PANDUAN LATIHAN INDUSTRI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL
Diterbitkan oleh
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL 86400 PARIT RAJA BATU PAHAT JOHOR
Edisi Pertama, Mei 2014
PENULIS Dr Azman Bin Hassan Hajah Sarebah Binti Warman Mohd Fairuz Bin Marian Muhamad Amin Bin Hj Abdul Ghani Suhaimi Bin Mohamad Saiful Hadi Bin Masran Md Azani Bin Sham
© Penerbit UTHM Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 86400 Parit Raja Batu Pahat, Johor Tel: 07 – 4536143 Fax: 07 – 4536145 Email:
[email protected]
© Penerbit UTHM Terbitan Pertama 2014
Hak cipta terpelihara. Setiap bahagian daripada terbitan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada dengan cara elektronik, mekanik, gambar, rakaman dan sebagainya tanpa izin pemilik hak cipta terlebih dahulu.
Perpustakaan Negara Malaysia
Jawatankuasa Latihan Industri FPTV UTHM
Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
KANDUNGAN
PERKARA
MUKA SURAT
Prakata Kata Aluan Senarai Singkatan Senarai Lampiran Definisi Istilah Visi UTHM, Misi UTHM, Moto UTHM, Polisi Kualiti UTHM Visi FPTV, Misi FPTV dan Objektif FPTV
i ii iii iv v vi vii
BAHAGIAN 1 GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0
7.0
8.0
PENGENALAN MATLAMAT LATIHAN INDUSTRI OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI HASIL PEMBELAJARAN UNIT HUBUNGAN KORPORAT DAN UNIVERSITI SKOP LATIHAN INDUSTRI FPTV 6.1 Kimpalan dan Fabrikasi Logam (KFL) 6.2 Elektrik dan Elektronik (EE) 6.3 Binaan Banggunan (BB) 6.4 Pemesinan Am (PM) 6.5 Penyejukkan dan Penyamanan Udara (PPU) 6.6 Multimedia Kreatif (MM) 6.7 Katering (KAT) KRITERIA DAN KELAYAKAN 7.1 Pelajar 7.1.1 Syarat Kelayakkan LI 7.1.2 Tarik Diri (TD) 7.1.3 Tangguh Latihan 7.1.4 Keputusan Hadir Gagal (HG) 7.2 Penyelia Fakulti 7.3 Penyelia Industri PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB 8.1 Tempoh Waktu Latihan 8.2 Penyelaras Latihan Industri Fakulti 8.3 Penyelia Fakulti 8.4 Penyelia Industri 8.5 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 8.6 Pengurus Industri
1 1 1 1 2 2 2 2 3 3 3 3 4 4 4 4 5 5 5 5 5 5 5 6 6 6 6 6
BAHAGIAN 2 PANDUAN PENTADBIRAN PROGRAM LI 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 8.0 9.0
STRUKTUR PROGRAM PENEMPATAN LATIHAN 2.1 Penukaran Tempat LI SURAT INDEMNITI (SURAT LEPAS TANGGUNG) ALAMAT SURAT MENYURAT DISPLIN, KEHADIRAN DAN CUTI IMBUHAN ATAU ELAUN LI YURAN INSURANS PELAJAR GARIS PANDUAN UNTUK PELAJAR
9 9 9 9 9 9 10 10 10 10
BAHAGIAN 3 PANDUAN PEMANTAUAN DAN PENYELIAAN 1.0 2.0 3.0 4.0
5.0
6.0
TUJUAN PEMANTAUAN LATIHAN INDUSTRI TUJUAN PENILAIAN LATIHAN INDUSTRI SKEMA PENILAIAN GARIS PANDUAN PENYELIAAN UMUM BAGI PELAJAR 4.1 Sebelum Penyeliaan 4.2 Semasa Penyeliaan 4.3 Selepas Penyeliaan GARIS PANDUAN PENYELIAAN UMUM BAGI FAKULTI 5.1 Sebelum Penyeliaan 5.2 Semasa Penyeliaan 5.3 Selepas Penyeliaan PENILAIAN KUALITI BERTERUSAN
11 11 11 11 11 12 12 11 11 12 12 13
BAHAGIAN 4 PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN 1.0 2.0 3.0
LAMPIRAN A LAMPIRAN B LAMPIRAN C LAMPIRAN D LAMPIRAN E
PENDAHULUAN TUJUAN BAHAGIAN A: KAEDAH MENULIS LAPORAN AKHIR 3.1 Panduan Umum 3.2 Panduan Penulisan Laporan Latihan Industri 4.0 PANDUAN KANDUNGAN LAPORAN AKHIR 5.0 JUMLAH NASKAH 6.0 LAPORAN YANG LEWAT 7.0 BAHAGIAN B: FORMAT BUKU LAPORAN AKHIR 8.0 PANDUAN MENULIS BUKU LOG HARIAN 9.0 PANDUAN MENULIS JURNAL REFLEKSI : Silibus Latihan Industri : Carta Alir Permohonan dan Penempatan LI : Carta Alir Pemantauan dan Penyeliaan LI : Borang Penilaian Penyelia Fakulti : Borang Penilaian Penyelia Industri
14 14 14 14 15 15 17 17 18 14 23 24 27 28 29 31
PRAKATA BismilLahi Rahmaani Rahiimi Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani Assalamualaikum WBT, Buku panduan ini mengandungi panduan latihan industri, arahan dan peraturan berkaitan perlaksanaan latihan industri, panduan mengisi buku log dan menulis laporan akhir. Dengan adanya maklumat tersebut, pelajar, khususnya dapat mengetahui peranan dan tanggungjawab mereka berhubung dengan latihan industri. Buku panduan latihan industri ini disediakan bertujuan menjelaskan tentang Latihan Industri (LI) yang dijalankan oleh pelajar Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. LI ini wajib diikuti oleh setiap pelajar Sarjana Muda yang menjalani program-program yang mempunyai LI dalam struktur pengajiannya. Hanya pelajar yang memenuhi syarat akademik yang ditetapkan oleh fakulti sahaja layak menjalani LI ini. Buku panduan ini juga digunakan oleh terutamanya bagi pelajar di dalam penyediaan laporan akhir. Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menyediakan buku Panduan LI ini. Semoga dengan perlaksanaan program latihan industri ini, semua pihak yang terlibat mendapat faedah darinya serta memainkan peranan masing-masing dalam menjana kecemerlangan profesionalisme sumbangan menuju ke arah pembanggunan negara.buku
Sekian, terima kasih.
Penyelaras Unit Latihan Industri Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Mei 2014
i
KATA ALUAN DEKAN FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana diberi kesempatan untuk menyampaikan sepatah dua kata di dalam buku Panduan Latihan Industri (LI) edisi kali ini. Saya mengucapkan syabas dan berbesar hati kepada unit LI fakulti atas daya usaha yang konsisten untuk menghasilkan buku panduan ini. Saya percaya bahawa buku ini akan menjadi rujukan utama kepada pensyarah dan pelajar Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan boleh juga menjadi rujukan dalam kalangan ahli akademik dan para pelajar di universiti tempatan lain yang menawarkan program LI. Secara tuntasnya, buku ini memberikan maklumat yang lebih lengkap dan terkini berkaitan LI. Semua maklumat yang diperlukan oleh penyelia fakulti, penyelia industri dan pelajar terkandung di dalam buku panduan ini. Antaranya ialah kaedah penilaian dan pemberian markah oleh penyelia fakulti dan penyelia industri.. Secara peribadi, menjadi harapan saya agar semua pelajar khasnya pelajar pendidikan dapat menggunakan buku panduan ini secara ekstensif sebelum menjalani LI yang diwajibkan untuk mendapatkan ijazah sarjana muda anda. Akhir kata, saya mewakili pengurusan FPTV, mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa LI kerana berjaya menghasilkan buku panduan ini yang menjadi bahan rujukan dan panduan berguna kepada pelajar dan ahli akademik. Sekian. Wassalam.
PROF. MADYA DR. RAZALI BIN HASSAN Dekan Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
ii
SENARAI SINGKATAN
LI
-
Latihan Industri
FPTV
-
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
PLIF
-
Penyelaras Latihan Industri Fakulti
PF
-
Penyelia Fakulti
PI
-
Penyelia Industri
PHI
-
Pejabat Hubungan Universiti dan Industri
PAB
-
Pejabat Antarabangsa
KPT
-
Kementerian Pengajian Tinggi
IPT
-
Institut Pengajian Tinggi
HG
-
Hadir Gagal
HW
-
Hadir Wajib
TD
-
Tarik Diri
UTHM
-
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
MS ISO
-
Malaysian Standards International Organization for Standardization
AUKU
-
Akta Universiti dan Kolej Universiti
PPA
-
Pejabat Pengurusan AKademik
iii
SENARAI LAMPIRAN
1.
Silabus Latihan Industri
LAMPIRAN A
2.
Carta Alir Permohonan dan Penempatan LI
LAMPIRAN B
3.
Carta Alir Permantauan dan Penyeliaan LI
LAMPIRAN C
4.
Borang Laporan Penilaian Penyelia Fakulti
LAMPIRAN D
5.
Borang Laporan Penilaian Penyelia Industri
LAMPIRAN E
iv
DEFINISI ISTILAH Latihan Industri (LI)
:
LI merujuk kepada kursus Hadir Wajib (HW) Universiti yang menempatkan peljar di sesebuah organisasi sama ada di dalam atau di luar negara untuk menjalani latihan praktikal sebelum mereka dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda
IPT
:
Institusi Pengajian Tinggi Awam (Di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia atau Kementerian Pengajian Tinggi) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta kepada pelatih yang menjalani LI.
Organisasi
:
Merujuk kepada institusi-institusi kerajaan, swasta atau badan berkanun tempat latihan yang dipersetujui oleh Universiti.
Pejabat Hubungan Universiti dan Industri (PHI)
:
PHI berfungsi sebagai pengantara Universiti dan organisasi. PHI dahulu dikenali dengan Pusat Perhubungan Korporat dan Antarabangsa (PEKA).
Pelajar
:
Merujuk pelajar institusi pengajian tinggi yang ditempatkan di organisasi-organisasi berkenaan untuk menjalani LI.
Pemantauan
:
Kaedah untuk mengesan dan mengenal pasti keberkesanan, keselarasan dan kepatuhan kepada prosedur pelaksanaan LI.
Penilaian
:
Proses penentuan tahap prestasi pelatih berdasarkan kriteria atau indikator yang ditetapkan
Penyelia Fakulti
:
Pensyarah yang dilantik oleh fakulti untuk memantau dan menilai prestasi pelajar semasa LI.
Penyelia Industri
:
Pegawai yang dilantik oleh organisasi latihan bagi memberi bimbingan kepada pelajar sepanjang pelajar menjalani LI, dan juga terlibat dengan penilaian terhadap pelajar.
Laporan Akhir Latihan Industri
:
Laporan akhir yang disediakan oleh pelajar setelah menamatkan sesi LI.
Buku Log
:
Catatan harian dan mingguan, refleksi terhadap kerja-kerja yang dilakukan oleh pelajar semasa menjalani LI bagi memantau kemajuan prestasi pelajar oleh penyelia industry (maklumbalas).
v
VISI UTHM Berazam Meneraju Aplikasi Sains dan Teknologi Untuk Kemakmuran Sejagat.
MISI UTHM Untuk melahir dan melatih ahli profesional dan teknologi yang bersahsiah mulia dan berdaya saing di arena global melalui program akademik holistik dan pembudayaan ilmu serta penyelidikan yang berteraskan konsep tauhid.
MOTO UTHM
“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA” “WITH WISDOM WE EXPLORE”
POLISI KUALITI UTHM Matlamat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia ialah untuk menyediakan program akademik berkualiti berteraskan sains dan teknologi bagi memenuhi atau melampaui kehendak pelanggan melalui kecemerlangan pengurusan organisasi dan pembaikan berterusan. Pihak pengurusan tertinggi dan staf di semua peringkat adalah komited untuk melaksana dan mengekalkan sistem pengurusan berkualiti yang efektif dengan memenuhi keperluan MS ISO 9001:2000. Objektif Kualiti Universiti diwujud, dilaksana, dipantau dan secara berkala dikaji semula untuk menentukan pencapaian, kesesuaian serta dikemaskini bagi merealisasikan visi dan misi universiti.
vi
VISI FPTV
Menjadi pusat rujukan bertaraf dunia dalam bidang Pendidikan Teknikal bertunjangkan tauhid ke arah mencapai wawasan Negara.
MISI FPTV
Melahirkan sumber manusia profesional bertaraf dunia dalam Pendidikan Teknikal untuk mempelopori, mengembang dan mengaplikasikan ilmu dan teknologi terkini melalui penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran bersepadu selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
OBJEKTIF FPTV
(i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii)
Mengendalikan program-program pengajian yang khusus dalam bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional di peringkat Sarjana Muda dan Pasca Ijazah. Menjalankan penyelidikan dan penyebaran ilmu pengetahuan dalam bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional. Meningkatkan Profesionalisme staf dalam pengajaran dan pembelajaran untuk keperluan pembangunan sumber manusia negara. Mempelopori kaedah dan menghasilkan bahan bagi peningkatan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Menawarkan kepakaran dalam bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional melalui pusat kecemerlangan. Membantu institusi pendidikan dan latihan serta industri ke arah meningkatkan profesionalisme sumber manusia. Memberi khidmat masyarakat ke arah menggalakkan pendidikan sepanjang hayat dalam bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional. Menerbitkan bahan ilmiah untuk meningkatkan profesionalisme Pendidikan.
vii
BAHAGIAN 1 GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI 1.0 PENGENALAN Program Latihan Industri (LI) merupakan suatu komponen penting kurikulum program diploma dan sarjana muda yang ditawarkan oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). LI memberi peluang kepada pelajar mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai profesionalisme secara reflektif dalam situasi kerja sebenar di dalam industri awam mahupun swasta. Pelaksanaan program ini dijalankan secara sepenuh masa dan menjadi syarat kredit wajib bagi penganugerahan Ijazah Sarjana Muda.
2.0 MATLAMAT LATIIHAN INDUSTRI Matlamat utama program LI ini adalh memberi peluang kepada pelajar menjalani latihan praktikal di sektor pekerjaan dalam bidang kejuruteraan, teknologi dan pengurusan bagi meningkatkan kemahiran profesional dan kemahiran interpersonel sebagai seorang profesional.
3.0
OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI
Objektif LI ini adalah seperti berikut : (i) Mendapat pendedahan secara langsung terhadap profesion serta aplikasi dalam bidang masing-masing. (ii) Mengaplikasikan pelbagai bidang kejuruteraan, teknologi dan pengurusan profesional dalam industri. (iii) Menimba pengalaman berkerja di dalam suatu organisasi profesional. (iv) Membina pengalaman berkerja di dalam suatu organisasi profesional. (v) Membina daya kreativiti, kemahiran teknikal, interpersonel dan komunikasi. (vi) Menjalin dan mengeratkan hubungan dengan ahli profesional di luar kampus.
4.0
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir LI ini, pelajar dapat menggunakan ilmu dan kemahiran yang dipelajari untuk: (i) Mempraktikkan pengetahuan teori ke dalam kerja-kerja amali. (ii) Meningkatkan kemahiran teknikal dalam pelbagai bidang. (iii) Membentuk peribadi sebagai seorang pekerja yang berdisplin. (iv) Mengurus masa dengan cekap disamping mudah menyesuaikan diri kepada aplikasi kejuruteraan, teknologi dan pengurusan terkini dan masa depan. (v) Memahami aspek-aspek pengurusan dan penyeliaan dalam persekitaran kerja. (vi) Meningkatkan kebolehan dan keberkesanan diri dalam kerja berkumpulan. (vii) Meningkatkan kemahiran insaniah terutamanya kemahiran berkomunikasi dengan berkesan. (viii) Meningkatkan pemahaman dan penghayatan terhadap tanggungjawab profesional, etika dan sosial. (ix) Menyediakan diri terhadap pelbagai persekitaran dan cabaran alam perkerjaan. 1
5.0
UNIT HUBUNGAN KORPORAT DAN INDUSTRI
Penubuhan UHKI yang ditubuhkan pada 16 September 2005 adalah selaras dengan perkembangan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang semakin pesat. Unit ini terletak dibawah seliaan Pusat Perhubungan Korporat dan Antarabangsa. A dipertanggungjawabkan untuk mengurus dna menyelaraskan program LI yang ditawarkan oleh fakulti-fakulti dari segi pentadbiran, penempatan, penyeliaan dan penilaian laporan buku log dan laporan LI pelajar. Segala permohonan untuk LI dari pelajar-pelajar fakulti tersebut perlu melalui UHKI. Fakulti-fakulti yang terlibat dalam program LI di UTHM ialah Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), Fakulti Awam dan Alam Sekitar (FKAAS), Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP), Fakulti Elektrik dan Elektronik (FKEE), Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) dan Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP).
6.0
SKOP LATIHAN INDUSTRI FPTV
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) adalah salah satu daripada lapan fakulti yang terdapat dalam UTHM. FPTV turut menawarkan program Sarjana Muda Pendidikan Teknikal dan Vokasional dengan tujuh variasi bidang. Setiap pelajar yang mengikuti program ini diwajibkan menjalankan LI bagi memastikan pengijazahan mereka. Tujuh variasi bidang yang ditawarkan dalam program Sarjana Muda Pendidikan Teknikal dan Vokasional fakulti ini adalah seperti berikut: 6.1
Kimpalan dan Fabrikasi Logam (KFL)
Skop yang boleh ditawarkan oleh industri kepada pelajar bidang ini adalah seperti berikut: (i)
(ii) (iii)
6.2
Industri pembuatan yang meliputi kerja-kerja kimpalan dan fabrikasi logam dalam rutin harian pekerjaan. Skop melibatkan industri seperti industri kejuruteraan, pembuatan, mekanikal, perkapalan, perlombongan, minyak dan gas dan loji kuasa. Semua kerja tersebut membabitkan pelajar dalam mengaplikasikan teori dan mempraktikkan kemahiran menjurus kepada kerja kimpalan dan fabrikasi logam. Pelajar juga turut boleh dilibatkan dalam kerja berkumpulan bersama jurutera atau pembimbing industri bagi tugasan atau projek yang difikirkan perlu dan boleh menambah pengetahuan dan pengalaman pelajar.
Elektrik dan Elektronik (EE)
Skop yang boleh ditawarkan oleh industri kepada pelajar bidang ini adalah seperti berikut: (i)
(ii) (iii)
Industri yang meliputi kerja-kerja membabitkan bidang elektrik dan elektronik dalam rutin harian pekerjaan. Skop melibatkan industri seperti industri pembuatan dan perkilangan produk elektrik dan elektronik, kontraktor pendawaian, mekanikal dan elektrikal, selenggaraan, perkapalan, perlombongan, minyak dan gas dan loji kuasa. Semua kerja tersebut membabitkan pelajar telibat dalam mengaplikasikan teori dan mempraktikkan kemahiran menjurus kepada kerja elektrik dan elektronik. Pelajar juga turut boleh dilibatkan dalam kerja berkumpulan bersama jurutera atau pembimbing industri bagi tugasan atau projek yang difikirkan perlu dan boleh menambah pengetahuan dan pengalaman pelajar. 2
6.3
Binaan Banggunan (BB)
Skop yang boleh ditawarkan oleh industri kepada pelajar bidang ini adalah seperti berikut: (i)
(ii) (iii)
6.4
Industri yang meliputi kerja-kerja kejuruteraan awam secara umumnya dan membabitkan bidang binaan banggunan dalam rutin harian pekerjaan. Industri melibatkan industri seperti industri pembinaan, kontraktor pembinaan dan pengubahsuaian banggunan, konsultan dan perunding kejuruteraan pembinaan banggunan, pemaju perumahan, perunding dan arkitek industri kejuruteraan awam. Semua kerja tersebut membabitkan pelajar telibat dalam mengaplikasikan teori dan mempraktikkan kemahiran menjurus kepada kerja binaan banggunan. Pelajar juga turut boleh dilibatkan dalam kerja berkumpulan bersama jurutera atau pembimbing industri bagi tugasan atau projek yang difikirkan perlu dan boleh menambah pengetahuan dan pengalaman pelajar.
Pemesinan Am (PM)
Skop yang boleh ditawarkan oleh industri kepada pelajar bidang ini adalah seperti berikut: (i)
(ii) (iii)
6.5
Industri berasas atau berlatarbelakangkan bidang kerja kejuruteraan mekanikal dan pembuatan, yang mana kerja-kerja pemesinan am terdapat dalam rutin harian perkerjaan tersebut. Skop melibatkan industri seperti industri kejuruteraan, pembuatan, mekanikal, perkapalan, perlombongan, minyak dan gas dan perkilangan produk keluli. Semua kerja tersebut membabitkan pelajar dalam mengaplikasikan teori dan mempraktikkan kemahiran menjurus kepada kerja pemesinan am. Pelajar juga turut boleh dilibatkan dalam kerja berkumpulan bersama jurutera atau pembimbing industri bagi tugasan atau projek yang difikirkan perlu dan boleh menambah pengetahuan dan pengalaman pelajar.
Penyejukkan dan Penyamanan Udara (PPU)
Skop yang boleh ditawarkan oleh industri kepada pelajar bidang ini adalah seperti berikut: (i)
(ii)
(iii)
6.6
Industri berasas atau berlatarbelakangkan bidang kerja kejuruteraan mekanikal dan loji, yang mana kerja-kerja penyejukkan dan penyamanan udara terdapat dalam rutin harian perkerjaan tersebut. Skop melibatkan industri seperti industri kejuruteraan bendalir, loji dan kuasa, kontraktor dan perunding sistem PPU, perkilangan, selenggaraan PPU dan industri minyak dan gas. Semua kerja tersebut membabitkan pelajar dalam mengaplikasikan teori dan mempraktikkan kemahiran menjurus kepada kerja melibatkan penyejukkan dan penyamanan udara. Pelajar juga turut boleh dilibatkan dalam kerja berkumpulan bersama jurutera atau pembimbing industri bagi tugasan atau projek yang difikirkan perlu dan boleh menambah pengetahuan dan pengalaman pelajar.
Multimedia Kreatif (KFL)
Skop yang boleh ditawarkan oleh industri kepada pelajar bidang ini adalah seperti berikut: (i)
Industri berasas atau berlatarbelakangkan bidang kerja kejuruteraan perisian dan komputer, yang mana kerja-kerja membabitkan multimedia kreatif terdapat dalam rutin harian perkerjaan tersebut. Skop melibatkan industri seperti industri 3
(ii) (iii)
6.7
pengiklanan dan pemasaran, perunding ICT, penyiaran dan media massa, industri perfileman dan pencetakan. Semua kerja tersebut membabitkan pelajar dalam mengaplikasikan teori dan mempraktikkan kemahiran menjurus kepada kerja multimedia kreatif. Pelajar juga turut boleh dilibatkan dalam kerja berkumpulan bersama jurutera atau pembimbing industri bagi tugasan atau projek yang difikirkan perlu dan boleh menambah pengetahuan dan pengalaman pelajar.
Katering (KAT)
Skop yang boleh ditawarkan oleh industri kepada pelajar bidang ini adalah seperti berikut: (i)
(ii) (iii)
Industri berasas atau berlatarbelakangkan bidang kerja perhotelan dan masakan, yang mana kerja-kerja membabitkan katering terdapat dalam rutin harian perkerjaan tersebut. Skop melibatkan industri seperti industri perhotelan dan perlancongan, kulinari, industri permakanan, kilang pemprosesan bahan makanan dan hospitaliti. Semua kerja tersebut membabitkan pelajar dalam mengaplikasikan teori dan mempraktikkan kemahiran menjurus kepada kerja katering. Pelajar juga turut boleh dilibatkan dalam kerja berkumpulan bersama jurutera atau pembimbing industri bagi tugasan atau projek yang difikirkan perlu dan boleh menambah pengetahuan dan pengalaman pelajar.
7.0
KRITERIA DAN KELAYAKAN
7.1
Pelajar
Pelajar diwajibkan mendaftar kursus LI lebih awal sebelum menjalani LI. Pelajar dikehendaki mendaftar dengan Pejabat Hubungan Universiti dan Industri (PHI) pada atau sebelum minggu ke 4 semester tersebut. Pelajar yang GAGAL berbuat demikian TIDAK LAYAK menjalani LI. 7.1.1 (i)
(ii)
Syarat Kelayakan LI Pelajar perlu memperolehi minimum jumlah kredit dapat program bagi menjalani I dan bergantung kepada jenis-jenis program yang ditawarkan oleh fakulti seperti di Jadual 1 Nilai kredit dan perlaksanaan LI adalah berdasrkan kurikulum yang telah direka bentuk oleh pihak fakulti atau pusat akademik. Pelajar perlu merujuk pihak fakulti atau pusat akademik bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kod kursus, pendaftaran kursus dan tempoh LI. Jadual 1: Peratusan Minimum Jumlah Kredit Dapat Program Kejuruteraan Teknologi Kejuruteraan Diploma Lain-lain
(iii) (iv) (v)
Kredit 4 4-12 4-9 4-12
Peratusan Jumlah Kredit Dapat (70%) 70 60 60 70
Mendapat Kedudukan Baik (KB) atau Kedudukan Bersyarat (KS) dalam peperiksaan semester sebelumnya. Dilindungi insurans. Memenuhi lain-lain arahan yang ditetapkan oleh fakulti dan Universiti. 4
7.1.2
Tarik Diri (TD)
Pelajar dibenarkan menarik diri daripada kursus LI dalam masa satu (1) bulan setelah melapor diri di organisasi. (Sila rujuk peraturan 9(1) dalam Peraturan Akademik, UTHM). 7.1.3
Tangguh Latihan
Pelajar hanya boleh menangguhkan LI atas sebab-sebab yang dibenarkan oelh Perkara 18 dalam Peraturan Akademik , UTHM. 7.1.4
Keputusan Hadir Gagal (HG)
Pelajar dikira gagal sekiranya: (i) (ii) (iii) (iv)
(v)
(vi)
7.2
Tidak menjalani LI dan tiada rekod tarik diri setelahmembuat pengakuan menerima tawaran LI. Menukar penempatan LI tanpa mendapat kelulusan bertulis daripada Timbalan Dekan (Akademik/Antarabangsa) fakulti/pusat akademik. Menjalani LI kurang daripada 80% kehadiran yang telah ditetapkan dalam program akademik fakulti. Tidak menghantar laporan akhir dan buku log pada tarikh yang telah ditetapkan setelah tamat menjalani LI (Sila rujuk Perkara 29(2)(b) dalam Peraturan Akademik, UTHM). Membuat pemalsuan dokumen atau maklumat berkaitan dengan LI, seperti memalsukan surat tawaran, buku log, laporan akhir, surat pengakuan kehadiran, sijil cuti sakit dan sijil cuti kematian ahli keluarga terdekat. Mana-mana pelajar yang diadukan mempunyai masalah displin seperti kedatangan yang kurang memuaskan, bersikap sambil lewa, tidak melapor diri dan sebagainya, akan disiasat dan sekiranya benar, akan diberikan HG.
Penyelia Fakulti
Penyelia Fakulti (PF) merujuk kepada staf fakulti yang akan dilantik oleh pihak fakulti melalui penyelaras latihan industri fakulti. Perlantikan akan mengambil kira staf-staf daripada jabatan dan bidang-bidang berkenaan atau berdasarkan pengalaman staf yang berkaitan dengan industri atau berdasarkan kriteria yang akan ditetapkan oleh fakulti. PF dilantik untuk menyelia, memantau dan menilai prestasi pelajar. 7.3
Penyelia Industri
Penyelia Industri (PI) adalah individu yang kebiasaannya bertaraf pegawai/eksekutif atau lebih tinggi, daripada pihak industri di mana pelajar menjalankan LI. Perlantikan ini adalah lantikan daripada industri sendiri dengan persetujuan bersama pihak penyelaras fakulti. Perlantikan haruslah berdasar kepada pengalaman atau kelayakkan akademiknya. PI juga dilantik untuk menyelia, memantau dan menilai prestasi pelajar.
8.0
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
8.1
Tempoh dan Waktu Latihan (i) (ii)
Bilangan waktu latihan adalah tertakluk mengikut waktu kerja tempat pelajar menjalani LI. Waktu latihan adalah mengikut jumlah minggu berkerja yang telah ditetapkan oleh fakulti (8 minggu).
5
8.2
Penyelaras Latihan Industri Fakulti (i)
(ii)
(iii) (iv) (v) 8.3
Membuat lawatan verifikasi ke tempat-tempat di mana pelajar menjalani latihan, memantau perjalanan program dan membuat penilaian ke atas setiap tempat industri yang dilawati. Membantu pelajar menyelesaikan masalah yang dihadapi. Jika masalah terebut tidak dapat diselesaikan, laporan perlu dikemukakan kepada PHI untuk tindakan susulan. Memberikan arahan kepada pelajar mengenai tugas yang perlu dilakukan dari semasa ke semasa sepanjang menjalani LI. Berbincang dengan pelajar dan menyemak maklumat pelajar sebelum, semasa dan selepas LI. Menilai dan mengisi laporan prestasi pelajar serta menyerahkan kepada PF semasa lawatan.
Penyelia Fakulti (i) (ii) (iii) (iv)
Menerima perlantikan sebagai Penyelia Fakulti. Menghadiri taklimat latihan industri, pemantauan dan penyeliaan. Berbincang dengan PLIF tentang urusan LI. Membuat lawatan, pemantauan dan penyeliaan ke industri yang ditetapkan, berjumpa dan berbincang dengan PI untuk menjalin hubungan profesional. (v) Memberi khidmat nasihat kepada pelajar (vi) Menilai prestasi pelajar, buku log dan laporan akhir pelajar. (vii) Mengumpul borang penilaian LI (Penilaian PI), laporan catatan harian dan mingguan daripada buku log dan laporan akhir. PF akan dikehendaki mengira markah LI pelajar seliaan mereka dan seterusnya menyerahkan kepada PLIF untuk tindakan lanjut. (viii) Mematuhi prosedur dan tanggungjawab yang ditentukan oleh pihak yang mengurus atau menyelaras latihan industri di UTHM. 8.4
Penyelia Industri (i) (ii) (iii) (iv)
8.5
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (i) (ii) (iii) (iv)
8.6
Merancang aktiviti latihan dan memberi arahan kepada pelajar mengenai tugas yang perlu dilakukan dari semasa ke semasa sepanjang tempoh menjalani LI. Menyelia dan memantau prestasi pelajar semasa menjalani LI. Mengisi borang penilaian latihan industri bagi PI. Mengesahkan laporan catatan harian dan mingguan di dalam buku log pelajar.
Menentukan dasar perlaksanaan latihan industri peringkat UTHM. Menentukan dasar penyeliaan ke atas pelajar yang dicalonkan gagal atau lulus tertakluk kepada UTHM. Mengendalikan kes-kes khas seperti penangguhan, melengkapkan tempoh latihan industri, gagal, kes displin dan tatatertib dengan mengambil tindakan selanjutnya. Mengesahkan penyempurnaan dan keputusan latihan industri.
Pengurus Industri (i) (ii) (iii)
Mengesahkan penerimaan dan penempatan pelajar. Mencalonkan penyelia industri daripada kalangan pegawai yang berpengalaman dan berkelayakkan menyelia latihan industri pelajar. Memberi taklimat kepada pelajar tentang latar belakang industri/organisasi, skop tugasan pelajar, perlaksanaan kerja dan peraturan serta maklumat-maklumat lain yang berkaitan. 6
(iv) (v)
Memberi jadual kerja kepada penyelia industri dan pelajar. Melaporkan secara bertulis kepada pihak UTHM tentang masalah displin, sahsiah, kehadiran, prestasi, tatatertib dan kebajikan pelajar. (vi) Mengambil tahu hal-hal berkaitan kebajikan pelajar sepanjang menjalankan latihan industri dan membuat tindakan susulan. (vii) Memastikan segalah tindakan berkaitan tugas, skop, bimbingan dan penyeliaan latihan industri di antara penyelia industri dan pelajar dilaksanakan dengan lancar dan sempurna.
7
BAHAGIAN 2 PANDUAN PENTADBIRAN PROGRAM LI 1.0
STRUKTUR PROGRAM
Program LI ini adalah suatu program bersepadu, berstruktur dan terpandu bagi memastikannya berfaedah kepada semua pelajar. Secara keseluruhan, pelajar yang mengikuti program ini berpeluang untuk meneroka dan mempelajari pelbagai aspek pekerjaan seperti kejuruteraan dan teknologi, pengurusan, perancangan, ekonomi , sosial dan komunikasi. Pelajar bukan hanya memperolehi kemahiran dalam bidang pengajiannya tetapi turut memperolehi kemahiran dalam bidang pengajiannya tetapi turut memperolehi kemahiran insaniah yang diperlukan untuk menjadi seorang pekerja profesional. Bagi memperolehi pengalaman dan kemahiran menyeluruh, pihak industri digalakkan menempatkan para pelajar ini ke dalam pelbagai bidang kerja. Perancangan rapi antara pihak industri dan UHKI serta fakulti diperlukan agar program LI dapat berjalan dengan teratur dan berjadual serta dikawal selia dengan sempurna. Sebagai panduan, program LI ini dibahagikan kepada TIGA (3) aktiviti utama seperti berikut: (i)
Orientasi Kepada Organisasi Aktiviti ini dijalankan sepanjang minggu pertama. Pelajar dikehendaki menerangkan latar belakang pengetahuan akademik dan pengalaman, harapan dan aspirasi mereka terhadap LI dan sebagainya. Dalam tempoh ini, pihak industri perlu memberi penerangan mengenai organisasi dan operasi, peraturan-peraturan bekerja serta keselamatan dan sebagainya.
(ii)
Latihan Aktiviti latihan memerlukan perancangna dan jadual matriks perlaksanaan yang jelas serta terperinci. Ia boleh dirangka secara bersama di anatara pelajar dan pihak industri. Sepanjang tempoh latihan, pelajar akan ditempatkan di dalam bidang kejuruteraan, teknologi dan pengurusan. Penempatan dan tempoh latihan bergantung kepada sifat kerja yang akan dilakukan oleh pelajar. Pelajar akan digandingkan dengan personel atau jurutera kumpulan teknikal dalam setiap pengendalian tugas dan tanggungjawab harian. Pelajar juga digalakkan mengambil bahagian dalam projek-projek berpasukan seperti pembanggunan sumber manusia, preancangan, pembuatan dan lain-lain lagi.
(iii)
Pengisian Buku Log dan Penulisan Laporan Akhir Pelajar wajib melaporkan aktiviti latihan yang telah mereka lalui setiap hari di dalam buku log. Laporan mingguan juga wajib disediakan mengikut garis panduan yang ditetapkan. Buku log ini perlu disemak oleh penyelia industri mengikut ketetapan mereka (mingguan atau harian). Berdasarkan pengisian buku log tersebut pelajar dikehendaki menulis satu laporan akhir setelah menamatkan LI. Garis panduan penulisan laporan akhir LI boleh dirujuk pada Bahagian 4 di dalam buku ini.
2.0
PENEMPATAN LATIHAN
Penempatan akan dilakukan sekiranya pelajar telah mematuhi/memenuhi SEMUA syarat seperti dinyatakan dalam perkara 7.1.1, Bahagian 1 iaitu Syarat Kelayakkan LI. Pelajar yang layak menjalani LI akan ditempatkan di sektor awam atau swasta mengikut kesesuaian bidang 8
masing-masing. Penempatan akan diselaraskan dan penentuan kesesuaian syarikat akan ditentukan oleh fakulti mengikut pemilihan yang dibuat oleh pelajar. Penyelaras industri fakulti akan mengatur lawatan verifikasi penempatan pelajar sebelum memutuskan kebenaran untuk menjalankan latihan di organisasi yang dipilih pelajar. Pelajar DILARANG berpindah tempat latihan kecuali mendapat kebenaran daripada pihak fakulti. Pelajar diingatkan supaya mengambil berat dan menjalani latihan secara bersungguh-sungguh di tempat latihan yang ditentukan walaupun kemungkinan tempat latihan bukan pilihan pelajar atau tidak sepenuhnya menepati dengan bidang/kursus yang diambil semasa di universiti. 2.1
Pertukaran Tempat LI
Sebarang permohonan pertukaran tempat perlu dibuat oleh pelajar secara bertulis kepada PHI melalui Ketua Jabatan Latihan Mengajar dan Latihan Industri fakulti. Pertukaran tidak dibenarkan kecuali atas sebab-sebab berikut: (i) (ii)
Tempat latihan asala yang ditawarkan tidak sesuai dengan program pengajian. Wujud persekitaran kerja yang tidak selamat atau yang melibatkan isu-isu sensitif.
Surat permohonan pertukaran perlu diserahkan kepada PLIF dan PHI dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh lapor diri dengan menyatakan alasan pertukaran. Keputusan permohonan adalah tertakluk kepada PLIF dan PHI.
3.0
SURAT INDEMNITI (SURAT LEPAS TANGGUNG)
Setiap pelajar yang menjalani program LI akan diberikan surat indemniti. Surat indemniti ini juga akan diambil di PHI dan pelajar dipertanggungjawabkan untuk menyerahkan surat tersebut kepada industri. Adalah menjadi tanggungjawab pelajar dan organisasi untuk memaklumkan kepada pihak PHI dan PLIF sekiranya berlaku sebarang kecemasan semasa menjalani program LI.
4.0
ALAMAT SURAT MENYURAT
Setiap pelajar dikehendaki mengemukakan alamat kediaman dan alamat organisasi semasa LI mereka selewat-lewatnya SATU (1) minggu dari tarikh melapor diri di organisasi tempat latihan. Sebarang pertukaran alamat kediaman atau surat-menyurat semasa menjalani program LI wajib dimaklumkan kepada PLIF, PHI dan organisasi.
5.0
DISPLIN, KEHADIRAN DAN CUTI
Para pelajar yang menjalani program LI tertakluk dan WAJIB mematuhi segala syarat, peraturan yang diamalkan oleh pihak organisasi tempat latihan. Pelajar perlu menjaga displin, sahsiah, etika berpakaian dan tatatertib sepanjang masa menjalani LI demi menjaga nama baik diri dan universiti. Pelajar tidak dibenarkan mengambil cuti seaktu menjalani LI kecuali dengan kelulusan organisasi yang berkaitan, merujuk kepada Dasar Latihan Industri IPT. Permohonan cuti adalah tertakluk kepada budi bicara organisasi tersebut. Sebarang permasalahan perlu dirujuk dengan segera kepada PHI. Jika organisasi tiada memberikan panduan, maka pelajar perlu merujuk kepada PLIF masing-masing. Pelajar yang cuti sakit mesti mengemukakan sijil cuti sakit yang disahkan oleh pegawai perubatan bertauliah. Permohonan cuti selain daripada cuti sakit hendaklah mengemukakan bukti dan mendapat kelulusan daripada organisasi. Pelajar yang mengambil cuti daripada 20% daripada tempoh LI dikehendaki menarik diri atau menangguh LI. 9
Bagi permohonan cuti khas seperti program khidmat negara dan urusan rasmi universiti, pelajar hendaklah memohon kelulusan bertulis daripada organisasi dan dekan fakulti. Cuti dengan kebenaran tersebut perlu diganti dengan perlanjutan tempoh LI. Kegagalan mematuhi peraturan dan displin yang ditetapkan boleh menyebabkan pelajar diberhentikan daripada program LI serta-merta dan diberikan gred Hadir Gagal (HG).
6.0
IMBUHAN ATAU ELAUN LI
UTHM tidak menyediakan peruntukkan kewangan untuk pelajar menjalani LI. Pelajar dilarang meminta sebarang imbuhan, elaun atau upah daripada organisasi. Sebarang ganjaran atau imbuhan dari pihak industri adalah atas budi bicara industri tersebut. Segala perbelanjaan menjalani LI adalah di bawah tanggungan pelajar berkenaan.
7.0
YURAN
Yuran tertakluk kepada Pekeliling Bendahari (Peraturan Pembayaran Pelajar).
8.0
INSURAN PELAJAR
Semua pelajar UTHM adalah dilindungi oleh skim insuran berkelompok (rujuk Pejabat Hal Ehwal Pelajar untuk keterangan lanjut)
9.0
GARIS PANDUAN UNTUK PELAJAR (i) (ii) (iii)
Hanya berhak memilih SATU tempat LI sahaja Parapelajar hendaklah menjalankan LI ini tidak kurang dari 8 minggu. Wajib mengemaskini dan memulangkan kad lapor diri UTHM>UHKI/LI-07B ke unit LI dalam tempoh 1 minggu setelah berad di tempat LI. (iv) Pelajar-pelajar yang ingin menjalani LI adalah tertakluk kepada pra-syarat yang telah ditetapkan oleh program fakulti masing-masing. (v) Sepanjang masa LI tersebut, para pelajar hendaklah berada di agensi di mana para pelajar ditempatkan atau lokasi-lokasi lain mengikut arahan agensi tersebut. (vi) Para pelajar hendaklah menganggap agensi di mana para pelajar ditempatkan sebagai majikan dan sentiasa bertanggungjawab dan memikul akauntabiliti kepada penyelia yang ditugaskan untuk menyelia program LI para pelajar. (vii) Para pelajar diwajibkan mematuhi segala arahan dan peraturan yang dikenakan dan dikuatkuasakan ke ats para pelajar oleh agensi sepanjang masa program ini berjalan. (viii) Para pelajar tidak berhak meminta sebarang imbuhan, upah atau elaun dari pihak agensi. Walau bagaimanapun, sekiranya pihak agensi memberi sebarang bentuk imbuhan atau kemudahan, maka para pelajar bolehlah menerimanya. (ix) Sebagai pelajar universiti di sepanjang masa LI, para pelajar tertakluk di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Sebarang perlanggaran akta ini akan membawa implikasi yang sama seperti ketika para pelajar berada di kampus. (x) Para pelajar hendaklah menganggap LI sebagai peluang dan ruang untuk menimba ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman. Perbezaannya adalah proses pembelajaran ini tidak berlaku di dewan kuliah di kampus, sebaliknya di agensi. Justeru, para pelajar hendaklah berusaha bersungguh-sungguh mencari pengetahuan, kemahiran dan pengalaman melalui LI ini. (xi) Pelajar mesti mematuhi semua arahan pihak PHI yang dikeluarkan dari masa ke semasa. (xii) Pelajar mesti menjaga nama baik UTHM.
10
BAHAGIAN 3 PANDUAN PEMANTAUAN DAN PENYELIAAN 1.0 TUJUAN PEMANTAUAN LATIHAN INDUSTRI Pemantauan bertujuan memastikan objektif LI tercapai. Pemantauan akan dilaksanakan secara berterusan oleh pihak industri dan secara berjadual oleh pihak PHI. Perbincangan antara pelajar, PF dan PI akan diadakan apabila lawatan berlangsung bagi meningkatkan keberkesanan program latihan tersebut. Input dan pandangan daripada ketiga-tiga pihak diperlukan supaya program latihan ini memberikan kesan dan faedah bersama khususnya pelajar dan organisasi. Penyeliaan LI dilakukan oleh PF dan PI. Proses kerja terbahagi kepada 3 bahagian iaitu sebelum, semasa dan selepas penyeliaan.
2.0 TUJUAN PENILAIAN LATIHAN INDUSTRI (i) (ii) (iii)
Mengukur prestasi kerja/latihan dan mutu penghasilan pelajar. Menilai perkembangan sahsiah pelajar. Membimbing pelajar.
3.0 SKEMA PENILAIAN Penilaian LI adalah berdasarkan kepada rubrik penilaian yang telah ditetapkan oleh fakulti. Komponen penilaian adalah seperti berikut: (i) (ii) (iii)
Buku Log dan Laporan Akhir. Penilaian prestasi pelajar oleh PF dan PI. Pembentangan (jika berkaitan).
5.0 GARIS PANDUAN PENYELIAAN UMUM BAGI PELAJAR 4.1
Sebelum Penyeliaan
Sebelum menjalani LI, pelajar dikehendaki terlebih dahulu: 4.1.1. Menghadiri taklimat LI yang dianjurkan oleh fakulti sebelum menjalani LI. Taklimat ini bertujuan bagi menyediakan pelajar dengan panduan berkenaan: (i) Penerangan dan pemahaman silibus dan kurikulum LI *(LAMPIRAN A). (ii) Kaedah memilih dan memohon tempat LI(LAMPIRAN B). (iii) Kesesuaian tempat mengikut program pengajian. (iv) Pemantauan dan penilaian LI. (v) Pengisian dan penulisan laporan akhir. (vi) Etika, ketrampilan, peraturan dan displin semasa LI. 4.1.2 Mendaftar kursus LI semasa pra-pendaftaran sebelum semester bermula dengan mengisi borang yang disediakan oleh fakulti dan PHI. 4.1.3 Mengisi maklumat lengkap di PHI. 4.1.4 Mendapatkan Buku Panduan Latihan Industri.
11
4.2
Semasa Penyeliaan
Semasa menjalani LI, pelajar diwajibkan: 4.2.1 4.2.2
4.2.3
5.3
Mengemaskini dan mengembalikan kad lapor diri UTHM>UHKI/LI-07B ke unit LI fakulti dalam masa seminggu selepas LI bermula. Mengisi dan melengkapkan Buku Log dan menghantarnya bersama-sama laporan akhir. Laporan akhir hendaklah mengikut format dan panduan yang diberikan dalam Bahagian 4. Mematuhi garis panduan pelajar dalam perkara 9.0, Bahagian 2 di dalam buku ini.
Selepas Penyeliaan
Selepas tamat tempoh LI, pelajar diwajibkan: 4.3.1
Menghantar buku log dan laporan akhir.
5.0 GARIS PANDUAN PENYELIAAN UMUM BAGI FAKULTI 5.1
Sebelum Penyeliaan
Penyeliaan LI dilakukan oleh PF dan PI. Proses kerja terbahagi kepada 3 bahagian iaitu sebelum, semasa dan selepas.Carta alir lengkap bagi proses pemantauan dan penyeliaan boleh dirujuk pada LAMPIRAN C. PF perlu memastikan: 5.1.1. Menerima pelantikan dan jadual penyeliaan sebagai PF yang disahkan oleh Ketua Jabatan Latihan Mengajar dan Latihan Industri fakulti. 5.1.2 Mengisi borang e-pergerakan untuk perjalanan penyeliaan. (i) Borang pergerakan. (ii) Borang permohonan penggunaan kenderaan rasmi UTHM/Sendiri/Permohonan tiket kapal terbang. (iii) Borang permohonan wang pendahuluan (jika perlu). (iv) Kaedah memilih dan memohon tempat LI. 5.1.3 Menghubungi organisasi dan pelajar melalui telefon untuk mengenal pasti: (i) Lokasi penyeliaan. (ii) Tarikh dan masa lawatan. (iii) Penyelia industri yang akan ditemui. 5.2
Semasa Penyeliaan
Semasa menyelia LI, PF bertanggungjawab untuk: 5.2.1 5.2.2 5.2.3 5.2.4 5.3 5.3.1
Melawat, memantau dan menilai pelajar (LAMPIRAN D). Membantu pelajar menyelesaikan masalah yang dihadapi. Membuat perbincangan dengan PI. Memberi panduan kepada pelajar dan menyemak buku log dan laporan akhir LI.
Selepas Penyeliaan PF bertanggungjawab untuk: (i) Menerima dan menilai buku log serta laporan akhir. (ii) Menyerah markah penilaian LI dalam tempoh yang ditetapkan oleh PLIF.
12
5.3.2
PLIF bertanggungjawab untuk:
Menyimpan laporan akhir LI untuk tujuan akreditasi program akademik dan semakan pengauditan MS ISO. Dokumen tersebut boleh dilupuskan setelah dua (2) tahun dari tarikh tamat LI.
6.0
PENILAIAN KUALITI BERTERUSAN
Pemantauan dan penilaian oleh PF terhadap pelajar perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali sepanjang tempoh LI untuk membolehkan proses penambahbaikkan berterusan dilakukan. Penilaian dibuat berdasarkan laporan Li, pembentangan, buku log, produk atau sebarang kaedah yang ditetapkan oleh pihak fakulti. Proses penilaian hendaklah melibatkan PI dan PF.
13
BAHAGIAN 4 PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN 1.0
PENDAHULUAN
Bab ini menerangkan kaedah menulis Laporan Latihan Industri. Penulisan Laporan Akhir Latihan Industri adalah salah satu elemen penilaian yang menyumbang markah sebanyak 20% dari keseluruhan penilaian Latihan Industri. Pelajar dikehendaki menyediakan laporan ini berdasarkan panduan kandungan yang diberikan. Laporan tersebut perlu dihantar semasa pelajar membuat pendaftaran tamat latihan industri. Secara umumnya panduan penulisan laporan ini dirujuk dan ditulis dengan menggunakan panduan menulis modul dari Pusat Pembanggunan Akademik, UTHM. Semua maklumat yang dinyatakan adalah bertujuan untuk memberi panduan kepada pelajar untuk menyediakan laporan secara bersistematik dan berkualiti.
2.0
TUJUAN
Semua maklumat yang dinyatakan bertujuan untuk memberi panduan kepada pelajar untuk menyediakan laporan rasmi latihan industri secara bersistematik, lebih kemas dan berkualiti serta tersusun. Bab ini dibahagikan kepada dua bahagian: (i) Bahagian A - Kaedah menulis laporan. (ii) Bahagian B - Format penulisan laporan.
3.0 BAHAGIAN A: KAEDAH MENULIS LAPORAN AKHIR 3.1
Panduan Umum (i)
(ii) (iii) (iv) (v)
Laporan boleh disediakan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, sekiranya pelajar berminat untuk menulis topik-topik tertentu dalam Bahasa Inggeris, pelajar dibenarkan berbuat demikian dengan syarat setiap topik itu ditulis dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya. Laporan hendaklah ditaip pada kertas putih dan disusun mengikut urutan yang betul mengikut penulisan modul. Penulisan Laporan Latihan Industri hendaklah menggunakan kertas bersaiz A4 (210 x 297mm) dan berat minimum kertas ialah 70 gsm. Kulit laporan latihan industri hendaklah dijilid dengan menggunakan ring binding warna hitam dan kulit warna biru. Mukasurat laporan adalah diantara 50 hingga 80 mukasurat tidak termasuk lampiran.
14
3.2
Panduan Penulisan Laporan Akhir (i)
Jenis tulisan yang dibenarkan ialah Arial/Times New Roman bersaiz 12 dan menggunakan perenggan 1.5 spacing. (ii) Laporan yang disediakan dalam Bahasa Melayu hendaklah menggunakan sistem ejaan seperti yang terdapat di dalam daftar Ejaan Rumi Bahasa Melayu edisi terkini keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka. (iii) Penggunaan istilah dalam Bahasa Inggeris hendaklah dicondongkan (italic) atau dengan ‘…’ atau diletakkan dalam kurungan (…..) bagi membantu pemahaman istilah Bahasa Melayu. (iv) Penggunaan ayat perlulah tepat, padat, mudah difahami. (v) Jidar bagi setiap muka surat penulisan perlulah mengikut format sepertimana yang ditetapkan. a) 4.0 sm dari tepi kiri kertas b) 2.5 sm dari tepi kanan kertas c) 2.5 sm dari tepi atas kertas d) 2.5 sm dari tepi bawah kertas (vi) Nombor muka surat diletakkan di bahagian tengah, 2.0 sm dari tepi bawah kertas dan dicetak secara depan belakang. (vii) Nombor muka surat di BAHAGIAN PERMULAAN seperti Judul, Pengesahan Pelajar, Penghargaan, Isi Kandungan, Senarai Jadual, Senarai Rajah dan Senarai Lampiran hendaklah menggunakan tulisan Roman Numerals seperti i, ii,iii dan seterusnya. Manakala bagi nombor muka surat bagi BAHAGIAN BAB iaitu bagi isi kandungan laporan adalah seperti biasa iaitu 1,2,3 dan seterusnya. (viii) Nombor mukasurat tidak boleh diletakkan dalam kurungan ataupun sebarang aksara lain. (ix) Penggunaan Bullet tidak dibenarkan. (x) Semua lampiran perlu diletakkan di belakang laporan selepas BAB KESIMPULAN. Setiap lampiran perlu diberi tajuk di sebelah kanan atas halaman mukasurat berkenaan dengan menggunakan sistem penomboran Roman Numerals dengan menggunakan huruf besar. Contoh; LAMPIRAN I. (xi) Nombor-nombor muka surat di bahagian permulaan/ prakata/abstrak dan isi kandungan hendaklah menggunakan sistem penomboran seperti :- i, ii, iii, iv.
4.0 PANDUAN KANDUNGAN LAPORAN AKHIR Bab 1 : Pengenalan Bab ini merangkumi pengenalan kepada Latihan Industri, pendahuluan, objektif latihan industri, objektif laporan dan kepentingan latihan industri kepada pelajar. Ianya merangkumi: (i) Butir-butir organisasi. (ii) Struktur Organisasi. (iii) Bilangan Kakitangan. (iv)Keluasan organisasi, tanah. (v) Kegiatan utama, produk yang dihasilkan. (vi)Pasar tempatan, eksport. (vii) Ringkasan proses/carta alir pengeluaran produk atau perkhidmatan yang dijalankan atau disediakan.
15
Bagi maklumat kepada latarbelakang organisasi ia meliputi pengenalan terhadap organisasi, carta organisasi, sejarah penubuhan serta aktiviti organisasi, misi, visi dan halatuju organisasi. (pelajar dinasihatkan supaya berbincang dengan pihak pengurusan industri sebelum menulis maklumat organisasi supaya ia tidak bertentangan dengan dasar organisasi berkenaan) Bab 2: Skop Latihan Penulisan laporan secara menyeluruh sepanjang tempoh pelajar menjalani LI. Ini termasuk memasukkan tujuan dan matlamat LI tersebut. Penulisan bab ini hampir menyamai kandungan perancangan LI yang ditulis dalam Jadual 1 buku log pelajar. Bab 3: Ringkasan Aktiviti Latihan Industri (Aktiviti Mingguan) Ringkasan aktiviti latihan dalam bentuk ringkasan atau rumusan berdasarkan kepada latihan atau tugas yang dilaksanakan sama ada mengikut mingguan; bidang tugas yang dibuat setiap minggu dari minggu pertama hingga minggu terakhir. Perkara tersebut boleh dinyatakan dalam bentuk jadual. Penulisan laporan bergambar digalakkan bagi membantu pemahaman lebih jelas kepada isi kandungan aktiviti. Bab 4: Laporan Teknikal Bab ini menerangkan tugas atau kerja yang dipertanggungjawab atau dilaksanakan semasa latihan. Pelajar hendaklah menerangkan secara terperinci topik-topik tersebut dan setiap maklumat yang dilaporkan perlulah disokong dengan rajah, jadual serta gambar yang bersesuaian. Pelajar digalakkan merujuk fakta-fakta tersebut melalui bahan-bahan rujukan seperti buku, majalah, jurnal atau dan lain. Pelajar juga dikehendaki menghubungkaitkan pengalaman kerja dengan teori yang dipelajari. Laporan teknikal ini memfokuskan dua perkara utama: (i) Kerja/aktiviti utama yang dilakukan (ii) Perkara-perkara utama yang berlaku dan dicapai Bab 5: Dapatan, Komen dan Cadangan Dapatan yang dibuat hendaklah berkaitan dengan latihan di mana pelajar digalakkan membuat cadangan positif dan membina bagi tujuan proses penambahbaikan di masa akan datang. Hasil daripada pendedahan kepada situasi di organisasi/industri, siswa dikehendaki memberikan cadangan membina kepada organisasi/industry seperti aspek pengurusan, operasi, kawalan kualiti, penyelenggaraan dan lain-lain. Cadangan juga meliputi dua perkara berikut: (i) Cadangan kepada tentang kesesuaian latihan dari segi kursus/bidang dan lain-lain. (ii) Cadangan skop/rancangan latihan. Komen yang dibuat hendaklah berkaitan dengan latihan yang di jalankan di organisasi berkaitan. Pelajar digalakkan membuat cadangan yang positif dan membina agar boleh dijadikan panduan dalam proses penambahbaikan di masa akan datang. 16
Bab 6: Kesimpulan Kesimpulan merupakan rumusan keseluruhan laporan industri yang pelajar buat bermula dari bab yang awal. Bab ini juga menyimpulkan samaada tujuan dan matlamat yang ditetapkan tercapai. Bab 7: Rujukan Pelajar hendaklah memasukkan rujukan yang di ambil petikannya bagi menulis laporan akhir ini. Rujukan terdiri daripada modul, standard operating procedure (SOP) dan sebagainya. Format penulisan rujukan seperti di berikut. RUJUKAN 1. Mustapar Mohamad, Pengenalan Teori Kuantum, Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Chuah, D.G.S Solar Radiation in Malaysia, Oxford University Press, Singapore, 1990; 3. Fox, William, The Mill, New York Geographic Society, 1976.
Bab 8: Lampiran Pelajar hendaklah melampirkan apa jua perkara berkaitan dengan LI yang difikirkan perlu dan dapat membuatkan laporan akhir ini lebih bermaklumat dan lengkap. Semua lampiran hendaklah diletakkan di bahagian akhir laporan dan hendaklah dinomborkan.
5.0
JUMLAH NASKAH
Setiap pelajar dikehendaki supaya menyediakan satu(1) naskah laporan akhir untuk diserahkan kepada penyelaras fakulti untuk diedarkan kepada penyelia fakulti (pensyarah). Laporan ini tidak akan dipulangkan kembali kepada pelajar untuk tujuan penyemakkan pengaudit ISO. Pelajar boleh membuat Salinan laporan untuk diserahkan kepada pihak organisasi/industri jika diperlukan berbuat demikian atau untuk simpanan sendiri.
6.0
LAPORAN YANG LEWAT
Penangguhan untuk menyerahkan laporan tidak akan dibenarkan kecuali ada sebab-sebab luar biasa di mana kebenaran daripada penyelaras diperlukan. Pelajar yang gagal menyempurnakan laporan atau gagal menyerahkan laporan dalam tempoh yang ditetapkan akan dianggap gagal dalam kursus latihan industri bagi semester yang berkenaan.
17
7.0
BAHAGIAN B: FORMAT BUKU LAPORAN AKHIR CONTOH FORMAT KULIT DEPAN LAPORAN
LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI
SYARIKAT ABC SDN BHD NO 2559B, JALAN WONG AH JANG 25100 KUANTAN PAHANG DARUL MAKMUR
CONTOH FORMAT HALAMAN PENGHARGAAN
Disediakan oleh : Nama
: Ali Bin Abu
No.Matrik
: AB100123
Kursus
: SMPV (KFL)
Tempoh Kursus/Sesi : 12 Jan – 12 Mac 2014 (2013/2014) Nama Penyelia
: Dr. Abu Bin Ali
18
CONTOH FORMAT MUKASURAT PERTAMA SELEPAS KULIT LUAR
BUKU LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI
OLEH
ALI BIN ABU AB100123
DI
SYARIKAT ABC SDN BHD NO 2559B, JALAN WONG AH JANG 25100 KUANTAN PAHANG DARUL MAKMUR
Buku laporan ini dikemukakan kepada Jabatan Latihan Mengajar dan Latihan Industri Sebagai memenuhi sebahagian dari syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Kimpalan dan Fabrikasi Logam)
FPTV OGOS 2014
19
CONTOH FORMAT HALAMAN KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN
BAB
KANDUNGAN
MUKASURAT
Judul Dedikasi Penghargaan Senarai rajah Senarai jadual 1
2
i ii iii iv v
PENGENALAN 1.1 Latar belakang firma 1.2 Carta organisasi
1 2
SKOP LATIHAN 2.1 AAAAAAA 2.2 BBBBBBB
15 16
3
RINGKASAN 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 3.8
AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI (AKTIVITI MINGGUAN) Minggu 1 22 Minggu 2 23 Minggu 3 24 Minggu 4 25 Minggu 5 26 Minggu 6 27 Minggu 7 28 Minggu 8 29
4
LAPORAN TEKNIKAL DAPATAN KOMEN DAN CADANGAN KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN
40 60 70 80 80
20
CONTOH FORMAT HALAMAN PERMULAAN BAB
10.0 sm dari tepi atas kertas
BAB 1: PENGENALAN 3 X 1.5 spacing 2.5 sm 4.0 sm Teks bab bermula dari sini dan Bersambung ke jidar kiri. Teks hendaklah Menggunakan jarak langkau 1.5 (1.5 spacing)
2 X 1.5 spacing 1.2 Sub Judul 2 X 1.5 spacing Teks bab bermula dari sini dan bersambung ke jidar kiri. Teks hendaklah ditaip menggunakan jarak langkau 1.5 (1.5 spacing) Gambarajah/graf/jadual yang terdapat dalam laporan hendaklah di nomborkan mengikut nombor tajuk kecil dan diberikan penerangan ringkas.
21
CONTOH FORMAT HALAMAN PENULISAN
2.5 sm dari tepi atas kertas
Sambungan penulisan bermula di sini ...............
4.0 sm
2.5sm dari atas 2.5 sm dari bawah 4.0 sm dari tepi kiri 2.5 sm dari tepi kanan (Setiap ukuran di ambil dari hujung/tepi kertas)
2.5 sm dari tepi bawah kertas
22
2.5 sm
6.0
PANDUAN MENULIS BUKU LOG HARIAN
6.1
Pendahuluan
Penulisan buku log harian diambilkira bagi penilaian modul latihan industri. Markah untuk laporan harian adalah 20% daripada keseluruhan markah latihan industri. Oleh itu pelajar diwajibkan menulis buku log harian setiap hari dan mendapatkan tandatangan penyelia setiap minggu untuk pengesahan. Pemantauan dan penyeliaan PI boleh dirujuk pada borang dalam LAMPIRAN E. 6.1.1
Perkara Yang Ditulis Dalam Buku Loharian (i) (ii) (iii)
Kerja-kerja yang dilakukan oleh pelajar sendiri. Kerja-kerja yang dilihat oleh pelajar (kerja yang dilakukan oleh pekerja organisasi Kerja-kerja yang didengar oleh pelajar ( Penerangan yang diberikan oleh penyelia atau pekerja organisasi yang lain )
6.1.1.1 Kerja Yang Dilakukan Sendiri Oleh Pelajar (i) Catatkan kerja yang dilakukan dari mula hingga akhir dengan terperinci. (ii) Setiap penerangan yang ditulis hendaklah dibantu dengan gambarajah/pengiraan yang berkaitan.
lakaran
6.1.1.2 Kerja Yang Dilihat/Didengar Oleh Pelajar. Organisasi biasanya tidak membenarkan pelajar melakukan kerja-kerja yang merbahaya dan memerlukan kemahiran tinggi. Dalam keadaan ini pelajar dibenarkan untuk memerhati dan mendengar bagaimana kerja-kerja tersebut di lakukan oleh pekerja-pekerja organisasi yang telah mahir. Pelajar hendaklah memerhati dan mencatat dengan terperinci setiap langkah yang dilakukan oleh pekerja organisasi tersebut. Anggaplah bahawa kerja yang dilakukan oleh pekerja berkenaan sebagai satu pengalaman untuk mendapat kemahiran melalui permerhatian sahaja.
7.0
PANDUAN MENULIS JURNAL REFLEKSI
Jurnal refleksi ini dicatatkan di dalam ruangan Bahagian D: Laporan Harian, buku log LI. Contoh Penulisan Jurnal Refleksi, meliputi perkara berikut: (i) (ii) (iii) (iv) (v)
Catatkan setiap arahan yang diberikan oleh penyelia. Senaraikan peralatan/dokumen yang digunakan untuk kerja tersebut. Catatkan langkah-langkah kerja yang dilakukan satu persatu dari mula hingga kerja tersebut disiapkan atau kerja tersebut disambung pada hari berikutnya. Lakarkan peralatan atau komponen-komponen penting yang digunkan/pengiraan yang dilakukan pada hari tersebut. Buat kesimpulan setiap minggu dan komen tentang kerja tersebut.
23
LAMPIRAN A : Silabus Latihan Industri
24
25
26
LAMPIRAN B : Carta Alir Permohonan dan Penempatan LI TINDAKAN
MULA
Mendapatkan maklumat jumlah kredit dapat pelajar
PLIF
Menyalurkan maklumat jumlah kredit dapat pelajar
PPA
Menyemak pendaftaran pelajar dan kenal pasti bidang serta tarikh LI
PLIF
Mendapatkan maklumat tempat latihan
PLIF
Taklimat pertama LI kepada pelajar
PLIF
Mempamerkan senarai industri untuk pemilihan pelajar
PHI/PLIF
Memohon Penempatan LI
PHI/PLIF
Tidak
Persetujuan Industri
PHI/PLIF
Ya Menyenaraikan penempatan pelajar dan kemas kini pengkalan data
PHI/PLIF
Mempamerkan senarai penentuan tempat LI
PHI/PLIF
Menghantar surat penempatan dan surat pelepasan tanggung (indeminity) kepada industri
PHI/PLIF/PELAJAR
Taklimat kedua kepada pelajar
PHI/PLIF
Pelajar melapor diri di tempat LI
PELAJAR
SELESAI
27
LAMPIRAN C : Carta Alir Pemantauan dan Penyeliaan LI TINDAKAN
MULA
Mengemaskini maklumat lapor diri pelajar
PLIF
Menyediakan jadual lawatan
PLIF
Melantik Penyelia LI fakulti
KJ (LM&LI)
Memberi taklimat kepada Penyelia LI fakulti
PLIF
Memaklumkan tempat LI mengenai lawatan
PLIF
Melaksanakan lawatan bagi memantau dan menilai prestasi pelajar
PF
Mengumpul dan merekod penilaian prestasi pelajar
PLIF
Keputusan LI
Gagal
Lulus SELESAI
28
Ulang LI
PLIF
LAMPIRAN D : Borang Penilaian Penyelia Fakulti
29
30
LAMPIRAN E: Borang Penilaian Penyelia Industri
31
32
33