UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA
GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI
i
© Cetakan Pertama, 2013, Edisi 2 Pejabat Jaringan Industri & Masyarakat Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Hakcipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada pihak UTeM.
ii
KANDUNGAN SINGKATAN DAN DEFINISI SENARAI BORANG DAN LAMPIRAN 1.0
PENGENALAN
1
2.0
MATLAMAT 2.1 Pelajar 2.2 Universiti 2.3 Industri
2 2 2 2
3.0
OBJEKTIF PROGRAM LATIHAN INDUSTRI
3
4.0
HASIL PENDEDAHAN LATIHAN INDUSTRI
3
5.0
TANGGUNGJAWAB PIHAK YANG TERBABIT 5.1 Jawatankuasa Latihan Industri Universiti 5.2 Jawatankuasa Latihan Industri Fakulti 5.3 Pelajar Latihan Industri 5.4 Penyelia Akademik 5.5 Penyelia Industri
4 4 5 5 6 7
6.0
PELAKSANAAN 6.1 Pelaksanaan Sebelum LI 6.1.1 Carta Alir Proses Pelaksanaan Sebelum LI 6.2 Pelaksanaan Semasa LI 6.2.1 Program Diploma dan Sarjana Muda Kejuruteraan 10 minggu 6.2.2 Carta Alir Pelaksanaan Semasa LI untuk JKLIF dan PA (Program Diploma dan Sarjana Muda Kejuruteraan 10 minggu) 6.2.3 Pelaksanaan Semasa LI (Program Sarjana Muda di bawah FTMK, FPTT dan FTK 24 minggu) 6.2.4 Carta Alir Pelaksanaan Semasa LI untuk JKLIF dan PA (Program Sarjana Muda di bawah FTMK, FPTT dan FTK 24 minggu) 6.3 Pelaksanaan Selepas Menjalani LI 6.3.1 Carta Alir Proses Pelaksanaan Selepas LI oleh PA dan PLIF
8 8 10 11 11
SYARAT-SYARAT LATIHAN INDUSTRI BAGI PELAJAR 7.1 Sebelum LI 7.1.1 Mencari Tempat LI 7.2 Semasa LI 7.2.1 Melapor Diri di Industri 7.2.2 Disiplin dan Tatatertib 7.2.3Kehadiran dan Cuti
21 21 21 22 22 22 23
7.0
iii
13
14
18
19 20
8.0
7.2.4 Buku Laporan Harian 7.2.5 Kerahsiaan Industri 7.2.6 Tempoh Latihan 7.2.7 Penukaran Tempat Latihan 7.2.8 Penukaran Alamat 7.2.9 Elaun /Kemudahan Semasa Latihan 7.2.10 Insurans/Kemalangan/Kematian 7.3 Selepas LI 7.3.1 Penyerahan Buku Laporan Harian, Laporan LI dan Borang Soal Selidik Pelajar
23 24 24 24 24 24 25 25 25
PENILAIAN 8.1 Tujuan Penilaian 8.2 Kriteria Penilaian PLI 8.2.1 Prestasi Kerja 8.2.2 Hasil Kerja 8.2.3 Sahsiah Pelajar 8.3 Kaedah Penilaian 8.3.1 Program Sarjana Muda di bawah FTMK, FPTT dan FTK (24 minggu) 8.3.2 Program Diploma 8.3.3 Program Sarjana Muda Kejuruteraan (10 minggu)
25 25 26 26 26 26 27 27
iv
28 28
SENARAI BORANG DAN LAMPIRAN
UTeM (ISO)/PP/PK03/F5 (a)
Borang Tawaran Penempatan Pelajar (Ijazah)
UTeM (ISO)/PP/PK03/F5 (b) UTeM (ISO)/PP/PK03/F6
Borang Tawaran Penempatan Pelajar (Diploma)
UTeM (ISO)/PP/PK03/F7
Borang Jawapan daripada Industri (Reply Form)
UTeM (ISO)/PP/PK03/F8
Borang Butiran Pelajar
UTeM (ISO)/PP/PK03/F9
Borang Pengesahan Lapor Diri
UTeM (ISO)/PP/PK03/F10
Borang Perakuan Tamat Latihan Industri
UTeM (ISO)/PP/PK03/F11
Borang Laporan Akhir Program Latihan Industri
Lampiran 1
Panduan Laporan Lawatan Pertama
Lampiran 2
Panduan Laporan Lawatan Kedua
Lampiran 3
Panduan Penilaian daripada Penyelia Industri
Lampiran 4
Panduan Soal Selidik Pelajar selepas Tamat LI
Lampiran 5
Panduan Penulisan Laporan LI
Lampiran 6
Format Kulit Muka Hadapan Laporan
Lampiran 7
Contoh Muka Surat Pertama
Lampiran 8
Contoh Senarai Isi Kandungan
Borang Resume Pelajar
v
SINGKATAN DAN DEFINISI
Industri
Semua tempat Latihan Industri
JKLIF
Jawatankuasa Latihan Industri Fakulti
JKLIU
Jawatankuasa Latihan Industri Universiti
LI
Latihan Industri
Minggu
Minggu LI
PA
Penyelia Akademik
PI
Penyelia Industri
PJIM
Pejabat Jaringan Industri & Masyarakat (PJIM) adalah pusat tanggungjawab selaku urus setia Program LI pelajar
PLI
Pelajar Latihan Industri
PLIF
Penyelaras Latihan Industri Fakulti
Universiti
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
vi
1.0
PENGENALAN
Garis Panduan Latihan Industri ini dihasilkan sebagai rujukan dan panduan kepada Jawatankuasa Latihan Industri Universiti (JKLIU) dan Jawatankuasa Latihan Industri Fakulti (JKLIF). Buku panduan ini menerangkan fungsi dan peranan yang perlu dimainkan oleh semua pihak yang terlibat dengan Latihan Industri (LI), menerangkan skop latihan yang diperlukan dan pelaksanaan kaedah penilaian. Garis panduan ini perlu dibaca bersama:
i)
Peraturan Akademik dan Panduan Sistem Peraturan Akademik bagi Program Sarjana Muda dan Diploma (Penilaian Latihan Industri)
ii)
Polisi Latihan Industri, Polisi Akademik UTeM dan
iii)
Dasar Latihan Industri Institusi Pengajian Tinggi
LI merupakan salah satu syarat pengijazahan dan wajib diikuti oleh semua pelajar sama ada di peringkat Sarjana Muda mahupun Diploma semasa tempoh pengajian di Universiti.
LI ini boleh dijadikan satu landasan bagi para pelajar untuk mendapatkan pengalaman sebenar dengan mengaplikasikan pengetahuan yang telah dipelajari di Universiti dan meningkatkan kemahiran yang diperlukan oleh sesuatu profesion yang bakal diceburi. Jangka masa penempatan di industri ini adalah berbeza mengikut peringkat pengajian pelajar. Jangka masa bagi peringkat Sarjana Muda Kejuruteraan dan Diploma adalah selama 10 minggu manakala Sarjana Muda di bawah Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK), Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan (FPTT) dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) adalah selama 24 minggu.
1
2.0
MATLAMAT
2.1
Pelajar
2.1.1
Pelajar akan mendapat pengalaman baru dalam budaya kerja di industri yang dikenal pasti di samping dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran praktikal yang diperlukan selaras dengan hasrat melahirkan graduan yang cekap, bertanggungjawab, inovatif, kreatif dan bersahsiah murni untuk memenuhi permintaan tenaga kerja di dalam dan luar negara.
2.2.2
Pelajar dapat menjalin hubungan dan membina rangkaian industri bersama kenalan profesional untuk kejayaan kerjaya pada masa hadapan.
2.2
Universiti
2.2.1
Universiti dapat melahirkan ahli profesional yang kompeten selaras dengan misi dan visi Universiti.
2.2.2
Universiti dapat mengenal pasti kehendak industri dalam menambah baik dan mengukuhkan kurikulum pengajaran supaya graduan yang bakal dihasilkan menjadi pilihan utama industri.
2.2.3
Universiti dapat menjalin perkongsian pintar bersama industri untuk kepentingan bersama membangunkan ekonomi negara.
2
2.3
Industri
2.3.1
Bersama-sama Universiti dalam mencapai objektif LI seperti yang telah digariskan.
2.3.2
Bertanggungjawab memberi pendedahan ilmu dan kemahiran teknikal dan insaniah terkini kepada PLI.
2.3.3
Memberi tugas yang bersesuaian dan memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar dipelihara sepanjang tempoh LI.
2.3.4
Industri yang dipilih sebagai tempat LI perlu bersesuaian dengan bidang pengajian pelajar.
3.0
OBJEKTIF PROGRAM LATIHAN INDUSTRI
Latihan Industri UTeM mempunyai objektif seperti berikut: 3.1
memahami tanggungjawab persekitaran pekerjaan yang sebenar
3.2
menerima pendedahan dan memperoleh pengalaman praktikal yang sesuai dengan bidang masing-masing
3.3
mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran akademik dalam persekitaran industri
3.4
menghayati nilai etika profesional
3.5
meningkatkan kemahiran insaniah yang sesuai dengan persekitaran pekerjaan
3.6
menilai kebolehan kerjaya, pengetahuan dan keyakinan diri pelajar dan
3.7
meningkatkan kebolehpasaran pelajar supaya lebih berdaya saing
3
4.0
HASIL PENDEDAHAN LATIHAN INDUSTRI
Setelah menjalani LI pelajar akan dapat: 4.1
menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja dan mengamalkan cara kerja yang efisyen dan beretika
4.2
mempelajari kemahiran dan ilmu teknikal yang relevan dengan bidang pembelajaran pelajar
4.3
mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari, memperolehi kemahiran baru dan peka terhadap teknologi terkini
4.4
mengenal pasti masalah industri dan mencadangkan beberapa langkah penyelesaian
4.5
mempamerkan kemahiran insaniah terutamanya dari segi kemahiran berkomunikasi,
pemikiran
kritis
dan
penyelesaian
masalah,
kerja
berkumpulan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat
5.0
TANGGUNGJAWAB PIHAK YANG TERBABIT
Bagi melaksanakan program LI, pelbagai pihak perlu bekerjasama dengan berkesan dan memahami tanggungjawab masing-masing. Pihak tersebut adalah seperti berikut: i)
Jawatankuasa Latihan Industri Universiti (JKLIU)
ii)
Jawatankuasa Latihan Industri Fakulti (JKLIF)
iii)
Pelajar Latihan Industri (PLI)
iv)
Penyelia Akademik (PA)
v)
Penyelia Industri (PI)
4
5.1
Jawatankuasa Latihan Industri Universiti
Jawatankuasa LI Universiti dipengerusikan oleh Pengarah Pusat Bimbingan Kerjaya dan Kebolehpasaran daripada Pejabat Jaringan Industri dan Masyarakat (PJIM) selaku urus setia dan dianggotai oleh semua Penyelaras LI Fakulti (PLIF).
Fungsi Jawatankuasa LI Universiti adalah : i)
menggubal polisi dan prosedur umum program LI untuk program Sarjana Muda dan Diploma
ii)
menyelaras dan memantau pelaksanaan program LI di peringkat Universiti dan fakulti
iii)
menyedia dan mengemas kini pangkalan data industri yang menawarkan penempatan mengikut bidang pengajian pelajar
iv)
menyediakan garis panduan LI yang umum untuk pelaksanaan yang lebih terperinci di peringkat fakulti
5.2
Jawatankuasa Latihan Industri Fakulti
Jawatankuasa LI Fakulti dipengerusikan oleh Penyelaras LI Fakulti (PLIF). Berikut adalah tanggungjawab Jawatankuasa Latihan Industri Fakulti: i)
merancang, melaksana dan menyelaraskan program LI fakulti seperti penempatan pelajar di industri, menyediakan jadual lawatan, suratmenyurat ke industri dan menyediakan Laporan Pelaksanaan LI;
ii)
menyediakan garis panduan LI yang khusus untuk pelaksanaan yang lebih terperinci di peringkat fakulti
iii)
membina dan menyelaras instrumen penilaian
iv)
mengenal pasti industri yang sesuai dan membantu penempatan pelajar
v)
memilih dan melantik PA yang bersesuaian dengan LI
vi)
memastikan prasyarat LI yang ditetapkan dalam kurikulum dipatuhi dan pelajar yang layak perlu mendaftar mata pelajaran LI sebelum menjalani LI
5
vii)
menerima serta menganalisis maklum balas daripada industri, penyelia dan pelajar
viii)
mengemukakan keputusan
LI pelajar kepada
fakulti
untuk
diperakukan ix)
memberi perhatian terhadap kebajikan pelajar berkaitan dengan LI
x)
memberi taklimat dan juga maklumat terkini kepada pelajar dan juga PA tentang peraturan, perancangan dan perjalanan program LI yang terkini dan perkara-perkara yang berkaitan
5.3
Pelajar Latihan Industri
Berikut adalah tanggungjawab pelajar: i)
mendaftar mata pelajaran LI dan mencari penempatan LI sendiri
ii)
menghadiri setiap taklimat program LI
iii)
melapor diri di industri pada tarikh yang telah ditetapkan oleh fakulti
iv)
mematuhi semua peraturan industri dan Universiti
v)
memberi kerjasama serta melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang ditentukan oleh industri, selagi tidak bercanggah dengan peraturan
Universiti,
undang-undang
umum
dan
hak
asasi
kemanusiaan vi)
mematuhi skop latihan yang ditentukan
vii)
merahsiakan segala maklumat sulit industri
viii)
menghubungi JKLIF dengan segera sekiranya menghadapi sebarang masalah semasa menjalani latihan seperti kemalangan, berlaku eksploitasi, gangguan di tempat kerja, pertukaran alamat tempat latihan dan sebagainya. Universiti boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak industri yang berkenaan sekiranya berlaku perkara-perkara seperti di atas
ix)
membuat catatan aktiviti yang dilaksanakan di dalam buku Laporan Harian, menulis laporan akhir LI dan melaksanakan tugas lain sebagaimana yang diarahkan oleh fakulti
6
x)
sentiasa bersikap positif serta memberi sumbangan mengikut kemampuan pelajar bagi membuktikan yang pelajar adalah aset kepada industri dan menjadi contoh kepada pelajar LI akan datang
xi)
PLI dalam setiap keadaan hendaklah sentiasa menjaga dan memelihara nama baik Universiti
xii)
mencadangkan projek yang sesuai dengan program pengajian untuk dibawa ke fakulti sebagai Projek Sarjana Muda bagi program yang berkaitan
5.4
Penyelia Akademik
Berikut adalah tanggungjawab Penyelia Akademik: i)
menghadiri taklimat penyeliaan LI yang telah ditetapkan oleh JKLIF
ii)
memahami skop dan tanggungjawab PA sebelum, semasa dan selepas menjalani lawatan ke industri yang telah ditetapkan di dalam panduan LI peringkat fakulti
iii)
menyemak segala maklumat berkenaan lawatan yang akan dilaksanakan dan memaklumkan JKLIF sebarang perubahan
iv)
melakukan lawatan ke industri untuk memastikan kesesuaian tempat latihan, memberi bimbingan kepada pelajar, membuat penyeliaan dan penilaian
v)
memberi penjelasan kepada PI dan PLI tentang perincian dan tujuan penyeliaan LI
vi)
memberi panduan kepada pelajar dalam menyediakan perancangan tugasan LI
vii)
memberi penjelasan tentang tatacara penulisan buku Laporan Harian dan penulisan laporan LI kepada PLI
viii)
memastikan pelajar mengikut arahan dan melakukan kerja seperti yang diarahkan
ix)
mengesahkan buku Laporan Harian pelajar semasa lawatan penyeliaan
7
x)
mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menjamin pelajar mendapat
faedah yang maksimum selaras dengan objektif yang
ditetapkan xi)
membantu menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan latihan termasuk akademik, disiplin dan sebagainya
xii)
mengemukakan setiap laporan penyeliaan dan penilaian kepada JKLIF
xiii)
menjaga nama baik Universiti dengan mengamalkan tatacara hubungan yang profesional dan beretika
xiv)
membantu menjalinkan hubungan yang strategik bersama pihak industri dalam semua bidang yang berkaitan yang dipersetujui bersama
5.5
Penyelia Industri
Berikut adalah tanggungjawab Penyelia Industri: i) menyediakan jadual kerja PLI mengikut skop latihan yang bersesuaian dengan program pengajian PLI ii) memberi
sebanyak
mungkin
pendedahan
untuk
mendapatkan
pengalaman praktikal yang sesuai mengikut kemudahan yang ada dan tidak bercanggah dengan undang-undang umum dan hak asasi kemanusiaan serta keselamatan di tempat kerja (Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994 – Akta 514 serta Akta Pekerjaan 1955) iii) menyemak dan mengesahkan buku Laporan Harian pelajar mengikut tempoh yang dipersetujui iv) memberi kerjasama kepada PA dalam segala hal-hal berkaitan LI v) memastikan kebajikan pelajar sentiasa dipelihara seperti menyediakan kemudahan asas dan sebagainya vi) menilai pencapaian pelajar sepanjang latihan dengan memberi markah pada akhir tempoh LI menggunakan borang yang disediakan oleh fakulti vii) menyerahkan markah penilaian pelajar kepada PA
8
6.0
PELAKSANAAN 6.1 Pelaksanaan Sebelum LI Perkara
Tanggungjawab
Catatan/Lampiran
PJIM/PLIF
Borang Tawaran Penempatan LI: •UTeM(ISO)/PP/PK03/F5(a) •UTeM(ISO)/PP/PK03/F5(b)
PLI/JKLIF
Tertakluk kepada syarat-syarat fakulti
1. Persediaan Awal LI i) menghantar Borang Tawaran / Penempatan LI ke industri ii) mengemas kini pangkalan data penempatan 2. Prasyarat LI Memastikan bilangan pelajar yang memenuhi prasyarat fakulti untuk menjalani LI 3. Penyediaan Dokumen i) menyediakan dokumen/fail keperluan yang berkaitan ii) mengedarkan Borang Resume kepada pelajar selepas taklimat LI yang pertama
JKLIF Borang Resume Pelajar: •UTeM(ISO)/PP/PK03/F6 JKLIF
4. Penyediaan Fail Maklumat Pelajar i) memasukkan dan mengemas kini senarai pelajar ke dalam sistem pangkalan data pelajar ii) mencetak salinan dokumen untuk dimasukkan ke dalam Fail Maklumat Pelajar
JKLIF
JKLIF
5. Taklimat Pertama LI Memberi penerangan kepada pelajar mengenai perkara berikut: i) Pelaksanaan LI ii) garis panduan memohon penempatan LI iii) tarikh akhir pencarian penempatan
PLI/JKLIF
6. Penempatan Pelajar: i) mencari penempatan LI ii) penerimaan borang maklum balas dari industri dan disimpan di dalam Fail Maklumat Pelajar
PLI PLIF
9
Mengikut fakulti
Pelajar dimestikan mencari penempatan sendiri melalui borang permohonan penempatan kepada industri dari fakulti: •UTeM(ISO)/PP/PK03/F8
Perkara
Tanggungjawab
7. Penempatan Pelajar selepas Tarikh Akhir Pencarian Penempatan i) mencari penempatan LI ii) penerimaan borang maklum balas dari industri dan disimpan di dalam Fail Maklumat Pelajar 8. Semakan dan Pendaftaran Subjek LI i) menyemak senarai pelajar yang layak menjalani LI ii) mendaftar subjek LI
Catatan/Lampiran
PJIM/JKLIF
JKLIF/PA PLI
9. Taklimat Kedua LI i) peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi ii) panduan menulis buku Laporan Harian iii) panduan menulis laporan LI iv) kriteria penilaian LI
Bergantung kepada pra syarat yang ditetapkan oleh fakulti Minggu ke-12 sebelum semester LI tertakluk kepada Jadual Pendaftaran Mata Pelajaran
JKLIF
Penyerahan Buku Laporan Harian dan surat insurans
JKLIF
Mengedar Surat Pengesahan Lapor Diri yang mengandungi maklumat berikut: i) maklumat pelajar ii) maklumat industri iii) tarikh lapor diri di industri 10. Penerimaan /Penolakan Tawaran Penempatan i) Memaklumkan kepada JKLIF Penerimaan/Penolakan tawaran ii) Menghantar surat rasmi penerimaan/ penolakan tawaran penempatan 11. Mengemas kini maklumat pelajar di dalam pangkalan data berdasarkan tawaran tempat latihan dan membuat cetakan untuk disimpan di dalam Fail Maklumat Pelajar
JKLIF
Borang Pengesahan Lapor Diri: •UTeM(ISO)/PP/PK03/F9
PLI PJIM/JKLIF
JKLIF
10
Sebelum LI bermula
6.1.1 Carta Alir Proses Pelaksanaan Sebelum LI Mula
Pendaftaran pelajar Penyediaan borang Penyediaan Fail Maklumat Pelajar Taklimat pertama LI Penempatan pelajar
Keputusan penempatan Tiada tempat Ada tempat Penyemakan keputusan peperiksaan dan senarai pelajar yang layak menjalani LI LI Taklimat kedua LI Penyerahan Surat Penempatan LI kepada industri terlibat Penyerahan surat Pengenalan Lapor Diri kepada pelajar Pengemaskinian pangkalan data pelajar
Tamat
11
6.2
Pelaksanaan Semasa LI 6.2.1 Program Diploma dan Sarjana Muda Kejuruteraan (10 minggu)
Perkara
Tanggungjawab
Catatan
1. Surat Pengesahan Lapor Diri: i) melengkapkan Borang Pengesahan Lapor Diri dan menghantar ke fakulti
PLI
ii) menerima dan memasukkan Pengesahan Lapor Diri ke dalam Fail Maklumat Pelajar
PLIF
iii) mula membuat catatan di dalam buku Laporan Harian
PLI
2. Perancangan aktiviti lawatan penyeliaan LI seperti berikut: i) mengenal pasti bilangan pelajar dan industri yang terlibat
JKLIF
ii) menentukan bilangan pensyarah dan pengagihan penyeliaan
JKLIF
iii) menentukan tempoh lawatan
JKLIF
3. Persediaan Lawatan LI: i) mengeluarkan surat pelantikan penyeliaan LI kepada PA
Fakulti
ii) taklimat lawatan kepada PA
JKLIF
iii) memaklumkan kepada PA tempoh lawatan penyeliaan LI
JKLIF
iv) menetapkan tarikh lawatan dengan PI dan memaklumkan kepada JKLIF
PA
v) menghantar surat makluman lawatan penyeliaan LI kepada industri
Fakulti/ JKLIF
12
Borang Pengesahan Lapor Diri: •UTeM(ISO)/PP/PK03/ F9
Perkara
Tanggungjawab
Catatan
4. Laporan Lawatan LI: Lampiran 1 i) melengkapkan laporan lawatan dan menyerahkannya kepada JKLIF
PA
ii) memaklumkan kepada JKLIF sebarang masalah untuk dibawa kepada Dekan/TD(A) iii) mengambil tindakan berdasarkan laporan
PA/JKLIF
JKLIF
13
6.2.2
Carta Alir Pelaksanaan Semasa LI Untuk JKLIF dan PA (Program Diploma dan Sarjana Muda Kejuruteraan 10 minggu)
Mula Perancangan aktiviti lawatan penyeliaan LI
Persediaan lawatan penyeliaan LI
Lawatan organisasi
Penghantaran laporan bertulis
Tamat
14
6.2.3 Pelaksanaan Semasa LI (Program Sarjana Muda di bawah FTMK, FPTT dan FTK 24 minggu) Perkara
Tanggungjawab
Catatan
1. Surat Pengesahan Lapor Diri: i) melengkapkan Borang Pengesahan Lapor Diri dan menghantar ke fakulti
PLI
ii) menerima dan memasukkan Pengesahan Lapor Diri ke dalam Fail Maklumat Pelajar
PLIF
iii) mula membuat catatan di dalam buku Laporan Harian
PLI
2. Perancangan aktiviti lawatan pertama penyeliaan LI seperti berikut: i) mengenal pasti bilangan pelajar dan industri yang terlibat
JKLIF
ii) menentukan bilangan pensyarah dan pengagihan penyeliaan
JKLIF
iii) menentukan tempoh lawatan pertama
JKLIF
3. Persediaan Lawatan Pertama LI: i) mengeluarkan surat pelantikan penyeliaan LI kepada PA
Fakulti
ii) taklimat lawatan pertama kepada PA
JKLIF
iii) memaklumkan kepada PA tempoh lawatan pertama penyeliaan LI
JKLIF
iv) menetapkan tarikh lawatan dengan PI dan memaklumkan kepada JKLIF
PA
v) menghantar surat makluman lawatan penyeliaan LI kepada industri
Fakulti/ JKLIF
15
Borang Pengesahan Lapor Diri : •UTeM(ISO)/PP/PK03/ F9
Perkara
Tanggungjawab
Catatan
4. Lawatan Pertama LI: -
menerangkan kepada PI tujuan LI dan tanggungjawab PLI dan PI
PA Lampiran 1
-
mendapatkan maklum balas LI daripada PI dan PLI menggunakan Panduan Laporan Lawatan Pertama tentang perkara berikut: i) perancangan tugasan PLI di industri
PA
ii) persekitaran kerja dan kesesuaiannya bagi PLI iii) disiplin dan kedatangan PLI iv) pendapat dan cadangan PI v) pendapat dan cadangan PLI -
menyemak, mengulas dan menandatangani buku Laporan Harian
PA
5. Laporan Lawatan Pertama LI: i) melengkapkan laporan lawatan pertama dan menyerahkannya kepada JKLIF
PA
ii) memaklumkan kepada JKLIF sebarang masalah untuk dibawa kepada Dekan/TD(A)
PA/JKLIF
iii) mengambil tindakan berdasarkan laporan iv) menghantar/membentang semasa lawatan
laporan
JKLIF
LI
16
PLI
Lampiran 1
Perkara
Tanggungjawab
Catatan
i) mengemas kini maklumat PLI
JKLIF
Minggu 14
ii) menentukan tempoh lawatan kedua
JKLIF
iii) menyediakan laporan dan butiran lawatan kedua
JKLIF
Sekiranya ada sebarang perubahan
6. Perancangan aktiviti lawatan kedua penyeliaan LI seperti berikut:
7. Persediaan Lawatan Kedua LI: i) memberi taklimat lawatan kedua kepada PA tentang kaedah penilaian
JKLIF
ii) memaklumkan kepada PA lawatan penyeliaan kedua LI
JKLIF
tempoh
iii) menetapkan tarikh lawatan kedua dengan PI dan memaklumkan kepada JKLIF
PA
iv) menghantar surat makluman lawatan penyeliaan kedua dan Panduan Penilaian Penyelia Industri kepada industri
Fakulti/JKLIF
v) membuat persediaan tugasan LI
pembentangan
vi) menyediakan draf laporan LI
PLI
PLI
17
Panduan Penilaian mengikut fakulti, contoh seperti Lampiran 3
Perkara
Tanggungjawab
Catatan
i) mendapatkan maklum balas LI daripada PI dan PLI tentang perkara berikut: - Hasil kerja PLI di industri - Disiplin dan kedatangan PLI - Pendapat dan cadangan PI
PA
Sebelum tamat tempoh LI
ii) menyemak dan menandatangani buku Laporan Harian
PA/PI
8. Lawatan Kedua LI:
iii) pembentangan laporan LI
PLI
iv) menilai pembentangan tugasan PLI
PA/PI
v) menyemak draf laporan LI
PA
vi) mengumpul Borang Penilaian PI
PA
vii) memberi dan mengumpul semula Panduan Soal Selidik PLI
PA
viii)memaklumkan kepada PLI tarikh akhir penghantaran laporan LI dan buku Laporan Harian
PA
9. Melengkapkan laporan Panduan Lawatan Kedua LI dan diserahkan kepada JKLIF
18
PA
Lampiran 4
Selepas lawatan Lampiran 2
6.2.4 Carta Alir Pelaksanaan Semasa LI untuk JKLIF dan PA [Program Sarjana Muda di bawah FTMK, FPTT dan FTK 24 minggu)
Mula
Penentuan tempat LI yang sesuai
Perancangan aktiviti lawatan pertama penyeliaan LI
Persediaan lawatan pertama penyeliaan LI
Lawatan pertama untuk memastikan kesesuaian organisasi
Tidak Tindakan pembetulan
Penentuan kesesuaian Tempat
Ya Pemantauan kemajuan pelajar dari semasa ke semasa
Persediaan lawatan kedua penyeliaan LI
Lawatan kedua
Pembentangan laporan oleh PLI dan penilaian pembentangan oleh PA/PI
Pengisian borang penilaian LI
Tamat Tamat
19
6.3
Pelaksanaan Selepas Menjalani LI
Perkara
Tanggungjawab
1. Penerimaan Laporan LI dan Buku Laporan Harian
PA
2. a. Penyemakan dan penilaian: i) Buku Laporan Harian ii) Laporan PI iii) Laporan PA iv) Pembentangan PLI v) Laporan LI b. Kemasukan markah mengikut Borang Penilaian LI fakulti
PA
Panduan Penilaian fakulti
JKLIF
Lampiran 4
3. Pengumpulan dan analisis borang soal selidik yang dilengkapkan oleh PLI 4. Penyerahan borang penilaian kepada PLIF
PA
5. Penyerahan borang penilaian PI sekiranya tidak diterima semasa lawatan kedua
PA
6.
Kemasukan markah penilaian pelajar ke dalam Sistem Maklumat Pelajar
PLIF
7. Seminar pembentangan projek LI dan persembahan poster (sekiranya berkaitan)
PLIF
8. Cetakan senarai tampal markah penilaian
PLIF
9.
Penyediaan dan pembentangan laporan keseluruhan LI kepada Jawatankuasa Akademik Fakulti
20
JKLIF
Catatan
Lampiran 3
6.3.1
Carta Alir Proses Pelaksanaan Selepas LI oleh PA dan PLIF
Mula
Mengumpul, menyemak dan menganalisis Laporan LI, Buku Laporan Harian, borang soal selidik, Laporan PI, Laporan PA dan Pembentangan PLI
Memasukkan markah ke dalam Borang Penilaian oleh PLIF
Menganjurkan seminar pembentangan projek LI dan persembahan poster (sekiranya berkaitan) Memasukkan markah penilaian pelajar ke dalam Sistem Maklumat Pelajar Mencetak Senarai Tampal
JKLIF menyediakan laporan keseluruhan LI
Tamat
21
7.0
SYARAT-SYARAT LATIHAN INDUSTRI BAGI PELAJAR
7.1
Sebelum LI Pendaftaran mata pelajaran LI perlu dilakukan sebelum melaksanakan LI.
7.1.1
Mencari Tempat LI i)
PLI boleh memohon penempatan LI di mana-mana industri di dalam dan luar negara (atas kebenaran fakulti). Pemilihan industri untuk penempatan LI mestilah bersesuaian dengan kursus yang diikuti oleh PLI. Mereka perlu mengambil kira lokasi industri dan kemudahan awam yang sedia ada sebelum memohon penempatan.
ii)
PLI dibenarkan untuk membuat salinan surat pengenalan dan borang maklum balas mengikut keperluan.
iii)
PLI dinasihatkan memohon sekurang-kurangnya TIGA industri pada satu-satu masa. Sekiranya industri yang dipohon menolak permohonan, PLI dikehendaki memohon industri yang lain.
iv)
PLI diberi satu tempoh yang ditetapkan oleh fakulti untuk mencari tempat menjalani LI. PLI diminta memaklumkan industri berkenaan untuk menghantar borang maklum balas sebelum menjalani LI.
v)
Sekiranya PLI menerima lebih daripada satu tawaran, PLI perlu memaklumkan kepada PLIF terlebih dahulu. PLI hanya boleh menerima SATU tawaran sahaja.
vi)
Elaun dan kemudahan seperti tempat tinggal/asrama dan pengangkutan tertakluk pada industri berkenaan. Kemudahan tersebut tidak boleh dituntut oleh PLI. Mereka dinasihatkan mengambil kira faktor di atas sebelum menerima tawaran industri.
22
vii)
Industri
yang
melengkapkan
bersetuju borang
menandatangani
menerima
maklum
borang
balas.
PLI
mestilah
PLI
mestilah
penerimaan/penolakan.
PLI
dinasihatkan untuk menyimpan salinan borang berkenaan sebagai rujukan. viii)
PLI yang tidak menerima sebarang tawaran penempatan dua (2) minggu sebelum tarikh LI dikehendaki menghubungi PLIF dengan segera.
7.2
Semasa LI 7.2.1
Melapor Diri di Industri PLI dikehendaki melapor diri di industri pada tarikh yang telah ditetapkan oleh JKLIU. PLI dikehendaki membawa dokumen berikut semasa melapor diri: i)
Surat Penempatan Pelajar
ii)
Salinan Bukti Tawaran
iii)
Surat Pengesahan Lapor Diri
iv)
Kad Matrik Pelajar
v)
Buku Laporan Harian
vi)
Surat Perlindungan Insurans Berkelompok UTeM atau Polisi Insurans Peribadi (sekiranya ada)
vii)
Resume PLI
viii)
Gambar bersaiz pasport (minimum empat keping)
Nota: 1.
Perkara (i), (ii), (iii), (vi) dan (vii) diserahkan kepada industri.
2.
7.2.2
Lekatkan gambar pada kulit hadapan buku Laporan Harian.
Disiplin dan Tatatertib i)
PLI tertakluk kepada peraturan Universiti dan berdisiplin demi menjaga nama baik Universiti.
23
ii)
PLI adalah tertakluk kepada segala peraturan dan undangundang industri di mana PLI ditempatkan.
iii)
Fakulti akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya mendapat laporan kesalahan bertulis yang dilaporkan oleh industri.
7.2.3
Kehadiran dan Cuti i)
PLI mesti akur dengan peraturan kehadiran/waktu kerja yang telah ditetapkan industri berkenaan.
ii)
PLI dibenarkan mengambil cuti rehat tidak melebihi TUJUH (7) hari bagi pelajar Sarjana Muda FTMK, FPTT dan FTK (LI 24 minggu) dan TIGA (3) hari bagi pelajar Diploma dan Sarjana Muda Kejuruteraan (10 minggu) sepanjang tempoh LI tertakluk kepada kelulusan majikan. Cuti sakit tidak termasuk di dalam cuti rehat yang dibenarkan.
iii)
PLI yang mengambil cuti melebihi tempoh yang dibenarkan tanpa sebarang alasan kukuh boleh digagalkan.
iv)
Permohonan cuti dibuat terus kepada industri dan kelulusan permohonan adalah tertakluk pada peraturan/dasar tempat LI.
v)
Satu salinan borang cuti yang telah diluluskan hendaklah dihantar kepada JKLIF dengan kadar segera.
vi)
Pelajar tidak dibenarkan mengikuti aktiviti lain selain daripada aktiviti LI sepanjang tempoh menjalani LI melainkan dengan budi bicara pihak industri di mana PLI ditempatkan.
7.2.4
Buku Laporan Harian i)
PLI dikehendaki mencatat kerja/aktiviti harian yang telah dijalankan dalam buku Laporan Harian.
ii)
PLI dimestikan mengemas kini buku Laporan Harian secara berterusan dan ditandatangani
secara berkala oleh PI
mengikut persetujuan antara PLI dan PI.
24
iii)
PA menyemak, mengulas dan menandatangani buku Laporan Harian semasa lawatan industri.
iv)
Buku Laporan Harian dijadikan sebagai rujukan bagi penyediaan laporan industri pada akhir latihan.
7.2.5
Kerahsiaan Industri (Tertakluk kepada Polisi dan Peraturan Industri) i)
PLI dilarang mendedahkan sebarang maklumat (sama ada sulit ataupun tidak) tentang industri kepada pihak luar kecuali dengan kebenaran industri.
ii)
PLI dilarang mencetak, membuat salinan atau mengambil gambar apa-apa dokumen atau peralatan yang dianggap rahsia tanpa kebenaran pihak industri.
7.2.6
Tempoh Latihan i)
PLI dikehendaki memulakan LI pada tarikh yang ditetapkan dan TIDAK DIBENARKAN sama sekali menamatkan latihan lebih awal dari tarikh yang ditetapkan.
ii)
PLI yang menamatkan latihan lebih awal dari tarikh yang ditetapkan (walaupun dengan kelulusan pihak industri) diberi keputusan status gagal dalam mata pelajaran LI.
7.2.7
Penukaran Tempat Latihan PLI TIDAK DIBENARKAN menukar industri selepas bermulanya LI.
Sebarang masalah
berkaitan
dengan
penempatan
perlu
dibincangkan terlebih dahulu dengan PLIF. PLI yang menukar tempat latihan tanpa kebenaran PLIF akan diberi status keputusan gagal dalam mata pelajaran LI mengikut budi bicara fakulti.
25
7.2.8
Penukaran Alamat Sebarang penukaran alamat (tempat tinggal PLI ataupun industri) mesti dimaklumkan kepada PLIF dengan mengisi borang yang disediakan di dalam buku Laporan Harian.
7.2.9
Elaun/Kemudahan Semasa Latihan Bayaran
elaun
dan
kemudahan
(tempat
tinggal
ataupun
pengangkutan) semasa latihan adalah mengikut polisi dan budi bicara pihak industri berkenaan.
7.2.10 Insurans/Kemalangan/Kematian PLI telah dilindungi dengan Insurans Perlindungan Berkelompok UTeM atau/dan Polisi Insurans Peribadi (sekiranya ada). Sekiranya berlaku kemalangan/kematian: i)
PI/PLI dikehendaki membuat laporan polis dalam jangka masa 24 jam
ii)
PI/PLI dikehendaki menghubungi PLIF dengan kadar segera
iii)
PLI/Pejabat Hal Ehwal Pelajar & Alumni perlu mendapatkan laporan perubatan (medical report) dan laporan polis untuk tujuan tuntutan insurans
7.3
Selepas LI 7.3.1
Penyerahan Buku Laporan Harian, Laporan LI dan Borang Soal Selidik Pelajar PLI perlu menghantar buku Laporan Harian, Laporan LI dan Borang Soal Selidik Pelajar kepada PLIF pada tarikh yang telah ditetapkan oleh fakulti masing-masing. Laporan LI perlulah mendapat pengesahan dan perakuan PI sebelum dihantar kepada PLIF.
26
8.0
PENILAIAN
8.1
Tujuan Penilaian i)
Mengukur prestasi dan kualiti kerja/latihan PLI di industri
ii)
Menilai perkembangan sahsiah PLI
iii)
Menilai kemahiran pelajar dari segi penulisan laporan dan komunikasi
iv)
8.2
Mengenal pasti kesesuaian industri bagi LI pada masa hadapan
Kriteria Penilaian PLI
8.2.1
Prestasi Kerja i)
Pengetahuan tentang tugasan
ii)
Kebolehan
mengaplikasikan
pengetahuan
dalam
menyelesaikan tugasan
8.2.2
8.2.3
iii)
Prestasi dan kualiti kerja
iv)
Disiplin dan sahsiah
v)
Daya kreativiti dan inovasi
Hasil Kerja i)
Dinilai dari segi kualiti dan kuantiti kerja yang dihasilkan
ii)
Pengetahuan tentang latar belakang dan operasi industri
iii)
Catatan aktiviti tugasan harian dalam buku Laporan Harian
iv)
Pembentangan projek/tugasan/aktiviti LI
Sahsiah Pelajar Antara aspek kemahiran insaniah (soft skills) yang dinilai sepanjang tempoh LI: i)
Disiplin
ii)
kebolehan am/teknikal
iii)
ketekunan dan minat
iv)
inisiatif/kreativiti
v)
kebolehan menjalankan arahan
27
8.3
vi)
kepimpinan
vii)
penyelesaian masalah
viii)
kemahiran berkomunikasi
ix)
perhubungan dengan pekerja lain
x)
penyesuaian diri dengan tugas
Kaedah Penilaian Penilaian LI dilaksanakan dalam dua peringkat iaitu peringkat fakulti dan peringkat industri. Penilaian dibuat oleh PA dan PI dengan menggunakan borang penilaian yang ditetapkan oleh pihak fakulti. Borang Penilaian PA adalah mengikut ketetapan JKLIF. Borang Penilaian PI adalah seperti Lampiran 3. Dalam sesi pembentangan laporan akhir program Latihan Industri 24 minggu, fakulti terlibat boleh melibatkan wakil daripada PBPI melalui dekan PBPI untuk menilai elemen kemahiran insaniah.
8.3.1
Program Sarjana Muda di bawah FTMK, FPTT dan FTK (24 minggu) i) Subjek LI [6 kredit, hadir lulus (HL) atau hadir gagal (HG)]: Perkara
Peratusan
Rujukan
Penilaian PI
40%
Lampiran 3
Laporan Akhir
30%
Penilaian Buku Laporan Harian
20%
Pembentangan (PI & PA)
10%
Berdasarkan Fakulti
ii) Subjek Laporan LI (6 kredit, dikira dalam CGPA) Perkara
Peratusan
Rujukan
10%
Berdasarkan Fakulti
Penilaian PI
40%
Lampiran 3
Laporan Akhir dinilai oleh PA
30%
Penyeliaan di industri
20%
Pembentangan dinilai oleh PI dan PA
28
Berdasarkan Fakulti
8.3.2
Program Diploma i) LI [3 kredit, hadir lulus (HL) atau hadir gagal (HG)]: Perkara Penilaian PI
Peratusan
Rujukan
40%
Lampiran 3
60%
Berdasarkan Fakulti
Penilaian PA Penilaian Buku Laporan Harian Laporan Akhir
8.3.3
Program Sarjana Muda Kejuruteraan (10 minggu) Subjek LI [5 kredit, hadir lulus (HL) atau hadir gagal (HG)]: Perkara
Peratusan
Rujukan
50%
Lampiran 3
50%
Berdasarkan Fakulti
Penilaian PI Penilaian PA Penilaian Buku Laporan Harian
Nota: 1. Lulus mata pelajaran LI adalah prasyarat kepada mata pelajaran Laporan LI. 2. Sekiranya gagal mata pelajaran Laporan LI, PLI hanya perlu mengulang mata pelajaran berkenaan. 3. Pelajar akan dikira GAGAL jika: i)
tidak mendaftar mata pelajaran LI
ii)
menukar tempat LI tanpa mendapat kelulusan PLIF (merujuk kepada perkara 7.2.7)
iii)
menjalani LI kurang daripada tempoh yang telah ditetapkan
iv)
tidak berada di premis industri ketika lawatan PA tanpa sebab yang munasabah setelah temu janji dibuat dan dimaklumkan kepada pelajar
v)
tidak menghantar Laporan LI dan buku Laporan Harian dalam tempoh seminggu selepas tamat LI
vi)
JKLIF
menerima
laporan
bertulis
daripada
pihak
industri
menyatakan masalah disiplin PLI dan didapati bersalah setelah siasatan dijalankan
29