The
S I N G A P O R E
Singapura, Syurga Santapan Halal Selamat datang ke Kota Singa! Di pulau ini terdapat pelbagai tempat menarik untuk dilawati, gabungan unik seni bina moden dan tradisional yang memukau, serta pilihan bermacam-macam makanan yang sedap dan lazat. Dengan bangganya kami persembahkan The Halal Guide ini di mana kami senaraikan pilihan makanan dan restoran yang sesuai bagi pengguna Muslim yang berkunjung ke negara pulau ini. Kini anda tidak perlu lagi risau untuk menikmati makanan yang enak-kerana ia bukan lagi suatu masalah! Daripada makanan jalanan yang mendapat penghormatan Michelin hingga ke restoran-restoran mewah, dan restoran makanan segera yang dijamin Halal seperti McDonald’s, KFC, Pizza Hut dan DeliFrance ke outlet burger hipster terkini, anda pasti teruja dengan senarai pilihan mantap buat para penggemar makanan – berdasarkan setiap kejiranan dan kawasan berbeza di sini. Di samping itu, anda juga boleh dapatkan ulasan serta saranan kami di halalguidesingapore.com. Longgarkan tali pinggang anda, kosongkan perut dan nikmati segala hidangan lazat yang akan anda temui nanti!
Masjid-masjid Utama ABDUL HAMID (KG PASIRAN) 10 Gentle Road, Singapore 309194 Tel (65) 6251 2729 Stesen MRT terdekat Novena MASJID AL-IMAN 10 Bukit Panjang Ring, Singapore 679943 Isnin, 8.30pg - 6.00ptg Selasa - Khamis, 8.30ptg - 9.30mlm Jumaat, 8.30pg - 5.30ptg Sabtu - Ahad, 8.30pg - 4.30ptg Tel (65) 6769 0770 Stesen MRT terdekat Bangkit MASJID AL-TAQUA 11A Jalan Bilal Bedok, Off Bedok Road, Singapore 468862 Tel (65) 6442 7704 MASJID JAMAE 218 South Bridge Road, Singapore 058767 Sabtu - Khamis, 10.00pg - 6.00mlm Jumaat, 10.00pg - 12.15tgh hari, 2.30ptg - 6.00ptg Tel (65) 62214165 / (65) 63235971 Stesen MRT terdekat Chinatown (North East Line/ Downtown Line) MASJID ABDUL GAFFOOR 41 Dunlop St, Singapore 209369 Tel (65) 6293 3875 / (65) 6295 4209 Stesen MRT terdekat Rochor
*Semua restoran dengan sijil Halal telah disahkan oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS). www.muis.gov.sg
MASJID OMAR KAMPONG MELAKA 10 Keng Chow Street, Singapore 059607 Tel (65) 6532 6764 Stesen MRT terdekat Clarke Quay MASJID TEMENGGONG DAENG IBRAHIM 30 Telok Blangah Rd, Singapore 098827 Tel (65) 6273 6043 Stesen MRT terdekat Harbourfront MASJID SULTAN 715 North Bridge Rd, Singapore 198684 Sabtu - Khamis, 10.00pg - 12.00tgh hari, 2.00ptg - 4.00ptg Jumaat, 2.30ptg - 4.00ptg Tel (65) 6293 4405 / (65) 6293 4043 Stesen MRT terdekat Bugis MASJID WAK TANJONG 25 Paya Lebar Road, Singapore 409004 Tel (65) 6747 2743 Stesen MRT terdekat Paya Lebar
Harga Setiap Individu SGD10 ke bawah SGD20 ke bawah SGD21 ke atas
SCO TTS R
D
Orchard
MRT
OR CH AR D
OXLEY RD
L RD
R VALLEY CI IVE
RTI NP I
E NI O LE
D
YA M
RD
R
CLARKE QUAY CLARK
MASJID OMAR KAMPONG MELAKA
5
RIVE
R VA
LLEY
JE R
VO
HIL
IS C
L
MA
L L HI
IR
D
R
D
HA
FORT CANNING PARK
Y
MR
G
D
KI M
KIA
ALK SW
OT
AN
R VALLE RIVE
BRAS B AS AH R
E AV
A OM
HO
RD
SH
RD
TH
RD
AN
CABL ER D
LLO YD
ST
ON
IL LEONIE H
LA
RS
TE
RD
EA U ENC CLEM
PA
NGE
GRA
ORCHA R
4
RD
WA
R
SOMERSET RD
TH
1 Puncak Best Noodle Halal Muslim Food 2 Ayam Bakar Ojolali 3 Carousel 4 The Orange Lantern 5 Shiraz 6 Kintamani
RD
BL VD
MRT
NA
6
N RD ZIO
D OUTR AM R
Jom Pergi!
SINGAPORE ART MUSEUM
D
Lapar? Segera ke Asian Food Mall di Lucky Plaza untuk memenuhi kehendak selera anda. Bagi mereka yang mahu menonton wayang, terus ke The Cathay dan tontonE JLN K filem terbaru di The Picturehouse, panggung wayang yang menawarkan filem-filem seni.
SINGAPORE VISITOR CENTRE
LS T
D RD
ION ORCHARD
ILL
2
ORCHAR
Manjakan diri anda di spa atau rias kuku di Lucky Plaza, di mana terdapat rangkaian salon kecantikan yang menawarkan perkhidmatan pada harga berpatutan. Jika mahu memilih dan membeli barangan mewah pula, anda boleh ke Paragon.
1
C AIR NH
3
BIDEF ORD R D
Alami terapi membeli-belah di Orchard Road yang sarat dengan pusat membeli-belah, hotel dan restoran ternama di Singapura dengan pelbagai pilihan kedai jualan, tempat makan dan aktiviti hiburan.
PARAGON
RD CK H A V ELO
RD
Puncak Best Noodle Halal Muslim Food
Ayam Bakar Ojolali
‘Ojolali’ bermaksud ‘jangan lupa’ dan semestinya ia suatu pengalaman kulinari yang sukar dilupakan dengan kombinasi ayam goreng rangup dan sos cili pedas yang tiada tandingannya. Puaskan selera makan anda dengan ayam bakar yang enak dicurah bersama gabungan istimewa sos cili dan kicap, atau cuba rasa semangkuk Soto Ayam yang mengenyangkan. Apa sahaja pilihan anda, lengkapi hidangan dengan minuman yang menyegarkan di sini! Kami sarankan Iced Pink Coconut – minuman kelapa berwarna merah jambu dengan kepingan isi kelapa di dalamnya!
Gerai ini menawarkan menu kegemaran seperti Mi Hokkien, Nasi Claypot dan wantan rangup yang sedap sekali. Sekilas pandang gerai ini nampak biasa sahaja namun anda pasti akan dikejutkan dengan makanan mereka yang enak dan lazat. Pilih sahaja apa yang berkenan daripada menunya yang sarat dengan kepelbagaian hidangan, anda pasti kenyang terduduk! Sama ada udang, ayam, daging, ikan mahupun sotong, pasti ada sesuatu yang sesuai dengan selera anda. Di sini hidangannya kaya dengan rasa dan besar saiz hidangannya, amat berpatutan sekali dengan harganya.
Masakan Tempatan Alamat Far East Plaza, #05-94 14, Scotts Road, Singapore 228213 Tel (65) 6738 4348 Waktu perniagaan Isnin - Ahad, 11.30pg - 9.30mlm Harga purata
Masakan Melayu, Indonesia Alamat 304 Orchard Road #03-43, #03-39 & #03-93, Singapore 238863 Tel (65) 6235 3597 E-mel
[email protected] Waktu perniagaan Isnin - Ahad, 12.00tgh hari - 9.00mlm Laman web www.ayambakarojolali.com Harga purata
Carousel Restoran stail bufet ini menawarkan rangkaian hidangan yang pelbagai termasuk masakan Asia, Jepun, Mediterranean dan makanan laut. Kepelbagaian makanan laut yang tersedia pasti menggembirakan mana-mana peminat makanan laut, dengan bermacam hidangan ikan, udang dan ketam. Pastikan anda tidak terlepas daripada mencuba hidangan lobster, ketam salji dan tiram! Sukakan makanan manis? Di Carousel terdapat tiga stesen makanan manis dan pencuci mulut yang pasti memuaskan selera anda. Dengan hidangan seperti kek, aiskrim dan dadih beku, pasti sukar untuk anda menjauhkan diri dari bufet ini.
Masakan Tempatan & Antarabangsa (Bufet) Alamat 25 Scotts Road Lobby Level, Royal Plaza on Scotts, Singapore 228220 Tel (65) 6589 7799 / (65) 6589 7745 E-mel
[email protected] Waktu perniagaan Isnin - Ahad, 6.30pg - 10.00pg, 12.00tgh hari - 2.00ptg, 3.30ptg - 5.30ptg, 6.30ptg - 9.30mlm Laman web www.carouselbuffet.com.sg Harga purata
The Orange Lantern Dengan hidangan-hidangan yang telah memenangi anugerah seperti Singapore’s Top 100 Signature Dish Award 2006 dan Excellent Food Award 2008, nikmatilah hidangan Daging BBQ Dibalut Daun Sirih, Mi Sup Dengan Daging Istimewa (juga dikenali sebagai Pho) dan Susu Kocak Avocado - anda pasti terpegun dengan segala jenis masakan Vietnam di sini. Resepi yang telah diperhalusi dengan sempurna beserta penggunaan bahan masakan yang segar memastikan bahawa makanan di sini bukan sahaja sedap malahan mempunyai rasa serta bentuk yang asli. Seperti namanya yang merupakan lentera sutera tradisional di Vietnam yang membawa kehangatan kepada sesiapa sahaja yang dekat dengannya, The Orange Lantern sentiasa berusaha untuk mewujudkan perasaan gembira, damai dan sejahtera melalui makanan yang dihidangkan.
Masakan Vietnam Alamat 73 Killiney Rd, Singapore 239528 Tel (65) 6732 8032 E-mel
[email protected] Waktu perniagaan Isnin - Ahad, 11.00pg - 10.00mlm *Juga terdapat di... HarbourFront Centre, 1 Maritime Sq #01-98, Singapore 099253 Tel (65) 6274 1968 Isnin - Ahad, 11.00pg - 10.00mlm
IMM Building, 2 Jurong East St 21 #02-52, Singapore 609601 Tel (65) 6896 2640 Isnin - Ahad, 11.00pg - 10.00mlm Alexandra Retail Centre, 460 Alexandra Road #02-19, Singapore 119963 Tel (65) 6276 0367 Isnin - Ahad, 11.00pg - 10.00mlm Laman web www.orange-lantern.com Harga purata
Shiraz
Kintamani Restoran yang telah dinobatkan sebagai salah sebuah restoran terbaik di Singapura oleh majalah Singapore Tatler pada tahun 2004 ini menghidangkan masakan tradisional Bali di samping makanan fusion Indonesia yang dihidangkan secara bufet dan menu à la carte. Rendang Daging merupakan hidangan mesti-cuba di sini, dengan dagingnya yang empuk dipadankan dengan kuah rendang yang pedas meletup. Hidangan lain yang perlu dicuba adalah satenya, dengan daging ayam dan daging lembu yang dibakar sempurna dicelup bersama kuah kacangnya yang lazat.
Masakan Parsi Alamat 3A River Valley Road #01-06, Clarke Quay, Singapore 179020 Tel (65) 6334 2282 Waktu perniagaan Isnin - Khamis, 6.30ptg - 11.00mlm Jumaat - Sabtu, 12.00tgh hari 3.00ptg, 6.30ptg - 2.30pg Ahad, 6.30ptg - 2.30pg Laman web www.shirazfnb.com Harga purata
Sejak tahun 2007 lagi Shiraz telah menghidangkan gandingan hebat antara masakan Parsi paling lazat serta persembahan pentas yang menghiburkan setiap malam. Dengan kebab, gulai serta pelbagai pilihan menu yang lazat-lazat belaka, ia pastinya menggamit pelbagai perasaan bagi setiap pancaindera. Di Shiraz, anda akan dihidangkan dengan masakan Parsi yang asli berlatarkan deko elegan dengan elemen Timur Tengah. Daging yang empuk, hidangan sayuran secukup rasa serta gulai yang menyelerakan antara sajian yang menanti. Usai makan malam, pindah ke meja luar (itu pun jika ada meja yang kosong) dan nikmati pemandangan menarik Clarke Quay di malam hari. PORK FREE
Anda juga boleh menyediakan sendiri Mee Bakso, mi yang pejal bersama bebola daging enak dituang sup panas yang menyelerakan. Sebagai penutup, terdapat pelbagai pilihan pencuci mulut Indonesia serta Bali di sini, dari Lolos Beras (Puding Beras dengan Gula Melaka) hingga ke Aiskrim Kelapa.
Masakan Indonesia Alamat 3/F Furama Riverfront Singapore, 405 Havelock Rd, Singapore 169633 Tel (65) 6739 6463 Waktu perniagaan Isnin - Ahad, 12.00tgh hari 2.30ptg, 6.00ptg - 11.00mlm Laman web www.furama.com/riverfront/ Dining/ Kintamani-IndonesianRestaurant Harga purata
JL N KL
2
3
R HA
NO RT HB RI DG E
AN LT SU
MALAY HERITAGE CENTRE
1 A ND KA
T
JLN
LS
A IW
AL
ST
MASJID SULTAN
JLN
ST AL
NG
SA
PI
Lihat sendiri keunikan kawasan kejiranan ini yang sarat dengan sejarah, tempat-tempat makanan menarik serta kedai-kedai trendy! Ia merupakan pusat warisan kebudayaan Melayu, di mana anda boleh pelajari tentang sejarah kaum Melayu di Kota Singa ini serta budayanya.
RD
IW AL
EK ED
B
RD
N JL
Kampong Glam
TH
R NO
GE
RID
SU
Daripada masakan tempatan seperti nasi padang dan rendang daging hingga ke makanan Jepun, Timur Tengah dan Eropah, anda pasti akan sukakan latar kulinari di sini.
P
NG
T
E AT
RS
ST
AL
IW AL ST
JI
AN
LT
BA
LN
T GA
7
ST SU
AD
D GH
HA
E
8
H
RA ST RD
SE UR CO
LN
CH
A BE
RD
ON EC
ST
RD
11
CH
A BE
TH
AB
R
JI HA
HI
10 AR
LANE
OP
9
SO
HAJI LANE HAJIAN
D
HR
AC
BE
S BU
1 Warong Nasi Pariaman 2 Afterwit SG 3 Kaw Kaw SG 4 Mamanda 5 I AM... 6 Derwish Turkish Restaurant 7 La Marelle Café & Boutique 8 Krave 9 (working title) 10 The Mad Sailors 11 Fika Cafe
A LT
HA
AT
6
T
TS
ST
CA
S MU
AB AR
Jom Pergi!
4
A ND
SC
5
ST
SU
KA
MU
Pergi membeli-belah di Haji Lane, di mana terdapat barisan butik-butik unik dan outlet pelbagai jenama menanti anda. Bagi mereka yang mahukan kelainan, boleh ke Arab Street dan Bussorah Street untuk mencari barangan tradisional seperti permaidani Parsi dan minyak wangi buatan tangan.
NG
A AH
Warong Nasi Pariaman Terkenal dengan masakan Padangnya yang lazat, Warong Nasi Pariaman juga merupakan salah satu gerai nasi padang tertua di Kota Singa ini. Terletak di antara North Bridge Road dan Kandahar Street, setiap hari bermula pada pukul 4 pagi buat pemiliknya kerana memerlukan masa yang lama untuk menyediakan kuantiti makanan yang banyak setiap hari. Usaha mereka tidak sia-sia apabila pelanggan tempatan serta pelancong asing pasti memenuhi restoran ini setiap hari, sambil berbual dan berjenaka bersama pemiliknya sementara segala jenis hidangan laris bagai pisang goreng panas. Mempertaruhkan ayam bakar yang dipanggang atas arang, ia merupakan salah satu hidangan kegemaran di sini. Tempatnya selalu penuh jadi perlu datang awal untuk mendapatkan meja! PORK FREE
Afterwit SG
Masakan Indonesia
Mengambil nama sempena ungkapan “after-wit” yang bermaksud kebijaksanaan atau pemahaman yang hanya tercapai selepas sesuatu peristiwa telah berlaku, restoran ini merupakan salah satu daripada hanya beberapa restoran taco Halal di Singapura. Di sini mereka mempertaruhkan barisan hidangan klasik Mexico beserta minumanminuman yang menyegarkan.
Alamat 736/738 North Bridge Road, Singapore 198704 Tel (65) 6292 2374 / (65) 6292 5958 E-mel
[email protected] Waktu perniagaan Isnin - Ahad, 7.30pg - 10.30mlm Laman web www.pariaman.com.sg Harga purata Masakan Mexico Alamat 778 North Bridge Road, Singapore 198746 Tel (65) 6299 3508 E-mel
[email protected] Waktu perniagaan Isnin - Khamis, 12.00tgh hari - 10.00mlm Jumaat, 12.00tgh hari - 11.00mlm Sabtu - Ahad, 12.00tgh hari - 11.00mlm Laman web www.afterwit.sg Harga purata
Pastikan anda mencuba hidangan Cajun Chicken Taco yang disediakan dengan tortilla 6” yang dihias sos pico de gallo dibuat segar, sapuan guacamole, salad kobis merah, krim masam, daging ayam serta sos Cajun pedas. Setiap hidangan didatangkan dengan tiga taco panas, kerepek kentang serta potongan limau – pastinya mengenyangkan! Sesudah makan, jangan lupa memesan Churros sebagai pencuci mulut. Donut gaya Sepanyol ini dibakar dalam oven dan ditabur gula kulit kayu manis, dan boleh dipadankan dengan dip Milo, karamel masin atau teh susu Thai untuk rasa yang betul-betul memuaskan selera! PORK FREE
Kaw Kaw SG
Mamanda
Terkenal dengan burger bakar mereka, di Kaw Kaw SG terdapat makanan yang sedap disajikan dalam suasana yang nyaman. Pilihan makanan Barat memang banyak di sini, dengan menu yang menampilkan pelbagai hidangan yang diilhamkan dari masakan Itali dan Eropah di samping burger bakar mereka yang memang terkenal. Selain pilihan burger-burger lazat (susunan sehingga 10 keping daging dalam satu burger) serta hidangan lain yang tidak kurang hebatnya, perabot juga dijual di sini! Bukan calang-calang burger yang dihidangkan, dengan kepingan daging empuk, roti enak dan sos lazat membuatkan anda berkirakira bila masanya untuk kembali ke tempat ini.
Masakan Barat Alamat 28 Aliwal Street, #01-01 Aliwal Arts Centre, Singapore 199918 Tel (65) 6444 8349 Waktu perniagaan Ahad - Khamis, 12.00tgh hari - 9.30mlm Jumaat, 3.00ptg - 10.30mlm Sabtu, 12.00tgh hari - 10.30mlm Laman web www.kawkawsg.com Harga purata
Santap bagaikan seorang raja di Mamanda. Restoran berdekorasi mewah ini menyajikan pelbagai masakan Melayu asli yang boleh dinikmati dalam suasana eksklusif. Apa yang dibanggakan di sini adalah penggunaan ulam dan herba yang baik untuk badan, dengan rempah ratus beraroma, digunakan dalam masakan yang disediakan secara tradisional bagi mengekalkan keaslian sajian. Anda boleh pilih untuk memesan daripada menu à la carte, menu untuk dikongsi atau bufet. Oleh itu, amat sesuai jika mahu ke sini beramai-ramai untuk meraikan seseorang atau untuk sebarang majlis istimewa. Dengan hiasan dalamannya yang tesergam indah bagai istana diraja, pengalaman makan di sini semestinya lain dari yang lain!
Masakan Melayu Alamat 73 Sultan Gate, Singapore 198497 Tel (65) 6396 6646 E-mel
[email protected] Waktu perniagaan Isnin - Ahad, 11.00pg - 10.00mlm Laman web www.mamanda.com.sg Harga purata
I Am...
Derwish Turkish Restaurant
Lahirnya I Am… daripada cinta kepada budaya Belanda. Apabila pemiliknya, Muhamad Jamuri Bin Busori, menemani isterinya semasa lawatan kerja ke sana, kepulangannya ke Singapura bukan sekadar membawa kembali memori indah.
Masakan Barat
Bergabung tenaga bersama adikberadiknya, beliau menubuhkan kafe I Am… yang diilhamkan oleh arca “I Amsterdam” di mana bahagian “I Am” diterangi warna merah. Muhamad Jamuri mengubahnya sedikit di mana bahagian ‘msterdam’ digantikan dengan titik elips.
Waktu perniagaan Isnin - Khamis, 11.00pg - 11.00mlm Jumaat - Sabtu, 11.00pg - 1.00pg Ahad, 11.00pg - 11.00mlm
Menyajikan masakan Barat, di kafe ini terdapat kentang goreng & mayo gaya Belanda, burger daging yang dipanggang lembut di atas arang agar segala jusnya dapat dikekalkan, serta kek Rainbow Mille Crepe mereka yang begitu popular. PORK FREE
Alamat 674 North Bridge Rd, Singapore 188804 Tel (65) 6295 5509 E-mel
[email protected]
Laman web www.iam.com.sg Harga purata
Dengan daging penuh rasa, roti yang enak serta pencuci mulut yang lazat, restoran Derwish Turkish merupakan pilihan bijak jika anda mahukan hidangan hebat pada harga yang berpatutan.
Masakan Timur Tengah
Restoran ini juga dihias gaya Turki dengan sedikit sentuhan Greek, menjadikan suasana di sini lebih menyenangkan sambil anda menjamah hidangan yang dipesan.
Waktu perniagaan Isnin - Khamis, 11.00pg - 11.00mlm Jumaat - Ahad, 11.00pg - 1.00pg
Kombinasi persekitaran yang baik dengan makanan yang sedap menjadikan acara santapan di Derwish Turkish suatu pengalaman yang pastinya memuaskan. PORK FREE
Alamat 60 Bussorah St, Singapore 199476 Tel (65) 6298 8986 E-mel
[email protected]
Laman web www.facebook.com/Lovederwish Harga purata
La Marelle Café & Boutique Memasuki dunia yang berbeza apabila anda melangkah ke La Marelle Café & Boutique. Hiasan dalaman mereka yang cantik serta aneh merupakan latar belakang yang sempurna bagi untuk anda abadikan acara sambutan bersama mereka yang anda sayangi. Sedang anda memikirkan sajian yang ingin dipesan, anda boleh melihatlihat produk comel yang dipaparkan dalam kedai mereka. Anda juga boleh membeli barangan yang dipaparkan disini sebagai cenderahati! Setelah memesan, duduklah dan nikmati juadah yang lazat. Pastikan anda tidak terlepas pandang hidangan pencuci mulut serta minuman yang unik di sini! PORK FREE
Masakan Barat Alamat 25A Baghdad Street, Singapore 199664 Tel (65) 8138 7654 Waktu perniagaan Isnin - Ahad, 10.00pg - 11.00mlm Laman web www.facebook.com/lamarellecafe Harga purata
Krave Idamkan masakan ibu di rumah? Gabungan pengaruh masakan Melayu dan Barat, hidangan di Krave pasti akan menggembirakan anda serta deria rasa anda! Bagi mereka yang mahukan rasa tempatan namun dengan sedikit kelainan, salah satu hidangan popular di sini merupakan Kraving Ayam Bakar, ayam panggang yang disajikan bersama ketupat dengan kuah masam pedas. Satu lagi hidangan Timur-bertembungBarat adalah Pollo Ala Parilla, iaitu peha ayam diperap dengan limau dan dihidangkan bersama sos krim masam berlada, kentang putar dan salad. Dihidangkan ala Barat, kepingan ayamnya begitu empuk dan penuh rasa dalam setiap gigitan.
Masakan Melayu, Barat Alamat 28 Bali Lane, Singapore 189864 Tel (65) 9856 4249 E-mel
[email protected] Waktu perniagaan Selasa - Khamis & Ahad, 11.30pg - 10.00mlm Jumaat - Sabtu, 11.30pg - 11.00mlm Laman web www.facebook.com/Krave.sg Harga purata
(working title) Jika anda mahu menikmati makanan dengan tenang, (working title) menawarkan kudapan menarik serta burger-burger lazat dalam suasana yang aman damai. Terkenal dengan persekitarannya yang amat santai, kedai burger ini menyajikan pelbagai menu untuk sarapan dan brunch, selain menu burger, melengkapkan pengalaman menjamu selera di sini. Cuba menu Bandung Bites dengan Kepak Ayam Ribena dan nikmati rasa unik ini sambil bermalas di waktu petang. PORK FREE
Masakan Barat Alamat 48 Arab Street, Singapore 199745 Tel (65) 8248 2841 E-mel
[email protected] Waktu perniagaan Isnin - Khamis, 11.00pg - 10.00mlm Jumaat, 11.00pg - 11.00mlm Sabtu - Ahad, 10.00pg - 11.00mlm Laman web www.workingtitle.sg Harga purata
The Mad Sailors Nama The Mad Sailors diilhamkan dari ungkapan “Mat Salleh”, bahasa pasar yang digunakan dalam Bahasa Melayu bila merujuk kepada seseorang yang berbangsa Eropah. Menggunakan bahan-bahan segar, restoran ini menyajikan hidangan British yang klasik dengan unsur tempatan yang berlainan.
Masakan Barat
Walau unik dan aneh bunyinya, hidangan bernama Bubble & Squeak pasti membuat anda rasa teruja dengan susunan kepingan kentang bersama krim keju dan telur mata lembu, dihidangkan dengan salmon salai dan sayuran segar.
Laman web www.themadsailors.sg
Jika anda mahukan hidangan ringan, boleh cuba Asparagus & Mushroom Salad – gabungan asparagus dengan cendawan Swiss perang menaikkan rasa unik dan menarik, sementara tomato ceri dan bawang merah diatas coleslaw segar memberi rasa kerangupan sambil anda menikmati sajian yang dipesan. PORK FREE
Alamat 24 Haji Lane, Singapore 189217 Tel (65) 8248 2853 E-mel
[email protected] Waktu perniagaan Isnin - Ahad, 11.00pg - 11.00mlm
Harga purata
Fika Café Jarang terdapat di Singapura, Fika Café menghidangkan masakan Sweden halal dengan pilihan menu termasuk Swedish Meatball, Pickled Herring Platter, dan Baked Potato with Skagen (roti bakar dengan udang). Ia bagaikan perayaan buat deria rasa anda! Cawangan mereka di OneKM mempunyai ruangan bermain buat si kecil di mana mereka boleh bermain “masak-masak”. Jika anda tertanya-tanya apa maksud perkataan “fika”, ia merupakan aktiviti masa lapang di Sweden di mana secangkir kopi dinikmati bersama kuihmuih atau sandwic. Fika Café ingin mewujudkan suasana yang sama di kafe mereka jadi sesuai sekali jika anda ke sini menjamah kudapan petang yang santai.
Masakan Sweden Alamat 257 Beach Road, Singapore 199539 Tel (65) 6396 9096 E-mel
[email protected] Waktu perniagaan Ahad - Khamis & Cuti Awam, 11.00pg - 10.00mlm Jumaat - Sabtu, 11.00pg - 11.00mlm Malam sebelum Cuti Awam, 11.00pg - 11.00mlm *Juga terdapat di... 11 Tanjong Katong Road, OneKM, Singapore 436998 Tel (65) 6702 2456 Isnin - Ahad, 11.00pg - 10.00mlm Laman web www.fikacafe.com Harga purata
N JL
NS JL
A
N TA UL
AP
KU R BO
GE
EK
G RID
H
N PIS
S AR
AI NG
AH
ND
G
AN
KA
VI CT TO OR IA RI ST A ST
B
JL
VI C
ST
ED
KL
D
ER
NO
1
SU
T
GE
RD
ST
NG
NA
AB
PI
AR
BUGIS+
ID BR
AL IW AL
N JL
LN
3 RT
2
H
RT
NO
IA
ST
IA
VI
RAFFLES HOSPITAL
OR
CT
OR
IA
ST
NO RTH B
RID
MRT
AB
ST
ST
CH RO OR
BUGIS JUNCTION
AT
AR
SC
MU
VI CT
1 The Lab SG 2 Hajah Maimunah 3 Wilder 4 Hyde & Co.
4
OR
Jom Pergi!
ST
T VIC
Mahukan barangan menarik pada harga rendah? Pastikan anda berkunjung ke Bugis Village! Pasar jalanan ini menjual segalanya termasuk pakaian, cenderamata dan makanan jalanan pada harga yang menarik. Jika mahukan pakej fesyen, gaya hidup dan makanan yang lengkap, terus ke Bugis Junction! Pesona penuh sejarah di sini amat memikat sekali.
CT
VI
A
I OR
N JL
Di daerah yang kaya dengan sejarah ini, para shopaholic pasti seronok dengan pelbagai peluang membeli-belah yang terdapat di sini. Pusat membeli belah moden, butik-butik comel serta pasar jalanan – semuanya ada di sini!
ST
KL
R BO
CT
VI
N JL
KU
Bugis
A
I OR
RD M T
AB AR
RD
TS CA
R
HI
US
OP
AD
ST
BA
D GH
ST
RD
The Lab SG
Jika pengalaman makan yang seronok dan mengujakan yang anda cari, cuba makan di The Lab SG! Dengan air gula yang dihidangkan dalam penitik ubat manakala minuman pula disajikan dengan jarum suntikan berisi sirap perasa, restoran ini memang unik sementara makanannya pula sedap belaka. Bereksperimen sedikit dengan selera anda dan cuba rasa sajian Heisenburger, iaitu hidangan signatur di sini. Ia diinspirasikan oleh nama samaran watak Walter White dalam rancangan televisyen “Breaking Bad” dan merupakan burger dengan daging cincang yang lazat dan dipanggang sempurna, dihiasi bawang digoreng lembut, sos tomato coulis, kepingan ayam garing dan keju bleu aioli. Dihidangkan bersama kentang goreng ditabur perisa Cajun, sajian ini memang berbaloi. Hilangkan dahaga anda dengan susu kocak Ondeh-Ondeh Monster Milkshake, campuran istimewa gula melaka, aiskrim kelapa dan kelapa parut dan dihiasi pula dengan wafel mentega, bertih jagung perisa kelapa, kelapa parut, kerepek wafel dan sirap gula melaka, anda pasti punya tarikan magnet kepada minuman ini! PORK FREE
Hajah Maimunah Restaurant Masakan Barat
Masakan Melayu
Alamat 1 Jalan Pisang #01-01, Singapore 199069 Tel (65) 6299 5681 E-mel
[email protected]
Alamat 6 Jalan Pinang, Singapore 199138 Tel (65) 6291 3132 E-mel
[email protected] Waktu perniagaan Isnin - Jumaat, 9.00pg - 5.00ptg
Waktu perniagaan Isnin - Sabtu, 12:30tgh hari - 10.00mlm Sunday, 1.00ptg - 9:30mlm
*Juga terdapat di... 11 & 15 Jalan Pisang, Singapore 199078 Tel (65) 6297 4294 Isnin - Sabtu, 7.00pg - 8.00mlm
Laman web www.facebook.com/weexperiment Harga purata Mahu cuba makanan yang tersenarai dalam panduan restoran Michelin? Anda cuma perlu ke restoran yang telah mendapat gelaran Bib Gourmand ini dan cuba semua hidangan mereka! Istimewa di sini adalah hidangan Nasi Padang di samping masakan kampung Hajah Maimunah yang digemari ramai. Terdapat lebih 40 hidangan dari menu untuk dipesan – dan anda pasti tidak akan menang tangan dibuatnya. Dari rendang daging yang lazat ke siput sedut masak lemak, di sini tempatnya untuk menikmati makanan Melayu terbaik.
20 Joo Chiat Road #01-02, Singapore 427357 Tel (65) 6348 5457 Selasa - Ahad, 8.00pg - 9.00mlm 3017 Bedok North Street 5, #04-08 Gourmet East Kitchen, Singapore 427357 Dengan temujanji sahaja Laman web www.hjmaimunah.com Harga purata
Hyde & Co.
Wilder Jemput ke Wilder bagi mendapatkan makanan yang menenangkan minda lagi mengenyangkan perut, sambil menikmati hiasan dalaman yang santai dan selesa, sesuai dengan namanya dengan perabot kayu dan jambangan bunga di sana sini. Bagi mereka yang idamkan hidangan dengan telur masin, dapatkan Salted Egg Taters – dilitupi adunan telur masin gurih, gabungan rasa Timur dan Barat betul-betul menaikkan rasa hidangan ini. Semestinya ia perlu dimakan begitu sahaja tanpa sebarang sos yang mungkin mengganggu rasanya yang asli. Untuk rasa masakan ibu di rumah, cuba Sloppy Lasagne dengan hidangan salad. Namanya mungkin berbunyi “cincai” namun ia disediakan dengan penuh kasih sayang dengan rasa berlemak yang pasti mengujakan deria rasa anda. PORK FREE
Masakan Barat Alamat 749 North Bridge Road, Singapore 198717 Tel (65) 6635 1136 E-mel
[email protected] /
[email protected] Waktu perniagaan Selasa - Ahad, 12.30tgh hari - 11.00mlm Laman web www.wilder.com.sg Harga purata
Sebuah kafe kontemporari dengan suasana selesa, Hyde & Co. mempertaruhkan menu berinspirasikan Inggeris dengan sentuhan tempatan – sesuai sekali buat mereka yang mencari menu fusion yang lain dari yang lain!
Masakan Barat
Di kafe dengan dekor minimalis chic ini, menu Truffle Crawfish Mac & Cheese bukan masakan makaroni berkeju yang biasa anda makan. Disajikan bersama udang laut Norway serta cendawan bakar, ia pasti akan memuaskan sang pencinta truffle.
Waktu perniagaan Isnin, 12.00tgh hari - 6.00mlm Rabu - Jumaat, 12.00tgh hari - 10.00mlm Sabtu, 11.00pg - 10.00mlm Ahad, 11.00pg - 6.00ptg
Tidak dilupakan warisan Singapura, pasta Hyde’s Chilli Crab adalah menu mesti-cuba! Dihidangkan dengan pasta linguine, hidangan ini sarat dengan isi ketam suri bersama sos arrabbiata pedas dan dihiasi serbuk roti berherba.
Alamat 785 North Bridge Road, Singapore 198753 Tel (65) 6635 5785 E-mel
[email protected]
Laman web www.hydeandco.com.sg Harga purata
1 E H
ST
C EA
RD
RE
PU
B
CT
O
RI
A
B
VI
Y
LL
CO
HW
AC H
RD
NI
BE
MRT
EAST C OA ST
3
ESP LAN AD ED R
LS
T
4
HIL
Berjalan di persiaran Waterfront Promenade, sambil mengagumi arca-arca yang indah, dan terus ke tebing Marina Reservoir, anda HAVE LOCKbermain RD boleh menyaksikan pengunjung laying-layang, perlumbaan perahu naga, dan juga persembahan muzikal.
RK PA
EAST
K
T PAR
COAS
ESPLANADE
MASJID JAMAE
SHEARES AVE
OUTRAM RD
5 MERLION PARK
ANA
ARTSCIENCE MUSEUM
HI
LL
ST
ESP L
MRT
DE
DR
Selami dunia alam semulajadi di Gardens by the Bay, di mana rumah hijau berhawa dingin yang memberi perlindungan daripada cuaca panas, dan nikmati pemandangan indah daripada Supertree Grove.
MARINA BAY SANDS
BL
VD
L
GARDENS BY THE BAY
EL W AX
SH
EN
NA
RD
RI
M
AN SO
N
RD
TO
N
WA Y
NS BI RO
6
MA
CE
ON
RD
MRT
M
1 Wedang 2 Wing Zone 3 AquaMarine 4 National Kitchen by Violet Oon at National Gallery Singapore 5 New Shah Alam Restaurant 6 Santaro by Gion
RD
AV
2
Kehidupan moden serba mewah menunggu anda di Marina Bay, di mana terdapatnya segala-gala yang trendy dan penuh gaya! Dari destinasi makanan yang popular ke aktiviti santai yang mengujakan, pasti ada sesuatu untuk semua yang berkunjung ke sini.
Jom Pergi!
R
C
HI
LI
Marina Bay/ Central Business District
OP
Wedang Gerai penjaja ini hanya mempunyai lima hidangan masakan Indonesia namun setiap satunya punyai keistimewaan sendiri. Dari mata kasar, anda tidak akan menyangka bahawa gerai sempit ini merupakan salah satu daripada bilangan kecil restoran yang dianugerahkan gelaran Bib Gourmand. Namun anda cuma perlu memesan salah satu hidangan mereka dan pasti anda akan faham bagaimana mereka mendapat perhatian para pemeriksa panduan Michelin ini. Sama ada Gado-gado mahupun Nasi Ayam, Wedang menyajikan santapan yang ringkas namun memuaskan pada harga yang amat berpatutan. Siapa sangka anda boleh menjamah hidangan Michelin pada harga kurang daripada SGD10?
Wing Zone Masakan Indonesia Alamat Golden Mile Food Centre, 505 Beach Road, Singapore 199583 Waktu perniagaan Isnin - Jumaat, 10.00pg - 3.00ptg Harga purata
Berasal dari Amerika Syarikat, francais Wing Zone mempertaruhkan makanan yang melimpah dengan pelbagai rasa, dari Garlic Parm (keju dan bawang putih) ke perasa yang berbunyi lebih eksotik seperti Tokyo Samurai, jadi setiap kali anda ke sini pengalamannya pasti menarik dan berbeza.
Masakan Barat
Jika anda lebih menggemari makanan pedas, dapatkan kepak ayam berperisa Mango Fire. Gigitan pertama terasa manis bagaikan mangga masak, dan kemudiannya rasa pedas dan hangat mula menyusul.
*Juga terdapat di... Blk 277C #01-13 (2C) Compassvale Link, Singapore 543277 Ahad - Khamis, 11.30pg - 10.00mlm Jumaat - Sabtu, 11.30pg - 2.00pg
Bagi yang sukakan rasa asli kepak ayam, cuba menu Hand Breaded Tenders dengan daging ayam lembut yang digoreng garing. Walaupun tiada perasa tambahan, rasa ayamnya cukup sedap walau sekadar ditabur garam dan lada sulah secukup rasa.
Alamat 201 Victoria St, Bugis+ Level 4, Singapore 188067 Tel (65) 6222 9464 Opening Hours Isnin - Ahad, 11.00pg - 10.00mlm
Laman web www.wingzone.com.sg Harga purata
AquaMarine Sesuai buat kumpulan yang besar, bufet AquaMarine yang disahkan halal di Marina Mandarin ini menghidangkan bermacam jenis makanan. Antara yang popular dengan pengunjung adalah bahagian makanan laut dengan pelbagai pilihan segar dari udang hingga ke ketam. Mereka juga mempunyai bahagian makanan Jepun dengan sashimi yang hanya dipotong selepas pesanan diterima bagi mengekalkan kesegarannya. Dengan pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa, masalah yang mungkin anda hadapi adalah menentukan berapa banyak patut anda ambil! Satu lagi, tinggalkan sedikit ruang untuk pencuci mulut kerana di sini terdapat pelbagai jenis kek, puding dan kuih-muih yang tidak wajar dilupakan!
Masakan Tempatan & Antarabangsa (Bufet) Alamat Level 4, Marina Mandarin Singapore, 6 Raffles Boulevard, Marina Square, Singapore 039594 Tel (65) 6845 1111 E-mel
[email protected] Waktu perniagaan Sarapan Isnin - Ahad, 6.30pg - 10.30pg Makan tengah hari Isnin - Jumaat, 12.00tgh hari - 2.30ptg, Sabtu - Ahad & Cuti Awam, 12.00tgh hari - 3.00ptg Makan malam Ahad - Khamis, 6.30ptg - 10.00mlm, Jumaat - Sabtu & Cuti Awam, 6.30ptg - 10.00mlm
Laman web www.meritushotels.com/marinamandarin-singapore/dining/ aquamarine.html Harga purata
National Kitchen by Violet Oon at National Gallery Singapore Nikmati hidangan Peranakan asli serta masakan tempatan di National Kitchen by Violet Oon yang terletak di National Gallery Singapore, di mana setiap hidangan menggambarkan warisan kulinari Singapura yang begitu kaya sekali. Satu menu mesti-cuba di sini adalah Ayam Buah Keluak , hidangan nyonya klasik yang merupakan gulai ayam masam dan pedas yang mengandungi buah keluak, dimasak bersama lengkuas dan kunyit. Empuk dan penuh rasa, memang satu padanan yang hebat diantara rasa ayamnya dengan rasa lemak buah keluak. Mahu rasa pedas yang terangkat? Cuba hidangan Kari Kepala Ikan! Direbus dalam kuah kari dicampur jintan putih, jintan hitam, cili, kunyit dan bawang, dengan tomato, terung dan bendi, hidangan kepala ikan merah ini cukup pekat dan kaya dengan rasa. PORK FREE
Masakan Peranakan Alamat 1 St. Andrew’s Road #02–01, National Gallery Singapore (City Hall Wing), Singapore 178957 Tel (65) 9834 9935 E-mel
[email protected] Waktu perniagaan Isnin - Ahad, 12.00tgh hari - 2.30ptg, 3.00ptg - 5.00ptg, 6.00ptg - 10.30mlm Laman web www.violetoon.com/nationalkitchen- byviolet-oon-nationalgallery-singapore Harga purata
New Shah Alam Restaurant Restoran New Shah Alam mengambil pendekatan gerai penjaja yang ringkas dan santai namun menawarkan masakan yang kaya dengan rasa. Menunya ringkas, di mana hanya terdapat menu asas restoran India Muslim seperti mi goreng, naan, tosai dan murtabak. Bagaimanapun, hidangan mesti cuba di sini adalah nasi beriani. Susah untuk menolak nasi basmati empuk dengan paha dan kaki ayam yang dibanjiri kuah kari yang lazat. Restoran ini sememangnya sesuai untuk mereka yang sukakan masakan pedas kerana rata-rata menunya pedas-pedas belaka . Pastikan anda mampu menahan kehangatannya semasa menjamah hidangan yang tidak tertanding keenakannya di sini. PORK FREE
Masakan India-Muslim Alamat 20-21 Circular Rd, Singapore 049377 Tel (65) 6536 6781 Waktu perniagaan Isnin - Ahad, 24 jam Harga purata
Santaro by Gion Restoran Jepun halal pertama di Singapura yang menawarkan bufet à la carte sajian Omakase, Santoro by Gion mengetengahkan rangkaian penuh makanan Jepun yang disediakan menggunakan bahanbahan segar dengan sos buatan sendiri yang asli.
Masakan Jepun
“Omakase” merupakan ungkapan dalam bahasa Jepun yang boleh diterjemahkan sebagai “Terpulang pada anda”. Para pelanggan akan memilih menu Omakase yang dikehendaki dan chef akan menyediakan hidangan yang istimewa sebagai kejutan berdasarkan menu yang dipilih.
Waktu perniagaan Isnin - Ahad, 11.30pg - 2.30ptg, 5.30ptg - 9.30mlm
Penyediaan makanan Jepun halal bukan perkara mudah disebabkan oleh larangan penggunaan alkohol dalam masakan termasuk sos mirin yang merupakan bahan asas dalam masakan Jepun. Namun Santoro by Gion berjaya menyediakan hidangan yang lazat-lazat belaka dan anda pasti kagum dengan keenakan masakan mereka. PORK FREE
Alamat Amara Hotel Singapore, 165 Tanjong Pagar Road, Singapore 088539 Tel (65) 6444 9989 E-mel
[email protected]
Laman web www.singapore.amarahotels.com/ dining/santaro-by-gion Harga purata
MASJID ABDUL HAMID KAMPONG PASIRAN
M EER RD RD
Kenali budaya berwarna-warni komuniti India di Singapura di Little India, sebuah tempat bersejarah di mana terdapat makanan-makanan yang lazat di samping pengalaman membeli-belah yang mengujakan.
AN GO O SE R
MUSTAFA CENTRE
MRT
R SA JL
N
BE
KAL
3 4
OP
R
RD
NI
EMARD
GUILL
RD
Y
W
LH
L CO
MOU NTBA TT E N R D
IA
ST
MRT
ECP K EAST COAST PAR
OR CH RO
HWY
6
HI
VIC
D
GR
LAN
ST
A
AVE
OR
5
RI TO
SIMS
KPE
RD
RD
NICOLL
IM AH
CT
TT
VI
KI
MASJID ABDUL GAFFOOR
PIE
PIE
2
RD
1 Icebox Café 2 Noodlelicious 3 Bismillah Biryani 4 Hanna’s Fusion & Japanese 5 PU3 6 Le Bistrot De L’Olive
BU
1
OR CH RO
Jom Pergi!
E
CT
RD
MASJID WAK TANJONG
N
Ia merupakan salah satu kawasan paling menyeronokkan di Kota Singa ini dan anda boleh menghabiskan masa berjamjam melihat-lihat masjid-masjid, gereja, tokong Cina dan Hindu di sini. Puaskan selera makan anda dengan makanan vegetarian India Selatan serta makanan tempatan seperti roti prata dan teh tarik. Jangan lupa untuk berkunjung ke Mustafa Centre, pusat membeli-belah yang dibuka 24 jam sehari di mana anda boleh membeli pelbagai barangan dari barangan elektronik hingga ke barang runcit!
MA
PIE
BE ND E
Little India
SON
ER CPH
ECP RK
EAST COAST PA
Icebox Café
Noodlelicious
Di Kota Singa ini dengan iklim tropika yang hangat, tiada yang dapat menandingi hidangan pencuci mulut dari Korea yang sedingin salju. Bingsu yang digemari ramai merupakan kepalan ais dihiris halus dan ditabur toppings , sama seperti Ais Kacang. Antara pilihan topping yang menarik seperti Creamy Cookies Pleasure, serta pilihan rasa tempatan seperti Chendol Melts, menikmati ais berperisa di Icebox Café semestinya salah satu cara paling manis untuk chill dan berehat. Selain menu Bingsu, dapatkan juga minuman kocaknya yang lazat, roti bakar yang gebu, serta Cookie Shots yang menarik, di mana susu dituang ke dalam cawan yang diperbuat daripada biskut! PORK FREE
Masakan Korea Alamat 89 Rangoon Road #01-02 Urban Lofts, Singapore 218375 Tel (65) 9155 4720 Waktu perniagaan Isnin - Ahad, 2.00ptg - 11.00mlm Laman web www.facebook.com/iceboxcafe.sg Harga purata
Siapa yang tidak sukakan masakan mi? Dapatkan semangkuk mi yang enak dengan harga yang berpatutan di Noodlelicious. Mi Bak Chor yang halal semestinya tidak mudah didapati namun ia boleh didapati di sini, dan ianya amat lazat sekali! Mi Bak Chor dibuat daripada mi kuning yang dicelur dan dicampurkan dengan minyak, cuka hitam, sos tiram, sos ikan dan sambal cili, dihidangkan bersama daging cincang, bebola daging, ladu, cendawan rebus, taugeh dan daun bawang. Masakan ini disajikan dengan cili potong dan bebola ayam penuh rasa, dan harganya kurang daripada SGD5! Gerai penjaja ini juga menawarkan makanan lain yang berasaskan mi seperti mi bebola ikan yang boleh didapati basah atau kering. Walau apa pilihan anda, selera anda pasti dapat dipuaskan dengan semangkuk mi dari Noodlelicious!
Masakan Asia Alamat 166 Jalan Besar #01-13, Berseh Food Center, Singapore 208877 Tel (65) 9182 1861 E-mel
[email protected] Waktu perniagaan Isnin - Sabtu, 9.00pg - 9.30mlm Laman web www.facebook.com/noodlelicioussg Harga purata
Bismillah Biryani
Hanna’s Fusion & Japanese
Dianugerahkan gelaran Bib Gourmand daripada panduan makanan Michelin, Bismillah Biryani tempatnya jika anda mahukan ledakan pelbagai rasa. Ia hanya menghidangkan beriani asli, seperti yang didakwa pemilik restoran, dan apa yang akan anda dapat di sini adalah kelazatan berianinya.
Masakan Timur bertemu Barat di Hanna’s Fusion & Japanese, di mana pelbagai menu kegemaran popular seperti udon, sushi dan set bento dihidangkan di samping burger dan pasta.
Rahsia kejayaan restoran ini adalah cara memasak bersama campuran bahan-bahan masakan secara tradisional. Hasilnya, anda akan dapat merasakan setiap rempah ratus dan perasa yang digunakan dalam setiap hidangannya. Setiap hidangan di Bismillah Biryani begitu sempurna sekali hinggakan tidak perlu ditambah lauk seperti kuah kari untuk menaikkan rasa – kerana ianya enak dimakan begitu sahaja. Dan bila anda sudah kekenyangan, pastikan anda mencuba pula pencuci mulut tradisional India yang dihidangkan di sini! PORK FREE
Masakan India Utara Alamat 50 Dunlop Street, Singapore 209379 Tel (65) 9382 7937 Waktu perniagaan Rabu - Isnin, 11.30pg - 9.30mlm Laman web www.facebook.com/Bismillah- BiryaniSingapore-134575666639087 Harga purata
Jika anda penggemar makanan fusion, anda perlu ke sini, terutama dengan adanya hidangan kreatif seperti Miso Pasta, Burger Daging Teriyaki dengan kari Jepun, dan banyak lagi. Pencuci mulut pun ada! Restoran ini juga cuba menetapkan harga yang berpatutan meskipun menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi. Oleh itu, anda pasti berpuas hati dengan sajian di sini.
Masakan Jepun, Fusion Alamat 1 Rochor Canal, Sim Lim Square 4-02F, Singapore 188504 Tel (65) 6337 7540 E-mel
[email protected] Waktu perniagaan Isnin - Ahad, 11.30pg - 8.00mlm Laman web www.facebook.com/hannas.com.sg Harga purata
PU3 Melawat Singapura secara berkumpulan dan ingin mencuba hidangan yang betul-betul mengenyangkan? Anda pasti tergoda dengan masakan PU3 (disebut “Puteri”). Hidangan nasi ambeng di sini memang agak popular. Disajikan dengan 12 jenis lauk, ia sesuai dijamah bersama-sama secara berkumpulan seramai 4 atau 5 orang. Malahan mungkin lebih lagi jika selera makan masingmasing tidak begitu besar. Pastikan perut kosong bila ke PU3 supaya dapat mencuba dan menikmati kesemua hidangan mereka yang lazat-lazat belaka – pastikan anda sediakan sedikit ruang untuk pencuci mulut yang tidak kurang hebatnya! PORK FREE
Le Bistrot De L’Olive Masakan Indonesia Alamat 51 Bencoolen Street #01-06, Singapore 189630 Tel (65) 6338 4419 E-mel
[email protected] Waktu perniagaan Isnin - Jumaat, 10.00pg - 9.00mlm Sabtu & Cuti Awam, 11.00pg - 4.00ptg, 5.30ptg - 9.00mlm Laman web www.facebook.com/pg/pu3restaurant Harga purata
Menghidangkan masakan Perancis dan Mediterranean, Le Bistrot De L’Olive ternyata tidak menghampakan. Pilihan menunya begitu banyak dan menyeluruh dengan dapur masakan Perancis yang mempertaruhkan hidangan stik di samping makanan lain, sementara hidangan Mediterranean termasuk makanan laut dan daging kambing. Sama ada Beef Bourguinon atau Falafel, apa sahaja yang anda pesan pastinya sedap dan lazat. Usai hidangan utama, cuba rasa pemanis mulut seperti Crème Brûlée atau Baklava. Anda pasti berpuas hati! PORK FREE
Masakan Perancis Alamat 48 Bencoolen Street #01-02, V Hotel Bencoolen, Singapore 189627 Tel (65) 6734 8262 Waktu perniagaan Isnin - Ahad, 7.00pg - 10.00mlm, 11.00pg - 10.30mlm Laman web www.delolive.com.sg Harga purata
PP
KEPP
EL VIA
DUCT
Pulau peranginan terunggul di Singapura, Sentosa terletak berdekatan dengan kawasan-kawasan pusat perdagangan dan pusat membeli-belah. Juga dikenali sebagai “State of Fun” (Daerah Gembira), terdapat pelbagai aktiviti menarik di Sentosa yang pasti mengujakan setiap pengunjung. Dari taman tema dan taman air yang menyeronokkan hingga ke salah satu aquarium terbesar di dunia, S.E.A. Aquarium™, anda berpeluang melakukan mana-mana aktiviti yang anda ingini disini.
MRT
VivoCity
L
PE
P KE
A VI
KEPPEL ISLAND
Para foodie pula pasti teruja dengan pelbagai pilihan makanan Asia, menu antarabangsa serta restoran lima bintang yang pasti memuaskan selera makan anda. Rehat dan rawat di Quayside Isle dan Sentosa Cove dan nikmati makanan di mana-mana restoran dan outlet yang boleh dijumpai sepanjang tebing air ini.
2
Jom Pergi!
3 MRT
SO LO SI
1 Good Old Days 2 Malaysian Food Street 3 Mel’s Drive-In 4 Chickata BBQ
CT
DU
SENTOSA GATEWAY
Sentosa/ Harbourfront
KE
4
BE AC H
1 UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE
BRANI ISLAND
EL
VI
AD
UC
T
Good Old Days Terletak di Siloso Walk, restoran ini dinamakan sempena memperingati zaman lampau yang dirindui di Kota Singa melalui sajian-sajian klasik Singapura . Dari Laksa Singapura ke Nasi Ayam Singapura, Biryani Ayam serta pencuci mulut lazat seperti Cendol dan Tao Suan, anda boleh bersantai dan berehat sambil menikmati hidangan di sini.
Masakan Tempatan Alamat 60 Siloso Beach Walk, Sentosa, Singapore 098997 Waktu perniagaan Isnin - Ahad, 11.00pg - 10.00mlm Harga purata
Singgah disini seusai bergembira di Skyline Luge, atau mulakan makan malam di awal petang dan terus sahaja ke Wings of Time untuk menonton pertunjukan cahaya di waktu malam!
Malaysian Food Street Jika ke Resorts World Sentosa, pastikan anda singgah ke Malaysian Food Street! Suasananya hampir sama seperti gerai penjaja di Malaysia namun (syukur selalu) disini dilengkapi penghawa dingin! Gerai Roti Canai & Nasi Biryani serta gerai Kampung Nasi Lemak mempunyai pensijilan halal, dan makanannya juga disahkan amat sedap sekali! Jadi penuhkan perut anda dengan masakan Malaysia yang lazat sebelum seharian berseronok di taman tema!
Masakan Malaysia Alamat Malaysian Food Street, Waterfront, Level 1, Sentosa Gateway, Singapore 098138 Waktu perniagaan Isnin - Selasa & Khamis, 11.00pg - 10.00mlm Jumaat - Ahad & Cuti Awam, 9.00pg - 11.00mlm
Laman web www.rwsentosa.com/Homepage/ Restaurants/AsianCuisine/ MalaysianFoodStreet Harga purata
Chickata BBQ
Mel’s Drive In Diilhamkan dari filem pada tahun 1973 iaitu “American Graffiti”, melangkah ke Mel’s Drive In bagaikan melangkah semula ke zaman lampau. Ianya restoran pandu-masuk klasik zaman 1950-an yang menyajikan makanan segera popular stail Amerika, jadi anda pasti selesa dengan semua hidangannya.
Masakan Barat
Restoran retro ini menghidangkan beberapa jenis kentang goreng, susu kocak dan minuman flot aiskrim. Bagi penggemar burger, pastikan anda mencuba Shiok Burger yang diperbuat dengan serunding ayam pedas, guacamole, bawang goreng cincin, bakon ayam Belanda dan kepingan daging.
Laman web www.rwsentosa.com/ Homepage/Attractions/ UniversalStudiosSingapore/ Hollywood#dining
Satu lagi yang perlu dipesan adalah Mel’s Milkshake, susu kocak dengan pilihan perisa vanila, coklat atau strawberi. Minuman yang pekat dan lazat ini amat sesuai bagi menyejukkan tekak pada hari yang panas terik di Singapura.
Alamat Hollywood Zone, Universal Studios Singapore, Sentosa, Singapore 098140 Waktu perniagaan Isnin - Ahad, 10.00pg - 6.00ptg
Harga purata
Amat mudah untuk sampai ke sini dengan lokasinya yang terletak hanya 10 minit perjalanan dari MRT Telok Blangah. Ianya restoran yang pasti dapat memuaskan semua penggemar daging.
Masakan BBQ
Tempat yang popular dengan dagingnya yang diperap sempurna serta sos cilinya yang begitu lazat, Chickata BBQ menawarkan hidangan hebat, termasuk hidangan teriyaki yang merupakan antara pilihan kegemaran.
Waktu perniagaan Isnin - Khamis, 5.00ptg - 11.00mlm Jumaat - Ahad, 3.00ptg - 11.00mlm
Dipadankan dengan khidmat pelanggan yang terbaik, saiz hidangan serta kualiti yang amat sesuai dengan harganya, perut anda pasti tidak akan bersungut! PORK FREE
Alamat 46 Telok Blangah Drive #01-71, Singapore 100046 Tel (65) 8440 4938
Laman web www.facebook.com/ChickataBBQ Harga purata
ADMIRALTY RD W
4
W RD IRA L
TY
Woodlands
CHU
THE SELETAR MALL
KAN
G
Sengkang ANG MO KIO
Terletak di kawasan timur laut Singapura, Serangoon terbahagi kepada empat zon kecil iaitu Seletar Hills, Serangoon North, Sarangoon Gardens dan Serangoon Central.
MRT
SEN GKAN G WEST AVE
YIO
ADM
AVE 5
REPUB LIC C
SCENT AVE 5 RE THE REPUBLIC CULTURAL CENTRE
G
IN
1 Rasa Istimewa Waterfront Restaurant 2 ArtBites Café 3 Penang Culture 4 Le Steak by Chef Amri
L RS
HOUG
Serangoon
RD
ANG
AVE
KAN G LIN K
Jom Pergi!
ANG MO KIO AVE 3
Y
2
IO C HU
Dahulunya merupakan sebuah perkampungan nelayan, nama Sengkang bermaksud “pelabuhan kaya” dalam bahasa Cina. Sebagai memperingati sejarah ini, tema bagi reka bentuk pekan ini adalah “Town for the Seafarer”, atau “Pekan Untuk Pelaut”.
NEX
A
IN
G
DR W
O
DL O
5
SER
3
AN
GO
ON
AVE
2
RE NT
MRT
ON O
AD VI
T UC
AR EB AL AY RP PE UP
AN
DS
E AV
RD
SL
RD
PP ER
AR
RY
M
BOUNDA
CAUSEWAY POINT
SE RA NG
M
SER ANG OO NC E
Salah satu kawasan yang paling hijau di bandar ini, terdapat pelbagai pilihan membeli-belah dan makan-makan di sini. Dengan beberapa pusat membeli-belah seperti Causeway Point, Woodgrove Shopping Centre, 888 Plaza dan Vista Point, anda boleh berbelanja sampai patah kaki di sini!
SENGKANG WEST RD
1
Woodlands, Serangoon, Sengkang
TPE
TPE
Rasa Istimewa Waterfront Restaurant Di Rasa Istimewa Waterfront Restaurant anda bukan sahaja disajikan dengan makanan yang enak malah persekitarannya yang nyaman, terletak di jeti di Woodlands Waterfront Park, ianya pasti membuatkan anda makan dengan lebih seronok dan berselera. Pesan apa sahaja daripada udang yang bersaiz besar ke Mi Goreng yang dimasak sempurna, tempat ini memang sesuai untuk membawa keluarga. Apatah lagi terdapat taman permainan berdekatan untuk anakanak bermain (dan mungkin bakar sedikit kalori selepas makan). Menikmati makanan laut yang lazat sambil dibuai angin laut sepoi-sepoi bahasa tentunya menyenangkan. Jadi apa kata cuba ke restoran ini untuk pengalaman menarik ini?
ArtBites Café
Masakan Makanan Laut Alamat 6A Admiralty Rd West, Woodlands Waterfront Park, Singapore 757445 Tel (65) 6366 9339 E-mel
[email protected] Waktu perniagaan Isnin - Jumaat, 2.00ptg - 12.00pg Sabtu - Ahad, 12.00tgh hari - 12.00pg Laman web www.rasaistimewa.com.sg Harga purata Di ArtBites Café di The Republic Culture Centre, anda boleh menjamu selera dengan hidangan lazat pada harga berpatutan dalam suasana tenang dan mendamaikan. Sering dikunjungi para pelajar, makanan di Artbites semestinya bersifat comfort food di mana harganya juga selesa buat dompet! Menunya ringkas, dengan hidangan seperti Fried Chicken & Chicken Cream Pasta dan tempatnya sesuai untuk bersantai sambil melayan selera. Dengan purata harga di bawah SGD10 serta dilengkapi sofa-sofa empuk untuk melabuhkan punggung, kafe ArtBites Café sesuai dikunjungi untuk hidangan ringan jika anda berada dikawasan sekitar.
Masakan Barat, Fusion Alamat Republic Polytechnic, 5 Woodlands Ave 9, TRCC Building #01-01, Singapore 738962 E-mel
[email protected] Waktu perniagaan Isnin - Jumaat, 9.00pg - 7.30mlm Laman web www.artbitestrcc.com Harga purata
Le Steak by Chef Amri
Penang Culture Mahukan makanan Malaysia yang lazat dengan sedikit kelainan? Dari hidangan pembuka selera seperti Premium Lobster & Scallop Noodles, ke minuman lazat berkrim seakan pencuci mulut seperti minuman kocak berperisa durian, Penang Culture menawarkan pelbagai hidangan menarik. Menerapkan elemen-elemen menarik dalam setiap resepi, restoran ini turut menyajikan makanan kegemaran dari Malaysia versi halal – contohnya Lor Bak halal. Menu di sini turut menyenaraikan pelbagai hidangan menarik yang lain termasuk Salmon Assam Laksa dan Lemon Mantis Prawns. Jika anda sudah terliur sekarang, pastikan anda ke sini untuk meraikan deria rasa anda!
Masakan Malaysia Alamat Nex Shopping Mall #B1-76, 23 Serangoon Central, Singapore 556083 Tel (65) 6634 0667 E-mel
[email protected] Waktu perniagaan Isnin - Ahad, 11.00pg - 10.00mlm *Juga terdapat di... Departure/Check-In Hall Level 3, #036-087-01, Singapore 819643 Tel (65) 6546 7793 Isnin - Ahad, 10.30pg - 10.00mlm Century Square Shopping Mall #04-12, 2 Tampines Central 5, Singapore 529509 Tel (65) 6789 8180 Isnin - Ahad, 11.00pg - 10.00mlm Jem Shopping Mall #04-27, 50 Jurong Gateway Road, Singapore 608549 Tel (65) 6734 8006 Isnin - Ahad, 11.00pg - 10.00mlm Laman web www.gdgroup.com.sg/penang-culture Harga purata
Ke mana harus anda pergi untuk menikmati hidangan steak yang bukan sahaja lazat malahan murah pula harganya? Tentu sekali di Le Steak by Chef Amri! Chef Amri ingin memastikan bahawa makanan yang dihidangkan adalah yang terbaik namun harganya sesuai untuk pelanggan berkeluarga. Menu di sini termasuk Ayam Bakar, Ikan Bakar, Aglio Olio dan tentu sekali Stik, dan didatangkan dengan dua hidangan sampingan, jadi ia pasti mengenyangkan. Setiap Jumaat dan hujung minggu pula disajikan tiram segar pada harga SGD22 sahaja untuk hidangan setengah dozen. Hidangan pencuci mulut di sini juga amat menarik dengan menu seperti Lemon Curd Tart, Belgium Waffles dengan aiskrim dan Crème Brûlèe!
Masakan Barat Alamat 248 Jalan Kayu, Singapore 799472 Tel (65) 6556 3588 E-mel
[email protected] Waktu perniagaan Isnin - Jumaat, 3.00ptg - 11.00mlm, Sabtu - Ahad, 12.00tgh hari -11.00mlm *Juga terdapat di... 19/21 Mackenzie Road, Singapore 228678 Tel (65) 6238 0609 Isnin - Khamis, 12.00tgh hari 2.30ptg, 5.30ptg - 11.00mlm Jumaat, 3.00ptg - 11.00mlm Sabtu - Ahad, 12.00tgh hari 11.00mlm Laman web www.facebook.com/Le-Steak-byChef-Amri-Official-184157878343169 Harga purata
East Coast Changi
MRT
Walaupun kawasan East Coast Singapura ini kebanyakannya merupakan kawasan perumahan, namun ia tetap menjanjikan pengalaman bersantai di persisiran pantai yang putih sambil menikmati makanan yang enak-enak belaka. Tuju ke Pasir Ris Park untuk berseronok bersama keluarga, di mana terdapatnya aktiviti-aktiviti seperti permainan pantai, menunggang kuda padi, berbasikal dan bermain kasut roda.
9 RIS D
RIV E 3
8
TPE
PIN E S AVE
TA M
KP E
CHANGI AIRPORT SINGAPORE
M EI AV E
E3
3
S
PIE
2
4
E
MRT
N JL
5
PPE EW U
L STIL
7
1
D ROA
KPE
ARK
ST P
OA ST C
EA
T RD
COAS
EAST
H AVE
SOUT
C
IN
MRT
RD
E
XIL
RD
K
SIMS AVE I RD HANG
N
K BEDO
6
NGI R CHA
DO BE
Jom Pergi!
PIE 1 Tang Tea House 2 Badoque Café 3 Spize 4 Hei Sushi 5 Kampong Chai Chee Restaurant SIMS AVE 6 Home of Seafood 7 Penny University G RD EYLAN 8 Olivye Café . Gelato G 9 Rasa-Rasa @ Changi Village
MASJID AL-TAQWA
1
O UN
R
PHE
E
PI
SI
G AV
TLE Y RDmerupakan Kawasan East Coast ini juga tumpuan bagi beberapa hidangan makanan Singapura yang popular, termasuk Laksa Katong, Roti Prata dan Ketam Sambal. Anda juga boleh menjamah makanan Singapura yang unik di Changi Village Food Centre, E di mana terdapatnya sajian-sajian hebat KP RD menanti anda. N O S
MAC
E AV
MRT
GAN
BAR
G AN
Y
LO
HOU
Di pusat komuniti kaum Melayu di Singapura, Geylang Serai merupakan salah satu penempatan Melayu tertua di negara ini. Jika berkunjung ke sini di bulan Ramadhan, anda dapat menyaksikan hiasan lampu yang cantik dan menarik di waktu malam.
PA SIR
U
T RD
OAS
ST C
EA PPER
AST
E
CO AST
K
PAR
AV
E
Tang Tea House Biasanya perkataan “halal” dan “dim sum” tidak mungkin dapat digabungkan bersama, namun di Tang Tea House anda akan menjumpai rangkaian dim sum yang lazat dan pelbagai. Dari roti berisi telur masin yang enak ke menu wajib seperti Har Gow (ladu udang) dan Siew Mai (ladu ayam kukus), jika anda sudah lama mengidamkan dim sum, ia pasti dapat memenuhi selera anda. Selain dim sum, anda juga boleh memesan hidangan lain termasuk hidangan nasi dan mi. Antara yang digemari di sini termasuklah Nasi Ayam serta Mihun Goreng Garing, jadi jangan lepaskan peluang untuk mencuba hidanganhidangan ini!
Masakan Cina Alamat 357/359, Bedok Road, Singapore 469545 Tel (65) 6445 9100 E-mel
[email protected] Waktu perniagaan Isnin - Ahad, 11.00pg - 4.00ptg *Juga terdapat di... 242 Jalan Kayu, Singapore 799466 Tel (65) 6483 2298 Isnin - Ahad, 12.00tgh hari - 2.00pg 414 Jurong West St 42, #01-783, Singapore 640414 Tel (65) 6493 2522 Isnin - Ahad, 11.00pg - 11.00mlm 57 Lorong Bekukong, Singapore 499173 Tel (65) 6386 4859 Isnin - Ahad, 12.00tgh hari - 12.00pg Laman web www.tangteahouse.com Harga purata
Badoque Café Di Badoque Café dihidangkan gabungan makanan Amerika, Italy dan Melayu Moden yang amat menarik. Terkenal dengan saiz hidangannya yang agak besar, senarai menu yang ditukar setiap dua tahun, serta minuman mocktail yang kreatif, kafe ini wajib dikunjungi mereka yang mengaku foodie. Mulakan dengan Kepak Bing Bing, kepak ayam pedas disalut campuran cili padi dan rempah ciptaan mereka sendiri untuk merasai kesedapan yang tidak terkata. Dagingnya yang empuk dan lazat pasti akan menghangatkan deria rasa anda! Pencinta daging boleh memenuhi keinginan masing-masing dengan Beef Ribs yang lembut, disajikan dengan kentang dipotong baji, semangkuk salad dan telur mata – hidangan yang pastinya memuaskan dan mengenyangkan. PORK FREE
Spize Masakan Itali, Mediterranean
Mungkin anda berasa lapar di waktu malam namun tidak mahu ke restoran mewah. Jadi anda perlu ke Spize.
Alamat 298 Bedok Road, Bedok Shopping Complex, Singapore 469454 Tel (65) 6446 6928 E-mel
[email protected]
Tiga cawangan Spize di Bedok, River Valley dan Rifle Range Road pasti dapat meredakan kelaparan anda. Terdapat pelbagai pilihan menu di restoran ini, dimana anda boleh memesan pasta Mushroom Linguine sementara teman anda pula boleh memesan Roti John. Ya, pilihan makanan di sini begitu banyak sekali.
Waktu perniagaan Isnin - Ahad, 11.00pg - 11.00mlm Laman web www.facebook.com/ badoquecafeSG
Menghidangkan masakan Asia dan Barat, pastikan anda singgah ke Spize untuk merasai hidangan yang ringkas namun sedap. Dari hidangan nasi ke rojak dan pasta serta prata, pastinya ada sesuatu untuk semua citarasa.
Harga purata
Masakan Tempatan, Barat Alamat 336 Bedok Road, Singapore 469512 Tel (65) 6734 9194 Waktu perniagaan Isnin - Jumaat, 12.00tgh hari - 2.00pg Sabtu - Ahad, 12.00tgh hari - 3.00pg *Juga terdapat di... 409 River Valley Road, Singapore 248307 Tel (65) 6337 7493 Isnin - Jumaat, 12.00tgh hari - 5.00pg Sabtu - Ahad, 12.00tgh hari - 6.00pg 131 Rifle Range Road #03-04, Singapore 588406 Tel (65) 6337 7493 Isnin - Ahad, 8.00pg - 8.00mlm Laman web www.spize.sg Harga purata
Hei Sushi Dengan hidangan yang funky dan menarik seperti Cheesy Beef Neta (yang diilhamkan dari burger keju!), anda pasti teruja setiap kali ke salah satu daripada 5 cawangan Hei Sushi. Menunya mengutamakan keluarga jadi terdapat pelbagai hidangan yang boleh dinikmati golongan dewasa mahupun yang muda termasuk si cilik. Antara menu kebanggaan di sini adalah ramen, semestinya kerana tidah mudah untuk mendapatkan ramen halal yang benar-benar sedap di Kota Singa ini. Semangkuk ramen dengan kudapan lazat seperti Ika Somen Tempura (sotong goreng dengan telur ikan) pasti dapat meredakan perut yang lapar serta membangkitkan selera yang lama mengidamkan rasa sebegini.
Masakan Jepun Alamat Bedok Point, 799 New Upper Changi Road #03-38/39, Singapore 467351 Tel (65) 6441 0760 Waktu perniagaan Isnin - Ahad, 11.30pg - 10.00mlm *Juga terdapat di... 604 Sembawang Road #01-22/23, Singapore 758459 Tel (65) 6481 9081 Isnin - Ahad, 11.30pg - 10.00mlm Market Square @ Downtown East E!Avenue, #02-334 1 Pasir Ris Close, Singapore 519599 Tel (65) 6582 8467 Isnin - Ahad, 11.30pg - 10.00mlm 28 Tai Seng Street #01-02, Singapore 534106 Tel (65) 6382 1494 Isnin - Ahad kecuali Cuti Awam 11.30pg - 9.00mlm West Coast Plaza #01-87, 154 West Coast Road, Singapore 127371 Tel (65) 6775 9822 Isnin - Ahad, 11.30pg - 10.00mlm Laman web www.heisushi.com Harga purata
Kampong Chai Chee Restaurant Pakar makanan laut, Kampong Chai Chee Restaurant menawarkan menu makanan tempatan terbaik. Dari Ketam Lada Hitam ke Udang Nestum, anda pasti dapat memenuhi selera di sini. Antara yang popular termasuk Ketam Berlada iaitu isi ketam lembut dicicah dengan sambal cili pedas, Ayam Lemon yang diperap sos lemon masam-masam manis serta Nasi Ayam. Restoran ini dibuka hingga tengah malam jadi ia sangat sesuai untuk mereka yang mencari kudapan ketika lewat malam. Sementara itu, kerana saiz hidangan yang agak besar, setiap hidangan sesuai untuk dikongsi, terutamanya jika datang berama-ramai.
Masakan Makanan Laut Alamat 303 Changi Road, Singapore 419781 Tel (65) 6841 5005 E-mel
[email protected] Waktu perniagaan Isnin - Ahad, 11.30pg - 12.00tgh mlm Isnin - Ahad (Ramadhan), 2.00ptg - 12.00tgh mlm *Juga terdapat di... Jurong West Central 3, #01-02, Singapore 648346 Tel (65) 6794 5079 / (65) 9452 9510 Isnin - Ahad kecuali Cuti Awam, 11.30pg - 9.30mlm 1 Woodlands Road, #01-034 Junction 10, Singapore 677899 Tel (65) 6767 2432 / (65) 9452 9510 Isnin - Ahad, 11.30pg - 9.30mlm Punggol Settlement, 3 Punggol Point Road #02-02, Singapore 828694 Tel (65) 6385 8005 / (65) 9452 9510 Isnin - Ahad, 1.00ptg - 9.30mlm 33 Sembawang Road, Singapore 779084 Tel (65) 6452 9455 / (65) 94529510 Isnin - Ahad, 11.30pg - 9.30mlm Laman web www.kampongchaichee.com Harga purata
Home of Seafood Kadang-kala, makanan laut yang kita idamkan. Dengan hidangan makanan laut masakan Cina versi halal di sini, selera anda pasti akan dipuaskan di Home of Seafood. Dengan keseimbangan rasa pedas dan rempah yang sempurna, anda mesti cuba Black Pepper Crab mereka yang telah dinobatkan sebagai hidangan ketam berlada terbaik di Singapura! Satu lagi hidangan popular mesti-cuba merupakan Signature Salted Egg Crab – rasa manis isi ketam segar dengan rasa telur masinnya mampu membuat sesiapa sahaja terliur! Jika anda lebih sukakan rasa asli tanpa diganggu apa-apa sos atau sambal, pesan sahaja Ketam Kukus di mana rasanya serta jusnya terperangkap dalam isinya, menunggu masa sahaja untuk memenuhi mulut anda!
Penny University Penny University mengetengahkan dan memberi penghormatan kepada latar kedai kopi di London yang mengujakan. Malahan, pemiliknya sendiri pernah mengumpul pengalaman di Prufrock Coffee di tengah kota raya ini. Jika anda mahukan secangkir kopi dengan rasa yang hebat dipadankan dengan kudapan lazat, terus sahaja ke sini.
Masakan Makanan Laut Alamat 1 Joo Chiat Place, Singapore 420001 Tel (65) 6442 5180 Waktu perniagaan Isnin - Ahad, 11.00pg - 2.00ptg, 5.00ptg - 11.00mlm Laman web www.homeofseafood.com.sg Harga purata
Sajian mesti-cuba di sini adalah hidangan Cattorcio, iaitu filet ikan siakap dimasak dengan sos tomato dan pucuk kaper, buah zaiton hitam, bawang merah dan tomato dipotong dadu. Ia pasti menaikkan selera makan anda! Sebagai penutup sajian, minuman sejuk seperti Iced Red Peppermint Chocolate yang lazat dengan rasa coklat amat sesuai sekali. Ia pilihan terbaik bagi mereka yang mahukan sesuatu yang manis dan menyegarkan. PORK FREE
Masakan Barat Alamat 402 East Coast Rd, Singapore 428997 Tel (65) 6345 9055 Waktu perniagaan Isnin - Khamis, 8.30pg - 6.00ptg Jumaat - Sabtu, 8.30pg - 10.30mlm Ahad, 8.30pg - 7.00mlm Harga purata
Olivye Café . Gelato Jika anda mendambakan masakan Barat, cuba Olivye Café. Gelatonya yang enak mesti dicuba. Sementara itu menu lain termasuklah stik daging, pasta dan kutlet ayam. Apa sahaja yang anda idamkan, kafe ini pasti ada sesuatu yang dapat mengisi perut yang berkeroncong. Salah satu hidangan popular di sini, Rodeo Chicken pasti mengujakan deria dengan rasa pedas dengan daging ayamnya yang lembut. Dihidangkan dengan dua masakan sampingan, anda boleh memilih sama ada mahukan kentang goreng, kentang bakar, kentang potong baji, coleslaw atau salad sayuran.
Masakan Barat
Selain masakan Barat, di sini juga terdapat gelato yang perasanya diilhamkan dari rasa tempatan seperti perasa Durian dan Cempedak. Jika anda lebih gemari rasa klasik, ada perasa Coklat, Hazelnut dan Vanilla Cookies. Bagi yang lebih berani pula boleh mencuba perasa Chili Chocolate dan Mango Lassi!
Rasa-Rasa @ Changi Village Dari dim sum halal ke masakan Barat yang lazat serta makanan laut segar ke masakan India, Rasa-Rasa @ Changi Village mempertaruhkan pelbagai rasa dalam menunya. Di samping kepelbagaian makanan yang ditawarkan untuk meredakan kelaparan anda, di sini juga disediakan ruang solat buat pelanggan beragama Islam. Pekerja mereka yang rajin dengan perkhidmatan yang cepat serta harga yang berpatutan menjadikan restoran ini lebih berbaloi untuk dikunjungi. Jadi jika anda berada di kawasan berdekatan pastikan anda tidak ketinggalan untuk berkunjung ke tempat ini.
Masakan Asian, Barat Alamat 5 Changi Village Road #01-2039, Singapore 50005 Tel (65) 6651 4076
Alamat Blk 5 Changi Village Road #01-2009, Singapore 500005 Tel (65) 6543 9518 E-mel
[email protected]
Waktu perniagaan Isnin - Ahad, 11.00pg - 4.00pg
Waktu perniagaan Isnin - Ahad, 11.30pg - 10.00mlm
Harga purata
Laman web www.olivye.com Harga purata
Laman web www.facebook.com/starasachangi