DASAR LATIHAN INDUSTRI DAN KOMUNITI Universiti Kebangsaan Malaysia (Telah diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Bil. 3/2010 pada 10 Jun 2010)
1.
Pengenalan Latihan industri dan komuniti (LIK) merupakan komponen program pengajian yang memberi pelajar peluang pembelajaran di dunia pekerjaan agar lebih bersedia dengan suasana kerja yang bakal mereka ceburi. Selain daripada itu program LIK adalah untuk memperkasakan kompetensi dan kemahiran pekerjaan pelajar dan seterusnya dapat mempertingkatkan kebolehan pasaran pelajar.
2.
Penyata Dasar Semua pelajar peringkat Sarjana Muda termasuk pelajar antarabangsa di UKM diwajibkan menjalankan LIK bagi satu tempoh yang ditetapkan. Pelajar pascasiswazah pula digalakkan mengikuti latihan industri.
3.
Definisi Latihan Industri dan Komuniti Latihan Industri dan Komuniti merupakan satu program yang menempatkan pelajar untuk menjalankan latihan praktikal, amali, klinikal atau kerja komuniti dalam satu-satu organisasi luar UKM yang dipilih dan diselia dalam jangka masa yang ditetapkan sebelum pelajar dianugerahkan ijazah. Organisasi luar yang dimaksudkan boleh terdiri daripada syarikat-syarikat swasta, badan-badan kerajaan, badan-badan bukan kerajaan (NGO), sekolah-sekolah, hospital termasuk HUKM, komuniti dan lain-lain tempat yang diadili kewajarannya. Penempatan LIK boleh dilaksanakan dalam agensi-agensi UKM yang bersesuaian dengan matlamat LIK sekiranya usaha mencari penempatan LIK di organisasi luar tidak berjaya.
4.
Matlamat Latihan Industri dan Komuniti Matlamat LIK adalah untuk mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar sambil mempraktikkan pengetahuan secara teori kepada amalan serta mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang profesion masing-masing. 1
Latihan Industri dan Komuniti juga bertujuan melahirkan pelajar yang mempunyai kompetensi dan kemahiran generik yang diperlukan oleh majikan di samping mendedahkan kepada pelajar pengalaman keusahawanan.
5.
Objektif Latihan Industri dan Komuniti Objektif utama program LIK adalah untuk: a) memberikan peluang kepada pelajar mengaplikasikan kemahiran akademik dalam alam pekerjaan sebenar;
pengetahuan
dan
b) memberi peluang kepada pelajar belajar dari pengamal dalam bidang masingmasing; c) mempertingkatkan kemahiran generik dan profesional seperti kemahiran interpersonal, bekerja secara berkumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran keusahawanan; d) menghayati nilai etika profesyen masing-masing, e) mempertingkatkan peluang pekerjaan; f)
memberikan pengalaman pembelajaran dalam dunia industri; dan
g) merapatkan jalinan hubungan universiti dengan industri.
6.
Hasil Pembelajaran Latihan Industri dan Komuniti Setelah menyelesaikan LIK, pelajar berupaya: a) mempraktiskan teori dan pengetahuan akademik yang dipelajari di tempat kerja di bawah penyeliaan; b) mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran, sikap dan pengalaman praktikal yang berkaitan dengan bidang pengajian c) berinteraksi, berkomunikasi dan bekerja secara berkumpulan secara berkesan dengan pelbagai pihak; d) memberi pandangan secara kritis, berkeyakinan, inovatif dan mampu menyelesaikan masalah secara profesional; e) mempamerkan etika dan integriti yang tinggi dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan; dan f) menghayati pengurusan organisasi.
7.
Skop Latihan Industri dan Komuniti Setiap fakulti perlu merangka skop latihan berpandukan kepada kurikulum program akademik. Skop tugas hendaklah memberi peluang kepada pelajar untuk 2
mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari serta mendapat pendedahan amalan kerja dalam bidang masing-masing. Sehubungan dengan ini pelajar atau beberapa orang pelajar boleh menjadi pelatih kepada organisasi yang dipilih atau bertindak sebagai perunding kepada syarikatsyarikat kecil dan sederhana. Latihan Industri boleh diberikan jam kredit dengan latihan selama DUA minggu bersamaan dengan satu kredit. Jumlah jam kredit yang boleh diberikan tidak melebihi 12 kredit.
8.
Tempoh Latihan Industri dan Komuniti Tempoh minimum latihan industri dan komuniti adalah 10 minggu secara berterusan atau kumulatif. Pihak fakulti boleh menetapkan tempoh yang lebih panjang bergantung kepada keperluan pihak-pihak berkepentingan tertakluk kepada tempoh maksimum 24 minggu (bersamaan 12 kredit).
9.
Syarat Mendaftar Latihan Industri dan Komuniti Pelajar boleh menjalankan Latihan Industri dan Komuniti seawal-awalnya pada tahun kedua pengajiannya dan tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh fakulti masing-masing.
10.
Insurans Semua pelajar yang mengikuti LIK perlu mendapat perlindungan ansuran termasuk aspek keselamatan lain seperti mendapat vaksin untuk perlindungan semasa menjalankan latihan industri. Kos insurans dan vaksin hendaklah dimasukkan dalam yuran pengajian.
11.
Imbuhan Pihak industri/majikan digalakkan memberi elaun kepada pelajar yang menjalankan program latihan industri dengan organisasi mereka. Selain itu UKM juga perlu berperanan untuk membantu pembiayaan program LIK.
3
12.
Pengecualian Latihan Industri dan Komuniti Pelajar-pelajar yang pernah bekerja dalam bidang yang berkaitan dengan program yang diikuti boleh memohon pengecualian LIK. Kelulusan permohonan tertakluk kepada kriteria fakulti masing-masing.
13.
Penyelarasan Latihan Industri dan Komuniti Semua aktiviti yang berkaitan dengan LIK hendaklah dikelolakan oleh Jawatankuasa Penyelarasan LIK Fakulti yang diketuai oleh Ketua Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat. Aktiviti penyelarasan termasuklah mempelawa organisasi untuk menawarkan tempat Latihan Industri kepada pelajar dan menyediakan jadual kerja pelaksanaan LIK di fakulti. Pejabat Hubungan Industri (PHI) merupakan pusat tanggungjawab (PTJ) di peringkat universiti yang berperanan dalam pemantauan dan penyelarasan latihan industri.
14.
Penempatan Latihan Industri dan Komuniti Pelajar boleh menjalani latihan industri dalam organisasi yang sesuai dengan program pengajian masing-masing dan yang telah disahkan dan mendapat kelulusan daripada fakulti. Sehubungan dengan ini, pelajar-pelajar sangat digalakkan untuk memilih penempatan yang memberikan pengalaman keusahawanan dan inovasi. Pelajar yang ingin menjalankan LIK di luar negara boleh memohon untuk mendapatkan bantuan dari pihak universiti dalam Program Mobiliti Pelajar (Outbound).
15.
Penyeliaan Pelajar akan diselia dan dinilai oleh penyelia organisasi dan juga oleh penyelia universiti. Kedua-dua penyelia akan bertanggungjawab menyelaras, membimbing dan memberi panduan kepada pelajar yang sedang menjalani LIK. Pemberian saguhati kepada penyelia organisasi adalah digalakkan bagi melicinkan lagi penempatan serta pelaksanaan program LIK. Kos penyeliaan samaada penyeliaan pihak organisasi dan penyeliaan universiti perlu diperuntukkan.
4
16.
Tugas dan Tanggungjawab
16.1
Tugas dan Tanggungjawab Pelajar a. Mengesah penerimaan tawaran LIK dengan sesebuah organisasi dalam tempoh yang dipersetujui dan tidak menukar tawaran tersebut dengan organisasi lain b. Melapor diri di organisasi berkenaan dalam minggu pertama LIK. c. Memastikan nama baik UKM terpelihara dengan menunjukkan sikap dan tingkahlaku yang baik. d. Melaporkan aktiviti harian dalam buku log dan mendapat pengesahan penyelia di industri e. Menghantar laporan dan melakukan pembentangan yang diminta dalam tempoh yang dipersetujui
16.2
Tugas dan tanggungjawab Penyelia di Fakulti a. Memastikan pelajar menjalani LIK dalam tempoh yang dipersetujui b. Melawat pelajar di industri bagi tujuan pemantauan sekiranya sumber kewangan mengizinkan c. Memantau dan menilai prestasi pelajar secara keseluruhan d. Menilai kesesuaian tempat latihan di peringkat awal latihan dijalankan e. Mendapatkan maklumbalas dari penyelia pelajar di tempat LIK f. Melapor kepada fakulti sekiranya timbul sebarang masalah dengan pelajar g. Menilai laporan dan pembentangan pelajar untuk tujuan pemarkahan
16.3
Tugas dan tanggungjawab Penyelia di Industri dan Komuniti a. Memberi panduan dan merangka pelan latihan kepada pelajar yang menjalani LIK b. Memberi peluang kepada pelajar untuk menghargai persekitaran tempat kerja yang sebenar c. Memantau dan menilai kemajuan LIK pelajar d. Melapor kepada fakulti sekiranya timbul sebarang masalah dengan pelajar
5
17.
Penilaian Penilaian Latihan Industri dan Komuniti bertujuan mengukur prestasi kerja pelajar dan perkembangan kemahiran generik mereka. Fakulti boleh memilih kaedah penilaian bersesuaian dengan bidang pengajian dan objektif yang hendak dicapai. Antara kaedah penilaian yang digunakan adalah: a. b. c. d. e. f.
Laporan penilaian penyelia organisasi Laporan penilaian penyelia universiti Laporan Latihan Industri oleh pelajar Buku log/kehadiran Pemerhatian di tempat kerja Pembentangan pelajar
Pelajar perlu menyempurnakan semua aspek penilaian yang ditetapkan oleh Fakulti. Syarat utama untuk lulus Latihan Industri adalah pelajar mesti menyempurnakan tempoh Latihan Industri yang ditetapkan oleh Fakulti berkenaan dan menyiapkan laporan dan lain-lain keperluan yang ditetapkan oleh pihak Fakulti sebagai syarat lulus Latihan Industri dan Komuniti. Pelajar akan diberikan gred A hingga E untuk LIK. Fakulti boleh mengambil kira gred ini dalam Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) atau tidak mengambil kira bergantung kepada keperluan pihak-pihak berkepentingan.
18.
Penutup UKM berhak mengubah dasar ini dari masa ke semasa. Dasar ini juga perlu disemak dalam tempoh 5 tahun sekali bagi mengambil kira keperluan semasa dan kehendak pihak-pihak berkepentingan.
Disediakan bersama oleh: Pusat Pembangunan Akademik & Pejabat Hubungan Indusitri.
6