Perlukah saya memulakan Insulin?
DMIT GROUP
Kandungan Maklumat hubungan: Dr. Lee Yew Kong Jabatan Perubatan Rawatan Utama Fakulti Perubatan Universiti Malaya 50603 Kuala Lumpur Malaysia Emel:
[email protected] Kandungan dibentuk oleh: DMIT Group - Ng CJ, Lee PY, Lee YK, Khoo EM, Chen WS, Low WY, Khatijah A, Azah AS, Syahidatul AA. Dibiayai oleh: Geran Penyelidikan Universiti Malaya Format: Ottawa Decision Guide ©2000 Konflik kepentingan: Tiada
1
Info mengenai diabetes dan insulin .......... 3
2
Mengenai pilihan rawatan .................................... 6
3
Ketahui apa yang penting ..................................... 10 bagi anda
4
Adakah anda memerlukan ................................... 11 lebih sokongan?
©DMIT Group Cetakan pertama 2012 Cetakan kedua 2014
5
Membuat keputusan anda ................................... 12
Reka bentuk & susun atur: Centre for Creative Content and Digital Innovation, University of Malaya ISBN: 978-967-99923-2-8
Buku ini milik:
Pengenalan Introduction Salam sejahtera! Buku ini adalah untuk anda sekiranya anda menghidap penyakit
Buku ini akan membantu anda dalam membuat pilihan yang
The Decision Making in Insulin Therapy Research Group Jabatan Perubatan Rawatan Utama Universiti Malaya Malaysia
Apakah kebimbangan anda? Penghidap diabetes jenis 2 yang dinasihatkan untuk memulakan insulin mungkin mempunyai perkara-perkara yang membimbangkan; antaranya seperti berikut:
Buku ini akan membantu anda dalam menangani beberapa perkara yang membimbangkan anda.
2
Mengenai rawatan insulin Apa itu insulin? Pernahkah anda tertanya apa itu insulin dan di mana ia dihasilkan? Insulin ialah sejenis hormon yang dihasilkan oleh badan bagi membantu mengeluarkan gula dari darah dan menyimpannya ke dalam otot dan lemak. Penghidap diabetes mempunyai paras gula dalam darah yang tinggi kerana badan mereka tidak dapat: mencukupi
Adakah paras gula anda dalam keadaan terkawal? Anda boleh mengetahui kawalan paras gula anda dengan memeriksa: paras HbA1c
(HbA1c boleh memberi maklumat tentang kawalan paras gula anda sepanjang tiga bulan yang lalu)
NILAI SASARAN BAGI PARAS GULA* Berpuasa
4.4 - 6.1 mmol/L
Tidak berpuasa
4.4 - 8.0 mmol/L
HbA1c
<6.5%
* Nilai sasaran bagi paras gula adalah berbeza bagi setiap individu. Anda boleh berbincang dengan doktor/ jururawat mengenai nilai sasaran anda. (Diadaptasi daripada Panduan Amalan Klinikal 2009, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Paras HbA1c terbaru anda:
%
Sasaran HbA1c anda:
%
dengan baik
Apakah yang berlaku apabila paras gula anda tinggi? Paras gula yang tinggi boleh memberi kesan jangka masa pendek dan panjang kepada anda. Anda akan mengalami gejala seperti berikut sekira ianya berlaku:
3
Dalam jangka masa panjang, jika paras gula tidak dikawal dengan baik, anda berisiko untuk mendapat komplikasi seperti:
Mengapakah anda memerlukan rawatan insulin? Doktor menasihatkan anda untuk memulakan rawatan insulin kerana paras gula anda kekal tinggi walaupun setelah mengambil ubat-ubatan, menjaga pemakanan dan bersenam. Ini adalah kerana organ pankreas anda tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi. Ini biasanya berlaku selepas 5 hingga 10 tahun anda menghidap diabetes. Pengambilan ubat pil diabetes membantu meningkatkan paras insulin dalam badan. Walaubagaimanapun ianya tidak dapat berfungsi sekiranya badan tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi. Oleh sebab itu anda memerlukan rawatan insulin.
Bagaimanakah anda memulakan rawatan insulin? Adalah penting untuk anda memahami lebih lanjut tentang penggunaan insulin sebelum membuat keputusan. Insulin disuntik dengan menggunakan ‘pen insulin’. Pen insulin mempunyai jarum yang halus. Kebanyakkan pengguna mengalami sedikit sahaja rasa sakit semasa suntikan. Kebiasaanya, satu suntikan insulin pada waktu malam sudah memadai bagi kebanyakan pengguna. Anda boleh menetapkan dos insulin yang diperlukan dengan memutar dail pada pen insulin. Insulin boleh disuntik pada kulit di bahagian perut atau luar paha. Rawatan insulin boleh dipadankan dalam rutin harian anda. Anda disarankan untuk terus mengambil ubat, menjaga pemakanan dan bersenam seperti biasa. Pen insulin boleh dibawa ke mana sahaja tanpa memerlukan bekas simpanan khas. 4
Adakah insulin mempunyai kesan sampingan? Insulin mungkin boleh menyebabkan anda mendapat kesan sampingan. Antara kesan sampingan yang biasa dialami adalah ‘hypo’ dan penambahan berat badan. ‘Hypo’ berlaku sekiranya anda melangkau waktu makan, makan terlalu sedikit atau bersenam secara keterlaluan. Anda mungkin akan berasa pening, berpeluh, kesejukkan, keliru, gementar dan lemah. Jika ini berlaku, anda mesti mengambil makanan manis seperti gula-gula dan minuman manis. Anda boleh mengelakkan ‘hypo’ dengan mengambil makanan mengikut waktu yang ditetapkan. Jika ia kerap berlaku, sila beritahu doktor bagi melaraskan dos insulin yang sesuai untuk anda. Kadang-kala rawatan insulin boleh menyebabkan penambahan berat badan. Ia boleh dielakkan dengan mengurangkan pengambilan makanan berkarbohidrat dan berlemak. 5
Bagaimanakah anda mengawasi paras gula? Jika ada menggunakan insulin, adalah penting untuk anda memeriksa paras gula anda sekerap mungkin. Pada permulaan rawatan insulin, anda perlu memeriksa paras gula sekali atau dua kali sehari. Pemeriksaan biasanya dilakukan pada waktu pagi sebelum makan. Alat untuk memeriksa paras gula dipanggil glukometer dan setiap jalur ujian yang digunakan berharga RM1 - RM2.
Untuk membuat keputusan, anda mungkin mahu mempertimbangkan pilihan-pilihan berikut:
at
bu m me n k a ha Tid ruba pe
ogram naman r p i t se iku Meng anan dan k pema etat k yang Memulakan ulin rawatan ins
Apakah pilihan anda?
Menambahkan jen is ubat pil diabetes yang lain *Tidak sesuai jika and a sedang me
ngambil 3 atau 4 jenis (bilang an maksima) ubat pil diabetes yang lain.
Me sun mula k (bu tikan an ra kan w ya ins ng la atan ulin in )
M en r da (e. aw ta g. p a pa m ub ba eng ta tk at ha am n tra n, an dis he bila a ion rba n z lt a al) da t m e n ak rn an a an
tif
6
Apakah kelebihan dan kekurangan pilihan anda? Komplikasi Diabetes
Gejala Diabetes
Hipoglisemia (Paras gula rendah)
Sakit
Kos
Perubahan berat badan
Tiada perubahan atau bertambah
Mungkin mengakibatkan komplikasi atau komplikasi sedia ada bertambah buruk
Akan kekal sama atau bertambah teruk
Tidak diketahui
Tidak
Tiada kos tambahan
Tidak diketahui
Tiada perubahan atau berkurangan
Mungkin mencegah atau memperlahankan perkembangan komplikasi
Mungkin bertambah baik
Tidak diketahui
Tidak
Tiada kos tambahan
Tiada perubahan atau berkurangan
Berkurangan kira-kira 2%
Boleh mencegah atau memperlahankan perkembangan komplikasi
Akan bertambah baik
2 hingga 6 daripada 10 orang mungkin mengalami ‘hypo’; 4 hingga 8 tidak mengalami
Ya
Antara RM80 hingga RM190 sebulan (untuk 10 unit sehari)
Mungkin bertambah sebanyak 1 hingga 2 kg
Bergantung kepada jenis ubat – berkurangan dari 0.5 ke 1.5%
Mungkin mencegah atau memperlahankan perkembangan komplikasi
Mungkin bertambah baik
1 hingga 2 daripada 10 orang mungkin mengalami ‘hypo’; 8 hingga 9 tidak mengalami
Tidak
Antara RM120 hingga RM240 sebulan
Mungkin bertambah sebanyak 0.5 hingga 3 kg
Berkurangan dari 0.5 ke 1%
Mungkin mencegah atau memperlahankan perkembangan komplikasi
Mungkin bertambah baik
2 hingga 3 daripada 10 orang mungkin mengalami ‘hypo’; 7 hingga 8 tidak mengalami
Ya
RM550 hingga RM600 untuk sebatang pen
Berkurangan sebanyak 1 hingga 2 kg
Tiada bukti
Kekurangan bukti
Kekurangan bukti
Kekurangan bukti
Tidak
Berbeza
Kekurangan bukti
HbA1c
Tidak membuat perubahan
Mengikuti program pemakanan dan senaman yang ketat
Memulakan rawatan insulin
Menambahkan jenis ubat pil diabetes yang lain
Memulakan rawatan suntikan yang lain (bukan insulin)
Mendapatkan rawatan alternatif
7
8
Sejauh manakah pengetahuan anda? Kini anda telah membaca fakta-fakta yang disediakan, sila jawab soalan-soalan berikut untuk mengetahui sejauh mana pemahaman anda mengenai pilihan-pilihan rawatan yang ada. Sila pilih SATU jawapan yang sesuai daripada senarai di bawah: A. Tidak membuat perubahan B. Mengikuti program pemakanan dan senaman yang ketat C. Memulakan rawatan insulin D. Menambahkan jenis ubat pil diabetes yang lain E. Memulakan rawatan suntikan yang lain (bukan insulin) F. Mendapatkan rawatan alternatif
Soalan-soalan: 1. Apakah rawatan yang paling berkesan untuk menurunkan paras gula? 2. Apakah rawatan yang paling berkesan untuk mengurangkan komplikasi diabetes? 3. Apakah rawatan yang mungkin paling kerap menyebabkan ‘hypo’ (paras gula rendah)? 4. Apakah rawatan yang mungkin menyebabkan penambahan berat badan yang paling banyak?
Selain daripada mengetahui fakta-fakta berkenaan, anda perlu mengetahui apa yang penting bagi anda sebelum membuat keputusan. Sila tandakan apa yang penting bagi anda. Anda boleh memilih lebih dari satu.
9
Apa yang penting bagi anda? Memulakan Rawatan Insulin Saya mahu: paras gula saya terkawal merendahkan risiko komplikasi mengurangkan gejala diabetes
Tidak Memulakan Rawatan Insulin Saya tidak mahu: suntikan kesan sampingan
(‘hypo’ atau penambahan berat badan)
rawatan insulin mengganggu gaya hidup saya
Saya bimbang: mengenai ketagihan kepada insulin kandungan insulin tidak halal samada saya amat memerlukan insulin pada tahap ini diabetes saya mungkin menjadi lebih teruk setelah memulakan rawatan insulin mengenai kos rawatan insulin pandangan orang lain terhadap saya sekiranya saya mengambil suntikan insulin keluarga saya mungkin tidak bersetuju saya memulakan rawatan insulin 10
Adakah anda memerlukan lebih sokongan? Adalah penting untuk anda mempertimbangkan maklumat yang lain dan sokongan yang anda perlukan sebelum membuat keputusan. Sila tandakan kotak yang sesuai.
Ya
Adakah anda faham tentang kelebihan dan kekurangan bagi setiap pilihan rawatan sebelum membuat keputusan?
Tidak
Ya
Adakah anda jelas tentang kelebihan dan kekurangan yang paling penting bagi anda?
Tidak
Ya
Ya
11
Adakah anda mendapat sokongan dan nasihat yang cukup daripada doktor atau jururawat anda sebelum membuat pilihan?
Adakah anda mendapat sokongan yang cukup daripada keluarga anda sebelum membuat pilihan?
Tidak
Tidak
Ya, saya bersedia
Jika anda bersedia, apakah pilihan anda? Tidak membuat perubahan
Mengikuti program pemakanan dan senaman yang ketat
Memulakan rawatan insulin
Kini anda telah mengetahui tentang kelebihan dan kekurangan bagi setiap pilihan rawatan dan apa yang penting bagi anda.
Jadi, adakah anda bersedia untuk membuat keputusan tentang memulakan rawatan insulin?
Tidak, saya belum bersedia
Jika anda belum bersedia, anda boleh datang kemudian dan berbincang dengan doktor atau jururawat mengenai keputusan anda.
Menambahkan jenis ubat pil diabetes yang lain
Memulakan rawatan suntikan yang lain (bukan insulin) Buku ini tidak bertujuan untuk menggantikan sesi konsultasi anda di klinik. Sila berbincang dengan doktor atau jururawat tentang keputusan anda. Mendapatkan rawatan alternatif
Terima kasih kerana menggunakan buku ini. Diharap ia dapat membantu anda. 12
Nota
Maklumat hubungan: Dr. Lee Yew Kong Jabatan Perubatan Rawatan Utama, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia Emel:
[email protected] Laman web: http://dmit.um.edu.my/