UAW 101 PENGANTAR ARKEOLOGI
KULIAH MINGGU 7 (25/10/2012) BAHAN ASAS BUDAYA MATERIAL
Prof. Dr. Hamzah Mohamad
SINOPSIS KURSUS Kuliah ini akan membincangkan tentang hubungan antara arkeologi
dan geologi, khususnya tentang bahan mentah (raw material) yang digunakan untuk membuat peralatan budaya masyarakat prasejarah
seperti alat batu, tembikar, manik dan sebagainya. Topik ini akan membincangkan tentang jenis-jenis bahan asas, bagaimana sesuatu
bahan asas diperolehi dan apakah ciri-ciri asas bahan mentah yang sesuai untuk dijadikan peralatan budaya material.
UAW101 PENGANTAR ARKEOLOGI
PENILAIAN KURSUS KUIZ (20%) Kuiz 1 (10%) Kuiz 2 (10%) (Beberapa soalan daripada kuliah ini)
Minggu Ke-8 Minggu Ke-15
ESEI (20%) – Minima 12 halaman teks, dihantar minggu ke-16 (Mungkin ada tajuk esei dari kuliah ini) PEPERIKSAAN AKHIR (60%) Jawab 5 daripada 7 soalan esei (Masa: 2 ½ jam?) (Satu soalan daripada kuliah ini)
UAW101 PENGANTAR ARKEOLOGI
CAKUPAN KULIAH ● Geologi ● Perkaitan Geologi – Arkeologi – Bidang lain ● Bahan Bumi (earth material) sebagai bahan mentah budaya material ● Bahan mentah Arkeologi Prasejarah √ Bahan mentah Zaman Batu Lama (Paleolitik) √ Bahan mentah Zaman Tembikar (Neolitik) √ Bahan mentah Zaman Logam ● Bahan mentah Arkeologi Sejarah √ Bahan Binaan
UAW101 PENGANTAR ARKEOLOGI
GEOLOGI ● Berasal daripada perkataan Yunani, Geo = Bumi, logos = ilmu ● Geologi ialah bidang sains yang mengkaji Bumi dari sudut: √ Asal-usul kejadiannya √ Sifat fizik dan sifat kimia Bumi √ Evolusi yang telah dialami Bumi ● Subbidang utama geologi: √ Geofizik – sifat fizik dalaman Bumi √ Geokimia – sifat kimia Bumi √ Petrologi – kejadian pelbagai batuan √ Paleontologi – evolusi hidupan di Bumi √ Geokronologi – penentuan usia pelbagai bahan Bumi √ Penderiaan Jauh – kajian muka bumi dari udara/setelit √ Geologi Sejarah – evolusi Bumi
UAW101 PENGANTAR ARKEOLOGI
GEOLOGI MODEN (GEOSIANS) Menumpu kepada meninggikan taraf tamadun manusia: ● Geologi Perlombongan (Geologi Ekonomi) Mencarigali dan mengeluarkan bahan logam dan bukan logam dari perut Bumi untuk kegunaan manusia (e.g. batuan, Fe, Cu, Au) ● Geologi Petroleum Mencarigali dan mengeluarkan gas asli dan minyak mentah dari bawah permukaan Bumi ● Geologi Kejuruteraan Menggunakan pengetahuan geologi bagi menjamin pembinaan infrastruktur besar (bangunan tinggi, lebuhraya, empangan, landasan kapal terbang) selamat dan jimat kos ● Geologi Sekitaran Menggunakan pengetahuan geologi bagi meningkat penjagaan alam sekitar ● Geopelancongan Mempergunakan fitur geologi (e.g. keunikan bentuk muka bumi) bagi meransang industri ekopelancongan UAW101 PENGANTAR ARKEOLOGI
PERKAITAN GEOLOGI – ARKEOLOGI Budaya Budaya Material
Sejarah (amalan UK)
ARKEOLOGI Antropologi (amalan US)
Letak Material
Kimia Material
Usia Material
Geofizik /P.Jauh
Geokimia /Petro
Geokronologi
Geoarkeologi/ Arkeogeologi
Geologi
UAW101 PENGANTAR ARKEOLOGI
Fizik
Kimia
Penentuan Usia
BAHAN BUMI (Earth Materials) Bahan bumi ialah sebarang bahan yang terkandung di dalam Bumi, yakni di bawah permukaan Bumi, atau yang terdedah di atas permukaan bumi hasil pelbagai proses. Bahan bumi merangkumi: ● Air tanah (ground water) ● Batuan (rocks) ● Mineral (minerals) ● Bijih (ores) ● Bahan sumber tenaga (energy resource materials) Batu arang (coal) Gas asli (natural gas) Petroleum (petroleum) Mineral radioaktif (radioactive minerals) Air hidroterma (hydrothermal water) UAW101 PENGANTAR ARKEOLOGI
MINERAL, BATUAN DAN BIJIH (Minerals, Rocks and Ores) MINERAL Mineral ialah unsur kimia atau sebatian yang wujud secara semulajadi, mempunyai komposisi yang tetap (atau berubahubah dalam julat tertentu), dan lazimnya mempunyai bentuk hablur (ada yang menakrifkan mineral harus pepejal). ● Mineral daripada unsur: Emas (Au), grafit (C), sulfur (S) ● Mineral daripada sebatian: Kuarza (SiO2), magnetit (Fe3O4), kalsit (CaCO3) ● Wujud secara semulajadi: Sebilangan mineral bersifat buatan (sintetik), misalnya intan sintetik yang dibuat di dalam industri dengan mengenakan tekanan dan suhu ultra tinggi terhadap grafit (C). Mengikut definisi, intan sintetik bukan mineral UAW101 PENGANTAR ARKEOLOGI
MINERAL, BATUAN DAN BIJIH (Minerals, Rocks and Ores) MINERAL ● Berkomposisi tetap: Kuarza (SiO2) : Si 46.7% O 53.3% Magnetit (Fe3O4) : Fe 72.4% O 27.6% Kalsit (CaCO3) : Ca 40.0% O 48.0%
C 12.0%
● Mempunyai bentuk hablur ● Pepejal: Air dan petroleum bukan mineral walaupun sering dirujuk demikian ● Batuan dan bijih dibentuk oleh satu atau lebih mineral
UAW101 PENGANTAR ARKEOLOGI
Hablur Kuarza
Hablur Kalsit
Hablur Magnetit
UAW101 PENGANTAR ARKEOLOGI
Kuarza
Biotit
GRANIT
Feldspar
BIJIH Bijih ialah bahan bumi yang terdiri daripada satu atau lebih mineral, lazimnya mineral logam yang terpekat oleh sesuatu proses. Bijih bernilai ekonomi
UAW101 PENGANTAR ARKEOLOGI
BIJIH BESI
BIJIH TEMBAGA
(Magnetit + hematit)
(Malakit)
Masif, retakan rata
Berkeping
Kelogaman UAW101 PENGANTAR ARKEOLOGI
Bergugus
Usam, retakan bergerigi
Kekacaan, lutsinar
Kilau mutiara
PENGENALAN MINERAL (Identification of Minerals) SKALA KEKERASAN MOHS’ Kekerasan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Mineral Piawai Talc (talkum) Gypsum (gipsum) Calcite (kalsit) Fluorspar (fluospar) Apatite (apatit) Orthoclase (ortoklas) Quartz (kuarza) Topaz (topaz) Corundum (korundum) Diamond (intan)
Alat batu selalunya batuan yang tinggi kandungan mineral keras di atas UAW101 PENGANTAR ARKEOLOGI
BATUAN (R0CKS)
BATUAN IGNEUS (IGNEOUS ROCKS)
BATUAN SEDIMEN (SEDIMENTARY ROCKS)
PEMBAHAGIAN UNIVERSAL BATUAN
UAW101 PENGANTAR ARKEOLOGI
BATUAN METAMORF (METAMORPHIC ROCKS)
BATUAN IGNEUS
Batuan yang terbentuk daripada penghabluran dan pembekuan magma. Magma ialah leburan panas, yang lazimnya berkomposisi silikat yang terjana di beberapa aras di bawah permukaan Bumi melalui peleburan separa mantel atas dan kerak Bumi. Magma bersifat boleh gerak (mobile) UAW101 PENGANTAR ARKEOLOGI
Lava, iaitu magma yang meletus ke permukaan dari lohong gunung berapi. Suhu lava (magma) bergantung pada jenis magma, julatnya 800° - 1300°C
UAW101 PENGANTAR ARKEOLOGI
PENGELASAN BATUAN IGNEUS Dipadukan sifat-sifat berikut: ● Sifat bahan di dalamnya √ Berkaca (tanpa hablur) (Magma membeku tersangat pantas, di atas muka Bumi) √ Berbutiran halus (berhablur, < 1mm) (Magma membeku perlahan-lahan, dekat permukaan Bumi) √ Berbutiran sederhana-kasar (berhablur, > 1mm) (Magma membeku sangat perlahan, jauh di bawah permukaan Bumi) ● Kegelapan batuan Ditentukan oleh kuantiti (%) mineral gelap di dalam batuan
UAW101 PENGANTAR ARKEOLOGI
MINERAL TERANG (FELSIK) DAN MINERAL GELAP (MAFIK)
MINERAL TERANG
MINERAL GELAP
KUARZA FELDSPAR FELDSPATOID MUSCOVIT
BIOTIT HORNBLEND PIROKSEN OLIVIN
UAW101 PENGANTAR ARKEOLOGI
PENGELASAN BATUAN IGNEUS CERAH (LEUKOKRAT, M = 0 – 33)
SEDERHANA CERAH (MESOKRAT, M = 33 – 66)
GELAP (MELANOKRAT M = 66 – 90)
SANGAT GELAP (HIPERMELANIK M > 90)
Kaca sahaja
Obsidian (pejal) Pumis (berongga)
Halus (< 1mm)
Aplit
Andesit
Basalt
Basalt
Sederhana – kasar (> 1mm)
Granit
Diorit
Gabro
Piroksenit
UAW101 PENGANTAR ARKEOLOGI
Basalt, sejenis batuan volkano yang terbentuk di atas permukaan bumi melalui penyejukan pantas. Halus.
Granit, sejenis batuan pluton yang terbentuk jauh di bawah permukaan bumi melalui penyejukan perlahan. Kasar
UAW101 PENGANTAR ARKEOLOGI
BATUAN SEDIMEN Sejenis batuan berlapis yang terbentuk daripada pemejalan bahan sedimen. Pembentukannya melibatkan luluhawa, hakisan, angkutan, pemendapan dan pengerasan bahan sedimen dari batuan asal di sesebuah kawasan. Agen pengangkut utama ialah air, diikuti angin dan glasier UAW101 PENGANTAR ARKEOLOGI
Melibatkan luluhawa, angkutan, pemendapan dan pemadatan bahan sedimen
Pemendapan oleh air boleh berlaku di pesisir, lagun, laut cetek dan laut dalam
UAW101 PENGANTAR ARKEOLOGI
Pemendapan oleh angin
Bahan yang dibawa glasier dimendapkan bila zaman glasier tamat
LAPISAN (BEDS) Lapisan
● Lapisan ialah fitur yang mencirikan semua batuan sedimen ● Lapisan adalah mendatar pada masa batuan sedimen terbentuk tetapi boleh termiring oleh proses selepasnya
● Lapisan terbentuk kerana butiran-butiran sedimen yang sedang diangkut dalam medium air, jatuh ke bahagian bawah lembangan pengenapan atas kuasa tarikan graviti ● Dalam keadaan biasa, butiran yang kasar dahulu jatuh, diikuti yang lebih halus, oleh itu ternampak perbezaan menegak ● Ada juga keadaan lapisan wujud kerana lapis-lapis ditempati mineral yang berbeza ketumpatan dan/atau warna ● Lapis-lapis nipis yang tebalnya < 1cm dirujuk sebagai lamina UAW101 PENGANTAR ARKEOLOGI
BATUAN SEDIMEN
Batuan Sedimen Klastik (Clastic Sedimentary Rocks)
Batuan Sedimen Kimia (Chemical Sedimentary Rocks)
Batuan Sedimen Organik (Organic Sedimentary Rocks)
PEMBAHAGIAN UNIVERSAL BATUAN SEDIMEN
UAW101 PENGANTAR ARKEOLOGI
PENGELASAN BATUAN SEDIMEN KLASTIK
Batuan Sedimen Klastik Lempungan (Argillaceous Sedimentary Rocks) Butiran didominasi saiz lempung + lodak (<0.06mm)
UAW101 PENGANTAR ARKEOLOGI
Batuan Sedimen Klastik Pasiran (Arenaceous Sedimentary Rocks) Butiran didominasi saiz pasir (0.06 – 2mm)
Batuan Sedimen Klastik Rudit (Rudaceous Sedimentary Rocks) Butiran didominasi Saiz pebel (> 2mm)
BATUAN SEDIMEN KLASTIK LEMPUNGAN SYAL (SHALE) Batuan berlapis nipis-nipis (berlamina) yang terbentuk daripada mineral bersaiz lempung atau lodak yang terkonsolidasi. Kebutiran tidak dapat dikesan dengan tangan. Sesetengah syal mengandungi fosil. Warna boleh digunakan bagi penamaan lebih khusus, misalnya syal hitam dan syal merah
UAW101 PENGANTAR ARKEOLOGI
BATUAN SEDIMEN KLASTIK LEMPUNGAN BATU LODAK (SILTSTONE) Batuan berlapis yang terbentuk terutamanya daripada mineral bersaiz lodak (0.004 - 0.063mm). Unit lapisan batu lodak lebih tebal berbanding batuan syal. Kandungan utamanya ialah campuran kuarza dan mineral lempung. Kebutiran kuarza boleh dirasai dengan tangan. Warna boleh digunakan bagi penamaan lebih khusus, misalnya batu lodak hijau, batu lodak kuning
UAW101 PENGANTAR ARKEOLOGI
BATUAN SEDIMEN KLASTIK PASIRAN BATU PASIR ARENIT (ARENITIC SANDSTONE) Batuan berlapis tebal yang terbentuk hampir keseluruhan daripada butiran bersaiz pasir, iaitu kuarza. Butiran kuarza memperlihatkan kebulatan sisi yang tinggi. Kebutiran (grittiness) dapat dirasa dengan tangan. Terdapat jenis berbutir halus (0.062 – 0.25mm), sederhana (0.25 – 0.5mm) dan kasar (0.5 – 2.0mm). Butiran-butiran kuarza di dalam batu pasir arenit kasar dapat dilihat dengan mata kasar.
Batu pasir berbutir sederhana UAW101 PENGANTAR ARKEOLOGI
Batu pasir berbutir kasar
BATUAN SEDIMEN KLASTIK RUDIT KONGLOMERAT (CONGLOMERATE) Batuan yang terbentuk hampir keseluruhan daripada butiran bersaiz kelikir (2 – 64mm). Butiran memperlihatkan kebulatan sisi. Butiran bersaiz kelikir ini disimen oleh butiran bersaiz pasiran. Pelbagai mineral dan pecahan batuan boleh menjadi butiran bersaiz kelikir ini.
BREKSIA (BRECCIA) Batuan yang mirip kepada konglomerat tetapi berbeza kerana butiran bersaiz kalikir memperlihatkan bucu yang bersegi-segi.
Konglomerat UAW101 PENGANTAR ARKEOLOGI
Breksia
BATUAN SEDIMEN KIMIA Terjadi apabila jasad air yang besar dan terkepung yang kaya dengan unsur kimia di dalamnya mengalami pemeluapan, sehingga air tersingkir daripada sistem dan sebatian tertentu termendak dan mengeras menjadi batuan.
Contoh BATU KAPUR KIMIA (CHEMICAL LIMESTONE) Batuan yang keseluruhannya dibentuk oleh mineral kalsit, CaCO3. Termendak daripada larutan kaya Ca dan radikal karbonat. Sangat reaktif dengan HCl CERT (CHERT) DAN FLIN (FLINT) Batuan yang terdiri daripada kuarza yang sangat halus, yang termendak di dalam jasad air kaya silika. Cert adalah batuan yang keras
BENGKEL PETROGRAFI ASAS 2011
BATUAN METAMORF BATUAN ASAL (PROTOLITOS)
METAMORFISME
BATUAN METAMORF
Suhu (T) naik Tekanan (P) naik Bendalir (a) berubah BATUAN IGNEUS BATUAN SEDIMEN BATUAN METAMORF GRANIT BATU PASIR
UAW101 PENGANTAR ARKEOLOGI
BATUAN METAIGNEUS BATUAN METASEDIMEN BATUAN METAMORF METAGRANIT METABATU PASIR
METAMORFISME ■
■
■ ■
Metamorfisme ialah suatu proses yang menyebabkan batuan asal (sama ada igneus, sedimen atau metamorf) terubah menjadi batuan metamorf. Perubahan berlaku kerana batuan mengalami suhu (T), tekanan (P) dan keaktifan bendalir (a) yang berbeza dengan masa ia terbentuk. Perubahan yang berlaku ialah kewujudan mineral baru dan perubahan tekstur batuan Perubahan berlaku dalam keadaan pepejal
UAW101 PENGANTAR ARKEOLOGI
PUNCA SUHU DAN TEKANAN ◘ ◘ ◘
◘ ◘
SUHU Lapisan sedimen semakin tebal (puluhan kilometer), bahagian bawah mengalami suhu lebih tingggi Magma yang bersentuh dengan batuan, magma bersuhu 800°C - 1200°C Penyepaian bahan radioaktif seperti K40, U dan Th TEKANAN Lapisan sedimen semakin tebal (puluhan kilometer), bahagian bawah mengalami tekanan lebih tinggi Proses orogeni iaitu pergerakan di dalam kerak bumi, dipanggil gerakan tektonik
UAW101 PENGANTAR ARKEOLOGI
Lipatan akibat orogeni
UAW101 PENGANTAR ARKEOLOGI
FOLIASI √
√
√ √
Foliasi ialah sejenis tekstur (susunan) bagi batuan metamorf yang mana mineral berkeping terutama mika mengatur selari atau subselari pada satu satah. Satah ini dikenali satah foliasi Satah foliasi bersifat mengerlap / berkilat kerana mineral mika yang berada di atas satah foliasi itu ialah mineral yang bersifat mengerlap / berkilat, sama ada mika cerah (muskovit) atau mika hitam (biotit) Walaupun satah foliasi rata seperti lapisan dalam batuan sedimen, ianya berbeza dengan cara di atas Foliasi mencirikan jenis batuan metamorf rantau.
UAW101 PENGANTAR ARKEOLOGI
JENIS-JENIS BATUAN METAMORF JENIS BATUAN
PENYEBAB
CIRI
CONTOH
Batuan metamorf rantau
Metamorfisme rantau (kawasan yang luas berdekatan jalur orogeni – P & T tinggi
Batuan berfoliasi, sama ada jenis ira sabak, kesyisan atau jalur gneis
Batuan metamorf sentuh
Metamorf sentuh (kawasan sentuhan magma dengan batuan – T > P)
Tidak berfoliasi, masif Hornfel (batuan asal dan padat, keras syal) Kuarzit (batuan asal batu pasir Marmar (batuan asal batu kapur)
Batuan metamorf dinamik
Metamorfisme dinamik (di dalam kawasan sesar
Tak berfoliasi, tandatanda penghancuran butiran
Sabak dan filit (halus, ira sabak) Syis (sederhana, kesyisan) Gneis (kasar, jalur gneis
Breksia sesar (batuan asal rapuh) Milonit (batuan asal elastik)
Batuan sabak (berfoliasi)
Batuan syis (berfoliasi)
Batuan Gneis (berfoliasi)
Hornfels: Halus, keras dan sumbing kaca (tak berfoliasi)
Batuan kuarzit (tak berfoliasi)
Batuan marmar (tak berfoliasi)
ZAMAN BATU LAMA (PALEOLITIK) ● > 10,000 tahun dahulu
● tiada ditemui tembikar dan / atau logam ● pertempatan secara terbuka atau gua
● alat batu daripada pebel sungai, bukan diangkut
Sungai berpebel
● batuan yang keras dan pecah dengan tepi tajam dipilih ● lukisan di dinding gua daripada pigmen mineral Gua Batu Kapur
UAW101 PENGANTAR ARKEOLOGI
Kuarzit
Cert / flin
Cert / flin Batu Pasir
Kuarzit
UAW101 PENGANTAR ARKEOLOGI
BAHAN MEMBUAT PIGMEN (Oche) – limonit – goetit – hematit (Fe2O3) (Digaul dengan tanah liat)
Coklat Kuning Merah
UAW101 PENGANTAR ARKEOLOGI
ZAMAN TEMBIKAR (NEOLITIK) ● 7000 – 8000 tahun dahulu
Cert (?)
● penggunaan logam belum ada ● permulaan aktiviti pertanian dan ternakan ● beliung batu untuk pertanian
● lesung dan alu untuk penyediaan makanan ● penghasilan dan penggunaan tembikar
● barang kemas bukan logam (batu, tulang dan cengkerang) sudah ada Kuarzit (?)
UAW101 PENGANTAR ARKEOLOGI
TEMBIKAR (CERAMIC) ● Bahan asas ialah tanah liat berpasir
● primitif: tanah liat digaul sedikit air, diuli, dibentuk dan dikeringkan dengan cahaya matahari ● berteknologi: tanah liat digaul sedikit air, diuli, dibentuk dan dibakar mencapai suhu sehingga 600° C.
● antara yang dihasilkan: bekas air, pinggan mangkuk, belanga
UAW101 PENGANTAR ARKEOLOGI
ZAMAN LOGAM ● Malaysia: Gangsa, 3000 tahun; besi 1,000 tahun lalu ● Gangsa ialah campuran timah (Sn) dan kuprum (Cu) Sn dari kasiterit (S.L. 1200°C) Cu dari kalkopirit (S.L. 900° C) ● Besi didapati daripada bijih besi hematit, Fe2O3 yang bersuhu lebur 900° C
UAW101 PENGANTAR ARKEOLOGI
BATUAN DAN BANGUNAN PURBA ● Kajian terperinci jenis batuan utk bangunan purba dapat mencadangkan punca bahan tersebut dan jaraknya dari penempatan,dan sama ada diangkut oleh egen seperti air atau diangkut oleh manusia. Aspek teknologi masa berkenaan dapat dijelaskan. ● Banyak piramid di Mesir yang dibina di atas konglomerat dan gravel yang diratakan. Batuan paling lazim yang digunakan ialah batu kapur (dari Mesir Tengah), batu pasir dari Mesir Utara (misalnya El Ghenimiya), dan granit dari Aswan (misalnya Elephantine).
● Pertimbangan jenis batuan ialah dari segi kekerasan, e.g: granit > batu kapur dan jarak untuk diangkut UAW101 PENGANTAR ARKEOLOGI