DASAR PEMINDAHAN DAN PENGECUALIAN KEREDIT UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (Telah diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Bil. 2/2009 pada 9 April 2009)
1. PENGENALAN 1.1
Satu dari matlamat UKM ialah mengantarabangsakan citra dan sumbangan UKM bagi masyarakat sejagat.
1.2
Bagi mencapai matlamat ini UKM telah menyusun strategi pengantarabangsaan dan pendidikan serta mahasiswa berkualiti. Perkara ini akan banyak melibatkan pertukaran pelajar dengan universiti-universiti lain di dalam dan luar negara.
1.3
Di samping itu kemasukan pelajar yang telah bekerja dan berpengalaman sebagai pemegang sijil atau diploma juga akan bertambah berikutan bertambahnya kesedaran untuk menuntut ilmu.
2. LATAR BELAKANG 2.1
Nama UKM telah dikenali di persada antara bangsa yang mengakibatkan wujud permintaan pelajar dari luar Negara yang ingin datang ke UKM sebagai pertukaran pelajar sama ada untuk mendapatkan kredit dari UKM atau mendapat dwi-ijazah.
2.2
Pelajar-pelajar UKM juga telah mula pergi ke universiti-universiti di luar Negara untuk tujuan yang sama dan mendapatkan pengalaman antara bangsa.
2.3
Kesedaran pembelajaran sepanjang hayat pula telah menyebabkan permintaan melanjutkan pelajaran dari kalangan pemegang sijil dan diploma telah bertambah dengan banyaknya.
2.4
Pertukaran pelajar, dwi-ijazah dan pembelajaran sepanjang hayat yang memasuki UKM dari berbagai Negara dan tempat menyebabkan perlunya ada satu dasar atau garis panduan berkenaan dengan pemindahan dan pengecualian kredit.
3. KERTAS DASAR PEMINDAHAN DAN PENGECUALIAN KREDIT 3.1
Dasar Pemindahan dan Pengecualian Kredit disediakan sebagai garis panduan kepada para pentadbir fakulti dan pelajar yang ingin mengikuti program pertukaran pelajar antara universiti-universiti, menukar program dan mendapatkan pengecualian kredit.
1
3.2
Dasar ini diguna pakai ke atas relajar-pelajar UKM yang hendak mengikuti program pertukaran relajar dengan univesiti lain, bertukar program dalam UKM dan ijazah berkembar serta pelajar-pelajar dari institusi pengajian tinggi di dalam dan luar negara yang hendak mengikuti program pengajian di UKM.
3.3
Dasar ini juga diguna pakai ke atas pelajar-pelajar yang telah melalui pembelajaran terdahulu peringkat tinggi dalam berbagai bentuk yang ingin meneruskan pembelajaran di UKM.
3.4
Dalam usaha membina modal insan kelas dunia dan mencapai taraan yang tinggi di peringkat antara bangsa, UKM beriltizam untuk menarik relajar luar negara dan dalam masa yang sama menghantar pelajarnya ke negara-negara maju untuk menimba sebanyak mungkin pengalaman dalam tempoh satu atau dua semester.
3.5
Kertas dasar ini mengambil kira Kerangka Kelayakan Malaysia.
4. TUJUAN KERTAS DASAR PEMINDAHAN DAN PENGECUALIAN KREDIT Tujuan kertas ini ialah: 4.1
Memudahkan pelajar bergerak dari satu program ke program yang lain samaada di dalam UKM mahupun di antara UKM dengan institusi pengajian tinggi lain.
4.2
Memberikan kredit yang dikira untuk pengijazahan berasaskan pembelajaran terdahulu (prior learning) jika pembelajaran ini bersesuai dengan hasil pembelajaran program UKM.
4.3
Membantu pelajar yang telah mendapat kredit pembelajaran terdahulu (prior learning) untuk pengijazahan dalam tempoh yang lebih pendek dari tempoh yang biasa.
4.4
Membentuk kerangka, dasar dan prosedur bagi mengadakan perjanjian perpindahan kredit di antara UKM dengan institusi pengajian tinggi yang lain dan institusi latihan yang sesuai
5. DEFINISI 5.1
Kredit ialah pemberian dan pengakuan yang bersesuaian dengan prosen pembelajaran yang telah dilalui oleh pelajar. Secara umumnya, seseorang pelajar yang melalui proses pembelajaran selama 40 jam salam satu semester yang bersesuaian dengan Hasil Pembelajaran Program akan diberikan satu (1) kredit.
2
5.2
Pemindahan Kredit ialah kredit yang telah diberikan oleh satu-satu program ke dalam program yang lain, samaada semua program itu di dalam UKM atau satu daripadanya di UKM dan yang lain di luar UKM.
5.3
Pengecualian kredit ialah kredit bagi kursus-kursus yang dikecualikan bagi pelajar-pelajar yang telah melalui proses pembelajaran terdahulu (prior learning).
6. PEMBERIAN PINDAH DAN PENGECUALIAN KREDIT 6.1
UKM boleh memberikan perpindahan kredit seperti berikut: (a) Perpindahan kredit untuk pembelajaran bagi kursus-kursus yang setara antara dua program yang berlainan di dalam UKM (b) Perpindahan kredit untuk pembelajaran bagi kursus-kursus yang setara dengan yang telah diambil oleh seseorang pelajar dalam satu-satu program apabila ia bertukar kepada program lain di dalam UKM. (c) Perpindahan kredit untuk pembelajaran bagi kursus-kursus yang setara dengan yang telah diambil dari institusi pengajian tinggi lain sama ada di dalam atau luar negara yang diiktiraf.
6.2
UKM boleh memberikan pengecualian kredit untuk pembelajaran bagi kursuskursus seperti berikut: (a) Pengecualian kredit bagi kursus-kursus yang setara dengan yang telah diambil dari kolej-kolej dan institusi-institusi pasca sekolah menengah di dalam atau di luar negara. (b) Pengecualian kredit bagi kursus-kursus yang setara dengan yang telah diberikan dalam program yang disediakan oleh badan-badan profesional, majikan dan pihak-pihak berkuasa yang memberikan sijil. (c) Pengecualian kredit untuk kursus-kursus bagi pembelajaran yang setara dengan pengalaman bekerja dan pembelajaran terdahulu yang telah dilalui secera tidak formal dan tidak rasmi, termasuk kemahiran, aktiviti pembangunan profesional dan apa jua pembelajaran tidak formal yang diperolehi sepanjang hayat.
7. SYARAT 7.1
Sayarat-syarat perpindahan kredit adalah seperti berikut: (a)
Apabila kredit hendak dipindahkan dari satu program ke program lain, sinopsis kursus-kursus yang setara dalam kedua-dua program itu mestilah mempunyai persamaan tidak kurang dari 70%.
3
7.2
(b)
Pelajar yang hendak memindahkan kredit satu-satu kursus mestilah mendapat gred tidak kurang dari B atau yang setara.
(c)
Perbezaan magnitud kredit yang hendak dipindahkan itu hendaklah tidak melebihi 10% dari kursus setara yang ada di UKM. Oleh kerana takrif kredit mungkin berbeza-beza dari satu institusi dengan institusi yang lain, perbandingan magnitud kredit boleh dilakukan melalui Masa Pembelajaran Pelajar (MPP). Jika MPP tidak dapat ditentukan, jumlah kredit untuk menamatkan pengajian boleh digunakan untuk melakukan perbandingan. Sebagai contoh, jika satu-satu institusi memerlukan 200 kredit untuk menamatkan pengajian, manakala di UKM memerlukan 120 kredit bagai program yang setara, maka 1 kredit di UKM bersamaan dengan 1.67 kredit di institusi tersebut.
Syarat-syarat pengecualian kredit pula ialah: (a)
(b)
Kursus-kursus yang telah diambil di institusi pasca sekolah menengah boleh mendapat pengecualian di UKM jika: i.
Sinopsis kursus-kursus tersebut mempunyai persamaan tidak kurang dari 70% dengan kursus-kursus di UKM.
ii.
Pelajar yang berkenaan mendapat gred tidak kurang dari B atau yang setara dengannya.
iii.
Perbezaan magnitud kredit yang hendak dipindahkan itu hendaklah tidak melebihi 10% dari kursus setara yang ada di UKM. Oleh kerana takrif kredit mungkin berbeza-beza dari satu institusi dengan institusi yang lain, perbandingan magnitud kredit boleh dilakukan melalui Masa Pembelajaran Pelajar (MPP). Jika MPP tidak dapat ditentukan, jumlah kredit untuk menamatkan pengajian boleh digunakan untuk melakukan perbandingan.
Kursus-kursus yang telah diambil dalam program yang disediakan oleh badan-badan profesional, majikan dan pihak-pihak berkuasa sebelum menjadi pelajar UKM boleh mendapat pengecualian kredit jika: i. Kkursus-kursus tersebut mempunyai persamaan kursus-kursus di UKM. ii. Pelajar menunjukkan kebolehan dan kefahaman seperti Hasil Pebelajaran Kursus bagi kursus yang setara melalui hasil kerjanya sebelum menjadi pelajar UKM.
(c)
Pengalaman bekerja dan pembelajaran terdahulu yang telah dilalui secera tidak formal dan tidak rasmi, termasuk kemahiran, aktiviti pembangunan profesional dan apa jua pembelajaran tidak formal yang diperolehi sepanjang hayat boleh mendapat pengecualian kredit jika:
4
i. Pelajar menunjukkan kebolehan dan kefahaman seperti Hasil Pebelajaran Kursus bagi kursus yang hendak dikecualikan melalui hasil kerjanya. ii. Mendapat pengesahan dan sokongan dari majikan (atau mantan majikan) pelajar berkenaan kemahiran, kebolehan dan kefahaman pelajar. 7.3
Kredit yang dipindahkan atau yang dikecualikan tidak boleh melebihi 30% dari jumlah keseluruhan kredit bagi satu-satu program.
7.4
Kod Amalan Jaminan Kualiti Sitem Kemasukan Terbuka yang diterbitkanoleh LAN atau kod-kod lain yang akan menggantikannya adalah menjadi asas untuk menerima pembelajaran terdahulu untuk tujuan pengecualiaan atau permpindahan kredir.
8. MEKANISMA PERLAKSANAAN 8.1
Pelajar yang hendak mendapat pemindahan atau pengecualian kredit atau kedua-keduanya sekali hendaklah mengemukakan permohonan rasmi kepada dekan fakulti masing-masing atau kepada wakil yang diberi kuasa.
8.2
Mekanisma kelulusan pemindahan dan pengecualian kredit boleh ditentukan oleh fakulti mengikut kesesuain masing-masing dan mengikut bidang kursuskursus yang berkaitan.
8.3
Kelulusan senat diperlukan jika pemindahan dan pengecualian kredit melibatkan penganugerahan dwi-ijazah atau ijazah bersama.
8.4
Kelulusan senat diperlukan jika pemindahan dan pengecualian kredit melebihi 30%.
Disediakan oleh : Pusat Pembangunan Akademik
5