Pecah Rahsia Bisnes Online PALING SEMPOI...
Dengan memiliki ebook ini sahaja, ianya takkan berguna jika tidak dibaca. Sila baca dengan hati terbuka dan baca hingga habis. Ulang jika masih tidak faham. Teknik-teknik yang ditunjukkan hanya akan memberikan hasil sekiranya anda TAKE ACTION , SABAR dan buatnya SAMPAI JADI. Ebook ini mengandungi PANDUAN RINGKAS TEKNIK bagaimana anda boleh menghasilkan pendapatan ONLINE secara SEPARUH MASA. Ianya bukan buku MAGIC yang boleh menghasilkan income tanpa usaha.
Terima kasih kerana sudi membaca buku ini. Saya harap anda dapat mencipta RINGGIT anda yang pertama secara online setelah anda habis membaca panduan dalam buku ini. Membaca sahaja tanpa membuat sebarang tindakan tidak akan menghasilkan RINGGIT. Sejurus anda habis membaca buku ini, sila buat 3 perkara iaitu buat tindakan, buat secara berterusan dan bersabar. Panduan dalam buku ini bukan skim cepat kaya. Anda perlu berusaha berterusan untuk memperoleh pendapatan melalui cara ini dan bersabar. Jika anda berharap bahawa buku ini seumpama skim cepat kaya atau boleh buat MAGIC, anda boleh berhenti membaca sekarang sebab tiada magic yang dikongsikan disini. Jika anda sanggup nak berusaha tanpa sebarang MAGIC, sila teruskan membaca......
Model Bisnes Online Separuh Masa yang saya nak kongsikan kepada anda dalam buku ini khusus akan fokus pada buat duit online secara santai dan sesuai dilakukan separuh masa. So dengan cara yang saya kongsikan ini, anda boleh tumpukan perhatian kepada kerja, keluarga, anak-anak dan sekaligus buat duit secara online. Dan yang bestnya anda boleh buat duit walaupun dimana anda berada dan walaupun anda sedang tidur… Sebelum bermula, saya perkenalkan diri dahulu. Nama saya Nazri Bollhassan dan sekarang menetap di Kepulauan Borneo specifically di Kuching Sarawak. Mula gatal-gatal tangan menulis blog sekitar tahun 2007 dan blog peribadi terkini saya anda boleh
lawati di NazriBollhassan.Com . Saya memiliki beberapa buah ebook panduan lain yang saya berikan secara percuma dan anda boleh download di blog saya tersebut. Salah satu sumber pendapatan saya adalah melalui affiliates dan saya lakukannnya secara part time sahaja. Apa yang saya kongsikan dalam buku ini adalah apa yang sedang saya lakukan berdasarkan pengalaman yang ada dan moga ia dapat membantu anda untuk menjana pendapatan. Ok kita mulakan….. Dalam banyak-banyak model bisnes online, hanya yang satu ini saya yakin anda boleh lakukan secara separuh masa dan tanpa mengganggu kerja-kerja anda dipejabat. Lebih-Lebih lagi modal untuk bermula adalah amat rendah. Ianya dikenali sebagai Affiliates (Pay Per Sales)
Apa Itu Affiliates
(Pay Per Sales)
Secara mudahnya saya terangkan begini : “Anda menjadi agen affiliates dan mempromosi produk/perkhidmatan kepada bakal pembeli (melalui link khas anda) dan sebagai balasannya anda dibayar komisen jika berlaku pembelian melalui link khas anda tersebut ”. Simple kan ? Anda hanya perlu kongsi link produk/perkhidmatan dan jika ada pembelian maka anda akan dibayar komisen.
Selain Pay Per Sales (PPS), terdapat 2 lagi lagi jenis affiliates yang anda boleh terokai iaitu Pay Per Lead (PPL) dan Pay Per Click (PPC). Namun dalam buku ini saya akan fokus pada PPS sahaja sebab ia boleh di automasikan, menjana pendapatan jangka panjang, kos rendah dan stabil. Walaupun nampak mudah tetapi ramai yang kecundang sebab tak ada sebarang jualan diperoleh. Sebab utama adalah tidak ada ilmu untuk melakukannnya, tidak konsisten dan tidak sabar. Yang diketahui cuma dapatkan link affiliates dan sebarkan sahaja. Dengan membaca buku ini saya harap anda akan beroleh ilmu yang sepatutnya agar anda dapat bermula dan memperoleh pendapatan melalui affiliates.
Kenapa Affiliates Sebab utama adalah ..... 1. Hanya perlu usaha minimal. Anda tak perlu masa yang banyak (1-2 jam sehari pun boleh) untuk melakukan affilites sehari. Anda boleh promote link affiliates anda di facebook, twitter, google+ dan instagram. So, ia tak mengganggu kerja anda, dapat di automasi dan dapat dilakukan secara part time. 2. Tak Perlu PANDAI buat website. Anda tak perlu tahu cara untuk buat website. Website akan disediakan oleh owner produk dan anda hanya perlu ambil link website tu sahaja untuk anda promote. 3. Boleh promote banyak jenis produk. Ada pelbagai jenis barangan yang anda boleh promosikan. Takkan wujud sindrom
tak boleh promote produk itu dan ini atas alasan persaingan. Semua anda boleh sapu untuk anda promote. 4. Tak perlu support urusan pembelian. Semua urusan pembelian dan pertanyaan diuruskan sendiri oleh owner produk. Anda hanya perlu promote link affiliates dan pembelian dilakukan direct dengan owner produk. Kerja anda hanya rekomen sahaja. 5. Jumlah komisen yang lumayan. Range komisen selalunya dari 50% hingga 75% dan kadang-kadang boleh sampai 100%. Jumlah ini amat banyak jika dibandingkan jika anda melakukan bisnes biasa yang hanya punya komisen 5%-30% sahaja.
Bagaimana Nak Jadi Agen Affiliates Ada 4 kaedah untuk jadi agen affiliates iaitu : 1. Daftar di Platform Affiliates 2. Daftar melalui jemputan khas affiliates 3. Daftar terus di web jualan (bukan Di Platform Affiliates) 4. Beli produk dan terus jadi agen Dalam buku ini saya akan kongsikan cara pertama, iaitu mendaftar di Platform Affiliates. Sebab dengan cara ini anda boleh terus lakukan bisnes online part time anda hari nie juga. Sebelum mendaftar di Platform affiliates, anda perlu pastikan bahawa TIDAK TERDAPAT SEBARANG MASALAH PEMBAYARAN KOMISEN PERNAH BERLAKU di platform
tersebut. Ini untuk elak usaha anda jadi sia-sia. Jika ada masalah, SILA JAUHI mempromosi produk dari platform tersebut. Kebiasaan platform yang tidak bermasalah adalah yang sudah lama bertapak dipasaran, popular dan terdapat otai-otai affiliates mendaftar dan mempromosi produk dari platform tersebut. Ada beberapa platform popular dan lama bertapak yang boleh anda sertai. Antaranya adalah Platform Affiliates Dari Malaysia seperti di Klikjer.com dan TimInfokerja melalui Platform mereka di JVSecurepay.com atau joint FB group JVInfokerjaya mereka untuk dapatkan link untuk joint dan dapatkan info berguna. Platform Luar Negara pula anda boleh daftar di ClickBank.com, JVzoo.com dan WarriorPlus.com
Pendaftaran untuk menjadi agen affiliates kebiasaannya adalah PERCUMA. Setelah pendaftaran berjaya, sila kemaskini data anda terutama kaedah pembayaran komisen diplatform tersebut. Sila masukkan nama penerima dan no akaun bank /paypal yang betul untuk mengelakkan masalah pembayaran. Selepas itu, sila copy link affiliates anda DAN SIMPAN LINK AFFILIATES dalam satu folder khas/buku khas. Ini bagi memudahkan anda untuk membuat promosi tanpa perlu ulang alik ke dashboard affiliates. Contoh link affiliates seperti dibawah :
Perhatian - Bukan semua platform affiliates memberikan anda aksess terus untuk mempromosikan produk. Ada yang mengkehendaki anda perlu memohon kepada tuan punya produk terlebih dahulu. Salah satu contoh di WarriorPlus. Setelah mendapatkan kelulusan barulah anda diberikan Link Khas untuk promosi. Untuk memohon di WarriorPlus,anda kenalah pergi ke Tab Affiliates, kemudian Tab Offer dan lepas tu barulah tekan Request. Rujuk dibawah.
Selepas anda tekan Request, anda akan dibawa ke satu lagi page. Kemudian tekan “Request Approval”
Selepas itu anda perlu menghantar Request Kepada Owner produk dengan mengisi form seperti dibawah. Untuk membantu anda, ayat dibawah seringkali saya gunakan untuk mendapatkan kelulusan daripada owner bagi sesuatu produk.
Contoh ayat seperti dibawah:
Apabila sudah lulus barulah anda akan dapat aksess ke link affiliates bagi tujuan promosi.
Produk Apa Yang Nak Dipasarkan Terdapat 2 kategori produk yang anda boleh pasarkan. Iaitu produk fizikal (contoh : simkad dan produk kesihatan) dan produk digital (contoh: ebook dan sofware). Ada banyak jenis produk yang boleh dipasarkan dan anda mungkin akan rambang mata. Bagi membantu anda, saya nak beri sedikit tips iaitu pilih beberapa produk yang mempunyai “Niche” yang sama. Contoh jika anda memilih produk digital seperti “blog” so anda pilih produk berkenaan “cara buat blog”, “template blog”, “hosting”, “nama domain”, “SEO untuk blog” dan sebagainya yang berkaitan. Selain itu, anda boleh berpandukan kepada senarai produk yang telah laku dijual. Jika banyak sudah terjual maka bermaksud ada
pasaran sedia ada. Berikut diantara tips yang anda boleh gunakan. Bagi platform Klikjer – anda sertai Facebook mereka dan lihat senarai produk yang paling banyak laku. Link FB Group :https://www.facebook.com/klikjer/?fref=ts
Bagi platform infokerja – ada 2 klasifikasi produk iaitu produk yang dibuka jualan sentiasa dan yang bermusim. Lihat carta yang disediakan. Contoh dibawah antara produk yang laku dan nama top affiliates bagi jualan produk Panduan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik 2016
Bagi platform Clickbank – anda perhatikan “Gravity”- Jika tinggi gravity bermaksud banyak jualan dilakukan dan ada pasaran.
Bagi platform Warriorplus – anda pergi ke bahagian Affiliates dan Klik OFFER. Disitu anda boleh memilih pelbagai produk yang sesuai untuk anda pilih.
Kaedah Pemasaran Affiliates Kebiasaannya ada 2 cara yang dilakukan iaitu yang digelar Hit & Run dan Pemasaran Email.
Hit & Run Cara ini lebih kepada menyebarkan link affiliates kepada seberapa ramai yang boleh terutama kepada “hungry buyer”. Kebiasaannya cara berbayar dilakukan dengan memasang iklan di Facebook dan Google dan ditujukan kepada sasaran tertentu bergantung kepada produk yang nak dipromosikan. Dengan cara ini, anda hanya pasangkan iklan dan tinggalkan sahaja. Tujuan Utama adalah iklan itu sampai kepada sasaran secara auto. Jika sasaran anda klik pada iklan dan menuju ke sales page bermakna anda dah berjaya selangkah untuk memperoleh pendapatan. Jika pembelian dilakukan maka anda dapat komisen. Flow melakukan cara Hit & Run seperti berikut Pilih Produk ↓ Dapatkan Link Affiliates Produk ↓ Promote Link Affiliates Produk ↓ Komisen
Cara ini cukup simple. Anda pilih produk yang nak dipromote. Dapatkan link affiliates bagi sales page produk tersebut untuk dilawati oleh bakal pembeli, promote dan tunggu duit masyukk. Antara waktu promosi yang banyak bakal pembeli adalah ketika produk launching atau ada peristiwa besar dan melibatkan ramai pihak seperti Peperiksaan Kerja Kerajaan. Bayangkan beratus ribu orang dipilih untuk menduduki peperiksaan kerajaan tanpa sebarang panduan tersedia. Pada ketika itu, sudah tentu ramai orang akan buat carian di google atau yahoo untuk mencari bahan bacaan bagi persediaan peperiksaan. Tak kurang juga yang akan share tentang iklan di facebook pada masa itu. Apabila pelanggan melawat ke Sales Page melalui link anda, maka “cookies” atau DATA tentang lawatan yang dilakukan melalui link anda akan tertanam di komputer pelanggan. Jika pelanggan beli pada ketika itu atau selama mana “cookies” masih tersimpan di Komputer tersebut maka anda dapat komisen. Cara ini lebih kepada mempromosi link untuk “menanam cookies” kedalam komputer bakal pembeli. Jika bakal pelanggan melihat promosi dari orang lain berkenaan produk yang sama, kemungkinan besar anda yang bakal mendapat komisen sebab cookies telah tertanam di komputer bakal pelanggan tersebut lebih awal.
Bagaimana Nak Buat Hit & Run Ada 2 cara yang anda boleh lakukan iaitu cara percuma dan cara berbayar.
Cara Percuma - Anda boleh buat posting ke media social seperti Facebook, Google+, Twitter dan letak link affiliates anda disitu. Untuk menghantar secara automatik anda boleh guna applikasi Hootsuite.com. Untuk applikasi android anda search Hootsuite dan install ke handphone anda. Selain di media social anda boleh sebarkan link affiliates anda di Whatsapp dan Telegram atau media lain. Cara Berbayar – Anda buat FB Ads atau Google Ads dan promosikan link affiliates anda melalui kaedah ini. Ia sesuai jika anda mempromosikan produk yang sedang hangat di cari dipasaran. Misalnya Panduan Peperiksaan PPD atau Peperiksaan Kerajaan yang lain. Promosi begini dilakukan setelah pengumuman calon perperiksaan diketahui. Promosi dilakukan sebelum peperiksaan berlangsung. Namun begitu, cara ini agak merugikan dalam jangka masa panjang. Sebab anda berbelanja dan hanya menggalakkan bakal pelanggan ke Sales Page produk tersebut. Selepas itu, pelanggan akan lupa. Kebiasaannya lawatan pertama pelanggan ke Sales Page Produk tidak akan berlaku jualan. Pelanggan memerlukan lebih banyak pendedahan kepada produk yang anda pasarkan sebelum mereka tertarik untuk membeli. Bukan setakat itu, jika anda nak mempromosikan produk lain pula, maka anda terpaksa sekali lagi mengulang proses yang sama dan sudah tentunya kos pun berulang. Sebab tu, cara yang kedua yang berikut ini lebih berkesan dan murah.
Pemasaran Email Secara mudah, pemasaran email bermaksud anda menghantar email kepada subscriber anda. Tujuan utama email dihantar adalah membina hubungan dan untuk subscriber anda pergi ke link affiliates yang anda sedang promosikan. Cara ini walaupun FLOW nya agak panjang sedikit tetapi lebih berkesan. Ini kerana anda bukan setakat mempromosi produk tetapi anda turut menyimpan database pelanggan. Database pelanggan yang anda kumpul kita gelar LIST. LIST ini pula bakal menjadi pelanggan tetap anda. Jika anda perlu mempromosi produk – produk lain, apa yang anda perlu lakukan adalah dengan BLAST email kepada LIST tersebut sahaja. Dengan cara ini anda juga dapat mengurangkan belanja promosi. Berikut process flow bagi pemasaran email. Pilih Produk Yang Sama Niche ↓ Sediakan Rantaian Email & Link Affiliates ↓ Sediakan Freebies ↓ Opt-In Page ↓ Promosi ↓ Komisen
Pemasaran email lebih berkesan kerana wujud komunikasi berterusan diantara penghantar email dan subscriber email. So, anda tidak lagi menjadi asing kepada bakal pembeli. Disamping itu, anda dapat membina pengaruh dan memberikan keyakinan kepada bakal pembeli untuk melakukan tranksaksi belian. Bila dah ada LIST jangan lah sesuka hati nak membuat promosi. Tips mudah adalah anda hantar email-email yang berkaitan sahaja kepada subscriber. JANGAN hantar yang tak berkaitan untuk elak subscriber unsubscribe atau bahasa mudahnya LARI. Jika subscriber minat tentang penjagaan kesihatan, so hantar email berkenaan kesihatan sahaja. Disamping itu, selang selikan dangan perkongsian tentang produk yang anda promosikan iaitu berkenaan penjagaan kesihatan juga. Penghantaran email boleh dilakukan secara manual atau secara auto. Terpulang kepada anda. Namun kebiasaannya kita TIDAK menghantar secara manual seperti mengguna email Gmail/Yahoo dan sebagainya. Yang diguna adalah satu sistem yang digelar Auto Responder. Dengan Auto Responder ini, anda boleh sediakan awal emailemail susulan dan biarkan ia menghantar secara automatik kepada subscriber anda. Banyak penyedia servis auto responder dipasaran. Salah satu yang saya gunapakai sekarang adalah Emelmatik sebab ianya murah, mudah dan berkesan. Anda hanya bayar sekali seumur hidup, unlimited subscriber, ada auto responder, broadcasting, tracking dan buatan Malaysia.
Jika melanggan Emelmatik, anda juga akan diberi FREE Panduan Sales page melalui BlogSpot agar anda dapat buat opt-in secara percuma. Penyedia servis auto responder lain mengenakan bayaran bulanan dalam USD dan mengikut jumlah list yang anda kumpul. Ini agak berat dari segi kos jika anda baru bermula dan hanya lakukan secara part time. Namun begitu ia mempunyai lebih banyak fungsi lain yang lebih advance berbanding Emelmatik. Jika untuk buat affiliates secara part time, emelmatik adalah memadai. Setelah anda miliki auto responder dan telah memilih beberapa produk yang mempunyai niche yang sama, sediakan email susulan berkenaan niche anda. Sediakan sekurangnya 5 email susulan. Lebih banyak lebih bagus agar anda dapat memberikan keyakinan kepada subscriber anda, memaparkan kredibiliti anda dan membina pengaruh. Selepas itu, barulah anda sediakan Freebies dalam bentuk ebook atau video atau apa-apa yang anda fikirkan sesuai. Yang penting ia PERCUMA dan DALAM NICHE produk yang anda pilih. Kemudian sediakan Opt-In Page yang menarik minat pelawat untuk mengisi alamat email mereka sebagai balasan kepada Freebies yang anda nak berikan. Target Utama anda adalah mendapatkan seberapa banyak alamat email. Sediakan sekurangnya 2 jenis Opt-In Pages yang berbeza agar anda dapat buat penilaian yang mana lebih menarik minat orang untuk mengisi email. Jika sudah kenalpasti, anda fokus mempromosi Opt-in itu sahaja.
Setelah ada 2 jenis Opt-In Page, anda hanya perlu mempromosi link ke Opt-In Page tu jer setiap hari. Ini berbeza berbanding dengan cara Hit & Run dimana anda terus mempromosikan link affiliates. So, bila anda akan bawa bakal pelanggan ke Link Affiliates? Ada 2 kaedah yang boleh dilakukan bersama. Pertama anda bawa pelanggan ke link affiliate setelah pelanggan isi borang Optin. Ini bermakna setelah bakal pelanggan mengisi alamat email di Opt In, barulah mereka secara auto akan di bawa ke link affiliates. Kedua, selain dibawa ke link affiliates, email-email follow-up beserta link affiliates akan dihantar secara auto oleh sistem auto responder anda. Jumlah email yang nak dihantar bergantung kepada jumlah email yang anda sudah sediakan dan tetapan yang anda telah buat. Jika anda tetapkan bahawa subscriber menerima email selang sehari selama sebulan, maka selama 15 kali sebulan subscriber menerima email dari anda.
Promosi Secara Auto Memandangkan anda sibuk, saya tunjukkan anda beberapa cara untuk mengautomasikan promosi. Ia boleh dilakukan secara PERCUMA dan BERBAYAR. Anda boleh gunakan Hootsuite untuk menghantar promosi secara auto ke media social seperti Facebook, Google+, Twitter dan lainlain. Sediakan dahulu iklan anda misalnya sebanyak 30 iklan berbeza (jika nak dihantar 1 kali setiap hari). Jika nak 3 kali sehari, maka buat 90 iklan berbeza.
Jika anda berhasrat nak menghantar promosi ke Facebook Group, anda boleh guna Auto Poster atau Auto Post Robot. Anda cuma perlu set beberapa kempen iklan dan ianya akan dihantar ke facebook group ikut selang masa ditetapkan. Cara tetapan bagi Autoposter saya tunjukkan diblog saya. Walaupun auto tetapi jika anda tidak buat tetapan pun tak guna juga. So luangkan masa dalam 1 jam ke 2 jam sehari untuk semakan dan kemaskini.
Bila Komisen Diterima Untuk KeduaDua Cara Ini ?? Ini lah bab yang paling mustahak. Komisen akan diterima setelah disahkan pembelian dilakukan melalui link affiliates anda. Setelah disahkan, komisen akan dibayar kepada agen affiliates mengikut terma yang telah dinyatakan. Ada sebulan sekali, ada pada tarikh tertentu dan ada pula setelah “tempoh jualan” tamat. Anda akan dimaklumkan setiap kali ada berlaku pembelian melalui link affiliates anda. Anda juga akan dimaklumkan jika pembayaran komisen telah dilakukan ke akaun bank/paypal anda.
IMBAS KEMBALI Untuk menjana income secara part time, anda boleh lakukan sekarang dengan buat cara A atau B: Cara A - Hit & Run 1) 2) 3) 4)
Daftar sebagai agen affiliates Pilih Produk yang sesuai Dapatkan Link Affiliates Sebarkan link affiliates di media sosial seperti FB, Google+ 5) Tunggu komisen jika ada pembelian melalui link anda Cara B - lebih panjang guna Email Marketing 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.
8. 9.
Daftar sebagai agen affiliates Pilih Beberapa Produk Dengan Niche Yang Sama Memiliki Sistem Auto Responder Buat sekurangnya 2 Opt In Page Sediakan Email-Email Berkenaan Niche Untuk Dihantar secara auto menggunakan Sistem Auto Responder Promosi Link Opt-In Page anda Promosi secara auto - guna FB Ads (iklan pada paparan mobile untuk lebih berkesana), Google ads, Solo Ads, FB group Auto Poster Promosi secara manual - buat posting biasa di FB atau media lain Tunggu komisen jika ada pembelian melalui link anda
PENUTUP Model bisnes online - separuh masa yang saya tunjukkan hanya akan berhasil jika anda buat mulai sekarang. Sekurangnya anda guna kaedah HIT & RUN untuk bermula. Yang terbaik adalah guna cara email marketing. Mula kumpulkan subsriber anda dan bina hubungan. Bila dah ada hubungan, mudah untuk anda pasarkan produk affiliates. Mungkin perkongsian dalam buku ini tidak mencukupi untuk anda. Anda boleh dapatkan info berkenaan model bisnes online secara part time ini melalui email-email yang saya hantar kepada anda. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya di laman blog saya di NazriBollhassan.com atau Laman Facebook saya di Fb.NazriBollhassan.com Saya juga rekomen anda untuk mendalami teknik affiliates melalui beberapa orang OTAI yang giat membantu rakan-rakan affiliate untuk menjana income. Anda boleh joint FB group Cikgu Hafiz dan Saudara Oswald Justin. Kedua-duanya sering berkongsi ilmu affiliates dan peluang untuk menjadi affiliates bagi produk mereka. TimInfokerja pun sering berkongsi info dan peluang menjadi affiliates. Anda boleh joint mereka melalui FB group JVInfokerjaya Moga sedikit sebanyak perkongsian yang saya berikan dalam buku ini dapat membuka mata anda untuk memulakan bisnes online anda bermula hari ini.
Jumpa lagi dan tunggu email dari saya yer... Ikhlas....
Nazri Bollhassan Web FB profile FB page Emel
: : : :
NazriBollhassan.com Fb.NazriBollhassan.com Faceboook.com/NazriBollhassan.my
[email protected]
-PenafianKandungan dalam ebook percuma ini adalah hasil dari pengalaman penulis. Penulis sedaya upaya berkongsi maklumat/teknik berkaitan tajuk sebaik mungkin untuk memberikan panduan bagi memulakan bisnes online separuh masa. Tiada sebarang jaminan diberikan bahawa anda akan mendapat pendapatan dengan menggunakan informasi dalam buku ini. Sebarang kerugian jika berlaku apabila mengunapakai maklumat dalam ebook ini bukan dalam kapasiti penulis.