DASAR DAN GARIS PANDUAN PENERBITAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA 1.0
TUJUAN Dokumen ini digubal bagi memberi penjelasan mengenai dasar dan tatacara dalam penerbitan bahan ilmiah Universiti selaras dengan peruntukan Perlembagaan Universiti Teknikal Malaysia Melaka P.U.(A) 45.
2.0
TAFSIRAN Dalam dokumen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain“Bahan Ilmiah” ertinya karya asli, karya suntingan, jurnal, monograf, modul pengajaran dan pembelajaran, karya kreatif dan inovatif dan karya terjemahan; “Bahan Umum” ertinya buku panduan akademik PTj, buletin, buku polisi PTj, dan lain-lain terbitan selain daripada bahan ilmiah; “e-Publishing” ertinya satu sistem untuk memuat turun bahan ilmiah atau umum dalam bentuk digital secara berbayar atas talian dari laman sesawang Universiti; “JKTSHEA” ertinya Jawatankuasa Tetap Senat Hal Ehwal Akademik; “JKPU’’ ertinya Jawatankuasa Penerbitan Universiti; “JKPF’’ ertinya Jawatankuasa Penerbitan Fakulti; “JKP’’ ertinya Jawatankuasa Penerbit Universiti di peringkat pejabat Penerbit Universiti; “Mesyurat ME’’ ertinya Mesyuarat Majlis Eksekutif Universiti Teknikal Malaysia Melaka; “Penerbit Universiti’’ ertinya Penerbit Universiti Universiti Teknikal Malaysia Melaka; “Penilai Bidang” ertinya pakar dalam sesuatu bidang yang dilantik oleh JKP bagi menilai sesuatu manuskrip karya asli; “Penulis” ertinya penulis manuskrip sama ada di kalangan staf Universiti atau penulis luar; “PPKK” ertinya Pejabat Perancangan dan Komunikasi Korporat Universiti Teknikal Malaysia Melaka;
1/24
“PTj” ertinya Pusat Tanggungjawab di bawah Universiti Teknikal Malaysia Melaka; “Staf’’ ertinya semua pekerja Universiti Teknikal Malaysia Melaka; dan “Universiti’’ ertinya Universiti Teknikal Malaysia Melaka.
3.0
FUNGSI PENERBIT UNIVERSITI Penerbit Universiti merupakan sebuah PTj yang berfungsi untuk menerbitkan bahan ilmiah, bahan umum, perkhidmatan reka letak, reka bentuk, percetakan, pemasaran dan penerbitan elektronik.
4.0
PROSES PENERBITAN UNIVERSITI 4.1
Setiap manuskrip yang diterima oleh Penerbit Universiti akan dihantar ke Penilai Bidang bagi tempoh tiga puluh hari untuk dinilai (Rujuk Lampiran 1 - Carta Alir Proses Penerbitan).
4.2
Penilai Bidang akan memberi cadangan berdasarkan borang di Lampiran 2 – Borang Laporan Penilaian Manuskrip Karya Asli.
4.3
Cadangan dan sokongan Penilai Bidang akan dibawa ke mesyuarat JKTSHEA untuk pertimbangan dan kelulusan sebelum diterbitkan oleh Penerbit Universiti.
4.4
Penulis dan Universiti akan memasuki Perjanjian Penerbitan seperti di Lampiran 3 – Borang Perjanjian Penerbitan.
4.5
Manuskrip yang telah diluluskan akan melalui proses penyuntingan kopi selama seminggu.
4.6
Cadangan manuskrip yang telah disunting akan dihantar kepada Penulis untuk tujuan pembetulan.
4.7
Manuskrip yang telah dibuat pembetulan akan dihantar ke Penerbit Universiti untuk suntingan editor selama empat minggu.
4.8
Manuskrip yang telah melalui proses suntingan editor akan melalui proses pra penerbitan sebelum dicetak, dipromosi dan diedarkan.
2/24
5.0
HAK PENERBITAN UNIVERSITI 5.1
6.0
Hak Untuk Menerbitkan Bahan Ilmiah 5.1.1
Semua Staf boleh menerbitkan penulisan mereka melalui Penerbit Universiti. Penulis luar yang memenuhi kriteria penerbitan Universiti boleh memohon dan dipertimbangkan untuk menerbitkan penulisan mereka dengan Penerbit Universiti.
5.1.2
Mana-mana Staf yang berhasrat untuk menerbitkan penulisan mereka dengan mana-mana penerbit universiti lain di bawah Majlis Penerbitan Penulisan Ilmiah (MAPIM) perlulah mendapat kelulusan dari Universiti. Segala pembayaran berkaitan penerbitan akan ditanggung oleh penerbit universiti berkenaan.
5.1.3
Semua kesilapan selain dari kesilapan pencetak, tambahan atau potongan di dalam lembaran pruf, sama ada dalam edisi awal atau mana-mana terbitan semula seperti mana yang diperuntukkan selepas percetakan yang melebihi daripada sepuluh peratus (10 %) bayaran untuk menyusun pruf, hendaklah ditanggung oleh penulis.
5.1.4
Mana-mana bahan ilmiah yang telah diterbitkan dengan menggunakan peruntukan Universiti akan mempunyai imprint (catatan) “© Universiti Teknikal Malaysia Melaka”.
5.1.5
Bagi penerbitan karya asli, Penerbit Universiti akan mencetak antara 500-1,000 naskah pada setiap cetakan mengikut keperluan pasaran. Jumlah ini termasuklah 10 naskhah percuma yang diberi kepada penulis dan 5 naskhah percuma kepada Perpustakaan Negara Malaysia.
5.1.6
Penerbit Universiti atau mana-mana pengedar yang dilantik akan mempunyai hak untuk mempromosi, mengedar dan menjual buku yang diterbitkan.
JENIS PENERBITAN UNIVERSITI 6.1
Semua hasil penerbitan yang dibuat hendaklah6.1.1
memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran;
6.1.2
memberi faedah kepada bidang dan masyarakat;
6.1.3
mencerminkan kepakaran staf; dan
6.1.4
mencerminkan kecemerlangan serta kebitaraan Universiti.
3/24
6.2
Klasifikasi penerbitan Universiti adalah seperti berikuti. ii. iii. iv. v. vi. vii.
6.3
Karya Asli; Karya Terjemahan; Karya Suntingan; Monograf; Penerbitan Jurnal; Penulisan Modul; dan Bahan Umum.
Bidang fokus penerbitan Universiti adalah seperti berikut: 6.3.1
Karya Kejuruteraan yang merangkumii. ii. iii. iv.
7.0
8.0
Kejuruteraan Pembuatan; Kejuruteraan Mekanikal; Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer; dan Kejuruteraan Elektrik.
6.3.2
Karya Teknologi Maklumat dan Komputer.
6.3.3
Karya Keusahawanan dan Pengurusan Teknologi.
6.3.4
Karya Pembangunan Insan.
6.3.5
Karya Seni Kreatif dan Inovatif.
6.3.6
Termasuk karya-karya bidang yang menjadi teras tumpuan yang akan diperkenalkan oleh universiti pada masa akan datang.
PENULISAN MANUSKRIP KARYA ASLI 7.1
Penulisan manuskrip karya asli yang akan diterbitkan, hendaklah mengikut panduan dalam Gaya Penerbit Universiti.
7.2
Manuskrip tersebut hendaklah merupakan cetusan pemikiran terakhir Penulis dan bukannya suatu draf yang akan dipinda kemudiannya.
PENGGUNAAN LOGO UNIVERSITI Penulis tidak boleh menggunakan logo Universiti untuk sebarang tujuan penerbitan ilmiah tanpa persetujuan Universiti.
9.0
PELUPUSAN BAHAN TERBITAN 9.1
Jika pada bila-bila masa selepas tujuh tahun diterbitkan, karya tersebut tidak lagi mendapat jualan yang lumayan, pihak Penerbit Universiti boleh menjualnya pada harga kos penerbitan.
4/24
10.0
9.2
Sekiranya selepas sepuluh tahun, masih terdapat lagi stok berkenaan maka Penerbit Universiti boleh dengan kelulusan JKTSHEA melupuskan naskhah yang berlebihan itu tanpa bertanggungjawab memberi penjelasan kepada Penulis.
9.3
Pelupusan naskhah yang dibuat oleh Universiti hendaklah berpandukan Tatacara Pelupusan Universiti yang berkuatkuasa.
DASAR PERCETAKAN UTeM 10.1
Terbitan yang boleh dicetak di Penerbit Universiti adalah bagi jenis kerja penerbitan dan percetakan rencam, cepat dan ringkas, jumlah cetak kecil, nipis dan proses pra-penerbitan yang ringkas.
10.2
Kategori kerja percetakan yang diterima dan dilakukan oleh Penerbit Universiti dapat dikelaskan dengan spesifikasi berikut: i. ii.
iii. iv. v.
Kategori acara rasmi atau tahunan Universiti, dibuat empat warna; Kategori acara Universiti yang melibatkan Canselor, ketua atau pemimpin negara sama ada dalam atau luar negara, dibuat empat warna; Kategori peringkat Universiti dengan institusi luar; kulit empat atau dua warna, teks hitam putih; Kategori PTj; kulit empat atau dua warna, teks hitam putih; dan Kategori persatuan; kulit warna atau hitam putih, teks hitam putih.
10.3
Jika teks dan ilustrasi perlu dalam warna untuk maksud khas, maka ianya hendaklah dipohon mengikut kesesuaian.
10.4
Percetakan luar boleh dibuat bagi kerja-kerja penerbitan dan percetakan yang memerlukan proses grafik yang khusus dan tempoh yang lebih panjang, teks tebal, ilustrasi dan spesifikasi yang kompleks.
10.5
Tertakluk kepada kelulusan Ketua PTj, terbitan berikut boleh dibuat dengan pencetak luar sekiranya jumlah percetakan 500 unit dan ke atas tanpa menggunakan kemudahan percetakan Penerbit Universiti: i. ii. iii.
Buku Konvokesyen (cenderahati atau terbitan khas); Buku Kaedah dan Peraturan Universiti; dan Terbitan buku-buku ilmiah dan jurnal Universiti.
5/24
11.0
PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN LAIN PENERBIT UNIVERSITI 11.1
Aplikasi Penerbitan Elektronik 11.1.1 Penerbit Universiti merupakan pemilik sistem e-Publishing Universiti. Melalui sistem e-Publishing, semua bahan terbitan ilmiah atau umum. 11.1.2 Setiap bahan yang dimuat turun hendaklah dibayar secara ‘online’ dengan kadar yang ditetapkan oleh Penerbit Universiti. 11.1.3 Bahan yang dimuat turun boleh disimpan dalam bentuk digital atau elektronik seperti di dalam CD, ‘thumb drive’, ‘hard disc’ atau disket dan lain-lain. 11.1.4 e-Publishing ini boleh didapati di dalam format PDF (Portable Document Format) atau EXE (Executable) sebagai sebuah aplikasi. 11.1.5 e-Publishing menawarkan perkhidmatan: i. ii.
11.2
Penerbitan buku elektronik (e-Book); dan Penerbitan Jurnal elektronik (e-Journal).
Perkhidmatan Reka Letak, Reka Bentuk Grafik 11.2.1 PTj hendaklah menyerahkan semua kerja reka letak, reka
bentuk grafik dan percetakan Bahan Ilmiah dan Bahan Umum kepada Penerbit Universiti. 11.2.2 Peraturan percetakan ini hendaklah mematuhi Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil 20 Tahun 1981, Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil 24 Tahun 1986, Pekeliling Bendahari Bil. 1/2002 dan peraturan berkaitan yang berkuatkuasa.
12.0
HAK HARTA INTELEK 12.1
Semua bahan yang terkandung di dalam Bahan Ilmiah, Bahan Umum dan penerbitan elektronik sama tulisan, grafik, logo, lettermark dan sebagainya adalah hak cipta terpelihara Universiti. Sebarang penyalahgunaan terhadap mana-mana bahan yang disebutkan di atas boleh dikenakan tindakan undang-undang.
12.2
Bagi karya asli, terjemahan, suntingan dan monograf yang mana penulis atau penterjemahnya dibayar royalti atau honorarium oleh Penerbit Universiti atau menggunakan sebahagian atau sepenuhnya kemudahan Universiti untuk penulisan, maka hak cipta karya tersebut dari segi mencetak, menerbit dan memasarkan adalah dipegang oleh Universiti.
6/24
13.0
APLIKASI MULTIMEDIA 13.1
Pengenalan Aplikasi multimedia menggabungkan teknologi audio visual dan elektronik bagi mengembangkan terbitan audio visual dan terbitan elektronik, meliputi CD-ROM, laman web, pita video dan audio, dan pustaka digital. Aplikasi ini mengembangkan penggunaan teknologi web dalam penerbitan dan dokumentasi dan dapat mewujudkan perpustakaan digital yang boleh menyerlahkan korpus ilmu UTeM yang boleh menjangkau kategori berikut: a. b.
Unit media digital yang membina koleksi imej, suara dan video; dan Unit teks elektronik yang menggabungkan teks dan ilustrasi.
Unit koleksi khas digital seperti mengubah bentuk koleksi lama atau artifak ke dalam bentuk digital. Memastikan sumber bahan dan koleksi artifak UTeM dapat diterbitkan dan dicapai sama ada dalam bentuk terbitan konvensional atau secara elektronik dan talian langsung (online). Keutamaan aplikasi ini adalah untuk kegunaan dalam UTeM, selanjutnya untuk dipasarkan kepada IPTA-IPTA dan IPTS. Perkhidmatan fotografi dan audio visual ditumpukan untuk khidmat bantuan teknikal dalam penerbitan, pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan dokumentasi, di samping memberikan khidmat tersebut untuk maksud rakaman acara dan peristiwa rasmi universiti. Menjalankan fungsi khidmat teknikal dan alat bantuan teknologi pendidikan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan pentadbiran, termasuk hal ehwal serantau.
13.2
Jenis Perkhidmatan PPKK menyediakan khidmat penerbitan multimedia video, dan khidmat teknikal audio visual dalam program dan liputan acara rasmi universiti. Rujukan Lampiran 4 – Garis Panduan Perkhidmatan dan Penerbitan Multimedia.
7/24
13.3
Perkhidmatan Audio Visual a.
Khidmat teknikal Menawarkan khidmat tayangan video, rakaman audio dan video melalui proses-proses yang berikut:i. ii.
b.
Pra-tonton program; dan Penyalinan pita audio dan pita video.
Penerbitan video Menawarkan perkhidmatan rakaman dan penyuntingan. Pemohonan hendaklah menggunakan Borang Penerbitan Video. Rujukan Lampiran 5 – Borang Penerbitan Video.
13.4
Perkhidmatan Jurufoto dan Juruvideo Syarat-syarat perkhidmatan jurufoto dan juruvideo adalah seperti berikut: i. ii. iii.
Tempahan hendaklah dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari waktu bekerja sebelum penggunaan; Keutamaan perkhidmatan jurufoto dan juruvideo adalah untuk majlis rasmi universiti; Liputan majlis/program rasmi di luar negeri Melaka, pemohon perlu menyediakan perkara-perkara yang berikut: a. b.
kenderaan; dan penginapan (untuk liputan yang melebihi 1 hari).
Rujukan Lampiran 6 – Borang Perkhidmatan Jurufoto/Juruvideo.
14.0
PERKHIDMATAN PERCETAKAN 14.1
REKA
LETAK,
REKA
BENTUK
GRAFIK
DAN
Perkhidmatan Reka Letak dan Reka Bentuk Grafik dan Percetakan Khidmat percetakan reka letak dan reka bentuk meliputi tiga jenis teknologi percetakan yang menggunakan software grafik iaitu Adobe Illustrator, Adobe Photoshop, Adobe PageMaker, Adobe In-Design dan lain-lain perisian serta penjilidan seperti yang dijelaskan di bawah:
8/24
14.1.1 Cetakan Warna Digital: Mesin ini digunakan untuk mencetak kebanyakan bahan-bahan promosi seperti buku program, brosur, pamplet, kad-kad jemputan, poster dan lain-lain item.
i.
Cetak Atas Permintaan (Print on Demand): Mencetak terbitan yang jumlah cetakannya tidak melebihi 100 naskah dan tebal sekitar 24 halaman sahaja.
ii.
Proses Reka Letak dan Reka Bentuk Grafik: Manuskrip dan ilustrasi dalam bentuk konvensional dan fail digital mestilah merupakan ‘final copy’ yang lengkap dan BUKANNYA satu draf yang akan dipinda kemudiannya.
14.2
Kriteria Rekaletak dan Rekabentuk Grafik Jenis cetakan rekaletak dan rekabentuk grafik yang diterbitkan oleh PPKK adalah seperti berikut: i.
ii.
iii. iv.
Item-item untuk penerbitan-penerbitan korporat Universiti seperti Prospektus, Laporan Tahunan, Berita@UTeM, Kalendar Akademik, Buletin/Makalah Terbitan Fakulti, persatuan dan pentadbiran dan lain-lain penerbit korporat Item-item bagi upacara rasmi Universiti seperti kad jemputan, banner, banting, backdrop, buku program dan lain-lain item berkaitan. Item-item untuk bahan-bahan promosi Universiti seperti banner, iklan, banting, poster, folder dan lain-lain item promosi. Item-item untuk identiti korporat bag pengurusan tertinggi Universiti seperti kepala surat, memo, kad nama, poster dan lain-lain item.
Oleh yang demikian Ketua Fakulti/Pusat/PTj boleh merancang kegiatan penerbitan fakulti dan jabatan berdasarkan jenis terbitan yang telah disenaraikan.
9/24
14.3
Penyampaian Bahan dan Tempoh Siap Tugasan percetakan diterima dalam dua bentuk iaitu : a.
b.
PERTAMA menerima bahan yang akan terus dicetak, setelah mendapati bahan itu adalah memuaskan dan layak dicetak dan diterbitkan; dan KEDUA menerima tugasan mereka letak, mereka bentuk dan mencetak.
Dalam kes pertama (a) bahan mesti disampaikan dalam tempoh 5 hari bekerja sebelum tarikh bahan perlu dipakai. Bagi kerja yang melebihi 100 naskah dan tebal melebihi 24 halaman dan dalam berwarna-warni hendaklah dalam tempoh 10 hari bekerja. Dalam kes kedua (b) bahan mesti disampaikan dalam tempoh 7 hari bekerja sebelum tarikh bahan perlu dipakai. Bagi kerja yang melebihi 100 naskah dan tebal melebihi 24 halaman dan berwarna hendaklah dihantar dalam tempoh 14 hari bekerja. PPKK tidak bertanggungjawab dan boleh tidak memproses kerja/permintaan pelanggan sekiranya tempoh tidak dipatuhi. Rujukan Lampiran 7 – Garis Panduan Penyediaan Bahan untuk Dicetak dan Lampiran 8 – Borang Permohonan Reka Letak, Reka Bentuk Grafik dan Percetakan. 14.4
Peraturan Fakulti/Pusat/PTj dengan ini diminta menyalurkan semua jenis kerja percetakan dan penerbitan kepada PPKK mengikut peraturan yang dijelaskan di bawah. Fakulti/Pusat/PTj masih boleh menghantar kerja percetakan kepada syarikat percetakan di luar sekiranya jumlah percetakan melebihi tidak melebihi 100 naskah dan tebal sekitar 24 halaman. Mengambil ingatan bahawa peraturan percetakan mengikut Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil 20 Tahun 1981; Bil 24 Tahun 1986; dan pemakaian itu disebut juga dalam Pekeliling Bendahari Bil. 1/2002. Peraturan ini pada dasarnya memberikan kerja percetakan kepada pencetak bumiputera.
14.5
Amalan Percetakan UTeM 14.5.1 Terbitan yang boleh dicetak di PPKK adalah bagi jenis kerja penerbitan dan percetakan rencam, cepat dan ringkas, jumlah cetak kecil, nipis dan proses pra-penerbitan yang ringkas.
10/24
14.5.2 Kategori kerja percetakan yang diterima dan dilakukan oleh PPKK dapat dikelaskan dengan spesifikasi berikut: vi. vii. viii. ix. x.
Kategori acara rasmi universiti/tahunan universiti, dibuat empat warna. Kategori acara universiti yang melibat Canselor dan Ketua Negara dan luar negara, dibuat empat warna. Kategori peringkat universiti dengan institusi luar: kulit empat/dua warna, teks hitam putih. Kategori Fakulti/Pusat/PTj: kulit empat/dua warna, teks hitam putih. Kategori persatuan: kulit warna/hitam putih, teks hitam putih.
Nota: Jika perlu teks dan ilustrasi dalam warna untuk maksud khas hendaklah dipohon mengikut kesesuaian. 14.5.3 Terbitan boleh dicetak keluar daripada PPKK adalah bagi kerja penerbitan dan percetakan yang memerlukan proses grafik yang khusus dan tempoh yang lebih panjang, teks tebal, ilustrasi dan spesifikasi yang kompleks. 14.5.4 Universiti menetapkan bahawa Ketua Fakulti/Pusat/PTj menetapkan bentuk terbitan berikut boleh dicetak keluar dan tidak menggunakan kemudahan percetakan PPKK iaitu: i. ii. iii. iv. v.
Buku Konvokesyen (cenderahati/terbitan khas); Buku Panduan: maklumat kemasukan pelajar baru; Buletin dan Makalah; Buku-buku korporat universiti seperti Pelan Strategik dan lainlain; dan Terbitan buku-buku ilmiah dan jurnal Universiti.
11/24
GARIS PANDUAN PENERBITAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA 15.0
BAHAN ILMIAH
15.1
Karya Asli 15.1.1 Penulis yang berminat untuk menghasilkan penulisan karya asli disarankan supaya mengajukan permohonan kepada Penerbit Universiti dengan mengemukakan judul yang dicadangkan, senarai kandungan dan jadual perancangan penulisan. Maklumat ini diperlukan bagi membolehkan Penerbit Universiti membuat pemantauan dan mengelakkan berlaku pertindihan dengan judul lain yang ada dalam perancangan. 15.1.2 Penulis dikehendaki menyerahkan manuskrip dan CD/DVD/thumb drive (dalam bentuk hard copy dan soft copy) bersama borang Penyerahan Manuskrip kepada:
Alamat (Serah Tangan):
Alamat (Surat Menyurat):
Pengarah Penerbit Universiti Universiti Teknikal Malaysia Melaka Kampus Bandar Tkt 1 Blok B Jalan Hang Tuah 75300 Melaka
Pengarah Penerbit Universiti Universiti Teknikal Malaysia Melaka Hang Tuah Jaya 76100 Durian Tunggal Melaka
15.1.3 Semua illustrasi seperti fotografi, gambar rajah, carta, graf, peta dan lukisan hendaklah diserahkan dalam warna hitam putih (kecuali dalam kes-kes tertentu) dan boleh dikemukakan secara berasingan daripada teks atau meletakkan terus di dalam teks. Sekiranya illustrasi berkenaan disediakan secara berasingan, dinasihatkan supaya setiap illustrasi berkenaan diberikan tajuk dan nombor di bahagian belakang. Tajuk dan nombor yang dicatatkan hendaklah sama dengan yang tercatat di dalam ruangnya yang terdapat di dalam halaman teks. 15.1.4 Manuskrip yang diserahkan dengan menggunakan tulisan tangan TIDAK akan diterima. Rujukan Lampiran 9 (Borang Set A Asli/Bahan Terbitan Umum).
12/24
-
Borang Penerbitan Karya
15.1.5 Penerbit Universiti akan merujuk manuskrip berkenaan kepada Pakar Bidang. Penerbit akan mencadangkan nama Pakar Bidang yang mempunyai kelayakan yang lebih tinggi dari Penulis iaitu Profesor/Prof Madya atau yang setaraf dengan Penulis bagi menilai manuskrip berkenaan berdasarkan Borang Penilaian Manuskrip. Hasil dari penilaian tersebut akan dimaklumkan di dalam JKTSHEA. Penerbit Universiti seterusnya akan menguruskan kerja-kerja penerbitan manuskrip tersebut. 15.1.6 Pemohon hendaklah Manuskrip Karya Asli.
menggunakan
Borang
Laporan
Penilaian
15.1.7 Penulis bertanggungjawab untuk mendapatkan izin hak cipta berkenaan sebarang maklumat dalam manuskrip asli, yang memerlukan izin hak cipta. 15.1.8 Penulis akan dibayar royalti sebanyak 15 peratus untuk cetakan pertama (500 naskah), 17 peratus untuk cetakan kedua dan 19-20 peratus untuk cetakan ketiga. Penulis tidak dibayar upah menulis manuskrip berkenaan, sebaliknya itu dikira sebagai tanggungjawab Penulis dalam bidang penerbitan. Pembayaran royalti akan dibuat secara penuh kepada Penulis setelah manuskrip berkenaan selesai dicetak. 15.1.9 Penghasilan karya asli yang diterbitkan oleh Penerbit Universiti, akan diambil kira sebagai tujuan kenaikan pangkat dan Penunjuk Prestasi Utama [Key Performance Indicator (KPI)] terutamanya di kalangan staf akademik. Langkah ini bertujuan untuk memperbanyakkan jumlah penerbitan ilmiah oleh Universiti serta meningkatkan imej UTeM dalam penerbitan ilmiah.
15.2 Karya Terjemahan 15.2.1 Setiap permohonan untuk karya terjemahan hendaklah disertakan dengan maklumat tertentu dengan mengisi borang permohonan penterjemahan karya. Bagi Penulis yang berminat dengan karya terjemahan, mereka hendaklah terlebih dahulu mengemukakan surat permohonan terjemahan terus kepada : Alamat (Serah Tangan):
Alamat (Surat Menyurat):
Pengarah Penerbit Universiti Universiti Teknikal Malaysia Melaka Kampus Bandar Tkt 1 Blok B Jalan Hang Tuah 75300 Melaka, Malaysia
Pengarah Penerbit Universiti Universiti Teknikal Malaysia Melaka Hang Tuah Jaya 76100 Durian Tunggal Melaka, Malaysia
13/24
15.2.2 Setiap permohonan terjemahan, Penulis hendaklah menyertakan halaman judul, halaman hak cipta dan halaman kandungan buku asal kepada Penerbit Universiti. 15.2.3 Penilaian keperluan judul terjemahan berkenaan mesti disertakan bersama-sama dengan permohonan terjemahan. Penterjemahan itu sama ada dibuat oleh pihak fakulti atau pihak lain melalui Penerbit Universiti. Antara maklumat yang diperlukan adalah: i.
Bahasa Sumber dan Bahasa Sasaran;
ii.
Justifikasi kepada terjemahan iaitu: a. b.
iii.
Jumlah Perkataan; dan Jenis Teks [Umum atau Khusus (Teknikal)].
Unjuran Kebolehpasaran Karya Terjemahan.
15.2.4 Penerbit Universiti akan mengusulkan cadangan dan justifikasi judul terjemahan ke JKTSHEA. Setelah mendapat kelulusan, Penerbit Universiti bertanggungjawab mendapatkan izin menterjemah dan hak cipta penerbitan daripada penerbit asal. 15.2.5 Bayaran hak cipta terjemahan kepada penerbit asal akan diurus dan ditanggung oleh Penerbit Universiti pada jumlah yang ditetapkan oleh JKTSHEA. 15.2.6 Sekiranya karya tersebut digunakan tanpa sebarang kebenaran di mana-mana negara yang tidak menjadi pihak di dalam Copyright Union dan/ atau Universal Copyright Convention, Penulis dan Universiti hendaklah berkongsi sebarang bayaran yang diterima dengan kadar lapan puluh peratus (80 %) bagi Penulis dan dua puluh peratus (20 %) bagi Universiti. 15.2.7 Pengarah Penerbit Universiti selaku wakil Universiti akan menandatangani perjanjian penterjemahan dengan penerbit asal bagi pihak Universiti. 15.2.8 Oleh kerana projek terjemahan melibatkan kos yang tinggi, JKTSHEA akan membantu Penerbit Universiti dari segi penasihatan dalam pemilihan teks dan penterjemah yang sesuai dan meluluskannya. 15.2.9 Liputan kandungan karya terjemahan hendaklah tidak terdapat dalam teks yang sedia ada dalam Bahasa Melayu.
14/24
15.2.10 Apabila sesebuah manuskrip diterima untuk diterbitkan, urusan
penerbitan manuskrip tersebut diuruskan oleh Penerbit Universiti. Jangkamasa yang diambil untuk diterbitkan adalah 40 hari hingga 50 hari bekerja bergantung pada jumlah patah perkataan yang diterjemahkan. 15.2.11 Penerbit Universiti mempunyai hak mutlak di dalam menguruskan
penerbitan sesebuah manuskrip karya terjemahan yang telah diluluskan oleh Universiti. 15.2.12 Penulis yang mana karya terjemahan mereka diterbitkan oleh Penerbit
Universiti, akan dibayar royalti berdasarkan kadar yang diluluskan oleh Universiti. Manakala, penterjemah yang mana karya mereka telah diterbitkan oleh Penerbit Universiti, akan juga dibayar honorarium berdasarkan kadar yang diluluskan oleh Universiti. Rujukan Lampiran 10 (Borang Set B Terjemahan).
15.3
-
Borang Penerbitan Buku
Karya Suntingan 15.3.1 Kertas kerja pilihan daripada persidangan dan koleksi artikal jemputan yang menjurus kepada sesuatu tema dikenali sebagai Karya Suntingan. 15.3.2 Karya suntingan diuruskan oleh seorang atau lebih tiga penyelenggara, yang mengemukakan cadangan penerbitan kepada Penerbit Universiti. Lazimnya karya suntingan memuatkan satu artikel oleh penyelenggara. 15.3.3 Nama penyelenggara akan tercatat pada kulit buku dan dalam pengkatalogan-dalam-penerbitan. 15.3.4 Karya yang dihasilkan oleh lebih daripada seorang, pembayaran dibahagikan sama rata atau apa-apa persetujuan lain oleh Penulis. Sekiranya buku mengandungi satu koleksi esei yang dikumpulkan oleh seorang penyunting, pembahagian akan mengikut kadar 25:75 iaitu 25% adalah untuk penyunting manakala 75% adalah dikongsi bersama oleh semua penyumbang dalam bentuk honorarium RM250.00-RM1000.00 berdasarkan keperincian tugas penyunting bagi kategori kertas pilihan persidangan. Manakala honorarium RM500.00RM1000.00 berdasarkan keperincian tugas bagi kategori koleksi artikel jemputan. Rujukan Lampiran 11 – Garis Panduan Penerbitan Buku Karya Suntingan dan Rujukan Lampiran 12 (Borang Set C - Borang Penerbitan Karya Suntingan).
15/24
15.4
Monograf 15.4.1 Monograf ialah penulisan yang mengkhusus kepada suatu kajian empirikal yang terperinci , yang dilihat sebagai sumbangan yang penting kepada sesuatu bidang ilmu. 15.4.2 Cadangan penerbitan monograf lazimnya disalurkan melalui JKPF. 15.4.3 Penulis siri monograf tidak menerima royalti. Rujukan Lampiran 13 – Garis Panduan Penerbitan Monograf dan Rujukan Lampiran 14 (Borang Set D - Borang Penerbitan Monograf).
15.5
Penerbitan Jurnal 15.5.1 PTj boleh menubuhkan Jawatankuasa Editorial peringkat PTj untuk menerbitkan jurnal. 15.5.2 Pengantarabangsaan penerbitan jurnal PTj dalam SCOPUS dan ISI Thompson, mesti mematuhi beberapa perkara iaitu: i.
Melibatkan sidang editorial antarabangsa, sekurang-kurangnya 2 orang atau seimbang dengan jumlah sidang editorial tempatan.
ii.
Memastikan konsistensi keluaran tahunan jurnal iaitu jika keluaran 2/3 kali setahun maka perlu dipastikan konsistensinya.
iii. Membangunkan laman web jurnal berkenaan. Memaparkan edaran awal hingga terkini dan maklumat terkini penulis dalam web secara konsisten. iv. Memastikan kestabilan rangkaian online jurnal boleh dilayari dalam masa 24 jam. v. Setiap keluaran mesti dihantar melalui pos kepada pihak SCOPUS atau ISI Thompson 2 minggu sebelum tarikh edaran. 14.5.3 Penulis artikel jurnal tidak menerima royalti tetapi diberi lima salinan off-print dan naskah percuma seperti yang ditetapkan oleh jurnal berkenaan. Namun begitu, keadaan ini bergantung sama ada seseorang Penulis jurnal layak atau tidak untuk peroleh peratusan komisyen tertentu yang dipersetujui Universiti.
15.6
Penulisan Modul 15.6.1 Penulisan modul ialah penerbitan untuk kegunaan pelajar dan tidak melalui proses penilaian formal (penilai bidang). 15.6.2 Jangka hayat bagi penulisan modul lebih sesuai untuk kursus yang faktanya sentiasa berubah dari semasa ke semasa.
16/24
15.6.3 Jangkamasa penerbitan dari tarikh diterima manuskrip adalah tiga puluh hari. 15.6.4 Penulisan modul tidak mempunyai International Standard Book No.(ISBN). Ia dipasarkan oleh pensyarah sendiri kepada pelajarnya. Rujukan Lampiran 15 – Garis Panduan Penerbitan Penulisan Modul Pengajaran dan Pembelajaran serta Rujukan Lampiran 16 (Borang Set E - Borang Penerbitan Modul Pengajaran dan Pembelajaran). 15.6.5 Honorarium kepada Penulis adalah di antara RM1.00-RM2.00 bagi senaskah modul. Tiada royalti diberikan. 15.6.6 Penulis perlu mengemukakan tuntutan honorarium modul. Tuntutan ini adalah di bawah tanggungjawab Penulis. Rujukan Lampiran 17 - Borang Tuntutan Honorarium Modul. 15.7
Karya Kreatif dan Inovatif 15.7.1 Karya kreatif dan inovatif berbentuk manuskrip untuk terbitan coffee table book tidak akan mendapat sebarang honorarium sebaliknya hanya dikira markah KPI untuk kenaikan pangkat kecuali ada permintaan untuk jualan maka pembayaran royalti mengikut kiraan terbitan buku karya asli akan digunakan untuk pembayaran tersebut. 15.7.2 Bagi karya kreatif berbentuk hasil seni replika untuk cenderamata atau perhiasan, lukisan mural, hasil seni fotografi, atau yang seumpamanya, bayaran honorarium mengikut kiraan harga jualan karya tolak jumlah kos pembuatan, bakinya dibahagikan 80:20 iaitu 80% untuk Penulis manakala 20% adalah untuk Universiti. 15.7.3 Bayaran kepada Penulis akan dijelaskan oleh Penerbit Universiti setelah Penerbit Universiti mendapat bayaran dari pembeli karya kreatif tersebut.
15.8
Bahan Umum 15.8.1 Jenis bahan umum yang diterbitkan di Penerbit Universiti adalah seperti berikut: i. ii. iii. iv. v. vi.
Panduan Akademik; Cenderamata/coffee table Terbitan Khas Konvokesyen; Perutusan Naib Canselor; Syarahan Umum Profesor; Pelan Strategik; dan Buletin PTj.
17/24
15.8.2 Bahan umum tidak dibayar sebarang royalti atau honorarium kepada Penulis. Penulis boleh menggunakan ini untuk kenaikan pangkat mengikut ketetapan Universiti. 15.8.3 Permohonan hendaklah menggunakan Borang Set A Penerbitan Karya Asli/Bahan Terbitan Umum). 15.9
Borang
Peraturan Pembayaran 15.9.1 Peraturan pembayaran keputusan Universiti.
untuk karya asli berpandukan kepada
15.9.2 Semua Penulis bagi karya asli dan karya terjemahan, yang diterbitkan oleh Penerbit Universiti layak dibayar royalti mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Universiti. 15.9.3 Pembayaran royalti kepada seseorang Penulis atau honorarium untuk penterjemah dibuat setelah karya diterbitkan. 15.9.4 Royalti atau honorarium (selepas jumlah cetak ditolak jumlah naskhah percuma) dibuat menerusi dua kaedah iaitu: i. ii.
Pembayaran secara sekaligus; atau Pembayaran dalam bentuk peratusan berdasarkan jumlah penjualan buku.
15.9.5 Penulis layak mendapat sepuluh naskah percuma (complimentary) bagi setiap judul yang diterbitkan. 15.9.6 Sekiranya Penerbit Universiti berpendapat bahawa manuskrip tersebut perlu ditaip semula sebelum manuskrip tersebut diserahkan kepada pihak pencetak untuk karya tersebut, pihak Universiti berhak mendapatkan kembali bayaran iaitu berjumlah RM1.00–RM 2.00/satu muka surat daripada pihak Penulis. 15.9.7 Penilai manuskrip mesti seorang yang pakar dalam bidang yang dinilai dan dilantik secara rasmi sebelum boleh membuat kerja-kerja penilaian sesebuah manuskrip yang diterbitkan oleh Penerbit Universiti.
18/24
15.9.8 Keputusan Universiti berkaitan jumlah pembayaran royalti atau honorarium kepada Penulis, Penterjemah, Penilai, Pembaca Pruf, Penyunting, Pengulas Buku, Pereka Illustrasi, Pencari Indeks dan lainlain adalah muktamad berdasarkan jadual berikut: Perkara
Kadar bayaran
Penterjemah
RM 70.00/ satu muka surat/>200 patah perkataan
Penilai bidang
RM250-RM500 satu manuskrip
Pembaca pruf
RM2.50/satu muka surat
Penyunting
RM0.70-RM1.20/satu muka surat
Pengulas buku
RM200-RM300/satu naskah buku
Pereka ilustrasi
RM20.00-RM30.00/satu muka surat
Penulis
15% untuk cetakan pertama, 17% untuk cetakan kedua dan 19% untuk cetakan ketiga
Pencari indeks
RM0.10/satu patah perkataan
15.9.9 Semua royalti atau honorarium dan bayaran lain yang diberikan kepada Penulis, Penyunting, Pembaca Pruf, Penilai, Penterjemah, Pengulas Buku, dan Pereka Bentuk, akan disahkan oleh Pengarah Penerbit Universiti dan diuruskan oleh Pegawai Penerbitan mengikut peraturan serta kadar yang telah ditetapkan dan diluluskan oleh Universiti. Rujukan Lampiran 18 – Skop Kerja Penyunting, Pembaca Pruf dan Penilai.
15.10 Mengulang Cetak 14.10.1 Setelah karya tersebut habis cetak, Penerbit Universiti berhak
mengulang cetak karya berkenaan dengan syarat hak cipta tersebut belum lagi diserahkan haknya kepada Penulis, seperti termaktub dalam Perjanjian Universiti – Penulis. 15.11 Pelepasan Tanggungjawab 15.11.1 Penerbit
Universiti tidak bertanggungjawab dan tidak boleh dipersalahkan terhadap kegagalan bagi setiap penjualan penerbitan Penerbit Universiti.
19/24
16.0
PENERBITAN ELEKTRONIK (e-Publishing)
16.1
Terma dan Syarat Pembelian e-Publishing 16.1.1 Semua urusan pembelian e-Publishing adalah di bawah tanggungjawab Penerbit Universiti. Sebarang pertanyaan hendaklah di emelkan kepada
[email protected]. 16.1.2 Semua pembeli e-Publishing tertakluk kepada terma dan syarat pembelian penerbitan elektronik iaitu: i.
ii.
iii. iv.
v.
16.2
Semua bahan yang terkandung di dalam e-Publishing sama ada tulisan, grafik, logo, lettermark, fotografi, video tidak boleh diulang cetak semula, diedarkan, di-emel, disimpan dalam pangkalan data, dijual semula atau mana-mana yang berkenaan; Pembelian e-Publishing tiada proses pemulangan semula bayaran di atas sebab-sebab isi kandungan buku tidak menepati citarasa pembeli; Tiada proses muat turun segera bagi semua pembelian ePublishing; e-Publishing akan di-emel dalam tempoh 48-72 jam kepada akaun e-mel pembeli atau pautan muat turun akan di emel kepada pembeli atau mana-mana kaedah yang lebih berkesan; dan Penerbit Universiti tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kecurian e-Publishing selepas proses jual beli berjaya dilaksanakan.
Harga Jualan e-Publishing 15.2.1 Harga sebuah e-Publishing dihitung sebanyak 40 peratus (40%) daripada harga sebenar harga buku yang dicetak.
16.3
Bayaran Royalti 15.3.1 Bayaran royalti kepada Penulis e-Publishing adalah 20 peratus (20%) daripada harga e-Publishing dan dicampur dengan kos transaksi jual beli melalui internet dengan menggunakan kad kredit.
16.4
Penjanaan Kewangan Penerbit Universiti 16.4.1 Penerbit Universiti mendapat mandat melalui Mesyuarat Pembentangan/Pemeriksaan Bajet mengurus 2010/2011 pada 18 Mac 2009 dan Mesyuarat JKTSHEA Bil. 4/09 pada 13 Mei 2009 untuk menjana pendapatan bagi setiap perkhidmatan yang ditawarkan kecuali majlis-majlis rasmi Universiti.
20/24
17.0
PERKHIDMATAN REKA LETAK DAN REKA BENTUK GRAFIK DAN PERCETAKAN 17.1
Khidmat percetakan reka letak dan reka bentuk meliputi tiga jenis teknologi percetakan yang menggunakan software grafik iaitu Adobe Illustrator, Adobe Photoshop, Adobe PageMaker, Adobe In-Design dan lain-lain perisian serta penjilidan seperti yang dijelaskan di bawah: i.
Cetakan Warna Digital: Percetakan warna dengan menggunakan mesin Fuji Xerox Docu Centre C6550 IPS dan Docu Color 5065 atau lain-lain mesin percetakan digital. Mesin ini mencetak secara ‘online’ fail-fail digital dari sistem DTP. Mesin ini sesuai untuk mencetak terbitan yang jumlah cetakannya tidak melebihi 500 naskah dan tebal sekitar 24 halaman. Mesin ini juga digunakan untuk mencetak kebanyakan bahan-bahan terbitan ilmiah Penerbit Universiti.
ii.
Cetak Atas Permintaan (Print on Demand): Cetakan atas permintaan dihasilkan dengan menggunakan mesin Fuji Xerox 700 Digital Press Color. Mesin ini sesuai untuk mencetak terbitan yang jumlah cetakannya tidak melebihi 1000 naskah dan tebal sekitar 24 halaman.
iii.
Proses Reka Letak dan Reka Bentuk Grafik: Manuskrip dan ilustrasi dalam bentuk konvensional dan fail digital mestilah merupakan ‘final copy’ yang lengkap dan BUKANNYA satu draf yang akan dipinda kemudiannya. Penjilidan terbitan adalah penjilidan gam, pin dan jilidan pejabat.
18.0
PEMASARAN
18.1
Formula Penetapan Harga Buku Penetapan harga buku Penerbit Universiti adalah mengikut formula seperti berikut: Jumlah kos cetak x 3 = harga jualan buku Kos Cetak (berdasarkan jumlah muka surat dan jumlah cetakan) Contoh: Jumlah Kos cetak
= = =
21/24
RM8.00 RM8.00 x 3 RM 24.00 (harga sebuah buku)
18.2
Untung Rugi Jualan Buku Penetapan untung rugi jualan buku adalah berdasarkan formula berikut: (Jumlah cetakan 500 buah buku) – (Kos Cetak + Royalti 15%) Rujukan Lampiran 19 - Pengiraan Untung Rugi Buku.
18.3
Sasaran Pasaran 17.3.1 Bagi penerbitan buku ilmiah sasaran pasaran adalah di kalangan pelajar dan staf dari IPTA/IPTS lain di samping pasaran umum. 17.3.2 Bagi penerbitan modul sasaran utama adalah pelajar Universiti kerana penerbitan modul lebih memenuhi matlamat untuk keperluan pelajar mengikut subjek.
19.0
PROSES PEMBELIAN BUKU
19.1
Diskaun 19.1.1 Kadar Diskaun Bagi Buku Terbitan Universiti Diskaun boleh diberikan untuk jumlah pembelian yang berikut: i.
Diskaun sehingga 15% diberikan kepada kategori pembeli naskah secara tunggal/pelajar.
ii.
Diskaun sehingga 20% diberikan kepada kategori Diskaun Promosi Tarikan Pelanggan bagi acara-acara tertentu seperti pameran buku iaitu sehingga satu tarikh sah yang ditetapkan.
iii.
Diskaun sehingga 30% diberikan kepada kategori pelanggan pukal yang tidak terikat dengan perjanjian.
iv.
Diskaun sehingga 30% diberikan kepada kategori pensyarah/staf Universiti dengan membuktikan kelayakan staf melalui pengenalan diri staf.
22/24
Jadual lengkap kadar diskaun bagi buku terbitan Universiti adalah seperti berikut: Kategori Pembeli
Catatan / Jumlah Naskhah yang dibeli
Pembeli secara tunggal / Pelajar
15%
Semasa Tarikan Pelanggan bagi acara-acara tertentu (Pameran Buku)*
20%
Pelanggan Pukal / Pembekal
20%
Pensyarah dan Staf Universiti Pengedar yang memetrai perjanjian dengan Penerbit
30%
16 naskah atau lebih
40%
Tertakluk kepada perjanjian yang ditandatangani
Buku terbitan sebelum tahun 2004 (yang tiada daya pasaran)
19.2
Kadar Diskaun
30%
1 – 15 naskhah ∗ Diskaun hanya sah sehingga tarikh yang ditetapkan oleh Penerbit Universiti < 5 naskah > 6 naskah
70% atau dijadikan hadiah / sumbangan
-
Kredit dan Kembalian Kredit dan kembalian boleh dibuat ke atas perkara-perkara berikut: i.
Kredit hendaklah dilunaskan mengikut diberikan oleh Penerbit Universiti iaitu syarikat/penghutang gagal melunaskan hendaklah dihentikan buat sementara tertunggak dijelaskan sepenuhnya atau bawah batas kredit yang layak diterima.
ii.
Setiap penambahan had/jumlah kredit yang layak diterima oleh sesebuah syarikat hendaklah diasaskan kepada kecemerlangan rekod bayaran syarikat berkenaan.
iii.
Naskah cacat/rosak dan tidak lengkap dalam apa jua keadaan penggantiannya hendaklah tertakluk kepada ada atau tiada stok.
23/24
tempoh masa kredit yang 90 hari. Sekiranya pihak kredit tersebut, urusniaga waktu sehinggalah kredit sehingga kredit berada di
19.3
Kos Layan Pesanan (Order Fulfillment/Shipment Cost) Kos layan pesanan dibuat mengikut ketetapan yang berikut: i.
Dalam Negara – Pesanan Perseorangan (Bukan Trade) Tiada diskaun diberikan. Kiriman wang pos secara biasa tidak dikenakan kos penghantaran. Walau bagaimanapun, penghantaran secara kirim pos laju/kurier dikenakan caj berdasarkan bayaran pos bagi satu kiriman.
ii.
Dalam Negara (Pengedar Buku) Diskaun diberikan seperti 19.1.1 (iii) dan tambahan caj penghantaran dikenakan.
iii.
Luar Negara (ASEAN) Tiada diskaun diberikan dan tambahan 10% daripada harga jualan sebagai caj penghantaran.
19.4
Urus Tadbir Kewangan Urus tadbir kewangan perlu mengikut prosedur yang berikut: i.
Penyerahan hasil jualan (wang jualan dan resit) perlu dilaksanakan pada setiap hari selepas urus niaga dilakukan.
ii.
Hasil jualan perlu diserahkan kepada pegawai bertanggungjawab bagi tujuan simpanan sebelum dihantar kepada Bendahari. Penghantaran wang tunai ke Pejabat Bendahari hendaklah dipatuhi mengikut tatacara yang telah ditetapkan.
iii.
Rekod penghutang/kredit hendaklah sentiasa dikemas kini dan tuntutan dibuat secara berkala tiga bulan sekali, iaitu selari dengan tempoh masa kredit diberikan.
iv.
Resit penyerahan wang tunai/cek yang diterima daripada Pejabat Bendahari hendaklah difailkan di dalam fail khas bagi memudahkan proses penyemakan semula dan kawalan.
24/24