KELUARAN NO. 4, 2011
Sokongan padu BSP dalam Latihan Tumpahan Minyak Kebangsaan
Sebuah publikasi Syarikat Brunei Shell Petroleum Sdn Bhd
Dari Meja Pengarah Urusan BSP
MAKLUMAT LANJUT Sekiranya awda ingin mendapatkan maklumat lanjut, memberi sebarang komen atau menyumbang artikel, hantar e-mel yang mengandungi nama awda, alamat, nama syarikat serta jawatan awda kepada: editorial@ shell.com Untuk membaca lebih banyak bahan berita, sila kunjungi https://www.bsp.com.bn/main/ mediacentre/media_centre.asp LANGGANAN Bagi mengubah atau membatalkan langganan ini, sila hantar e-mel kepada editorial@shell. com dengan menyatakan nama, jawatan, syarikat/ organisasi dan alamat awda DITERBITKAN OLEH Jabatan Hal Ehwal Luar Korporat Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd Jalan Utara Panaga Seria KB3534 Brunei Darussalam PENYUNTING EKSEKUTIF Justin Jaapar M K Anwar TATA SUSUN DAN REKABENTUK Hajah Fauziah Jahis FOTOGRAFI Nanyang Photo Trading PENCETAK Wing On Printing Sdn Bhd SINGKATAN BSP – Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd BLNG – Brunei LNG Sdn Bhd BSM – Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd BST – Brunei Shell Tankers Sdn Bhd
Rakan Sejawat Sekelian, Kini kita semakin hampir kepada titik pertengahan tahun dan saya dapat merasakan daya tenaga yang mengkagumkan di keseluruhan organisasi yang tertumpu kepada usaha memastikan projek-projek, pengeluaran serta sasaran-sasaran perniagaan kita dihasilkan dengan selamat. Izinkan saya berkongsi beberapa perkembangan yang berlaku pada bulan yang lalu. Satu lagi perkembangan terpenting baru-baru ini adalah kolaborasi di antara kita dengan Pelan Kontingensi Tumpahan Minyak Kebangsaan, di dalam satu latihan besarbesaran berlatarbelakangkan tumpahan minyak di luar pantai, yang akhirnya dibawa arus ke Pantai Tungku selepas tiga hari. Lebih dari 700 peserta yang mewakili pihakpihak berkuasa kerajaan, pakar-pakar dari Singapura dan juga perkhidmatanperkhidmatan kecemasan seluruh Brunei telah terlibat di dalam latihan tersebut. Saya amat berbangga sekali dengan semua orang dari BSP yang telah mempamerkan nilai perancangan dan persediaan secara berkumpulan. Usaha serta daya untuk memikirkan tentang akibat-akibat ke atas alam sekitar ekoran sesuatu tumpahan minyak, menjadi peringatan terbaik tentang bagaimana pentingnya kerja kita di bidang integriti aset, serta keselamatan proses di kemudahan-kemudahan dan rig-rig kita, kerana mencegah adalah sentiasa lebih baik daripada mengubati. Kita juga telah menganjurkan sebuah bengkel Strategi selama dua hari, di mana 400 wakil awda sekelian telah mengambil bahagian untuk membentuk kumpulankumpulan yang mengolahkan pilihan-pilihan strategik sehingga satu tahap yang terperinci. Ini telah dilakukan untuk membolehkan kita membuat pilihan serta mengambil keputusan yang berhemah bagi strategi (keseluruhan) kita. Pek-pek komunikasi telah diedarkan ke seluruh organisasi dan saya tahu yang awda semua sedang bekerja keras untuk menyampaikan mesej-mesej dari bengkel ini kepada semua ahli-ahli kumpulan awda yang lain. Sila teruskan perbincangan tentang bagaimana kita dapat bekerja dengan lebih baik bersama-sama dan juga renungkanlah tentang bagaimana ‘Cara Kita’ dapat mencapai visi ‘Tenaga Untuk Sepanjang Zaman… Menjana Masa Depan Brunei‘. Di dalam hal ehwal berkaitan kemasyarakatan pula, kita telah menaja pertandingan sains kebangsaan yang berprestij, iaitu Anugerah Saintis Muda Alam Semulajadi Puteri Rashidah atau PRYNSA yang ke-13, di mana saya telah berpeluang berbual dengan ahli-ahli pasukan dari sekolah-sekolah yang mengambil bahagian. Kita juga telah menyaksikan penyempurnaan latihan wakil-wakil vendor yang telah menyertai kitaran kedua Inisiatif Skim Bimbingan, dengan lima syarikat menerima pentarafan 5-bintang kerana telah mempamerkan kebolehan, kelayakan serta daya saing. Acara tahunan syarikat yang dinanti-nanti iaitu ‘Wheels and Heels’ telah hampir tiba. Saya menunggukan pertemuan kita di sana nanti. Teruskan usaha untuk mencari jalan bagaimana sumbangan awda bagi kejayaan BSP dapat diperlihatkan kepada umum. Bersama-sama Kita Mampu Mencapai Yang Lebih Lagi. Terima Kasih.
Ken Marnoch Pengarah Urusan BSP
KANDUNGAN
SALAM
KANDUNGAN
5
8
06
MEMPERKUKUHKAN VISI BARU BSP
02 DARI MEJA PENGARAH URUSAN BSP 04 PENGELUARAN MINYAK PERTAMA PROJEK PEMBANJIRAN AIR CHAMPION 05 PELAJAR BRUNEI BERTANDING DI SHELL ECO MARATHON ASIA 08 SEKOLAH SM SARJANA JUARAI PERTANDINGAN PRYNSA 13 12 SYARIKAT BERKAITAN KERAJAAN TERIMA PENERANGAN PROSES KEWANGAN BSP
14 “SHELL PEOPLE SURVEY” KENALPASTI KEPERLUAN MENYELARASKAN ORGANISASI 15 BSP RAIKAN PESERTA CSI 16 BSP PROMOSI BUDAYA MEMBACA 17 MIE DARAT DILANCARKAN 18 JERAYAWARA PENGURUSAN MAKLUMAT DAN SUMBER TENAGA MANUSIA BSM 19 KEJOHANAN BOLING BSM 2011
BERITA BSP
Pemandangan Padang Champion 7
Pengeluaran minyak pertama Projek Pembanjiran Air Champion
S
yarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) telah mencatat kemajuan besar di dalam kempen penghasilan hidrokarbonnya dengan pengumuman pengeluaran minyak pertama daripada projek Pembanjiran Air Champion. Minyak yang dikeluarkan melalui telaga pertama fasa A1 projek Pembanjiran Air Champion ini telah menandakan pencapaian satu detik penting, di samping mempamerkan kerja keras serta dedikasi oleh ramai kakitangan di seluruh syarikat yang membantu mempastikan kejayaan penghasilan ini. Menyentuh tentang detik penting tersebut Ken Marnoch, Pengarah Urusan BSP berkata, “Kejayaan ini adalah satu demonstrasi jelas kerjasama pelbagai pihak di dalam BSP dan juga di kalangan kontraktor-kontraktor kami”. “Faktor penting di dalam kejayaan ini adalah mereka yang telah bekerja sebagai sebuah pasukan dengan berkolaborasi dan berintegrasi menjangkau semua bidang disiplin bagi mencapai sasaran-sasaran dengan selamat”. Projek Pembanjiran Air Champion merupakan projek pembangunan terbesar di dalam potfolio BSP dan akan terus menyumbang jumlah yang besar kepada pengeluaran minyak. Fasa A1 adalah yang pertama di dalam satu siri 5 atau 6 fasa pembangunan yang akan menjangkau tempoh enam tahun yang akan datang. Di bawah fasa ini sebanyak 20 telaga akan digerudi serta disempurnakan pada 2011 dan 2012. Telaga-telaga tersebut akan berfungsi samada sebagai laluan bagi penyuntikan air atau pengerluar minyak. Padang Champion terletak lebih kurang 60km di luar pantai dan telah ditemui pada 1970. Sehingga ini, sebanyak 300 telaga telah digerudi melalui 40 platform luar pantai di padang tersebut. Projek Pembanjiran Air Champion juga penting dari segi peluang-peluang yag disediakannya bagi pembangunan perniagaan tempatan. Ini dapat dilihat melalui kepelbagaian kemahiran dan teknologi yang dibawa masuk oleh para kontraktor tempatan sepanjang pelaksanaan projek ini. Pada masa yang sama, skop keseluruhan projek besar tersebut turut membuka lebih banyak peluang pekerjaan bagi rakyat Brunei dan juga kesempatan untuk mempelajari kemahiran-kemahiran serta pengetahuan yang berkaitan dengan industri minyak dan gas. Kejayaan terbaru ini adalah sebahagian usaha BSP untuk terus membangunkan kempen-kempen hidrokarbon yang ekonomik serta inovatif bagi mengekalkan kesejahteraan dan pembangunan negara.
04 SALAM
Pelajar Brunei bertanding di Shell Eco Marathon Asia
B
runei akan menghantar 3 pasukan bagi menyertai Shell Eco-Marathon Asia (SEM Asia) dengan sokongan Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd serta kerjasama Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian Pendidikan. Acara ini akan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang di Kuala Lumpur, Malaysia, dari 6 sehingga 9 Julai. Shell Eco-marathon adalah satu pertandingan yang mencabar para pelajar untuk merekabentuk, membina dan memandu kenderaan yang mampu dipandu pada jarak yang paling jauh dengan menggunakan jumlah bahanapi yang paling sedikit dan pelepasan karbon dioksida yang paling minima. Pertandingan ini telah diadakan di Eropah semenjak 1985 dan di Amerika Syarikat semenjak 2007. Ia telah diadakan di Asia buat pertama kali pada 2007 bagi menjadikanya satu acara global. Pertandingan ini menggalakkan pelajar-pelajar merekabentuk, membina dan menguji kenderaan-kenderaan jimat tenaga mereka yang akan dihakimi oleh pakar-pakar industri serta jurutera-jurutera Shell. Pasukan-pasukan dari Pusat Latihan Mekanik (PLM) dan Sekolah Vokasional Sultan Bolkiah (SVSB) yang merupakan wakil-wakil pertama Brunei dalam SEM Asia telahpun lulus ujian teknikal dan sudahpun menyiapkan kenderaan-kenderaan masingmasing. Pertandingan ini juga merupakan platform bagi pelajar-pelajar ini untuk bersaing dengan pasukan-pasukan dari seluruh dunia bagi mempromosi pembangunan berdaya tahan serta kesedaran tentang alam sekitar dengan mencipta kenderaan yang inovatif dan menjimatkan tenaga. Pemenang pertandingan ini adalah pasukan yang kenderaannya mampu mencatatkan jarak terjauh dengan hanya menggunakan satu liter bahanapi. Rekod setakat ini adalah jarak sejauh 4,896 km yang bersamaan dengan jarak perjalanan di antara BSB dan Mumbai, India yang telah dicatat mengunakan hidrogen oleh Pasukan Polyjule Polytech Nantes dari Peranchis semasa SEM Eropah pada Mei 2010. Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori, iaitu ‘Prototaip’ dan ‘Konsep Urban’. Kategori Prototaip memberikan penumpuan kepada memaksimakan kecekapan bahan api melalui elemen-elemen rekabentuk inovatif sementara Konsep Urban pula menumpukan usaha mencipta kenderaan-kenderaan di jalanraya yang lebih jimat tenaga. Di bawah kedua-dua kategori ini pasukan-pasukan mengambil bahagian boleh menggunakan sebarang sumber tenaga yang ada termasuk disel dan petrol, selain daripada bahanapi alternatif seperti hidrogen, bahan-bahan bio dan tenaga solar. Pasukan PLM yang menyertai Kategori Prototaip telah merekabentuk sebuah kenderaan yang menggunakan enjin motorsikal bersaiz 50cc. Dua pasukan dari SVSB akan mengambil bahagian di dalam kedua-dua kategori dan telahpun merekabentuk serta membina dua buah kereta – sebuah daripadanya
Kenderaan unik yang direka oleh pelajar dari SVSB
Pemeriksaan keselamatan sebelum ujian masa
menggunakan petrol dan sebuah lagi menggunakan kuasa bateri litium polimer. Setakat ini setiap pasukan telah menghabiskan lebih 100 jam menyediakan rekabentuk serta membina kenderaan masing-masing. Mereka telah menggunakan alat-alat ganti enjin motorsikal serta mengubahsuai alat-alat ganti terpakai bagi membina kenderaan-kenderaan tersebut mengikut spesifikasi terperinci pertandingan. Juruterajurutera BSP sudahpun memberikan nasihat pakar mereka,terutamanyabagiusahamempertingkatkan kecekapan kenderaan-kenderaan ini. Bercakap tentang kemajuan mereka, Hjh Masni Hj Munir, Ketua Hal Ehwal Korporat BSP berkata, “Kami mengkagumi daya tenaga serta komitmen yang ditunjukkan oleh para pelajar ini dan juga guru-guru penyelia mereka, selain daripada Jabatan Pendidikan Teknikal, bagi menghasilkan kenderaan-kenderaan yang terbaik yang akan mewakili Brunei Darussalam. Perjalanan ke Sepang masih jauh lagi. Kami menanti-nantikan ujian prestasi ke atas kenderaan-kenderaan ini sebelum ianya dihantar ke Kuala Lumpur. Kami mendoakan yang terbaik bagi mereka dan berharap mereka akan mengumpul banyak pengalaman serta pembelajaran positif dari acara ini.”
SALAM 05
LIPUTAN UTAMA
Memperkukuhkan visi baru BSP
Wakil-wakil BSP semasa bengkel
P
erjalanan Penselarasan Strategik BSP berterusan dengan tahap momentum yang lebih tinggi semenjak bengkel pertama inisiatif ini pada Mac. Hasil keputusan bengkel pertama tersebut telah dikongsi bersama di seluruh organisasi bagi mendapatkan maklum balas kakitangan tentang visi, nilai-nilai teras dan juga tatacara perilaku yang dicadangkan. Kesemua maklum balas yang diterima telah dinilai bagi menghasilkan pendirian terselaras BSP yang baru bagi menentukan hala tuju ke arah mencapai visi BSP “Tenaga untuk sepanjang zaman... menjana masa hadapan Brunei”. Selain daripada visi, nilai-nilai teras dan tatacara perilaku tersebut, 15 elemen-elemen strategi juga telah dikenalpasti melalui lebih 600 nota-nota ataupun persoalan yang disampaikan oleh para kakitangan.
06 SALAM
15 Elemen-elemen Strategi
Kesemua 15 elemen-elemen ataupun tema ini merupakan asas-asas kepada strategi keseluruhan yang diyakini oleh para pemimpin mampu untuk mendorong syarikat ke arah visi yang dikenalpasti. Elemen-elemen tersebut telah diperincikan lagi semasa bengkel ke-2 ataupun bengkel Pelancaran Strategi yang telah melibatkan 400 orang lebih ramai berbanding dengan bengkel yang sebelumnya. Bengkel Pelancaran Strategi tersebut telah dimulakan dengan merapatkan hubungan semua peserta melalui sesi berkongsi visi “Tenaga untuk sepanjang zaman... menjana masa hadapan Brunei”. Kumpulan-kumpulan telah dibentuk semasa bengkel dijalankan, dengan setiap satunya difokuskan ke atas setiap elemen mengikut pilihan para peserta. Setiap kumpulan dipandu arah oleh seorang ketua yang juga merupakan pakar di dalam perkara perbincangan dan disokong oleh seorang pemudahcara kumpulan. Ketajaman minda, kesungguhan serta daya tenaga yang mengkagumkan telah terpamer sepanjang sesi dua hari yang amat berhasil ini. Perbincangan telah diteruskan lagi selama dua minggu selepas bengkel dijalankan, di mana setiap kumpulan telah memantapkan lagi pilihan-pilihan kepada strategi yang dikenalpasti (yang merangkumi idea-idea paling ringkas sehinggalah yang paling bernas), dengan penilaian dan analisa jitu yang menggunakan beberapa kayu ukur standard. Bagi mengenalpasti satu strategi keseluruhan bagi BSP, pilihanpilihan yang dibentang telah disusun atur berdasarkan empat strategi yang boleh digunapakai oleh BSP. Ini adalah Pertumbuhan Agresif, Kestabilan, Keberuntungan serta Bergabung dan Membangun, selain kemungkinan strategi yang disesuaikan dalam bentuk lain. Proses ini telah diuruskan oleh satu lagi kumpulan teras yang meneruskan analisa tentang implikasi strategi-strategi tersebut serta keberdayatahanannya. Rumusan-rumusan dari analisa kumpulan ini akan digabungkan di dalam pelan perniagaan syarikat.
Antara pilihan-pilihan strategi yang dikenalpasti
Walaubagaimanapun, terdapat juga elemen-elemen dikenalpasti yang boleh berdiri dengan sendirinya. Sebagai tambahan, untuk menerapkan tingkah-laku yang sepatutnya, pihak Syarikat akan menjalankan kempen kesedaran yang akan dituruti dengan aktivitiaktiviti pengukuhan. Langkah seterusnya dalam perjalanan penselarasan strategik ini termasuklah mengadakan pertemuan dengan para pemegang hak utama bagi menggabungkan maklum balas mereka ke dalam strategistrategi kami, selain daripada mendapatkan pengesahan daripda pihak lembaga pengarah dan seterusnya memulakan perlaksanaan.
SALAM 07
BERITA BSP
Sekolah SM Sarjana juarai pertandingan PRYNSA 13
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Saʼadatul Bolkiah bersama dengan pemenang PRYNSA 13
08 SALAM
J
abatan Perhutanan di bawah Kementerian Perindustrian dan Sumber-sumber Utama adalah merupakan pihak yang telah mewujudkan anugerah Princess Rashidah Young Nature Scientist Award (Anugerah Saintis Muda Alam Semulajadi Puteri Rashidah) atau PRYNSA, yang menggalakkan persaingan di antara sekolah-sekolah bagi tujuan mencetus inspirasi di kalangan pelajar untuk menghasilkan idea-idea yang selaras dengan agenda hijau negara. Pertandingan tersebut yang ditaja bersama oleh Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd telah menyaksikan penyertaan yang meningkat dari kalangan pelajar-pelajar remaja yang mengenengahkan idea-idea kajian serangga sehinggalah tumbuhan, flora dan fauna. Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah Binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Penaung Diraja PRYNSA, telah berkenan berangkat menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang bagi PRYNSA 13 di satu majlis khas. Juga berangkat Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah. Turut hadir di majlis tersebut adalah Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Hj Bakar, Menteri Perindustrian dan Sumber-sumber Utama berserta pegawaipegawai kementerian yang lain dan juga Ken Marnoch, Pengarah Urusan BSP. Pasukan daripada Sekolah Seri Mulia Sarjana (SSMS), terdiri daripada Sheena Wee Xin Yi kapten pasukan, naib kapten Aina Faezah bte Bahrin, Gerard Philip Daymeil, Ishamar Gacayan II, Wajuha Jalal, Zahirul Ghazi bin Jomari, Muhd Zulwaqar bin Hj Mohd Soffian dan Nur Musfirah bte Irfan telah mengumpul markah terbanyak di antara 4 sekolah lain dan telah memenangi anugerah tersebut. Kajian SSMS bertajuk ‘Penyiasatan Kelimpahan, Spesis Serta Peranan Ketam Rebab Di Dalam Ekosistem Bakau Di Brunei Darussalam’.
Kumpulan pemenang yang telah menerima bimbingan 2 orang penyelia ini berjaya membawa pulang $3,000 serta trofi kejohanan, selain trofi-trofi individu yang ditaja oleh BSP, sebuah komputer riba untuk sekolah mereka dan baucar buku yang kedua-duanya ditaja oleh HSBC. Sekolah Menengah Sayyidina Umar Al-Khattab telah muncul sebagai pemenang tempat kedua dengan projek bertajuk ‘Kadar Pereputan: Longgokan Daun Spesis Sama Berbanding Longgokan Daun Spesis Bercampur dan Hubungkaitnya Dengan Kelimpahan Artropod’, sementara tempat ketiga telah dimenangi oleh Chung Hua Middle School, Kuala Belait dengan projek bertajuk ‘Lampirida: Pemeliharaan dan Kesedaran Tentangnya di Brunei Darussalam’. Chung Hwa Middle School, Bandar Sri Begawan dan Chung Ching Middle School telah membawa pulang hadiah saguh hati.
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah mengunjungi pameran
Pengarah Urusan BSP, Ken Marnoch beramah mesra dengan penuntut dan guru dari Sekolah Seri Mulia Sarjana
SALAM 09
LIPUTAN UTAMA
Pelan Kontingensi Tumpahan Minyak Kebangsaan (NOSCOP)
Para peserta menumpukan perhatian kepada tajuk yang diperbincangkan
D
alam satu latihan tumpahan minyak yang terbesar pernah diadakan, Pelan Kontingensi Tumpahan Minyak Kebangsaan (NOSCOP) telah dilaksanakan dengan jayanya oleh pelbagai agensi dan jabatan kerajaan dari 18 sehingga 20 April. Latihan ini telah diakhiri dengan satu operasi besar-besaran yang tertumpu di Pantai Tungku, Jerudong. Lebih 700 orang termasuk 156 kakitangan BSP menyertai latihan ini, yang turut melibatkan mobilisasi 7 kapal, 2 helikopter serta sebuah pesawat Hercules C130 dari agensi-agensi kerajaan, Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd dan Oil Spill Response Limited Singapore sebagai penasihat teknikal. Latihan itu juga telah menyaksikan demonstrasi peralatan pengumpulan dan penyekatan tumpahan minyak serta Boom Perlindungan Pesisiran Pantai dan Luar Pantai BSP. Kapal-kapal marin, bot-bot berkelajuan tinggi (FRC), kenderaan pelbagai trek (ATV), jentera bomba serta kenderaan Pengendalian Bahan Berbahaya (Hazmat) turut dimobilisasi. Sasaran latihan tersebut adalah bagi mempastikan persiapan serta persediaan negara dan pada masa yang sama menguji kemampuan serta keberkesanan NOSCOP untuk mengendalikan insiden tumpahan minyak di sepanjang pantai Brunei. Sesi akhir latihan ini telah disaksikan oleh Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah, Menteri Komunikasi dan Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Turut hadir Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri serta pegawai-pegawai kanan kerajaan dan juga Ken Marnoch, Pengarah Urusan BSP. Menurut Kapt. Chris Newn, Ketua Perkhidmatan Marin BSP (SMR), cabaran bagi latihan ini wujud dalam usaha bagi menggabungkan kesemua agensi-agensi serta jabatan-jabatan pelbagai kementerian dengan berbagai-bagai latarbelakang serta kepakaran di dalam bidang masing-masing, di samping mengatur latihan dan memanfaatkan kemahiran individu-individu untuk bekerjasama di dalam satu tempoh masa yang singkat. Chris berkata kesemua cabaran-cabaran tersebut telah dihadapi serta diselesaikan secara profesional. Sepanjang perjalanan latihan, logistik telah memainkan peranan amat besar terutamanya dalam mempastikan kelancaran operasi-operasi yang diatur. Pengalaman yang dikumpul terbukti tidak ternilai bagi pihak Perkhidmatan Logistik BSP (STL). Othman Baha, Ketua Perkhidmatan Logistik BSP (STL) berkata, “Kami telah menjalin perhubungan dengan kumpulankumpulan logistik di dalam dan juga di luar BSP, terutamanya yang mewakili agensi-agensi kerajaan”. “Kami kini berada dalam posisi yang lebih bagus setelah mengetahui sumber-sumber yang tersedia di dalam dan luar negara bagi menghadapi sesuatu tumpahan minyak yang besar, di daratan dan juga di luar pantai”, tambah beliau. Haji Samuil Mohidin, Pengurus Pemprosesan Hidrokarbon (PM) berkata antara kekuatan-kekuatan BSP semasa latihan
10 SALAM
Demonstrasi peralatan pengumpulan dan penyekatan tumpahan minyak serta Boom Perlindungan Pesisiran Pantai dan Luar Pantai BSP
dijalankan adalah pengalaman serta keupayaan kakitangannya menguruskan tumpahan minyak dan juga tahap tinggi ketersediaan peralatan. BSP telah memainkan peranan penting dalam menjayakan operasi-operasi taktikal dari segi mobilisasi pesawat bagi menyembur bahan penyurai yang juga telah melibatkan mobilisasi kapal-kapal, tenaga petugas dan juga peralatan boom. Beberapa faktor telah diambil kira semasa latihan tumpahan minyak ini dirangka, dengan setiap satunya menguji keupayaan agensi-agensi yang terlibat. Misalnya, Pg Ishak Pg Hj Abas, Penyelaras Tindakbalas Kecemasan BSP (HSE/13) selaku Pengarah Latihan, berkata bahawa jarak di mana tumpahan minyak berlaku telah menguji keupayaan NOSCOP di luar pantai dan juga di udara selain menilai keupayaan dan juga kapasiti komunikasi yang sedia ada. Latihan ini telah membuktikan betapa pentingnya perlu ada sokongan di tahap yang tinggi di dalam menghadapi sesuatu kejadiaan yang seumpamanya. Ianya juga telah mengenalpasti keupayaan mobilisasi penuh NOSCOP di peringkat serantau dan juga tempatan. Latihan ini juga telah menampakkan kekuatan-kekuatan dan juga menutup segala jurang-jurang yang mungkin akan memberi kesan kepada pengendalian insiden-insiden dan juga bencana yang mungkin berlaku di masa hadapan. Pada masa yang sama latihan ini telah menyelaras serta mengaturkan perhubungan operasi serta taktikal di antara semua pihak-pihak di bawah NOSCOP dan BSP bagi bekerjasama sebagai sebuah pasukan yang berkesan.
Aktiviti penyemburan udara dengan bantuan helikopter Tentera Udara Diraja Brunei
Salah satu demonstrasi yang ditunjukkan
CAPTION Sesi latihan yang diadakan di Pantai Tungku, Jerudong
SALAM 11
LIPUTAN UTAMA
Syarikat berkaitan kerajaan terima penerangan proses kewangan BSP
S
ekumpulan kakitangan Kewangan BSP telah diundang oleh Hj Hisham bin Hj Mohd Hanifah Setiausaha Tetap di Kementerian Kewangan, bagi mengendalikan bengkel kewangan selama 2 hari bermula pada 2 Mei 2011 untuk 14 Syarikat Berkaitan Kerajaan (SBK). Undangan tersebut telah diterima oleh Mike Taylor, Pengurus Kewangan BSP, dan BSP telah membentuk satu kumpulan terdiri daripada Khairiah Md. Salleh (BSM-BMF), Widhyawaty Baharuddin (FBA/3), Noradzlianayati Abd Radzak (FBA/2), Alison Lo (FBT/13), Muhammad Alauddin Hanafiah (FBT/15), Sofia Jaafar (FAC/11), Zainee Md-Kassim (FAC/23), Mashazilinah Momin (FAC/5) dan Gavin Singh (FAC/55). Mereka diketuai oleh CJ Lai, Ketua Kewangan Perniagaan Aset sepanjang 2 hari Bengkel Kewangan tersebut.
12 SALAM
CJ Lai menyampaikan taklimat mengenai Proses Kewangan BSP
Mashazilinah Momin mewakili BSP memberikan penerangan mengenai operasi Jabatan Kewangan BSP
Bengkel ini yang diadakan di Kementerian Kewangan telah disusun bagi membolehkan perkongsian amalan terbaik dengan peserta serta penerangan diberi berkenaan proses-proses kewangan BSP bagi mereka memahami bagaimana pihak syarikat mengendalikan kewangan di dalam BSP. Ahli-ahli kumpulan BSP tersebut telah membangunkan sendiri isi kandungan serta kes-kes bagi kajian dalam tempoh masa yang singkat dan semua orang telah memainkan peranan masing-masing bagi menjayakan bengkel tersebut. Pada hari kedua bengkel, Lim Hong Kee, Ketua Kewangan Perniagaan Teknikal/Korporat telah membuat penyampaian berkenaan “Melangkah Ke Hadapan” bagi pihak Kewangan yang telah mendapat sambutan baik daripada para peserta. Secara umum kesemua peserta SBK yang mengambil bahagian berpendapat bahawa mereka boleh membawa pulang sesetengah daripada amalan pembelajaran terbaik yang dibentangkan di dalam bengkel bagi dilaksanakan di dalam syarikat masing-masing. Seorang wakil Tabung Amanah Islam Brunei berkata bahawa beliau kagum melihat pegawai-pegawai muda BSP berkebolehan mengendalikan bengkel tersebut setaraf dengan pakar runding, sementara seorang lagi peserta dari Royal Brunei Technical Services Sdn Bhd menyatakan beliau akan menanti-nantikan bengkel atau seminar di masa hadapan yang dianjurkan oleh BSP. Visi ‘Connected Finance’ atau Kewangan Terhubung yang diungkayahkan oleh Shell Group bukan sahaja disasarkan bagi mendatangkan impak kepada perniagaan tetapi juga kepada dunia luar. Mewujudkan perhubungan yang lebih erat dengan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan adalah langkah positif ke arah usaha ini.
Kakitangan BSP yang terlibat dalam bengkel kewangan yang diadakan selama 2 hari
SALAM 13
BERITA BSP
‘Shell People Survey’ kenalpasti keperluan menyelaraskan organisasi
K
ajian maklum balas ‘Shell People Survey’ telah dijalankan bagi membolehkan semua kakitangan Syarikat-syarikat Usahasama Brunei Shell (BSJV) memberikan pendapat mereka berkenaan beberapa isu yang merangkumi kepimpinan, hala tuju perniagaan, nilai-nilai teras dan tidak kurang juga, berkenaan komunikasi. ‘Shell People Survey’ 2011 kini sedang berlangsung dari 25 Mei sehingga 24 Jun 2011. Matlamat kajian ini adalah bagi menggalakkan dialog berterusan yang membina di antara pemimpin dan kakitangan yang berkaitan dengan isu-isu yang disebutkan di atas, di samping memberi penumpuan kepada perkara-perkara yang perlukan peningkatan. Kajian ini adalah satu kaedah penting yang membolehkan kesemua kakitangan di keseluruhan organisasi memberikan maklum balas masingmasing. Pada tahun lalu, 70% kakitangan BSP telah memberi maklum balas mereka kepada kajian ini. Keputusan-keputusan menunjukkan beberapa perkara berada dalam keadaan yang kukuh, tetapi turut mengenengahkan sejumlah kebimbangan serta isu. Isu Kepimpinan di BSP telah menerima maklum balas positif dengan 76% kakitangan menaruh keyakinan bahawa para pemimpin mereka mudah untuk didampingi. Selain itu para pemimpin memberikan pandangan yang jelas, maklum balas serta pengiktirafan dan kerap kali menggalakkan kakitangan mereka untuk melakukan kerja yang terbaik. Sementara itu, pengungkayahan peluang-peluang peningkatan yang telah dikenalpasti dan menumpukan kepada usaha menambah erat kerjasama di antara jabatan-jabatan di dalam organisasi. Ini dilakukan bagi menjamin supaya keputusan mampu dibuat dengan segera, melalui cara yang dirasakan adil dan mampu menyebarluas serta mewujudkan suatu persekitaran di mana semua orang berpeluang menawarkan pandangan yang berbeza. Ken Marnoch, Pengarah Urusan BSP berkata, “Salah satu perkara yang kami sedari ialah bagi awda untuk merasa berharga, sebagai para kakitangan, awda harus terlebih dahulu merasa bahawa awda memahami visi serta matlamat syarikat. Setelah melihat dengan lebih teliti, kami mendapati bahawa aspek yang penting ini telah terlepas pandang.” “Kami turut menyedari bahawa ramai di antara awda menghadapi kesukaran untuk menyempurnakan kerja di BSP dan ini berpunca daripada ketidakselarasan di antara kita, termasuklah di peringkat tertinggi organisasi. Keadaan ini telah menjadi halangan kepada awda dan menyebabkan kelambatan di semua peringkat.” “Oleh itu kami telah memulakan sebuah program perubahan yang berwawasan tinggi yang kami namakan ‘Perjalanan Penselarasan Strategik’ dan saya berharap bahawa awda telahpun maklum tentang program ini, sudahpun berbincang tentangnya dan kemungkinan besar telahpun mula menyedari beberapa
14 SALAM
perubahan kecil yang sedang berlaku. Saya harap semuanya itu akan membantu menjadikan hidup awda lebih mudah.” “Kami sudahpun mula melihat peluang-peluang strategik yang boleh dimanfaatkan bagi melonjakkan BSP ke arah visi ini. Kami mahu menentukan hala tuju jangkamasa panjang untuk BSP yang akan menjamin kejayaan bagi negara, syarikat kita dan juga bagi awda serta keluraga families. Perjalanan sudahpun bermula lancar dengan ramai di antara awda memberikan sumbangan tenaga. Menjelang penghujung Mei kita akan lebih memahami pilihan-pilihan yang ada, yang akan dianalisa bagi mengenalpasti halatuju terbaik untuk dibentangkan kepada para pemegang hak kita.” “Bermula dari Jun kita akan mula memahami apa yang perlu diubah di dalam jangkamasa terdekat bagi menyelaraskan semua orang ke arah halatuju ini dan mengambil langkah proaktif memikirkan tentang maksud sebenar usaha ini bagi setiap seorang di antara kita. Ini adalah masa-masa yang amat menarik untuk BSP dan komitmen serta daya tenaga kita semua diperlukan untuk menjayakan visi kita. Kumpulan kepimpinan dan saya amat mengharapkan daya usaha serta sokongan berterusan bagi menjadikan usaha ini satu realiti.” “Kami juga telah menjadikan komunikasi dengan awda satu keutamaan penting. Sebagai pemimpin, tiada pilihan bagi kami selain daripada mewujudkan hubungan dengan para warga kerja – mendengar serta membantu awda menyelesaikan permasalahan harian. Kami telah memperkenalkan Ken’s Korner kerana saya mahu awda mempunyai hubungan terus dengan saya dan bagi saya mengetahui apa yang awda fikirkan, supaya saya boleh menjadi sebahagian daripada penyelesaian bagi perkara-perkara yang boleh saya bantu.” Sebagai mengiktiraf keputusan-keputusan kajian, kumpulan kepimpinan BSP turut distruktur semula demi memperkukuhkan keselarasan, kolaborasi dan juga perhubungan dua hala, termasuklah di antara para pemimpin. Sehubungan itu, perubahan telah berlaku di semua peringkat – pada peringkat kebangsaan, kumpulan kepimpinan atasan, kumpulan-kumpulan kepimpinan di seluruh organisasi dan juga rangkaian kepimpinan. Objektif-objektif yang disasarkan adalah untuk mengembangkan kumpulankumpulan yang ada supaya setiap bahagian perniagaan diwakili secara konsisten dan adil, mempamerkan keutamaan lebih yang kita mahukan bagi komunikasidam memfokus semula agenda supaya setiap sesi mesyuarat mempunyai tujuan yang jelas “Kajian ini amat bermakna bagi saya, kumpulan kepimpinan, para pemimpin awda dan, saya tahu, bagi awda juga. Kita komited terhadap perjalanan yang telah kita mulakan dan kita amat gembira melihat kemajuan serta daya tenaga yang dijana di dalam organisasi. Saya tahu bahawa kita ada beberapa isu segera yang harus kita tangani - dan kita akan melakukannya,” kata Ken.
BSP raikan peserta CSi
S
yarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd telah meraikan kelompok kedua peserta Inisiatif Skim Bimbingan (CSi) yang telah menjalani program 8 bulan ini. Sebanyak 13 syarikat telah mendaftar pada asalnya bagi menyertai program CSi ini dan 5 telah muncul di tempat teratas dengan menerima taraf 5–bintang. Sijil taraf 5–bintang yang diberi adalah pada dasarnya satu pengiktiafan bagi kebolehan, kelayakan serta daya saing syarikat-syarikat yang menerimanya. Hadir sebagai tetamu kehormat adalah Yang Mulia Haji Zainal Abidin Bin Haji Mohd Ali, Timbalan Pengarah Urusan BSP. Di dalam ucapan beliau, Haji Zainal menerangkan bahawa program CSi mensasarkan perkongsian amalan-amalan terbaik serta prinsip-prinsip pengurusan asas dengan pemilik-pemilik perniagaan, dalam usaha membantu perniagaan kategori PKS belajar menjadi lebih berdaya tahan bagi jangkamasa panjang. Haji Zainal turut menyentuh tentang peningkatan memberangsangkan bagi Kitaran 2 program ini di mana 10 syarikat telah bertahan bagi melengkapkan pengauditan akhir, dengan 5 syarikat menerima pentarafan 5-bintang secara rasmi. “Bagi kami ini adalah satu demonstrasi hebat dedikasi serta komitmen awda membangunkan perniagaan sendiri dan berurusniaga dengan BSP”, tambah Hj Zainal. Turut hadir di acara tersebut adalah syarikat-syarikat sokongan yang telah membimbing para peserta sepanjang tempoh 8 bulan program tersebut, sebagai sumbangan kepada masyarakat . Syarikat-syarikat tersebut adalah Mashhor Group of Companies, Syarikat Kejuruteraan Sistematik Sdn Bhd/Joffren Omar, Petrokon Utama Sdn Bhd, Baiduri Bank dan SKSWood. Cenderamata penghargaan telah disampaikan kepada syarikat-syarikat tersebut dan juga wakil-wakilnya. Turut hadir di acara tersebut adalah pegawai-pegawai kanan kerajaan dari Pejabat Daerah Belait dan juga BSP. Program CSi adalah salah satu program utama BSP yang disediakan sebagai platform bagi vendor-vendor tempatan mendapatkan kemahiran-kemahiran asas perniagaan, HSE, kewangan dan komersil yang mampu mempertingkatkan lagi kemahiran perniagaan serta pengurusan di kalangan para pemilik syarikat. Pihak BSP kini menyediakan peluang tersebut sebagai sebahagian daripada komitmennya terhadap ekonomi tempatan dan keberdayatahanan jangka masa panjang Brunei.
Para perserta yang mengikuti Inisiatif Skim Bimbingan (CSi) bergambar bersama dengan Haji Zainal Abidin, Timbalan Pengarah Urusan BSP
SALAM 15
BERITA BSP
BSP promosi budaya membaca
Pengarah Urusan BSP, Ken Marnoch menyerahkan buku- buku yang pertama kepada Timbalan Menteri Pendidikan, Dato Seri Setia Awg Hj Yussof Hj Ismail
S
yarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan telah melancarkan Program Membaca Pra-sekolah dan Sekolah Rendah yang bertujuan meningkatkan kesedaran tentang budaya membaca, selain daripada memperkukuhkan lagi tahap celik huruf di kalangan pelajar sekolah. Buku-buku yang pertama bagi program tersebut telah diterima dengan rasminya oleh Dato Seri Setia Awg Hj Yussof Hj Ismail, Timbalan Menteri Pendidikan daripada Ken Marnoch, Pengarah Urusan BSP semasa Persidangan Numerasi Kebangsaan 2011 bagi guru-guru matematik sekolah rendah dan menengah. Pihak BSP telah sekian lama memberi sokongan kepada berbagai-bagai aktiviti pendidikan di Brunei seperti Debat Hijau BSP dan juga Skim Pembelajaran Pelajar Cemerlang BSP (BLESS). Program terbaru ini adalah satu lagi langkah BSP bagi mempertingkatkan potensi para pelajar Brunei, selain menjadi pelengkap kepada Program Pembacaan Fonetik sedia ada di bawah Program Pendidkan Pusat Penemuan Minyak dan Gas (OGDC). Keperluan untuk menggalakkan budaya membaca di kalangan rakyat Brunei adalah amat penting bagi usaha memperkayakan perbendaharaan pengetahuan sejauh mungkin. Tabiat membaca juga akan mencetuskan pemerhatian mendalam di dalam minda pembaca tentang pandangan serta budaya yang berbeza-beza. Sehubungan itu, amatlah penting minat membaca dipupuk di kalangan kanak-kanak apabila mereka mula berjinak-jinak dengan bahan bacaan. Malahan aktiviti-aktiviti mudah seperti belajar membaca melalui kad-kad bantuan pembelajaran dan buku-buku yang ringkas, dapat menyumbang kepada peningkatan kemahiran membaca. Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah pengenalpastian serta penyediaan sumber-sumber yang bersesuaian, penganjuran bengkel-bengkel bagi para guru dan juga Pameran Fonetik. Program Membaca Pra-sekolah dan Sekolah Rendah ini adalah diselaraskan dengan pengenalan sistem pendidikan baru kebangsaan (SPN 21). Program membaca yang mantap adalah suatu program yang direka khas bagi memupuk budaya membaca di kalangan pelajar. Berserta dengan bahan-bahan fonetik baru yang disediakan, pelajar-pelajar mampu mengembangkan kebolehan mereka untuk membaca. Semua aktiviti pendidikan yang dianjur oleh OGDC adalah selari dengan usaha berdedikasi BSP bagi pembangunan komuniti dan menyokong sepenuhnya SPN 21 dan Wawasan 2035, selain mempamerkan komitmen BSP terhadap pembangunan golongan muda di Brunei.
16 SALAM
MIE Darat dilancarkan
Makluman terperinci dalam pengungkayahan MIE
Para anggota Aset Darat mendengar taklimat aliran kerja MIE
S
atu lagi detik penting telah dicatat bagi BSP pada 11 Mei 2011 di dalam pengungkayahan inisiatif Pelaksanaan Penyelenggaraan dan Integriti (Maintenance and Integrity Execution - MIE), apabila Aset Darat berjaya melepasi penilaian tahap Stage Gate 4 bagi kedua-dua aliran kerja Pelaksanaan Penyelenggaraan (ME) dan Jaminan Integriti (IA) di dalam Perjalanan MIE, untuk bergerak seiring dengan aset-aset Barat, Timur dan Pemerosesan Hidrokarbon. Kejayaan ini telah menjadi kenyataan dalam tempoh hanya 6 bulan hasil komitmen serta sokongan kerja berkumpulan daripada semua peringkat di Aset Darat. Inisiatif MIE merupakan salah satu program Peningkatan Perniagaan “Must Win” atau “Harus Menang” yang sedang aktif dilaksanakan di BSP. Program-program ini mampu mempertingkatkan Integriti Aset telagatelaga, kemudahan-kemudahan dan talian paip BSP. Inisiatif MIE mengandungi 2 aliran kerja, iaitu ME (juga dikenali sebagai Persediaan Kerja, Penjadualan serta Pelaksanaan) dan IA. Inisiatif ini memperkukuhkan 2 daripada 28 perkara-perkara di bawah Standard Kecemerlangan Beroperasi, iaitu Perkara 10 (WPSE) dan Perkara 12 (SCE dan Standard Prestasi). Empat tema diutamakan di dalam aktiviti-aktiviti aliran kerja MIE : • • • •
konsisten dan efektif di dalam penggunaan Kaedah Pengutamaan Penyelenggaraan Pemulihan (CMPT) mengadakan mesyuarat yang efektif - “Penyemakan Notifikasi Harian “ (DNR) dan “Semalam, Hari ini, Esok “ (YTT) meningkatkan kesedaran tentang nilai Pemidang Langkah-langkah TR, di samping membangunkan kemahiran-kemahiran analitikal di dalam penggunaannya menyelaraskan amalan-amalan terbaik serta standard-standard WPSE global, selain menerapkan kemahiran-kemahiran yang terhasil melalui perubahan-perubahan peranan WPSE
Sementara kumpulan DARAT meneruskan perjalanan ini, marilah kita menyokong, menggalakkan serta memberi mereka motivasi ke arah status berkelas dunia di dalam kecemerlangan penyelenggaraan. Untuk maklumat lanjut sila kunjungi laman web MIE di bawah “Projects and Initiatives” di laman web utama BSP.
SALAM 17
BERITA BSM
Jerayawara pengurusan maklumat dan sumber tenaga manusia BSM
J
erayawarya 2 hari BSM yang pertama telah diadakan dari 23 sehingga 24 Mei 2011 di tingkat 12 ibu pejabat BSM (bilik mesyuarat Muzakarah, Warisan & Yayasan), dengan tema Pengurusan Maklumat dan Sumber Tenaga Manusia. Acara tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Urusan BSM, Hj Zainal Abidin Mohd Ali. Di dalam ucapan perasmian beliau, Hj Zainal berkata bahawa di dalam persekitaran pasaran semasa, BSJV perlu beroperasi secara berhemah serta efektif kos dengan menggunakan teknologi, terutamanya yang berkaitan dengan ICT bagi membantu memahami serta menggunakan maklumat yang betul untuk mencapai sasaran-sasaran. Beliau turut memperkatakan tentang bagaimana kaedah serta teknologi IT dapat menolong memperelokkan perniagaan, bagaimana untuk memanfaatkan sokongan pakar-pakat IT, serta bagaimana semua orang mampu menyumbang kepada teknologi IT dan persekitaran Hijau. Beliau juga telah memberitahu sekelian kakitangan yang hadir bahawa Manual Dasar & Amalan Sumber Tenaga Manusia (HRPPM) serta platform perbincangan terbuka di antara kakitangan dan petugas HR sudah tersedia, terutamanya bagi mempromosi kumpulan HR sebagai rakan kongsi dalam perniagaan. Sementara itu di dalam ucapan alu-aluan beliau Pg Hj Azman bin Pg Hj Ahmad, Ketua Penghasilan & Sokongan Perkhidmatan IT, telah menerangkan bahawa inisiatif Transformasi Pengurusan Identiti Capaian (IAM) adalah sebahagian daripada program IAM global di seluruh Shell (termasuk syarikat-syarikat usahasama Shell). Beliau menekankan betapa pentingnya kawalan-kawalan pengurusan identity capaian yang telah diaktifkan bagi para kakitangan dan kontraktor-kontraktor yang perlu memasuki rangkaian IT Shell. Kawalan-kawalan tersebut adalah melalui aplikasi-aplikasi yang mampu mengenalpasti pengguna yang diuruskan dengan sewajarnya. Pg Hj Azman turut menyatakan sokongan serta penyelarasan dengan ucapan IM yang telah dijadikan ikrar oleh kumpulan ICT BSM untuk menyediakan IT terbaik di dalam kelasnya bagi membolehkan sasaran serta cita-cita perniagaan dicapai. Jerayawarya tersebut juga telah melibatkan penyertaan Seksyen Sumber Tenaga Manusia dan satu taklimat berkenaan HRPPM telah disampaikan oleh Hj Mohammad Faisal Bin Hj Osman, Pegawai Hal Ehwal Korporat. Satu sesi perkongsian maklumat turut diadakan bagi IRM (Pengurusan Risiko Maklumat) dan Keselamatan Aplikasi (BIA, BID tentang keselamatan data and aplikasi) oleh BSP-IPG/22 & IPG/211 berkenaan amalan terbaik dan bagaimana tededahnya organisasi tanpa penilaian keselamatan yang sepatutnya, terutamanya berkaitan dengan Keselamatan Maklumat. Semua data harus disekat daripada pihak-pihak luar dan disimpan di dalam organisasi dan kekal di dalam sempadan Brunei.
Para kakitangan BSM yang menghadiri jerayawara dua hari tersebut
18 SALAM
Lebih 30 orang peserta menyertai Kejohanan Boling BSM
Kejohanan Boling BSM 2011
L
ebih daripada 30 peserta yang terdiri dari kakitangan Syarikat Pemasaran Brunei Shell (BSM) telah bertanding di dalam Kejohanan Boling BSM 2011 yang diadakan di Utama Bowling Centre sebagai sebahagian daripada aktiviti membina semangat berpasukan BSM. Acara telah dirasmikan oleh Haji Zainal Abidin Haji Md Ali, Pengarah Urusan BSM. Kejohanan tersebut bertujuan mengeratkan lagi perhubungan di kalangan kakitangan selain mempromosi gaya hidup yang aktif dan sihat serta keseimbangan di antara pekerjaan dan kehidupan. Di dalam kategori individu, peserta lelaki yang muncul sebagai johan adalah Rafini Md Yussof dari Jabatan Aviasi BSM, sementara peserta wanita yang menjadi johan adalah Lina Ali dari Jabatan Kewangan BSM. Haji Zainal telah menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang kejohanan semasa acara penutup majlis. Pengarah Urusan BSM menyampaikan hadiah kepada johan kumpulan wanita
SALAM 19
ULANGTAHUN PERKHIDMATAN 35 TAHUN Hj Ibrahim Hj Ismail HLD116 Junaidi Hj Awg Osman RGA1 Hj Kamis Haji Kassim OPS Mohd Amirul Hamdie Abdullah TSW4113 Kok Chung Yau OPC Lim Kuan Kiun POP11 Maz Adanan Abdullah EOP1 Shahrir Shahziar DOP33 Yee Moon Yaw WOP111 30 TAHUN Chang Yun Lian FAC111 Haji Mohammad Haji Haris SAV12 Nyambong Anak Alap WOP127 Tang Yuh Ling SCO50 25 TAHUN Hatikah Hj Abdullah SCM3223 Franciscus Johannes Hermsen EPE41 20 TAHUN Abang Abdul Aziz Hj Morsidi SAV24 Asiah Hj Mohd Jali HML24 Betty Liman FBT31 Dayang Latifah Haji Sulaiman XGE10 Hjh Mahani Hj Dagang BMH3
Norzulayana Hj Md Daud SCO11 Zaleha Mohd Salleh EEN4 15 TAHUN Hjh Sofia Mohd Ja’Afar FAC11 10 TAHUN Asyran Awg Hj Mohd Yakub WOP112 Azariman Sukarman TSW4113 Aziman Haji Ramli TSW413 Ellaspalma Bajau EOP114 Fazillah Zaini EOP114 Khairul Azmi Hj Md Yusof WOP114 Md Shah Innulizam Hj Maiddin DOP111 Haji Mohammad Nizam Haji Abdullah TSW412 Mohammad Rizal Hj Taib TSW413 Mohamad Fajri Tengah POP1111 Mohd Basirun Hj Kamarudin DOP115 Muhd Izzul Iman Abdullah EOP114 Norihramniza Haji Ramlee TTS3 Roziman Abd Halim POP1111 Ruhaifi Amzari Hj Abd Rani EOP112 Md Saiful Waliyuddin Abdullah EOP111 Ralf Schulz DSM11 Hj Awg Suferdy Hj Awg Ladis POP13 Tonya Williams SCO5 Zaharuddin Hj Jamil WOP112 Zulfakry Haji Serudin EOP112
INGIN BANTU KAMI MENJIMATKAN KERTAS DAN JUGA ALAM SEKITAR? Langkah 1 Dapatkan persetujuan rakan-rakan sejawat awda di dalam pejabat/bahagian/jabatan yang sama untuk berkongsi satu naskah Salam dan bukannya mendapatkan naskah masing-masing Langkah 2 Minta setiausaha atau pembantu tadbir pejabat/bahagian/jabatan awda untuk menghantar e-mel kepada
[email protected] bagi memaklumkan kami tentang perubahan ini Tindakan kami Kami akan mengemaskinikan senarai edaran kami yang akan digunakan bermula dengan keluaran Salam yang akan datang
© Syarikat Minyak Brunei Shell Sendirian Berhad (1952), kecuali dinyatakan sebaliknya. Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang atau menyimpan melalui apa juga sistem atau cara (elektronik, reprograpic, rakaman dan sebagainya) keseluruhan atau sebahagian daripada mana-mana mukasurat majalah/terbitan ini sebelum mendapat izin bertulis daripada Syarikat Minyak Brunei Shell Sendirian Berhad.