PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011 Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV: Ulama Pemacu Transformasi Negara disunting oleh: Azmul Fahimi Kamaruzaman, Ezad Azraai Jamsari, Ermy Azziaty Rozali, Farid Mat Zain, Hakim Zainal, Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad, Maheram Ahmad, Md Nor Abdullah, Napisah Karimah Ismail & Zamri Arifin © Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor ISBN 978-983-9368-57-4 (2011), http://www.ukm.my/nun/prosiding%20atas%20talian.htm
Tuan Guru Haji Abdul Latif bin Abdul Rahman: Intelektual Pembangunan Pendidikan Islam di Negeri Perak Latifah Abdul Majid, Siti Nur Fariza Jumari & Sabri Mohamad Jabatan Pengajian al-Qur’an dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor
Abstrak: Umumnya, makalah ini adalah bertujuan untuk menjelaskan sumbangan seorang tokoh intelektual agama kepada pembangunan pendidikan Islam di negeri Perak. Beliau ialah Tuan Guru Haji Abdul Latif Bin Abdul Rahman yang telah memberikan sumbangan yang amat besar kepada pendidikan ilmu Islam khususnya di negeri Perak. Di samping itu, penulisan makalah ini juga membincangkan perkembangan pendidikan ilmu Islam dan juga sejarah dan latar belakang penubuhan madrasah ini serta masyarakat sekitarnya. Bagi memperoleh data yang tepat, maka kajian dilakukan dengan melakukan kaedah pemerhatian serta temu bual. Kaedah ini telah digunakan bagi mendapatkan maklumat berkaitan biografi Tuan Guru dan sumbangannya dalam pembanguan pendidikan Islam di negeri ini. Ketokohan beliau dalam pembanguan pendidikan ilmu Islam ialah kerana beliau mampu membangunkan Madrasah al-Diniah al-Latiffiah (Pondok Pak Teh) di Pengkalan Hulu, Perak yang telah banyak melahirkan ilmuan agama dan memberi manfaat yang amat besar kepada masyarakat. Pendidikan pengajian ilmu Islam di negeri Perak berkembang seiring dengan penubuhan madrasah dan juga sekolah agama yang diasaskan dan dikendalikan oleh inividu-individu tertentu atau ditubuhkan dengan bantuan kerajaan negeri dan juga ia seiring dengan keaktifan dan sikap prolifik para ulamanya dalam mengembangkan ilmu Islam ini.
PENGENALAN Pada abad ke-20M, pendidikan Islam di negeri Perak makin berkembang dengan pesat seiring dengan perkembangan sistem pengajian pondok di negeri tersebut yang didirikan oleh intelektual agama. Para intelektual ini telah membina pondok sebagai pusat pengajian dan tempat meneruskan jihad ta’lim demi kesinambungan syariat Islam (Ramli Awang: 2006). Antara institut pondok yang terkenal pada masa dahulu sehingga sekarang ialah Madrasah Al-Diniah Al-Latiffiah (Pondok Pak Teh), Pengkalan Hulu, Perak yang ditubuhkan oleh tokoh terkenal iaitu Tuan Guru Hj. Abdul Latif bin Abdul Rahman. Justeru di dalam makalah ini dibincangkan peranan dan sumbangan Tuan Guru Abdul Latif dalam pembangunan pendidikan Islam di negeri Perak. Meskipun peranan institusi pondok amat besar dalam sejarah perkembangannya, ia semakin merosot pada tahun-tahun selepas merdeka. Namun, penubuhan institusi ini masih wujud dan berfungsi sebagai tempat penyebaran ilmu agama di kalangan masyarakat. Sekaligus membuka mata masyarakat akan kepentingan institusi ini. Kelahiran dan Keluarga: Nama penuh beliau ialah Abdul Latif bin Abdul Rahman atau dikenali dengan panggilan “Pak Teh” di kalangan masyarakat setempat. Beliau telah dilahirkan di Kampung Kuak Luar, Pengkalan Hulu, Perak pada tahun 1938.
Merupakan anak berketurunan Melayu Patani. Bapa beliau bernama Abdul Rahman bin Abdullah merupakan seorang guru agama yang sangat dihormati oleh masyarakat setempat manakala ibunya bernama Fatimah binti Abdullah (Sabri Haji Said: 1983) Pendidikan: Tuan Guru Hj. Abdul Latif bin Abdul Rahman mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kuak Luar, Pengkalan Hulu sehingga darjah 5 pada tahun 1947 sehingga 1953. Pada peringkat awal, beliau mula menghafaz kitab-kitab agama dengan bimbingan Ustaz Omar Bin Mohd Noh. Kemudian beliau menyambung pelajarannya di peringkat menengah di Sekolah Arab (sistem pondok) yang dikenali dengan nama Pondok Asam Jawa yang terletak di Pendang, Kedah antara 1956 sehingga 1959 selama 3 tahun. Beliau merupakan seorang pelajar yang pintar kerana berpeluang melanjutkan pelajarannya ke Maktab Melayu Kuala Kangsar, tetapi beliau tidak meneruskan kerana kemiskinannya (Sa’diah 2010). Di antara kitab yang dipelajari semasa di pondok tersebut di antaranya ialah Minhajul Abidin (tasawuf), Mughni Muhtaj (feqah), Muwatta’ Imam Malik (hadith), Fathul Muin, Fathul Wahhab, Tafsir Nasafi dan banyak lagi (Mohd Zairil,temubual: 2 Disember 2010). Sepanjang tempoh pengajian, beliau telah menuntut dengan seramai seratus dua puluh orang guru. Antara guru yang pernah mengajar beliau
243
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
sewaktu dalam pengajian di antaranya ialah Tuan Guru Mohamad Saman, Tuan Guru Abdul Rahman Ahmad, Tuan Guru Sulaiman Mohd Rabik, dan ulama terkenal yang bermastautin di Kelantan seperti Tuan Guru Haji Abdul Aziz, Tuan Guru Haji Mustafa dan Tuan Guru Hashim Abu Bakar. Sepanjang itu jugalah Tuan Guru Haji Abdul Latif menempuh pelbagai kesusahan termasuk berpisah dengan ahli keluarga, pulang ke kampung tiga tahun sekali dan menahan lapar serta dahaga. Kemudiannya beliau menyambung pelajaran di Sekolah Agama Pasir Tumboh, Kelantan iaitu Sekolah al-Diniah Bakriah, Kelantan selama 9 tahun antara tahun 1959 sehingga 1967. Di sana beliau menyambung pelajarannya di peringkat yang lebih tinggi (Sa’adiah,temubual 7 Ogos 2010). Kini Madrasah al-Diniah Bakriah, Kelantan lokasinya adalah terletak kira-kira 11 kilometer dari pusat bandar Kota Bharu dan 1 kilometer dari jalan utama Kota Bharu Pasir Puteh. Di samping itu, ia terletak berhampiran dengan kawasan perumahan Desa Darul Naim, Pasir Tumboh serta beberapa pusat pengajian yang lain seperti Sekolah Menengah Ugama Taqaddum al-Maarif dan Maktab Rendah Sains Mara Pasir Tumboh. Keistimewaan dan Kelebihan Peribadi: Tuan Guru Hj. Abdul Latif dikatakan sangat teliti dalam setiap pertuturan dan sentiasa merendah diri apabila berhadapan dengan orang, tidak kira sama ada mereka alim ulama, orang jahil mahupun kanakkanak. Dengan sifat kesabaran yang dimilikinya, beliau dapat menghadapi satu-satu masalah dengan tenang, terutama masalah yang berkaitan dengan madrasah (masalah kewangan) ataupun perkara yang berkaitan dengan persoalan agama yang memerlukan pendapat dan pandangan beliau. Kelebihan yang dikurniakan Allah SWT kepadanya memang disedari oleh beliau, namun beliau tidak sedikit pun menunjukkan rasa sombong dan megah diri. Sebagai ahli feqh dan tasawuf, kehidupannya amat sederhana, sesuai dengan kehendak agama Islam yang mahukan umatnya sentiasa dalam kesederhanaan. Kemana sahaja beliau pergi, beliau hanya memakai kain pelikat, berbaju Melayu atau berjubah dan memakai serban. Jika menghadiri ke majlis-majlis rasmi Tuan Guru memakai pakaian rasminya iaitu berkot. Selain itu, satu sifat yang paling ketara pada diri beliau ialah ketegasan pendiriannya, terutamanya dalam soal agama. Beliau kurang senang kalau mendengar ada di antara umat Islam yang mengaku diri mereka Islam, tetapi melakukan perkara yang bertentangan dengan suruhan agama dan dengan sewenang-wenangnya menodai kesucian Islam. Beliau tidak segan untuk menegur sesiapa sahaja yang telah membuat pekerjaan yang bertentangan baik kanak-kanak apatah lagi orang dewasa. Beliau berpendapat seseorang itu mengetahui dan menyedari apa yang dilihat atau
didengarnya bersalahan dan bertentangan dengan hukum-hukum agama, tetapi yang mendengar atau melihat itu tidak memberi sebarang nasihat supaya perbuatan itu ditinggalkan, samalah seperti orang itu sendiri yang melakukannya dan menggalakkan perbuatan itu berleluasa. Oleh itu, adalah sewajarnya dinasihati dan ditunjuk ajar agar agama Islam yang maha suci tidak dicemar oleh umatnya sendiri. Sikap berterus terang ini menyebabkan beliau begitu senang didampingi oleh para ulama dan masyarakat setempat. Di samping sikap beliau yang lemah lembut dan suka memberi nasihat kepada sesiapa yang mengkehendakinya. Beliau juga memberi nasihat melalui contoh-contoh yang terdapat di sekelilingnya dan contoh teladan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabatnya. Ini menjadikan mereka yang mendengar cepat sedar dan menerima nasihat beliau dengan senang hati. Begitulah hormatnya masyarakat terhadap beliau dan ibubapa biasanya apabila melihat kedegilan anak-anak selalu meminta nasihat beliau untuk menyembuhkan penyakit anak-anak mereka. Anugerah: Alhamdulillah berkat kesungguhan dan keikhlasan Haji Abdul Latif dalam usaha membangunkan institusi pondok beliau, segala usaha beliau telah dikurniakan pingat kebesaran Darjah Paduka Mahkota Perak yang membawa gelaran Dato’ dari Sultan Perak pada tahun 1993. Beliau juga terpilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1414 dalam majlis peringkat negeri Perak, sekaligus mengangkat Haji Abdul Latif ahli jawatankuasa majlis fatwa negeri Perak 1994-2004 (Jabatan Mufti Negeri Perak:2004) Dengan pengisytiharaan itu, beliau yang juga hidup sebagai petani dan penternak menerima wang sebanyak RM 5000 dan sijil serta hadiah iringan sumbangan kerajaan negeri. Tuan Guru Haji Abdul Latif ketika ditemui melahirkan rasa syukurnya kepada Allah SWT dan menyifatkan anugerah tersebut sebagai ketentuan dari Allah SWT dan janjinya kepada umat Islam yang bertakwa. Katanya juga, beliau tidak menduga dipilih Tokoh Maal Hijrah tahun tersebut kerana segala ilmu yang dimilikinya adalah hak Allah SWT dan nur dariNya. Menurut Pejabat Agama Mufti Negeri Perak mengenai pemilihan beliau sebagai Tokoh Maal Hijrah adalah dipilih oleh Tan Sri Mufti Perak melalui majlis badan kehakiman dan akhirnya diperkenan oleh Sultan. Tuan Guru Haji Abdul Latif telah meninggal dunia sekitar jam 1.00 pagi, pada hari Khamis, pada 30 September 2010 bersamaan 21 Syawal 1431H, dengan tenang dikelilingi oleh isteri, anak-anak, menantu, cucu-cucu, saudara mara dan penuntutpenuntut, kembalilah beliau menghadap Allah SWT Yang Maha Esa. Hampir 5000 orang yang hadir untuk menziarahi jenazah beliau. Solat jenazah pertama diadakan di pondok beliau, kemudian jenazah beliau dibawa ke masjid dan disolatkan
244
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
sekali lagi diimamkan oleh Tuan Guru Haji Salleh Silk. Ramai penduduk di situ terkejut dengan kematian Tuan Guru, pemergian beliau amatlah dirasai oleh semua pihak. Pemergian beliau untuk selama-lamanya meninggalkan keluarga tersayang dan seluruh masyarakat setempat. Oleh kerana terlalu sayang akan Tuan Guru, orang ramai mengharapkan pengebumian beliau dikebumikan di tempat yang paling dekat, iaitu di kawasan perkuburan yang berhampiran dengan pondok beliau untuk memudahkan mereka yang ingin menziarahi pusara beliau dengan mudah. Telah berkata beberapa orang penduduk kampung di situ, mereka merakamkan rasa sedih dengan pemergian Tuan Guru, yang amat berharga kerana beliau seorang yang sangat baik di kawasan itu. Tuan Guru ibarat ayah di kampung tersebut, kerana jika terdapat masalah, mereka akan merujuk kepada Tuan Guru yang bertindak sebagai penyelesai masalah. Malah mereka sangat senang apabila berinteraksi dengan Tuan Guru. Sepanjang tempoh penubuhan Pondok Pak Teh dan penglibatan beliau dalam menggerakkan institusi pondok, beliau kurang menghasilkan karya atau buku-buku agama. Menurut isterinya, Tuan Guru hanya lebih berminat untuk mengajar. Oleh sebab itu sepanjang tempoh penubuhan pondok Tuan Guru lebih memfokuskan kepada bahagian pendidikan. Tidak dinafikan, masa luangnya dihabiskan dengan mengadakan kelas di surau. Akan tetapi, Tuan Guru ada menulis sedikit penulisan tetapi ianya tidak disambung secara lengkap dan dibukukan. Oleh kerana minat dan kesungguhannya dalam mendidik, beliau lebih banyak bersama dengan penuntut-penuntut di madrasah itu. Penglibatan dalam Parti Politik: Dari segi kegiatan politik, beliau tidak melibatkan diri secara aktif. Walau bagaimanapun ini tidak bermakna beliau menentang sesiapa yang ingin menceburkan diri dalam kegiatan politik, asalkan politik yang diperjuangkan itu berlandaskan keislaman. Beliau tidak menampakkan reaksi menentang atau menghalang, sikap beliau ini mungkin berdasarkan perjuangan Rasulullah SAW dalam perjuangan jihad dalam menegakkan kesucian agama Allah SWT. Lantaran itu politik tidak dapat dipisahkan dengan perjuangan Islam. Beliau juga seorang yang sentiasa bersemangat dalam memperjuangkan agama Islam sehingga ke akhir hayatnya. Walaupun beliau tidak terlibat sepenuhnya dengan parti politik, tetapi beliau seorang yang sentiasa mengambil berat tentang parti yang ada di kawasan tersebut. Bukan kerana niat utamanya untuk turut terlibat dengan politik, tetapi biarlah tanggungjawab tersebut digalas oleh orang benarbenar dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya pada perlantikan tersebut. Bagi beliau melibatkan diri dalam dunia politik ini merupakan wadah yang terbaik dalam mengenengahkan permasalahan, dapat
berkongsi masalah, berbincang mengenai isu-isu semasa yang berlaku di antara masyarakat setempat dan di luar kawasan. Selain itu, penglibatan dalam parti politik juga dapat mengenali di antara satu sama lain. Ini juga merupakan satu langkah untuk merapatkan hubungan antara masyarakat setempat. Maka dari situlah masyarakat mula bersatu dan kenal-mengenali. Peranan dalam Pembangunan Pendidikan: Menerusi temubual bersama Mohd Yazid dan Mohd Zulkifli pada 7 Ogos 2010, berkata bahawa selepas tamat pengajian di Kelantan, Tuan Guru telah mendirikan Madrasah Al-Diniah Al-Latiffiah atau lebih dikenali dengan panggilan Pondok Pak Teh telah didirikan sejak tahun 1963 oleh Tuan Guru sendiri berdekatan dengan perkarangan rumahnya. Beliau sangat aktif mengajar dan memberi ceramah di sekitar kawasan dan juga seluruh Negeri Perak seperti Kuala Kangsar, Lenggong, Taiping, Padang Rengas (Markas Pas), Krunai dan Grik, termasuk juga di Kedah (Baling). Tuan Guru menyampaikan pengajian Tasawwuf, Feqah, Ibadat dan ilmu-ilmu yang lain di tempat -tempat tersebut. Beliau juga sering kali diundang untuk menyampaikan ceramah ilmuannya di Markas Pas di Padang Rengas. Berdasarkan maklumat yang diberikan, pada waktu siang beliau berada di madrasahnya manakala di sebelah malam dipenuhi dengan program ceramah dan syarahan di merata-rata tempat. Contohnya di Masjid Kampung Kuak Hulu, Masjid Iskandari Kampung Kuak Luar dan lain-lain masjid. Selain itu, pada hari-hari kebesaran dalam Islam seperti awal Muharam, Maulidur Rasul, Israk Mikraj dan nuzul al-Quran, beliau sering menerima undangan sebagai penceramah dari pelbagai tempat. Hal ini disebabkan oleh kebijaksanaan beliau dalam menyampaikan pengajaran dengan mudah dan berkesan. Di samping bertanggungjawab menyebarkan dakwah Islamiah di madrasah kepada muridnya, Tuan Guru Hj. Abdul Latif turut aktif menjalankan dakwah di luar. Selain mengajar di pondok, Tuan Guru juga mengadakan pengajaran di masjid-masjid yang berdekatan. Semangat cintakan ilmu di kalangan masyarakat sekitar kawasan Grik, Pengkalan Hulu dan beberapa tempat di kawasan Perak sangat memerlukan aktiviti dakwah seperti itu. Kenyataan ini berdasarkan dengan adanya kelaskelas agama di surau atau di masjid setiap kali selepas solat maghrib. Anak kecil, golongan remaja dan dewasa semua bertujuan untuk menyuburkan dan menambahkan lagi pengetahuan agama mereka. Di samping itu, agama Islam merupakan indentiti masyarakat Melayu demi untuk membezakan daripada masyarakat lain yang terdapat di daerah ini. Melakukan Kerja Amal dan Khidmat Masyarakat: Menurut perspektif Islam, ulama sebagai penyuluh jalan kehidupan yang bertaqwa dan berilmu kerana mereka adalah golongan
245
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
manusia yang berwibawa untuk memberi pandangan Islam dalam kehidupan masyarakat. Ulama dalam konteks masyarakat Islam bukan sahaja terlibat dalam bidang pendidikan tetapi juga terlibat dalam bidang sosial serta hubungan insaniah. Menurut temubual bersama Sa’diah, beliau menjelaskan bahawa walaupun sibuk dengan tugas seharian sebagai seorang guru dan pendakwah, Tuan Guru juga turut memlibatkan dirinya dalam kerja-kerja amal dan khidmat masyarakat. Beliau sentiasa mengambil bahagian dalam setiap aktiviti sosial dalam masyarakat contohnya seperti kendurikendara, perayaan, gotong-royong, mesyuarat dan sebagainya. Sikap beliau yang rendah diri menyebabkan beliau disenangi oleh setiap lapisan masyarakat. Pengasas Madrasah Al-Diniah Al-Latiffiah: Sumbangan beliau dalam menubuhkan Madrasah Al-Diniah Al-Latiffiah Pengkalan Hulu merupakan sumbangan yang paling besar daripada beliau di dalam memartabatkan institusi pondok di Tanah Melayu dalam pemahaman mereka terhadap pengajian ilmu agama yang dituntut oleh syarak. Penubuhan madrasahnya telah membuka mata masyarakat akan usaha yang telah lama dilakukan itu. Usaha dan jasa beliau ini seharusnya dihargai dan menjadi panduan serta pedoman kepada masyarakat kita hari ini di dalam memperkasakan ilmu pengatahuan mereka di dalam pelbagai aspek keilmuan. Tenaga Pengajar Pelbagai Bidang: Sejak lebih sepuluh tahun lalu, Tuan Guru memohon dari kerajaan Perak tanah seluas 45 hektar berhampiran pondoknya untuk membolehkan pondok ini terus berkembang. Keluasan asal pondok ini adalah 10 hektar sahaja, ianya milik bapa mertua Tuan Guru. Tanah yang dipohon ini hendak didirikan lagi pembangunan pondok bagi fasa yang kedua. Manakala sebahagiannya ingin ditanam dengan kelapa sawit, maka hasilnya diharapkan boleh membiayai pondoknya. Namun pondoknya menjadi kontroversi, setelah sepuluh tahun berlalu kerajaan negeri pimpinan (UMNO) tidak pernah meluluskan permohonannya itu. Apabila (PKR) mengambil alih kerajan Perak, sekali lagi rayuan dibuat kepada kerajaan negeri agar permohonannya dipertimbangkan. Pada 26 November 2008, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar mempengerusikan exconya. Antara laporan mesyuarat itu adalah permohonan Tuan Guru ini. Selepas berbincang beberapa minit sahaja mesyuarat exco kerajaan Negeri Perak di bawah Pakatan Rakyat itu meluluskan permohonan Tuan Guru. Datuk Seri Mohamad Nizar berhajat untuk memaklumkan sendiri keputusan itu kepada Tuan Guru, namun beliau tidak dapat dihubungi ketika itu. Seterusnya Datuk Seri Mohamad Nizar kemudian menghubungi
timbalan Tuan Guru iaitu Tuan Haji Roslan dan memaklumkan kelulusan kerajaan negeri tersebut. Sejak itu, proses untuk mengeluarkan geran diuruskan oleh kerajaan negeri melalui Pejabat Tanah. Namun, apabila Barisan Nasional merampas kerajaan negeri Perak dari Pakatan Rakyat, proses itu terhenti seketika. Walau bagaimanapun penubuhan madrasah ini melahirkan rasa senang hati dari penduduk kampung Kuak Luar. Penduduk di sini berpendapat bahawa mereka rasa sangat beruntung kerana dapat mengaji di pondok tersebut. Ini kerana ia merupakan pondok yang hampir dengan rumah mereka dan madrasah ini merupakan pondok pengajian yang masih ada di negeri Perak. Sistem Pengajian: Sistem pengajian pondok amnya masih mengamalkan sistem pengajian tradisional dengan sedikit penerapan sistem pengajian moden (Hashim Abdullah: 1998). Sistem pengajian tradisional ini merangkumi penggunaan kitab-kitab lama, sistem menadah kitab, pembelajaran informal di rumah tenaga pengajar, surau, dan di pondok bersama pelajar-pelajar senior. Dalam soal menentukan jadual belajar, mata pelajaran dan cara penyampaian adalah tertakluk kepada guru-guru yang menentukannya. Sistem pengajian di pondok ini tidak berasaskan sistem penggal, dan tidak ditentukan pada tarikh yang tetap setiap tahun. Cuti mengikut penggal tiada, sebagai contohnya mereka hanya cuti sebulan pada bulan Ramadhan sehingga awal Syawal. Tempoh pengajian untuk membolehkan seseorang pelajar itu tamat tidak ditetapkan. Ia bergantung kepada kepintaran dan kemampuan pelajar menguasai satu-satu pelajaran. Sistem pengajian di madrasah ini ialah berdasarkan umumi dan nizomi, secara umumnya boleh dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu:
246
Kuliah wajib bersama Tuan Guru. Kuliah bersama guru-guru lain. Belajar bersama pelajar-pelajar senior. Kuliah umum yang disampaikan oleh Tuan Guru sendiri meliputi semua pelajar di pondok ini. Kebiasaannya Tuan Guru akan meyampaikan kuliah berdasarkan kitab-kitab tertentu yang boleh diikuti oleh semua peringkat dan disampaikan mulai selepas solat subuh, selepas solat asar, selepas solat maghrib dan selepas solat isyak. Kuliah khusus adalah berdasarkan kepada kelas-kelas tertentu yang dikendalikan oleh guru-guru. Terdapat empat kelas yang membezakan antara pelajar, meliputi kelas ibtidai (permulaan) atau kelas pertama, iaitu kelas bagi pelajar baru dan mempunyai latar belakang agama yang rendah. Pada peringkat ini pelajar-pelajar diajar perkara asas seperti fardhu ain, tajwid, al-Quran, hadith dan asas bahasa arab.
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
Bagi kelas kategori kedua dan ketiga, sukatan pelajarannya dipertingkatkan kepada perkaraperkara yang lebih tinggi dan mendalam daripada peringkat pertama. Para pelajarnya dinilai mengikut kebolehan penguasaan mereka terhadap satu-satu pelajaran sebelum dinaikkan ke kelas seterusnya. Keempat adalah kelas tertinggi. Pada peringkat ini Tuan Guru sendiri yang mengendalikan kelas tersebut. Para pelajarnya terdiri daripada mereka yang berkebolehan dan dapat menguasai bahasa Arab dengan baik serta mempunyai latar belakang agama yang baik. Sebagai tambahannya di madrasah ini tidak mempunyai silibus atau sasaran yang tepat untuk menghabiskan sesebuah kitab, kerana tahap penerimaan pelajar adalah berbeza-beza dari segi kepintaran dan faktor umur pelajar. Kelengkapan dan Kemudahan: Di sini dapatlah dibahagikan kepada beberapa kemudahan di antaranya surau yang didirikan untuk solat berjemaah. Selain itu juga, surau utama ini menjadi tempat pengajian untuk semua para pelajar. Kedudukan surau ini adalah bersambung dengan kediaman Tuan Guru, ini memudahkan kepada semua kerana kedudukan surau yang berada di tengah-tengah perkarangan madrasah. Selain itu juga, terdapat surau-surau kecil di beberapa bahagian. Pertama di kawasan kediaman pelajar lelaki terdapat empat buah surau yang diletakkan di setiap daerah. Setiap daerah ini dilantik seorang ketua untuk menjaga sebarang permasalahan, termasuk juga berkaitan dengan perihal surau. Begitu juga dengan surau kecil di kediaman pelajar perempuan. Di kediaman pelajar perempuan terdapat sebuah surau sahaja. Surau yang di letakkan di setiap kawasan lelaki atau di kediaman pelajar perempuan berfungsi sebagai kelas. Di samping itu, untuk memberi kemudahan kepada pelajar untuk mengulang kaji pelajaran dan melakukan aktiviti keagamaan surau. Selain itu, kemudahan yang turut disediakan ialah kediaman rumah kelamin yang didiami oleh penuntut di situ atau sebahagiannya didiami oleh tenaga pengajar. Ini memberi kemudahan dan keringinan kepada tenaga pengajar untuk berulang alik dari rumah ke pondok. Kedudukan kediaman ini berhampiran dan berada di dalam kawasan asrama perempuan. Di samping itu juga, mereka dapat membantu sekiranya pelajar perempuan menghadapi sebarang kesulitan. Selain menjadi kemudahan kepada masyarakat setempat, ia juga memberi kemudahan kepada pelajar-pelajar pondok iaitu Masjid Jamek kampung Kuak Luar, Pengkalan Hulu yang berhampiran dengan kawasan pondok. Ini memberi peluang kepada pelajar di situ untuk beramah mesra bersama penduduk dengan lebih rapat dan dapat membantu antara satu sama lain.
Pusat pentadbiran adalah penting dalam sesebuah pentadbiran. Oleh itu, Pusat Pentadbiran yang telah didirikan oleh pengasas madrasah ini adalah bertujuan untuk memberi kemudahan dari segi keperluan di tempat pengajian, tempat mesyuarat tenaga pengajar dan ahli jawatankuasa persatuan, tempat sesi pendaftaran pelajar baru, tempat untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan pondok dan juga menjadi tempat sesi kaunseling kepada para pelajar. Bukan itu sahaja, yang lebih memberi kemudahan dan meringankan kepada para pelajar ialah yuran yang murah hanya sebanyak RM50 sahaja setahun. Setelah kematian Tuan Guru, yuran bertambah menjadi RM100 setahun. Yuran ini adalah bertujuan untuk membayar keperluan pentadbiran madrasah, contohnya untuk pembayaran elektrik yang terdapat di blok pentadbiran, surau, kediaman Tuan Guru. Satu kelainan di pondok ini adalah seluruh kawasan pondok pelajar lelaki dan perempuan tidak dibekalkan kemudahan elektrik. Ini bertujuan untuk menjaga dan mengawal selia keselamatan pondok. Selain itu, tujuan utamanya ialah mengajar pelajar berdikari dan hidup dengan cara bersederhana dan bersabar dalam mengharungi kesusahan hidup di pondok. Lebih memberi kesenangan lagi ialah terdapat tenaga pengajar yang mahir dalam pelbagai bidang. ini memberi keistimewaan kepada pelajar merebut peluang dalam menuntut pelajaran dengan lebih bersungguhsungguh. Inilah peluang yang baik kepada pelajarpelajar dalam menimba ilmu. Ilmu yang manfaat dipelajari dengan niat kerana Allah SWT. Bilangan Pelajar dan Syarat Kemasukan: Pada peringkat awal penubuhan Madrasah al-Diniah alLatiffiah, bilangan murid yang menerima cara pendidikan yang diperkenalkan itu hanyalah seramai 3 orang sahaja. Walaupun penubuhan madrasah ini sudah berpuluh tahun ditubuhkan namun rekod untuk bilangan pelajar itu tidak dibuat secara berfail. Ini yang menyukarkan sedikit penulis untuk mendapat maklumat yang lebih terperinci. Jumlah bilangan pelajar sehingga kini melebihi dari 400 orang pelajar. Berkaitan dengan syarat kemasukan ke madrasah ini adalah secara bebas dan tidak terikat dengan sebarang peperiksaan, temuduga atau tidak melihat sijil dan kelayakkan yang membolehkan seseorang pelajar itu dibolehkan menutut di madrasah ini. Secara sekali pandang ianya mudah dan senang. Ini membuka ruang kepada mereka yang ingin mempelajari bidang ilmu di pondok ini. Kemasukan pelajar sebelum-sebelum ini dibuka juga kepada warga tua, tetapi kini tidak lagi. Pengambilannya hanyalah tertumpu kepada peringkat remaja dan dewasa. Hal ini adalah kerana ingin memberi peluang kepada warga muda untuk mempelajari dan menguasai ilmu-ilmu.
247
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
Antara matapelajaran yang diajar oleh beliau ialah ilmu Tafsir antara kitab turath yang digunakan ialah Tafsir Jalalain, Tafsir An-Nasafi dan Tafsir Baidhawi (jawi), Ilmu Feqah, kitabnya ialah Fath alBari, Fath al-Wahhab, Tahrir, Mugni Muhtaj, Kifayah al-Akhyar, Iqna’, Matla’ al-Badrain (jawi), Bughyah at-Thullab (jawi), Sabil al-Muhtadin (jawi), Kasyf al-Litsam (jawi) dan kifayah alMuhtadi (jawi). Manakala Ilmu Nahu pula kitabnya ialah Mutammimah, Syeikh Kholid, Al-Ashmawi, AlAzhari, Al-Qatr Al-Nada, Syrah Ibn ‘Aqil. Dalam proses pengajarannya, beliau sangat mementingkan Bahasa Arab dan tulisan jawi. Beliau meninggikan martabat Bahasa Arab dengan penyebaran dan pembacaan kitab-kitab bahasa Arab. Di samping itu, beliau amat mengutamakan pengajaran al-Quran kepada para pelajarnya. Setiap pelajar dikehendaki membaca, menghafal dan menguasai hukum tajwid dengan sebaik-baiknya. Beliau juga mengutamakan lagu yang baik dalam pembacaan tersebut. Tuan Guru adalah seorang guru yang tegas dalam mendidik anak muridnya. Beliau sentiasa serius dalam menyampaikan pelajaran. Beliau menasihati pelajar dengan penuh kebaikan. Justeru itu, pelajar-pelajar di situ amat selesa dan mudah untuk menghampiri beliau. Tenaga Pengajar Ilmu Hadith: Berdasarkan pengkajian yang dijalankan, penulis mendapati Tuan Guru Abdul Latif juga mengajar ilmu hadith. Keseluruhan kitab-kitab hadith yang digunakan ialah kitab-kitab induk Sahhh Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abi Dawud, Sunan Nasa’i, Sunan Tirmizi, Sunan Ibnu Majah, (Kutub Sittah) dan Muwatta’ Imam Malik. Kitab-kitab ini telah menjadi sumber rujukan dan asas dalam pengajaran Tuan Guru hj. Abdul Latif bin Abdul Rahman semenjak beliau memulakan pengajaran hadith dari awal penubuhan madrasahnya. Selain itu, dengan penubuhan madrasah yang sudah menjangkau 44 tahun ini, membolehkan pengajaran ilmu hadith di madrasah ini sudah mengalami pengulangan sebanyak beberapa kali. Contohnya kitab Sahih Muslim sudah di ulang sebanyak tiga kali. Cara pembelajaran yang di jalankan oleh Tuan Guru Abdul Latif adalah dengan memulakan pengajian ilmu hadith dari permulaan kitab sehinggalah tamat dan cara penerangan beliau dalam menyampaikan sesuatu ilmu juga adalah mudah difahami.
menunjukkan kewibawaan beliau sebagai tokoh yang dihormati dan disegani oleh penduduk. Oleh itu, sebagai generasi baru yang akan menyambung perjuangan para ulama’ terdahulu, semestinya kita mengambil berat dan juga mengambil tahu terhadap perjuangan dan jasa-jasa yang telah ditaburkan. Kita bukan sahaja sebagai pewaris kepada ilmu-ilmu yang ditinggalkan oleh para cendikawan, malahan sepatutnya kita hendaklah meneruskan perjuangan mereka agar ilmu-ilmu yang telah dimiliki oleh masyarakat terutamanya ilmu agama tidak terkubur dengan begitu sahaja. Sememangnya sumbangan beliau wajar dikaji agar boleh dijadikan panduan dan motivasi kepada generasi muda pada hari ini. Justeru itu, beliau adalah seorang tokoh yang sangat baik, pemurah dan terkenal dengan kecerdikannya. RUJUKAN Fatwa Negeri Perak 1994-2004. Jabatan Mufti Negeri Perak. Fauziah Shaffie. Institusi Pondok Di Malaysia: Satu Sorotan Daripada Perspektif Sejarah. Sekolah Pembangunan Sosial, Universiti Kebangsaan Malaysia. Hashim Abdullah, 1998, Perspektif Islam Di Malaysia, Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Hizbi Sdn. Bhd. Ramli Awang. 2006. Perkembangan Institusi Pondok Di Nusantara Pengaruhnya Di Kedah. Universiti Teknologi Malaysia. Rohaizan Baru.t.th. Perkembangan Ilmu Hadith Di Terengganu Darul Iman. Universiti Darul Iman Malaysia (UDM). Sabri Haji Said. 1983. Madrasah al-Ulum alSyariah Perak 1937-1977: Satu Kajian Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Ulama’ Perak Dalam Kenangan dan Tokoh Maal Hijrah. Pejabar Mufti Negeri Perak. Undang-Undang Madrasah Al-Diniah Al-Latiffiah Kampung Kuak Luar, Pengkalan Hulu, Perak.
KESIMPULAN Ketokohan Tuan Guru Haji Abdul Latif Bin Abdul Rahman dalam pelbagai bidang menerusi sumbangan beliau kepada masyarakat dan dunia pendidikan. Selain itu, beliau merupakan seorang tokoh ulama’ yang banyak memberi sumbangan terhadap masyarakat. Sikap yang ditonjolkan melalui keperibadian yang berhemah dan baik telah
248