www.selangorkini.my Media_Selangor MediaSelangor PERCUMA 6 - 13 Januari 2017, 7 - 14 Rabiulakhir 1438
#SmartSelangor �� lagi terima tawaran Rumah Selangorku
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
Mari kita bekerja lebih keras untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat dengan terbaik, sekali gus menjadikan kerajaan yang bersih, bertanggungjawab, adil dan dinamik
selangortv.my
DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI Dato’ Menteri Besar
5
Negeri bebas plastik, polisterin
SEMANGAT
BARU
Pantai Remis berubah wajah
ED
2017
14
BERITA PENUH MUKA �
17
Utama
2
SelangorKini 6 - 13 Januari 2017
RON�� naik lagi �� sen � Januari
2.00
Harga Minyak 2016 2.30
2.25 2.05 1.85 1.75
1.50
1.95 1.60
1.60
2.05
2.05
2.10
1.70
1.70
1.70
1.75
1.75
1.55
1.55
1.55
1.55
1.60
2.05
2.05
1.70
2.30
2.15 1.80 1.70
1.95 1.90 1.90 1.85
Diesel 1.35
1.00
2.10
1.35
Harga Jan 2017 RON 95 - RM2.10 RON 97 - RM 2.40 Diesel - RM 2.05
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
KUALA LUMPUR - Harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel naik 20 sen, manakala RON97 meningkat 15 sen, bermula tengah malam 1 Januari lalu. Kadar baharu bagi RON95 adalah RM2.10 seliter, berbanding RM1.90 sen seliter untuk Disember, lapor Astro Awani. Harga RON97 adalah RM2.40 berbanding RM2.25 seliter untuk Disember, manakala harga diesel ialah RM2.05 seliter berbanding RM1.85, pada bulan sama. Perkara itu disahkan Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM). Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memilih untuk menetapkan harga petrol dan diesel pada sistem apungan terurus sejak 1 Disember 2015 ekoran penyingkiran subsidi bahan api.
RM/ liter 2.50
0.50
Jan
Feb
Mac
April
Mei
'Hadiah' tahun baru kerajaan Najib Untuk 2017, saya yakin situasi ekonomi negara akan berada pada tahap lebih kritikal dan Kerajaan Najib akan mencipta lebih banyak kejutan serta rekod baru untuk terus mengsengsarakan rakyat
ED
SHAH ALAM - Ketika rakyat Malaysia mengharapkan kehidupan lebih sempurna menjelang 2017, keadaan berlaku sebaliknya apabila harga barangan di pasaran terus meningkat dan menekan kebajikan mereka. Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, G Manivannan berkata, kenaikan kadar barangan terutama harga ikan dan minyak kini disifatkan sebagai hadiah sengsara 2017 Kerajaan Umno-Barisan Nasional kepada rakyat Malaysia. Beliau percaya, peningkatan itu berpunca daripada pelaksanaan dasar sedia ada menerusi pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang terus menekan rakyat. "Sebelum GST dilaksanakan, kita sudah tegaskan bahawa harga barang akan naik mendadak dan sekarang ia menjadi realiti.
RON 97
0
Harga barang terus meningkat
OLEH ERMIZI MUHAMAD
RON 95
G MANIVANNAN
Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN
Dulu, mereka kata harga barangan akan menurun tapi apa sudah jadi sekarang? "Untuk 2017, saya yakin situasi ekonomi negara akan berada pada tahap lebih kritikal dan Kerajaan Najib akan mencipta lebih banyak kejutan serta rekod baru untuk terus mengsengsarakan rakyat," katanya kepada Selangorkini, di sini, pada 3 Januari lalu. Memetik laporan Sinar Online pada 2 Januari lalu, harga ikan di pasar meningkat sehingga RM2 setiap sekilo susulan kekurangan bahan bekalan sumber, pada musim tengkujuh yang didakwa menjadi faktor kenaikan harga terbabit. Keadaan lebih parah apabila, kadar petrol di pasaran meningkat RM0.20 sen bermula awal Januari lalu selepas pemansuhan subsidi dibuat Putrajaya, sebelum ini. Sehubungan itu, Manivannan yang juga Ahli Parlimen Kapar berkata, penarikan pelbagai subsidi harga barangan di pasaran juga didakwa menjadi punca berlakunya peningkatan harga. "Inilah yang dinamakan hadiah tahun baru perdana menteri untuk rakyat. Kalau mereka prihatin, subsidi akan diberikan kepada rakyat sebagai asas untuk membantu mereka. "Tetapi sebaliknya berlaku apabila tahap kesengsaraan untuk tahun baru ini sudah berada pada tahap maksima dan memerlukan perhatian seluruh rakyat untuk lakukan perubahan," katanya.
Jun
Jul
Ogos
Sept
Okt
Nov
Dis
Lebih ��% rakyat tak ada simpanan mencukupi KUALA LUMPUR - Lebih 30 ke 40 peratus rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan mencukupi, sekali gus bakal memberi kesan kepada mereka sekiranya berdepan situasi sukar sama ada berpunca daripada kegawatan ekonomi atau kecelakaan tidak diduga. Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, tidak ramai rakyat negara ini bersedia daripada segi kewangan bagi menampung perbelanjaan jangka pendek sekiranya hilang pekerjaan. “Ini menyebabkan mereka kehabisan wang simpanan dalam tempoh singkat. Saya ingat dalam 30 sehingga 40 peratus memang tidak langsung membuat persiapan menghadapi keadaan kecemasan seperti persiapan untuk persaraan atau persiapan kecemasan. “Ini adalah kajian yang pernah dibuat FOMCA dan turut dibuat pihak lain”, katanya lapor Astro Awani, baru-baru ini. Katanya, rakyat di negara ini juga disaran menguruskan hal kewangan dengan baik bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk. “Antaranya membuat simpanan bagi tempoh sekurangkurangnya tiga hingga enam
Saya ingat dalam 30 sehingga 40 peratus memang tidak langsung membuat persiapan menghadapi keadaan kecemasan MOHD YUSOF
Timbalan Presiden FOMCA bulan. Setiap bulan bila kita menerima pendapatan gaji, seharusnya memperuntukkan lima sehingga 10 peratus daripada pendapatan untuk simpanan. “Daripada situ, kita bahagikan iaitu lima peratus simpanan untuk dana kecemasan juga lima peratus lagi untuk jangka masa sederhana dan jika wang itu disimpan, maka ia membolehkan kita selamat”, katanya.
Utama SelangorKini 6 - 13 Januari 2017
3
Perkhidmatan terbaik
Ke arah kerajaan adil, dinamik OLEH NORHAYATI UMOR
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SHAH ALAM - Semua pimpinan dan kakitangan Kerajaan Negeri disaran bekerja lebih keras ke arah pentadbiran bersih, bertanggungjawab, adil dan dinamik sempena melangkah ke tahun baru. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, semangat baru itu bagi menjadikan Malaysia lebih baik, sekali gus memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat di negara ini. “Mari kita bergerak ke hadapan pada tahun ini dengan semangat baru dan keyakinan untuk Malaysia yang lebih baik. “Kita juga perlu bekerja lebih keras untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat, sekali gus menjadi kerajaan ber-
sih, bertanggungjawab, adil dan dinamik,” tulisnya di Twitter. Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan yang baik akan terus membawa kestabilan, kemakmuran juga keharmonian kepada semua rakyat. Terdahulu, Laporan Ketua Audit Negara 2015 Siri 2 mendedahkan Selangor berjaya mencatat peningkatan RM57.71 juta berbanding tahun sebelumnya, RM3.2 bilion. Pada 2015, Kerajaan Negeri mengakhiri tahun kewangannya dengan surplus RM393.24 juta, berbanding RM111.94 juta, pada 2014. Jumlah itu merangkumi nilai keseluruhan penyata kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun berakhir, sehingga 31 Disember 2015.
ED
BRIM sogok, HIJRAH berdaya ekonomi
Salahkah gesa polis siasat anak KPN? SHAH ALAM - Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali kesal apabila dipanggil memberi keterangan hanya kerana meminta siasatan dilakukan terhadap anak Tan Sri Khalid Abu Bakar yang memiliki lesen penjualan senjata api. Beliau berkata, kenyataan itu dibuat ekoran Khalid dalam laporan media memaklumkan anaknya mendapat lesen terbabit sebelum beliau dilantik sebagai ketua polis negara. “Kami amat kecewa dengan tindakan polis yang merakam keterangan atas satu pertuduhan bahawa saya mengkritik anak ketua polis negara. “Sebenarnya, rakaman diberikan itu adalah ucapan saya yang meminta anak beliau (Khalid) disiasat apabila dilaporkan mendapat lesen penjualan
senjata api. “Saya sekadar minta siasat. Adakah sistem hari ini, perdana menteri atau ketua polis negara tidak boleh disiasat sedangkan saya rujuk laporan media,” katanya. Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya bersedia terhadap sebarang kemungkinan kerana menekankan proses perolehan telus, terbuka dan bertanggungjawab. Pada 29 Disember lalu, Mohamed Azmin disoal siasat polis di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Shah Alam, pada jam 5 petang dengan ditemani peguam, N Surendran dan Latheefa Koya. Kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233, Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Sebenarnya, rakaman diberikan itu adalah ucapan saya yang meminta anak beliau (Khalid) disiasat apabila dilaporkan mendapat lesen penjualan senjata api
MOHAMED AZMIN Dato’ Menteri Besar
SHAH ALAM - Program pembiayaan perniagaan HIJRAH Selangor ternyata lebih berkesan memberdaya ekonomi rakyat berbanding pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pemberian BR1M sekitar RM600 yang bertahan kira-kira dua hari tidak mampu mengembangkan ekonomi rakyat, malahan tidak ubah seperti sogokan politik. “Ini adalah salah satu cara sogokan yang boleh dibuat dalam pelbagai bentuk kerana kalau BR1M dikatakan bantuan untuk ekonomi, ia jelas tidak memberdaya rakyat. “Tidak seperti di Selangor, kita tidak sogok rakyat dengan wang tunai. Apa yang kita buat adalah
memberdaya rakyat melalui HIJRAH,” katanya Menerusi pembiayaan perniagaan HIJRAH, peminjam boleh mengembangkan perniagaan dengan bantuan antara RM5,000 hingga RM50,000 tanpa faedah. Sementara itu, mengulas kenyataan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menganggap BR1M bukan rasuah, Mohamed Azmin berkata, tidak adil untuk meletakkan kesalahan kepada Presiden KEADILAN itu. “Kita kena lihat kenyataan itu dalam konteks apa. Tidak adil untuk meletakkan kesalahan kepada presiden. “Saya sudah nyatakan ini adalah salah satu bentuk sogokan dan rasuah yang diamalkan Putrajaya,” katanya.
Utama
4
SelangorKini 6 - 13 Januari 2017
Sita pusat judi
Kuasa mutlak polis persekutuan Beliau berkata, pihak berkuasa tempatan di Selangor bersedia untuk bekerjasama dengan polis dalam membanteras aktiviti perjudian haram. Namun, katanya, kekurangan anggota penguatkuasaan majlis tempatan menyukarkan mereka bertindak. "Saya mencadangkan Kerajaan Persekutuan mengagihkan kuasa dan membenarkan Kerajaan Negeri membentuk pasukan penguatkuasaan sendiri untuk menegakkan undang-undang," katanya. Mengulas tindakan Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang membidas Kerajaan Negeri ekoran didakwa
gagal membendung pusat perjudian, Hian Wah sekali lagi menegaskan ia berada di bawah bidang kuasa polis. Justeru, beliau berkata, Jamal yang juga Ketua Umno Sungai Besar tidak boleh melepaskan tanggungjawab berkenaan kepada Kerajaan Negeri. "Saya gesa Jamal jangan bertindak tanpa mematuhi undangundang. "Jika ada sebarang maklumat berkenaan pusat judi haram, beliau perlu menyerahkannya kepada polis," katanya. Terdahulu, Jamal bersama kira-kira 100 penyokongnya menyerbu beberapa pusat perjudian di Ampang Jaya.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SHAH ALAM - Kuasa mutlak untuk menutup atau menyita pusat perjudian terletak sepenuhnya di bawah bidang kuasa polis persekutuan memandangkan ia tergolong dalam kes jenayah. Exco Kerajaan Tempatan, Pembangunan Kampung Baru dan Pemutihan Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah berkata, Kerajaan Negeri pula hanya diberi kuasa untuk mengeluarkan lesen komersial bukan membuat serbuan. "Kerajaan Negeri tiada kuasa untuk menentukan sama ada mereka terlibat dalam aktiviti perjudian kerana skop penguatkuasaan kami hanya tertumpu kepada operasi perniagaan tanpa lesen," katanya lapor Malaysiakini.
ED
Polis Selangor rampas lebih ��,��� set komputer SHAH ALAM - Polis Selangor merampas lebih 60,000 set komputer bernilai hampir RM48.5 juta menerusi 4,828 serbuan, sejak awal tahun. Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, operasi itu menyaksikan 4,438 individu yang bertindak sebagai pengurus pusat perjudian ditahan bagi tujuan pendakwaan selain RM424,118 wang tunai turut dirampas. Katanya, 1,473 kaki judi turut ditahan dalam tempoh itu bagi siasatan selanjutnya selepas pihaknya melakukan 34,109 pemeriksaan. “Ada pihak mempertikaikan
mengapa pemeriksaan dilakukan lebih banyak berbanding kejayaan membanteras perjudian. Sindiket perjudian mempunyai rangkaian bukan sahaja di seluruh daerah, namun di setiap negeri seluruh negara. “Apabila operasi dibuat, rangkaian mereka pantas menyalurkan maklumat dan dalam beberapa minit premis judi dihentikan operasi seketika,” katanya memetik Sinar Harian. Beliau berkata demikian pada Majlis Pelupusan Barang Kes Mesin Perjudian Komputer IPD Subang Jaya di Depoh Tunda Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) TP2, Subang Jaya, baru-baru ini.
Pada masa sama, Abdul Samah turut menggesa penambahbaikan ke atas undang-undang sedia ada dilakukan atau yang dikhususkan untuk menangani perjudian dalam talian. “Hukuman penjara mandatori bukan sahaja perlu dikenakan terhadap pihak menjalankan operasi tetapi juga pemilik premis kerana mereka tahu ia disalah guna, namun gelap mata dengan peratus keuntungan dijanjikan penyewa. “Jika terbukti bersalah, premis akan disita dan saya yakin jika ini dilaksanakan, tiada pemilik berani menyewakan premis untuk kegiatan perjudian,” katanya.
Food Mega Karnival pamer fenomena hipster SHAH ALAM - Konsep hipster dan 'food truck' diketengahkan sempena penganjuran Food Mega Karnival di tapak letak kenderaan, Stadium Melawati, di sini. Tampil dengan citarasa lebih mesra golongan belia, konsep itu dilihat menjadi tarikan lebih 10,000 pengunjung ke tapak kar-
nival, pada 31 Disember lalu. Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, karnival itu adalah sebahagian daripada inisiatif Kerajaan Negeri menggalakkan golongan muda terlibat dalam bidang keusahawanan.
“Ini adalah inisiatif baru Kerajaan Negeri memberi dorongan dan galakan supaya lebih ramai golongan muda menyertai bidang keusahawanan untuk menjana lebihan pendapatan masing-masing. “Karnival seumpama ini mampu menjadi titik tolak kepada golongan muda untuk lebih ber-
jaya, pada masa akan datang,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Karnival Food Mega. Menerusi karnival itu, lebih 30 ‘food truck’ dan gerai jualan pelbagai jenis makanan ala hipster dan moden mengambil bahagian, bersesuaian dengan tema karnival berkenaan. Sementara itu, hasil pemer-
hatian SelangorKini mendapati kebanyakan peniaga menjual makanan jenis barat seperti pasta, grill dan sejuk beku serendah RM6 satu set. Karnival itu turut dimeriahkan dengan persembahan pemuzik gig dan busker yang memainkan lagu terkini, seiring selera dan kehendak golongan belia.
Utama SelangorKini 6 - 13 Januari 2017
5
Rumah Selangorku Antara Gapi
�� terima surat tawaran gian daripada 80 bakal pemilik projek rumah mampu milik di Antara Gapi itu. “Semua pemohon ini melalui proses saringan awal Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), manakala PKNS hanya menerima senarai nama pemohon daripada LPHS yang diperakukan Jawatankuasa Pemilihan Senarai Nama Pembeli
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
OLEH LIZAWATI MADFA HULU SELANGOR - Seramai 42 pemohon Rumah Selangorku Idaman Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menerima surat tawaran projek berkenaan, pada 29 Disember lalu. Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim berkata, me-reka adalah sebaha-
Rumah Mampu Milik,” katanya dalam kenyataan. Projek Rumah Selangorku Idaman PKNS Antara Gapi menawarkan 80 unit rumah teres dua tingkat yang dijual, pada harga RM250,000 hingga RM293,500 dengan keluasan 1200 kaki persegi. Ishak berkata, ia dibina berasaskan reka bentuk moden dengan persekitaran selesa dan mudah dihubungi menerusi Lebuhraya Utara Selatan
(PLUS), laluan alternatif serta Stesen Komuter Serendah. “Dengan kemudahan moden dan taman rekreasi, projek kediaman ini pastinya menjanjikan potensi pelaburan berganda,” katanya. Projek dengan pegangan tanah berstatus pajakan 99 tahun itu juga terletak berdekatan institusi pendidikan seperti Sekolah Antarabangsa Antara Gapi, Sekolah Agama Serendah Retail, Maktab Rendah Sains
Mara (MRSM) Hulu Selangor dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Antara Gapi mula dimajukan pada 1997 dan merupakan salah satu pusat pertumbuhan baru dibangunkan PKNS. Pusat pertumbuhan lain termasuk Petaling Jaya, Shah Alam, Kelana Jaya, Bandar Baru Bangi, Kota Damansara, Kota Puteri, Bandar Sultan Suleiman, Bernam Jaya dan Selangor Cyber Valley.
Rezeki rumah pertama pelbagai peringkat usia di LPHS dan akhirnya usaha itu membuahkan hasil apabila nama kami terpilih. Kami mohon rumah satu setengah tingkat tetapi bertuah apabila ditawarkan rumah teres dua tingkat. “Terima kasih Kerajaan Negeri dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS),” katanya. Lebih bertuah, juruteknik, Azizi Abdul Ghani, 26, menerima tawaran hanya selepas kira-kira dua minggu menghantar borang permohonan di LPHS. “Tidak sangka tawaran datang seawal ini menjadikan kami teruja, pada masa sama bersyukur atas peluang diberikan. “Ini adalah hadiah istimewa untuk kami suami isteri yang
ED
HULU SELANGOR - Memasuki usia awal 40-an, Hazana Hasan dan suami angat bertuah apabila terpilih antara 80 pemilik unit rumah mampu milik, Rumah Selangor Idaman PKNS di Antara Gapi, di sini. Bekerja sebagai pembantu tadbir, ibu kepada empat anak itu berkata, faktor harga rumah yang sentiasa melambung membantutkan keinginan mereka sekeluarga memiliki kediaman sendiri, sebelum ini. Katanya, banyak program dan skim perumahan juga sudah dicuba, namun rezeki masih belum berpihak kepadanya anak-beranak. “Menerusi dalam talian, pada Ogos lalu kami mengisi borang
baru mendirikan rumah tangga, pada Ogos lalu,” kata anak jati Serendah itu yang ditemani isteri. Perasaan teruja turut dikongsi guru bahasa, Lai Foo Fat, 33, yang menyifatkan ia sebagai program Kerajaan Negeri yang wajib direbut anak muda Selangor. “Saya berharap supaya belia Selangor tidak melepaskan peluang ini demi masa depan mereka terutama dengan nilai hartanah yang semakin melambung. “Mereka hanya perlu mengisi borang secara dalam talian dan mengikuti arahan mudah. Siapa tahu inisiatif itu menjanjikan rumah pertama mereka,” katanya yang kini tinggal di Rawang bersama keluarga.
Sasar margin rizab simpanan air ��% SHAH ALAM - Margin rizab air Selangor kini berada pada tahap kira-kira empat peratus dan bukan negatif seperti yang didakwa sesetengah pihak. Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor, Amin Lin Abdullah berkata, perkara itu adalah selari dengan kenyataan dikeluarkan Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib. “Margin rizab sering turun naik apabila terdapat permintaan air dan apabila permintaan sangat tinggi pada suatu masa tertentu, rizab itu akan jatuh,” katanya lapor MStar Online. Ditanya sama ada Selangor sudah mengeluar-
kan air terawat melebihi kapasiti loji rawatan sedia ada, Amin berkata, hampir semua loji rawatan sedang membuat penghasilan di luar kemampuan. Beliau berkata, keadaan itu mendorong Kerajaan Negeri membina dua lagi loji rawatan air sebagai alternatif tambahan. “Kami sedang membina loji rawatan air Semenyih 2 dan Labohan Dagang untuk meningkatkan pengeluaran air bagi menampung permintaan yang semakin meningkat,” katanya. Pada masa sama, Amin berkata, sasaran Kerajaan Negeri adalah untuk mencapai margin rizab air 15 peratus dalam jangka masa panjang.
Hazana Hasan
Lai Foo Fat
SIDANG PENGARANG
PENASIHAT: Lembaga Editorial CCSB KETUA PENGARANG: Cecelia Alphonsus PENGARANG : Nurul Farina Nazlan PENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut, Naeem Raffi, Afeeqa Afeera WARTAWAN: Hafizan Taib:
[email protected], Nazli Ibrahim:
[email protected], Afix Redzuan:
[email protected], Lizawati Madfa:
[email protected], Norhayati Umor:
[email protected], Syazwani Sufian :
[email protected] Ermizi Muhamad :
[email protected]
JABATAN PEMASARAN & PENGIKLANAN: Budi Setyawan :
[email protected] | 013 399 2848 Nadhrah Azlan :
[email protected] l 03-5523 4856 (ext 117) JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Shuaib Ayob GRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43, Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel:
[email protected]
Utama
6
SelangorKini 6 - 13 Januari 2017
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
Kos hidup naik, rakyat mahu gaji selesa
Eliza Aini
Selangor Job Fair
Bantu cari peluang pekerjaan OLEH SYAZWANI SUFIAN
ED
SHAh ALAM - Dianggarkan lebih 10,000 pencari kerja menghadiri Karnival Selangor Job Fair 2016 yang berlangsung di Dataran Kemerdekaan, di sini, pada 31 Disember lalu. Pegawai Penyelaras Program, Abdul Majid Abdul Hamid berkata, karnival itu bertujuan membantu belia yang menganggur juga pencari kerja yang mahukan pekerjaan lebih baik. “Penganjuran kali ini lebih ramai dan mendapat sambutan
hangat daripada belia juga pencari kerja kerana 10,000 borang yang disediakan habis sejak awal pagi. “Sebelum ini, kita laksanakan empat kali mini karnival antaranya di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan INPENS,” katanya kepada SelangorKini. Katanya, lebih menarik, pencari kerja di karnival itu berpotensi besar diserap terus ke syarikat selepas selesai sesi temu duga, pada hari sama. Program siri kedua anjuran Jawatankuasa Tetap Pendidik-
an Pembangunan Modal Insan, Sains Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama Job Malaysia serta Jabatan Tenaga Kerja Selangor itu memperuntukkan RM90,000. Difahamkan, lebih 35 syarikat swasta dan agensi pekerjaan yang beroperasi di Selangor menawarkan pelbagai kekosongan jawatan dalam pelbagai bidang profesional juga kemahiran. Antara syarikat terlibat adalah Pos Malaysia, Aeon Berhad, Kumpulan Naza serta syarikat GLC milik Kerajaan Negeri untuk jawatan tetap dan kontrak.
SHAH ALAM - Peningkatan kos sara hidup, pada masa kini menyebabkan kebanyakan rakyat mahu mencari pekerjaan dengan gaji lebih lumayan walaupun mempunyai kerja semasa. Kakitangan swasta, Eliza Aini Ahmad, 27, berkata ia memberi tekanan kepada rakyat apabila pekerjaan dimiliki masih tidak mampu menanggung perbelanjaan harian yang tinggi. “Pendapatan masa kini walaupun nilai tinggi lebih dari zaman dahulu tetapi masih terbeban apabila barangan semakin mahal, apatah lagi saya mempunyai dua anak kecil yang perlu dihantar ke rumah pengasuh. “Walaupun saya dan suami bekerja tetapi kami perlu fikir untuk menambah pendapatan lain apabila anak semakin membesar dan bersekolah," katanya kepada SelangorKini. Sementara itu, Muhammad Zulaiman Aziz, 27, berkata, beliau menyertai Selangor Job Fair untuk mendapat tawaran pekerjaan lebih baik dengan gaji lebih tinggi berbanding sedia ada. “Zaman sekarang susah untuk mencari pekerjaan yang sama dengan bidang dipelajari
Faris Salehen
Muhammad Zulaiman ketika di universiti dulu, malahan kerja saya sendiri sudah lari bidang. “Pendapatan juga tidak lumayan walaupun hidup bujang, sebab itu ramai yang mahu pekerjaan lebih baik,” katanya. Bagi Mohammad Faris Salehen, 24, beliau berharap karnival itu akan membuka peluang kepadanya untuk diterima bekerja di mana-mana syarikat di Selangor. “Sudah hampir tiga bulan saya menganggur, justeru saya berharap karnival ini membuka rezeki kerana kita juga perlu pendapatan untuk menampung kehidupan seharian,” katanya.
Bantuan banjir: PANTAS sedia digerakkan jika perlu
SHAH ALAM - Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor (PANTAS) akan bertindak menggerakkan bantuan segera ke negeri di pantai timur yang dilanda banjir, jika keadaan memerlukan. Bagaimanapun, Pengerusinya, Hamsah Djabir berkata, situasi ketika ini tidak mendesak dan usaha ke arah itu masih belum dijalankan. “Setakat ini, kejadian banjir berlaku di Kelantan dan Terengganu terkawal dan tidak memerlukan kita bertindak sedemikian. “Namun, kita akan terus memantau perkara ini dan pastinya PANTAS bersedia dengan misi bantuan jika diperlukan,” katanya kepada SelangorKini, di sini,
pada 1 Januari lalu. Ketika ini, Kelantan dan Terengganu mengalami banjir dengan lebih 3,700 orang dipindahkan di dua negeri berkenaan. Laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat memaklumkan 3,764 orang iaitu 2,538 di Terengganu dan 1,226 (Kelantan) sudah dipindahkan ke pusat penempatan sementara. PANTAS pernah terbabit dalam misi bantuan ketika kejadian banjir, pada 2014 di beberapa negeri seperti Kelantan, Pahang, Terengganu dan Perak. Selain itu, pertubuhan bukan kerajaan itu turut menyalurkan bantuan sama ke Sarawak ketika bumi Kenyalang mengalami musibah sama, pada Mac 2016.
Utama SelangorKini 6 - 13 Januari 2017
7
Singkap formula hijrah Rasulullah
Lahir generasi takwa OLEH ERMIZI MUHAMAD
peristiwa hijrah itu wajar dijadikan renungan setiap anggota masyarakat. “Ketika peristiwa hijrah, perkara pertama yang dilakukan Nabi Muhammad SAW adalah membina masjid," katanya ketika sesi bual santai ketika Malam GeMS Ambang
2017 di Dataran Kemerdekaan, di sini, pada 31 Disember lalu. Elyas berkata, masjid adalah tempat untuk melahirkan generasi takwa, sekali gus membentuk amalan mahmudah. Pada masa sama, katanya, ia turut bergantung kepada pengukuhan institusi kekeluar-
gaan yang dimainkan peranan sepenuhnya oleh ibu bapa. “Peranan ibu dan bapa juga penting ke arah melahirkan individu takwa kerana jika ibu bapa cakna terhadap amalan solat, terlahirlah institusi keluarga yang takwa dan harmoni,” katanya.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SHAH ALAM - Masyarakat perlu mengambil iktibar daripada peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW ke arah pembentukan insan yang lebih takwa, seiring tuntutan dan ajaran Islam.
Pendakwah bebas, Elyas Ismail berkata, kisah itu wajar dijadikan pedoman masyarakat khususnya golongan muda sebagai landasan untuk mengukuhkan institusi kekeluargaan dan perpaduan ummah. “Formula yang dibawa Nabi Muhammad SAW sewaktu
Konsert kemanusiaan warnai GeMS Ambang ���� untuk berpusu-pusu di hadapan pentas bagi menyaksikan secara dekat penyanyi yang turut aktif dengan aktiviti kemanusiaan itu. GeMS Ambang 2017 yang bermula pada 29 Disember lalu menutup tirainya sempena sambutan tahun baru membabitkan ramai penceramah bebas dan artis popular menerusi sembang santai dan persembahan. Antaranya, Don Daniyal, Elyas Ismail, Haslin Baharin dan Abdullah Khairi, manakala artis yang terlibat termasuk kumpulan Bocey, Fahrin Ahmad, Yana Samsudin, Aiman Tino dan Sufian Suhaimi.
ED
SHAH ALAM - GeMS Ambang 2017 disemarakkan dengan persembahan Konsert Kemanusiaan tujuh artis tempatan, pada 31 Disember lalu. Bertempat di Dataran Kemerdekaan, ia diacarakan penyanyi, Heliza Helmi dan penyampai radio IKIM FM, Suffian Amrin dengan persembahan dimulakan kumpulan nasyid, Inteam. Turut menghiburkan, Ainan Tasneem, Muadz Dzulkefly, Rabbani dan Hafiz Hamidun. Kemuncak konsert disempurnakan artis pemenang lagu terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM), baru-baru ini, Faizal Tahir. Kemunculannya menarik penonton
Setiap saat perlu berazam SHAH ALAM - Perubahan sifat peribadi yang lebih positif dalam kalangan diri setiap insan tidak bersandarkan niat dan azam individu menjelang tahun baru sahaja, kata pendakwah bebas, Elyas Ismail. Sebaliknya, beliau berkata, tumpuan ke arah perubahan positif perlu kekal dalam diri setiap insan ke arah menjadi individu lebih baik dan diredhai. “Tidak semestinya kita perlu ada azam baru untuk timbul rasa keinsafan dan kemudian baru hendak berubah tetapi sentiasalah bersedia serta mengharapkan Husnul Khatimah jika waktunya tiba. “Setiap saat kita perlu berazam dengan melakukan amalan soleh demi mendapat keberkatan dariNya,” katanya ketika sesi bual santai Malam GeMS Ambang 2017 di Dataran Kemerdekaan, di sini, pada 31
Disember lalu. Hadir sama, Exco Pendidikan, Pembangunan, Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Anggerik, Yaakob Sapari. Sambutan tahun baru peringkat negeri dijayakan penuh istiqamah dengan pengisian program ilmu yang mengangkat tema kemanusiaan. Pengisiannya turut tertumpu kepada tayangan video kesengsaraan masyarakat Rohingya dan penduduk Aleppo Syria yang dizalimi. Selain itu, sambutan turut dimeriahkan dengan program bual santai dan persembahan lagu kemanusiaan juga keagamaan oleh Aiman Tino, Ali XPDC, Abdullah Khairi dan Don Daniyal.
Nasional
8
SelangorKini 6 - 13 Januari 2017
Kempen #BebasAnwar
KEADILAN minta henti intimidasi nya sudah dimulakan, sejak 21 Disember lalu. "Kami juga komited untuk tetap meneruskan usaha promosi dan hebahan berkenaan program solidariti #BebasAnwar memandangkan beliau akan berada di Pulau Pinang, dari 8 hingga 12 Januari ini," katanya. Dr Afif berkata, pihaknya juga akan berada di hadapan Penjara Jawi, Nibong Tebal, pada malam 8 Januari untuk menyatakan sokongan kepada Anwar yang juga bekas Ketua Pembangkang. Sementara itu, Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) mengutuk siasatan polis di bawah Akta Hasutan 1948 terhadap tiga lelaki yang meletakkan papan iklan terbabit. Penyelarasnya, Amir Abd Hadi berkata, polis bertindak menahan mereka atas alasan ‘mengha-
sut rakyat untuk berhimpun dan mencetuskan kekecohan’. "GHAH menyeru pihak berkuasa berhenti menggunakan akta ini dengan alasan yang hanya diandaikan mereka sendiri. "Akta lapuk ini sepatutnya dimansuhkan dan tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya ke atas rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi untuk melenyapkan kritikan juga meneruskan kekuasaan kerajaan pemerintah," katanya.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SHAH ALAM - KEADILAN mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menangkap petugas dan menghalang kerja pemasangan papan tanda sempena Himpunan Solidariti #BebasAnwar di Pulau Pinang, pada 9 hingga 12 Januari ini. Timbalan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Dr Afif Bahardin berkata, tindakan menahan mereka daripada melaksanakan tugas adalah intimidasi terhadap gerak kerja parti itu dalam usaha mengajak rakyat menyokong usaha membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Kami dengan ini menuntut PDRM menghentikan sebarang bentuk gangguan dan intimidasi terhadap program kami memandangkan segala pemakluman dan pemberitahuan berkenaan-
Laksana pembaharuan agensi
ED
Cadangan ini supaya kita dapat memastikan Imigresen benarbenar komited untuk menghapuskan sindiket orang dalaman yang menjalankan aktiviti penyeludupan dan pemerdagangan orang
SHAH ALAM - Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Mustafa Ali digesa untuk tidak membenarkan berlakunya sebarang bentuk tekanan politik dan melaksanakan tanggungjawab badan itu secara telus. Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim berkata, Mustafa perlu melaksanakan pembaharuan pentadbiran lebih telus ke arah memastikan tidak wujudnya kegiatan salah laku penjawat awam. “Beliau perlu melaksanakan pembaharuan kritikal iaitu mengkaji semula semua kontrak syarikat swasta dengan Jabatan Imigresen, sejak Januari 2015. Tender terbuka perlu dilaksanakan untuk semua kontrak selepas ini. “Selain itu, imigresen disaran menubuhkan pasukan siasatan peringkat tinggi pelbagai jabatan yang diketuai Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis. “Cadangan ini supaya kita
STEVEN SIM
Ahli Parlimen Bukit Mertajam
dapat memastikan imigresen benar-benar komited untuk menghapuskan sindiket orang dalam yang menjalankan aktiviti penyeludupan dan pemerdagangan orang,” katanya dalam kenyataan. Beliau berkata, Mustafa juga disaran membentuk Suruhanjaya Diraja Pembaharuan Imigresen bagi membersihkan sepenuhnya seluruh jabatan yang terpalit dengan salah laku anggotanya, tahun lalu. “Tahun baru ini, adakah Ketua Pengarah Jabatan Imigresen akan melawan tekanan politik dan menyertai kami untuk mendedahkan kepincangan dan memberhentikan aktiviti kartel?” soalnya. Mustafa sebelum ini pernah berkhidmat selama 32 tahun bersama SPRM sebelum dipindahkan ke Jabatan Imigresen, pada 1 Ogos lalu. Beliau mengambil alih jawatan daripada Datuk Seri Sakib Kusmi.
PAS nafi bakal sertai Umno SHAH ALAM - PAS Selangor menafikan dakwaan media kononnya parti itu akan menjalinkan kerjasama gabungan bersama Umno menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Naib Presidennya, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, kenyataan dipaparkan akhbar Sin Chiew Daily itu diputar belit, sekali gus menimbulkan kekeliruan umum. “Saya tidak pernah menyebut PAS akan menyertai gabungan bersama Umno selepas pilihan raya. “Secara jelas, saya menyatakan bahawa PAS menerusi Majlis Syura Ulama' pada 2015 menegaskan tidak akan bersama UMNO. “Saya tegaskan jika PAS ingin membuat kerjasama itu, PAS dan Umno sudah tentunya akan bergabung, pada 2008 terutama di Selangor tetapi perkara itu tidak terjadi,” katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor. Bagaimanapun, beliau dalam kenyataannya turut
GPBSM akui terpaksa naik tambang bas sekolah KUALA LUMPUR - Gabungan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPBSM) mengakui terpaksa menaikkan tambang bas sekolah ekoran peningkatan kos petrol. Presidennya, Mohd Rofik Mohd Yusof berkata, kenaikan yang bakal berlaku dijangka tidak melebihi RM10 bagi setiap pelajar dan setiap bulan. “Selain memberi perkhidmatan bas sekolah, kami sebenarnya juga berniaga dan saya jangka ke-
naikan akan berlaku tetapi tidak banyak. “Untuk makluman ibu bapa, tambang itu sudah diregulasi, maka ia bukan satu isu lagi dan ibu bapa boleh berbincang dengan pengusaha untuk mendapatkan caj yang dipersetujui bersama,” katanya lapor Astro Awani. Isu terbabit timbul ekoran kenaikan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel kepada 20 sen, berkuatkuasa 1 Januari lalu.
menegaskan, PAS tidak menolak kemungkinan untuk menjalin kerjasama bersama parti lain bagi mengukuhkan sokongan dan undi, pada PRU akan datang. “Apabila saya jelaskan bahawa sebarang keputusan boleh dibuat selepas tempoh pilihan raya lalu, ia bukan bermakna PAS akan bergabung bersama Umno. “Tetapi ia adalah berkaitan gabungan dan kerjasama dengan parti lain selain Umno,” katanya.
Nasional SelangorKini 6 - 13 Januari 2017
Kos sara hidup meningkat
Mahasiswa kutuk kekejaman rejim Bashar Assad KUALA LUMPUR - Kumpulan mahasiswa membentuk gabungan dikenali sebagai Mahasiswa Bersama Syria bagi menggerakkan advokasi berkenaan isu kemanusiaan di negara itu. Timbalan Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Iman Abdul Khudus berkata, mahasiswa mengecam sekerasnya kekejaman rejim Bashar Assad dan sekutunya yang mengorbankan banyak nyawa tidak berdosa. “Kami berhasrat menyebarkan kefahaman dan kesedaran berkenaan krisis di Syria ini secara lebih meluas dengan turun ke kampus di seluruh negara. “Isu Syria bukanlah keagamaan juga perkauman, sebaliknya merentas latar ideologi serta perbezaan warna kulit,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), baru-baru ini. Pada masa sama, Iman berkata, kempen akan bermula di peringkat universiti awam, pada Febuari ini apabila sesi pembelajaran bermula selepas cuti semester. Katanya, mahasiswa di Malaysia terus komited membantu mengurangkan penderitaan ditanggung rakyat dan pelarian Syria menerusi badan bukan kerajaan kemanusiaan seperti Malaysian Lifeline For Syria (MLLFS). "Orang ramai boleh menghulurkan sumbangan kepada MLLFS menerusi akaun Maybank (564810513971) dan Bank Islam (14210010009882)," katanya.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
Tangguh naik harga barang
OLEH NORHAYATI UMOR
ED
SHAH ALAM - Kerajaan Persekutuan perlu menangguhkan kenaikan harga barang juga tarif perkhidmatan ekoran kos sara hidup yang semakin meningkat, tahun ini. Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, keadaan lebih sukar apabila nilai mata wang negara yang semakin merosot, sekali gus memberi kesan kepada pengguna. “Sebagaimana laporan persatuan majikan, mereka turut menjangkakan lebih ramai pekerja akan diberhentikan, jadi rakyat perlu bersedia. “Biasanya apa yang dikaitkan de-
ngan peningkatan kos sara hidup adalah daripada segi peningkatan harga, tidak kira barangan atau perkhidmatan,” katanya kepada SelangorKini. Mohd Yusof berkata, kerajaan seharusnya menyelesaikan isu itu daripada terus berlaku bagi memastikan rakyat tidak terbeban seperti nilai ringgit yang masih rendah. Pada masa sama, beliau turut menasihatkan semua pihak supaya menguruskan kewangan dengan baik sebagai langkah bersiap sedia. “Rakyat perlu berbelanja secara bersederhana dengan hanya membeli barangan keperluan tertentu, manakala selebihnya disimpan kerana kita tidak dapat meramal apa yang berlaku, pada masa hadapan,” katanya.
KKM siasat prosedur sunat KUALA LUMPUR - Siasatan dalaman terhadap semua prosedur sunat dikendalikan klinik di seluruh negara dilaksanakan supaya kes kepala kemaluan kanak-kanak terputus ketika pembedahan tidak berulang. Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya memandang serius dua kes komplikasi sunat membabitkan klinik perubatan swasta, barubaru ini. “Sunat adalah prosedur kecil, namun komplikasi yang mungkin tercetus daripada proses pembedahannya mampu mengancam nyawa pesakit. “Pegawai perubatan sama ada swasta atau kerajaan sepatutnya perlu menjalani latihan mencukupi bagi memastikan mereka berkemampuan untuk melaksanakan prosedur pembedahan secara
cekap dan selamat,” katanya dalam kenyataan media. Mengulas perkembangan keduadua pesakit berkenaan, Noor Hisham berkata, kanak-kanak yang masing-masing berusia sembilan dan 10 tahun itu kini boleh membuang air seperti biasa, namun sukar menjangkakan kesan psikologi apabila mereka menjengah usia remaja kelak. Katanya, tempoh dua pesakit itu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang mempunyai kepakaran untuk merawat kes sedemikian penting kerana peluang semakin tipis jika mereka lewat dirujuk ke pakar perubatan. “Kes berkenaan dikendalikan perunding berpengalaman iaitu pasukan yang terdiri daripada pakar bedah plastik dan pembentukan semula, urologi (fisiologi dan rawatan salur kencing) serta psikiatrik kanak-kanak,” katanya.
9
Ekonomi
10
SelangorKini 6 - 13 Januari 2017
Peruntukan RM2 juta
Tambah baik Uptown Shah Alam pada segi susun atur kedai dan pendawaian,” katanya lapor BERNAMA. Terdahulu, ribuan warga bandar raya Shah Alam hadir memeriahkan sambutan ambang tahun baharu 2017, di situ, Noraida berkata, PKNS memilih bazar itu sebagai lokasi sambutan
berkenaan bagi mempromosikannya kepada orang ramai. “PKNS menyasarkan bazar ini akan menjadi ikon pelancongan bagi Shah Alam dan Selangor dalam tempoh dua tahun,” katanya.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SHAH ALAM - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memperuntukkan RM2 juta bagi menambah baik infrastruktur Uptown Shah Alam, di Seksyen 24, di sini. Pengurus Besar PKNS, Noraida Mohd Yusof berkata, jumlah itu membabitkan kos penyusunan semula kedudukan kedai dan pendawaian elektrik di kawasan berkenaan. Katanya, PKNS mula mengambil alih pengurusan bazar berkenaan yang mempunyai kira-kira 450 lot kedai, pada Ogos 2015. “Segala kerja pembaikan mendapat sokongan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Tenaga Nasional Berhad. “Mereka juga ada memberi khidmat nasihat keselamatan kepada kami terutama dari-
ED
KOHIJRAH bantu jana pendapatan
BANTING - Hijrah Selangor (HIJRAH) merancang membuka 22 cawangan bazar perniagaan di pasar raya seluruh negeri dalam tempoh terdekat. Pengerusi Pembangunan Usahawan Koperasi Warga HIJRAH Selangor (KOHIJRAH), Mohd Syukri Ismail berkata, inisiatif itu mendapat kerjasama baik dari beberapa pasar raya dalam usaha membantu peserta meningkatkan pendapatan. Katanya, Bazar KOHIJRAH Mar-
ket berkonsepkan 'free market' itu mula dibuka di pasar raya Giant Banting untuk tempoh percubaan selama dua bulan, sejak 1 November lalu. “Kekangan sewa tinggi membuka bazar ini, namun kita berterima kasih dengan pasar raya Segi Fresh dan Giant kerana sudi berkerjasama. “Permit Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) menetapkan RM7 dan sewa serendah RM20 seminggu, di samping penyedia-
an tapak perniagaan,” katanya. Pada Belanjawan 2017 lalu, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan HIJRAH bakal menyediakan dana pusingan RM185 juta dengan meletakkan dua kumpulan sasar baru iaitu veteran angkatan tentera dan wanita ladang. Sehingga 31 Disember lalu, seramai 31,035 peserta sudah mendapat manfaat HIJRAH berjumlah RM163,092,000.
Noryatimah Ramdzan
Peserta sambut baik peluang berniaga BANTING - Penyediaan tapak perniagaan di Pasaraya Giant, di sini, membuka ruang besar buat peminjam mikrokedit HIJRAH Selangor (HIJRAH) menambah pendapatan. Peniaga makanan, Jumaah Robani, 35, berkata pembukaan bazar itu berjaya meningkatkan pendapatan bulanan beliau walaupun membuat pinjaman RM4,000. “Pendapatan adalah di luar jangkaan dan adakala mencecah RM800, pada hujung minggu. “Sebelum ini, ada karnival kita masuk dan berniaga tetapi dengan HIJRAH selain daripada modal, mereka juga memberi latihan perniagaan,” katanya. Katanya, pinjaman kecil ditambah dengan kadar faedah dikenakan bank mengakibatkan mereka lebih selesa memilih HIJRAH. Bagi Fatmayunis Abdullah Rafani, 61, ia adalah tahun keempat beliau melakukan pinjaman HIJRAH Bermula dengan modal RM3,000, jumlah pinjaman meningkat kepada RM5,000 dan RM10,000 hingga membolehkan beliau memiliki dua cawangan sehingga kini. “Selama tiga tahun, pinjaman itu saya buat modal pusingan. Kita tiada pengalaman berniaga, HIJRAH hantar kita kursus berniaga. “Ada masa turun naik dalam Fatmayunis
Sebelum ini, ada karnival kita masuk dan berniaga tetapi dengan HIJRAH selain daripada modal, mereka juga memberi latihan perniagaan JUMAAH ROBANI Peniaga makanan
perniagaan tetapi paling penting jangan mengalah,” katanya. Bagi Noryatimah Ramdzan, 30, beliau mengusahakan perniagaan makanan dan membuat pinjaman RM3,000 bagi membesarkan perniagaan. "Saya buat pinjaman HIJRAH kerana amaun modal yang diperlukan kecil berbanding pinjaman bank untuk mengembangkan perniagaan,” katanya.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SelangorKini 6 - 13 Januari 2017
JAMINAN RASMI PENYERAHAN HADIAH UTAMA WANG TUNAI RM150,000:
ED
Pihak Pengurusan Best Products secara rasminya menjamin penyerahan wang tunai RM150,000 kepada pemenang yang layak. Kelayakan ini akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pemilihan Best Products.
11
Album 12
Album
SelangorKini 6 - 13 Januari 2017
SelangorKini 6 - 13 Januari 2017
ED
ADN Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran menyampaikan bantuan Hijrah kepada peserta di DUN beliau
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin menziarahi keluarga arwah Pengerusi Gabungan Persatuan Penduduk Bukit Antarabangsa (CoBara) di kawasan beliau
ADN Dengkil, Shahrum Mohd Sharif turun padang menghadiri Program Hari Terbuka Kem PLKN Paya Indah, Sepang
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Irmohizam Ibrahim turun padang menyantuni pelajar sekolah sekitar Kuala Selangor
ADN Sijangkang, Ahmad Yunus Hairi turun padang melawat Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) yang pertama di DUN berkenaan
13
ADN Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong menyampaikan sumbangan SMUE kepada penerima yang layak
ADN Tanjung Sepat, Ir Mohd Haslin Hassan menyampaikan hadiah di penutup Karnival Kampung Hulu Teris 2016
ADN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad menyampaikan hadiah kepada juara Kejohanan Futsal AMK Setiawangsa di Sports Futsal Centre
ADN Kota Anggerik, Yaakob Sapari turun padang menyampaikan kalendar 2017 kepada pengunjung dan peniaga di Pasar Seksyen 6 Shah Alam
Rencana
14
SelangorKini 6 - 13 Januari 2017
K I T S PLA U!
S A GG B N I E B EM
#
S
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
RI A H 7
Tiada plastik hari ini? Ramai alami 'kejutan budaya'
OLEH MOHD EZLI MASHUT
A
ED
PA? Tiada beg plastik hari ini? Tentu ramai yang mengalami 'kejutan budaya' apabila kali pertama mengalami keadaan penggunaan plastik diharamkan. Ia ekoran sudah lama pengguna dibiasakan dengan penggunaan plastik untuk membeli-belah, sejak 'trend' itu bermula 1970-an. Tahukah kita bahawa hampir satu trilion beg plastik digunakan setiap tahun di seluruh dunia dengan mengambil masa lebih 1,000 tahun untuk ia terurai. Dengan hanya menggunakan beg plastik kira-kira 12 minit sahaja menyebabkan kesannya berpanjangan terhadap alam sekitar. Kajian dilakukan Forum Ekonomi Dunia dan Ellen MacArthur Foundation menjangkakan jika 'trend' penggunaan beg plastik tidak berubah, maka jumlah berat plastik tidak diguna lebih tinggi daripada ikan seluruh dunia, pada 2050. Menyedari realiti menggerunkan ini, bermula 1 Januari 2017, Hari Tanpa Beg Plastik yang sebelum ini hanya diadakan setiap hari Sabtu di Selangor dipanjangkan kepada tujuh hari seminggu. Ini bermakna peniaga di Selangor tidak lagi membekalkan beg plastik secara percuma. Selangor mula mengharamkan penggunaan beg plastik pada setiap hari Sabtu sejak tahun 2009. Kempen Hari Tanpa Beg Plastik bertujuan menyemai semangat sayangkan bumi ini mampu dijadikan sebagai tabiat harian. Kempen ini diharap memberi impak kepada alam sekitar bukan sahaja untuk masa sekarang, malahan untuk masa depan buat anak cucu kita. Kajian menunjukkan 71 peratus rakyat Selangor merasakan kempen 'Bebas Beg Plastik' pada hari Sabtu sahaja tidak memadai.
Fakta bahaya beg plastik
Rakyat Selangor cintai alam sekitar
Lebih kurang 500 billion ke satu trilion beg plastik digunakan serata dunia. Ini bermaksud lebih sejuta beg plastik dalam seminit. Dan berbilion beg ini akan menjadi sampah. Apakah yang membimbangkan tentang plastik? Plastik merupakan bahan diperbuat daripada sumber yang amat berharga iaitu minyak. Lebih banyak plastik kita gunakan hari ini, maka akan berkuranglah bekalan minyak kita, pada masa hadapan. Ketika beg plastik dihasilkan, satu bahan karsinogen iaitu benzen dihasilkan. Beg plastik tidak dapat lupus dari bumi. Jika kita mengurangkan penggunaan beg plastik dari sekarang, masih terdapat banyak lagi beg plastik sudah sedia terkumpul. Beg plastik sukar dihapuskan. Sekiranya dibakar, ia membebaskan karsinogen iaitu bahan penyebab kanser. Sekiranya ditanam, bahan toksin di dalamnya boleh memasuki sumber air minum kita. Binatang yang menyangka beg plastik adalah makanan boleh mati apabila memakannya. Selain itu, beg plastik juga menyebabkan berlaku peresapan air yang mangakibatkan banjir dan merosakkan kesuburan tanah. Malah, satu juta hidupan laut terkorban setiap hari akibat termakan atau tertelan sampah plastik yang dibuang setiap hari. Itu belum lagi kesannya terhadap udara apabila dibakar menyebabkan gas berbahaya terbebas. Fakta ini sudah cukup untuk membuatkan kita takut akan masa hadapan dunia jika sikap penggunaan beg plastik tidak berubah.
Lebih dari 90 peratus penduduk Selangor sedar bahawa beg plastik merupakan penyumbang terbesar terhadap pencemaran alam sekitar. Berikutan kejayaan kempen lepas untuk mengurangkan penggunaan beg plastik pakai buang dan polistirena, Kerajaan Selangor memutuskan semua peruncit tidak akan membekalkan beg plastik secara percuma serta melarang penggunaan polistirena, bermula 2017. Bagi peruncit yang memohon atau memperbaharui lesen perniagaan, antara syarat ditetapkan adalah larangan penggunaan polistirena dan beg plastik pakai buang. Jika pengguna masih perlukan beg plastik, maka caj minima dikenakan peruncit. Tahukah anda yang secara purata, beg plastik hanya digunakan untuk 12 minit? Lebih mudah untuk bertukar kepada beg yang diperbuat daripada bahan yang boleh diguna semula. Kebergantungan anda kepada beg plastik boleh menghantui anda! Beg plastik dan bekas polistirena yang anda guna sekejap akan kekal seumur hidup. Sudah tentu anda mempunyai beberapa beg yang boleh diguna semula di rumah. Simpan di dalam kereta atau berdekatan pintu rumah anda. Simpan juga di dalam beg tangan atau beg galas yang anda gunakan setiap hari. Jika masih terlupa, boleh dapatkan kotak kadbod dari-
pada peruncit atau minta mereka untuk memberikan diskaun jika membawa beg yang boleh diguna semula. Kesedaran perlu bermula sekarang
Jadi, sekiranya anda ditawarkan beg plastik dengan harga 20 sen selepas ini, jangan ragu-ragu untuk menolak. Jadikan amalan membawa beg kitar semula jika anda pergi berbelanja. Jika hanya satu daripada lima orang di Malaysia mengamalkannya dan bersama kempen ini, kita dapat mengurangkan 110,822,400,000 beg sepanjang umur. Tanamkan kesedaran untuk menjaga alam sekiar. Ayuh, jom sertai kempen ini dengan menandatangani ikrar untuk hidup tanpa plastik dan polistirena pakai buang! Jom klik: http://www.bebasplastik. my. *Mohd Ezli Mashut adalah Penolong Pengarang SelangorKini
ADN SelangorKini 6 - 13 Januari 2017
15
Capai persefahaman
Selesai kemelut �� tahun OLEH ERMIZI MUHAMAD
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SHAH ALAM - Penantian 19 penduduk DUN Taman Templer berkenaan status milikan Pangsapuri Topaz yang tertangguh sejak 12 tahun lalu terjawab selepas pemeteraian perjanjian persefahaman (MoU) antara penduduk dan Syarikat SSL Capital Sdn Bhd dibuat, pada 28 Disember lalu. Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Templer, Zaidy Abdul Talib berkata, penduduk bersetuju menerima wang sagu hati bagi mengurangkan bebanan mereka menyewa kediaman, sementara menanti tawaran Rumah Selangorku. “Selepas persetujuan harmoni ini dicapai antara kedua-dua pihak, maka selepas ini tiada lagi tuntutan daripada penduduk juga SSL,” katanya dalam kenyataan. Terdahulu, Zaidy mengadakan
ditetapkan Kerajaan Negeri untuk penawaran Rumah Selangorku,” katanya. Sebelumnya, penduduk terbabit yang juga penghuni Pangsapuri Transit Nilam adalah penduduk setinggan Bukit Botak, Selayang Baru yang diarah berpindah selepas menerima tawaran rumah kos rendah, Pangsapuri Topaz, pada 2004. Bagaimanapun, syarikat pemaju terdahulu, Delpuri Corporation Sdn Bhd gagal menyiapkan projek perumahan terbabit serta diisytihar muflis dan tidak diketahui status pemaju baru yang bakal mengambil alih projek berkenaan. Susulan itu, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengeluarkan notis mengarahkan penduduk mengosongkan pangsapuri dalam tempoh 14 hari selepas pengambilalihan oleh pemaju baru, Syarikat SSL Capital Sdn Bhd yang dilantik.
perbincangan bersama syarikat pemaju, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan Pejabat Daerah dan Tanah Gombak. Malahan, perbincangan bersa-
ma Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar juga Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut dibuat bagi mem-
bincangkan penyelesaian masalah itu. “Perbincangan dibuat dan agensi terbabit bersetuju memberi keutamaan kepada 19 penduduk mengikut spkesifkasi
Amal prinsip kesamarataan jantina kanisme terpenting menjamin kelangsungan masyarakat khususnya wanita untuk menyumbang ke arah kesejahteraan. “Pemberdayaan wanita sebagai aset pembangunan manusiawi negara tidak wajar sekadar dinukil di dalam dasar dan polisi kerajaan semata-mata. “Sebaliknya, ia harus diterjemah melalui pelaksanaan secara konsisten dan komprehensif,” katanya dalam kenyataan. Beliau berkata, tumpuan itu dibuktikan menerusi komitmen pentadbiran Selangor yang mengamalkan prinsip kesamarataan tanpa mengam-
ED
SHAH ALAM - Pembangunan wanita khususnya di Selangor kekal inklusif dan holistik dalam mengharungi cabaran mendatang dengan memperkaya nilai kemanusiaan serta mencipta persekitaran hidup berdaya saing. Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Medan, Haniza Talha berkata, perancangan itu dizahirkan Kerajaan Negeri untuk tempoh 2017 ke arah memastikan golongan berkenaan terus mendapat manfaat berpanjangan. “Pada masa ini, keperluan pembangunan modal insan dan penguasaan ilmu menjadi me-
bil kira perbezaan jantina. Katanya, hal itu diterjemahkan dengan pelantikan dua wanita sebagai Hakim Mahkamah Syariah, sekali gus menjadikan Selangor sebagai negeri pertama berbuat demikian. “Begitu juga dengan perlantikan Noraida Mohd Yusof selaku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), pada 7 Oktober lalu,” katanya. Terdahulu, dalam Belanjawan 2017, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM1 juta untuk menjayakan Institut Wanita Berdaya.
Isu sampah, JMB perlu bertanggungjawab SHAH ALAM - Orang ramai diminta tidak menuding jari kepada wakil rakyat berkenaan isu longgokan sampah yang membelenggu penduduk di Pangsapuri Seri Nipah, Taman Pinggiran USJ, Subang Jaya. Sebaliknya, Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga, Rodziah Ismail berkata, Badan Pengurusan Bersama (JMB) perlu lebih bertanggungjawab menyelesaikan masalah itu memandangkan ia sudah lama berlarutan. Katanya, penduduk juga perlu memainkan peranan sama dengan menjaga kebersihan kawasan sekitar untuk memastikan mereka hidup dalam keadaan selesa. "Sejak sekian lama, saya dan MPSJ berusaha memperbaikinya dengan melakukan lawatan juga pembersihan secara berkala termasuk mengadakan mesyuarat khas, pada 29 Disember lalu. "Namun, JMB masih meman-
dang ringan perkara itu walaupun beberapa kali ditegur, malahan gagal menghadirkan diri dalam mesyuarat diadakan," katanya di Facebook. Rodziah berkata, selain kekotoran, terdapat pelbagai isu lain yang perlu diberi perhatian dan MPSJ memberi jaminan akan mengambil tindakan segera. Pada masa sama, beliau turut meminta media kawalan Umno supaya menyiasat perkara berkenaan dengan lebih telus tanpa memutar-belitkan fakta. "Pihak yang timbulkan perkara ini sengaja mahu bermain politik. Saya mahu bertanya, jika rumah kita kotor, adakah ia salah wakil rakyat? "Cuba tanya JMB, apa tindakan yang sudah diambil? Pihak TV3, sudah-sudahlah siarkan cerita begini, kenapa tidak didedahkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang lebih besar?" katanya.
Rencana
16
SelangorKini 6 - 13 Januari 2017
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
Untuk kemudahan pengeluar zakat Selangor, semua digesa mengambil bahagian dalam inisiatif dan perkhidmatan disediakan LZS ini
Lembaga Zakat Selangor terokai ICT
Permudah urusan zakat
OLEH LIZAWATI MADFA
S
elaras perkembangan teknologi informasi dan perhubungan (ICT), Lembaga Zakat Selangor (LZS) tidak ketinggalan memanfaatkannya bagi mempermudah sistem kutipan zakat di negeri itu. Sentiasa bergerak maju, LZS ternyata bijak menggunakan pengaruh media sosial, gajet terkini serta pelbagai aplikasi canggih dan mesra pengguna. Dengan inisiatif itu, urusan bagi pelanggan zakat iaitu asnaf dan pengeluar zakat dapat dijalankan dengan lebih mudah serta cepat.
Bayar zakat di hujung jari
ED
Pembayaran terus bukan sahaja boleh dilakukan di kaunter bayaran tetapi boleh dilakukan secara dalam talian di laman sesawang www.zakatselangor.com.my/ezakatpay. Aplikasi e-Zakat turut diperkenal dan boleh dimuat turun secara percuma di ‘Google Play Store’ atau ‘Apple Store’.
Ia dilengkapi kemudahan bayaran, akses kepada media sosial, maklumat kiraan, berita semasa dan lapor asnaf. Dengan kemudahan sebegitu, maka tidak hairanlah kutipan zakat menerusi ejen khususnya perbankan internet dilihat meningkat melebihi 20 peratus. Apatah lagi, terdapat 18 bank dan pos yang turut menyediakan pelbagai ‘platform’ dalam talian untuk kemudahan orang awam. Pada masa sama, LZS turut menyediakan sistem e-majikan bagi memastikan majikan membuat potongan gaji kakitangan untuk zakat beralih kepada sistem dalam talian termasuk bayaran tanpa cek. Sistem ini diakui antara saluran lebih mudah jika dibandingkan dengan urusan ‘manu-
al’ seperti penyediaan ‘listing’ dan cek. Selain itu, pencarum bulanan zakat juga tidak perlu lagi bersusah payah mengisi borang potongan gaji. Sebaliknya, mereka boleh manfaatkan e-SPG dengan hanya menyertakan maklumat dikehendaki di www.zakatselangor. com.my/espg dan semua urusan selesai.
Tidak perlu wang tunai
Terbaru, LZS turut melancarkan ‘Cashless ATM’ yang disediakan di empat cawangan LZS iaitu di Ibu Pejabat Shah Alam, Kajang, Bandar Baru Bangi dan Petaling Jaya. Dengan adanya perkhidmatan terbaru itu, pengeluar zakat tidak perlu lagi membawa wang tunai atau bersesak beratur di kaunter. Sebaliknya, mereka hanya perlu memasukkan kad debit, mengisi maklumat di-
perlukan, mengikut arahan seterusnya dan pembayaran zakat selesai semudah ABC. Sehubungan itu, untuk kemudahan pengeluar zakat Selangor, semua digesa mengambil bahagian dalam inisiatif dan perkhidmatan disediakan LZS ini. Bermula 2017, LZS tidak akan mengeluarkan ataupun menghantar penyata bayaran zakat kepada pengeluar zakat. Ini kerana, segala urusan berkaitan penyata atau kemas kini maklumat diri hanya boleh dilakukan secara dalam talian sahaja. Pelanggan digalakkan untuk mendaftar sistem elektronik zakat (e-Zakat Online) di ezo.zakatselangor.com.my. Sesungguhnya segala usaha LZS memanfaatkan teknologi maklumat ini bertepatan dengan Fatwa Negeri Selangor yang diwartakan pada 9 Mei 2002; bahawa ia adalah HARUS jika transaksi zakat dilakukan dengan menggunakan medium dalam talian.
Pelancongan SelangorKini 6 - 13 Januari 2017
17
Tarikan pelancong ke Selangor
Pantai Remis berwajah baru OLEH LIZAWATI MADFA
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
KUALA SELANGOR - Pantai Remis kini menampilkan wajah baru termasuk pembinaan empat medan selera dalam usaha meningkatkan imej pantai berkenaan sebagai tarikan pelancongan di daerah itu. Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Noraini Roslan berkata, ia adalah sebahagian daripada pembangunan Pantai Remis fasa dua yang menelan belanja RM800,000. Katanya, pembangunan lain termasuk menaik taraf jalan dan tempat letak kereta serta benteng batu. “Dengan usaha ini, kita dapat melihat kesan mendadak terhadap masyarakat setempat termasuk kegiatan ekonomi pelancongan semakin rancak. “Begitu juga nilai hartanah yang difahamkan seekar kini mencecah RM350,000 berbanding RM120,000 sebelum ini,” katanya ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Medan Selera Fasa Dua Pusat Pelancongan Pantai Remis, Jeram, pada 28 Disember lalu. Seawal 2013, fasa satu mula dilaksanakan antara lain membabitkan kerja pemindahan penjaja sedia ada ke tapak baru, menaik
Pembinaan
taraf kemudahan infrastruktur dan rekreasi, membina gelanggang bola tampar pantai serta membersihkan kawasan. Cadangan fasa tiga pula membabitkan
ED
Warta jadi pantai awam
KUALA SELANGOR - Kerajaan Negeri disaran mewartakan Pantai Remis sepanjang kira-kira dua kilometer (km) sebagai pantai awam bagi tujuan rekreasi dan pelancongan. Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Noraini Roslan berkata, sebahagian pantai itu kini berstatus rizab hutan, manakala sebahagian lagi adalah rizab sungai. Katanya, tindakan itu bagi melindungi pantai berkenaan untuk manfaat masyarakat. “Kita tidak mahu Pantai Remis mengalami nasib seperti sesetengah pantai yang diberikan hak milik kepada pihak lain. “Dengan adanya rizab pantai awam, ia akan terpelihara untuk kegunaan awam dan terus dinikmati masyarakat umum,” katanya. Noraini berkata, usaha pembangunan Pantai Remis melonjakkan peluang ekonomi di kawasan sekitar termasuk pembinaan restoran makanan laut, chalet dan homestay.
Kita tidak mahu Pantai Remis mengalami nasib seperti sesetengah pantai yang diberikan hak milik kepada pihak lain. Dengan adanya rizab pantai awam, ia akan terpelihara untuk kegunaan awam dan terus dinikmati masyarakat umum NORAINI ROSLAN Yang Dipertua MDKS
“Bagaimanapun, kita menggesa pihak berkenaan supaya mengikut saluran betul untuk memastikan perniagaan mereka tidak dicop haram. “Jadi, kita galakkan mereka merujuk kepada MDKS berkenaan segala urusan seterusnya menjadikan perniagaan itu sah daripada segi undang-undang,” katanya.
kerja membina benteng batu (rock revertment) di pesisir pantai, menaik taraf infrastruktur dan kemudahan juga lanskap serta rekreasi.
Kos
4 Medan Selera
RM322,560
Naik Taraf Jalan & Pakir
RM115,025
Naik Taraf Benteng Batu
RM245,550
Kuala Selangor terima lebih sejuta pelancong KUALA SELANGOR - Kuala Selangor menerima lebih sejuta pelancong dari dalam dan luar negara sepanjang 2016, kata Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Noraini Roslan. Beliau berkata, jumlah kunjungan itu meliputi dua destinasi pelancongan utama iaitu Bukit Melawati dan kelipkelip Kampung Kuantan. Katanya, ia meningkat sekitar 10 hingga 15 peratus berbanding tahun sebelumnya. “Jumlah pengunjung kebiasaannya meningkat dari tahun ke tahun dan kita dapat lihat jumlah pelancong dari luar negara juga meningkat terutama pelancong Korea Selatan. “Dengan kunjungan yang semakin memberangsangkan, MDKS komited untuk menaik taraf kemudahan supaya ia selari dengan ‘standard’ antarabangsa,” katanya. Pada masa sama, Noraini berkata, Kampung Kuantan masih menawarkan
jumlah kelip-kelip yang banyak untuk tatapan dan kepuasan pelancong. “Terdapat dakwaan kelip-kelip semakin berkurangan tetapi yang dimaksudkan itu bukan di Kampung Kuantan sebaliknya lokasi sebelum Bukit Belimbing. “Bagaimanapun, kita juga tidak dapat menerima kunjungan melebihi 40 bot disediakan kerana dikhuatiri menganggu habitat kelip-kelip yang unik,” katanya.
PBT
18
SelangorKini 6 - 13 Januari 2017
Tolak budaya rasuah
Saluran Aduan Integriti diperkenal OLEH ERMIZI MUHAMAD
Orang awam juga boleh hadir ke kaunter Unit Integriti MBSA dan berjumpa terus dengan pegawai bertugas untuk memberi keterangan berkenaan aduan yang ingin dikemukakan. MBSA terus komited memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat di bawah pentadbirannya ke arah menjadikan organisasi itu cemerlang dengan melahirkan penjawat awam telus dan berdedikasi.
Laporkan maklumat menerusi
03-551-5133
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memperkenalkan sistem Saluran Aduan Integriti sebagai panduan masyarakat awam mengemukakan sebarang aduan terhadap salah laku warga kerjanya. MBSA berkata, skop aduan merangkumi beberapa kesalahan utama antaranya salah guna kuasa dan penyelewengan, budaya ra-
suah, pelanggaran undang-undang, pengurusan kewangan tidak cekap dan ketidakjujuran. Selain itu, ia termasuk aduan berkait kesalahan pembaziran sumber kerajaan, pembocoran dan penyalahgunaan rahsia kerajaan serta kesalahan penyalahgunaan dadah. “Jangan kuatir, pemberi maklumat dilindungi mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010,” katanya dalam kenyataan.
email : intergiriti@mbsa. gov.my
Klang bukan lokasi tumpuan judi SHAH ALAM - Majlis Perbandaran Klang (MPK) menyangkal dakwaan badan bukan kerajaan (NGO) yang mengaitkan pihak berkuasa tempatan itu sebagai pusat tumpuan perjudian di Selangor. Pengarah Komunikasi Korporatnya, Norfiza Mahfiz berkata, berdasarkan statistik dikeluarkan NGO terbabit, jumlahnya terlalu tinggi sedangkan MPK tidak pernah berkompromi dalam isu itu. “Bagaimanapun, MPK mengalu-alukan sebarang info berkenaan dakwaan itu dan tampil kepada kami bagi memberikan maklumat terperinci,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, 118 operasi ke premis perjudian dijalankan setakat ini dan 168 premis disita dari Januari hingga Disember lalu, manakala 7,067 peralatan disita termasuk peralatan komputer. “MPK turut menyita 142 unit komputer sekitar Bandar Parklands dalam operasi, baru-baru ini,” katanya. Sementara itu, peniaga yang mahu dikenali sebagai Yusof berkata, statistik yang dikeluarkan NGO terbabit dianggap tidak profesional. “Tiada lokasi hotspot dari daerah Klang, malahan statistik itu tidak profesional dan caca marba,” katanya.
MPKj sokong haram guna plastik dan polisterina wasan perkelahan ini. “Sehubungan itu, pengunjung ke Taman Eko Rimba Chongkak tidak dibenarkan membawa sebarang bekas makanan, botol minuman dan beg diperbuat daripada polisterin dan plastik ke dalam taman ini,” katanya menerusi kenyataan dipaparkan di laman sesawang MPKj. Kempen terbabit turut mendapat sokongan Tourism Selangor ke arah memastikan pelaksanaan dasar baru itu dapat dijayakan di seluruh pentabdiran MPKj. Kerajaan Negeri memperke-
ED
SHAH ALAM - Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menyokong usaha Kerajaan Negeri untuk tidak membenarkan penggunaan polisterina dan plastik di kawasan pentadbirannya. Pihak berkuasa tempatan itu dalam kenyataan berkata, pelaksanaan dasar baru berkenaan turut dibuat menerusi Kempen Tanpa Polisterin dan Plastik di dalam kawasan dan pusat riadah di Taman Eko Rimba Chongkang, bermula 1 Januari lalu. “Pihak pengurusan akan melaksanakan kempen tanpa polisterin dan plastik di ka-
nalkan dasar itu sebagai komitmen memelihara alam sekitar dengan melaksanakan polisi memerangi pembuangan sampah berleluasa membabitkan isu pemanasan global. Selangor mula melaksanakan kempen “Hari Tanpa Beg Plastik”, pada 2010 dengan sokongan kebanyakan pasar raya besar, pasar mini dan premis perniagaan, pada setiap Sabtu. Pengguna dikenakan bayaran 20 sen bagi setiap beg plastik dan wang itu disalurkan kepada badan kebajikan atau program kepenggunaan serta pemuliharaan alam sekitar.
MPS keluarkan ��,��� waran tahanan
SELAYANG - Sebanyak 29,318 waran tahanan dikeluarkan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) kepada pemilik harta yang mempunyai tunggakan cukai RM200 ke atas, sejak 6 Oktober lalu. Yang Dipertua MPS, Suliman Abd Rahman berkata, pihaknya mengambil tindakan sita ke atas harta alih, pada setiap minggu kepada pemilik yang masih gagal melunaskan tunggakan cukai dalam tempoh tujuh hari selepas waran dikeluarkan. “Jabatan Perbendaharaan mengeluarkan 198,274 bil cukai taksiran untuk penggal pertama,
pada 2017. “Sehingga 30 November lalu, kutipan cukai taksiran semasa adalah RM83.25 juta iaitu 86.24 peratus dari RM96.53 juta, manakala MPS mengutip RM7.35 juta tunggakan dari RM11.04 juta jumlah keseluruhan,” katanya ketika Mesyuarat Penuh MPS, pada 28 Disember lalu. Pada masa sama, Suliman berkata, pihaknya menyediakan pelbagai kemudahan bayaran bagi memudahkan orang ramai menjelaskan cukai taksiran antaranya ibu pejabat MPS, cawangan bank terpilih serta perbankan internet.
PBT SelangorKini 6 - 13 Januari 2017
��� sertai program pembersihan sungai “Selain itu, MBSA berharap program ini dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan peserta dan komuniti Shah Alam berkenaan usaha pemeliharaan juga pemuliharaan sungai yang boleh dilaksanakan,” katanya. Bertempat di Sungai Damansara (kawasan perumahan TTDI), Seksyen 13, program disempurnakan Ahli Majlis MBSA, Tan Ah Kow dan dihadiri Pengarah Jabatan MBSA. Antara pengisian program itu adalah membersihkan sampah di pesisiran sungai serta penanaman pokok di kawasan rizab sungai. Selain itu, peserta turut didedahkan dengan pengetahuan dan teknik mengurus sungai serta kawasan tadahan.
Siasat insiden letupan bunga api
MPK tubuh pasukan khas
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SHAH ALAM - Lebih 150 peserta menyertai Program Pembersihan Sungai yang julung kali dianjurkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), baru-baru ini. Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, peserta terdiri daripada wakil badan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam serta Management and Science University (MSU). Katanya, semua peserta adalah mereka yang aktif dalam program berkaitan pengindahan dan pembersihan sungai. “Kita mahu memberi pendedahan meluas kepada peserta terhadap kepentingan sungai sebagai salah satu aset alam semula jadi.
ED
OLEH NORHAYATI UMOR
KLANG - Satu pasukan khas akan ditubuhkan bagi menyiasat sepenuhnya insiden letupan ketika pertunjukkan bunga api sempena sambutan tahun baru di Kompleks Sukan Pendamaran, di sini. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Dato’ Mohamad Yasid Bidin berkata, pihaknya memohon maaf kepada mangsa dan pengunjung atas kejadian luar jangka itu. “Pertunjukan bunga api diadakan sebagai salah satu acara sempena tahun baru, malahan polis,
Prihatin kebajikan pekerja SELAYANG - Majlis Perbandaran Selayang (MPS) memandang serius kebajikan pekerja di bawah seliaannya bagi memastikan prestasi serta perkhidmatan mereka kepada orang awam berjalan baik. Yang Dipertuanya, Suliman Abd Rahman berkata, beberapa langkah serta inisiatif dilaksanakan bagi memastikan kebajikan pekerja MPS sentiasa terbela, sekali gus meningkatkan semangat serta produktiviti. "Kita memberi bantuan RM50 secara ‘one off’ kepada anak pekerja berumur enam tahun ke bawah bagi kumpulan C dan D, selain menambah tuntutan perubatan daripada RM800 ke RM1,000,” katanya ketika Mesyuarat Penuh MPS di Bilik Siantan, di sini, pada 28 Disember lalu. Katanya, MPS juga melak-
sanakan program ceria kembali ke sekolah dengan memberi bantuan baju serta peralatan kepada anak pekerja yang memerlukan. Selain itu, katanya, pertubuhan kesatuan pekerja (Anulae Cawangan MPS) penting dalam menjaga kepentingan pekerja, majikan dan kerajaan. “Tahun ini, Anulae menjalankan pelbagai aktiviti berorientasikan kebajikan kakitangan seperti lawatan serta bengkel pemantapan kesatuan, sumbangan kepada ahli ditimpa musibah dan dermasiswa untuk anak ahli yang cemerlang dalam peperiksaan.
19
Kita memberi bantuan RM50 secara ‘one off’ kepada anak pekerja berumur enam tahun ke bawah bagi kumpulan C dan D, selain menambah tuntutan perubatan daripada RM800 ke RM1,000
“Saya berharap pertubuhan ini akan terus bergerak aktif dan komitmed, selain 100 peratus jumlah keahlian dapat diteruskan,” katanya.
bomba, hospital dan pertahanan awam turut berada di situ sepanjang program berlangsung demi memastikan keselamatan pengunjung. “Bagaimanapun, berlaku letupan di luar jangkaan dan mengakibatkan kecederaan kepada 14 pengunjung yang terdiri dari 10 dewasa dan empat kanak-kanak,” katanya kepada SelangorKini. Pada masa sama, Yasid berkata, MPK turut menanggung kos rawatan dan pemantauan susulan terhadap mangsa sehingga mereka sembuh sepenuhnya. Mangsa dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
MPK menanggung kos rawatan dan pemantauan susulan terhadap mangsa sehingga mereka sembuh sepenuhnya apabila pertunjukan bunga api, pada malam tahun baru tidak meletup di udara. Keadaan menjadi kelam-kabut apabila percikan api terkena penonton yang menyaksikannya.
Patuhi prosedur perbaharui lesen anjing SHAH ALAM - Permohonan dan pembaharuan lesen anjing Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bagi 2017 akan dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian. Pegawai Komunikasi Korporat MPSJ, Muhammad Azli Miswan berkata, inisiatif terbaru itu bertujuan memudahkan pemilik anjing untuk memperbaharui lesen dengan lebih mudah. “Pemohon berkaitan digalakkan membuat semakan berkenaan prosedur sebelum melaksanakan permohonan dan pembaharuan lesen anjing “Jika permohonan diluluskan, pemohon perlu mencetak sijil lesen sendiri dan mengambil lencana lesen anjing di tempat disediakan,” katanya dalam kenyataan.
Lencana lesen boleh diambil di Jabatan Kesihatan MPSJ, Tingkat 6, No. 22-6 Jalan USJ 9/5T, Subang Business Centre, Subang Jaya. Pada hari Isnin hingga Khamis, lesen boleh diambil bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari dan bersambung semula, pada jam 2.30 petang hingga 4.30 petang. Sementara itu, waktu operasi hari Jumaat pula adalah 8 pagi hingga 12 tengah hari dan 3 petang hingga 4.30 petang. Untuk membuat permohonan dan pembaharuan lesen berkenaan, pemohon diwajibkan mendaftar sebagai ahli @MPSJ terlebih dahulu dengan melayari laman sesawang MPSJ di @www. mpsj.gov.my.
Seni
20
SelangorKini 6 - 13 Januari 2017
'Revive Klang River'
Seni jalanan hiasi Jambatan Kota
OLEH SYAZWANI SUFIAN
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SHAH ALAM - Usaha memulihkan persekitaran sungai Klang terus dirancakkan menerusi penganjuran program 'Revive Klang River' yang mengetengahkan seni jalanan untuk tarikan pelancong. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Dato' Mohamad Yasid Bidin berkata, program dengan kerjasama Kelab Warisan Sungai Klang itu bertujuan menaikkan daerah terbabit melalui penganjuran aktiviti menarik, pada tahun ini. Katanya, MPK turut menerima tajaan RM100,000 daripada pasar raya 99 Speedmart untuk menjayakannya.
"99 Speedmart meluluskan tajaan RM500,000 keseluruhannya dengan RM100,000 digunakan untuk memulakan program pembangunan. "Untuk program ini, RM30,000 diperuntukkan bagi membaik pulih Jambatan Kota dengan mengetengahkan ukiran lukisan graviti pada dinding di bawah jambatan yang menggambarkan bangunan lama serta sejarah bandar Klang dari awal pertubuhannya," katanya. Yasid berkata, pelajar kesenian dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibawa untuk menghidupkan kawasan terbabit melalui penghasilan karya masing-masing.
ED
Tujuh artis wanita pamer bakat
Seni lukisan mampu jadi kerjaya SHAH ALAM - Seni lukisan mampu menjadi kerjaya yang menjamin masa depan cerah jika karya dihasilkan lebih kreatif dan inovatif. Pelukis, Mohammad Faizal Abd Samad, 32, berkata keputusannya memilih seni sebagai kerjaya sepenuh masa bukan sesuatu yang disesali kerana tidak semua mampu menghasilkan karya unik. Katanya, bidang itu juga mampu menjana pendapatan lumayan jika pandai membawa seni terbabit ke dunia komersial tetap. "Selepas tamat belajar dalam bidang seni di Universiti Teknologi Mara (UiTM), saya memulakan kerjaya sebagai pelukis perabot Perancis yang mendapat perhatian klien hingga saya ditawarkan pengajian di sana. "Di sana, saya banyak didedahkan berkenaan teknik seni lukis dan pemasaran yang baik,
sekali gus menguatkan keyakinan bahawa seni juga boleh memajukan hidup," katanya yang berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang itu. Faizal berkata, anak muda yang ingin mengorak langkah ke bidang seni perlu mempunyai semangat jitu dan bakat unik selain mendapat sokongan keluarga. "Walaupun kakak dan abang saya lebih kepada bidang kejuruteraan, namun ibu bapa saya tetap memberi sokongan dengan pilihan saya, malahan berjaya membuktikan kepada mereka bahawa lukisan juga mampu membuat kita berjaya," katanya. Beliau kini menerima tajaan mini galeri daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk mendedahkan bakatnya kepada pelancong luar negara.
SHAH ALAM - Orang ramai termasuk peminat seni disaran tidak melepaskan peluang menyaksikan Pameran Lakar Wanita 2016 di Galeri Shah Alam, di sini, mulai 5 Disember hingga 13 Januari ini. Hasil karya tujuh artis wanita itu ditampilkan buat tatapan umum bagi membolehkan orang ramai menghayati serta menikmati keistimewaannya. Tujuh artis itu ialah Zuriati Mohamed Shaari, Noor Hidawati Mohamed Amin, Elliza Hashim, Siti Hajar Abd Rahman, Noriza Arzain, Norwani Md Nawawi dan Suhairi Marlina Shamsudin Kurator pameran, Mohd Azhar Abd Manan berkata, ia bertujuan memberi ruang kepada golongan itu menonjolkan bakat dan kebolehan sebenar berbanding kebiasaan mereka yang lebih banyak dipaparkan sebagai subjek dalam karya catan di atas kanvas atau arca figura. “Mereka lebih banyak dijadikan sebagai model dalam karya berbanding menonjolkannya sebagai pelukis agung dan lebih malang lagi wanita dijadikan ‘objek’ tontonan dalam iklan yang tiada kaitan dengan produk dipasarkan. “Pameran ini menyajikan idea dan luahan rasa tujuh artis wanita dalam bentuk dan pentafsiran yang peribadi sifatnya, namun sifat kewanitaan jelas terpapar dalam
setiap karya,” katanya. Katanya, pameran itu diharap menjadi rujukan peminat dan pengkaji sejarah seni moden seterusnya meletakkan mereka tersenarai artis wanita dalam perkembangan seni rupa moden Malaysia abad ke-21. “Selain mempamerkan karya sendiri dalam pelbagai genre dan rupa, mereka juga membawa bersama hasil seni anak didik untuk dipamerkan bagi mencipta kelainan serta memberi pengalaman dan landasan supaya golongan itu lebih meminati dan mengenali dunia seni,” katanya. Majlis perasmian pameran disempurnakan Pengerusi Yayasan Budi Penyayang, Nori Abdullah, pada 14 Disember lalu.
Agama SelangorKini 6 - 13 Januari 2017
21
WAKTU SOLAT SELANGOR 6 - 13 Januari 2017 7 - 14 Rabiulakhir 1438H
Gombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam
Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak 5:50 5:51 5:51 5:52 5:52 5:53 5:53 5:53
6:00 6:01 6:01 6:02 6:02 6:03 6:03 6:03
7:20 7:20 7:21 7:21 7:22 7:22 7:22 7:23
1:22 1:22 1:23 1:23 1:24 1:24 1:24 1:25
4:44 4:45 4:45 4:46 4:46 4:46 4:47 4:47
7:18 7:19 7:19 7:20 7:20 7:20 7:21 7:21
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
06 Jumaat 07 Sabtu 08 Ahad 09 Isnin 10 Selasa 11 Rabu 12 Khamis 13 Jumaat
8:33 8:33 8:33 8:34 8:34 8:34 8:35 8:35
Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat
Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak
Selesai isu tanah wakaf
Hapus untung atas angin OLEH NORHAYATI UMOR
ED
SHAH ALAM - Hanya 26 peratus tanah wakaf di Selangor boleh dibangunkan untuk projek pembangunan setakat ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), Abu Bakar Yang. Beliau berkata, tujuh projek pembangunan berpusat di Klang terdiri daripada lima projek melalui anak syarikat PWS, manakala dua lagi melalui kerjasama pemaju luar. “Manakala, 45.9 peratus tanah wakaf bagi niat khas iaitu pembinaan surau, masjid dan sekolah, sementara 14 peratus dikenal pasti tidak dapat
dimanfaatkan kerana terlalu kecil dan tidak strategik. “Selebihnya adalah tanah yang memerlukan pecahan sempadan,” katanya ketika taklimat Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC), di sini, pada 29 Disember lalu. Pada masa sama, Abu Bakar berkata, PWS kini dalam usaha menyelesaikan masalah tanah wakaf yang disalah guna beberapa pihak sehingga mendapat keuntungan atas angin. Katanya, beberapa siri perbincangan turut diadakan bagi mewujudkan perjanjian baru supaya masalah itu dapat diatasi. “PWS menyelesaikan perkara ini se-
cara berhemah kerana ia membabitkan tanah wakaf, namun ada beberapa pihak menyalahgunakannya demi kepentingan sendiri. “Kita akan menyelesaikan perkara ini dengan baik, malahan beberapa siri perbincangan sudah diadakan dan masih berjalan,” katanya. Tahun lalu, PWS merintis usaha membangunkan projek perumahan di atas tapak tanah yang diwakafkan di Seksyen 30, di sini, sejak 1972. Projek tanah wakaf yang dibangunkan hanya lima peratus dari 700 lot tanah yang diperuntukkan untuk membina masjid, surau, sekolah dan pusat tahfiz.
Bantu PWS bangun tanah wakaf SHAH ALAM - Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) diminta membantu Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) membangunkan tanah wakaf terbiar di negeri itu. Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC), Rodziah Ismail berkata, hal itu kerana PWS tidak mempunyai dana mencukupi untuk membangunkan tanah wakaf secara bersendirian. Katanya, masyarakat Islam mendapat manfaat dan faedah besar terutama bagi golongan kurang berkemampuan menerusi pembangunan itu. “Mereka boleh bekerjasama dengan PWS untuk mengenal pasti tanah terbiar yang tidak digunakan atau tiada perancangan sama ada berstatus pertanian juga pembangunan untuk memaksimumkan kegunaan tanah itu,”
katanya ketika taklimat PAC berkenaan PWS di Bangunan Annexe, pada 29 Disember lalu. Pada masa sama, Rodziah berkata, satu kajian terperinci antara organisasi itu perlu dijalankan bagi mengenal pasti cara efektif membangun dan
menguruskan tanah wakaf terbabit. “Jika tanah wakaf dan baitulmal ini dapat dibangunkan, ia akan memberi banyak manfaat dan meningkatkan sosioekonomi umat Islam khususnya di negeri ini,” katanya yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga.
06 Jumaat 07 Sabtu 08 Ahad 09 Isnin 10 Selasa 11 Rabu 12 Khamis 13 Jumaat
5:03 5:53 5:54 5:54 5:54 5:55 5:55 5:56
6:03 6:03 6:04 6:04 6:04 6:05 6:05 6:06
7:22 7:23 7:23 7:24 7:24 7:24 7:25 7:25
1:24 1:24 1:25 1:25 1:26 1:26 1:27 1:27
4:47 4:47 4:47 4:48 4:48 4:49 4:49 4:49
7:20 7:21 7:21 7:22 7:22 7:23 7:23 7:23
8:35 8:35 8:35 8:36 8:36 8:37 8:37 8:37
LZS sasar kutipan zakat RM��� juta SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) memerlukan RM1.019 bilion wang zakat bagi tahun 2017, berdasarkan kajian Pusat Pengajian Sains Aktuari, Universiti Teknologi Mara (UiTM). Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Hussin Mohd Ali berkata, pihaknya bagaimanapun hanya mensasarkan jumlah mampu dikumpul RM675 juta, pada tahun ini. Katanya, kajian UiTM juga mengunjurkan jumlah diperlukan, pada 2016 adalah RM826 juta sedangkan LZS menjangkakan kutipan zakat RM645 juta. “Persoalannya bagaimana kami di LZS hendak memenuhi keperluan RM826 juta dan RM1.019 bilion, pada tahun ini? Inilah cabaran dan kekangan LZS demi memajukan ummah di Selangor,” katanya. Sebelum ini, UiTM menawarkan perkhidmatan percuma bagi menjalankan kajian ke atas LZS untuk melihat jumlah zakat diperlukan berdasarkan pengkalan data asnaf dan ‘trend’ agihan. Justeru, Hussin berkata, kerjasama orang ramai untuk mengeluar zakat diperlukan bagi menampung keperluan asnaf di Selangor. “Jangan bayar kepada ejen tidak bertauliah dan kalau boleh pastikan wang zakat itu kepada amil dilantik serta elakkan mengagih sendiri kerana dikhuatiri tidak sampai kepada mereka yang layak,” katanya.
Belia
22
SelangorKini 6 - 13 Januari 2017
OLEH ERMIZI MUHAMAD
Cabaran getir 2017
SHAH ALAM - Golongan belia di Selangor disarankan untuk lebih bersedia mendepani sebarang cabaran yang bakal dilalui sepanjang 2017, kata Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari. Mengakui 2017 bakal memberi cabaran lebih getir buat golongan terbabit, Amirudin menjangkakan belia di negeri itu turut terkesan dengan kemelut dan situasi ekonomi negara yang kian meruncing. “Golongan muda dan belia perlu bersedia untuk lebih kuat menghadapi pelbagai cabaran mendatang yang dijangkakan lebih sukar, pada 2017. “Namun, kita tetap optimis cabaran itu mampu ditangani berdasarkan prinsip dan asas pentadbiran Kerajaan Negeri yang kukuh serta budaya kerja ditunjukkan
Belia perlu bersedia
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
rakyat Selangor,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Perasmian Karnival Food Mega di perkarangan Stadium Melawati, di sini, pada 31 Disember lalu. Kerajaan Negeri sentiasa konsisten memastikan golongan belia di Selangor tidak tercicir menerima pelbagai bentuk kemajuan menerusi inisiatif dan bantuan terhadap golongan itu. Malah untuk tempoh 2017, Dato Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali turut mengumumkan peruntukan RM5 juta bagi menumpukan prospek pembangunan belia menerusi program PROGRESS.
Jangan lalai, tumpu isu semasa
SHAH ALAM - Tumpuan terhadap isu semasa perlu diberi perhatian segenap generasi muda supaya golongan itu lebih memahami perkembangan persekitaran, pada masa kini. Exco Pendidikan, Pembangunan, Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, generasi muda juga disarankan untuk mencintai perubahan yang berlaku. “Harapan saya buat generasi muda khususnya belia di Selangor, pada 2017 ini supaya menjadi generasi peka terhadap persekitaran berkenaan isu semasa. “Selain itu, jadilah generasi muda yang cintakan perubahan positif,” katanya ketika Malam Sambutan Tahun Baru sempe-
na penganjuran Karnival GeMS Ambang 2017, pada 31 Disember lalu. Pada masa sama, Nik Nazmi berkata, Kerajaan Negeri terus konsisten meneruskan dasar sedia ada bagi membantu generasi muda untuk tempoh 2017. Beliau berkata, tumpuan itu termasuk penambahbaikan dasar sedia ada demi kelangsungan rakyat Selangor. “Seperti kita maklum, generasi muda di Selangor terlibat dalam pelbagai sektor melalui pelaksanaan Skim Tunas, program bantuan sekolah, Biasiswa SelangorKu dan biasiswa PhD yang disediakan. “Selain itu, Skim Peduli Siswa yang baru diperkenalkan dan pelbagai perancangan lain untuk manfaat rakyat,” katanya.
ED
GeMS Ambang ���� singkap nilai kemanusiaan SHAH ALAM - Penerapan nilai kemanusiaan dalam diri golongan belia dipupuk menerusi penganjuran pertandingan dan aktiviti riadah yang mengangkat tema kemanusiaan sempena program Generasi Idaman Selangor (GeMS) Ambang 2017. Pengarah program, Mohd Azreen berkata, tema berkenaan dipilih bagi mewujudkan sentimen kesedaran dalam kalangan belia di negeri itu terhadap isu kemanusiaan tempatan dan global. “Mengambil kira konflik kemanusiaan yang berlaku di luar negara seperti kemelut Rohingya dan peperangan di Syria menimbulkan kesedaran kepada masyarakat awam terhadap penderitaan dialami di sana. “Justeru, golongan belia khususnya remaja Selangor perlu mendapat pemahaman jelas terhadap isu global yang wajar menjadi iktibar, sekali gus menyuntik kesedaran menerusi pelbagai aktiviti dalam GeMS. “Pastinya, nilai kemanusiaan itu perlu diisi dan diterapkan dalam diri mereka supaya keprihatinan juga kesedaran terhadap konflik kemanusiaan difahami secara jelas serta berkesan,” katanya ketika dite-
mui selepas penganjuran pertandingan stompers di Dataran Kemerdekaan, di sini, pada 29 Disember lalu. Dalam program itu, lebih 10 pasukan dari kolej komuniti seluruh negeri me-
ngambil bahagian dalam program terbabit yang kebanyakannya dianggotai golongan belia bawah 23 tahun. GeMS Ambang 2017 dianjurkan Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pem-
bangunan, Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor dengan usahasama Kolej INPENS, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).
Sukan SelangorKini 6 - 13 Januari 2017
23
TRIO Impian Perangsang Selangor 2016
Terokai bakat sepak takraw OLEH AFIX REDZUAN
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SEPANG - Siri ketiga program pembangunan sepak takraw TRIO Impian Perangsang Selangor 2016 bagi daerah Sepang berjaya menarik hampir 80 peserta seawal 12 hingga 60 tahun, pada 24 dan 25 Disember lalu. Program dimulakan dengan simulasi perlawanan liga 13 regu bertujuan merapatkan ukhuwah antara peserta selain menguji keserasian regu. Kelab Sepak takraw Salak (KESS) di-
pilih sebagai gelanggang tumpuan bagi Sepang, sekali gus bertanggungjawab meneruskan program pembangunan itu demi merealisasikan impian mengangkat kembali Selangor dalam arena sepak takraw kebangsaan. Ia dikendalikan sepenuhnya ketua jurulatih yang juga tenaga pengendali Sekolah Sukan Selangor, Seksyen 11, Shah Alam, Syarudin Nazir dengan dibantu pembimbing MSSD Sepang, Najib Hussin dan bekas apit kiri skuad negara, Mohd Hafizie Manap.
“Saya amat gembira diberi peluang berkongsi pengalaman secara langsung dengan bakat berpotensi, sekali gus merangsang mereka mengharumkan nama negara, pada masa akan datang,” kata Hafizie. Dalam program itu, beberapa bakat muda berpotensi besar seperti Firdaus
Abdulnan, 21, yang beraksi di posisi apit kanan dikesan, malahan video beliau beraksi dimuat naik ke laman sosial mencapai tontonan melebihi 30,000 hanya dalam tempoh kurang 24 jam. Kepada yang berminat dengan program itu boleh melayari www.bolarotan. com atau ke Facebook Bolarotan.
Sukan komuniti pilihan masyarakat BANTING - Masyarakat kini lebih cenderung memilih sukan berasaskan komuniti selain berbasikal untuk mengekalkan keharmonian setempat dan kesihatan. Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, perkembangan gaya hidup sihat masyarakat disambut baik Kerajaan Negeri dengan menganjurkan lebih banyak acara berkaitan. “Sebab itu kita anjurkan GP Larian Selangor Plus ini bersama beberapa majlis daerah bagi memenuhi permintaan yang ada. “Ia diharapkan menjadi landasan mencari bakat atlet buat Selangor,” katanya. Beliau berkata demikian ketika Morib Fun Run & GP Larian Selangor Plus 2016 anjuran Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), pada 31 Disember lalu. Acara yang mula diperkenalkan sejak 2011 itu menyaksikan 1,530 peserta mendaftar membabitkan tujuh kategori larian.
ED
Afiq Azmi sasar penjaring terbaik SHAH ALAM - Afiq Azmi tampil dengan tekad baharu apabila memasang impian muncul penjaring tempatan terbaik seperti musim lalu. Afiq, 27, yang pernah mencipta sensasi bersama The Red Giants dengan beberapa kali melakar hatrik muncul penjaring terbanyak pasukan ingin mengulangi sentuhan berbisanya sebaik saingan Liga Super 2017 membuka gelanggang, pada 20 Januari ini. Katanya, memori indah ketika membantu Merah Kuning menjulang Piala Malaysia musim lalu membuatkan dia tekad untuk kembali menyarung jersi pasukan itu. “Saya berterima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) apabila sudi memanggil saya semula untuk musim depan. “Beraksi dengan Selangor memang cukup istimewa, lebih-lebih lagi musim lalu saya antara anggota skuad yang menjayakan
‘Misi-33’ apabila memenangi Piala Malaysia. “Dengan kembalinya ke pangkuan pasukan, saya sudah menetapkan misi peribadi mahu menjaringkan seberapa banyak gol,” katanya lapor Harian Metro. Memiliki fizikal yang tegap membolehkan pemain berasal dari Perlis itu berkemampuan menjaringkan gol menerusi tandukan yang dianggap senjata terbaik Afiq. Sementara itu, ketika mengulas berkenaan kemelut dalaman FAS ketika ini, Afiq berkata, isu menghantui badan induk itu tidak mengganggu fokusnya tehadap pasukan. “Saya ada dengar isu membabitkan pihak pengurusan sebelum bersetuju menandatangani kontrak untuk semusim, namun tumpuan hanya untuk persiapan pasukan,” katanya.
Ragbi Marlins UNISEL turun ilmu SHAH ALAM - Kelab Ragbi Marlins Universiti Selangor (UNISEL) dengan kerjasama Pusat Jaringan Komuniti UNISEL menganjurkan Klinik Ragbi Selangor 2016, baru-baru ini. Bertempat di Pusat Sukan IPIS Kampus Bestari Jaya, seramai 80 peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah sekitar Selangor
mengambil bahagian dalam program terbabit. Bertujuan memberi pendedahan awal kepada peserta, penganjurannya juga diisi de-ngan sesi perkongsian pengalaman, bengkel formasi dan drill kendalian pemain Kelab Ragbi Marlins UNISEL. Lebih menarik, jurulatih dari England, Andrew Pritchard hadir memeriahkan program latih-
an di padang bagi memberi peluang kepada pelajar mempraktikkan ilmu dipelajari. Majlis perasmian dihadiri Timbalan Naib Canselor UNISEL, Profesor Dr Shaharuddin Badaruddin; Dekan HEP, Amidi Abdul Manan; Pengarah COMNET, Izwan Suhadak Ishak serta penasihat Kelab Ragbi Marlins UNISEL, Ezwan Shah Abd Majid.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I FAS tidak komited laksana perubahan
MB, Amirudin letak jawatan OLEH AFIX REDZUAN
SHAH ALAM - Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali bersama Exco Pembangunan Generasi Muda dan Sukan, Amirudin Shari melepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan pengurus Pasukan, berkuat kuasa serta-merta. Dalam kenyataan media bersama, pada 30 Disember lalu, mereka mengumumkan pengunduran ekoran keengganan barisan Exco FAS komited terhadap agenda perubahan demi menjamin kegemilangan bola sepak Selangor. “Saya dan Amirudin mengambil keputusan untuk tidak lagi bersama organisasi serta pe-ngurusan tidak berwibawa
ED
Saya dan Amirudin Shari mengambil keputusan untuk tidak lagi bersama organisasi dan pengurusan tidak berwibawa juga komited dengan agenda perubahan demi menjamin kegemilangan bola sepak Selangor MOHAMED AZMIN
Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS)
juga komited dengan agenda perubahan demi menjamin kegemilangan bola sepak Selangor,” katanya. Mohamed Azmin berkata, beliau dilantik sebagai Presiden FAS menerusi Kongres Luar Biasa, pada Disember 2014 dengan harapan untuk melakukan perubahan dalam pengurusan FAS juga pembangunan bola sepak Selangor. Bagaimanapun, katanya, beliau tidak melihat kesediaan Exco FAS mendukung perubahan selepas hampir dua tahun bersama organisasi berkenaan. “Exco FAS sedia ada masih kekal dengan sikap dan budaya lama iaitu politik berlebihan serta terlalu bergantung kepada mentaliti subsidi, malahan gagal mengemukakan pelan strate-
gik pengurusan bola sepak Selangor seperti disarankan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), menjelang 2018. “Mereka juga terus bergelumang dengan budaya politik tidak bertanggungjawab serta mengecewakan penyokong dan rakyat Selangor,” katanya. Walaupun tidak lagi memegang jawatan, Mohamed Azmin memberi jaminan Kerajaan Negeri akan terus menyokong kemajuan sukan bola sepak Selangor melalui kaedah baru yang akan diputuskan kelak. “Kami memberi jaminan kepada penyokong bola sepak Selangor bahawa kegemilangan sukan ini akan dijulang melalui pengurusan bersih dan berintegriti,” katanya.
Exco FAS sedia ada masih kekal dengan sikap dan budaya lama iaitu politik berlebihan serta terlalu bergantung kepada mentaliti subsidi, malahan gagal mengemukakan pelan strategik pengurusan bola sepak Selangor seperti disarankan FAM menjelang 2018
Turuti titah Raja Muda Selangor
SHAH ALAM - Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) diminta tidak mengingkari titah DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu badan itu dirombak semula. Presiden Gabungan Kelab Penyokong Selangor (GABUNGAN), Mohd Faizal Wahid berkata, tindakan FAS mengenepikan titah itu disifatkan sebagai derhaka dan memperkecilkan Raja Muda. “DYTM Raja Muda Selangor berkelulusan Sandhurst Royal Military College iaitu satu kolej strategi ketenteraan terbaik di United Kingdom, justeru baginda pasti
tahu apa yang dikritik. “Jangan bercakap seperti Tengku Amir Shah memberi pandangan tanpa asas sehingga sampai ke tahap anda tergamak bertindak mengingkari dan memperkecilkan titah Raja Muda Selangor,” katanya dalam kenyataan. Faizal berkata, FAS perlu menggunakan akal waras sebelum menjawab titah Raja Muda sebelum ini kerana memberi fakta mengelirukan adalah perbuatan derhaka dan khianat yang tidak wajar dimaafkan. Beliau turut menyifatkan kemelut melanda FAS adalah kemunduran tahap pemikiran Exco FAS dan menjadikan orang
lain sebagai kambing hitam. “Umum tahu siapa Dato’ Subahan Kamal dan Rauf Ahmad iaitu pengurus baru merangkap Exco FAS. Sila gunakan akal waras sebelum menjawab titah ditujukan kepada FAS. “Jangan tenggelam dalam senario sindrom penafian dan berlagak seolah pengurusan anda diterima baik semua pihak,” katanya. Pada masa sama, beliau berkata, flashmob di hadapan Pejabat Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) di Kelana Jaya, pada 27 Disember lalu adalah permulaan kecil tekanan yang diberikan.
Katanya, ‘perang’ itu hanya akan dihentikan sehingga FAS dibersihkan dan mengakui kumpulan penyokongnya semakin meningkat.
Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan Dicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985