www.selangorku.com Media_Selangor MediaSelangor PERCUMA
EDISI KHAS JULAI 2016
tv.selangorku.com
#SmartSelangor
KAJIAN MERDEKA CENTER
AZMIN RAIH SOKONGAN PADU
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
Tolak keganasan atas nama jihad
3
ED
Tingkat kesepaduan hadapi PRU-��
3
Pelaburan meningkat, ekonomi kukuh
6
BERITA PENUH MUKA �&�
2 Edisi Khas JULAI 2016 OLEH NURUL FARINA NAZLAN
Empat hala tuju tepati aspirasi rakyat
HASIL tinjauan terbaru melalui telefon yang dilakukan Merdeka Center pada 28 Mei hingga 5 Jun lalu mendapati empat hala tuju tertinggi Kerajaan Negeri diterima baik di bawah pentadbiran Dato' Seri Mohamed Azmin Ali sejak beliau memegang jawatan Menteri Besar, bermula 23 September 2014. Empat hala tuju yang tepat mengikut aspirasi rakyat itu adalah pembangunan dan infrastruktur membabitkan 19 peratus, pentadbiran (18%), manakala kepimpinan pula 11 peratus dan penambahbaikan ekonomi (10%).
Anjakan paradigma lonjak pembangunan negeri HALA TUJU NEGERI
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
an yang dibawa dalam tadbir urus Selangor menjadikan banyak pihak memandang negeri ini dalam pelbagai aspek termasuk menjadikannya contoh dan ada juga yang cuba mencari jalan menjatuhkan imej negeri ini. Katanya, Mohamed Azmin perlu menggunakan kepimpinan beliau untuk menambahbaik beberapa aspek iaitu menyebarluas perbezaan Kerajaan Selangor lebih ke hadapan berbanding pentadbiran terdahulu supaya rakyat lebih tahu apa fokus yang cuba dibawakan untuk masa kini dan akan datang. "Mohamed Azmin perlu lebih tegas membawa tadbir urus negeri supaya konsisten cemerlang. Seperti saya katakan tadi, tadbir urus dan kepimpinan baik yang ditonjolkan mampu meraih sokongan rakyat untuk melaksanakan program pembangunan negeri. "Mohamed Azmin ada gaya tersendiri dalam pentadbiran, bahkan beliau tidak mengambil pusing perkara remeh serta tidak melatah apabila muncul isu baru dalam pentadbiran negeri juga karier politik beliau," katanya.
Hala tuju positif
Pengundi sangat positif berkenaan hala tuju negeri yang menunjukkan peningkatan keyakinan dalam pentadbiran juga kepimpinan sedia ada melalui hasil tinjauan yang dilaksanakan ini. Tinjauan memperlihatkan 61 peratus responden yakin Kerajaan Negeri berada dalam hala tuju yang betul, manakala 29 peratus lagi adalah sebaliknya selain mengharapkan pembangunan ekonomi dan pentadbiran negeri kekal stabil. Komitmen Kerajaan Negeri dalam menyediakan pelbagai bentuk program mesra rakyat seperti Bas Smart Selangor, Wifi Selangorku, Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dan Skim Mikrokredit Hijrah juga membuatkan rakyat berasa dihargai.
Sebar luas perbezaan
Pengarah Merdeka Center, Ibrahim Suffian, berkata kelain-
ED
KEPUTUSAN KAJIAN MERDEKA CENTER 2016 Prestasi Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali
65% Puas hati Prestasi Kerajaan Negeri 73%Puas hati Kerajaan Mesra Rakyat 67% Setuju Hala Tuju Tepat Kerajaan 61% Sokong Negeri Terima Penerimaan Transformasi 66% baik Pengetahuan Masyarakat 70% Setuju Luar Bandar Kepuasan Inisiatif Smart Selangor
66%
Keyakinan Inisiatif Smart Selangor
67% Yakin
Kesedaran Smart Selangor
40% Sederhana
Informasi Tambahan Smart Selangor Tinjauan
Puas hati
77% Perlu
Hala Tuju Tepat (n=617, 61%)
Hala Tuju Tidak Tepat (n=289, 29%)
Pembangunan & Infrastruktur
19 %
20 %
Pentadbiran
18 %
14 %
Pembangunan & Infrastruktur
Kepimpinan
11 %
12 %
Pentadbiran
Penambahbaikan ekonomi
10 %
7%
Kepimpinan
7%
Sosial & Keselamatan Awam
15 %
Tidak Pasti / Menolak
Sosial & Keselamatan Awam
4%
Tidak Pasti / Menolak
19 %
61%
29%
Kepedulian Ekonomi
Tinjauan
Bagusnya Mohamed Azmin kerana beliau fokus dan memberi tumpuan lebih kepada tadbir urus Kerajaan Negeri berbanding main politik IBRAHIM SUFFIAN
Pengarah Merdeka Center
JULAI 2016
Edisi Khas 3
Era baru politik kotor bermula
Bulat muafakat, bina kesatuan utuh OLEH NAEEM RAFFI & AFEEQA AFEERA
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SHAH ALAM - Rakan komponen Pakatan digesa membulatkan muafakat jauh lebih teguh berbanding sebelum ini untuk membina blok pembangkang utuh bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang. Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali turut menekankan supaya blok pembangkang perlu bersatu dan kekal fokus kepada perjuangan tunggal menyelamatkan negara daripada ancaman perkara negatif. Katanya, ia merangkumi wabak rasuah peringkat tertinggi, salah guna kuasa serta bebas cengkaman kumpulan elit yang berterusan menjarah sumber negara demi memuaskan tembolok nafsu mereka “Kini, masanya untuk kita mengenepikan prejudis dan perbezaan masa lalu dan kembali mengatur langkah bersama. “Kita wajib membulatkan muafakat, jauh lebih teguh daripada sebelum ini dan bersama membina blok pembangkang yang kuat untuk PRU akan datang,” katanya dalam kenyataan, baru-baru ini. Beliau berkata demikian ketika mengulas tekanan baru Umno Barisan Nasional (BN) ke atas Pakatan dengan tuduhan terhadap
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Kukuh kerjasama
Pandangan sama turut dikongsi Pengarah Merdeka Center, Ibrahim Suffian yang yakin Pakatan mampu meraih kemenangan besar dan mengekalkan pentadbiran di Selangor pada PRU-14 jika parti komponen di dalamnya
mengukuhkan kerjasama. “Semua komponen Pakatan harus bekerjasama dalam memastikan apa direncana untuk pembangunan negeri berlangsung dengan jayanya terutama menjelang PRU-14 yang mungkin akan berlangsung tidak lama lagi,” katanya. Beliau berkata, perkara itu boleh dilakukan berdasarkan pengalaman luas Mohamed Azmin
sebagai pemimpin untuk meningkatkan kembali kepercayaan orang ramai terutama golongan belia. “Walaupun berdepan pelbagai cabaran dan tekanan politik semasa, beliau tetap tenang menghadapi situasi itu dan melaluinya dengan matang,” katanya. Ibrahim juga yakin sikap Mohamed Azmin yang lebih terarah
kepada tadbir urus negeri berbanding melayan isu politik murahan berjaya meraih keyakinan rakyat. “Beliau berjaya mengatasi segala masalah membabitkan isu politik dengan tegas dan tenang serta meraikan kepelbagaian yang ada di Selangor seperti diketahui umum apabila melibatkan komponen Pakatan (KEADILAN, DAP, PAS, AMANAH),” katanya.
ED
Tolak politik sempit
Serangan bom di Turki tindakan keji SHAH ALAM - Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali menyeru semua umat Islam dunia menolak percubaan pihak tidak bertanggungjawab melakukan keganasan kononnya jihad atas perjuangan Islam. Mohamed Azmin turut mengutuk sekeras-kerasnya tiga serangan pengebom nekad di Lapangan Terbang Ataturk di Istanbul, Turki pada 28 Jun lalu. Katanya, pelaku terbabit tidak sewajarnya mencemarkan bulan mulia dengan tragedi berdarah di saat umat Islam meningkatkan ibadah dan menghayati kemuliaan Ramadan. "Sesungguhnya puak pelampau ini
adalah musuh Islam yang mendorong kepada kebencian dan keganasan. "Justeru, marilah kita bangkit bersama menetang agenda keganasan mereka ini secara kolektif," katanya dalam kenyataan. Walaupun motif serangan tidak jelas, Mohamed Azmin menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak berperikemanusiaan dan keji apabila ia mengorbankan 36 orang awam dengan 150 yang lain tercedera. "Laporan awal menunjukkan ISIL sebagai pesalah jenayah kejam ini tetapi tidak kira siapa yang melakukannya pembunuhan orang awam yang tidak bersalah adalah tidak boleh diterima," katanya.
SEMUA parti komponen di bawah Pakatan perlu terus memberikan komitmen jitu dan kerjasama mantap demi memastikan kelangsungan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), sekali gus mengekalkan momentum kemenangan termasuk di Selangor. Pengarah Merdeka Center, Ibrahim Suffian, berkata Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali perlu menggunakan pengalaman dalam kepimpinan untuk meningkatkan kembali kepercayaan orang ramai terutama golongan belia untuk terlibat dalam politik kerana umum mengetahui kini ramai yang kurang yakin dengan politik tanah air terutama selepas muncul pelbagai isu negatif. "Semua komponen Pakatan harus bekerjasama dalam memastikan apa yang direncana untuk pembangunan negeri berlangsung dengan jaya terutama menjelang PRU-14 yang mungkin akan berlangsung tidak lama lagi.
Matang santuni rencam politik Pada masa sama, Ibrahim berkata, kematangan Mohamed Azmin dalam menyantuni pelbagai rencam politik di negeri ini juga menjadikan beliau diterima baik walaupun media sering melakukan eksploitasi membabitkan Selangor terutama sejak 2014. "Beliau berjaya atasi segala masalah
Semua komponen Pakatan harus bekerjasama dalam memastikan apa yang direncana untuk pembangunan negeri berlangsung dengan jaya terutama menjelang PRU-14 IBRAHIM SUFFIAN
Pengarah Merdeka Center
membabitkan isu politik dengan tegas dan tenang serta meraikan kepelbagaian yang ada di Selangor seperti yang diketahui umum apabila melibatkan komponen Pakatan (KEADILAN, DAP, PAS, AMANAH). "Terlalu banyak cabaran politik yang terpaksa dihadapi beliau, namun ketenangan dan ketegasan yang ditonjolkan berjaya melenyapkan sisi negatif yang cuba mendatangi tadbir urus Selangor," katanya. Beliau turut menegaskan komitmen tinggi Mohamed Azmin yang lebih terarah kepada tadbir urus dan kepimpinan negeri daripada melayan isu politik yang cuba menjatuhkan kredibiliti serta imej Kerajaan Selangor berjaya meraih keyakinan rakyat seperti hasil tinjauan yang dilaksanakan Merdeka Center, baru-baru ini.
4 Edisi Khas JULAI 2016 Jana ‘tenaga baru’ tadbir urus Selangor
Rakyat kukuh di belakang Azmin OLEH NURUL FARINA NAZLAN
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SEBANYAK 65 peratus rakyat Selangor berpuas hati dengan pentadbiran Dato' Seri Mohamed Azmin Ali sejak beliau memegang jawatan Menteri Besar bermula 23 September 2014 hasil tinjauan terbaru melalui telefon yang dilakukan Merdeka Center, pada 28 Mei hingga 5 Jun lalu. Ia membabitkan 51 peratus berpuas hati dan 14 peratus lagi sangat berpuas hati, manakala hanya 21 peratus tidak berpuas hati selain selebihnya tidak pasti (13%) dan enggan menjawab (1%). Kajian itu membabitkan 1,011 responden pelbagai kawasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh Selangor membabitkan 58 peratus Melayu, Cina (28%) dan India (14%).
Selangor nampak sangat positif dalam sudut tadbir urus dan pembangunan di saat kelembapan ekonomi yang sedang berlaku di Malaysia
Fokus tadbir urus
yang ditonjolkan beliau. "Beliau seorang yang tenang tetapi pada masa sama tegas dalam membentuk hala tuju negeri ke arah pembangunan dan pengukuhan ekonomi untuk manfaat rakyat. Selain itu, aktiviti turun padang dan terjah yang dilaksanakan beliau menampakkan hasil positif," katanya. Jelas, apa yang dibawakan beliau diterima baik rakyat ekoran ketelusan dan kewibawaannya dalam menjayakan segala visi serta misi Kerajaan Negeri termasuk pelbagai program bantuan yang dinikmati pelbagai lapisan masyarakat di negeri ini. Walaupun terpalit pelbagai tohmahan, namun melalui tinjauan Merdeka Center ini membuktikan rakyat menolak semua itu dan menganggap ia isu remeh untuk menjejaskan kredibiliti Mohamed Azmin dan kepimpinan negeri. Sokongan berterusan daripada rakyat juga pihak berkepentingan lain mampu menjadi cermin kepada usaha pengukuhan ekonomi Selangor yang semakin rancak termasuk usaha membawa masuk pelaburan daripada luar negara.
ED
Pengarah Merdeka Center, Ibrahim Suffian, menyifatkan kejayaan Mohamed Azmin menjana 'tenaga baru' dalam tadbir urus Kerajaan Selangor juga dilihat faktor penting membolehkan beliau diterima semua peringkat tidak kira bangsa, agama dan usia. Katanya, Mohamed Azmin dilihat lebih fokus dalam aspek tadbir urus berbanding isu politik remeh-temeh, sekali gus mendatangkan keyakinan dan kepercayaan rakyat untuk kekal di bawah pentadbiran beliau terutama kejayaan membangun negeri tidak sampai dua tahun menjadi menteri besar. "Program seperti Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dan Skim Mikrokredit Hijrah (Hijrah Selangor) membuktikan bagaimana beliau bersungguh-sungguh untuk berkongsi kemajuan dan pulangan negeri kepada rakyat. "Selangor nampak sangat positif dalam sudut tadbir urus dan pembangunan di saat kelembapan ekonomi yang sedang berlaku di Malaysia. Kejayaan membangunkan hasil negeri meyakinkan rakyat terhadap kepimpinan Mohamed Azmin," katanya dalam satu sesi temuramah khas, baru-baru ini.
IBRAHIM SUFFIAN
Pengarah Merdeka Center
Terbuka terima kritikan Selain itu, Ibrahim berkata, sikap terbuka Mohamed Azmin selain mampu menerima kritikan yang dilemparkan secara positif turut menarik minat rakyat terhadap kepimpinan
Sokongan konsisten belia
Mohamed Azmin juga berada pada tahap 60 peratus membabitkan kajian pelbagai latar belakang termasuk tahap pendidikan, pekerjaan, bangsa, jantina, perbandaran, kawasan berinternet, had umur dan pendapatan isi rumah. Mengikut tinjauan itu juga, responden terdiri daripada usia 20 hingga 29 mewakili 14 peratus, 30 hingga 39 (36%), 40 hingga 49 (23%), 50 hingga 59 (13%) dan lebih 60 tahun (14%). Pecahan usia memperlihatkan golongan belia memberi respon positif terhadap tadbir urus dan kepimpinan Mohamed Azmin yang komited dalam menjadikan Selangor sebagai 'Smart State'.
TANGGAPAN RAKYAT terhadap kepimpinan Mohamed Azmin
14 % Sangat
berpuas hati
21Tidak %
51 % Berpuas hati
berpuas hati
13 % Tidak pasti
1%
Enggan menjawab
Tinjauan
JULAI 2016 OLEH NURUL FARINA NAZLAN
Gambaran sebenar pengukuhan ekonomi
Majoriti kaum Cina masih sokong
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
HASIL tinjauan dilaksanakan Merdeka Centre mendapati respon daripada responden Cina agak hambar dengan prestasi Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali berbanding kaum lain apabila 44 peratus daripada mereka merasakan bahawa Selangor berada di landasan betul berbanding Melayu (68%) dan India (64%). Pengarah Merdeka Centrer, Ibrahim Suffian berkata, beliau menganggap responden Cina tidak peka terhadap apa yang dilaksanakan Mohamed Azmin secara konsisten terutama langkah yang diambil dalam melaksanakan tadbir urus lebih baik dan meningkatkan ekonomi negeri.
Edisi Khas 5
Ketelusan tadbir urus
"Majoriti Cina masih menyokong Mohamed Azmin kerana peratusan agak hambar itu rendah yang mungkin disebabkan mereka tidak mengenali beliau secara mendalam. Ia bukan masalah besar kerana gabungan peratusan tiga kaum utama ini sangat kuat dan Pakatan mampu mengekalkan negeri ini. "Saya lihat mereka hanya menginginkan ketelusan tadbir urus dan ekonomi kukuh. Sebenarnya semua itu sudah ada dalam kepimpinan Mohamed Azmin cuma ia perlu lebih ditonjolkan supaya semua golongan akan lebih jelas dengan apa yang dibawa beliau untuk kemajuan Selangor,” katanya dalam temuramah khas, baru-baru ini. Bagaimanapun, 53 peratus responden Cina berpuas hati dengan transformasi dan perubahan yang dibawa Mohamed Azmin dalam menguruskan Selangor, manakala hanya 56 peratus daripada mereka bersetuju Kerajaan Negeri mengutamakan rakyat dan 74 peratus masyarakat Melayu percaya ia mesra rakyat.
Pengukuhan ekonomi
ED
Ibrahim juga menyifatkan kepimpinan Mohamed Azmin sudah diterima baik
oleh segenap lapisan masyarakat dan peratusan kecil yang memberi respon hambar itu mampu diatasi dengan menambah baik promosi berkenaan tadbir urus telus serta pengukuhan ekonomi yang dirangka Mohamed Azmin juga semua kepimpinan di bawah pentadbirannya. "Beliau beruntung kerana mendapat sokongan padu daripada saf kepimpinannya hingga membolehkan semua gerak kerja berlangsung dengan lancar juga
sistematik. Ruang kosong yang perlu diberi penekanan adalah bagaimana untuk mendekatkan diri dengan mereka yang kurang peka terhadap apa sedang dilaksanakan Kerajaan Negeri. "Hal ini yang perlu dinilai kembali, namun seperti saya katakan tadi ia bukan masalah besar kerana Mohamed Azmin masih mendapat sokongan majoriti kaum Cina selain penerimaan utuh Melayu dan India," katanya. Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan
Mohamed Azmin sudah melaksanakan pelbagai program pengukuhan ekonomi dan pembangunan negeri termasuk bantuan mesra rakyat pelbagai peringkat usia. Malangnya, masih ada pihak kurang memberi fokus atas usaha dilaksanakan secara berterusan ini walaupun Kerajaan Negeri di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) mempunyai pelbagai elemen bantuan bermula sejak lahir hingga meninggal dunia.
RESPON PRESTASI
Mohamed Azmin mengikut kaum 100 80
Tidak
Ya
Melayu
India
68
64
60
Cina 44
40 20 0
40
34
22
Tinjauan
6 Edisi Khas JULAI 2016 SEBAB MELABUR DI SELANGOR Pertumbuhan KDNK 6.7%
Prestasi meningkat
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
Berdekatan pusat perniagaan Kuala Lumpur dan pusat pentadbiran Putrajaya Tiga lapangan terbang utama (KLIA, KLIA2 & Subang Skypark) 150 institusi pengajian tinggi Bandar bertaraf dunia
Lebih 40,000 graduan setahun
Pelaburan sektor pembuatan melonjak RM�.�� bilion
OLEH AFEEQA AFEERA
Bebas bencana alam Kadar literasi 98.7%
3.2 juta tenaga kerja terbesar (mahir & berbilang bahasa) 12 pelabuhan kontena paling sibuk (Pelabuhan Klang)
ED
Cyberjaya pusat ICT kebangsaan Malaysia dan 15 pusat siber lain
SHAH ALAM - Prestasi Selangor dalam sektor pembuatan berada pada tahap terbaik dengan jumlah pelaburan RM7.96 bilion, berdasarkan statistik Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menunjukkan Selangor meningkat 6.7 peratus kepada RM227 bilion, pada 2014 sekali gus menyumbang 22.4 peratus kepada KDNK negara. Jumlah pelaburan langsung (TDI) dalam sektor pembuatan di Selangor sebanyak RM130.7 bilion sepanjang 16 tahun lalu (1999 hingga 2015). Manakala TDI berjumlah RM7.96 bilion dengan pelaburan asing langsung (FDI) RM3.78 bi-
lion dan pelaburan langsung domestik (DDI) pada RM4.18 bilion bagi 2015 sahaja. Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata ia susulan kejayaan menarik Toyota Motor Corp membawa masuk pelaburan baru bernilai RM2 bilion bagi membina kilang di Bukit Raja, Klang. Beliau berkata, Yusen Logistics Company Limited menerusi Tasco Berhad pula akan membangunkan kemudahan gudang bertingkat di Seksyen 22, Shah Alam dan di Westport, Pelabuhan Klang dengan pelaburan RM400 juta. “Sony Corporation akan membangunkan Pusat R&D di Bangi untuk menempatkan lebih 700 jurutera dan tenaga kerja profesional dengan jumlah pelaburan
Tiga komponen utama rancak pelaburan
SHAH ALAM - E-dagang, hab halal dan sains hayat diangkat sebagai tiga komponen utama pemacu pelaburan masa depan dalam merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri. Usaha itu sejajar dengan matlamat Selangor untuk terus membina dan memperkukuh-
Selangor juga adalah negeri memiliki tenaga kerja mahir terbesar di Malaysia, hab ICT yang juga perkilangan dan institusi pengajian tinggi bereputasi melahirkan lebih 40,000 graduan setahun
kan kelebihan negeri berdaya saing seiring gelaran metropolitan yang dipegang. Syarikat pelabur juga semakin tertarik kepada infrastruktur dibangunkan selain insentif pelaburan disediakan Kerajaan Negeri, kesungguhan dalam menyediakan persekitaran perniagaan menepati taraf sosial dengan standard gaya hidup sofistikated bandar terkemuka. Memiliki rangkaian meluas seperti jalan raya dan rel, pelabuhan serta lapangan terbang yang menghubungkan lokasi perniagaan serta pusat pentadbiran ibu negara, misi menggapai sasaran itu kian cerah. Tidak ketinggalan, Selangor juga adalah negeri memiliki tenaga kerja mahir terbesar di Malaysia, hab ICT yang juga perkilangan dan institusi pengajian tinggi bereputasi melahirkan le-
bih 40,000 graduan setahun. Untuk merealisasikannya, Invest Selangor mengadakan pertemuan dan membina jaringan di lebih 20 bandar utama di Australia, Vietnam, Korea Selatan, Thailand, Singapura, Amerika Syarikat, Timur Tengah, Jepun dan China dalam tempoh empat bulan ini. Kerajaan Negeri kini meninjau potensi pelabur Taiwan dan Taipei bagi memperluaskan lagi hubungan dagang antara Selangor dan negara luar. Taiwan adalah antara lima sumber pelaburan langsung penting di Selangor dan sehingga kini sudah melabur lebih RM4.2 bilion di negeri itu. Pada 2015, syarikat Taiwan melabur lebih RM1.2 bilion di Malaysia dan Selangor menarik kirakira tiga peratus daripada jumlah itu daripada segi nilai pelaburan sebenar.
awal RM40 juta,” katanya. Pada tahun sama, Selangor menduduki tempat kedua dalam negara selepas Kuala Lumpur daripada segi pelaburan bagi syarikat global untuk sektor perkhidmatan, RM1.6 bilion. Invest Selangor turut menubuhkan Selangor Bio Council berperanan membangunkan Selangor Bio-Bay di Pulau Indah yang menawarkan persekitaran hebat kepada syarikat
bioteknologi. Selain itu, Selangor Halal Hab di Pulau Indah mempunyai ekosistem kondusif menghasilkan produk halal bertaraf dunia di pasaran global. Prosedur mudah mendapatkan lesen menubuhkan perniagaan halal juga menjadikan Selangor Halal Hab sebagai pilihan ideal untuk syarikat yang serius mahu menembusi industri itu.
SASARAN 5 TAHUN PELABURAN SELANGOR
Memacu pembangunan ekonomi luar Lembah Klang
Lima kelompok teras: Elektronik dan elektrikal, kelengkapan pengangkutan, makanan, jentera dan peralatan serta sains hayat Menarik dan mengekalkan pembuatan termaju
Menuju ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan ‘Smart Selangor’ Membangunkan taman perindustrian baru (terutama di luar Lembah Klang)
Dorongan perkhidmatan pelanggan
Edisi Khas 7
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
JULAI 2016
HIJRAH program bantuan mampan
Peruntukan RM� juta untuk OKU, ibu tunggal
sedaya upaya memikirkan cara dan jalan keluar terbaik dalam membantu dan memberdaya,” katanya. Mohamed Azmin berkata, Hijrah ditubuhkan bagi memudahkan peniaga kecil mendapatkan kemudahan pembiayaan berbanding pinjaman bank yang mengenakan pelbagai syarat dan cagaran di luar kemampuan mereka. Sebelum ini, beberapa pinjaman mikrokredit diwujudkan pelbagai agensi termasuk Kerajaan Persekutuan, namun tiada peruntukan khas bagi golongan OKU.
ED
SHAH ALAM - Prihatin nasib golongan orang kelainan upaya (OKU) dan ibu tunggal yang berminat menceburkan diri dalam dunia keusahawanan, Kerajaan Negeri menyalurkan peruntukan khas Hijrah bernilai RM5 juta. Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali yakin langkah itu mampu menjadi pemangkin kepada golongan berkenaan untuk meningkatkan perniagaan dan ekonomi masing-masing. “Ketetapan ini sejajar tema peduli rakyat dan Kerajaan Negeri
Ditubuhkan sejak MAC 2015
RM116 JUTA sudah dibelanjakan
RM5 JUTA
diperuntukan untuk usahawan
OKU DAN IBU TUNGGAL LEBIH 23,000
usahawan terima manfaat
��,��� usahawan terima bantuan RM��6 juta
OLEH NAEEM RAFFI
SHAH ALAM - Skim Pinjaman Mikrokredit Hijrah mendapat sambutan amat menggalakkan daripada usahawan Selangor sejak mula dilancarkan pada Mac 2015. Kesungguhan Kerajaan Negeri membantu golongan terlibat jelas terbukti apabila skim pembiayaan ditawarkan itu tidak mengenakan syarat dan cagaran membebankan peniaga. Kesannya, dalam tempoh kurang setahun Kerajaan Negeri berjaya membantu dan membiayai 23,000 usahawan tempatan dengan pembiayaan RM116 juta. Menteri Besar, Dato ‘ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata angka itu mengatasi peruntukan asal disediakan sebanyak RM100 juta ketika ia mula dilancarkan. “Walaupun negeri ini kaya, namun masih ramai rakyat berpendapatan sederhana dan rendah yang perlu diupayakan apatah lagi dengan suasana ekonomi amat getir hari ini. “Cabang terbaik untuk mengupayakan mereka adalah menerusi bidang keusahawanan. Jadi kita wujudkan Hijrah bagi membantu mereka melebar-
kan perniagaan dan meningkatkan pendapatan, katanya. Hijrah adalah program Mikrokredit Bersepadu gagasan Mohamed Azmin Ali, bagi menggabungkan skim mikrokredit SKIMSEL, MIMBAR dan WALA yang sudah dilaksanakan Kerajaan Pakatan Selangor sejak 2010. Program yang secara rasminya dilancarkan Mohamed Azmin pada 24 Mac 2015 itu adalah
Projek Penyelidikan Tindakan (Action Research Project) dengan tujuan utama melebarkan golongan kelas menengah di Selangor, seperti divisikan dalam ucapan belanjawan beliau, pada 24 November 2014. Hasrat ini diharapkan boleh tercapai melalui pendekatan pelaksanaan sistem penyaluran modal tambahan yang efisien kepada peniaga kecil di seluruh Selangor.
SIDANG PENGARANG
PENASIHAT: Lembaga Editorial CCSB KETUA PENGARANG: Cecelia Alphonsus PENGARANG : Nurul Farina Nazlan PENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut, Naeem Raffi, Afeeqa Afeera WARTAWAN: Hafizan Taib:
[email protected], Nazli Ibrahim:
[email protected], Afix Redzuan:
[email protected], Lizawati Madfa:
[email protected], Norhayati Umor:
[email protected], Syasya Sufian :
[email protected] Ermizi Muhamad :
[email protected] JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Shuaib Ayob GRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB PENGURUS PEMASARAN & PENGIKLANAN: Budi Setyawan :
[email protected] | 013 399 2848 Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43, Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel:
[email protected]
8 Edisi Khas JULAI 2016 Adil tanpa perbezaan status quo
Rumah Selangorku peluang rakyat miliki kediaman OLEH NAEEM RAFFI
ED
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
KERAJAAN Negeri terus konsisten merancakkan pembinaan Rumah Mampu Milik (RMM) - Rumah Selangorku sejajar dengan iltizam peduli rakyat seperti diumumkan Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dalam pembentangan Belanjawan Negeri 2016. Buktinya, sebanyak 20,000 unit Rumah Selangorku berjaya dibina dalam tempoh tiga tahun mengatasi sasaran awal Kerajaan Negeri iaitu sekitar 15,000 unit sahaja. Lebih manis, kejayaan terbabit bertepatan dengan tema belanjawan ketika itu ‘Pembangunan Berkualiti, Rakyat Dipeduli’ di bawah kepimpinan Mohamed Azmin. “Ia kejayaan Kerajaan Negeri apabila anak syarikat dan swasta dapat menyiapkan rumah dalam tempoh ditetapkan hingga melepasi sasaran awal. “Pembangunan juga bersifat adil tanpa membezakan golongan kurang berkemampuan dan berada menerusi konsep pembinaan dalam kawasan sama,” kata Setiausaha Politik Menteri Besar, Shuhaimi Shafiei. Kejayaan demi kejayaan diraih, hari ini Kerajaan Negeri yakin mampu membina 40,000 unit Rumah Selangorku dalam tempoh lima tahun lagi menerusi tiga insentif utama bertujuan menggalakkan pemaju, sejak 2015 (Jadual 1). Penetapan harga jualan antara RM42,000 hingga RM250,000 khusus untuk pemilikan pertama meletakkan Rumah Selangorku dikelasnya tersendiri berbanding pakej perumahan dikemukakan Kerajaan Persekutuan menerusi projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang mencecah RM300,000 seunit. Kini, Kerajaan Persekutuan mengiktiraf program Rumah Selangorku apabila PR1MA memohon mengambil alih projek Rumah Selangorku yang diluluskan untuk dibina pemaju swasta (Jadual 2). Di sisi lain, kelembapan ekonomi tahun ini sedari awal dihidu Kerajaan Negeri, sekali gus mengambil langkah proaktif dan kolektif bagi memastikan kelangsungan pertumbuhan ekonomi negeri tidak terbantut dan pada masa sama keba-
JADUAL 1
INSENTIF UTAMA l Pengecualian
caj pemajuan
l Pengurangan
premium
l
Peningkatan kepadatan sehingga 120 seekar (tapak sesuai)
jikan rakyat terus dipeduli. Dalam Belanjawan 2016, Mohamed Azmin mengumumkan RM150.9 juta atau 11 peratus diperuntukkan bagi pembangunan ekonomi termasuk pelaksanaan projek pembangunan Rumah Selangorku dengan dana RM100 juta bagi tempoh lima tahun bermula 2016. “Kerajaan Negeri melaksanakan projek pemulihan perumahan terbengkalai menerusi Tabung Pemulihan Projek Terbengkalai (TEPAT) dengan peruntukan iaitu RM20 juta. Kegagalan pemaju menyiapkan
projek perumahan dirancang menyebabkan implikasi negatif. “Peruntukan itu disalurkan kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) bagi menyelaras kerja pemulihan seterusnya memastikan nasib pembeli ini dapat dipedulikan. “Persetujuan antara pembeli dan pihak berkepentingan perlu diselesaikan bagi memastikan tempoh penyelesaian dapat dipercepatkan,” katanya. Bagi pemaju perumahan pula, kelompok ini megakui permintaan rumah mampu milik itu lebih tinggi berbanding rumah jenis lain ketika suasana ekonomi semasa tidak menentu ini. Ternyata, perancangan Belanjawan 2016 yang peduli rakyat dengan pembaharuan positif mampu mendepani cabaran ekonomi semasa sekali gus membantu pemaju. “Sekarang, pemaju mahu tumpu kepada pembinaan Rumah Selangorku sebab
Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
JADUAL 2
JENIS RUMAH SELANGORKU
Harga
A
RM 42,000
B
RM120,000
C
RM180,000
D
RM220,000 - RM250,000
mereka tidak mahu tutup kedai dan mahukan pulangan dalam pelaburan mereka. “Ada hikmah juga dengan ekonomi hari ini kerana memberi peluang rakyat Selangor memiliki rumah dengan harga mampu milik. “Lebih banyak dibina, lebih banyak rumah, lebih banyak peluang,” kata Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), Norzaton Aini Mohd Kassim.
Dicetak oleh Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd Lot 6, Jln Tukang 16/4, Sek. 16, 40000, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Tel : 03-5519 6373 Fax : 03-5512 7985