PENERIMA SKIM ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR MISKIN / ANAK YATIM NASIONAL YaPEIM (SANTUN)
Muhammad Sabhi Bin Abdul Razak
Alamat : Mukim, Mengkuang Semarak, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Pencapaian : UPSR (5A), PMR(9 A), SPM (9 A 4 B) Institusi Pengajian : UIA Gombak
‘Usaha Keras Ayah Jadi Pendorong Untuk Aku Mencapai Cita-Cita’ Namaku Muhammad Sabhi bin Abd Razak dan aku adalah seorang anak jati kelahiran Pulau Pinang. Hari yang bersejarah bagiku adalah pada tanggal 9 Jun 1989, hari aku dilahirkan di salah sebuah hospital kerajaan di daerah Bukit Mertajam. Aku dilahirkan dalam sebuah keluarga yang bukan golongan berada tetapi aku amat bersyukur dilahirkan dalam sebuah keluarga yang bahagia.
Himpunan Kisah Anak-anak Santun
Aku adalah anak kedua daripada enam adik-beradik dan aku digelar angah dalam keluargaku. Aku mempunyai seorang abang yang lebih tua dua tahun manakala dua adik perempuan serta dua adik lelaki. Ayahku bukanlah seorang berpangkat Datuk mahupun pegawai atasan. Bahkan bukan juga seorang pekerja kilang atau petani. Ayahku adalah seorang peniaga dan pengedar kuih tepung talam. Dengan hasil titik peluh ayahku yang tidak seberapa itulah menjadi pendorong untuk aku meneruskan cita-citaku sebagai seorang jurutera mekanikal professional dan berjaya dengan cemerlang, gemilang, dan terbilang supaya dapat membantu keluargaku serta menjadi contoh teladan kepada adik-beradikku yang lain. Aku juga mempunyai impian yang besar bagi membantu mengembangkan lagi perniagaan ayahku untuk menjadi sebuah perniagaan yang berjaya dan berdaya saing di samping menjadi perniagaan warisan turun-temurun dari nenekku.
188
Ibuku pula hanya surirumah sepenuh masa. Oleh kerana itu, ibuku mempunyai banyak masa di rumah dan peluang keemasan itulah ibuku gunakan untuk sentiasa berada di samping aku serta adik-beradik yang lain. Walaupun ibuku tidaklah berpendidikan tinggi seperti ibu-ibu zaman sekarang, tapi bagiku ibuku adalah seorang yang amat berpengetahun dari segi kehidupan mahupun akademik. Jadi aku tidak pernah
sesekali memandang rendah terhadap ibuku kerana ibu dan ayahku adalah segala-galanya bagiku. Tanpa mereka siapalah aku. Ibu dan ayahku adalah seorang yang amat mementingkan ilmu pengetahuan kerana dengan ilmu kita boleh mendapatkan kesenangan hidup manakala tanpa ilmu kita bagaikan jahil dan berada di takuk yang lama. Jadi aku diberi pendidikan awal di sebuah taska yang terletak di kampung berdekatan dengan tempat tinggalku iaitu Pasti Sungai Semambu. Aku memulakan pendidikanku sewaktu umurku enam tahun. Kemudian aku mendapatkan pendidikan seterusnya di Sekolah Kebangsaan Mengkuang iaitu sebuah sekolah luar bandar. Dari situ aku mula belajar menjalani kehidupan sebagai seorang murid sekolah rendah yang agak berbeza aktivitinya dari taskaku sebelum ini. Permulaan akademikku di sekolah itu agak baik, aku sentiasa mendapat nombor satu hingga enam setiap kali peperiksaan akhir tahun dan prestasiku agak merosot ketika aku menduduki darjah 5 dan 6, tetapi itu tak bermakna aku tidak boleh berjaya dalam peperiksaan penting untuk murid sekolah rendah iaitu Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR). Aku berusaha bersungguh-sungguh untuk memperoleh pencapaian yang terbaik dan oleh kerana prestasiku yang merosot itu aku memegang prinsip ‘biar prestasi akademik tak seberapa tapi aku dapat mengejutkan semua dengan keputusanku dalam peperiksaan sebenar’. Alhamdulillah aku memperoleh 5A dalam UPSR.
Himpunan Kisah Anak-anak Santun
Dengan keputusan itu aku ditawarkan untuk meneruskan pengajian di salah sebuah sekolah agama yang terbaik di pulau pinang iaitu Sekolah Agama AlIrsyad. Di situ aku mendapat tawaran untuk tinggal di asrama oleh kerana jaraknya yang agak jauh dari rumahku. Aku cuba memulakan pengajianku dengan hidup berdikari tanpa berada di sisi keluarga yang dicintai. Walaupun pada mulanya aku mengalami waktu-waktu sukar kerana berpisah dengan keluarga buat sementara waktu namun aku kuatkan semangat untuk terus belajar dan berjaya. Dan berkat kesabaran menjalani kehidupan berdikari dan juga berkat doa dari ibu dan ayahku aku sekali lagi berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan sebenar Penilaian Menengah Rendah(PMR) iaitu 9 A, dan aku diberi anugerah pelajar cemerlang di sekolahku. Aku mengambil keputusan untuk tidak berpindah ke mana-mana
189
sekolah dan meneruskan pengajianku di situ sehingga peperiksaan yang amat penting dalam kehidupan semua orang yang bergelar pelajar iaitu Sijil Pelajaran Malaysia(SPM).Aku teruskan lagi usaha kerana pada peperiksaan penting ini juga aku ingin mencatat keputusan A bagi semua mata pelajaran. Aku telah mencuba yang terbaik pada hari peperiksaan sebenar. Namun, pada hari keputusan diumumkan, aku agak kecewa dengan keputusanku tetapi aku bersyukur pada Illahi kerana aku masih mencapai kejayaan walaupun tidak mendapat seperti apa yang aku impikan.Aku mendapat keputusan 9 A dan 4 B dalam SPM.
Himpunan Kisah Anak-anak Santun
Selepas itu, aku memohon ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan permohonan kemasukan ke beberapa Institusi Pengajian Tinggi Swasta(IPTS) yang ada menawarkan biasiswa. Akhirnya aku mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajianku di satu-satunya universiti Islam yang mempunyai pelbagai jenis bangsa pelajarnya dan dari berbeza negara. Universiti itu adalah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,(UIAM), dan aku ditawarkan dalam bidang kejuruteraan iaitu bidang yang aku cita-citakan sewaktu kecil lagi. Aku amat bersyukur kerana aku berjaya masuk ke universiti. Sekarang aku baru menghabiskan pengajianku di peringkat asasi dan bakal meneruskan pengajian dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Aku amat bersyukur di atas segala kejayaan yang telah aku kecapi dan akan terus berusaha mencapai cita-cita yang diidamkan.
190
PENERIMA SKIM ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR MISKIN / ANAK YATIM NASIONAL YaPEIM (SANTUN)
Mohd Yazid Fauzi bin Kamarudin
Pencapaian : UPSR (4A1B), PMR (8A), SPM (8A 4B) Institusi Pengajian : University of Portsmouth,United Kingdom
‘Cari Kelemahan Dan Perbaiki Diri Untuk Cemerlang ’ Diri saya cumalah insan biasa sahaja. Tidak lebih, tidak kurang tetapi saya percaya setiap insan memiliki kelebihan dan keistimewaan tersendiri. Begitu juga dengan diri saya terutama dalam mengumpul pengalaman hidup sejauh ini. Pengalaman hidup ini sedikit sebanyak telah mendewasakan saya. Berikut adalah perkongsian perjalanan hidup saya setakat ini buat mereka yang membaca transkripsi hati ini dan khususnya, buat mereka yang inginkan inspirasi dan motivasi untuk maju ke depan iaitu adik-adik yang masih di bangku sekolah. Saya dilahirkan pada tanggal 26 Februari 1989 di Merlimau Melaka. Saya memulakan alam persekolahan saya di Tabika KEMAS Bandar Kinrara pada tahun 1995 sebelum naik ke Darjah Satu di Sekolah Kebangsaan Petaling Dua, Kuala Lumpur. Namun, semasa di Darjah Dua, saya terpaksa berpindah ke Melaka disebabkan atas urusan kerja ibubapa saya. Sekolah Kebangsaan Batu Berendam adalah sekolah pertama yang saya daftar di sini sehinggalah ke Darjah Enam. Memikul tanggungjawab sebagai pengawas bermula ketika di Darjah Tiga dan kecemerlangan yang konsisten dalam setiap kali peperiksaan, saya telah dianggap sebagai salah seorang pelajar harapan sekolah. Dengan doa, usaha, ikhtiar, tawakal dan restu daripada guru-guru, emak dan abah, saya berjaya mendapat 4A 1B. Walaupun sedikit hampa kerana tidak segah “5A”, saya tetap bertekad untuk terus berjuang apabila melangkah ke alam persekolahan menengah. Saya telah mendapat tawaran kemasukan ke salah sebuah sekolah yang unggul dan tertua di Malaysia, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Melaka. Perasaan saya amat terharu kerana tidak sangka untuk memasuki sekolah yang
Himpunan Kisah Anak-anak Santun
Alamat : Batu Beremdam, Melaka.
191
elit ini dengan keputusan sedemikian rupa. Pada ketika itu, saya amat naïf tentang erti hidup yang menanti di depan tetapi saya tetap mara ke depan kerana saya ingin berjaya. Saya berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran dan membabitkan diri secara proaktif dalam bidang kokurikulum dan kurikulum. Ketika inilah, tuhan menemukan sahabat-sahabat karib saya yang ketika itu adalah ‘seteru’ dalam apa jua pertandingan mahupun kedudukan dalam kelas. Bagaimanapun, mungkin kerana persefahaman dan toleransi, kami menjadi sangat akrab dan melakukan segala-galanya bersama. Syukur tidak terhingga, apabila keputusan PMR diumumkan, kami adalah sebahagian daripada pelajar yang menyumbang skor 8A. Kami sangat bersyukur kerana kami dapat bersama-sama memperoleh kecemerlangan. Namun, panas disangka ke petang rupanya hujan di tengah hari. Apabila naik ke Tingkatan Empat,hati perjuangan saya seolah-olah menipis ekoran perpindahan beberapa sahabat saya ke asrama penuh. Mungkin alasan ini dianggap merepek bagi sesetengah individu, namun saya percaya kekuatan jalinan persahabatan yang kami simpulkan sepanjang bersama di sekolah tersebut benar-benar menjadikan saya seorang yang berkeyakinan terhadap kebolehan sendiri. Namun, ‘ketiadaan’ mereka di depan mata membuatkan saya agak terkapai-kapai semasa mula-mula merentasi gelombang untuk menuju ke gerbang peperiksaan besar ketika itu, Sijil Pelajaran Malaysia. Akibatnya, beberapa subjek saya semasa mula-mula di Tingkatan Empat agak goyah dan lemah.
Himpunan Kisah Anak-anak Santun
Walau bagaimanapun, seakan memahami konflik diri saya, sahabat-sahabat saya selalu bertanya khabar dan kami kerap berjumpa ketika cuti sekolah untuk bertukar-tukar nota dan tips belajar. Mereka membantu saya mengatasi masalah di sekolah terutama mengenai pelajaran. Kadang-kala, mereka turut berkongsi pengalaman di tempat belajar mereka, membuatkan saya tidak berasa tersisih, Mereka sentiasa memberi kata-kata perangsang agar meneruskan perjuangan untuk cemerlang di sekolah tersebut. Perkara itu membuatkan saya sangat-sangat tersentuh dan membuktikan mereka turut menghargai persahabatan kami.
192
Pada masa yang sama, restu ibu bapa dan guru-guru tidak saya ketepikan. Emak dan abah adalah tempat paling utama saya curahkan perasaan dan
kasih sayang. Mereka selalu memberi galakan untuk terus berjaya tanpa putus-putus. Selain itu,saya juga banyak bertanya pada guru-guru terutamanya bagi subjek-subjek yang mencabar. Mungkin disebabkan itu juga, guru-guru turut sedaya upaya membantu saya dan hubungan kami sangat rapat. Setiap hari, saya tidak lupa untuk mendoakan kesejahteraan mereka ; emak,abah, guru-guru dan sahabat akrab saya agar diberkati-Nya. Setiap langkah, saya berharap dan berdoa agar diiringi restu dan berkat ibu bapa dan guru-guru yang tidak jenuh mencurah kasih sayang dan ilmu pengetahuan. Akhirnya, semasa keputusan diumumkan, saya mendapat 8A dan 4B. Ketika itu saya menangis tetapi saya tahu yang Dia sedang menguji tahap keimanan saya. Walaupun harapan saya tidak kesampaian untuk mencapai keseluruhan A, namun saya redha kerana pasti ada rahmat yang Allah bakal gantikan buat saya. Penantian selama empat bulan lebih selepas hari keputusan diumumkan, akhirnya saya diterima masuk ke program berkembar B.Ed Tesl dengan sebuah universiti luar negara. Pada mulanya, saya sendiri tidak pasti untuk terjun ke dalam bidang perguruan ini. Namun, apabila diimbas kembali, emak adalah insan yang paling gembira ketika saya mendapat panggilan untuk temuduga. Barangkali ada yang tidak tahu bahawa panggilan temuduga tidak bermaksud seseorang itu pasti diterima. Namun, naluri keibuan emak lebih kuat untuk saya bertapak dalam bidang ini. Mungkin dari situ datangnya keberkatan pembelajaran saya. Mungkin dari detik itu, emak terlebih dahulu sudah mengetahui bahawa sebelah kaki saya sebenarnya sudah berpijak di tempat yang akan saya belajar hari ini. Jauh di sudut hati, saya semakin menyukai dan bahagia dengan apa yang saya lakukan sekarang. Barangkali, inilah suratan sebenar hidup saya yang tidak pernah saya bayangkan. Saya sangat bersyukur yang tidak terhingga kepada-Nya kerana telah memberi saya peluang untuk mengukir jalan kejayaan hari ini. Paling pasti, saya tahu bahawa Dia yang menentukan lakaran kehidupan saya. berada di tanah air untuk melanjutkan berpenat jerih dan Namun, perjuangan Himpunan Kisah Anak-anak Santun
Mungkin ketika karangan ini dibaca, saya sudah tidak kerana saya sudah berangkat ke United Kingdom pelajaran. Puas saya menangis, berhempas pulas, bersusah payah; dan hari ini usaha itu seakan terbayar.
193
masih belum selesai. Saya tetap teruskan perjalanan yang beranjau ini buat mereka yang tersayang, iaitu emak dan abah. Begitu juga guru-guru di sekolah yang sangat kuat memberi motivasi dan inspirasi, pengembaran ini tidak sempurna tanpa bantuan mereka. Bagi sahabat- sahabat karib saya yang selalu bersama ketika suka dan duka, sejuta penghargaan buat kamu semua. Alhamdullilah, ada antara mereka yang telah berlepas ke luar negara dan ini benar-benar menaikkan semangat saya untuk turut serta. InsyaAllah, dalam masa tiga tahun mendatang, saya akan pulang bersama segulung ijazah kelas pertama. Doakan untuk saya, ya!
Himpunan Kisah Anak-anak Santun
Pesan saya buat sesiapa yang membaca karangan ini, ribuan terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca. Bagi adik-adik yang masih di bangku sekolah, belajarlah bersungguh-sungguh dan jangan mudah cepat berpuas hati dengan pencapaian sedia ada. Carilah di mana kelemahan dan dari situ, perbaikilah untuk mencapai kecemerlangan. Lipatgandakan usaha yang ada. Banyakkan berdoa, dan percaya,setiap kali Tuhan datangkan musibah,bukan bermakna Dia sengaja menyukarkan laluan kita. Cuma, Dia hendak menguji tahap kesabaran kita dan di penghujungnya, Dia akan gantikan dengan sesuatu yang lebih bernilai dan berharga. Percayalah! Jangan pernah berhenti berharap, sebab Dia-lah Yang Maha Mengetahui.
194
PENERIMA SKIM ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR MISKIN / ANAK YATIM NASIONAL YaPEIM (SANTUN)
Siti Hasmah binti Jamil
Alamat : Sebandi Ulu, Samarahan Sarawak
‘Sesungguhnya Perjuangan Masih Belum Selesai’
Pencapaian : UPSR (4A 1B), PMR (8A), SPM (10A)
Tanggal 11 April 1989 bertempat di Hospital Umum Sarawak merupakan detik yang ditunggu-tunggu oleh pasangan suami isteri , Jamil bin Sabeli dan Patemah bt Musa, kerana pada saat itu lahirnya puteri sulung mereka yang dinantikan selama sembilan bulan.
Cita-cita : Doktor
Diberi nama Siti Hasmah oleh arwah datuk tercinta, saya membesar seperti anak-anak lain dengan belaian kasih sayang meskipun hidup dalam keluarga yang serba kekurangan. Bapa membanting tulang bekerja sebagai buruh di samping ibu tersayang yang menguruskan sepenuhnya rumah tangga yang terbina utuh, saya mendapat pendidikan awal di Tadika Kemas Kampung Sebandi Ulu, yang terletak di daerah kecil Asajaya, Samarahan. Berbekalkan kesungguhan seorang kanak-kanak yang masih bertatih mengenal erti hidup, saya memulakan sesi persekolahan peringkat rendah di SK Sebandi Ulu sepanjang tahun 1996 sehingga 2001. Kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR tahun 2001 memberi ruang untuk saya mendapatkan tempat di sekolah elit yang terkenal di bandar Kuching iaitu Kolej DPAH Abdillah. Di sekolah ini, saya mula belajar berjauhan dengan keluarga. Sesungguhnya berjauhan dari keluarga menjadikan saya semakin matang menongkah arus masa. Kenyataan seorang kakak kepada 6 orang adik memberikan saya gambaran bahawa tanggungjawab yang bakal dipikul bukan calang-calang beratnya. Dari seorang remaja yang mentah, saya mula belajar bergaul dengan ramai orang, berinteraksi dengan rakan sekolah serta sudah mula merencana masa depan. Tahun 2005 mencatatkan Himpunan Kisah Anak-anak Santun
Institusi Pengajian : Kolej Teknologi Timur
195
sejarah bermakna dalam hidup saya apabila berjaya memperoleh 8A dalam peperiksaan PMR. Saya meneruskan pelajaran seperti mana remaja lain ke peringkat menengah atas. Usia remaja memberikan pelbagai cabaran dan pengalaman baru pahit manis kenyataan sebenar sebuah harapan, tanggungjawab dan kehidupan. Hasil tunjuk ajar para guru, sokongan padu keluarga tersayang dan bantuan ikhlas dari sahabat seperjuangan telah memberi satu nafas baru yang membawa saya semakin dekat kepada matlamat hidup. Saya dengan jayanya memperoleh 10A dalam peperiksaan SPM. Peperiksaan SPM merupakan platform terbaik untuk meneruskan hasrat menjadi seorang yang berjaya dengan memperolehi 10A dan ditawarkan biasiswa JPA untuk keluar negara. Terlebih dahulu saya perlu membuat persediaan di Sepang selama setahun sebelum melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah di Indonesia dalam bidang perubatan. Ibu tidak teragak-agak menjual tanahnya untuk menghantar saya ke semenanjung Malaysia. Saya kira itulah pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya
Himpunan Kisah Anak-anak Santun
Hidup saya semakin bermakna, impian menjadi kenyataan, dengan lagak anak kecil melompat keriangan membayangkan hari muka yang kian bercahaya di hadapan saya. Segalanya ketentuan Allah. Rezeki datang mencurah-curah. Syukur teramat kepadaNya. Alhamdulillah, setiap peluang di depan mata saya rebut dengan sebaik-baiknya. Berpegang teguh dengan pepatah ‘never give up’ segala-galanya menjadi sangat mudah dengan pertolongan Allah SWT usaha yang dicurahkan membusung ilmu, menangguk pengetahuan memberi peluang kepada saya menempa kejayaan yang sangat manis. Meskipun agak terbeban dengan kenyataan yang akan terjinjing di bahu, kesungguhan untuk menjadi contoh terbaik buat adik-adik tersayang benar-benar membuahkan hasil.
196
Segala usaha dan penat lelah serta keringat kedua orang tua berbaloi. Saya menjalani persediaan A-Level program satu tahun di Kolej Teknologi Timur sebelum menjejakkan kaki ke fakulti perubatan di Indonesia. Sesungguhnya perjuangan masih belum selesai. Semangat dan keyakinan sangat diperlukan. Halangan dan cabaran masih bersisa dengan banyaknya. Keazaman untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang sangat utuh. Semoga apa yang saya impikan bakal menjadi kenyataan. InsyaAllah.
PENERIMA SKIM ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR MISKIN / ANAK YATIM NASIONAL YaPEIM (SANTUN)
Saharudin Bin Md Yazam
Pencapaian : UPSR (4A 1B), PMR (8A), SPM (9A 1B), ALEVEL (2A 2B) Institusi Pengajian : Kolej Teknologi Timur (Cambridge A Level) ke INDIA
‘Keberkatan Ilmu Penting dalam Kehidupan’ Nama diberi, Saharudin bin Md Yazam, dilahirkan pada 1 Jun 1988 di Hospital Besar Melaka. Saya merupakan anak yang ketiga dari lima orang adik beradik. Bapa saya bekas tentera dan sekarang sebagai nelayan. Ibu pula merupakan suri rumah sepenuh masa. Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Merlimau, Melaka dari tahun 1995 sehingga tahun 2000. Saya merupakan seorang yang sederhana di dalam kelas. Di sekolah, guru menekan aspek disiplin dalam diri pelajar. Melalui didikan dan rangsangan ibu bapa dan guru, saya berjaya mendapat keputusan yang baik dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) iaitu 4A 1B. Pada 2001, saya memulakan sekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum di bawah Rancangan Khas (RK). Pelajar-pelajar di bawah program ini akan sentiasa berada dalam pemantauan pihak sekolah. Segala perkembangan prestasi kami di ambil kira. Guru sentiasa membantu kami dalam pelajaran. Kami diasuh supaya sentiasa menghormati guru kerana keberkatan ilmu adalah amat penting dalam kehidupan. Masih segar diingatan saya, teguran dan nasihat para guru kepada kami. Walaupun saya pernah gagal dalam beberapa matapelajaran, guru tetap membimbing saya. Berkat usaha dan kesabaran guru serta rakan, saya beroleh keputusan yang cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Peperiksaaan Malaysia (SPM). Saya beroleh 8A dalam PMR dan 9A 1B dalam SPM. Saya tidak dapat melupakan kepayahan bapa saya menjaring ikan di laut semata-mata untuk membesarkan kami. Pernah beberapa kali ayah mengajak saya turun ke laut. Akan tetapi, saya tidak tahan dengan kepanasan di tengah-tengah laut. Himpunan Kisah Anak-anak Santun
Alamat : J 8452 Jalan Permatang Serai,Merlimau Pantai,Melaka
197
Dapat saya bayangkan betapa sukarnya untuk mencari rezeki. Bagi meringankan beban ayah, saya mula berbasikal sejauh 5 kilometer ke sekolah setiap hari supaya saya tidak perlu membayar tambang bas. Tahun 2006, saya mendapat tawaran biasiswa luar negara dalam bidang pergigian. Sebagai persediaan, saya perlu mengambil kursus Cambridge A-Level selama 3 semestar. Saya berjaya mendapat 2A dan 2B dalam peperiksaan akhir. Saya juga mendapat tawaran menyertai program SANTUN anjuran pihak YaPEIM pada tahun yang sama.
Himpunan Kisah Anak-anak Santun
Melalui program ini, saya dapat berkenalan dengan ramai rakan sebaya dan juga menyedari betapa pentingnya amalan sedekah jariah setelah didedahkan oleh pihak YaPEIM. Banyak yang telah kami pelajari melalui program-program yang telah diadakan sebelum ini. Saya berharap agar pelbagai aktiviti dapat diatur melalui program ini supaya kami, peserta SANTUN dapat menimba ilmu dari warga kerja YaPEIM sendiri. Semoga kami akan sentiasa diberi peluang untuk menyertai mana-mana program yang bakal diadakan pada masa akan datang.
198