SISTEM BISNES PRO
[MODUL 7]
TEKNIK KUMPUL LIST DI FACEBOOK PAGE
1
Dalam Modul 7 dan terakhir ini saya akan DEDAHKAN pula bagaimana anda boleh KUMPUL LIST Database di FB page. Tetapi saya tak akan ajar bagaimana nak set-up FB page sebab anda boleh belajar untuk buat FB page dari Internet. Anda boleh search di Google atau YouTube. Kenapa anda kena ada FB fan page ni sebab ianya adalah umpama kedai anda di dalam facebook. Takkan nak guna personal FB Profile.. nampak tak professional gitu. Ramai pengguna yang membuat carian (search) di dalam FB juga selain dari di Google atau Yahoo. Jadi kalau kita tiada FB Page sendiri, bermakna kita akan terlepas banyak peluang mendapat pelanggan melalui FB. Antara kelebihan lain FB Page:
Tiada had friendlist – FB Profile hanya terhad kepada 5,000 friendlist sahaja. Dengan FB Page anda boleh kumpul sehingga sejuta friendlist atau lebih tanpa masalah. Asingkan hidup peribadi dengan bisnes – kalau hari-hari anda promosi bisnes/produk anda di FB Profile pasti friendlist anda akan rasa menyampah dan seterusnya menjejaskan reputasi anda dan bisnes anda sendiri. Bantu menaikkan imej dan branding bisnes anda. Mudah untuk anda guna FB Ads nanti. Boleh lantik orang lain atau staf yang dipercayai untuk menguruskan FB Page anda agar anda boleh focus melakukan tugas anda yang lain.
Anda boleh tengok di dalam facebook ada beribu fan page, so anda boleh ambil satu contoh fan page yang sesuai dengan niche bisnes anda dan seterusnya create satu fan page untuk bisnes anda sendiri. Seterusnya anda masukkan lah beberapa posting ke dalam fan page anda supaya tidaklah nampak terlalu kosong. FB Page yang kosong akan mengakibatkan bakal pelanggan anda rasa kurang percaya pada bisnes anda. Bagi menunjukkan yang FB Page anda hidup dan meyakinkan, anda boleh banyakkan post bergambar seperti gambar aktiviti, gambar produk, testimoni pelanggan dan lain-lain. Banyakkan engagement dengan fans atau pelanggan/bakal pelanggan anda. Galakkan 2
mereka untuk memberi respon kepada posting anda seperti Like, Komen &
Share. Di bawah ni beberapa contoh fan page yang telah siap. Lihat contoh FB page Qerna Dhia di bawah ini… ada lebih 166 ribu Like!
Seperti yang saya terangkan dulu di Modul 1, Website/Blog dan FB Page ini adalah umpama Kedai Online kita di mana kita perlu tarik pelawat/trafik seramai yang mungkin. So, kalau di FB page macam mana kita nak tarik trafik ialah kita kena buat “Like Marketing” untuk bina FANS (peminat)! Ini adalah langkah pertama yang paling penting.. Bina FANS! Di facebook, fans yang dimaksudkan ialah audience yang telah “Like” FB page anda. Untuk tingkatkan likes di FB page, anda perlu lakukan pemasaran yang dinamakan Like Marketing. Bila ramai orang Like FB page anda maknanya apa saja yang anda post di FB page anda itu FANS anda yang ramai itu akan dapat lihat. So, ia akan menjadi promosi yang lebih TARGETED kepada audience yang memang berminat dengan produk anda. Bermakna anda akan senang dapat jualan! 3
(Jangan risau, untuk set-up “Like Marketing” ini sila rujuk pada produk Bonus). Seterusnya, dari FB page itu kita mesti kumpul database fans kita. Biasanya database yang kita akan kumpul ialah nama dan email. Untuk kumpul database ni of course lah kita guna autoresponder seperti Trafficwave. Jika anda dah lama buat bisnes, tapi tak pernah kumpul database, maknanya anda tak buat bisnes! Anda hanya buat duit je! Bila nak duit je baru nak cari dan jual produk. Bisnes ni kita perlu buat untuk jangka masa panjang! Untuk pastikan bisnes kita bertahan lama, database lah yang kita perlukan. Ia adalah ASET penting dalam bisnes kita! So, bagaimana nak kumpul database di FB page? Jika anda perasan di FB page ada button untuk “Call-to-Action” (CTA) yang anda boleh gunakan untuk menyuruh fans anda lakukan sesuatu. Jika anda ingin fans/audience buat tempahan atau pendaftaran, masukkan link di butang tersebut. So, dalam kes ini anda ingin kumpul database fans, jadi masukkan link squeeze page di butang CTA tersebut.
Step 1: Untuk buat CTA, pada “cover photo” fan page anda, klik pada butang CTA.
4
Step 2: Pilih jenis CTA yang anda nak… klik pada “Sign Up”.
5
Step 3: Masukkan link squeeze page anda tu, kemudian klik butang “Create” atau “Save Changes”.
Dah siap! Senang jer kan..
6
Kemudian anda boleh test dan klik pada butang CTA tu samada ia akan pergi ke squeeze page atau blog ataupun website yang anda kehendaki... dalam kes ini akan keluar lah squeeze page/opt-in form tersebut. Squeeze page ini amat simple tapi memadai untuk kumpul database fans atau prospek. Anda boleh buat squeeze page yang lebih menarik dari ini.
7
Dengan ini tamatlah ebook Sistem Bisnes Pro yang mengandungi 7 Modul ini. Jangan lupa untuk rujuk produk-produk Bonus yang saya berikan bersama dengan 7 Modul ini. Semoga ianya bermanfaat kepada anda. Apa yang penting adalah anda kena amalkan segala ilmu di dalam ebook ini. Ilmu tanpa amalan, sia-sia sajalah ilmu itu.
Sekian. Terima kasih.
Sensei Yusof Kushairi
8