UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEKOLAH SAINS DAN TEKNOLOGI PROGRAM GEOLOGI (HS21) SEMESTER 1 2010/2011 SG 10103 GEOLOGI ASAS LAPORAN KERJA LAPANGAN DI KUDAT
NAMA PENSYARAH
: PROF. DR. SANUDIN HAJI TAHIR
NAMA DEMONSTRATOR
: MISS. VERA CHRISTINE CHRISTOPHER
NAMA PELAJAR
: IRFAN EMAN BIN AMPIU
NO. MATRIK
: BS10110154
TARIKH HANTAR
: 28 OKTOBER 2010
KUMPULAN
: 10 (SESI 2)
LAPORAN KERJA LAPANGAN DI KUDAT
OBJEKTIF a) Melawat kawasan geologi yang terdapat di sekitar Sabah. b) Mengenali jenis batuan yang terdapat di sekitar kawasan sabah seperti batuan jenis igneus, sedimen dan metamorfik. c) Mengenali morfologi kawasan lapangan seperti sesar, laminasi dan lain-lain. d) Mengenali formasi yang terdapat di kawasan lapangan.
PENGENALAN Sejarah Tektonik Sabah Sabah terletak di Utara kepulauan Borneo yang dilingkungi oleh Plet Eurasi ke utara, Plet Filifina di timur-laut, Plet Pasifik di dan Plet Indo-Australia di selatan dan barat daya. Tan dan Lamy 1990 (1990) berpendapat bahawa Sabah terletak pada pertemuan dua trend mega-tektonik, iaitu trend Borneo Barat Laut (timur laut-barat daya) dan Trend sulu ( barat laut-tenggara), pertemuan ini menyebabkan terbentuknya zon subduksi dan pembukaan laut China Selatan. Malahan, ada pandangan daripada perpektif lain yang mendapati bahawa Sabah di sempadani oleh lingkaran Sabah palawan di utara dan pentas laut sulu di bahagian timur (Rangin et al, 1990). Selain itu, Hutchison (1989) pula berpendapat bahawa lembangan Sabah menganjur mengikut arah timur laut dari Garis Baran ke palawan. Lembangan ini dipercayai mengalami aktiviti tektonik sepanjang kala paleosen sehingga awal miosen.
Peta 1: Kawasan lapangan di Daerah Kudat, Sabah
Geologi di kawasan daerah Kudat Pada 26 september 2010 yang lalu, kos geologi telah menjalankan kerja lapangan di luar kawasan UMS selama 2 hari 1 malam. Tempat kerja lapangan tersebut dilakukan adalah di negeri Sabah dan terletak di sekitar daerah Kudat yang mempunyai keluasan seluas 60 km2. Seterusnya, daerah Kudat tersebut terdiri daripada semenanjung Kudat, pulau banggi dan pulau balambangan yang berkeluasan 1287 km 2. Secara amnya, kawasan daerah Kudat merupakan kawasan yang berbukit bukau yang rendah malahan hampir separuh kawasan tersebut mempunyai ketinggian lebih daripada 100 kaki. Puncak yang tertinggi adalah Bukit Landog yang ketinggiannya mencecah 551 kaki. Bukit-bukit yang terdapat di formasi Kudat adalah tinggi dan mempunyai cerun yang curam berbanding dengan bukit-bukit pada formasi cert-spilit yang rendah dan cerun yang tidak curam. Malahan, tanah tinggi yang terdapat di dearah Kudat juga diliputi oleh hutan sekunder dan hutan primer. Seterusnya, geologi am dan stratigrafi setiap unit batuan di kawasan kajian dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu formasi cert-spilit, formasi Kudat, formasi melange dan formasi endapan kuaterner.
Formasi cert-spilit Terdiri daripada batuan sedimen iaitu cert, syal dan batu pasir dengan batuan igneus seperti spilit, basalt dan serpentinite. Sedikit batuan sedimen juga boleh dijumpai.formasi cert-spilit berusia jurasik tengah hingga kapur lewat. Cert dikawasan lapangan telah ditentukan berusia Barremian berdasarkan himpunan fosil radiolaria (Basir dan Sanudin, 1988). Formasi ini juga dicirikan dengan lapisan cert merah yang berselang lapis dengan lapisan syal merah yang nipis dan lapisannya biasanya dijumpai terlipat denga rencam.
Formasi melange Melange merupakan batuan Formasi Cert-Spilit yang bergabung dengan batuan formasi Kudat dalam matriks yang berwarna kelabu malahan biasanya saiz butirannya adalah besar.
Formasi endapan kuaterner Sedimen Kuaterner yang terdiri dari kerikil, pasir dan lumpur banyak terdapat di tepi pantai dan lembah di pedalaman.
Formasi Kudat Biasanya formasi ini terdapat di semenanjung Kudat serta berusia Miosen Awal sehingga Miosen Tengah ( Sanudin, 1978 ). Ini dapat dibuktikan berdasarkan fosil yang telah ditemui pada formasi tersebut iaitu Globigerinoides sikanus serat batuan sediman laut cetek yang terdiri daripada fasies klastik dan fasies karbonat. Fasies karbonat bercirikan batu kapur dengan selang lapis batu lumpur dan syal nipis manakala fasies klastik pula bercirikan batu pasir tebal dengan selang lapis batu lumpur dan syal nipis. Batu pasir mempunyai kandungan mineral feldspar yang tinggi dan kaya dengan lignit atau lapisan berkarbon. Formasi Kudat dapat dibahagikan 6 ahli utama arenit ( Clement dan Keij ) iaitu Ahli Tajau ( Batu Pasir ), Ahli Sikuati ( Batu Pasir ), Ahli Garau ( Serpih ) ,Ahli Sira , Ahli Gomantong dan Ahli Dadar.
Di kawasan lapangan juga mempunyai dua kumpulan utama iaitu ahli tajau dan ahli sikuati.
Ahli Tajau – Batu pasir masif yang tebal dan berselang lapis dengan syal dan lodak. Saiz butirannya dari sederhana ke kasar. Kandungan mineralnya juga adalah feldspar dan kuarza. Pantai bak-bak merupakan contoh bagi ahli tajau.
Ahli sikuati - Lapisan batu pasir yang nipis dan tebal (saiz butiran sederhana ke kasar), batuan lain selain batu pasir adalah batu syal, batu lodak dan sedikit lapisan batu arang yang nipis malahan hampir kesemua lapisannya hampir sama. Kandungan mineralnya juga sama dengan ahli tajau iaitu feldspar dan kuarza. SMK. Sikuati merupakan contoh bagi ahli sikuati.
Morfologi sekitar kawasan lapangan yang boleh diperhatikan adalah: a)
Sesar.
e)
b)
Retakan.
f)
c)
Laminasi.
d)
Kekar.
Luluhawa fizikal dan kimia. Hakisan.
PEMERHATIAN Berikut merupakan cerapan lapangan di sekitar daerah Kudat. Kami telah melawat sebanyak 6 seksyen, bagi setiap kawasan yang terdapat pada formasi Kudat dan formasi cert-spilit. Seksyen 1 Lokasi yang pertama adalah SMK Sikuati Kudat yang terletak pada formasi Kudat. Jenis batuan yang terdapat di kawasan ini adalah batu pasir dan batu lodak yang wujud sejak miosen awal lagi. Terdapat juga batu lumpur seperti batu lumpur jenis lodak dan lempung. Batuannya berlapis antara batu pasir dan organik (carboneferous) Morfologi: Disiring jalan Geomorfologi kawasan : Kekar, laminasi selari, sesar (sesar naik dan turun) Cuaca: Panas dan cerah J/K: 230O/70O Bacaan GPS: N06O53.489’ ,
E116041.482’
Gambar 1.1: Papan tanda SMK. Sikuati, Kudat Sabah
Gambar 1.2: Lapisan antara batu pasir dan organik
Gambar 1.3: Batu pasir yang berlapis dengan batu lumpur
Morfologi kawasan SMK. Sikuati Kudat Sabah
Gambar 1.4: Laminasi selari ( garis hitam adalah karbon)
Gambar 1.5: Retakan
Seksyen 2 Lokasi yang kedua adalah Bukit bangau di kg. Kimihang. Lokasi ini mempunyai batuan jenis ultrabas yang kaya dengan magnesium dan ferum. Batuan yang terdapat disini adalah batu serpentinite yang telah mengalami proses hidrolisis. Seterusnya, usia batuan ini adalah awal cretaceous. Morfologi: Lereng bukit Warna batu: Kehijauan Cuaca: Panas dan cerah Bacaan GPS: N06O56.836’ , E116O43.260’
Gambar 2.1: Kawasan Bukit Bangau
Gambar 2.2: Lereng Bukit Bangau
Gambar 2.3: Hakisan di kawasan lereng Bukit Bangau
Gambar 2.4: Batu Serpentinite (1)
Gambar 2.5: Batu Serpentinite (2)
Seksyen ke-3 Lokasi yang ketiga adalah terletak di pantai Tanjung Bangau. Jenis batuan yang terdapat di kawasan ini adalah jenis batuan igneus yang di klasifikasikan sebagai bas. Batu yang diperolehi di kawasan ini adalah batu basalt. Basalt mengandungi pyroxene dan plagyoclase serta kaya dengan sodium, Na. Saiz butiran pada batuan basalt adalah halus disebabkan oleh batuan ini menyejuk dengan cepat apabila tiba dipermukaan bumi. Seterusnya, warna pada batu basalt adalah gelap kehijauan. Walaubagaimanapun, apabila kandungan sodiumnya tinggi, batuan ini boleh bertukar kepada spilite. Batuan basalt juga mempunyai telerang yang berwarna putih disebabkan oleh air laut yang memasuki rekahan pada batuan dan menyejuk. Proses ini dinamakan proses luluhawa fizikal. Morfologi: Di kawasan pantai Cuaca: Panas dan cerah Bacaan GPS: N06O57.660’ , E116O42.734’
Gambar 3.1: Kawasan batu basalt tersebut di ambil
Gambar 3.2: Penerangan berkaitan dengan lokasi ketiga
Gambar 3.3: Batu basalt
Seksyen 4 Lokasi yang ke-empat yang kami kunjungi adalah Kuari Suang Pai yang terletak di kg. Tajau. Kawasan ini merupakan kawasan yang sudah ditinggalkan serta merupakan ahli Tajau dan formasinya adalah formasi Tajau serta usianya adalah usia batu kapur. Malahan, formasi Tajau ini mempunyai dua pasif, iaitu pasif batu pasir yang tebal dan pasif batu kapur. Pasif batu kapur inilah yang dikatakan kaya dengan fosil foraminifera seperti fosil lapidocyclina. Geologi: Kawasan tinggi Cuaca: Panas dan cerah J/K: 280O/40O (lapisan tanah) Bacaan GPS: N06O59.873’ , E116O45.783’
Gambar 4.1: Kuari Suang Pai, Kg. Tajau
Gambar 4.2: Batu kapur
Gambar 4.3: Kawasan batu kapur dilonggokkan
Seksyen 5 Lokasi yang ke-lima adalah Bukit Pangaraban yang terletak pada formasi cert-spilite. Cert sebenarnya terletak di laut, walaubagaimanapun tempat yang kami lawati merupakan ozonolisis cert. Unit batuan yang terdapat di kawasan ini adalah unit batuan cert iaitu ‘polycrystalline quartz’. Setiap individu cert terdiri daripada rangka radiolaria. Usia batuan di kawasan ini adalah usia kapur bawah. Oleh sebab ada batuan sedimen diatas bukit tersebut maka dia dijadikan unit batuan. Seterusnya, batuan yang terdapat di kawasan ini adalah batuan keras dan sangat halus. Jurus dan kemiringan di kawasan ini juga tidak dapat diukur kerana lapisannya sudah terubah. Lapisan tesebut berlapis-lapis yang mana ada yang nipis dan tebal serta warna batuannya adalah kemerahan. Morfologi: Lereng kaki bukit Geologi: Kawasan tinggi Cuaca: Panas dan cerah Bacaaan GPS: N06O64.543’ , E116O49.991’
Gambar 5.1: Kawasan Bukit Pangaraban
Gambar 5.2: Hakisan tanah di bukit Pangaraban
Seksyen 6 Lokasi yang terakhir yang kami lawati adalah Jalan Pantai Bak-Bak. Disana, kami telah mengambil sampel pasir untuk membuat analisis taburan saiz butiran dan analisis foraminifera. Dalam pasir tersebut, dikatakan terdapat rangka foram yang sangat banyak. Sampel pasir yang diambil juga boleh digunakan untuk mengetahui keliangan dan ketelapan sesuatu batuan itu, sama ada baik atau tidak sebagai penakung air, minyak dan gas bergantung kepada sifat-sifat sesuatu tanih tersebut. Morfologi kawasan: Pesisiran pantai Cuaca: Panas dan cerah Bacaan GPS: N065O64.543’ , E116O49.991’
Gambar 6.1: Kawasan pesisir pantai bak-bak
Gambar 6.2: Kawasan sampel pasir diambil
KESIMPULAN Secara kesimpulannya, sebanyak 6 seksyen yang telah kami lawati di sekitar daerah Kudat iaitu, SMK
Sikuati Kudat, Bukit bangau di kg. Kimihang, Tanjung Bangau, Kuari
Suang Pai di Kg. Tajau, Bukit Pangaraban dan Pantai Bak-bak. Kebanyakan batuan yang terdapat di kawasan lapangan ini adalah sepentinite di Bukit bangau, batu kapur yang merupakan batuan sedimen di Kuari Suang Pai dan batu basalt iaitu batuan jenis igneus intrusif di pantai Tanjung Bangau. Kawasan lapangan juga dapat diperhatikan morfologinya seperti sesar, kekar, retakan, laminasi, luluhawa fizikal dan kimia serta hakisan. Seterusnya, terdapat empat formasi sepanjang kawasan kajian iaitu formasi Kudat dan formasi certspilit.
RUJUKAN Pellant. C. Rocks and Minerals. 1992. Dorling Kindersley Limited. London.