imej-imej berkartun. Oleh itu terapkanlah nilai-nilai tadi kepada stall anda. Selain itu, dengan menggunakan stall, perniagaan anda dipandang tinggi dan jenama yang anda perkenalkan mudah melekat di hati pelanggan. 3. Scoop Aiskrim Ini adalah alat kecil yang wajib yang anda tak patut lupakan. Scoop aiskrim untuk bisnes ialah scoop aiskrim khas. Biasanya jika anda membeli scoop biasa di pasaraya, scoop tersebut mudah patah, bengkok atau springnya tercabut. Scoop aiskrim komersil lebih tebal, berat serta tahan lama. Namun jika penggunaan yang berterusan, spring scoop akan tercabut juga. Namun boleh dipasang semula. 27
Ada beberapa saiz scoop yang anda boleh pakai. Untuk aiskrim colek kon, lebih sesuai menggunakan saiz 50mm manakala untuk aiskrim colek cup saiz scoop yang sesuai ialah 40mm atau 42mm. Scoop yang bersaiz 60mm terlalu besar dan tidak sesuai untuk pasaran aiskrim di Malaysia. Harga scoop aiskrim adalah antara RM50 hingga RM150 berbeza mengikut saiz, rupa dan kualiti. Ketika bersiap untuk memulakan operasi perniagaan anda perlu standby sekurang-kurangnya 3 scoop aiskrim. Ini kerana bagi mengelak kerosakan scoop anda mengganggu operasi perniagaan. Apatah lagi jika anda mengendalikan aiskrim di majlis seramai seribu atau dua ribu orang. Anda perlu scoop yang banyak dan betul-betul mantap untuk melaksanakan tugas penyekupan. Jangan sekalikali scoop aiskrim menggunakan sudu. Perbuatan itu akan menjejaskan imej dan reputasi jenama aiskrim anda. 4. Persiapan Kon, Roti dan Cup Adalah tidak wajar jika kita kehabisan bekalan kon, roti atau cup ketika operasi perniagaan sedangkan jumlah aiskrim masih berbaki. Jadi rancanglah dengan teliti jumlah yang perlu di bawa ke medan bisnes. Jika pelanggan anda ramai terdiri daripada kanak-kanak anda harus membawa kon yang banyak kerana golongan kanak-kanak tidak suka aiskrim yang diletak atas roti atau cup. Namun jika ibu bapa yang datang membeli mereka lebih gemar membeli aiskrim di dalam cup untuk anak mereka bagi mengelak risiko aiskrim tertumpah pada baju. Terdapat beberapa jenis kon dipasaran yang anda boleh guna. Antaranya ialah kon single (besar dan kecil, kon kecil harus menggunakan scoop 40mm manakala kon besar menggunakan scoop bersaiz 50mm) dan kon double. Ada juga kon jenis keras dan rangup, jenis ini lebih mahal. Factor pemilihan kon ialah harga. Jika harga jualan satu scoop aiskrim anda ialah RM0.50 maka lebih sesuai menggunakan kon single kecil. Jika harga jualan anda ialah RM1.00 maka kon yang anda harus gunakan adalah kon single besar. Pada hari ini agak jarang menemukan aiskrim yang dijual dengan harga RM0.50. Pemerhatian yang paling mudah ialah perhatikan saiz kon anda dan padankan dengan saiz scoop yang sesuai.
28
Untuk penggunaan cup, cup yang disyorkan ialah foam cup. Selain lebih murah, foam cup tidak bocor jika dibandingkan dengan paper cup.Jika menggunakan paper cup lama-kelamaan cup akan bocor akibat lelehan aiskrim yang cair. Aiskrim yang dimasukkan ke dalam foam cup juga lebih lambat cair. Saiz cup yang sesuai ialah 6oz. Sangat ideal untuk 3-4 scoop ice cream. Harga jualan yang disyorkan untuk aiskrim cup ialah RM1.50 dan ada yang menjualnya dengan harga RM2.00 namun harus mengeluarkan sedikit modal lagi untuk menabur kacang tumbuk dan chocolate rice di atas aiskrim yang telah di scoop ke dalam cup. Golongan dewasa lebih menggemari aiskrim roti berbanding kon. Jika khalayak anda lebih ramai orang dewasa maka adalah disyorkan untuk membawa bekalan roti dengan jumlah yang sesuai. Roti yang sesuai untuk aiskrim colek bukanlah roti hot dog. Tetapi roti yang lebih kurang sama dengan hot dog namun warnanya agak kekuningan dan rasanya agak manis. Berbanding roti hot dog yang berwarna putih dan rasanya juga tawar. Roti ini boleh didapati di kedai pembekal barangan aiskrim. 5. Loceng dan Kelengkapan lain Loceng ialah alat penting untuk memanggil pelanggan. Agak pincang bisnes aiskrim anda tanpa kehadiran suara merdu dari loceng. Anda digalakkan menggunakan loceng yang kecil. Loceng yang kecil menghasilkan bunyi kling..kling, manakala loceng yang besar megeluarkan bunyi kleng..kleng. Manakala kelengkapan lain yang anda harus sediakan ialah. a. Uncang duit tukaran (petty cash) b. Buku rekod jualan harian 29
c. Buku rekod inventori d. Kalkulator – Jika perlu e. Pen
Setelah lengkap kesemua alatan anda tadi anda sudah boleh mula buat aiskrim dan mula menjana duit untuk dimasukkan ke dalam poket anda. Bertindak segera!
30
BAB 4 : RAHSIA PEMPROSESAN AISKRIM Berikut adalah formula penghasilan aiskrim menggunakan bahan asas Tepung Ubi BAHAN A BIL
BAHAN
SUKATAN
CATATAN
1.
Tepung Ubi
400gm
Tepung ubi terpilih sahaja
4.
Air
4 Liter
Guna air bertapis untuk tekstur lebih halus
5.
Gula Pasir
700gm
Boleh ubah ikut tahap kemanisan pilihan
6.
Garam
10gm
8.
Susu Cair
1 Tin
Guna yang berjenama. Yang kurang
9.
Susu Pekat
1 Tin
berjenama menghasilkan aiskrim yang kurang lemak
10.
Perisa
Secukup Rasa
11.
Pewarna
Secukupnya BAHAN B
1.
Ais
2 Beg Besar (9kg)
2.
Garam Kasar
1-5kg
Keterangan Penggunaan Bahan 1. Tepung Ubi Resepi asal yang di ambil dari Thailand atau Kemboja tidak menggunakan tepung ubi. Mereka menggunakan tepung keladi atau tepung keledek. Tapi di Malaysia kita tidak akan jumpa tepung keladi dan keledek. Boleh jumpa tetapi sangat sukar. Oleh itu bapa saya telah mengubahsuai resepi asal dengan menggantikannya dengan tepung ubi. Sejak tahun 1995 lagi bapa saya telah mempelopori teknik membuat aiskrim dengan tepung ubi. Kalau jumpa siapa-siapa yang buat aiskrim guna tepung ubi, maka sanadnya dari bapa sayalah tu.
31
Untuk konteks Malaysia, tepung ubi yang berkualiti amat sukar ditemui. Oleh itu hanya beberapa jenama tepung ubi sahaja yang boleh atau sesuai digunakan untuk membuat aiskrim colek. Iaitu jenama: a. Tepung Ubi cap Kapal ABC b. Tepung Ubi Cap Ubi Kayu Oleh itu, tepung ubi selain dari cap di atas adalah TIDAK sesuai digunakan. Tidak sesuai untuk membuat aiskrim sahaja, untuk membuat produk makanan lain mungkin tiada masaalah. Daripada dua jenama di atas, jenama Kapal ABC lebih mudah ditemui berbanding jenama Ubi Kayu. Saya rasa di mana-mana kedai runcit dan kedai borong pun ada menjual tepung ubi jenama ini. Ianya boleh didapati dalam pek seberat 500gm, 1kg dan guni 25kg. Berbanding dengan tepung ubi cap Kapal ABC, tepung ubi cap Ubi Kayu lebih sukar ditemui. Walaupun harganya agak mahal sedikit namun aiskrim yang dihasilkan dari tepung ubi ini lebih halus dan lembut, malah kanjinya juga lebih mudah berkilat ketika dimasak. Apa pun, penting untuk anda mendapatkan tepung yang segar atau masih baru. Anda digalakkan menghidu tepung ubi sebelum membelinya untuk mengelak membeli tepung ubi yang telah lama. Ini kerana tepung ubi yang lama berbau hapak. Tepung ubi yang berbau hapak akan menghasilkan aiskrim yang hapak juga.
32
2. Air Untuk menghasilkan satu bancuhan aiskrim, jumlah air yang ditetapkan ialah 4 liter sahaja. Tidak kurang dan tidak lebih. Oleh itu anda digalakkan menyediakan jug sukatan liter untuk menyukat jumlah air yang tepat. Penggunaan air yang berlebihan akan mengakibatkan wujudnya ‘ice crystal’ di dalam aiskrim sekaligus mengakibatkan aiskrim menjadi keras seperti batu selepas dibekukan kelak. Anda boleh menggunakan air paip atau pun air tapis (RO dan lain-lain). Namun penggunaan air yang ditapis lebih baik kerana tekstur aiskrim lebih halus.
3. Gula dan Garam Jumlah gula sebanyak 700gm yang dinyatakan di dalam formula di atas adalah untuk kemanisan aiskrim sederhana sahaja. Anda bebas mengubah sukatan gula mengikut kesukaan anda sama ada dikurangkan atau ditambahkan. Pada saya, kadar kemanisan adalah berbeza-beza mengikut tempat dan negeri. Contohnya, orang-orang Kelantan mempunyai kadar rasa kemanisan yang tinggi. Oleh itu jumlah gula untuk aiskrim yang dibuat untuk jualan di Kelantan mungkin perlu dilebihkan. Gula pasir juga boleh digantikan dengan jenis gula yang lain. Contohnya gula ekstrak stevia, dan anda boleh menghasilkan aiskrim yang sihat untuk pelanggan anda.
33
4. Susu Cair dan Susu Pekat
Susu yang boleh digunakan ialah susu cair dan susu pekat. Susu ini sangat mudah didapati, di kedai runcit kampong-kampung pun ada jual. Anda bebas menggunakan apa jua pun cap susu cair dan susu pekat. Namun dinasihatkan tidak memilih jenama susu yang murah kerana kurang dari rasa susu dan lemak. Nak guna susu cair sahaja pun boleh namun kena tambah kuantiti gula. Selain susu cair dan susu pekat, anda juga boleh mencuba menghasilkan aiskrim dengan menggunakan susu yang istimewa, contohnya susu kambing. Selain itu boleh menggunakan santan pekat untuk menggantikan susu. Terdapat juga yang mengajar dengan menggunakan susu kotak jenama Dutch Lady. Terpulang kepada selera masing-masing.
34
5. Perisa dan Pewarna
Salah satu kelebihan pembuat aiskrim independent (indie ice cream maker) ialah anda bebas membuat apa jua perisa aiskrim pun dengan warna yang anda gemari. Oleh itu selain perlu bijak menghasilkan perisa aiskrim yang lazat, anda juga perlu mewarnakan aiskrim dengan warna yang tepat. Oleh itu anda digalakkan menghasilkan aiskrim yang digemari dan mendapat sambutan hangat sahaja. Contohnya: a. Perisa Coklat b. Perisa Vanilla c. Perisa Jagung d. Perisa Strawberry e. Perisa Durian f.
Perisa Keladi
35
Selain itu, untuk aiskrim tempahan khas seperti majlis-majlis tertentu, anda boleh meluahkan kreativiti anda dengan menghasilkan aiskrim perisa berikut, ya tentunya dengan harga yang berbeza: a. Bittersweet Chocolate Indulgence b. Caramel Coffee c. Tiramisu d. English Butterscotch e. Aiskrim Tapai f.
Aiskrim Coconut Shake
6. Ovalette Ovalette ini dikenali juga dengan nama Quick 75 atau Sponge Cake Stabilizer. Warnanya oren atau kuning dan teksturenya seperti
gel.
Ovalette ini berfungsi
untuk mempercepatkan proses
pengembangan dan pembekuan aiskrim di dalam mesin. Boleh gunakan apa-apa jenama, saya selalu gunakan ovallete yang tiada brand yang banyak dijual di kedai-kedai bakeri.
36
7. Ais dan Garam Kasar Di dalalam formula tadi ada dinyatakan BAHAN B iaitu ais dan garam kasar. Kedua-dua bahan ini bukan untuk dimasukkan sekali ke dalam adunan aiskrim sebaliknya untuk kegunaan mesin. Ais dan garam kasar dimasukkan di sekeliling silinder mesin aiskrim untuk membantu menyejukkan sekaligus membekukan aiskrim. Namun pembekuan aiskrim di dalam mesin aiskrim bukanlah 100% beku. Pembekuan seterusnya dilakukan di dalam freezer. Penggunaan garam kasar ialah untuk membantu menyejukkan lagi suhu ais dan mengelakkan ais cepat cair. Oleh itu, semakin banyak garam semakin bagus. Di sesetengah tempat garam kasar boleh dibeli dengan harga sepuluh sen sahaja sekilogram, oleh itu boleh melebihkan sedikit kuantiti garam kasar sehingga 5kg. Campuran ais dan garam kasar yang masih berbaki di dalam mesin jangan dibuang walaupun aiskrim telah siap diproses, kerana masih boleh disimpan dengan membekukan semula di dalam freezer dan boleh digunakan lagi untuk memproses aiskrim di masa akan datang. Walaubagaimanapun, penggunaan ais dan garam kasar hanya untuk mesin aiskrim budget yang diimport dari Kemboja atau Thailand sahaja. Mesin-mesin aiskrim moden yang diimport dari China atau Taiwan tidak menggunakan ais dan garam. Mesin aiskrim moden yang diimport dari China atau Taiwan mempunyai keupayaan sendiri untuk membekukan aiskrim dengan pantas.
37
Cara Pemprosesan Langkah 1
Sukat dan sediakan semua bahan dan alatan. Tetapkan perisa aiskrim yang ingin anda hasilkan dan buatlah persiapan yang lengkap. Susun kesemua bahan di atas meja dan pastikan kesemuanya berada di dalam keadaan yang teratur. Pastikan kawasan pemprosesan aiskrim anda berada di dalam keadaan yang bersih. Langkah 2
Di dalam sebuah periuk sederhana, campurkan tepung ubi bersama air dan larutkan sehingga sebati. Letakkan periuk tadi ke atas dapur dan hidupkan api dapur. Kacau perlahan-lahan. Gunakan senduk kayu untuk mengacau adunan tadi. Masak sehingga likat dan berkilat. Proses ini dinamakan proses 38
memasak kanji. Jikalau anda masak kanji tidak berkilat aiskrim anda akan menjadi kasar dan keras. Teruskan mengacau sehingga berkilat. Setelah betul-betul berkilat matikan api. Langkah 3
Masukkan gula, garam, susu pekat, susu cair, perisa dan pewarna ke dalam adunan kanji tadi. Kacau lagi sehingga semuanya sebati. Jumlah pewarna boleh di adjust sehingga mendapat warna yang seperti anda harapkan. Jadual penggunaan pewarna dan perisa adalah seperti di bawah:
39
BIL 1
AISKRIM Chocolate
PERISA
PEWARNA
Coklat
Coklat
CATATAN Boleh digantikan dengan serbuk koko dan chocolate emulco
2
Jagung
Jagung
Manis Kuning Telur
Boleh tambah
(Sweetcorn Flavor)
dengan satu tin jagung ala krim
3
Strawberry
Strawberry
Merah
atau
Merah Boleh tambah
Carmoisine
sedikit asid sitrik (10gm) untuk memasamkan aiskrim
4
Vanilla
Vanilla
Tiada
atau
sedikit
pewarna kuning 5
Keladi
Keladi atau Fragrant Ungu Taro
6
Durian
7
Bittersweet Chocolate Guna 100gm Chocolat Powder yang dimasak Taburkan sedikit Indulgence
Durian
Kuning
sekali di dalam kanji
coklat cip selepas aiskrim dikeluarkan dari mesin
8
Caramel Coffee
Cappucino
dan Brown
Caramel Flavor 9
Tiramisu
Cappucino
Tiada
Taburkan serbuk koko di atas permukaan aiskrim sebelum dibekukan
10
English Butterscotch
Vanilla
dan Tiada
Butterscotch 11
Aiskrim Tapai
Coconut Milk Flavor
Tiada
Tambahkan 200gm tapai ubi
40
yang telah dibuang urat 12
Aiskrim Shake
Coconut Vanilla dan Coconut Tiada Flavor
Boleh tambahkan sedikit santan pekat atau serbuk santan
Campurkan Perisa dan Pewarna dan kacau sehingga sebati. (Contoh di atas ialah perisa coklat)
Setelah adunan sebati bolehlah diteruskan ke langkah seterusnya.
41
Langkah 4
Tuangkan aduanan kanji yang telah dimasak tadi ke dalam silinder mesin bersama 2 sudu ovelette. Tidak perlu tunggu sehingga adunan sejuk. Namun jikalau menggunakan mesin yang moden dari China atau Taiwan perlu disejukkan sehingga betul-betul sejuk sebelum boleh di tuang ke dalam mesin. Pastikan semua bahan telah dimasukkan kemudian tutupkan silinder dengan penutup yang telah disediakan.
42
Langkah 5
Untuk penggunaan mesin China dan Taiwan, anda hanya perlu hidupkan mesin dan mesin akan memproses aiskrim secara automatic. Namun, bagi penggunaan mesin budget, anda perlu pasangkan silinder tadi ke dalam tong kayu dan dan pasangkan gear pada tong kayu tersebut bagi menghubungkan silinder dan tong kayu tadi. Setelah itu pasangkan tong kayu yang telah siap dipasang dengan gear kepada body mesin. Selepas semuanya siap, on kan mesin dan biarkan mesin berputar selama 10 minit. Selepas 10 minit, masukkan ketulan ais dan diselang-selikan dengan garam kasar. Biarkan mesin berputar sehingga 30 minit dan putaran mesin akan menjadi perlahan akibat aiskrim mulai mengembang dan membeku. Setelah putaran mesin menjadi berat, off kan mesin. 43
Langkah 6 Keluarkan aiskrim yang telah siap dari silinder mesin dan masukkan/tuangkan ke dalam bekas plastic. Pastikan bekas tersebut memadai untuk menyimpan 8 liter aiskrim. Tutup bekas tersebut dengan penutup jikalau bekas itu tidak mempunyai penutup memadai dibalutkan dengan plastic wrap. Ketika proses penyimpanan atau pembekuan, penting untuk menutup permukaan aiskrim. Jika tidak ice crystal akan wujud dengan banyaknya di dalam aiskrim. Kemudian, masukkan aiskrim tadi ke dalam freezer dan biarkan ianya membeku at least 1-2 jam, sebelum boleh dijual.
44
Carta Alir Pemprosesan Aiskrim Persiapkan semua bahan dan alatan, pastikan dalam keadaan tersusun kemas dan bersih
Campurkan tepung ubi dengan air dan masak sehingga likat dan berkilat
Matikan api dan masukkan kesemua bahan lain kecuali ovalette dan kacau lagi sehingga sebati
Masukkan adunan kanji dan ovalette (2 sudu) ke dalam silinder mesin dan pasangkan kepada tong kayu
Pasangkan tong kayu kepada body mesin dan on mesin selama 10 minit
Masukkan ais dan garam kasar dan putar lagi sehingga 30 minit atau sehingga mesin menjadi berat
Tuangkan aiskrim ke dalam bekas lain. Tutup bekas itu dan simpan di dalam freezer
Kemaskan kawasan pemprosesan dan basuh kesemua alatan dan pastikan kawasan dalam keadaan seperti yang asal
45
Demikianlah tatacara penyediaan aiskrim menggunakan tepung ubi. Kami disini memanggilnya aiskrim tepung ubi. Dari dulu sehingga sekarang memang menggunakan tepung ubi untuk menghasilkan aiskrim. Ini kerana tekstur tepung ubi setelah dimasak mirip kepada gelatine yang digunakan secara meluas di kilang-kilang untuk membuat aiskrim. Kita tidak membuat aiskrim daripada gelatine kerana harganya mahal dan sukar untuk mendapatkan bekalan gelatine yang benar-benar halal.
Bolehkah Menghasilkan Aiskrim Tanpa Tepung Ubi Dan Gelatine? Ini adalah soalan yang paling kerap saya terima dari peserta saya. Soalan yang sama ditanya secara bertalu-talu menyebabkan saya terpaksa melakukan RnD untuk menghasilkan aiskrim tanpa menggunakan tepung ubi. Saya hubungi semula para pensyarah saya di universiti ketika belajar dahulu untuk mendapatkan khidmat nasihat. Ada juga saya dapatkan pandangan dari rakan-rakan di MARDI. Semata-mata untuk mendapatkan formula baru. Ini kerana rata-rata peserta saya yang telah menjual aiskrim secara besar-besaran telah mula berasa letih untuk memasak tepung ubi berkali-kali. Tepung ubi menjadi kental dan melekat kuat pada periuk setelah dimasak. Ini menyukarkan proses mencuci periuk tersebut. Itu lah yang meletihkan. Peserta wanita pula mengadu lenguh tangan kerana proses memasak tepung ubi memakan masa yang lama untuk dikacau. Tepung menjadi likat dan adunan berat untuk dikacau. Alhamdulillah, kini saya dan team saya telah hampir berjaya menghasilkan aiskrim tanpa menggunakan tepung ubi mahupun gelatine. Prosesnya sangat mudah malah kosnya juga semakin murah. insyaAllah, jika sudah Berjaya nanti saya akan ajar. Tapi bukan disini ya. Formula baru ini saya akan ajar khusus untuk peserta kursus dan pembeli pakej saya sahaja. Jangan marah ya =) .
46
Persiapan Operasi Perniagaan Langkah 1
Keluarkan aiskrim dari freezer dan masukkan ke dalam tong insulasi. Keluarkan aiskrim mengikut kepada kuantiti yang diperlukan sahaja. Langkah 2 Masukkan kesemua alatan operasi perniagaan ke dalam kenderaan anda. Kenderaan yang terbaik ialah van. Namun kereta juga masih mencukupi untuk perniagaan aiskrim. Ini kerana anda tidak perlu membawa mesin aiskrim atau generator set ke tapak bisnes. Namun untuk memudahkan anda menyusun dan mengangkut barang van adalah pilihan kenderaan terbaik. Jikalau anda tidak mempunyai van tetapi ingin menggunakan stall, anda perlu membeli stall yang yang boleh dibuka pasang. Langkah 3 Sediakan tukaran wang yang mencukupi. Kon, cup dan roti yang mencukupi. Tisu dan sudu aiskrim jangan dilupakan. Langkah 4 Bergerak ke tapak niaga, berselawatlah sepanjang perjalanan supaya mendapat keberkatan dan dijauhkan sebarang musibah. 47
Langkah 5
Sampai ke tapak niaga, keluarkan kesemua alatan dari kenderaan anda. Pasangkan stall anda, pasangkan juga payung jika ada dan susun kesemua alatan dalam keadaan yang teratur. Periksa aiskrim anda jika sudah boleh si scoop. Aiskrim colek tidak boleh terus di scoop serta-merta. Biarkan ianya lembut seketika sebelum boleh di scoop. Jikalau masih keras buka penutup tong insulasi aiskrim dan biarkan seketika.
Langkah 6 Setelah dipastikan aiskrim sudah boleh discoop, boleh lah mulakan bisnes anda. Bacalah doa dan mohon dimurahkan rezeki. Mulakan mengetuk loceng anda. Selamat berjuang!
48
BAB 5 : INFO ASAS TENTANG AISKRIM Semua orang kenal aiskrim, tahu aiskrim dan biasa memakan aiskrim. Tidak kira usia kecil atau dewasa, semua orang menggemari aiskrim. Dibandingkan dengan negara lain, jualan aiskrim di Malaysia agak tinggi dan lumayan. Malaysia adalah negara yang agak panas, dengan menikmati aiskrim ia akan memberi kesegaran dan kenikmatan yang tidak terhingga kepada penggemarnya. Walaubagaimanapun ada beberapa jenis aiskrim yang popular di Malaysia. Ada yang murah dan ada yang mahal. Ada juga yang lembut dan ada yang keras. Untuk itu, sebagai seorang bakal usahawan aiskrim berjaya, anda harus mengetahui jenis aiskrim dengan lebih mendalam.
Jenis-Jenis Aiskrim 1. Soft Ice Cream (Aiskrim Lembut) Soft ice cream ialah aiskrim yang diproses menggunakan ramuan yang pelbagai dan kandungan kimia yang tinggi bagi mendapatkan tekstur aiskrim yang licin dan lembut. Aiskrim ini perlu menggunakan mesin ketika diproses dan dijual sama seperti aiskrim sundae McDonaldS. Dari segi reputasi, aiskrim jenis ini mendapat sanjungan yang tinggi kerana aiskrim ini kelihatan moden dan canggih berbanding aiskrim yang lain. Aiskrim ini juga menjadi pujaan ramai kerana teksturnya yang lembut dan menggoda. Dari sudut bisnes, aiskrim ini memerlukan komitmen modal yang tinggi kerana harga mesin soft ice cream sangat mahal terutama yang dibuat oleh negara barat seperti jenama Taylor’s. Mesin jenama ini boleh mencecah puluhan ribu ringgit sebuah. Walaupun di pasaran Malaysia telah ada mesin-mesin soft ice cream buatan China namun kualiti aiskrim yang dihasilkan berbeza-beza. Oleh itu, berhati-hatilah ketika memilih mesin kerana mesin yang bagus biasanya tidak dijual terlalu murah. Yang keduanya, aiskrim lembut memerlukan tenaga elektrik ketika diproses dan ketika menjalankan operasi perniagaan, ini kerana mesin aiskrim diperlukan untuk menjana aiskrim keluar dari mesin (mengepam aiskrim). Oleh itu aiskrim ini sangat sesuai diniagakan di lokasi yang mempunyai bekalan elektrik yang tetap. Seperti di pasaraya, kiosk, restoran dan kafe.
49
Walaupun ada yang telah menjual soft ice cream di jalanan seperti di pasar malam, pasar tani, pesta, dan lain-lain event, operasi perniagaan mereka agak terganggu. Ini disebabkan ketahanan mesin aiskrim tidak dapat dikawal kerana mereka menggunakan generator set untuk menjana elektrik. Pernah beberapa kali saya melihat mesin aiskrim meletup ketika peniaga soft ice cream beraksi di tapak pameran. Oleh itu, teknik perniagaan seperti ini boleh mengakibatkan kerugian dari segi kerosakan mesin dan juga kos bahan api generator. Antara lain yang saya perhatikan dan juga dari pengalaman sendiri, kelemahan aiskrim ini ialah dari segi operasinya yang agak remeh. Mesin perlu diangkut ke lokasi perniagaan dan ini juga merupakan satu beban. Kerana mesin ini sangat berat. Berat kasar sebiji mesin soft ice cream ialah 130kg. Jadi kita memerlukan 3 hingga 4 orang lelaki untuk mengendalikan mesin ini ke tapak bisnes. Untuk mengelakkan mobility mesin soft ice cream, kita hendaklah mencari tapak perniagaan yang permanent. Namun, pada yang mempunyai modal yang besar, bolehlah membeli sebiji lori kecil untuk dijadikan kiosk aiskrim supaya tidak perlu lagi mengangkut mesin ke hulu-hilir. Antara keperluan untuk memulakan perniagaan soft ice cream: a. Mesin Soft ice cream b. Generator set untuk menjana elektrik sekurang-kurangnya 1800kw c. Pembekal serbuk atau cecair soft ice cream yang boleh dipercayai d. Chiller atau freezer untuk menyimpan cecair soft ice cream – jika guna cecair e. Ilmu menghasilkan soft ice cream, jika menghasilkan soft ice cream sendiri Anggaran kos permulaan untuk perniagaan soft ice cream jika menggunakan mesin soft ice cream gred sederhana ialah RM10k. Pada sesetengah orang ini merupakan satu angka yang besar. Namun, tidak dinafikan. Produk soft ice cream boleh menjadikan pengusahanya kaya dan berjaya asal sahaja berniaga di tempat yang betul dan pasaran yang tepat. Saya sendiri pernah menjual hampir 700 kon soft ice cream sehari ketika berniaga di satu event di Kota Bharu. Justeru, jika anda ingin berniaga aiskrim lembut anda harus mempunyai komitmen modal yang tinggi dan tapak perniagaan indoor yang tetap. 2. Hard Ice Cream (Aiskrim Colek – Aiskrim Yang Kita Belajar Tadi) Aiskrim ini ialah sejenis aiskrim yang mempunyai tekstur yang agak keras berbanding aiskrim lembut tadi. Permukaannya juga sedikit kasar dan tidak terlalu licin. Walaupun diklasifikasikan sebagai ‘keras’ tetapi tidaklah keras seperti batu. Aiskrim ini juga masih boleh dicolek atau scoop
50
menggunakan scoop khas. Ya, scoop khusus untuk perniagaan, bukan seperti scoop biasa untuk kegunaan rumah. Di pasaran terdapat beberapa standard aiskrim colek. Aiskrim colek jenis premium ialah aiskrim dari jenama Baskin Robin dan Haagen Dass. Aiskrim colek premium adalah aiskrim colek yang mahal kerana diperbuat daripada ramuan berkualiti tinggi. Aiskrim colek premium juga biasanya mempunyai perisa-perisa yang unik dan pelbagai, contohnya; Belgian Chocolate, Tiramisu, Romantic Strawberry dan lain-lain. Kemudian aiskrim colek jenis biasa ialah seperti yang kita selalu beli dari jenama Magnolia, Wall’s dan juga Nestle. Perisa-perisa yang ditawarkan juga dalah dari perisa-perisa yang common seperti perisa Vanilla, Coklat, Jagung dan Keladi. Kemudian ada lagi jenis aiskrim colek yang lebih mesra dengan pengguna ialah aiskrim colek tiada jenama yang biasanya diniagakan di atas motor dan di pasar malam oleh peniaga Bangladesh, Pakistan, Kemboja atau Indonesia. Apa yang membezakan aiskrim colek yang bergred tinggi dan yang bergred rendah ialah kadar pengembangannya. Kadar pengembangan aiskrim dipanggil sebagai ‘overrun’. Sebagai contoh aiskrim Haagen Dass hanya mempunyai kadar pengembangan atau overrun sebanyak 15% manakala aiskrim Magnolia mempunyai kadar pengembangan sebanyak 60% (sebagai contoh sahaja). Overrun ialah proses kemasukkan udara kedalam aiskrim ketika aiskrim diproses. Jadi kenapa aiskrim Magnolia lebih murah berbanding aiskrim Haagen Dass? Kerana kebanyakan kandungan aiskrim Magnolia ialah udara. Jikalau anda membeli 1 liter aiskrim Magnolia anda hanya makan 400ml aiskrim dan 600ml udara (sebagai contoh sahaja). Selalunya, aiskrim yang memiliki kadar overrun yang tinggi lebih mudah cair berbanding aiskrim yang mempunyai overrun yang rendah. Oleh itu adalah sangat-sangat tidak wajar untuk anda berniaga aiskrim dengan membeli aiskrim sedia ada di pasar raya.
51
PENUTUP Malaysia merupakan negara yang sangat sesuai untuk berbisnes apatah lagi bisnes makanan, orang Malaysia memang suka makan! Ramai pendatang a.k.a pedagang dari Indonesia, Kemboja, Thailand malah Afrika sanggup berhijrah ke bumi Malaysia semata-mata untuk berbisnes. Kenapa? Kerana rakyat Malaysia kebanyakkannya makan gaji dan mereka hanya merebut apa yang kita tidak usahakan. Mereka merebut peluang yang kita tinggalkan. Contohnya aiskrim, di dalam taman perumahan kita berapa orang yang ada mengusahakan perniagaan aiskrim? Tiada bukan. Nah maka peluang ini direbut oleh mereka. Walaupun begitu, jumlah peniaga aiskrim yang betul-betul aiskrim masih kurang. Orang ramai terpaksa membeli aiskrim jenama mahal untuk menikmati aiskrim. Peniaga aiskrim halal juga sangat kurang dan boleh dikatakan tidak wujud di banyak tempat. Walaupun penjualnya Islam, aiskrimnya belum tentu ‘Islam’. Setiap hari kita membeli dan menikmati aiskrim malah membelikan juga untuk anak-anak kita aiskrim buatan kilang yang tinggi kandungan gula, pewarna dan pengawet. Bahkan, jika dibeli di tepi jalan pun, belum tentu aiskrimnya halal. Sedangkan, kebanyakan penggemar dan pembeli aiskrim ialah orang-orang Melayu. Ini sebenarnya merupakan cabaran yang besar kepada umat Islam, khususnya umat Islam di Malaysia untuk menyediakan produk yang halalan toyyiban untuk masyarakatnya. Tidak ramai pengusaha yang membuat dan menjual aiskrim. Ramai yang berniaga atau menjual aiskrim tidak memproses sendiri aiskrim mereka, sebaliknya mendapatkan bekalan dari bangsa lain. Ini menjadikan perniagaan mereka tidak ‘indipendent’ selain ditakuti menjadi syubhah. Alhamdulillah. Selesailah perjalanan pengembaraan bisnes aiskrim. Saya yakin pembacaan anda ini sedikit-sebanyak memberikan kefahaman yang jitu tentang perniagaan aiskrim di Malaysia. Secara bayangan anda pasti sudah boleh membayangkan bahawa perniagaan ini merupakan perniagaan yang mudah dan murah.
52
Walaubagaimanapun, setiap perniagaan ada cabarannya yang tersendiri. Anda harus mengalaminya untuk mengetahui pahit manis perniagaan ini. Namun, berbekalkan sedikit info yang terkandung di dalam ebook ini, insyaAllah anda akan dapat mengatasinya. Berusahalah sebaik-baiknya, niatkan untuk menyelamatkan umat islam dari terus memakan aiskrim yang was-was. Jangan mudah berputus asa.
Anda tidak akan kaya dan berjaya dalam masa
seminggu sahaja. Bersabarlah jika tidak dapat jualan yang memberangsangkan, tukar plan dan strategi. Mudah-mudahan diberkati. Mintalah pada Allah sesungguhnya Dialah maha Pemberi. InsyaAllah anda kaya dan Berjaya. Amin.
Yang ikhlas, Chef Afiq Bin Dato’ Chef Li 53
PAKEJ PERNIAGAAN AISKRIM Jika anda berminat untuk meneruskan dengan perniagaan aiskrim ini, pihak kami ada menyediakan pakej perniagaan aiskrim. Pakej ini mengandungi: 1. Mesin Aiskrim 2. Tong Insulasi 3. Stall Mudah Lipat 4. Kursus Memproses Aiskrim Colek PLUS Bonus Kursus Pemprosesan Beberapa Jenis Aiskrim Lain 5. T-Shirt 6. Khidmat Nasihat Untuk membeli pakej ini bolehlah menghubungi saya Chef Afiq di talian 013-6082210 atau emel:
[email protected] atau boleh ke FB page “Aiskrim Mukmin kursus dan pakej bisnes”. Jazakallahu Khairan Kathira Terima kasih kerana membaca ebook ini. Selamat maju jaya. Wassalam.
54