TAKSONOMI BLOOM
Bidang ini merupakan satu rangka tugas untuk menentukan peringkat atau taraf pelakuan akhir yang hendak dicapai. Bidang ini adalah bidang mengenaipengetahuan seperti mengenai fakta-fakta, perangkaan, teori-teori dan kefahaman. Bidang ini sangat-sangat dititikberatkan di sekolah-sekolah dan hampir semuapengajaran guru berpusat di bidang ini. Bidang kognitif ini dibahagikan kepada 6 peringkat kemahiran dan biasanya aras kemahirankemahiran tersebut dibentangkan dalam bentuk piramid yangmelambangkan bahawa kemahirankemahiran di atas meliputi kesemua kemahiran yang terdapat di bawahnya. Penentuan aras-aras kemahiran untuk diuji bergantung kepada mata-mata pelajaran, tajuktajuknya dan peringkat pelajar-pelajar. Pada amnya, bolehdikatakan bahawa aras kemahiran pengetahuan dan kefahaman adalah lebih ditekankan pada peringkat sekolah rendah, manakala di sekolah-sekolah menengah penggunaan dan penganalisaan memainkan peranan yang lebih besar. Pada peringkat maktab perguruan, selain daripada aplikasi dan analisis, aras sintesis dan penilaian adalah ditekankan juga. Pada prinsipnya, untuk mencapai dan menguasai kemahiran pada peringkat yang lebih tinggi, kemahiran asas atau kemahiran sebelumnya perlulah dibina dahulu.
PENGETAHUAN Peringkat pengetahuan adalah peringkat yang rendah sekali. la meliputi proses mengingat semula perkara-perkara khusus dan umum, mengingati semua kaedah-kaedah dan proses atau mengingat semula pola-pola, struktur atau keadaan yang telah dipelajari dan dialami. Peringkat ini memerlukan pelajarpelajar mengingat balik perkara-perkara yang telah dipelajari. Berikut diperlihatkan jenis-jenis pengetahuan yang terangkum dalam aras kemahiran tersebut: (a) Pengetahuan khusus: Pengetahuan ini berkait dengan simbol-simbol khusus (perkataan dan bukan perkataan). (b) Pengetahuan tentang fakta khusus: Pengetahuan ini melibatkan pengetahuan tentang tarikh, kejadian, watak, tempat, peristiwa, akibat dan sebagainya. (c) Pengetahuan tentang konvensyen. Pengetahuan yang berkaitan dengan cara-cara lazim mengendalikan dan mengemukakan idea dan fenomena. (d) Pengetahuan tentang arah perkembangan dan urutan perkembangan: Pengetahuan ini bersangkutpaut dengan proses, arah dan perkembanganfenomena dari segi masa. (e) Pengetahuan tentang pengkelasan dan pembahagian: Pengetahuan berkenaan kelas, set, pembahagian dan penyusunan yang dianggap penting di dalam sesuatu bidang kajian, tujuan, hujah atau masalah. (f) Pengetahuan tentang kriteria: Pengetahuan ini berkaitan dengan cara bagaimana fakta, prinsip dan perlakuan diuji atau dinilai. (g) Pengetahuan tentang kaedah: Pengetahuan berkenaan berkait dengan kaedah penyelidikan, teknik dan aturcara yang digunakan dalam sesuatu bidang kajian dan juga yang digunakan dalam merisik sesuatu masalah dan fenomena.
KEFAHAMAN Kefahaman telah diberi pengertian sebagai kebolehan memberi penghuraian atau makna kepada sesuatu perkara. Kebolehan ini mungkin merupakan kemampuan menukar bentuk sesuatu bahan pembelajaran daripada satu bentuk bertulis kepada bentuk angka, memberi ringkasan atau memberi anggaran untuk masa akan datang mengenai sesuatu perkara. la juga meliputi pengetahuan tentang apa yang dihubungkan dan dapat digunakan bahan atau idea yang dihubungkan itu tanpa mengaitkannya kepada bahan-bahan lain atau melihatimplikasi sepenuhnya. Peringkat kefahaman adalah satu tahap yang tinggi sedikit daripada tahap mengetahui (pengetahuan) tentang sesuatu. Tahap ini adalah peringkat yang paling rendah bagi kefahaman jika dibandingkan dengan jenis pemahaman pada peringkat-peringkat yang lebih tinggi. Peringkat kefahaman terbahagi kepada tiga: (a) Peringkat penterjemahan Kefahaman sedemikian bermaksud kefahaman daripada ketelitian dan ketepatan sesuatu perhubungan itu dirumuskan atau diubah perantaraan perhubungan itu ke dalam perantaraan yang lain. (b) Peringkat pentafsiran la berfungsi menerangkan atau meringkaskan sesuatu perhubungan.
(c) Peringkat ekstrapolasi Kefahaman begini melanjutkan aliran perkembangan atau kecenderungan lebih daripada data yang diberi untuk menentukan implikasinya, akibatnya, kesannya dan sebagainya bersesuaian dengan keadaan yang dihuraikan di dalam perhubungan asal itu.
APLIKASI Aplikasi bermaksud kebolehan menggunakan perkara-perkara yang telah dipelajari dalam keadaan yang baru dan berlainan. Penggunaan idea-idea ini mungkin di dalam situasi tertentu atau situasi sebenar. Kebolehan ini merupakan kemampuan menggunakan petua-petua, kaedah-kaedah, konsep-konsep, prinsip-prinsip, aturan-aturan dan teori-teori dalam situasi baharu dan yang berlainan daripada yang telah dipelajari. Peringkat ini memerlukan kefahaman yang lebih tinggi dan mendalam.
ANALISIS Analisis adalah kebolehan memecah-mecahkan perkara-perkara yang telah dipelajari itu kepada bahagianbahagiannya yang tertentu supaya susunan dan perkaitan bahagian-bahagian tadi senang difahami. Dalam erti kat yang lain, analisis bereerti mencerakin sesuatu perhubungan kepada elemen-elemennya atau bahagianbahagiannya sehingga susunan idea-idea di dalamnya menjadi jelas dan nyata. Kebolehan yang diperlukan di sini termasuklah kebolehan memecah-mecahkan,menganalisis kaitan di antara pecahan-pecahan dan mengesan susunan prinsip-prinsip pecahan-pecahan yang terlibat. Peringkat analisa ini adalah lebih tinggidaripada peringkat aplikasi dan kefahaman kerana kebolehan menganalisa memerlukan kefahaman isi, aplikasi dan juga penyusunan pecahan-pecahan kepada satu struktur supaya mudah difahami. Ada tiga jenis analisis yang biasa digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa: (a) Analisis elemen Analisis ini adalah mengenai elemen-elemen yang dimasukkan di dalam sesuatu perhubungan. (b) Analisis berkaitan Ini melibatkan perkaitan dan interaksi di antara elemen-elemen dengan bahagian-bahagian perhubungan itu. (c) Analisis organisasi, prinsip Analisis cara ini menekankan organisasi, susunan bersistem dan struktur yang menyatukan perhubungan itu. Ini meliputi asas, susunan yang perlu dan ciri-ciri yang mewujudkan perhubungan itu sebagai satu unit.
SINTESIS Sintesis adalah kebolehan menggabungkan pecahan-pecahan kecil kepada satu bahagian yang lebih besar dan yang baharu. Ini bermakna ia menyatukan elemen-elemen atau bahagian-bahagian itu hingga menjadi satu bentuk yang lengkap. Kebolehan ini diperlihatkan dalam karya-karya baharu, rancanganrancangan penyelidikan dan skim mengatur maklumat. Kebolehan pada peringkat sintesis ini memerlukan
tingkah laku yang kreatif untuk membentuk satu corak atau struktur yang terbaharu daripada unsur-uns.ur yang lama. Tiga jenis sintesis yang harus diketahui ialah seperti berikut: (a) Penghasilan suatu perhubungan yang unggul Ini dimaksudkan menghasilkan satu perhubungan di mana seseorang itu cuba menyampaikan idea, perasaan atau pengalamannya kepada seseorang lain. (b) Penghasilan satu pelan atau mencadangkan satu set tindakan Sintesis ini bermaksud menghasilkan satu pelan kerja atau mencadangkan satu pelan tindakan. (c) Penghasilan satu set hubungan mujarad Ini bermaksud menghasilkan satu set hubungan mujarad sama ada untuk mengkelas atau menerangkan sesuatu data atau fenomena atau menghasilkan satu set cadangan daripada cadangan asas atau daripada simbol-simbol.
PENILAIAN Penilaian adalah berkenaan dengan kebolehan menghasilkan atau menimbangkan nilai sesuatu bahan sama ada ia berupa kenyataan, pendapat, novel, puisi ataulaporan penyelidikan untuk sesuatu tujuan tertentu. Pertimbangan yang dilakukan adalah didasarkan kepada kriteria-kriteria tertentu seperti organisasi, kegunaan dan kebaikan. Kebolehan menilai adalah peringkat pembelajaran yang tertinggi dalam bidang kognitif kerana pemikiran menilai hanya boleh berlaku sekiranyakebolehan-kebolehan di peringkat bawah yang lain telah sedia diperoleh. Di samping itu, kebolehan memberi pendapat atau pertimbangan berdasarkan kriteria-kriteria tertentu harus juga sedia ada supaya murid-murid dapat membuat penilaian. Dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah, guru-guru harus menekankan pengajaran dan pembelajaran pada peringkat-peringkat yang lebih tinggi daripada peringkat pengetahuan. Dengan cara ini murid-murid harus diberi latihan tugasan dan ujian yang mencerminkan bukan sahaja kebolehan kefahaman,tetapi juga aplikasi, analisis, sintesis, dan penilaian. Kebolehan-kebolehan pada peringkat-peringkat kognitif yang lebih tinggi adalah lebih kekal, lebih bermakna dan lebih member! manfaat. Ringkasan mengajar guru hendaklah menitikberatkan kebolehan-kebolehan yang lebih tinggi dan dengan itu objektif-objektif tingkah laku dalam ringkasan mengajar haruslah jangan dihadkan kepada hal-hal sepertiperkara-perkara yang hanya memerlukan kemahiran ingatan kembali. Sebaik-baiknya objektif-objektif tingkah laku dalam ringkasan mengajar itu hendaklahmengutamakan peringkat aplikasi yang membolehkan murid-murid menggunakan perkara yang telah dipelajarinya itu untuk mengatasi masalah atau untuk membentuk pengalaman-pengalaman baharu.
Taksonomi berasal dari bahasa Yunani “tassein” yang berarti untuk mengklasifikasi dan "nomos" yang berarti aturan. Taksonomi berarti klasifikasi berhirarkhi dari sesuatu atau prinsip yang mendasari klasifikasi. Semua hal yang bergerak, benda diam, tempat, dan kejadian-sampai pada kemampuan berpikir dapat diklasifikasikan menurut beberapa skema taksonomi. Konsep Taksonomi Bloom dikembangkan pada tahun 1956 oleh Benjamin S. Bloom, yang selanjutnya dikembangkan oleh muridnya Lorin Anderson pada tahun 1990. Hasil perbaikannya dipublikasikan pada tahun 2001 dengan nama Revisi Taksonomi Bloom.. Mengenai taksonomi Bloom sebelum revisi bisi diklik link berikut ini:http://id.wikipedia.org/wiki/Taksonomi_Bloom. Sebenarnya ada revisi satu lagi yang dilakukan oleh Peggy pada tahun 2006 (http://icanologi.blogspot.com/2011/10/pengembangantaksonomi-bloom.html), tetapi taksonomi bloom revisi Peggy belum digunakan dan hanya versi Lorin Anderson yang sekarang diakui dan digunakan secara meluas. Salah satu alasan mengapa Anderson merevisi Taksonomi Bloom karena salah satu tahap yaitu tahap sintetis dan analisis sangat sulit sekali untuk dibedakan antara satu dengan yang lainnya. Syah (2008: 84) juga mengungkapkan upaya pengembangan fungsi ranah kognitif akan berdampak positif bukan hanya terhadap ranah kognitif sendiri, melainkan juga terhadap ranah afektif dan psikomotor. a.
Ranah kognitif
Sekurang-kurangnya ada dua macam kecakapan kognitif siswa yang amat perlu dikembangkan segera khususnya oleh guru, yakni: 1) strategi belajar memahami isi materi pelajaran; 2) strategi meyakini arti penting isi materi pelajaran dan aplikasinya serta menyerap pesan-pesan moral yang terkandung dalam materi pelajaran tersebut. Tanpa pengembangan dua macam kecakapan kognitif ini, agaknya siswa sulit diharapkan mampu mengembangkan ranah afektif dan psikomotornya sendiri. Ranah kognitif adalah ranah yang mencakup kegiatan mental (otak). Menurut Bloom, segala upaya yang menyangkut aktivitas otak adalah termasuk dalam ranah kognitif. Ranah kognitif berhubungan dengan kemampuan berfikir, termasuk didalamnya kemampuan menghafal, memahami, mengaplikasi, menganalisis, mensintesis, dan kemampuan mengevaluasi. Dalam ranah kognitif itu terdapat enam aspek atau jenjang proses berfikir, mulai dari jenjang terendah sampai dengan jenjang yang paling tinggi. Keenam jenjang atau aspek yang dimaksud adalah: 1) Pengetahuan/hafalan/ingatan (knowledge)/ C1 Adalah kemampuan seseorang untuk mengingat-ingat kembali (recall) atau mengenali kembali tentang nama, istilah, ide, rumus-rumus, dan sebagainya, tanpa mengharapkan
2)
3)
4)
5)
6)
b.
kemampuan untuk menggunkannya. Pengetahuan atau ingatan adalah merupakan proses berfikir yang paling rendah. Pemahaman (comprehension)/ C2 Adalah kemampuan seseorang untuk mengerti atau memahami sesuatu setelah sesuatu itu diketahui dan diingat. Dengan kata lain, memahami adalah mengetahui tentang sesuatu dan dapat melihatnya dari berbagai segi. Seseorang peserta didik dikatakan memahami sesuatu apabila ia dapat memberikan penjelasan atau memberi uraian yang lebih rinci tentang hal itu dengan menggunakan kata-katanya sendiri. Pemahaman merupakan jenjang kemampuan berfikir yang setingkat lebih tinggi dari ingatan atau hafalan. Penerapan (application)/ C3 Adalah kesanggupan seseorang untuk menerapkan atau menggunakan ide-ide umum, tata cara ataupun metode-metode, prinsip-prinsip, rumus-rumus, teori-teori dan sebagainya, dalam situasi yang baru dan kongkret. Penerapan ini adalah merupakan proses berfikir setingkat lebih tinggi ketimbang pemahaman. Analisis (analysis)/ C4 Adalah kemampuan seseorang untuk merinci atau menguraikan suatu bahan atau keadaan menurut bagian-bagian yang lebih kecil dan mampu memahami hubungan di antara bagianbagian atau faktor-faktor yang satu dengan faktor-faktor lainnya. Jenjang analisis adalah setingkat lebih tinggi ketimbang jenjang aplikasi. Penilaian/penghargaan/evaluasi (evaluation)/ C5 Adalah merupakan jenjang berpikir paling tinggi dalam ranah kognitif dalam taksonomi Bloom. Penilian/evaluasi disini merupakan kemampuan seseorang untuk membuat pertimbangan terhadap suatu kondisi, nilai atau ide, misalkan jika seseorang dihadapkan pada beberapa pilihan maka ia akan mampu memilih satu pilihan yang terbaik sesuai dengan patokan-patokan atau kriteria yang ada. Berkreasi (Create)/ C6 Adalah merupakan jenjang berpikir paling tinggi dalam ranah kognitif dalam taksonomi Bloom. Createtidak harus selalu bermakna menciptakan 'sesuatu yang baru', tapi create juga bisa berarti merancang, membangun, merencanakan, menyempurnakan, memproduksi, menemukan, memperkuat dan memperindah. Ranah afektif Keberhasilan pengembangan ranah kognitif tidak hanya akan membuahkan kecakapan kognitif, tetapi juga menghasilkan kecakapan ranah afektif. Ranah afektif adalah ranah yang berkaitan dengan sikap dan nilai. Ranah afektif mencakup watak perilaku seperti perasaan, minat, sikap, emosi, dan nilai. Beberapa pakar mengatakan bahwa sikap seseorang dapat
1)
2)
3)
4)
5)
diramalkan perubahannya bila seseorang telah memiliki kekuasaan kognitif tingkat tinggi. Ciriciri hasil belajar afektif akan tampak pada peserta didik dalam berbagai tingkah laku. Ranah afektif menjadi lebih rinci lagi ke dalam lima jenjang, yaitu: Receiving atau attending (menerima atau memperhatikan), adalah kepekaan seseorang dalam menerima rangsangan (stimulus) dari luar yang datang kepada dirinya dalam bentuk masalah, situasi, gejala dan lain-lain. Termasuk dalam jenjang ini misalnya adalah: kesadaran dan keinginan untuk menerima stimulus, mengontrol dan menyeleksi gejala-gejala atau rangsangan yang datang dari luar. Receiving atau attenting juga sering di beri pengertian sebagai kemauan untuk memperhatikan suatu kegiatan atau suatu objek. Pada jenjang ini peserta didik dibina agar mereka bersedia menerima nilai atau nilai-nilai yang di ajarkan kepada mereka, dan mereka mau menggabungkan diri kedalam nilai itu atau meng-identifikasikan diri dengan nilai itu. Contah hasil belajar afektif jenjang receiving , misalnya: peserta didik memperhatikan sitem koloid dalam kehidupan sehari-harinya. Responding (menanggapi) mengandung arti adanya partisipasi akti. Jadi kemampuan menanggapi adalah kemampuan yang dimiliki oleh seseorang untuk mengikut sertakan dirinya secara aktif dalam fenomena tertentu dan membuat reaksi terhadapnya salah satu cara. Jenjang ini lebih tinggi daripada jenjang receiving. Valuing (menilai atau menghargai). Menilai atau menghargai artinya memberikan nilai atau memberikan penghargaan terhadap suatu kegiatan atau obyek, sehingga apabila kegiatan itu tidak dikerjakan, dirasakan akan membawa kerugian atau penyesalan. Valuing adalah merupakan tingkat afektif yang lebih tinggi lagi daripada receiving dan responding. Dalam kaitan dalam proses belajar mengajar, peserta didik disini tidak hanya mau menerima nilai yang diajarkan tetapi mereka telah berkemampuan untuk menilai konsep atau fenomena, yaitu baik atau buruk. Bila suatu ajaran yang telah mampu mereka nilai dan mampu untuk mengatakan “itu adalah baik”, maka ini berarti bahwa peserta didik telah menjalani proses penilaian. Nilai itu mulai di camkan (internalized) dalam dirinya. Dengan demikian nilai tersebut telah stabil dalam peserta didik. Organization (mengatur atau mengorganisasikan), artinya mempertemukan perbedaan nilai sehingga terbentuk nilai baru yang universal, yang membawa pada perbaikan umum. Mengatur atau mengorganisasikan merupakan pengembangan dari nilai kedalam satu sistem organisasi, termasuk didalamnya hubungan satu nilai denagan nilai lain., pemantapan dan perioritas nilai yang telah dimilikinya. Contoh nilai efektif jenjang organization adalah peserta didik mendukung penegakan disiplin nasional yang telah dicanangkan oleh bapak presiden Soeharto pada peringatan hari kemerdekaan nasional tahun 1995. Characterization by evalue or calue complex (karakterisasi dengan suatu nilai atau komplek nilai), yakni keterpaduan semua sistem nilai yang telah dimiliki oleh seseorang, yang
mempengaruhi pola kepribadian dan tingkah lakunya. Disini proses internalisasi nilai telah menempati tempat tertinggi dalal suatu hirarki nilai. Nilai itu telah tertanam secara konsisten pada sistemnya dan telah mempengaruhi emosinya. Ini adalah merupakan tingkat efektif tertinggi, karena sikap batin peserta didik telah benar-benar bijaksana. Ia telah memilikiphyloshopphy of life yang mapan. Jadi pada jenjang ini peserta didik telah memiliki sistem nilai yang telah mengontrol tingkah lakunya untuk suatu waktu yang lama, sehingga membentu karakteristik “pola hidup” tingkah lakunya menetap, konsisten dan dapat diramalkan. c.
Ranah psikomotor Ranah psikomotor merupakan ranah yang berkaitan dengan keterampilan (skill) atau kemampuan bertindak setelah seseorang menerima pengalaman belajar tertentu. Ranah psikomotor adalah ranah yang berhubungan dengan aktivitas fisik, misalnya lari, melompat, melukis, menari, memukul, dan sebagainya. Hasil belajar ranah psikomotor dikemukakan oleh Simpson (1956) yang menyatakan bahwa hasil belajar psikomotor ini tampak dalam bentuk keterampilan (skill) dan kemampuan bertindak individu. Hasil belajar psikomotor ini sebenarnya merupakan kelanjutan dari hasil belajar kognitif (memahami sesuatu) dan hasil belajar afektif (yang baru tampak dalam bentuk kecenderungan-kecenderungan berperilaku). Kecakapan psikomotor ialah segala amal jasmaniah yang konkret dan mudah diamati, baik kualitasnya maupun kuantitasnya, karena sifatnya yang terbuka. Namun kecakapan psikomotor tidak terlepas dari kecakapan afektif . Jadi, kecakapan psikomotor siswa merupakan manifestasi wawasan pengetahuan dan kesadaran serta sikap mentalnya. Untuk memperjelas gagasan pengembangan kecakapan ranah kognitif di atas, berikut disajikan pola pengembangan fungsi kognitif siswa. Contohnya kemampuan psikomotor yang dibina dalam belajar kimia misalnya berkaitan dengan keterampilan memggunakan alat di laboratorium pada saat praktikum, melakukan pengamatan, menyampaikan hasil temuan, dan lain-lain.