Prosiding Seminar Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab 2014 • disunting oleh: Zamri Arifin, Maheram Ahmad, Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad, Lazim Omar, Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Khazri Osman, Al Muslim Mustapa & Mohd Shahrizal Nasir • ©Fakulti Pengajian Islam, UKM & Fakulti Kontemporari Islam, UniSZA • ISBN 978-967-5478-78-9
USLŪB PERINTAH DALAM PUISI IMAM SHĀFIᶜI 1
Khazri Osman
[email protected] Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia
1
Abstrak : Uslūb yang sesuai memainkan peranan penting dalam sesuatu ungkapan. Ia berupaya menyampaikan sesuatu mesej dengan jelas selari dengan keistimewaan Bahasa Arab yang ringkas dan tepat. seperti yang terkandung dalam ayat al-Quran. Antara yang penting ialah uslub perintah, kerana ia berkait secara langsung dengan tarbiah jiwa manusia yang sentiasa memerlukan rangsangan untuk melakukan sesuatu. Hanya penutur dan golongan sasaran yang mempunyai daya imaginasi balāghah yang tinggi mampu mengetahui apakah motif ) (أغراضungkapan yang diajukan. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti uslūb perintah yang terdapat dalam puisi Imam Shāfiᶜi sarjana dalam dua bidang; bahasa Arab dan fiqah serta motifnya. Kajian ini menggunakan metode kualitatif dengan menjadikan analisis kandungan sebagai reka bentuk kajian. Pengumpulan data dilakukan terhadap bait-bait yang mengandungi uslūb perintah seterusnya dianalisis dari sudut balāghah. Hasil kajian ini mendapati motif uslūb perintah yang terdapat dalam bait puisi terpilih oleh Imam Shāfiᶜi ialah kecaman, iḥtiqār serta nasihat dan bimbingan.
Kata kunci : Uslūb, puisi Imam Shāfiᶜi, perintah, aghrāḍ PENGENALAN Kajian tentang bahasa itu bukanlah terhad terletak pada kajian sintaksis atau morfologi sahaja, bahkan menjangkau kepada kajian makna sesuatu ungkapan sama ada maksudnya tersurat atau tersirat. Maka didapati sarjana ilmu balāghah mengimplisitkan sesuatu yang bernilai dalam ungkapannya atas pelbagai motif. Antara ulama yang fadil, berwibawag dalam segenap cabang ilmu bahasa Arab ialah Imam Shāfiᶜi. Kehidupannya bersama kabilah Hudhayl menjadi pemangkin kecintaan dan kemahirannya berbahasa, mendorong pelbagai kajian dilakukan terhadap uslūb beliau yang hebat. Khazanah kekayaan ilmu beliau turut memperkaya model agama Islam di mana mazhab beliau telah dipilih untuk dijadikan pegangan majoriti penduduk Malaysia. Ibn Hishām al-Naḥwī mengakui kehebatan beliau dengan berkata : “Kami duduk lama dalam satu majlis bersama Imam Shāfiᶜi, kami tidak mendapati satu pun kesalahan dalam tutur bicara beliau, walaupun satu perkataan bahasa Arab.” Pengiktirafan Ibn Hishām selaku pakar ilmu tatabahasa Arab ini sudah memadai untuk meletakkan beliau di tempat tertinggi (Sharbāṣī t.th. : 140).
1
Objektif Kajian 1. Menjelaskan uslūb perintah dari sudut balāghah. 2. Menganalisis motif uslūb perintah yang terdapat dalam puisi Imam Shāfiᶜi PERMASALAHAN KAJIAN Uslūb perintah merupakan salah satu asālīb yang digunakan oleh al-Quran untuk meneguhkan manhaj yang dibawa khususnya dalam menggalakkan sesuatu perkara. Ia turut terkait dengan taklif syarak terhadap manusia. Uslūb ini berkait secara langsung dengan tarbiah jiwa manusia yang sentiasa memerlukan dorongan untuk melakukan kebaikan atau meninggalkan kejahatan. Menurut Sarkhaṣī (t.th. : 11) perkara utama dalam bayān ialah mengetahui uslūb perintah termasuk juga larangan, kerana hanya dengan memahaminya sahaja kehalalan dan pengharaman sesuatu perkara dapat dibezakan. Imam Shāfiᶜi pula adalah seorang ulama yang amat berwibawa kerana kebolehannya menguasai dua bidang; fiqah dan puisi. Tetapi majoriti masyarakat lebih mengenali beliau sebagai seorang faqih bukannya pemuisi. Pandangan ini dikongsi oleh Kanān (2009 : 4) yang menyifatkan puisinya mempunyai cita rasa tersendiri yang memerlukan kajian. Bukan sekadar itu, Azharī (t.th. : 17) dalam menyusun karyanya berkaitan lafẓ Shāfiᶜi yang janggal mendapati beliau adalah seorang yang sangat berpengetahuan, memiliki baṣīrah yang tajam, pandai dalam menerangkan, mempunyai tutur kata yang fasih serta lafẓ yang mantap. Justeru, pengkaji berpendapat puisi beliau harus diketengahkan sebagai satu bentuk kajian bagi menampilkan ketokohan imam yang mazhabnya menjadi pegangan majoriti penduduk di Malaysia ini. Maka satu kajian balāghah berkaitan uslūb perintah dalam dīwān beliau perlu dilakukan bagi meneguhkan peranan puisi ulama tersohor ini dalam bahasa Arab dan tarbiah.
DEFINISI USLŪB PERINTAH Dari aspek etimologi, uslūb berasal daripada perkataan )ب – يَ ْسلُبُ َس ْلبًا َ َ ( َسلbermaksud jalan, cara, mazhab atau bentuk. Ia merupakan kata tunggal yang mana kata jamaknya ialah asalib (Ibn Manẓūr 1993 : 473). Dari segi istilah, uslūb adalah kesesuaian kata-kata untuk situasi tertentu. Boleh juga diertikan sebagai seni untuk menerangkan sesuatu ) (بيانmelalui bentuk ungkapan yang indah, cermat dan terbaik agar penyampaiannya berkesan (Rāfiᶜī 2000 : 14). Perintah ialah antonim bagi larang. Didefinisikan oleh Ibn Yaᶜīsh (2001 : 289) sebagai tuntutan melakukan sesuatu perbuatan dengan ṣīghah tertentu. Menurut Faḍl Ḥasan ᶜAbbās (Faḍl Ḥasan ᶜAbbās 2007 : 58), secara asasnya perintah menunjukkan sesuatu yang wajib dilaksanakan daripada pihak yang berkedudukan tinggi kepada yang lebih rendah. Jika ada maksud selain wajib, seharusnya disertakan dengan qarīnah. Apabila perintah itu daripada pihak yang lebih rendah kepada yang tinggi, ia dinamakan doa. Jika sama tarafnya seperti permintaan kepada rakan, dinamakan iltimās. Ketika ini maksud perintah bukan lagi haqīqī sebaliknya majāzī. ṢĪGHAH USLŪB PERINTAH Uslūb perintah sama ada ḥaqīqī atau majāzī atau mempunyai beberapa ṣīghah antaranya :
2
a.
ْ اِ ْف َعل, biasanya untuk mukhāṭab seperti ))((وأقيموا الصالة
b.
ْلِيَ ْف َعل, biasanya untuk ghāib seperti ))((لِيُ ْنفِ ْق ُذو َس َع ٍة ِم ْن َس َعتِ ِه
c. Menggunakan asmā’ al-afᶜāl, seperti ṣah bermakna diam d. Menggunakan maṣdar seperti ))ب ِ ب ال ِّرقَا َ ْضر َ َ ((فَإِذا لَقِيت ُ ُم الَّذِينَ َكفَرُوا ف, maka فضرب الرقابasalnya ialah ضرب الرقاب فاضربوا (Ibn al-Athīr t.th. : 236). َ َ َ ُ (( َو ْال َوالِد, mengandungi maksud َُّن ْ ْ e. Menggunakan khabar,)) َحوْ لي ِن كَا ِملي ِن ضعْ نَ أَوْ ََل َده ِ َْات يُر diperintahkan kepada para ibu menyusukan anak mereka selama dua tahun .
LATAR BELAKANG IMAM SHĀFIᶜI Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Idris bin al-ᶜAbbās bin Uthman, bin Shafic, bin al-Saib, bin cUbayd, bin cAbd Yazīd, bin Hāshim, bin cAbd al-Muṭṭalib bin cAbd Manāf (Aṣbahānī 1974 : 67). Beliau berketurunan Bani Hāshim berdasarkan nasabah dengan keturunan Rasulullah s.a.w. pada datuknya yang keempat iaitu cAbd Manāf. Sayyid (1984 : 24) menyatakan, laqab untuk beliau ialah Abu Abdullah, manakala kunyahnya al-Muṭṭalibī, al-Qurashī, al-Hāshimī, dan al-Makki. Beliau digelar Nasir al-Sunnah (penegak sunnah Rasulullah s.a.w.) dan Waḍic cIlm al-Usul (pengasas ilmu usul fiqah, iaitu ilmu perundangan Islam). Beliau dilahirkan dalam tahun 150 Hijrah bersamaan 767 Masihi di Ghazzah, Palestin, pada tahun yang sama dengan kematian Imam Aczam Abu Hanifah al-Nucman r.a.. Membesar sebagai anak yatim di bawah penjagaan ibunya Fatimah binti Abdullah yang berasal dari kabilah Azd. Kemudian, beliau dibawa oleh ibunya ke cAsqalān, berhampiran Ghazzah. Ketika berusia dua tahun, ibunya memindahkan beliau ke Ḥijāz dan selanjutnya ke Makkah al-Mukarramah kerana khuatir susur-galur keturunannya akan hilang (Ḥamawī 1993 : 2394) Demi mendalami ilmu bahasa Arab, Imam Shāfiᶜi menetap selama tujuh belas tahun bersama kabilah Hudhayl, sebuah kabilah ini cukup terkenal mempunyai tahap kefasihan bahasa Arab yang tinggi. Beliau mempelajari bahasa, pertuturan dan cara hidup mereka. Apabila kembali ke Makkah, beliau terus berpuisi, sastera dan kisah orang Arab zaman silam. Seterusnya Imam Shāfiᶜi pergi ke Madinah Munawwarah untuk menjadi pelajar Imam Mālik bin Anas khusus mempelajari kitab alMuwaṭṭā’ dan berjaya menghafaznya dalam tempoh sembilan hari. Beliau terus menjadi pelajar Imam Mālik sehingga Imam Mālik kembali ke rahmatullah pada tahun 179 Hijrah ketika Imam Shāfiᶜi berusia tiga puluh tahun. Rabīᶜ bin Sulaymān, salah seorang anak murid Imam Shāfiᶜi di Baghdād meriwayatkan bahawa beliau meninggal dunia pada hari Khamis malam Jumaat, hari terakhir bulan Rejab tahun 204 Hijrah bersamaan 819 Masihi di Mesir, ketika berusia 54 tahun (Nawawī 2007 : 45). Jenazahnya dikebumikan di Mesir dalam kawasan tanah perkuburan yang dikelilingi oleh sanak-saudara dari Bani Zuhrah daripada keturunan ᶜAbdul Raḥmān bin ᶜAwf (Ḥamawi 1993 : 2414).
PUISI IMAM SHĀFIᶜI Menurut Mohd Rosli Saludin (2007 : 13), tunjang utama yang menjamin keutuhan sesebuah bangsa ialah pelestarian tinggalan puisi. Sehubungan dengan itu, seluruh bangsa yang dianggap bertamadun perlu memartabatkan tinggalan adatnya untuk keampuhan peribadi bangsanya. Ia sebenarnya sesuatu yang mampu diperkukuhkan dan disulam jalinkan sejajar dengan perkembangan zaman. 3
Abu Abdullah Muhammad bin Idris al-Shāfiᶜi (150H - 204H ) hidup dalam zaman beberapa orang khalifah, antaranya ialah Harun al-Rashīd, yang menduduki takhta selama dua puluh tiga tahun. Kerajaan ᶜAbbāsiyyah beruntung kerana memiliki seorang pemimpin seperti al-Rashīd yang mempunyai kecenderungan terhadap sastera, di samping hikayat Arab zaman lampau dan ilmu-ilmu pengajian Islam seperti hadis dan fiqah. Ia boleh dianggap kemuncak keagungan Kerajaan ᶜAbbāsiyyah yang menggerakkan perkembangan bahasa dan sastera, sampaikan ada dalam kalangan pengkaji yang sanggup ke pedalaman untuk mendapatkan bahasa penduduknya untuk direkodkan dalam karya mereka. Sebahagiannya lagi mengkaji ilmu nahu dan balāghah khususnya aspek bayān dan badīᶜ, hadis, fiqah, dan tafsir yang menghasilkan ribuan karya penulisan (Ṭarīfī 2006: 12). Imam Shāfiᶜi mempunyai pandangan tersendiri terhadap puisi. Ini terserlah melalui katakatanya : “Puisi itu merupakan salah satu jenis kata-kata yang tersusun. Ada yang baik dan ada yang buruk.” (Zuḥaylī 1996 : 249). Malangnya beliau enggan meneruskan minatnya terhadap puisi lalu memilih untuk menguasai bidang fiqah kerana berpandangan puisi boleh mengaibkan ulama. Ṭabbāᶜ (t.th. : 60) memetik bait puisi oleh beliau : ُ لَ ُك ْن ت ْاليَوْ َم أَ ْش َع َر ِم ْن لَبِي ِد
َولَوْ َل ال ِّشعْ ُر بِال ُعلَ َما ِء ي ُْز ِري
Maksudnya : “Kalaulah tidak disebabkan puisi boleh merendahkan kedudukan ulama, sudah tentu hari ini aku lebih bijak berpuisi dari Labīd”.
Kebanyakan puisinya menjurus kepada hikmah, nasihat dan bimbingan. Dipersembahkan dalam bentuk yang senang difahami, ringkas, perkataan yang mudah dan ayat yang jelas. Tiada qasīdah yang panjang-panjang kerana puisinya disampaikan secara spontan.
MOTIF USLŪB PERINTAH DALAM PUISI IMAM SHĀFIᶜI a. Ṭabbāᶜ (t.th. : 36) memetik bait puisi oleh Imam Shāfiᶜi : ين ٍ َع األيَّا َم ت َْغ ِد ُر ُك َّل ِح ِ د
ت ال َد َوا ُء ِ فَ َما يُغ ِني ع َِن الـ َمو Maksudnya :
“Biarkanlah hari-hari berlalu setiap masa, kerana kematian tidak boleh dijejaskan oleh ubat”. Imam Shāfiᶜi menasihatkan manusia agar tidak terlalu memikirkan tentang apa yang berlaku kerana ajal dan maut sememangnya telah ditetapkan Allah s.w.t.. Maka di sini uslūb perintah bukan lagi bersifat haqīqī kerana motifnya ialah memberi nasihat dan bimbingan.
b. Ṭabbāᶜ (t.th. : 39) memetik bait puisi oleh Imam Shāfiᶜi : ِصب َ َْش في الن َ ارقُهُ َوان َ ِ صب فَإِنَّ لَ ِذي َد ال َعي ِ َ سافِر ت َِج ْد ِع َوضًا َع َّم ْن تُف Maksudnya : 4
“Mengembaralah, kamu akan dapat pengganti orang yang ditinggalkan. Tempuhilah kepenatan kerana sesungguhnya keseronokan hidup itu pada keletihan”. Imam Shāfiᶜi menggalakkan pengembaraan demi menuntut ilmu. Pengalaman ini dilalui sendiri oleh beliau di mana negeri kelahirannya, Ghazzah, ditinggalkan untuk menimba ilmu di Makkah alMukarramah seterusnya ke Yaman. Beliau tinggal lama di Baghdad tetapi meninggal dunia di Mesir lantaran kecintaannya terhadap ilmu. Maka di sini uslūb perintah bukan lagi bersifat haqīqī kerana motifnya ialah memberi nasihat, peringatan dan bimbingan. c. Ṭabbāᶜ (t.th. : 41) memetik bait puisi oleh Imam Shāfiᶜi : ُّ ِإ َذا َما ظَالِ ُم ا ْستَحْ سَنَ ال ظلْ َم َم ْذهبًا
قبيح ا ْكتِسا ِب ِه َولَ َّج ُعتُ ّواً فِي ِ
ف اللّيَالِي فَإنَّها ِ ْصر َ فَ ِكله إلى
َدعي لَهُ َمالم يَ ُكن فِي ِح َسا ِب ِه ِ َست Maksudnya :
“Apabila orang yang zalim melihat kekejaman itu elok dan diambil sebagai mazhab, serta tidak berperikemanusiaan dalam usahanya yang buruk”. “Biarkan dia menempuh cabaran kehidupan, yang akan menyerlahkan sesuatu di luar sangkaannya”. Imam Shāfiᶜi mengutuk perbuatan zalim kerana ia merugikan diri sendiri. Hakikatnya tidak ada orang yang kejam kekal menongkat langit sepanjang zaman. Perbuatan zalim akan dibalas oleh putaran masa yang menjanjikan balasan apabila tiba saatnya. Beliau sendiri pernah dianiaya apabila satu fitnah disebarkan semasa zaman pemerintahan Khalifah Hārūn al-Rashīd. Baginda dihasut untuk menghalau Imam Shāfiᶜi keluar dari Yaman atas alasan tidak menjalankan tugas dengan sepatutnya bagi menghalang gerakan cAlawiyyah. Akibatnya, Imam Shāfiᶜi dibawa menghadap khalifah dengan keadaan kedua-dua tangannya diikat (Dhahabī 2006 : 273). Namun, beliau terselamat daripada tohmahan tersebut, seterusnya kembali menetap di Makkah.“Biarkan” dalam bait di atas adalah satu ugutan. Maka uslūb perintah bukan lagi bersifat haqīqī kerana motifnya telah berubah kepada kecaman. d. Ṭabbāᶜ (t.th. : 49) memetik bait puisi oleh Imam Shāfiᶜi : الع ِلم فِي نَفَ َراتِ ِه ِ ُوب َ اصبِر َعلَى ُم ِّر ْال َجفَا ِم ْن ُم َعلِّ ٍم فَإِنَّ ُرس Maksudnya : “Bersabarlah dengan ketegasan seorang guru, sesungguhnya khazanah ilmu terkandung dalam tindakannya yang tidak menyenangkan”. “Sesiapa yang tidak merasai kepahitan belajar walau sedetik, dia akan rasa jahil sepanjang hidupnya”. Imam Shāfiᶜi menyarankan agar penuntut ilmu cekal dengan ujian yang ditempuh semasa proses menimba pengetahuan. Beliau sendiri sanggup menjadi murid kepada guru-guru yang mempunyai latar belakang yang pelbagai. Di antara mereka ada yang pakar dalam hadis, cenderung kepada fahaman Syiah, Muktazilah, dan ulama mazhab yang bukan sealiran dengannya. Natijahnya, 5
kewibawaan beliau dalam mencakupi segenap cabang ilmu. “Bersabar” dalam rangkap puisi di atas bukannya haqīqī tetapi bermotifkan nasihat dan bimbingan. e. Ṭabbāᶜ (t.th. : 49) memetik bait puisi oleh Imam Shāfiᶜi : ِفَ َكبِّر َعلَ ْي ِه أَرْ بَعًا لِ َوفَاتِه
َو َم ْن فَاتَهُ التَّعْ لِي ُم َو ْقتَ َشبَا ِب ِه
Maksudnya : “Sesiapa yang terlepas peluang menuntut ilmu pada zaman mudanya, maka takbirlah untuknya empat kali kerana dia umpama sudah mati”. Imam Shāfiᶜi menyarankan agar setiap insan memanfaatkan zaman muda untuk belajar. Beliau sendiri sanggup ke Madinah Munawwarah untuk menjadi pelajar Imam Mālik bin Anas khusus mempelajari kitab al-Muwaṭṭā’. Berkat minat serta ketekunannya, kitab ini berjaya dihafaz dalam tempoh sembilan hari. Ketika membaca al-Muwaṭṭā’ di hadapan Imam Mālik, beliau selaku pengarang berasa kagum dengan kefasihan dan kelancaran Imam Shāfiᶜi kendatipun usianya pada ketika itu baharu mencecah tiga belas tahun (Ibn ᶜAsākir 1995 : 353). “Takbirlah” pada bahagian kedua puisi bukannya haqīqī tetapi meremehkan ) (احتقارgolongan yang mensia-siakan zaman muda dengan mengabaikan pencarian ilmu. f.
Ṭabbāᶜ (t.th. : 49) memetik bait puisi oleh Imam Shāfiᶜi : ُ اس َحا َج ات َ َك َلَ ل َ إِلَي ِ َّك ِع ْن َد الن
ْ َ ص ْن ِع هللاِ إِ َذ جعل ت ُ ضائِ َل َ ََواشكر ف
Maksudnya : “Bersyukurlah kurniaan kejadian Allah apabila menjadikan, engkau tempat manusia meminta bukannya engkau yang meminta”. Imam Shāfiᶜi mengingatkan manusia tidak memandang rendah nikmat sedia ada supaya dia tidak tamak untuk menambah lagi. Pemberian Allah perlu disyukuri dengan cara mengongsinya dengan orang lain kerana pemberi itu selamanya lebih mulia daripada penerima. “Bersyukurlah” dalam puisi di atas terkeluar daripada tujuannya yang haqīqī kepada majāzī,dan motifnya ialah nasihat dan bimbingan. g. Ṭabbāᶜ (t.th. : 49) memetik bait puisi oleh Imam Shāfiᶜi : ُ ور ن َــــــ َجا َ ََم ْن َراق ِ ب هللاَ في األ ُم
صب ًرا َج ِميالً َما أَ ْق َرب الفَ َر َجا َ
Maksudnya : “Bersabarlah sebenar-benarnya, lungkah hampirnya jalan keluar, sesiapa yang takutkan Allah dalam urusannya akan terselamat”.
Imam Shāfiᶜi menyuruh insan bersabar sepenuh hati bagi membolehkan dia mendapat jalan keluar dari sebarang masalah. Seseorang yang ingin terhindar daripada kesulitan dunia dan akhirat sewajarnya menjadikan takwa sebagai benteng utama. Menurut Sharbāṣī (t.th. : 154), Imam Shāfiᶜi mementingkan muraqabah dan sangat takut untuk dihisab amalannya. ) (صب ًراadalah nama terbitan 6
yang menggantikan tempat kata kerja perintah. Maka uslūb perintah di sini bersifat majāzī bermotifkan nasihat dan bimbingan. KESIMPULAN & CADANGAN Berdasarkan perbincangan di atas, dapat disimpulkan bahawa : i.
Puisi Imam Shāfiᶜi dipersembahkan dalam bentuk yang mudah difahami, ringkas, menggunakan perkataan yang mudah dan ayat yang jelas
ii. Kebanyakan uslūb perintah dalam puisi beliau bermotifkan nasihat dan bimbingan. Ini menunjukkan puisi ini mengandungi hikmah dan tunjuk ajar yang wajar dijadikan panduan. iii. Kepuitisan Imam Shāfiᶜi tampak pada bait-bait puisinya berdasarkan nilai balāghahnya yang tinggi. iv. Walaupun Imam Shāfiᶜi seorang yang alim dan dihormati dalam kalangan ilmuwan mahupun orang awam, nasihat yang diberikan bukan dalam bentuk istiᶜlā’. v. Para pendidik boleh mengambil bait-bait puisi Imam Shāfiᶜi untuk istishhād sebagai tambahan kepada contoh-contoh yang diperoleh daripada buku-buku rujukan sedia ada.
RUJUKAN Al-Quran al-Karim Aṣbahānī, Ahmad Abdullah. 1974. Ḥilyah Al-Awliyā’. Kaherah: Al-Saᶜādah. Azharī, Muhammad Ahmad. t.th. Al-Zāhir Fī Gharīb Alfāẓ Al-Shāfīᶜī. Kaherah: Dār al-Ṭalāiᶜ. Dhahabī, Muhammad Ahmad. 2006. Siyar Aᶜlām Al-Nubalā’. Kaherah: Dār al-Hadīth. Faḍl Ḥasan ᶜAbbās. 2007. Asālīb Al-Bayān. Amman: Dār al-Nafāis. Ḥamawī, Yāqūt Abdullah. 1993. Muᶜjam Al-Udabā’. Beirut: Dār al-Gharb al-Islāmī. Ibn al-Athīr, Naṣrullah Muhammad. t.th. Al-Mathal Al-Sāir. Kaherah: Dār Nahdah. Ibn ᶜAsākir, Ali al-Hasan. 1995. Tārīkh Dimashq. Beirut: Dār al-Fikr. Ibn Manẓūr, Muhammad Mukarram. 1993. Lisān Al-ᶜArab. Beirut: Dār Sādir. Ibn Yaᶜīsh, Yaᶜīsh ᶜAli. 2001. Sharḥ Al-Mufaṣṣal. Beirut: Dār al-Kutub al-ᶜIlmiyyah. Kanān, ᶜĀṭif Muhammad. 2009. Al-ghurbah wa al-ightirāb fi shiᶜr al-shāfiᶜī. University Of Petra. Mohd Rosli Saludin. 2007. Seni Berpuisi. Pulau Pinang: Goal Intelligent Publishing Sdn. Bhd. Nawawī, Yahya Sharaf. 2007. Tahdhīb Al-Asmā’ Wa Al-Lughāt. Beirut: Dār al-Kutub al-ᶜIlmiyyah. 7
Rāfiᶜī, Mustafa Sādiq. 2000. Waḥy Al-Qalam. Beirut: Dār al-Kutub al-ᶜIlmiyyah. Sarkhaṣī, Muhammad Ahmad. t.th. Uṣūl Al-Sarkhasī. Beirut: Dār al-Maᶜrifah. Sharbāṣī, Ahmad. t.th. Al-Aimmah Al-Arbaᶜah. Beirut: Dār al-Jīl. Ṭabbāᶜ, ᶜUmar Fārūq. t.th. Dīwān Al-Imām Al-Shāfiᶜi. Beirut: Dār al-Arqam. Ṭarīfī, Yusuf ᶜAṭa. 2006. Al-ᶜAṣr Al-ᶜAbbāsiyy. Amman: al-Ahliyyah. Zuḥaylī, Wahbah Musṭafā. 1996. Al-Tafsīr Al-Munīr. Damsyik: Dār al-Fikr.
8