TERMA DAN SYARAT KEMPEN BAWA PULANG HADIAH LUMAYAN TAHUN BARU 2016 1.
Affin Bank Berhad memperkenalkan KEMPEN BAWA PULANG HADIAH LUMAYAN TAHUN BARU 2016 yang menawarkan hadiah barangan kepada pelanggan yang layak mengikut terma dan syarat yang dinyatakan dalam dokumen ini.
2.
Tempoh Promosi ini bermula dari Oktober 2015 dan berakhir pada 28 Februari 2016. Apa-apa pelanjutan selepas itu akan ditetapkan mengikut budi bicara tunggal AFFINBANK.
3.
Kempen ini terbuka kepada semua pelanggan baharu dan sedia ada, termasuk pekerja AFFIN BANK dan AFFIN ISLAMIC. Walau bagaimanapun, tidak akan ada apa-apa kadar keutamaan yang diberikan kepada pekerja AFFINBANK dan AFFIN ISLAMIC.
4.
Sumber dana yang diletakkan di bawah Kempen ini hendaklah bukan sumber daripada Akaun Deposit Konvensional atau Islam sedia ada yang lain dengan Kumpulan AFFINBANK.
5.
Promosi ini terpakai untuk Dana Baharu sahaja. Dana Baharu ditakrifkan sebagai:a. Tunai, GIRO antara Bank, dana baharu yang diterima melalui pemindahan bertelegraf daripada bank lain, cek tempatan atau cek jurubank yang dikeluarkan oleh bank lain dalam tempoh satu minggu dari tarikh deposit; b. Hasil yang diperoleh daripada penebusan ekuiti dan dana amanah saham yang didepositkan semula ke dalam mana-mana CASA.
6.
Perkara yang berikut tidak dianggap sebagai “Dana Baharu”: a. Pemindahan dana intrabank, contohnya pemindahan dana daripada akaun ABB/AIBB (sama ada simpanan, semasa, deposit tetap, Pelaburan Am dan/atau Deposit Bertempoh-i) di bawah nama akaun yang sama; b. Pemindahan antara cawangan dalam ABB/AIBB di bawah nama akaun yang sama.
7.
Akaun Semasa dan Akaun Simpanan yang layak di bawah kempen ini adalah seperti berikut: a. Simpanan Asas b. Simpanan Biasa (berdasarkan Buku Akaun) c. Simpanan Penyata d. Affin Plus e. Affin Gold (berdasarkan Buku Akaun dan Penyata) f. Akaun Semasa Asas g. Akaun Semasa Individu
Hak Cipta 2014 Affin Bank Berhad (25046-T)
8.
Akaun mesti mempunyai deposit tambahan bersamaan dengan jumlah hadiah yang diminta akan ditanda aras dengan asas pada bulan September 2015.
9.
Dengan menyertai Kempen ini, Peserta yang Layak:a. bersetuju dan membenarkan maklumat berkaitan Akaun Semasa dan Akaun Simpanan mereka diproses, dikumpul, digunakan dan disimpan oleh AFFINBANK bagi tujuan Kempen ini; b. bersetuju bahawa terma dan syarat sedia ada yang mengawal semua Akaun Deposit hendaklah terus terpakai; c. akan dianggap telah membaca, memahami dan dengan ini bersetuju dengan nyata untuk terikat dengan terma dan syarat yang dinyatakan dalam dokumen ini dan bersetuju bahawa keputusan AFFINBANK adalah muktamad, mengikat dan tidak boleh dipertikaikan. Rayuan, surat-menyurat, pertanyaan atau bantahan tidak akan dilayan; dan d. bersetuju dan membenarkan AFFINBANK menggunakan nombor telefon mereka yang didaftar bagi tujuan pemasaran dalam AFFINBANK dan tidak akan dikongsi dengan pihak ketiga.
10.
Bagi menyertai Kempen ini, Peserta yang Layak mesti mendepositkan amaun deposit tunggal dalam mana-mana Produk yang Layak untuk layak menerima satu (1) barangan hadiah seperti yang dinyatakan dalam jadual di bawah:Amaun Deposit Tunggal bagi
Jenis Hadiah
setiap Produk yang
Tempoh Peruntukan
Layak Golden Art Wall Frame - Nine Carp Fish
60,000
4 bulan
Golden Art Wall Frame - Bravery Dragon
55,000
4 bulan
Golden Art Wall Frame - Elegant Orchid
50,000
4 bulan
Penggoreng Udara Elektrik
45,000
4 bulan
Pembersih Air
40,000
4 bulan
Kamera & Kad Ingatan
35,000
4 bulan
Sepasang Jam Tangan
30,000
4 bulan
Pemproses Makanan
20,000
4 bulan
Hak Cipta 2014 Affin Bank Berhad (25046-T)
11.
Alat Tekanan Darah Digital
15,000
4 bulan
Vakum Berpemegang
10,000
4 bulan
Acuan Kuih Wafel
10,000
4 bulan
Pembancuh Kopi
7,000
4 bulan
Pembakar Roti
6,000
4 bulan
Almari Pelbagai Fungsi
6,000
4 bulan
Jika amaun peruntukan bagi Produk yang Layak dibatalkan, ditarik balik atau dikeluarkan kurang dari tempoh peruntukan yang ditetapkan bagi apa-apa alasan sekalipun, AFFINBANK mempunyai hak mutlak untuk mengenakan penalti berikut daripada Akaun Semasa dan Akaun Simpanan Peserta yang Layak.
Hadiah
Penalti/ Harga Asal (RM)
Golden Art Wall Frame - Nine Carp Fish
745
Golden Art Wall Frame - Bravery Dragon
570
Golden Art Wall Frame - Elegant Orchid
545
Penggoreng Udara Elektrik
482
Pembersih Air
430
Kamera & Kad Ingatan
345
Sepasang Jam Tangan
280
Pemproses Makanan
205
Alat Tekanan Darah Digital
150
Vakum Berpemegang
128
Acuan Kuih Wafel
104
Pembancuh Kopi
92
Hak Cipta 2014 Affin Bank Berhad (25046-T)
12.
Pembakar Roti
85
Almari Pelbagai Fungsi
77
Peserta yang Layak (mengikut asas CIF) dibenarkan menerima maksimum 5 hadiah sahaja selagi mereka memenuhi kriteria kelayakan untuk setiap Hadiah.
HADIAH 13.
Peserta yang Layak (termasuk semua pemegang akaun bersama yang lain, jika Akaun Bersama) perlu menandatangani Surat Peruntukan/Tanggung Rugi untuk menyertai Kempen ini dan layak memenangi Hadiah.
14.
Setelah memenuhi syarat yang dinyatakan di atas, Peserta yang Layak berhak memenangi Hadiah.
15.
Hadiah ini terdiri daripada produk/barangan seperti yang ditetapkan dalam Fasal 9.
16.
Hadiah akan diberikan berdasarkan asas siapa cepat dia dapat, tertakluk pada ketersediaan hadiah.
17.
Hadiah tidak boleh dipindah milik, dirunding dan ditukar dengan tunai, kredit atau barangan, sebahagiannya atau keseluruhannya. Hadiah di bawah Kempen ini tidak termasuk apa-apa aksesori atau barangan yang ditunjukkan dalam mana-mana iklan dan/atau bahan promosi kerana ia hanyalah bagi tujuan ilustrasi.
18.
AFFINBANK berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, menukar apa-apa Hadiah, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, dengan hadiah yang mempunyai nilai yang setara pada bila-bila masa dan/atau menambah atau mengurangkan jumlah Hadiah.
19.
Peserta yang Layak hendaklah bertanggungjawab untuk membayar apa-apa cukai, kos sampingan dan/atau caj lain berkaitan dengan mana-mana Hadiah. AFFINBANK tidak bertanggungjawab untuk apa-apa cukai, kos sampingan, caj dan/atau ganti rugi yang disebabkan oleh mana-mana Hadiah dan/atau kegagalan penunaian oleh mana-mana ejen/pembekal/pengedarnya.
20.
Peserta yang Layak hanya boleh mengambil Hadiah mereka daripada Cawangan Pemegang Akaun di mana peruntukan deposit dibuat.
21.
Hadiah boleh diambil oleh Peserta yang layak di cawangan tersebut dalam tempoh 6 hingga 12 minggu dari tarikh peruntukan deposit dibuat.
22.
Peserta yang Layak tidak layak untuk promosi atau kempen Akaun Semasa dan Akaun Simpanan yang lain oleh AFFINBANK.
23.
AFFINBANK TIDAK akan bertanggungjawab dalam apa-apa cara sekalipun, untuk apa-apa kejadian yang berlaku akibat apa-apa bencana alam, peperangan, rusuhan, mogok, sekat masuk, tindakan industri, kebakaran, banjir, kemarau, ribut, apa-apa
Hak Cipta 2014 Affin Bank Berhad (25046-T)
jenis kegagalan teknikal atau sistem, campur tangan manusia yang tidak dibenarkan dan kesilapan elektronik atau manusia dalam pengurusan dan pemprosesan Kempen ini. 24.
AFFINBANK tidak akan bertanggungjawab, sama ada secara langsung atau berturutan, untuk apa-apa kerugian dan ganti rugi walau apa pun yang ditanggung oleh Peserta yang Layak disebabkan penyertaan mereka, secara langsung atau tidak langsung, secara keseluruhan atau sebahagiannya, dalam Kempen dan/atau Hadiah ini.
25.
AFFINBANK menafikan apa-apa liabiliti, obligasi atau kewajipan yang berkaitan dengan Hadiah. AFFINBANK tidak membuat pernyataan atau waranti terhadap kualiti, kebolehdagangan atau kesesuaian Hadiah dan tidak akan bertanggungjawab untuk menggantikan apa-apa Hadiah yang hilang, dicuri atau rosak disebabkan kecacatan dalam bahan atau buatan oleh pengilang di bawah waranti atau sebaliknya. Peserta yang Layak perlu berurusan terus dengan pengilang dan/atau pengedar berdaftar untuk maklumat waranti, tuntutan, dan/atau terma dan syarat yang khusus bagi pemasangan, spesifikasi, kegunaan atau pengendalian Hadiah.
26.
Apa-apa risiko kehilangan atau kerosakan Hadiah akan dipindahkan kepada Peserta yang Layak selepas penghantaran Hadiah kepada Peserta yang Layak. AFFINBANK tidak bertanggungjawab dan berkewajipan untuk mengenal pasti atau menggantikan apa-apa Hadiah yang cacat, hilang, rosak atau dicuri.
Am 26.
Terma dan Syarat Am yang terpakai bagi semua akaun deposit/produk/perkhidmatan hendaklah terpakai pada setiap masa.
27.
Kumpulan AFFINBANK berhak, setelah memberikan notis yang munasabah, meminda, menggugurkan dan/atau menambah mana-mana terma dan syarat ini. Pelanggan bersetuju bahawa penyertaan berterusan dalam Kempen ini merupakan penerimaan terhadap terma dan syarat ini (seperti yang diubah suai dan diubah dari semasa ke semasa). Pelanggan bersetuju untuk sentiasa mengakses laman web bagi menyemak terma dan syarat serta memastikan mereka sentiasa mendapat maklumat terkini berhubung apa-apa pertukaran atau perubahan dalam terma dan syarat tersebut.
28.
“Terma dan Syarat” ini, termasuk apa-apa pindaan, pengguguran atau penambahan, akan mengatasi apa-apa peruntukan atau pernyataan yang terkandung dalam mana-mana bahan promosi lain yang mengiklankan Kempen ini.
29.
Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan bersetuju untuk terikat dengan “Terma dan Syarat” yang dinyatakan.
30.
Semua terma dan syarat yang ditetapkan dalam dokumen ini hendaklah dikawal dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia.
Hak Cipta 2014 Affin Bank Berhad (25046-T)
31.
Promosi ini berakhir pada 28 Februari 2016. Walau bagaimanapun, pihak Bank berhak menghentikan promosi setelah mencapai had yang dikehendaki walaupun tarikh promosi masih belum tamat. Apa-apa pelanjutan selepas itu akan ditentukan mengikut budi bicara tunggal AFFIN BANK.
32.
Notis privasi seperti yang terkandung dalam laman web kami www.affinbank.com.my hendaklah terpakai.
Fasal Privasi
Pelanggan hendaklah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Notis Privasi Affin Bank Berhad (“Kumpulan AFFINBANK”) dalam laman webnya serta fasal yang dinyatakan dalam dokumen ini, seperti yang mungkin berkaitan dengan pemprosesan maklumat peribadi. Bagi mengelakkan keraguan, Pelanggan bersetuju bahawa Notis Privasi tersebut hendaklah dianggap sebagai digabungkan melalui rujukan ke dalam Perjanjian ini.
Jika Pelanggan memberikan maklumat peribadi dan/atau kewangan berkaitan pihak ketiga, termasuk maklumat berkaitan waris terdekat dan tanggungan (bagi individu) mereka atau maklumat berkaitan pengarah, pemegang saham, pegawai, penjamin individu dan penyedia jaminan (bagi syarikat), bagi tujuan membuka atau mengendalikan akaun/kemudahan dengan Kumpulan AFFINBANK atau selainnya melanggan produk dan perkhidmatan Kumpulan AFFINBANK, Pelanggan mengesahkan bahawa:
(i)
persetujuan pihak ketiga telah diperoleh dan/atau sebaliknya Pelanggan berhak memberikan maklumat ini kepada Kumpulan AFFINBANK bagi kegunaan Kumpulan AFFINBANK mengikut perjanjian ini;
(ii)
Pelanggan bersetuju memastikan maklumat peribadi dan kewangan pihak ketiga tersebut adalah tepat; dan
(iii) Pelanggan bersetuju memaklumkan Kumpulan AFFINBANK secara bertulis jika berlaku apa-apa perubahan penting pada maklumat peribadi dan kewangan tersebut.
Jika Pelanggan mengarahkan Kumpulan AFFINBANK melaksanakan apa-apa bentuk urus niaga rentas sempadan (termasuk membuat atau menerima pembayaran), maklumat berkaitan urus niaga rentas sempadan tersebut (termasuk maklumat berkaitan sesiapa yang terlibat dalam urus niaga tersebut) boleh diterima dari atau dihantar ke luar negara, dan maklumat berkenaan boleh diakses (sama ada secara langsung atau tidak langsung) oleh pengawal selia dan pihak berkuasa luar negara yang berkaitan dengan tugas mereka yang sah (contohnya, pencegahan
Hak Cipta 2014 Affin Bank Berhad (25046-T)
jenayah). Semasa mengarahkan Kumpulan AFFINBANK dan/atau ejennya membuat apa-apa urus niaga rentas sempadan bagi pihak Pelanggan, Pelanggan bersetuju dengan pendedahan maklumat yang dinyatakan di atas bagi pihaknya dan pihak lain yang terlibat dalam urus niaga rentas sempadan tersebut.
Selain itu, tertakluk sentiasa pada mana-mana undang-undang (termasuk peraturan, garis panduan dan/atau obligasi) yang terpakai kepada Kumpulan AFFINBANK (sama ada di dalam atau di luar Malaysia), Pelanggan bersetuju bahawa Kumpulan AFFINBANK, pedagang dan rakan kongsi strategiknya boleh menghubungi Pelanggan untuk memaklumkan tentang produk, perkhidmatan serta tawaran yang mungkin menarik minat Pelanggan atau memberikan manfaat kewangan kepada Pelanggan.
Kumpulan AFFINBANK boleh berkomunikasi melalui pelbagai saluran, termasuk telefon, komputer atau surat dengan menggunakan maklumat perhubungan yang diberikan oleh Pelanggan.
Walau bagaimanapun, Pelanggan boleh menghubungi Kumpulan AFFINBANK pada bila-bila masa jika mereka tidak lagi berhasrat untuk menerima komunikasi pemasaran daripada Kumpulan AFFINBANK, ahli lain Kumpulan AFFINBANK dan/atau pedagang serta rakan kongsi strategik kami dengan mengunjungi mana-mana cawangannya.
Pelanggan mengakui bahawa komunikasi tertentu seperti penyata akaun dan laman web Kumpulan AFFINBANK mengandungi maklumat standard berhubung produk dan perkhidmatan lain yang tidak boleh dihapuskan tanpa menjejaskan penyampaian/penyediaan perkhidmatan dan/atau produk Kumpulan AFFINBANK, pengendalian akaun dan/atau kemudahan Pelanggan dengan Kumpulan AFFINBANK, dan/atau kos tambahan kepada Pelanggan.
Kumpulan AFFINBANK boleh menggunakan agensi rujukan kredit bagi membantu Kumpulan membuat keputusan, sebagai contoh, apabila terdapat keperluan untuk: iv)
menyemak maklumat permohonan kredit dan berkaitan kredit atau kemudahan lain;
v)
menguruskan akaun atau kemudahan kredit dan berkaitan kredit, termasuk menjalankan semakan portfolio Pelanggan; dan/atau mendapatkan semula hutang.
Pelanggan akan dihubungkan oleh agensi rujukan kredit kepada mana-mana nama lain yang digunakan atau telah digunakan serta mana-mana pemohon bersama dan berasingan.
Hak Cipta 2014 Affin Bank Berhad (25046-T)
Kumpulan AFFINBANK juga boleh berkongsi maklumat tentang Pelanggan dan cara Pelanggan menguruskan akaun/kemudahan dengan agensi penarafan atau agensi rujukan kredit yang berkenaan. Kumpulan AFFINBANK dengan ini berhak meminda fasal ini dari semasa ke semasa mengikut budi bicara tunggalnya dan akan memaklumkan kepada Pelanggan terlebih dahulu secara bertulis dan memasukkan apa-apa pindaan yang berkenaan ke dalam laman webnya dan/atau meletakkan notis di dewan perbankan atau lokasi utama di cawangannya.
Fasal ini tidak akan menjejaskan apa-apa fasal lain dalam Terma dan Syarat ini atau dalam keperluan kawal selia BNM yang berkaitan dengan pendedahan maklumat.
Layak untuk perlindungan PIDM
Hak Cipta 2014 Affin Bank Berhad (25046-T)