www.selangorkini.my Media_Selangor MediaSelangor tv.selangorkini.my
PERCUMA 29 Julai - 6 Ogos 2016, 24 Syawal - 4 Zulkaedah 1437H
#SmartSelangor
PERSEKUTUAN
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
TANGGUH LANGAT �
Kerajaan Negeri mengeluarkan dana sendiri sebanyak RM�.� bilion untuk Lembah Klang dan Putrajaya bagi memastikan tiada masalah gangguan air pada masa akan datang
- Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali Menteri Besar
BERITA PENUH MUKA �
ED
Lab Smart Selangor
4
Jelajah �6 negara tingkat pelaburan
11
Memori Rumah Bugis
14
ISU 1MDB
SIAPA 'MALAYSIAN OFFICIAL �'? BERITA PENUH MUKA �
Utama
2
SelangorKini 29 Julai - 5 Ogos 2016
KEADILAN teruskan perbincangan
Tiada pilihan raya mengejut Pulau Pinang Pusat (MPP) di Ibu Pejabat KEADILAN, pada 26 Julai lalu. Wan Azizah berkata, KEADILAN sebagai rakan politik akan terus berjuang untuk mempertahankan pihak yang dianiaya
dan dizalimi. Katanya, hal itu termasuk kes pendakwaan politik yang dilemparkan kepada Lim Guan Eng, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ramai lagi yang bangkit
melawan Umno-Barisan Nasional. Pada 20 Julai lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberitahu bahawa DAP akan memberi masa
yang sewajarnya kepada rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan (KEADILAN dan Amanah) untuk berbincang sebelum membuat keputusan berkenaan PRN itu.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
PETALING JAYA - Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Khas KEADILAN sebulat suara belum yakin dengan cadangan diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) mengejut DUN Pulau Pinang. Katanya, KEADILAN tetap bersedia meneruskan perbincangan dengan parti komponen di dalam Pakatan Harapan. "Justeru, KEADILAN akan menghantar satu delegasi pimpinan tertinggi parti untuk menerangkan pendirian ini kepada pimpinan DAP dalam masa terdekat," katanya selepas Mesyuarat Majlis Pim-pinan
�� aset bakal dirampas Amerika SHAH ALAM - Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat menyenaraikan 17 aset bernilai lebih USD1 bilion untuk dirampas dalam saman sivilnya yang turut menamakan ‘Malaysian Official 1’. Peguam Negara Amerika, Loretta E Lynch dalam sidang medianya berkata, aset yang akan dirampas dalam saman itu termasuk hartanah mewah dan sebuah pesawat jet. “Aset bernilai USD1 bilion yang kita bincangkan hari ini hanya sebahagian lebih USD3 bilion yang dicuri daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dicuri di Amerika yang juga satu kesalahan un-
dang-undang. “1MDB sepatutnya membantu pembangunan ekonomi melalui perkongsian antarabangsa dan pelaburan langsung antarabangsa yang memberi hasil memberangsangkan untuk rakyat Malaysia,” kata Loretta pada transkrip sidang medianya yang mula tersebar ke seluruh dunia, pada 21 Julai lalu. Katanya, aset lain turut disenaraikan dalam saman sivil itu termasuk hartanah L’emritage iaitu Hotel L’Ermitage di 9291 Burton Way, Beverly Hills, California 90210; aset perniagaan L’ermitage merangkumi semua harta dan aset tidak ketara juga sebuah jet Bombardier Global
5000 dengan nombor siri pembuatan 9625 serta nombor pendaftaran N689WM dengan dua enjin Rolls Royce. Selain itu, tiga karya seni bernilai tinggi, Vincent Van Gogh Artwork bertajuk ‘La maison de Vincent yang Arlest’, lukisan Claude Monet bertajuk ‘SaintGeorges Majeur’ dan lukisan Claude Mo-net bertajuk ‘Nympheas avec Reflets de Hautes Herbes’ turut di-senaraikan. Katanya, selain ‘Malaysian Official 1’ turut dinamakan dalam saman itu termasuk anak tiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz; ahli perniagaan, Low Taek Jho dan dua bekas pegawai Abu Dhabi se-
bagai antara pemain utama dalam dakwaan ‘penyelewengan’ dana itu. Katanya, dana 1MDB turut di-
gunakan untuk membiayai gaya hidup mewah dan hutang perjudian di Las Vegas selain membeli pelbagai aset mewah.
Najib perlu ambil cuti
agensi utama kerajaan termasuk pejabat Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Katanya, Perkara 117 Memorandum dan Artikel Persatuan 1MDB yang berkuatkuasa ketika wang RM14 bilion itu didakwa dilarikan daripada 1MDB meletakkan tanggungjawab meluluskan 'komitmen kewangan, penyusunan semula atau sebarang perkara membabitkan jaminan kerajaan' di tangan Perdana Menteri. “Saya percaya rakyat Malaysia mahu Najib mengambil cuti sebagai Perdana Menteri supaya tidak timbul syak wasangka salah guna kuasa, melengah atau menghalang siasatan penuh terhadap isu serius ini. “Saya juga menggesa kabinet menasihatkan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong untuk menitahkan supaya menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat tuduhan wang RM14 bilion dilarikan serta mencadangkan individu terlibat dihadapkan ke mahkamah,” katanya.
Cukuplah bersembunyi Najib
ED
SHAH ALAM - Dunia dikejutkan apabila Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) memfailkan tindakan undang-undang merampas aset lebih RM4 bilion (USD1 bilion) berkenaan konspirasi antarabangsa mengubah wang haram dari 1MDB. Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, berkata sidang media DOJ dengan jelas menyatakan RM4 bilion itu sebahagian daripada lebihan RM14 bilion (USD3.5 bilion) yang dikenal pasti dilarikan daripada 1MDB antara 2009 hingga 2015. “Jangka masa ini bertindih sepenuhnya dengan jangka masa Datuk Seri Najib Razak memegang jawatan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB. “DOJ juga menamakan individu didakwa terlibat iaitu anak tiri Najib, Riza Aziz, Jho Low, Khadem Abdulla Al-Qubaisi dan Mohammed Ahmed Badawy Al-Husseiny,” katanya dalam kenyataan, di sini, baru-baru ini. Pada masa sama, Wan Azizah berkata, jawatan Najib sebagai Perdana Menteri memberinya kuasa dan pengaruh ke atas
Saya percaya rakyat Malaysia mahukan Najib mengambil cuti sebagai Perdana Menteri supaya tidak timbul syak wasangka salah guna kuasa, melengah atau menghalang siasatan penuh terhadap isu serius ini
DR WAN AZIZAH Presiden KEADILAN
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak boleh lagi menyembunyikan diri sebaliknya perlu tampil menjelaskan isu skandal 1MDB kepada rakyat. Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata tidak syak lagi skandal terbabit menyalahgunakan wang rakyat oleh mereka yang berpangkat tinggi dalam kakitangan awam. “Akhirnya, selepas berbulan menyorokkan skandal juga bermain teka teki, tidak syak lagi memang ada konspirasi menyalahgunakan duit rakyat oleh mereka berpangkat tinggi. “Walaupun benar tidak ada tindakan undang-undang dinamakan atas Najib, tetapi ia membabitkan orang yang rapat dengan beliau,” katanya dalam kenyataan, di sini, pada 21 Julai lalu. Mohamed Azmin berkata, aset terbabit termasuk rumah ‘penthouse’, karya seni, jet peribadi dan kutipan filem ‘Wolf of
Wall Street’ yang didakwa diperolehi secara tidak sah menerusi wang yang dilencongkan daripada 1MDB ketika Najib menjadi pengerusinya. “Langkah Amerika Syarikat ini dilakukan sebagai sebahagian daripada usaha mereka ‘menentang rasuah global’. “Ia juga untuk memastikan bahawa Amerika Syarikat tidak akan menjadi ‘syurga’ yang selamat untuk mereka bersembunyi daripada menggunakan dana awam bagi kepentingan peribadi,” katanya. Katanya, tindakan memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan orang tertinggi di SPRM membuktikan ada konspirasi untuk menutup skandal itu. “Ia mengesahkan dengan jelas sememangnya wujud satu konspirasi untuk menipu dan membersihkan berbilion dolar wang pembayar cukai yang di ‘songlap’ mereka yang rapat dengan pemerintah tertinggi negara,” katanya.
Utama SelangorKini 29 Julai - 5 Ogos 2016
3
Skandal 1MDB
Bukan sekadar saman sivil dak boleh mencipta gunung daripada bukit kecil sematamata satu saman sivil. “Sekarang, jelas ini satu penghinaan apabila sebenarnya ia bukan sekadar saman sivil tetapi dua kata kunci bagi menggambarkannya iaitu rasuah dan kleptokrasi, “katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Forum Kebebasan Maklumat di Bangunan Annnex di Dewan Negeri Selangor (DNS), pada 25 Julai lalu. Ketika menyentuh isu kebebasan maklumat, Mohamed Azmin turut mengutuk pihak tertentu yang menggunakan
Akta Rahsia Rasmi (OSA) bagi melindungi perbuatan rasuah masing-masing. Bagaimanapun, katanya, keadaan itu berbeza di Selangor apabila Kerajaan Negeri sentiasa berusaha meningkatkan kebebasan maklumat di negeri yang dikuasai Pakatan itu. Forum Kebebasan Maklumat anjuran DNS itu menampilkan panelis seperti Pengasas C4 Centre, Cynthia Gabriel; Pengarah Penang Institute, Steven Sim; Presiden Majlis Peguam, Steven Thiru dan Naib Dekan Law School Universiti Tasmania, Profesor Rick Snell.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
OLEH NAZLI IBRAHIM
RM��� juta biayai kerja ganti ��� km paip lama
pur dan Putrajaya 2016 di Jalan Taman Melawati, pada 26 Julai lalu. Katanya, kerja menggantikan paip lama itu dijalankan secara berperingkat dengan mendahulukan kawasan kritikal, sekali gus mensasarkan penurunan kadar air tidak berhasil (NRW) kepada 25 peratus pada tahun 2025 berbanding 35 peratus hari ini. “Air Selangor juga melaksanakan pengurusan air secara holistik membabitkan kawalan kualiti kerja komitmen pengurusan dan kakitangan, selain mengkaji semula kesesuaian pengambilan sumber luar secara keseluruhan kerja NRW ini,” katanya. Beliau berkata, kempen mengurangkan NRW itu turut membabitkan kesedaran semua pihak ekoran terdapat kejadian kecurian air oleh segelintir pemain industri dan individu. Sebagai simbolik kerja penggantian paip lama, Mohamed Azmin menurunkan paip air baru pada laluannya menggunakan jentolak.
ED
GOMBAK - Demi kepentingan rakyat, Kerajaan Negeri mendahulukan kos pembiayaan RM400 juta bagi menggantikan paip air lama di laluan sepanjang 422 kilometer (km) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata kos menggantikan paip usang membabitkan 84 hotspot itu sepatutnya ditanggung Pengurusan Aset Air Berhad (PAB). "Kita gantikan 422 km paip bermula hari ini hingga 2019 dan tahun ini sahaja kita mengenal pasti 12 hotspot bermula di Taman Melawati yang juga kawasan kritikal berlakunya kebocoran dan paip pecah. "Ia suatu yang mendesak, maka Kerajaan Negeri mendahulukan pembiayaan Capex (perbelanjaan modal) kerana saya tidak pasti bilakah PAB akan menerima cek daripada Kerajaan Persekutuan,” katanya. Mohamed Azmin berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelancaran Penggantian Paip Air Lama di Selangor, Kuala Lum-
SHAH ALAM - Saman sivil dikemukakan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat bagi menyita aset bernilai berbilion ringgit yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di negara itu bukan sekadar saman sivil biasa. Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata sebaliknya saman sivil itu sudah pasti mendedahkan perbuatan jenayah rasuah membabitkan individu ‘Malaysian Official 1’. “Mereka mendakwa kita ti-
��,��� pengguna dapat faedah GOMBAK - Projek menggantikan paip usang fasa 1 di kawasan Taman Melawati, Gombak Setia dan Seri Gombak bakal memberi faedah kepada 11,934 pemegang akaun membabitkan hampir 48,000 pengguna. Ketua Pengurusan Aset Air Selangor, Sanusi Sulieman, berkata projek itu bakal mengurangkan gangguan bekalan air akibat paip pecah dan bocor. “Penggantian paip lama ini kita dapat mengurangkan gangguan bekalan air disebabkan paip pecah dan bocor, kualiti air lebih terjamin dan kadar air tidak berhasil (NRW) terjamin,” katanya. Katanya, kerja fasa pertama itu menelan kos RM9.12 juta dan dijangka siap dalam tempoh 12 bulan.
Ketika mengulas kejadian gangguan bekalan air di kawasan terlibat, Sanusi berkata, bagi tempoh Januari 2014 hingga Jun lalu, ketiga kawasan berkenaan merekodkan kejadian paip pecah dan kebocoran tinggi menyebabkan kerap berlaku gangguan bekalan air. “Kawasan ini dipilih berdasarkan rekod paip pecah yang banyak. Kawasan Taman Melawati bagi tempoh Januari 2014 hingga Jun lalu merekodkan paip pecah 43 kali hampir dua kali sebulan dan aduan paip bocor 118 kali. “Taman Seri Gombak pula 30 kali paip pecah, hampir setiap bulan dan paip bocor 44 kali, manakala di Gombak Setia, paip pecah 23 kali dan kebocoran 42 kali,” katanya.
RM��� juta bina dua LRA atasi kelewatan Langat � GOMBAK - Kerja pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih 2 bakal dimulakan pada masa terdekat bagi mengelakkan berlakunya krisis bekalan air ekoran kelewatan projek Kerajaan Persekutuan, LRA Langat 2. Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata projek LRA Semenyih 2 itu adalah salah satu pembinaan LRA baru seperti diumumkan sebelum ini. “Sepatutnya projek ini siap pada 2017 bagi menampung
permintaan industri dan juga pengguna domestik di Selangor, namun kita kecewa kerana projek ini lewat dan hanya siap pada 2019. "Bagi menampung kemungkinan berlakunya krisis air, Kerajaan Negeri terpaksa membelanjakan RM800 juta bagi memastikan tiada masalah gangguan air pada masa akan datang,” katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelan-
caran Penggantian Paip Air Lama di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya 2016 di Jalan Taman Melawati, pada 26 Julai lalu. Katanya, projek LRA Semenyih 2 dan LRA Labuhan Dagang itu dibiayai dengan menggunakan dana rizab Kerajaan Negeri. Ia selaras hasrat Kerajaan Negeri yang mahu supaya rizab tinggi diterjemahkan dalam bentuk pembangunan yang memberi kesan langsung kepada rakyat negeri termaju itu.
Utama
4
SelangorKini 29 Julai - 5 Ogos 2016
OLEH LIZAWATI MADFA
Lab Smart Selangor mudah pelaksanaan polisi
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SHAH ALAM - Lab Smart Selangor diharap dapat membuka jalan kepada pelaksanaan polisi lebih menyeluruh bagi melancarkan agenda Smart Selangor yang ditekankan Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali. Pegawai Alam Sekitar, Norfaiza Abdul Muin, berkata polisi itu perlu mengambil kira pandangan dan cadangan dikemukakan pihak berkepentingan sepanjang ‘lab’ diadakan. “Selama ini, kita di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) ternanti-nanti polisi kukuh untuk diguna pakai misalnya bagi pengurusan sampah. “Buat masa ini, tiada polisi yang menjadi pegangan memandangkan Selangor menolak Akta 672 yang digunakan di peringkat Kerajaan Persekutuan,” kata kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu kepada SelangorKini. Beliau adalah salah seorang daripada 60 peserta Lab Smart Selangor Fasa 2 di Hotel Saujana, di sini, pada 26 Julai lalu. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), Nurhayati Sharifuddin, berharap ia turut merang-
Buka jalan
Norfaiza Abdul Muin
kumi bantuan kewangan kepada majlis daerah yang mempunyai sumber kewangan terhad. “Dengan sokongan Kerajaan Negeri dan anak syarikat, kami percaya agenda Smart Selangor mampu dijayakan dengan baik seterusnya menjadi ‘benchmark’ kepada negeri lain di Malaysia,” katanya.
�� diplomat muda kunjungi MB
Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Penggantian Paip Air Lama di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya 2016 di Jalan Taman Melawati, di sini, pada 26 Julai lalu. Katanya, kemampuan Pakatan menerajui Kerajaan Negeri dengan prinsip kebertanggungjawaban dan ketelusan itu juga termasuk kesungguhan Kerajaan Negeri memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Selangor. "Ia bagi menjamin bekalan air dapat diuruskan dengan holistik dan menyeluruh," katanya. Sebelum ini, Kerajaan Negeri turut mendapat pengiktirafan dan menerima kunjungan daripada pelbagai pihak dalam dan luar negara ekoran pelbagai kejayaan ditempa pentadbiran negeri termaju itu, sejak 2008.
ED
GOMBAK - 14 diplomat muda yang bakal dihantar ke luar negara meluangkan masa hampir dua jam mengunjungi Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali untuk melihat lebih dekat model pengurusan dan pentadbiran Kerajaan Negeri. Bercakap kepada SelangorKini, Mohamed Azmin berkata, kunjungan itu sebagai perkembangan positif dan penghormatan kepada Kerajaan Selangor. “Buat pertama kalinya, Wisma Putra atau Kementerian Luar Negeri mengizinkan 14 diplomat muda yang dihantar ke luar negara bertemu saya. "Perkara dibangkitkan dalam dialog hampir dua jam itu melihat dasar peduli rakyat, mempertahankan kepelbagaian kaum dan agama dalam negeri serta melihat Smart Selangor sebagai gagasan baru,” katanya.
Sementara itu, Penolong Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat, Jurasmadi Pauzi, mengingatkan supaya sebarang polisi atau cadangan ha-
rus realistik. “Lab Smart Selangor adalah inisiatif penting bagi memastikan Kerajaan Negeri mendapat respon daripada pihak berkenaan.
“Maka, ia perlu dijalankan secara berterusan dalam setiap ‘domain’ bagi memastikan hasil yang menyeluruh dan mampu direalisasikan,” katanya.
Kain rentang cuba alihkan isu �MDB
SHAH ALAM - Kemunculan kain rentang provokasi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan beberapa pimpinan bukan kerajaan didakwa usaha mengalihkan tumpuan rakyat terhadap skandal kewangan itu. Pengarah National Oversight & Whistleblowers (NOW), Akmal Nasir, berkata beliau bersama Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan Cynthia Gabriel tidak terlibat dalam forum itu di Dewan MPAJ, Ampang, penghujung bulan ini. “Saya maklumkan perkara ini kepada Rafizi dan Cynthia dan kami mengecam sekeras-kerasnya cubaan fitnah serta cubaan memburukkan usaha masyarakat sivil memerangi rasuah. “Ini adalah fitnah jahat untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada ‘Malaysian Official 1’, dan skandal 1MDB,” katanya. Katanya, NOW tidak berkompromi dalam membongkar skan-
dal rasuah dan salah guna kuasa, tambahan mereka kini menumpukan pendedahan skandal membabitkan Tabung Haji. “Ini juga cubaan untuk melemahkan rakyat daripada bersatu menyatakan bantahan secara demokrasi sama ada melalui pilihan raya atau himpunan aman,” katanya. Kemunculan kain rentang provokasi di beberapa lokasi termasuk Ampang, Gombak dan Shah Alam turut mengaitkan Dr Maszlee Malik yang bertindak selaku moderator. Bagaimanapun, Maszlee menerusi akaun Facebooknya berkata, beliau mempunyai program lain di Kangar, Perlis pada 30 Ju-
lai ini iaitu tarikh didakwa bakal berlangsungnya forum itu. “Macai ini pun hendak buat ‘fake poster’ buatlah homework (kerja rumah) dulu. Saya bukannya ada hantu raya nak muncul di dua tempat dalam satu masa. “Nak menipu biarlah cerdik sikit adik-adik oi. Apapun terima kasih kerana meminati saya sebagai moderator forum,” katanya sinis.
Subur pendengaran awam selesai masalah setempat SHAH ALAM - Pendengaran awam secara atas talian atau langsung antara masyarakat dan agensi kerajaan perlu disuburkan bagi memudahkan kedua pihak bertukar pandangan menyelesaikan masalah setempat. Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga, Rodziah Ismail, berkata budaya itu sudah mula dicadangkan di kawasannya dan berharap ia boleh dilaksanakan dalam masa terdekat.
“Kita ingin mendidik dasar komuniti supaya rakyat boleh bersama dalam konteks hak bersuara. “Sebab itu perlu diwujudkan pendengaran awam di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) setiap dua minggu sekali dengan penglibatan semua pimpinan masyarakat,” katanya. Pada masa sama, Rodziah berkata, antara
tumpuan isu di DUN Batu Tiga menjurus kepada penerangan kelulusan strata terhadap orang awam. Beliau turut mengakui terdapat beberapa kawasan tumpuan banjir ekoran masalah sistem perparitan terutama di kawasan kampung tradisi dan boleh menjadi punca wabak denggi. “Dalam dua minggu ini, saya kerap ber-
temu jawatankuasa daerah terutama berkenaan kampung tradisi yang tidak mempunyai sistem perparitan betul. “Apabila berlaku hujan lebat, air tidak keluar. Saya mencadangkan kepada pegawai daerah menyelesaikannya, di samping penduduk perlu memberikan kerjasama berkenaan tinjauan struktur longkang sesuai bagi kawasan mereka,” katanya.
Utama SelangorKini 29 Julai - 5 Ogos 2016
SHAH ALAM - Seramai 4,038 jemaah haji di Selangor terpilih menunaikan ibadah haji, tahun ini. Pengarah Tabung Haji Selangor, Syawal Abong, berkata bakal haji mula berangkat ke tanah suci dengan penerbangan bermula 4 Ogos dan berakhir 5 September ini. Katanya, bakal haji Selangor tahun ini kebanyakannya pertama kali menunaikan rukun Islam kelima itu. “Daripada 22,320 bakal haji, 4,038 dari Selangor dan majoritinya adalah jemaah yang pertama kali menunaikan haji. “Ia juga membabitkan 47 penerbangan keseluruhan daripada Malaysia,” katanya ketika ditemui selepas Kursus Perdana Haji musim 1437/2016M, pada 24 Julai lalu.
Kursus dianjurkan Tabung Haji (TH) bermula 15 Julai hingga 31 Julai ini diadakan secara berperingkat di seluruh negara. DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli menyempurnakan penutup kursus. Hadir sama, Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Johan Abdullah. Sementara itu, Noraida Mohd Noor, 48, menyuarakan rasa gembira kerana terpilih ke tanah suci ketika umur masih muda. Katanya, beliau tidak menyangka terpilih selepas menunggu sejak 2007. “Tak sangka terpilih kerana jika ikut tawaran, tahun depan baru dapat. Alhamdulillah terpilih awal,” katanya.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
�,��� jemaah Selangor terpilih tunai haji
5
Hadapi ujian dan dugaan
Jemaah Haji perlu bersedia OLEH NORHAYATI UMOR
ED
SHAH ALAM - DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan jemaah haji supaya berhati-hati dan berwaspada ketika berada di tanah suci Makkah. Baginda bertitah, bakal haji yang berhadapan masalah atau kemusykilan segera merujuk kepada petugas disediakan Tabung Haji. “Beta mahu bakal haji sentiasa bersedia menghadapi dugaan dan cabaran yang mungkin dihadapi ketika musim haji. “Beta berkenan menasihatkan supaya semua bakal haji juga dapat memberi fokus sepenuh-
nya dalam menunaikan ibadah haji di samping menjaga tingkah laku dan akhlak,” titah baginda. Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Kursus Perdana Haji Musim 1437/2016M, di Masjid Negeri, di sini, pada 24 Julai lalu. Baginda bertitah, bakal haji juga perlu sentiasa menumpukan perhatian kepada amal ibadah masing-masing dan berjimat cermat. “Bakal haji juga dinasihatkan untuk tidak membeli belah dengan berlebihan dan tidak boros apabila berbelanja di sana. “Tunaikan ibadah haji dengan tertib, sabar serta mengikut peraturan dikeluarkan dari
masa ke masa,” titah baginda. Pada masa sama, baginda mahu bakal haji membuat persiapan sebaik-baiknya sebelum berangkat ke tanah suci. Titah baginda, hal itu kerana ibadah haji memerlukan kesihatan fizikal baik dan kekuatan mental. “Tahniah kepada bakal haji yang terpilih. Sesungguhnya ramai lagi umat Islam berhasrat menunaikan haji tetapi tidak berpeluang kerana kuota terhad. “Jika terdapat jemaah mengalami sakit atau demam, segeralah berjumpa dengan doktor yang disediakan Tabung Haji,” titah baginda.
Sultan cemar duli ke Rumah Terbuka Aidilfitri CIMB
KUALA LUMPUR - DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Kumpulan CIMB, di St Regis, di sini, pada 25 Julai lalu. Turut berkenan berangkat ke majlis itu adalah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim. Turut mengiringi baginda, Menteri Besar, Dato’ Seri Mo-
hamed Azmin Ali dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Ketibaan baginda kira-kira jam 8.30 malam ke rumah terbuka itu disambut Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak. Baginda meluangkan masa kira-kira dua jam dalam majlis yang dihadiri tetamu daripada kerabat dan kenamaan sebelum berangkat pulang.
Raja Muda fokus pacu pembangunan belia MELAKA - Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah terus fokus memberi tumpuan terhadap aspek pembangunan belia di seluruh negeri. Baginda bertitah, usaha itu dizahirkan menerusi projek pembangunan Youth Community untuk menggerakkan prospek kemajuan belia di Selangor. “Kita akan terus menggerakkan Youth sebagai landasanmembangunkan golongan belia di Selangor. “Antara inisiatif itu termasukkomitmen organisasi untuk turun padang menyertai pelbagai aktiviti kemasyarakatan di seluruh negeri,” titah baginda.
Pada masa sama, baginda turut mengulas rangka pertemuannya bersama Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim minggu lalu bagi membincangkan prospek kemajuan belia Selangor dan Johor. “Dalam pertemuan bersama TMJ, kami berkongsi pandangan dan pengetahuan berkenaan isu pembangunan belia membabitkan kedua negeri. “Ia sangat menarik, kerana hasil pertemuan itu juga beta mendapat idea dan pengalaman TMJ atas inisiatif digerakkannya seperti pembangunan bola sepak dan banyak lagi,” titah baginda.
SIDANG PENGARANG
PENASIHAT: Lembaga Editorial CCSB KETUA PENGARANG: Cecelia Alphonsus PENGARANG : Nurul Farina Nazlan PENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut, Naeem Raffi, Afeeqa Afeera WARTAWAN: Hafizan Taib:
[email protected], Nazli Ibrahim:
[email protected], Afix Redzuan:
[email protected], Lizawati Madfa:
[email protected], Norhayati Umor:
[email protected], Syasya Sufian :
[email protected] Ermizi Muhamad :
[email protected] PENGURUS PEMASARAN & PENGIKLANAN: Budi Setyawan :
[email protected] | 013 399 2848
Sebelum ini, Raja Muda mewujudkan Youth Community sebagai landasan baginda mendekatkan diri dengan golongan belia Selangor.
JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Shuaib Ayob GRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43, Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel:
[email protected]
Utama
6
SelangorKini 29 Julai - 5 Ogos 2016
Kediaman tiada penghuni
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
Potensi biak Aedes
Petimbang lulus RM���,��� baik pulih pangsapuri
OLEH AFIX REDZUAN
ED
SHAH ALAM - Kediaman tidak berpenghuni yang dibiarkan untuk tempoh lama berpotensi menjadi tempat pembiakan Aedes ekoran pembuangan sampah domestik dan pukal. Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata lawatan ke pangsapuri Bandar Baru Kundang, baru-baru ini mendapati 243 daripada 548 unit kediaman tidak berpeng-
huni. Katanya, kawasan itu turut dilabel sebagai bermasalah selain dihuni warga asing. “Kawasan ini dilabel sebagai bermasalah kerana mempunyai potensi tempat pembiakan Aedes dan dihuni warga Indonesia, Bangladesh, Nepal dan Vietnam. “Hasil daripada lawatan turut mendapati unit tidak berpenghuni ini dipecahkan individu tidak bertanggungjawab untuk dijadikan tempat pembuangan
sampah," katanya dalam kenyataan. Pada masa sama, Daroyah berkata, pelbagai jenis bahan buangan dapat dilihat di dalam premis terbabit seperti sampah pukal pembinaan, perabot, pakaian juga sampah domestik. “Sikap malas dan tidak bertanggungjawab sebahagian penduduk merisikokan semua penghuni pangsapuri kepada masalah denggi selain bau busuk dan persekitaran kurang menyenangkan,” katanya.
SHAH ALAM - Kerajaan Negeri sedang mempertimbangkan untuk meluluskan RM164,000 bagi kos pembersihan dan baik pulih unit premis bermasalah di pangsapuri Bandar Baru Kundang, Gombak. Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata Majlis Perbandaran Selayang (MPS) sudah mengeluarkan notis kepada pengurusan pangsapuri bagi menjalankan aktiviti gotong-royong, namun tiada respon. Katanya, MPS turut diarahkan untuk mengkaji dan meneliti semula cara pelaksanaannya su-
paya kejadian sama tidak berulang. “MPS juga mengeluarkan notis kepada 243 pemilik unit kosong untuk menjalankan kerja pembersihan di kediaman masingmasing melalui penampalan notis dan pos kepada pemilik di luar kawasan," katanya. Daroyah berkata, selepas berlangsung beberapa siri gotongroyong membabitkan MPS dan penduduk setempat, 67.1 peratus kediaman sudah dibersihkan. "Bagaimanapun, kejadian sedemikian tidak mustahil akan berulang jika tiada pemantauan berterusan,” katanya.
Jangan politikkan isu serah bantuan SHAH ALAM - Tindakan menghalang Exco Selangor memasuki Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil (T) Ladang Kerling bagi menyerahkan subsidi tambang bas sekolah, baru-baru ini tidak wajar berlaku. Exco Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang, V Ganabatirau, berkata pembangunan pelajar tidak sepatutnya dicampur dengan politik. Katanya, semua pihak perlu bersikap profesional dalam membantu keluarga pekerja ladang kurang berkemampuan. “Guru Besar dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah sangat membantu sebelum ini, tetapi Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Selangor memberi amaran keras supaya Kerajaan Negeri tidak dibenarkan menyerah bantuan. “Mereka memanggil Kerajaan (Negeri) sebagai pembangkang adalah salah kerana kita adalah kerajaan. Mereka ha-
lang program kita untuk menyampaikan bantuan kepada anak pekerja ladang,” katanya kepada SelangorKini. Halangan terhadap Ganabatirau menyaksikan beliau menyerahkan sumbangan RM300 kepada 59 pelajar anak pekerja ladang di luar pagar sekolah walaupun dalam keadaan hujan. Sebelum ini, halangan sama turut berlaku di SJKT Ladang Sungai Choh yang juga terletak di Parlimen Hulu Selangor. Namun, situasi berbeza berlaku di kawasan Bukit Raja apabila beliau akhirnya dapat menyerahkan bantuan walaupun dihalang pada awalnya. “Kita bimbang Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan yang juga Timbalan Menteri Pendidikan I menyalahgunakan kuasa mengawal PPD untuk menghalang Kerajaan Negeri. "Saya menuntut beliau bertanggungjawab atas halangan ini,” katanya.
Utama SelangorKini 29 Julai - 5 Ogos 2016
7
Pembangunan tanah wakaf
RM��� juta realisasi hasrat membabitkan tanah wakaf di sekitar Klang, fasa kedua untuk pembangunan rumah kediaman di Hulu Langat dan fasa ketiga bagi pembinaan hartanah komersial serta stesen minyak. “J u m l a h tanah wakaf di Selangor kira-kira 480 hektar dengan 70 peratus daripadanya adalah tanah wakaf khas. Kami menumpukan pembangunan membabitkan tanah wakaf am terbiar.
“Tanah wakaf dibangunkan membabitkan keluasan kirakira 12 hingga 16 hektar bagi setiap fasa,” katanya dipetik BH Online. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas memeterai perjanjian pembiayaan pembangunan tanah wakaf berjumlah RM15.5 juta dengan Bank Islam, pada 25 Julai lalu. Mohd Azli berkata, pembiayaan berkenaan merangkumi dua projek pembangunan tanah wakaf di sekitar Klang, seluas 2.4 hektar.
Katanya, projek pertama merangkumi pembinaan 164 unit pangsapuri serta 12 unit lot kedai di Jalan Kebun, Mukim Kapar. Manakala, projek kedua membabitkan pembangunan 13 unit kedai pejabat dan 34 unit bazar di Jalan Teratai, Mukim Kapar. “Kerja pembangunan projek ini dijangka dimulakan tahun ini, malahan kami sudah mendapat kelulusan pihak berkenaan daripada segi perancangan projek,” katanya.
Pembangunan tanah wakaf l Kos pembangunan kasar RM50 juta. l Terletak atas tanah wakaf am. l Wakaf am – wakaf tanpa pengkhususan, hasil pembangunan untuk manfaat umat Islam. l Setakat 2014, jumlah tanah wakaf am dan khas di Malaysia seluas 11,091.82 hektar.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SHAH ALAM - Projek hartanah kediaman dan komersial dengan nilai pembangunan kasar kira-kira RM300 juta dibangunkan Urus Maju Ehsan (M) Sdn Bhd (UME), anak syarikat Perbadanan Wakaf S e l a n g o r (PWS). Pengerusi E k s e k u t i f ny a , Mohd Azli Md Yusof, berkata projek itu dibangunkan dalam tempoh lima hingga enam tahun melalui tiga fasa. Katanya, fasa pertama
ED
Peratusan penduduk tertinggi di Selangor
SHAH ALAM - Selangor mencatatkan peratusan negeri penduduk tertinggi tahun ini iaitu 19.9 peratus diikuti Sabah (12.0%) dan Johor (11.5%). Jumlah penduduk Malaysia pada tahun ini (2016) dianggarkan 31.7 juta, meningkat 0.5 juta berbanding 31.2 juta tahun lalu. Jabatan Perangkaan Malaysia dalam kenyataan berkata, jumlah itu menunjukkan kadar pertumbuhan penduduk tahunan 1.5 peratus bagi tempoh sama. Jumlah penduduk 31.7 juta itu juga merangkumi komposisi jantina iaitu 16.4 juta lelaki dan 15.3 juta perempuan dengan nisbah 107 lelaki bagi setiap 100 perempuan. “Etnik bumiputera mencatatkan peratusan tertinggi bagi kategori penduduk warganegara di Malaysia iaitu 68.6 pe-
Etnik bumiputera mencatatkan peratusan tertinggi bagi kategori penduduk warganegara di Malaysia iaitu 68.6 peratus diikuti Cina (23.4%), India (7.0%) dan lainlain (1.0%) JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA ratus diikuti Cina (23.4%), India (7.0%) dan lain-lain (1.0%). “Peratusan penduduk bukan warganegara tahun ini adalah 10.3% daripada keseluruhan
jumlah penduduk Malaysia,” katanya. Menurut jabatan itu, taburan penduduk mengikut kumpulan umur bagi tahun ini tidak menunjukkan perbezaan ketara berbanding 2015. “Penduduk dalam kumpulan umur kosong hingga 14 tahun berkurang 0.4 peratus pada 2016 (24.5%) berbanding 2015 (24.9%). “Penduduk dalam kumpulan umur bekerja, 15 hingga 64 tahun, meningkat 0.2% tahun ini kepada 69.5% berbanding 2015 dan penduduk berumur 65 tahun dan meningkat 0.2% kepada 6.0% bagi tempoh sama. “Negeri yang mencatatkan peratusan penduduk terkecil pula adalah Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu 0.3%,” katanya.
Setuju ambil alih tanah tidak dimanfaat SHAH ALAM - Ahli Dewan Negeri (ADN) Kinrara, Ng Sze Han menyokong penuh kenyataan Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali untuk mengambil alih tanah tidak digunakan Kerajaan Persekutuan. Ia ekoran masih terdapat banyak tanah diluluskan kepada Kerajaan Persekutuan tidak dibangunkan serta menimbulkan pelbagai kesan sampingan merugikan rakyat. Sze Han berkata, sesetengah tanah diceroboh dan kegiatan seperti pembuangan sampah haram, pembakaran terbuka berlaku di kawasan itu serta menjadi sarang penagih dadah. “Tanah diluluskan kepada Kerajaan Persekutuan tidak diselenggara merosakkan pemandangan dan memberi masalah serta kesan negatif kepada penduduk sekitar apabila tempat dipenuhi semak samun. “Di Puchong misalnya, tanah lapang berlokasi di Taman Kinrara Seksyen 4 menjadi tempat timbunan sampah,” katanya dalam kenyataan media. Beliau berkata, walaupun be-
Ng Sze Han
berapa operasi pembersihan dijalankan tetapi perkara sama berlarutan selagi tanah itu tidak diurus dengan baik. “Selain itu, tanah kosong di sebelah SMK Batu 8 Puchong juga tidak diselenggara Kementerian Pelajaran sehingga dipenuhi semak samun serta kebakaran juga kerap berlaku di tapak berkenaan. “Kegagalan dan keengganan Kerajaan Persekutuan membangunkan tanah itu adalah pembaziran menjejaskan ekonomi negara,” katanya.
Semak status permohonan CERIA di laman sesawang SHAH ALAM - Penduduk yang memohon peruntukan membaik pulih kediaman mereka di bawah Skim Baikpulih Negeri Berkebajikan (CERIA) boleh menyemak status permohonan mereka di laman sesawang Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad, berkata penduduk boleh membuat semakan status terus tanpa perlu bertanya ke-
pada Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Perbadanan Pengurusan (MC). “Sebelum ini terdapat penduduk tidak diberitahu JMB atau MC status permohonan mereka dan akhirnya ada yang menyalahkan Kerajaan Negeri,” katanya dalam kenyataan media. Beliau berkata, sebanyak 171 kawasan pangsapuri kos rendah dibaik pulih di bawah CERIA membabitkan kos RM33.3 juta dengan kerja di 44 kawasan sedang dilaksanakan, sejak 2012.
Nasional
8
SelangorKini 29 Julai - 5 Ogos 2016
Tumpu misi pendidikan
Bukan jadi ‘pengendali’ hotel kenyataan Naib Canselor UUM, Profesor Mohamed Mustafa Isak bahawa universiti itu berhasrat mengambil-alih beberapa hotel di Lembah Klang dan Pulau Pinang bagi menjana pendapatan. Tze Tzin berkata, UUM perlu mengambil iktibar terdapat banyak perniagaan ditadbir badan kerajaan tidak berjaya seperti Perwaja dalam industri besi keluli, Proton (industri kereta), MAS (penerbangan) dan terkini 1MDB. “Adakah UUM terdesak untuk mencari sumber kewangan akibat pemotongan bajet sehingga perlu membuat pelaburan yang sangat berisiko tinggi? “KEADILAN sebelum ini menyeru kerajaan supaya tidak memotong peruntukan kepada
IPTA tetapi seruan itu langsung tidak diendahkan,” katanya. Sim Tze berkata, Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mengalami potongan bajet melebihi RM1.4 bilion atau 16.5 peratus berbanding tahun sebelumnya. Katanya, peruntukan UUM dipotong hampir 20 peratus tahun ini berbanding 2015, walaupun bilangan penuntut UUM bertambah tujuh peratus dalam tempoh sama. “Pemotongan peruntukan IPTA keputusan tidak bijak kerana menjejaskan kualiti pendidikan tinggi dan kini terbukti apabila sumber dan masa yang boleh digunakan untuk memperkasakan pendidikan dijuruskan ke bidang perniagaan,” katanya.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SHAH ALAM - KEADILAN kecewa dan terkejut dengan hasrat Universiti Utara Malaysia (UUM) mengambil alih beberapa hotel bagi menjana pendapatannya. Pengarah Strategi KEADILAN, Sim Tze Tzin, berkata universiti tidak patut bertukar peranan menjadi pengendali hotel dan menyimpang daripada objektifnya sebagai institusi pendidikan. “Mengapa sesebuah universiti awam perlu menceburkan diri dalam perniagaan untuk menjana pendapatan sendiri? “Bukankah universiti awam dibiayai pihak kerajaan dan mengutip pelbagai jenis yuran daripada penuntutnya?” soalnya dalam kenyataan media. Terdahulu, media melaporkan
Mahkamah Persekutuan arah ‘Papagomo’ bayar RM���,��� kepada Anwar
ED
tut Darul Ehsan (IDE) merangkap Naib Canselor UNISEL, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berucap. Beliau mengupas sejarah Turki sebagai negara sekular dan sejarah rampasan kuasa tentera sejak 1960 yang mendukung kuat fahaman sekularisme. Ia diteruskan Timbalan Setiausaha NGO Islam Dunia (UNIW) merangkap Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Ahmad Azam Ab Rahman yang tertumpu kepada penghuraian faktor kegagalan rampasan kuasa. Berlangsung dua jam, sesi
Muhammad Azri diperintahkan membayar ganti rugi RM800,000 kepada Anwar selepas mahkamah mendapati beliau selaku plaintif berjaya membuktikan tuntutannya dan Wan Muhammad Azri adalah ‘Papagomo’. Mahkamah juga memerintahkan Wan Muhammad Azri selaku defendan membayar kos RM50,000 kepada plaintif. Anwar memfailkan saman menuntut ganti rugi RM100 juta pada 21 Mac 2013 kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013.
Bertindak tangani penipuan akademik
Turki Pasca Kudeta: Gambaran sebenar sejarah rampasan kuasa SHAH ALAM - Siri Dialog Darul Ehsan (SDDE) bertajuk ‘Turki Pasca Kudeta: Erdogan & Kuasa Rakyat’ berjaya menarik lebih 200 hadirin, pada 22 Julai lalu. Sambutan luar biasa menyaksikan ada dalam kalangan hadirin terpaksa duduk di tangga bagi mendengar sesi dialog berkenaan. Bertempat di Auditorium Universiti Selangor (UNISEL), turut kelihatan Exco Negeri, Dr Daroyah Alwi dan Ketua Setiausaha Sulit Menteri Besar, Mohd Shahrizal Mohd Salleh. Sesi dialog dimulakan dengan Timbalan Pengerusi Insti-
PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan mengekalkan perintah bayaran ganti rugi Blogger ‘Papagomo’ atau Wan Muhammad Azri Wan Deris terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjumlah RM800,000. Ia berkaitan penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkannya (Anwar) dalam video seks di blog berkenaan. Keputusan itu dibuat susulan panel tiga hakim menolak permohonan kebenaran beliau merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan. Pada 28 Februari 2014, Wan
dialog itu dikelolakan Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Shamsuddin selaku moderator. SDDE dianjurkan dengan kerjasama IDE, UNISEL dan Media Selangor turut disiarkan secara langsung di tv.selangorkini.my Pada 18 Julai lalu, tentera Turki melancarkan cubaan rampasan kuasa di negara itu dengan tentera mengawal jalan utama di Ankara dan Istanbul. Namun, ia berjaya digagalkan dan Recep Tayyip Erdogan kekal selaku Presiden Turki apabila rakyat negara itu bangkit menentang cubaan berkenaan.
SHAH ALAM - Kajian menyeluruh usahasama Penyelidikan Berimpak Tinggi (HIR) antara Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Universiti Malaya (UM) perlu dilaksanakan ekoran wujud dakwaan penipuan akademik membabitkan institusi pendidikan berkenaan. Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming, berkata langkah berkenaan perlu diambil supaya integriti dan kredibiliti intelektual serta martabat universiti tertua itu dapat dikembalikan. “Mengikut laporan tahunan UM 2014, KPT menyuntik RM590 juta ke dalam program penyelidikan, dengan tambahan dana dari UM untuk mendanai projek penyelidikan sehingga tahun ini. “Memandangkan jumlah begitu besar dikhususkan untuk inisiatif berkenaan dan hakikat dua daripada projek penyelidikan berkenaan dikenal pasti sebagai penipuan akademik, menjadi hak orang awam mengetahui perihal berkenaannya,” katanya dalam
kenyataan, pada 25 Julai lalu. Bulan lalu, UM mendapati terdapat duplikasi dan manipulasi terhadap angka di dalam Laporan Saintifik dan tiga lagi laporan diterbitkan sekumpulan penyelidik universiti itu selepas membuat siasatan terhadap perkara terbabit. Ekoran daripada penemuan berkenaan, artikel didakwa diciplak itu ditarik balik daripada jurnal penyelidikan terbabit. Kian Ming menggesa UM mendedahkan prosiding penuh siasatan dalaman mengenai perkara berkenaan selain mencadangkan perubahan dilakukan terhadap garis panduan sedia ada bagi memastikan perkara seumpama itu tidak berulang. “UM juga harus mendedahkan hukuman dikenakan terhadap penyelidik terlibat sebagai peringatan kepada yang lain bahawa hukuman setimpal dikenakan jika melakukan penipuan akademik,” katanya.
Nasional SelangorKini 29 Julai - 5 Ogos 2016
9
Alasan zahir kesetiaan
Berhenti ulas 'pelik-pelik' “Anak Datin Seri Rosmah Mansor (isteri Najib) iaitu Riza Aziz juga dinamakan secara terang terlibat dan istilah yang digunakan adalah dana milik negara Malaysia dicuri,” katanya ketika dihubungi SelangorKini, di sini, pada 22 Julai lalu. Tian Chua berkata, istilah ‘dana milik negara Malaysia sudah dicuri’ itu juga menguatkan lagi bahawa skandal berkenaan membabitkan orang paling berkuasa dalam negara. “Pendedahan ini amat memalukan imej negara kerana memiliki pemimpin yang begitu korup. Rakyat keseluruhan menunggu penjelasan Najib dan rakyat tiada pilihan selain bangkit un-
tuk mendesak beliau meletak jawatan jika gagal menjelaskannya,” katanya. Pada masa sama, Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad menggesa Kerajaan Persekutuan membuka semula siasatan membabitkan skandal 1MDB ekoran pendedahan yang mengatakan pegawai syarikat itu menggunakan dana pelaburan negara seperti akaun bank peribadi dan rakyat Malaysia ditipu dalam skala yang begitu besar. “Walaupun negara lain termasuk Singapura, Switzerland, Hong Kong dan AS terus menyiasat kes 1MDB berdasarkan aktiviti penipuan dijalankan, kerajaan Ma-
Rakyat keseluruhan menunggu penjelasan Najib dan rakyat tiada pilihan selain bangkit untuk mendesak beliau meletak jawatan jika gagal menjelaskannya
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SHAH ALAM - Pemimpin Umno Barisan Nasional (BN) dan pihak berwajib di Malaysia disaran tidak memberi pelbagai ulasan ‘pelik-pelik’ berkenaan ‘Malaysian Official 1’ semata-mata mahu menzahirkan kesetiaan kepada individu tertentu. Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, berkata tidak dinafikan individu yang disebut dalam tuntutan DOJ difailkan itu mirip kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. “Peguam Negara Amerika merujuk inidividu yang mirip Perdana Menteri Malaysia. Adalah wajib Najib jawab secara ikhlas apa peranan beliau dalam skandal 1MDB ini.
Segera tangani pindah kawasan undi haram
TIAN CHUA Ahli Parlimen Batu
KEADILAN sedia kerjasama menentang BN PUCHONG - KEADILAN sedia bekerjasama dengan parti politik dan pihak yang bersetuju dalam menjayakan agenda reformasi dipelopori parti berkenaan dalam usaha menentang Umno Barisan Nasional (BN). Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata pihaknya mengalu-alukan rancangan penubuhan parti politik baru dicadangkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam semangat demokrasi.
“Ini dapat menyuburkan suasana demokrasi dalam negara, namun sama ada kita akan bekerjasama dengan parti baru atau tidak tertakluk kepada agenda dan idealogi parti berkenaan. “Sekiranya parti baru ini bersetuju untuk bersama dengan agenda reformasi semestinya kita akan bekerjasama dengan manamana parti politik dan pihak yang menyokongnya,” katanya kepada media, di sini, pada 19 Julai lalu. Baru-baru ini, Dr Mahathir mengumumkan penubuhan
satu parti politik baru dan pembentukan pakatan pembangkang bersama PKR, DAP dan Amanah bagi menentang Umno BN pada Pilihan Raya Umum ke14 (PRU-14). Antara individu dikatakan berminat dengan penubuhan parti baru itu ialah mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Mantan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal dan mantan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
KEADILAN konsisten rakan Pakatan
ED
PUTRAJAYA - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) segera bertindak atas aduan perpindahan kawasan pengundian secara haram. Pengerusinya, Maria Chin Abdullah, berkata 118,774 senarai nama pengundi dipindahkan sudah diserah kepada SPR, awal Julai lalu. Katanya, lebih 40,000 pengundi juga dipindah keluar dari kawasan Parlimen didaftar mereka. “SPR janji untuk meneliti aduan ini, namun sehingga kini tidak memberikan tarikh untuk perbincangan mahupun tindakan lanjut berkenaannya. “Kita akan terus datang jika SPR terus berdiam diri,” katanya pada sidang media selepas hadir bersama pimpinan Pakatan Harapan bagi menyerahkan memorandum pengundi DUN Batang Kali yang dipindah secara haram, di Menara SPR, di sini, pada 22 Julai lalu. Antara yang hadir adalah Ahli Dewan Negeri (ADN) Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong; Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok. Mula beroperasi 1 Jun lalu, talian aduan Bersih 2.0 menerima lebih 100 aduan perpindahan haram pengundi. Maria berkata, pengundi mengadu mereka tidak dimaklumkan berkenaan perpindahan berkenaan oleh SPR. “Kita menggesa SPR
laysia tetap menidakkannya dan sehingga kini masih tiada sebarang tindakan terhadap manamana individu. Malah, mereka menutup kes ini,” katanya.
Kita menggesa SPR mengembalikan pengundi ke kawasan undian mereka. Pertukaran kawasan hanya boleh dibuat menerusi proses persempadanan semula yang diluluskan Parlimen
MARIA CHIN
Pengerusi BERSIH 2.0 mengembalikan pengundi ke kawasan undian mereka. Pertukaran kawasan hanya boleh dibuat menerusi proses persempadanan semula yang diluluskan Parlimen,” katanya.
SHAH ALAM - KEADILAN adalah rakan seperjuangan politik yang konsisten sama ada ketika di dalam Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat mahupun Pakatan Harapan. Pengarah Komunikasinya, Fahmi Fadzil, berkata KEADILAN sentiasa mengadakan perbincangan, mendengar, dan bertindak ke atas isu dibangkit rakan pakatan dan terus konsisten membina Malaysia lebih baik. Katanya, KEADILAN ingin memperjelasnya beberapa perkara dibangkitkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mendakwa KEADILAN bertindak unilateral mengadakan beberapa pilihan raya kecil (PRK) lalu, khususnya Permatang Pauh, Penanti dan Kajang. “Wujudnya perbezaan cukup besar dengan PRK membabitkan satu kerusi dipegang satu parti politik, sementara PRN pula seperti dalam kes Pulau Pinang – membabitkan 40 kerusi DUN mempunyai implikasi lebih luas dan mendatangkan
Fahmi Fadzil
kesan kepada lebih daripada satu parti politik. “Ketiga-tiga contoh dibangkitkan Lim Guan Eng adalah PRK membabitkan satu kerusi yang penyandangnya adalah KEADILAN, dan implikasi serta-merta adalah kepada kita sendiri. “Berkenaan Permatang Pauh, sama ada bagi PRK pada 2008 atau 2015, ia berpaksikan penganiayaan politik terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya dalam kenyataan. Fahmi berkata, ekoran Pilih-
an Raya Umum (PRU) 2008 diadakan beberapa bulan sebelum Anwar layak bertanding selepas bebas dari penjara, maka PRK itu membolehkan beliau kembali ke Parlimen dan memimpin pembangkang yang semakin kuat. Manakala pada 2015, ia adalah kerana Anwar sekali lagi menjadi mangsa politik zalim mengakibatkan beliau dipenjara sebagai tahanan politik nombor satu negara. Berkenaan PRK Penanti pada 2009, katanya, KEADILAN sebenarnya bertindak di atas kebimbangan dibangkit pimpinan DAP Pulau Pinang mengenai prestasi wakil rakyat terbabit. “Berkenaan PRK Kajang pada 2014 pula, beberapa siri rundingan, mesyuarat dan konsultasi bersama pimpinan DAP serta Pakatan Rakyat yang lain sudah diadakan. “Selepas rasional PRK itu dibentang, pimpinan DAP menyokong usaha untuk memperkukuh pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor,” katanya.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SelangorKini 29 Julai - 5 Ogos 2016
ED
10
Ekonomi SelangorKini 29 Julai - 5 Ogos 2016
11
Invest Selangor lawat 26 bandar raya utama dunia
Komited tingkat pelaburan OLEH LIZAWATI MADFA
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SHAH ALAM - Invest Selangor Berhad sudah melakukan lawatan kerja tujuh kali ke luar negara meliputi 26 bandar raya utama, setakat Julai lalu. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hasan Azhari Idris, berkata semuanya menampakkan respon positif daripada pelabur asing setakat ini.. “Selangor sememangnya strategik untuk pelabur dan perkara itu jelas menarik minat mereka. “Ada juga dalam kalangan pelabur tidak tahu mereka melabur di Selangor selama ini kerana menyangka kita terletak dalam Kuala Lumpur. “Namun, sekarang mereka sudah lebih jelas dan arif
kedudukan Selangor,” katanya kepada SelangorKini. Beliau ditemui ketika Majlis Rumah Terbuka Invest Selangor yang turut dihadiri Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, di sini, 25 Julai lalu. Setakat Mac lalu, Invest Selangor berjaya menarik hampir RM1 bilion pelaburan sektor perkilangan dari negara luar. Hasan berkata, pihaknya yakin sasaran RM6 bilion untuk tahun ini berjaya dicapai menjelang Disember ini. “Tahun lalu, kita mencapai RM7.9 bilion daripada sasaran RM8 bilion. “Jadi, kita yakin sasaran yang sudah dikurangkan ekoran keadaan ekonomi global untuk tahun ini boleh dicapai,” katanya.
Situasi politik beri kesan pelaburan luar
ED
SHAH ALAM - Situasi politik semasa dijangka memberi cabaran kepada perkembangan pelaburan negara luar ke Selangor. Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Berhad, Hasan Azhari Idris, berkata kesan serta merta bagaimanapun masih belum dapat dilihat setakat ini. “Setakat ini tidak ada kesan, namun kita akan terus memantau perkembangannya dari masa ke masa. “Kita juga mengambil langkah berhubung dengan pelabur bagi memastikan mereka terus bersama Selangor,” katanya kepada SelangorKini. Beliau ditemui ketika Majlis Rumah Terbuka Invest Selangor yang turut dihadiri Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, pada 25 Julai lalu. Pada 20 Julai lalu, Jabatan Kehakiman Amerika (DOJ) memfailkan saman sivil untuk merampas aset yang didakwanya
dibeli menggunakan dana yang dialihkan daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB). DOJ mendedahkan AS$1 bilion dana digunakan untuk membayar hutang judi di Las Vegas, membeli kapal layar mewah, perhiasan dalaman, hartanah dan sebuah jet. Sejumlah AS$731 juta turut didakwa disalurkan daripada 1MDB ke dalam akaun AM Bank milik ‘Malaysian Official 1’ yang digambarkan sebagai ‘pegawai berpangkat tinggi’ dan memegang jawatan ‘berkuasa’ dalam 1MDB. Turut dinamakan termasuk anak tiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz; ahli perniagaan, Low Taek Jho dan dua bekas pegawai Abu Dhabi sebagai antara pemain utama dalam dakwaan ‘penyelewengan’ dana itu.
JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI SELANGOR KENYATAAN TENDER
Tender ini adalah dipelawa kepada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan CIDB gred, Kategori dan Pengkhususan serta jenis pendaftaran yang berkaitan sahaja dan masih berkuatkuasa dibenarkan menyertai tender berikut :No. Tajuk Tender Projek JPV.SEL (S)400/ 71/2 2 / 2016
Taraf/jenis Syarikat
TENDER Bumiputera KERJA-KERJA Berdaftar MEMBINA, di Negeri MENYIAPKAN, Selangor MENGUJI DAN MENTAULIAH SEBUAH REBAN AYAM SATU (1) TINGKAT SISTEM TERTUTUP DI TAMAN KEKAL PENGELUARAN MAKANAN (TKPM) SUNGAI NILAM, DAERAH HULU SELANGOR
Gred, Kategori, Pengkhususan
Tarikh & Tempat Dokumen Mula Dijual
CIDB, SPKK & PKK
01 Ogos 2016 (Isnin)
Gred : G4
hingga
Katergori : B
10 Ogos 2016 (Rabu)
Pengkhususan : B04 & B05
di Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor, Lot 2, Jalan Utas 15/7, Seksyen 15,40630 Shah Alam
Harga Dokumen RM50.00
(Bank Draf & Wang Pos) atas nama Bendahari Negeri Selangor
(Dokumen hanya dijual pada waktu pejabat)
Sesi Taklimat & Lawat Tapak
akan diadakan pada 29 JULAI 2016 (JUMAAT) Jam 10.30 pagi bertempat di TKPM Sg Nilam, Kg Selisik Hulu Bernam, Daerah Hulu Selangor. Sebarang pertanyaan hubungi Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor : No Tel : 03-55103900 Sesi Taklimat adalah WAJIB.
Tarikh & Waktu Tender TUTUP
Pada : 11 OGOS 2016 (KHAMIS) Waktu : Sebelum / Pada Jam 12.00 tengahari
1. Dokumen Meja Tawaran akan mula dipamerkan mulai 01 OGOS 2016 (ISNIN) pada waktu pejabat di Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor dan Dokumen Tender akan mula dijual pada hari yang sama iaitu 01 OGOS 2016 hingga 10 OGOS 2016 pada waktu pejabat. Dokumen Tender TIDAK akan dijual selepas tempoh ini. 2. Hanya pengurus / pegawai syarikat yang ditauliahkan seperti di dalam sijil pendaftaran atau wakil yang telah diberi kuasa dibenarkan untuk hadir sesi taklimat & Lawat tapak serta membeli dan mengambil Dokumen Tender. Petender / Wakil hendaklah membawa bersama SIJIL ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor, CIDB, Pendaftaran Syarikat, Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor. 3. Bayaran bagi dokumen Tender hendaklah dibuat dalam Ringgit Malaysia dan dalam bentuk Wang Pos/ Bank Draf atas nama BENDAHARI NEGERI SELANGOR. 4. Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri serta bertanda kenyataan Tender di sebelah kiri sampul surat dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di pejabat seperti berikut :
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN TINGKAT SATU, JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI SELANGOR LOT 2, JALAN UTAS 15/7, SEKSYEN 15 40630 SHAH ALAM
Album SelangorKini 29 Julai - 5 Ogos 2016
ADN Batu Caves, Amirudin Shari menyampaikan sumbangan Food Stamp kepada penduduk DUN terbabit
SelangorKini 29 Julai - 5 Ogos 2016
13
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
12
Album
ADN Sri Serdang, Noor Hanim Ismail menyantuni pelbagai kaum yang hadir dalam Sambutan Aidilfitri DUN Sri Serdang
ADN Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak di Rumah Terbuka Aidilfitri Kajang
ED
ADN Rawang, Gan Pei Nei bermesyuarat bersama SPAD bagi menyelesaikan masalah pengangkutan bas di beberapa kawasan sekitar DUN itu
ADN Meru, Dr Abdul Rani Osman menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Jalan Nenas, Klang
Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar beramah mesra bersama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kumpulan CIMB
ADN Sekinchan, Ng Suee Lim turun padang menyantuni warga emas serta menyampaikan sumbangan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) Fasa 2 bernilai RM 1,500
Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo meraikan kanak-kanak yang menghadiri sambutan Aidilfitri di Parlimen Puchong
ADN Bukit Melawati, Jakiran Jacomah menyantuni pesakit yang bakal menjalani pembedahan tulang selangka di kawasan itu
Rencana
14
SelangorKini 29 Julai - 5 Ogos 2016
OLEH NAZLI IBRAHIM
M
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
ata Mohamad Roslan Zainal, 62, mula berkaca. Dadanya sebak lantaran terlalu banyak memori tersimpan di sebalik rumah kayu berwarna merah yang tersergam di hadapannya itu. Masakan tidak, di rumah inilah beliau, adiknya Mohamad Roslan juga 12 adik-beradiknya yang lain dilahirkan dan kemudiannya dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Apabila memandang ruang ‘serambi jatuh’ di rumah itu, terbayang-bayang pula bagaimana beliau dan adikberadiknya yang lain meniarap menghadap pelita minyak tanah beramai-ramai untuk menelaah pelajaran. Selepas masing-masing meningkat dewasa, seorang demi seorang melangsungkan perkahwinan yang juga dilakukan di rumah yang menyimpan pelbagai sejarah keluarga Tok Sidang pertama Kampung Permatang Kuala Selangor. “Dalam kalangan anak Allahyarham Zainal (bapa kepada Daud dan Roslan), saya adalah yang terakhir mengadakan kenduri kahwin di rumah ini. “Saya masih dapat membayangkan kedudukan pelamin di serambi dan kemeriahan kenduri pada masa itu,” kata Mohamad Daud pada Majlis Penyerahan Rumah Bugis kepada Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor di Muzium Sultan Alam Shah, di sini, pada 21 Julai lalu. Sementara itu, Mohamad Daud, 52, pula adalah generasi keempat yang mendiami rumah Bugis itu sejak moyangnya membina kediaman
Pewaris terharu tempat membesar dipulihara
Rumah Bugis kini jadi warisan generasi baru
ED
terbabit, kira-kira lebih 100 tahun lalu. Mohamad Daud turut menyatakan rasa terharu apabila Kerajaan Negeri melalui PADAT memutuskan untuk mengekalkan warisan yang ditinggalkan nenek moyang beliau.
Apabila memandang ruang ‘serambi jatuh’ di rumah itu, terbayang-bayang pula bagaimana saya dan adikberadik yang lain meniarap menghadap pelita minyak tanah beramai-ramai untuk menelaah pelajaran MOHAMAD ROSLAN
“Tentulah rasa bangga apabila rumah yang pernah kami diami kini menjadi salah satu warisan atau sejarah yang perlu dikekalkan untuk tatapan generasi hari ini dan akan datang,” katanya. Sementara itu, Exco Adat Melayu dan Warisan Selangor, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata Kerajaan Negeri membelanjakan RM500,000 bagi membeli dan membiayai kerja pemuliharaan rumah Bugis ini.
“Memang menyentuh hati bila lihat rumah tempat kita membesar kini dipulihara untuk dijadikan tatapan ramai, maka sebab itu saya merasa agak sebak ketika berucap tadi,” katanya. Terdahulu, Pensyarah Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan Universiti Sains Malaysia (USM) yang juga Konservasi PADAT, Prof Dr A Ghafar Ahmad memberitahu, kerja memindahkan rumah yang asalnya didirikan di Kampung Permatang itu mengambil masa selama 10 bulan. “Kalau mengikut jadual asalnya, tujuh bulan tetapi ekoran kerja pemindahan ini memerlukan ketelitian, maka kami mengambil masa selama 10 bulan sebelum rumah ini dapat didirikan di sini seperti yang kita lihat hari ini,” katanya. Katanya, antara proses dilakukan adalah kerja mendokumentasi, merawat kayu dan menggantikan kayu yang rosak dengan bantuan pakar dari Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). “Ini perlu dilakukan untuk memastikan keaslian rumah ini dikekalkan sama seperti dibina pemiliknya. Kayu yang rosak juga diganti dengan jenis sama atau lebih baik lagi dan untuk itu kita menggunakan pakar dari FRIM yang mampu mengenal-pasti kayu yang digunakan melalui pengecaman urat kayu itu,” katanya.
Rencana SelangorKini 29 Julai - 5 Ogos 2016
15
Kukuh kewangan negeri
KSSB teroka sumber tanah liat OLEH NORHAYATI UMOR
S
ini tidak sebanyak hasil pasir. “Tetapi KSSB menerima ‘margin’ baik bagi jualan tanah liat dan selesa, jadi aliran tunai ini dapat disumbangkan kepada Kerajaan Negeri,” katanya. Katanya, pengusaha kilang yang berkemungkinan ditutup dapat dibantu selepas penyelesaian dibuat KSSB walaupun industri hartanah menurun tetapi pengusaha memerlukan stok dan jualan aktif. “Apa yang penting pendapatan ini tidak terlepas. KSSB juga mahu bersama kontraktor lain supaya memenuhi kehendak kilang. “Bagaimanapun, industri pasir masih menjadi perniagaan utama syarikat kerana ‘volume’ keperluan tanah liat hanya pada kadar 30,000 hingga 40,000 tan keperluan industri secara keseluruhan,” katanya. Bagi 2015, produk galian bukan logam mencatatkan pendapatan eksport ke-15 terbesar berjumlah RM6 bilion dan menyumbang kira-kira 0.8 peratus kepada jumlah eksport sektor perkilangan di Malaysia. Eksport utama termasuk produk mineral (RM2.2 bilion); kaca dan barangan kaca (RM1.86 bilion) manakala kapur, simen serta bahan binaan fabrikasi (RM741 juta). Manakala, destinasi eksport utama ialah Singapura, China dan Jepun.
ED
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
elaras dengan visi menjadi peneraju utama dalam pembangunan sumber asli mineral utama di Selangor, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) kini mengorak langkah terbaru meneroka sumber tanah liat untuk terus Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). KSSB memainkan peranan penting meneroka sumber terbaru di negeri terkaya itu sebagai usaha menyelamatkan beberapa kilang ‘tile’ besar daripada ditutup. Usaha meliberalisasikan ekonomi negeri itu disuarakan Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali bagi mengukuhkan lagi KSSB sekali gus kedudukan kewangan Kerajaan Negeri. Dengan pengalaman, kepakaran dan rangkaian sedia ada syarikat itu, pastinya perniagaan baru ini tidak menjadi masalah besar kepada KSSB. Kebimbangan penurunan permintaan hartanah juga penyebab utama KSSB bersetuju industri tanah liat dijadikan perniagaan anak syarikat berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) ini untuk tidak hanya bergantung kepada
hasil jualan pasir. Ketua Pegawai Kewangan KSSB, Mohamed Fariz Ghazali, berkata KSSB dipanggil Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) untuk membangunkan industri tanah liat, sekali gus menyelamatkan beberapa kilang ‘tile’ khususnya di Selangor daripada ditutup. “KSSB berbincang dengan pengusaha jubin yang mendakwa isu ketiadaan sumber tanah liat menyebabkan kilang ‘tile’ di Malaysia khususnya Selangor tidak dapat beroperasi. “Menerusi perbincangan itu, KSSB mengambil maklum berapa banyak permintaan diperlukan dan kajian juga dijalankan,” katanya kepada SelangorKini. Rentetan itu, KSSB giat menjalankan kajian menyeluruh dan mencari sumber di negeri itu yang masih belum terlaksana. Tiga lokasi berkeluasan lebih 600 ekar dikenal pasti di Batang Berjuntai sesuai bagi memenuhi permintaan industri tanah liat. Bukan itu sahaja, hasil bakal dikorek itu boleh memenuhi permintaan industri sekurangkurangnya lima hingga 10 tahun. “Setakat ini, KSSB menerima permit untuk 50 ekar diusahakan di salah satu tapak ter-
babit, namun sumber itu tidak keseluruhannya sesuai digunakan. “Kini, KSSB sedang memohon untuk meneroka 500 ekar tanah dan menemui 100 ekar yang boleh diterokai tetapi masih dalam kajian bagi memastikan sumber itu sesuai digunakan,” katanya. KSSB mula membuat jualan
pertama sumber itu seminggu selepas Aidilfitri dengan pengeluaran 1,000 tan sehari. Fariz berkata, KSSB menganggarkan Kerajaan Negeri akan menerima royalti RM12 hingga RM 16 juta, tahun ini. “Jika permintaan banyak, maka lagi banyak Kerajaan Negeri akan terima. ‘Volume’ sumber
Seni
16
SelangorKini 29 Julai - 5 Ogos 2016
Kekejaman ibu tiri pisahkan dua beradik
OLEH NURUL FARINA NAZLAN
I
ED
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
stana Budaya sekali lagi berjaya menampilkan kelainan melalui karya klasik Lela Manja yang penuh dengan mainan emosi dan kerinduan dengan menampilkan pelakon terkenal tanah air yang mula dipentaskan, pada 22 Julai lalu. Istimewanya skrip teater klasik dihasilkan Hairul Anuar Harun yang juga terkenal sebagai penulis lirik lagu Cindai nyanyian Datuk Siti Nurhaliza itu adalah mesej yang cuba diketengahkan iaitu kerinduan dua beradik Lela dan Manja yang terpisah akibat kekejaman si ibu tiri, Dang Suri. Naskhah adaptasi daripada filem hitam putih terkenal tahun 1960 arahan Jamil Sulong itu juga menerapkan sedikit elemen berbeza daripada karya asal apabila watak Dang Suri lakonan hebat Nabila Huda dipanjangkan sehingga ke akhir teater sebagai nenek kebayan, berbanding di dalam filem. Siapa tidak kenal dengan Nabila Huda yang mampu membawa apa juga watak ditawarkan kepadanya dan kali ini pelakon yang sinonim dengan panggilan Abil itu sekali lagi berjaya mencuit hati penonton apabila beraksi cemerlang sebagai Dang Suri. Aksi spontan Abil dalam beberapa babak memperlihatkan kematangannya di pentas teater dan watak ibu tiri kejam serta penuh muslihat turut memberi kesan mendalam bagi setiap yang menonton naskhah itu, bahkan lebih menarik apabila ia tidak dibayangi watak asal di dalam filem, lakonan seniwati Normadiah. Teater kerjasama Istana Budaya dan Creative Impact Solutions berkonsepkan bangsawan dan rakyat itu juga memperlihatkan aksi hebat Aeril Zafril yang pertama kali beraksi di pentas teater apabila berjaya membawakan watak Manja dengan gaya tersendiri. Beberapa kali, pelakon berusia 27 tahun itu menegaskan dia banyak belajar untuk menjiwai watak Manja dan mengakui terdapat banyak perbezaan antara lakonan filem dan drama dengan pementasan teater. “Saya banyak menonton filem lama untuk menjayakan watak Manja dan belajar cara pahla-
wan berjalan. Saya akui berlakon teater sedikit penat berbanding drama atau filem, namun ia sebenarnya memberi cabaran sebagai anak seni,” katanya ketika ditemui SelangorKini selepas pementasan teater berkenaan, pada 23 Julai lalu. Selain Nabila dan Aeril, Lela Manja turut dijayakan beberapa lagi pelakon terkenal antaranya Shahrolnizam Noor (Sang Naka), Sari Yanti (Lela Sari), Hafidz Roshdi (Raja Muda) dan Rashdan Baba (Megat Sura). Bagi watak Lela Sari, Sang Naka dan Megat Sura pula, kehebatan tiga pelakon yang memegang watak itu tidak boleh disangkal lagi kerana berpengalaman dalam naskah klasik terutama Shahrolnizam. Sari Yanti juga berjaya memainkan elemen kelembutan dan ketegasan dalam menjayakan watak Lela Sari yang mungkin boleh dikatakan amat sesuai dengan perwatakan ibu beranak dua itu yang
sangat terkenal dengan gaya lemah lembutnya. Lela Manja mengisahkan dua beradik yang menjadi mangsa kekejaman ibu tiri sehingga mengubah perjalanan kehidupan mereka daripada kecil sehingga dewasa terutama selepas terpisah akibat pembunuhan bapa mereka, Sang Naka. Kehidupan bahagia dua beradik itu berubah selepas Sang Naka berkahwin dengan Dang Suri yang difikirkan mampu mengganti arwah isterinya, namun tanpa disedari wanita itu sangat licik dan curang di belakangnya. Lebih malang, Lela dan Manja sering menjadi mangsa apabila dipukul dan dikerah melakukan kerja berat ketika Sang
Naka ke luar negeri kerana bertugas sebagai pegawai istana. Dang Suri menggunakan peluang itu untuk menjalinkan hubungan dengan kawan baik suaminya, Megat Sura. Kedua pengkhianat itu membunuh Sang Naka apabila rahsia mereka diketahui, manakala Lela dan Manja pula terpisah selepas sampan yang sudah dinaiki Lela hanyut ekoran arus deras ketika mereka cuba melarikan diri kerana takut diapa-apakan Megat Sura dan Dang Suri. Selepas mengetahui apa yang terjadi daripada Lela, Sultan dan rombongan terus ke rumah Sang Naka dan menangkap Megat Sura juga Dang Suri yang kebetulan ingin menyembunyikan mayat itu. Megat Sura cuba memberontak dan dibunuh pengawal, manakala Dang Suri diikat di pokok berdekatan hutan serta ditoreh badannya sebagai hukuman. Di sinilah bermulanya dendam anak Megat Sura iaitu Megat Komeng lakonan Jay Iswazir atas kematian bapanya itu dan ia sangat ‘sampai’ kepada penonton. Tidak kurang juga, watak Panglima Harimau Berantai pengikut setia Komeng yang dilakonkan Syazwan Zulkifly. Pujian juga harus diberikan kepada pelakon kanak-kanak yang membawakan watak Lela dan Manja ketika kecil iaitu Izzya Reen dan Wafiy terutama ketika babak Lela dan Manja mengunjungi pusara ibu mereka yang membuatkan penonton terdiam. Sementara itu, penonton, Hisham Alias pula menyifatkan plot naskhah itu memang menarik walaupun agak berat, dan penyampaian mesej seperti dendam serta nafsu agak mudah dihadam siapa sahaja yang menontonnya.
Gambar Ihsan Istana Budaya
Lela Manja sarat mesej kerinduan
“Persembahan sangat bagus kerana bukan mudah berlakon secara langsung, namun ada sesetengah pelakon agak keterlaluan seperti Nabila Huda. Saya akui dia berbakat dan pandai menjiwai watak, namun tidak perlu rasanya ibu tiri berjalan seperti pinggang terkehel. “Pelakon juga harus didedahkan dengan pergerakan silat yang lebih asli kerana ada yang nampak sangat tidak berseni ketika melakukan aksi itu. Saya suka adegan silat antara Shahrolnizam dan Rashdan Baba kerana memang nampak berseni. ,” katanya. Memang diakui, daripada segi rekaan set menampakkan kesungguhan dalam setiap babak dan susunan cerita dalam teater yang turut sarat dengan mesej kekeluargaan selain ada menyelitkan aspek kesetiaan juga ketaatan kepada negara yang pastinya menjanjikan kepuasan buat peminat seni teater tanah air. Teater itu juga turut diperindahkan dengan tiga lagu baru iaitu Kiasan Rindu, Serampang Serumpun dan Dakapan Ibu yang digubah Rosli Abu Bakar, manakala liriknya ditulis Hairul Anuar sendiri. Tidak dinafikan lirik sentuhan Hairul Anuar masih kekal segar dan mempunyai keistimewaan tersendiri, bahkan ia menjadi elemen membangkitkan lagi kepuasan mereka yang menonton Lela Manja. Peminat teater boleh menyaksikan plot hebat di dalam naskhah arahan Ramli Lani dibantu Khairulnazwan Rodzy itu yang akan dipentaskan sekali lagi pada 29 dan 30 Julai ini (8.30 malam), manakala pada 31 Julai pula bermula jam 3 petang dengan harga tiket bermula RM33 hingga RM253 yang boleh dibeli di AirAsiaRedTix.com.
Khutbah Jumaat SelangorKini 29 Julai - 5 Ogos 2016
17
Intisari Khutbah Jumaat: 22 Julai 2016
Mendidik penderma prihatin M
MIMBAR JUMAAT
pama tidak mengambil peduli akan kesahihan individu atau kanak-kanak yang menjalankan kutipan sama ada benar-benar mewakili sesebuah institusi seperti maahad tahfiz ataupun melakukan penipuan. Para pengutip derma pula secara terang-terang bebas menjalankan kutipan ke sana ke mari tanpa sebarang sekatan mana-mana pihak. Di Selangor, aktiviti kutipan derma atau secara istilahnya disebut sebagai pungutan khairat banyak dijalankan pelbagai pihak. Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) selaku badan yang diamanahkan untuk mentadbir hal ehwal agama Islam di Selangor ingin menyampaikan maklumat kepada seluruh umat Islam di negeri ini supaya aktiviti kutipan derma atau pungutan khairat berjalan mengikut lunas undang-undang. Berdasarkan Seksyen 106, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, dengan surat kebenaran dikeluarkan Majlis, membenarkan mana-mana orang atau kumpulan orang memungut wang atau sumbangan lain bagi apa-apa maksud khairat untuk menyokong dan memajukan agama Islam atau bagi faedah orang Islam mengikut hukum syarak. Mana-mana orang yang melanggar atau tidak mendapat kebenaran MAIS
adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
ED
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
emiliki harta adalah nikmat kurniaan Allah SWT kepada kita semua. Barang siapa beriman kepada Allah SWT dan membelanjakan hartanya sesuai dengan keredaan Allah, memberi makan kepada fakir miskin dan membelanjakannya untuk menolong agama Allah SWT, nescaya Allah SWT akan menambahkan lagi rezeki kepadanya. Keistimewaan dianugerahkan kepada orang bersedekah (menginfaqkan) hartanya di jalan Allah SWT juga dianggap seakan-akan memberi pinjaman kepada Allah SWT, padahal Allah SWT Maha Kaya dan Maha Pemberi. Bersedekah atau berinfaq juga menyebabkan rezeki bertambah, berlipat ganda, berkembang dan memperoleh keberkatan. Sebenarnya rezeki bukanlah dilihat dalam bentuk wang dan kekayaan sahaja, malah meliputi kesihatan, anak soleh, jiran dan teman baik, pekerjaan halal, kehidupan tenang dan itulah rezeki yang sangat mahal dan tidak ternilai dibandingkan dengan wang dan kekayaan.
Walaubagaimanapun, pada masa kini terdapat segelintir masyarakat menyalahgunakan kebaikan orang yang suka menginfaqkan atau mendermakan hartanya. Aktiviti pungutan derma boleh dilihat dengan jelas di tempat awam seperti di hadapan bank, stesen minyak, pasar malam, restoran dan lain-lain . Lebih malang, sebilangan kanakkanak turut diperalatkan untuk membuat pungutan derma di stesen minyak dan restoran. Kanak-kanak ini ada yang digunakan khusus menjalankan kutipan derma dan ada juga untuk menjual cakera padat syarahan agama, kismis, buku dan sebagainya. Jika tidak mahu membeli, mereka mendesak supaya memberikan sumbangan jariah. Masyarakat pula seum-
Justeru, masyarakat diajak supaya mengambil tindakan seperti berikut: 1. Prihatin ke atas sesuatu yang disedekahkan. Bersedekah itu sangat baik, namun memastikan pengutip itu orang yang telus dan jujur melaksanakan kutipan juga adalah baik; 2. Menjadi mata dan telinga kepada agensi agama Islam supaya sumbangan itu sampai kepada matlamat asalnya iaitu untuk membangunkan aset serta meningkatkan sosio-ekonomi umat Islam; dan 3. Melapor kepada MAIS, JAIS atau PDRM ke atas individu atau warga asing yang membuat kutipan derma tanpa kebenaran Kita tidak mahu umat Islam ini dipandang serong sebilangan agama lain. Peranan kita sebagai umat Islam yang prihatin perlu dipamerkan dalam bentuk terbaik dan menjadi umat cemerlang selaras baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur.
PBT
18
SelangorKini 29 Julai - 5 Ogos 2016
Kutipan Sampah Domestik sesi 2016-2019
�� kontraktor terima tawaran MBSA OLEH SYASYA SUFIAN
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SHAH ALAM - Sebanyak 24 kontraktor menerima tawaran Kutipan Sampah Domestik sesi 20162019 daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad, berkata kontrak itu ditambah baik berbanding kontrak sebelumnya daripada segi kekerapan kutipan bagi rumah jenis ‘landed’. “Pengubahan jadual kekerapan kutipan bagi rumah jenis ‘landed’ dari tiga kali kepada empat kali seminggu mengambil kira kutipan sampah pada hujung minggu. “Bagi mengatasi masalah pembuangan sampah haram, kerja kutipan sisa domestik di premis
seperti industri sesebuah, industri teres, berkembar dan hotel juga dilaksanakan dengan kekerapan kutipan lima kali seminggu,” katanya dalam kenyataan. Beliau berkata, kontraktor juga perlu menyediakan bilangan lori kompaktor mengikut bilangan dan spesifikasi ditetapkan. “Pada masa sama, lori kompaktor ini juga perlu dipasang dengan alat Automatic Vehicle Locating System (AVLS) bagi memudahkan pemantauan pergerakan. “Kos pemasangan alat dianggarkan membabitkan harga RM1,000 hingga RM3,000, manakala sewa untuk sistem pemantauan dianggar RM160 sebulan,” katanya. Kontrak baru itu juga per-
lu menyediakan tong sampah MGB120 liter untuk setiap landed house dan MBSA membayar kontraktor selepas selesai
Warna warni ‘istiadat’ persaraan TYDP MPSJ
berusaha keras menaik taraf mutu perkhidmatan untuk masyarakat di kawasan pentadbirannya, berlaku satu kebakaran memusnahkan beberapa rekod penting termasuk rekod kewangan. Katanya, selepas beliau dan beberapa kaitangan lain bekerja keras, isu itu berjaya diselesaikan dalam tempoh empat bulan berbanding lima bulan yang diberikan. Abdullah memulakan perkhidmatannya di Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) pada
ED
SUBANG JAYA - Majlis Persaraan Timbalan Yang Dipertua (TYDP) Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Abdullah Marjunid, pada 20 Julai lalu berjalan dalam suasana bercampur baur antara sayu dan lucu. Suasana sayu mula dirasai apabila menyaksikan hari terakhir lelaki berusia 59 tahun yang begitu lama mencurahkan khidmat dan baktinya dengan gigih kepada organisasi disayangi dan masyarakat Selangor amnya. Mengimbau kembali pengalaman susah dan senang ketika berkhidmat sebagai penjawat awam, Abdullah berkata, antara pengalaman tidak dapat dilupakan adalah ketika berlaku kebakaran di pejabat MPSJ. “Saya masuk di sini pada masa (masih) Majlis Daerah dahulu, ada beberapa bahagian sahaja. Sayalah mula-mula mengadakan ‘adhoc’ untuk Majlis Daerah Petaling ini dengan menubuhkan jabatan untuk memastikan kelancarannya,” katanya di Dewan Kenanga, Bangunan MPSJ, di sini. Bagaimanapun katanya, semasa beliau dan kakitangannya
1981 hingga 1988 sebelum berpindah ke Majlis Daerah Petaling (1988-1992) dan kemudiannya Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) (1992-1996). Pada 1996 hingga 2000, beliau bertugas di Majlis Daerah Hulu Langat (MDHL) sebelum ditugaskan di Majlis Perbandaran Selayang (MPS) (2000-2005) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) (2005-2010). Selepas menimba pengalaman di pelbagai PBT di Selangor, pada 1 Ogos 2010, beliau kembali bertugas di MPSJ.
proses penyediaan dan penghantaran tong. “MBSA mengenakan tindakan tegas kepada kontraktor di-
lantik dan penamatan kontrak dibuat segera jika mereka gagal mematuhi syarat ditetapkan,” katanya.
�� terpilih Peniaga Contoh Bazar Ramadan MPSJ SHAH ALAM - 23 peniaga terpilih sebagai penerima anugerah Peniaga Contoh Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 2016. Pegawai Komunikasi Korporat, Muhammad Azli Miswan, berkata 15 daripadanya dipilih MPSJ, manakala lapan lagi peniaga dipilih Unilever Food Solution selepas memenuhi beberapa kriteria ditetapkan. “Anugerah ini diperkenalkan
MPSJ berharap melalui program inisiatif hijau ini melahirkan lebih ramai peniaga dan masyarakat yang menjaga alam sekitar serta mengamalkan amalan kitar semula
bagi mengiktiraf peniaga yang memberi komitmen tinggi dalam mengamalkan amalan terbaik pengendalian makanan. “Selain itu, mereka juga mendokong usaha aspirasi hijau di bawah MPSJ dalam perniagaan ketika bazar Ramadan,” kata-nya dalam kenyataan. Azli berkata, peniaga turut diberi kelebihan membuat pilihan lokasi dan petak tanpa melalui sesi undian selain menerima insentif wang tunai RM1,000. “Mereka tidak perlu beratur untuk mendapatkan borang permohonan mendapatkan petak bazar bagi Ramadan tahun hadapan. “MPSJ berharap melalui program inisiatif hijau ini akan melahirkan lebih ramai peniaga dan masyarakat yang menjaga alam sekitar serta mengamalkan amalan kitar semula,” katanya.
MPK kompaun � premis makanan KLANG - Tujuh kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Klang (MPK) terhadap premis makanan yang gagal mematuhi tahap kebersihan ditetapkan dalam operasi bersepadu, pada 21 Julai lalu. Setiausaha MPK, Adi Faizal Ahmad Tarmizi, berkata operasi itu dijalankan berdasarkan aduan orang ramai yang kurang berpuas hati dengan keadaan gerai kotor di kawasan terbabit. “Kita menetapkan setiap premis harus ada satu tong sampah bersaiz 2.4 liter bagi membolehkan pemilik mengurus sampah dengan baik dan teratur, namun gagal dilaksanakan peniaga. “Selain itu, pekerjanya juga didapati gagal mematuhi
syarat dan peraturan berniaga mendapatkan suntikan anti demam kepialu,” katanya dalam kenyataan. Pada masa sama, Adi berkata, pemilik premis juga boleh dikenakan denda maksimum RM1,000 mengikut Undang-Undang Kecil Establishment Makanan MPK 2007 atas kesalahan itu. Katanya, operasi sama akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan pemilik premis mematuhi peraturan majlis. “Bermula September ini, MPK menguatkuasakan penutupan premis makanan yang kebersihannya berada bawah tahap 50 peratus dan penutupan dibuat selama tempoh 14 hari,” katanya.
PBT SelangorKini 29 Julai - 5 Ogos 2016
Nafi bantah naik taraf Dewan Hamzah
Sedia kemudahan berkualiti
Padang Bola Sepak MPSJ diiktiraf FIFA OLEH NORHAYATI UMOR SHAH ALAM - Padang Bola Sepak Arena Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) berjaya mendapat pengiktirafan bertaraf antarabangsa melalui pensijilan Konfederasi Bola Sepak Dunia (FIFA). Pegawai Komunikasi Korporat MPSJ, Muhammad Azli Miswan, berkata pengiktirafan dua bintang itu diperakui FIFA Quality Pro selepas disenaraikan di laman sesawang FIFA. “Penganugerahan pensijilan ini sah bagi tempoh setahun bermula 15 Julai lalu sehingga 14 Julai 2017. “MPSJ sedang menunggu untuk mendapatkan sijil asal daripada FIFA,” katanya dalam kenyataan. Azli berkata, pengiktirafan terbabit juga dilihat sebagai salah satu inisiatif MPSJ bagi me-
nyediakan kemudahan sukan berkualiti untuk manfaat masyarakat. Beliau berkata, Padang Bola Sepak Arena MPSJ mula dibuka sepenuhnya, pada 1 Jun lalu. “MPSJ juga mengambil inisiatif penggunaan rumput tiruan (artificial turf) berdasarkan penggunaan padang lebih kerap se-
lain menjimatkan kos penyelenggaraan sehingga 21 peratus. Arena MPSJ turut dilengkapi padang bola sepak bersaiz FIFA, trek balapan diiktiraf IAAF, bilik teknikal, pentas, bilik persalinan, grandstand penonton selain gelanggang bola tampar, g bola jaring dan badminton/sepak takraw.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I Pihak kelab meminta individu berkenaan tampil bersemuka kerana pihak kami sentiasa menerima cadangan, pendapat dan kritikan, namun bukannya tuduhan melulu tanpa bukti yang kukuh HASNOR HARITH
Presiden Kelab Sukan dan Sosial MPK
ma bagi sukan badminton serta sepak takraw. Sementara itu, Presiden Kelab Sukan dan Sosial MPK, Hasnor Harith berkata, 1,100 ahli kelab merakamkan penghargaan terhadap kepimpinan baru MPK yang sentiasa menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan kakitangan. “Pihak kelab meminta individu berkenaan tampil bersemuka kerana kami sentiasa menerima cadangan, pendapat dan kritikan, namun bukannya tuduhan melulu tanpa bukti kukuh,” katanya.
ED
KLANG - Pengurusan tertinggi Kelab Sukan dan Sosial Majlis Perbandaran Klang (MPK) menafikan pihaknya menentang kerja menaik taraf Dewan Hamzah, di sini seperti didakwa akhbar tempatan. Timbalan Presidennya, Zaireezal Ahmad Zainuddin, berkata dakwaan itu tidak berasas dan dilihat sebagai cubaan sabotaj terhadap pimpinan tertinggi kelab dengan MPK. Beliau berkata, individu berkenaan perlu tampil bersemuka bagi menyatakan pendirian sebenar. “Dakwaan berkenaan terlalu serius dan berniat tidak baik kerana pihak kelab sentiasa berdiri teguh dengan kepimpinan Yang Dipertua MPK, Dato’ Mohamad Yasid Bidin yang sentiasa komited dalam pembangunan sukan. “Kerja menaik taraf fasiliti sukan lain di beberapa kawasan turut membuktikan YDP dan Setiausaha MPK, Adi Faizal Ahmad Tarmizi sentiasa memberi komitmen terhadap pembangunan sukan di daerah Klang,” katanya dalam kenyataan. Zaireezal berkata, ekoran kerja menaik taraf Dewan Hamzah, ahli kelab dibenarkan untuk bermain di Dewan Teluk Pulai dan Sri Andalas secara percu-
19
Konsep mesra alam meriahkan Jamuan Raya MBSA SHAH ALAM - Konsep ‘Go Green’ sekali lagi menjadi tema Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi penganjuran jamuan Aidilfitri tahun ini. Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad, berkata konsep itu merangkumi penyediaan juadah, hiasan gerai dan pengurusan sampah. Katanya, peralatan seperti pinggan, mangkuk, cawan, sudu dan garfu yang digunakan diperbuat daripada plastik dan kertas. “Kita juga tidak menggunakan peralatan berasaskan polisterin.
“Perhiasan khemah makanan disedia berasaskan ba-han kitar semula, penyediaan tong kitar semula serta tong pengasingan minyak bagi pengedalian jamuan,” katanya. Selain Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad, majlis turut dihadiri Tengku Laksamana Selangor, Tengku Sulaiman Shah dan Menteri Besar, Dato ‘ Seri Mohamed Azmin Ali. Sejumlah RM2,000 turut di-sumbang kepada Pertubuhan Pengurusan Rumah Safiyyah Seksyen U10 dan duit raya kepada 30 anak yatim.
Pendidikan
20
SelangorKini 29 Julai - 5 Ogos 2016
PTPTN potong bantuan belajar
UNISEL salur makanan percuma
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
Tiga MPP UNISEL sertai simposium kemanusiaan di Hanoi
OLEH NAZLI IBRAHIM
kan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri melalui peruntukan dana pengantarabangsaan yang turut dibiayai UNISEL. "Keperihatinan universiti dalam memberi peluang kepada pelajar demi mendedahkan mereka kepada program antarabangsa serta membina jaringan antarabangsa dengan peserta negara lain. "Diharap dengan peluang ini, ia mampu membakar semangat pemimpin muda untuk melakukan sesuatu sebagai re-
ED
SHAH ALAM - Tiga wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Selangor (UNISEL) akan menyertai ‘7th University Scholars Leadership Symposium (USLS)’ yang bakal berlangsung di Hanoi, Vietnam, bermula 1 Ogos sehingga 7 Ogos ini. Pengarah Komunikasi Korporat, Hasril Abu Hassan, berkata itu adalah penyertaan kali kedua UNISEL dalam USLS dan kali pertama ketika simposium kali ke-6 di Hong Kong. "USLS adalah simposium yang menghimpunkan lebih 1,000 siswa dan siswi dari institusi pendidikan seluruh dunia bagi membincangkan hal berkaitan kemanusiaan. "Program ini dibentuk bagi melahirkan pemimpin muda yang berupaya dan mempunyai ketahanan terhadap cabaran terkehadapan," katanya dalam kenyataan. Hasril berkata, antara MPP yang terpilih adalah Muhd Fakhrul Amiruddin Hamdan (Yang Dipertua), Qurratu ‘Anini bt Ali Mohamed (Naib Yang Dipertua) serta Nurul Aqilah bt Mahmud (Setiausaha). Penyertaan pelajar ditaja Jawatankuasa Tetap Pendidi-
spon kepada isu kemanusiaan supaya mereka menyedari potensi diri sebagai ejen perubahan selain menaikkan nama UNISEL ke persada antarabangsa," katanya. Simbolik pelepasan pelajar dilaksanakan Presiden dan Naib Canselor UNISEL, Prof Datuk Dr Muhammad Redzuan Othman serta Timbalan Presiden yang juga Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti, Prof Dr Shahrudin Badaruddin di kampus UNISEL, di sini.
SHAH ALAM - Universiti Selangor (UNISEL) kini merancang memberikan makanan percuma kepada semua pelajarnya selepas Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengurangkan jumlah bantuan. Dekan Hal Ehwal Pelajar (HEP) UNISEL, Amidi Abdul Manan, berkata secara dasarnya program itu sudah mendapat kelulusan tetapi perlu diperhalusi untuk meringankan tekanan kos sara diri sepanjang mengikuti pelajar pengajian masing-masing. “Saya jangka, ia akan menelan kos RM2 juta setahun dengan jumlah pelajar yang ada sekarang. Kita cuba buat dua hidangan setiap pelajar untuk siang juga malam kerana ada dalam kalangan mereka bermasalah menampung perbelanjaan untuk makan dan UNISEL bantu apa yang mampu. “Kelulusan di peringkat lembaga sudah diluluskan dan kita akan angkat satu kertas bagaimana perkara ini boleh dilaksanakan seterusnya dibawa ke peringkat Kerajaan Negeri,” kata Amidi kepada SelangorKini, di sini, pada 20 Julai lalu. Amidi berkata, pemberian makanan percuma untuk dua hidangan itu membabitkan
Kelulusan di peringkat lembaga sudah diluluskan dan kita akan angkat satu kertas bagaimana perkara ini boleh dilaksanakan seterusnya dibawa ke peringkat Kerajaan Negeri AMIDI ABDUL MANAN Dekan Hal Ehwal Pelajar (HEP) UNISEL
pemberian makanan asasi, nasi dan sayuran seperti yang dilaksanakan di beberapa universiti luar negara. “Kita perlu memikirkannya demi kemajuan pelajaran mereka dan melalui kaedah ini pelajar dapat menjimatkan belanja makan kerana hanya perlu membeli protein sahaja untuk melengkapkan hidangan,” katanya. Sebelum ini, UNISEL turut mengumumkan program yuran percuma kepada pelajar yang mengikuti pengajian tahun asas bagi membantu golongan itu terutama mereka yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah juga sederhana.
KUIS tawar laluan pantas � semester SHAH ALAM - Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) menawarkan sesi pembelajaran peringkat asasi tiga semester bagi lanjutan pengajian sarjana muda. Proses pengajian itu memberi peluang kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikuti pengajian singkat menerusi beberapa kursus tawaran pendidikan di institusi pengajian milik Lembaga Zakat Selangor (LZS) itu.
Antara program pengajian ditawarkan adalah Kursus Asas Pengajian Islam, Pengajian Asas Pengurusan, Pengajian Asas Teknolgo Maklumat, Pengajian Bahasa Arab dan Pengajian Asas Komunikasi. Pengambilan pelajar baru dibuka 18 Julai lalu dengan syarat minima lima kredit SPM. Mereka yang berminat boleh membuat permohonan secara atas talian di www.kuis.edu.my atau membuat pendaftaran te-
rus pada hari pendaftaran. KUIS antara institusi pendidikan tinggi yang terus konsisten mewujudkan pelan jangka panjang ke arah mengukuhkan peranannya sebagai pusat pendidikan terulung di Selangor. Antara usaha lain termasuk usahasama serta memorandum pendidikan KUIS dan institusi pengajian tinggi (IPT) dari luar negara bertujuan melebarkan jaringan pendidikannya.
Agama SelangorKini 29 Julai - 5 Ogos 2016
21
JAIS sedia siasat aktiviti bertentangan Islam
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bersedia mengambil tindakan tegas jika terdapat pihak melakukan perbuatan khurafat termasuk pemujaan di tanah perkuburan. Exco Hal Ehwal Agama Islam, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata orang ramai disarankan membuat aduan jika mengetahui wujudnya kegiatan bertentangan ajaran Islam itu. “Sudah tentu JAIS memandang berat perkara ini. "Jika orang ramai mengetahui hal ini, jangan tunggu, cepat adukan kepada JAIS untuk siasatan dan tindakan seterusnya,” katanya pada Majlis Penyerahan Rumah Bugis di Muzium Sultan Alam Shah di sini, pada 21 Julai lalu. Beliau berkata demikian susulan kejadian gangguan makhluk halus di Jalan Kebun yang menjadi viral di laman sosial. Kejadian itu turut dikaitkan dengan perbuatan pemujaan di tanah perkuburan. Sementara itu, Setiausaha JKKK Kampung Jalan Kebun, Mahmud Maftam, berkata perkuburan dikatakan berlubang itu dipercayai ekoran tanah mendap. “Ia sebenarnya kubur lama. "Jadi kami percaya ‘lubang’ itu sebenarnya akibat tanah mendap ekoran papan liang lahad yang menutup mayat sudah terlalu lama patah dan ta-
Bicara sesi malam
Elak tambah kes tertunggak SHAH ALAM - Mahkamah Syariah Selangor menetapkan sesi perbicaraan sebelah malam, bermula 25 Julai lalu dalam usaha mengurangkan bilangan kes tertunggak yang tinggi. Ketua Hakim Syarie, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata inisiatif itu turut membantu pihak yang sukar mendapatkan cuti waktu siang untuk menghadiri prosiding,sebelah malam. Beliau berkata, prosiding sebelah malam pertama kali dikendalikannya sendiri pada 25 Julai adalah dua kali sebulan, bermula
jam 8 hingga 10 malam. “Saya mengambil inisiatif itu bagi mempercepatkan perjalanan kes khususnya mengurangkan bilangan kes tertunggak yang tinggi di negeri ini. “Justeru, saya berharap semua Hakim Syarie di Selangor bersedia untuk mengadakan sesi ‘night court’ bagi mengurangkan kes tertunggak di dewan masingmasing,” katanya dalam kenyataan, pada 23 Julai lalu. Mohd Naim berkata, sesi perbicaraan malam itu bakal diperluaskan ke dewan hakim Syarie lain
secara berperingkat mengikut kesesuaian. Katanya, prosiding pada waktu malam juga dilihat sebagai sumbangan dan tanggungjawab sosial korporat yang dilakukan Mahkamah Syariah Selangor dalam membantu masyarakat. Mohd Naim pernah mengendalikan prosiding sebelah malam ketika beliau menjadi Hakim Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada 1998 hingga 2000 dan sepanjang tempoh itu, kirakira 2,000 kes tertunggak berjaya diselesaikan.
ED
Kemuncak Destinasi Cinta rai �� pasangan SHAH ALAM - Dalam keadaan ekonomi dan kos sara hidup yang semakin meningkat, 30 pasangan anak muda mengambil peluang bernikah serentak dalam Program Pernikahan Beramai-ramai “Kemuncak Destinasi Cinta 2016” anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Exco Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata program itu bermanfaat bagi golongan anak muda. “Di samping meraikan mempelai, program ini juga memudahkan urusan pernikahan halal diuruskan Pejabat Agama Daerah Petaling. “Secara tidak langsung, ia juga menjimatkan kos perbelanjaan majlis,” katanya kepada SelangorKini. Katanya, program itu sebagai kesedaran masyarakat supaya mengadakan majlis pernikahan dengan membelanjakan kos sederhana. “Masyarakat perlu mengubah sikap untuk tidak melihat ia sebagai sesuatu yang menyusahkan khususnya bagi anak muda berpendapatan rendah,”
Sudah tentu JAIS memandang berat perkara ini. Jika orang ramai mengetahui hal ini, jangan tunggu, cepat adukan kepada JAIS untuk siasatan dan tindakan seterusnya DR AHMAD YUNUS Exco Hal Ehwal Agama Islam nahnya jerlus atau mendap ke bawah,” katanya kepada SelangorKini.
WAKTU SOLAT SELANGOR 29 Julai -5 Ogos 2016 24 Syawal -2 Zulkaedah 1437H
Gombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam
Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak
29 Jumaat 5.41 5:51 7.11 1:22 4:44 7:30 8:43 30 Sabtu 5.41 5:51 7.11 1:22 4:44 7:30 8:43 31 Ahad 5.41 5:51 7.11 1:22 4:44 7:30 8:43 01 Isnin 5.42 5:52 7.11 1:22 4:43 7:30 8:42 02 Selasa 5.42 5:52 7.11 1:22 4:43 7:29 8:42 03 Rabu 5.42 5:52 7.11 1:22 4:43 7:29 8:42 04 Khamis 5.42 5:52 7.11 1:22 4:42 7:29 8:41 05 Jumaat 5.42 5:52 7.11 1:22 4:42 7:29 8:41 Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat
Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak
katanya. Sementara itu, salah seorang peserta, Wan Muhammad Amirul Wan Yusmera, 23, berkata dirinya bertuah kerana terpilih dalam senarai pasangan yang diijab kabul itu. “Program ini jarang ditemui kerana kita tidak dibebankan perkara remeh
dan mengutamakan perkara wajib. “Kebanyakan pasangan tidak dapat meneruskan pernikahan kerana memerlukan kos tinggi untuk mengadakan majlis sedangkan program ini hanya memerlukan pasangan membayar RM1,500 sahaja dan kita sah menjadi suami isteri,” katanya.
29 Jumaat 5.43 5:53 7:14 1:24 4:46 7:32 8:45 30 Sabtu 5.43 5:53 7:14 1:24 4:46 7:32 8:45 31 Ahad 5.43 5:53 7:14 1:24 4:46 7:32 8:45 01 Isnin 5.44 5:54 7:14 1:24 4:45 7:32 8:44 02 Selasa 5.44 5:54 7:14 1:24 4:45 7:31 8:44 03 Rabu 5.44 5:54 7:14 1:24 4:45 7:31 8:44 04 Khamis 5.44 5:54 7:14 1:24 4:44 7:31 8:44 05 Jumaat 5.44 5:54 7:14 1:24 4:44 7:31 8:43
Kebajikan
22
SelangorKini 29 Julai - 5 Ogos 2016
Kisah viral sebenar
SHAH ALAM - Sebuah keluarga dari Sabah mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor (LZS) kerana tidak mampu membeli tiket pulang ke kampung selepas cuti beraya di semenanjung. Menurut laman Facebook LZS, tujuan asal seorang ibu bersama tiga anaknya datang ke semenanjung adalah untuk beraya bersama suami yang hanya tinggal di bilik sewa. “Si suami menjangkakan beliau mampu membelikan tiket balik untuk isteri dan anaknya selepas beraya bersama. “Namun, dikhabarkan gaji yang sepatutnya diperoleh RM900 hanya tinggal separuh kerana dipotong hutang tertentu menyebabkan tiket untuk balik ke Sabah tidak mampu d i b e l i ,” k a t a n y a dalam kenyataan. Berita itu diadu-
kannya kepada LZS di Kajang selepas pelbagai usaha dilakukan untuk mengumpul wang membeli tiket tidak berhasil. “Selepas kami melakukan siasatan, keluarga itu dibantu dan mereka selamat sampai ke Sabah berkat bantuan zakat di bawah Ibnu Sabil bersama sebuah NGO,” katanya.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
Makcik tinggal di pondok durian ada rumah
LZS bantu keluarga pulang ke kampung halaman
OLEH SYASYA SUFIAN
dan ahli jawatankuasa kampung serta surau, jiran tetangga dan penduduk kampung,” katanya dalam kenyataan. Saupi berkata, pihaknya sudah menghulurkan bantuan menaik taraf kediaman Azizah selain memanjangkan perkara itu kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS). "Tidak dinafikan rumahnya
ED
SHAH ALAM - Kisah 'viral makcik menumpang teduh di pondok usang kononnya dihalau anak adalah tidak sahih. Setiausaha JKKK Batu 17 Dusun Tua, Saupi Azran Muhamad Tamjis, berkata Azizah Othman tidak pernah berkahwin dan turut mempunyai kediaman sendiri ber-dekatan rumah adiknya. Bagaimanapun, wanita lanjut usia itu didakwa mengalami masalah mental dan menjadikan pondok jual durian milik penduduk kampung sebagai kediamannya. “Pengerusi JKKK Batu 17 sudahpun meminta Azizah kembali semula ke rumah, namun dia berdegil. “Diharap maklumat dan fakta tepat ini dapat mencerahkan beberapa kekeliruan timbul tanpa menyentuh sensitiviti pemimpin
agak usang, namun kisahnya itu mendapat perhatian Pengerusi JKKK dan bantuan sudah dihulurkan termasuk mendaftarkannya kepada LZS. “Bantuan menaik taraf kemudahan rumah, membeli perabot seperti almari dan membaiki paip air rumah juga sudah dilaksanakan JKKK Batu 17,” katanya.
Disambar petir kuat punca blok akademik KUIS terbakar SHAH ALAM - Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIS) mengesahkan berlaku kebakaran di Blok Akademik 1, pada petang 26 Julai lalu. Rektor KUIS, Prof Datuk Dr Ab Halim Tamuri ketika dihubungi SelangorKini berkata, kejadian berlaku sekitar jam 3.30 petang dan disedari Dekan Fakulti Akademik.
“Kejadian berpunca akibat disambar petir kuat. Hanya satu bilik iaitu bilik Timbalan Dekan Pusat Asasi di tingkat tiga rosak sementara bilik pensyarah lain selamat. “Bomba tiba lima minit selepas dihubungi,,” katanya sambil menambah tiada sebarang kecederaan jiwa berlaku.
Sukan SelangorKini 29 Julai - 5 Ogos 2016
OLEH HAFIZAN TAIB
Sukan Malaysia (SUKMA XVIII) Sarawak 2016
Kuasai acara renang, raih � emas emas acara akhir tiga meter papan anjal lelaki Sukan Malaysia (Sukma) 2016 di Pusat Akuatik Sarawak, pada 23 Julai lalu. Ia adalah satu daripada lima emas disasar pasukan renang Selangor dalam aksi akhir berlangsung di kompleks sukan berkenaan apabila Yi Wei menepati ramalan dengan menguasai acara itu sejak dari awal untuk pungutan mata 422.85. Menyertai Sukma buat kali kelima dan terakhir, beliau menjelaskan, ia adalah emas kelima buat dirinya dan ketiga dalam acara itu. Turut bertanding dalam acara 10m papan anjal lelaki, Yi Wei berkata, selepas menyertai Sukma, beliau akan terus menjalani
latihan secara berterusan bagi meningkatkan prestasi seterusnya melayakkan diri ke Olimpik 2020. “Saya berazam layak ke Olimpik Tokyo empat tahun lagi selepas gagal ke Olimpik Rio tahun ini,” katanya yang hanya menyertai kem Selangor dua hari sebelum kejohanan kerana menyertai latihan negara di China. Selangor jelas mempamerkan penguasaan pada hari kedua kejohanan menguasai pungutan pingat dalam renang dan akuatik dengan lapan emas, lapan perak dan tiga gangsa mengatasi Wilayah Persekutuan (tiga emas, lima perak, tiga gangsa) dan Johor (tiga emas, satu perak, dua gangsa).
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
KUCHING - Aksi cemerlang Selangor dalam acara renang Sukan Malaysia (Sukma) 2016 berterusan di Pusat Akuatik Sarawak apabila memenangi empat emas dan empat perak dari lapan acara akhir dipertandingkan. Penguasaan skuad Selangor terserlah dengan kilauan emas dalam dua acara, 200m kuak lentang lelaki dan wanita melalui Jordan Yap Zhu Ern serta Nadia Redza) diikuti 50m kuak kupu-kupu (Chan Jie dan Yap Siew Hui). Nadia unggul di depan mengatasi pencabar daripada rakan senegeri, Rosalind Pang, namun beliau berada di tempat kedua (pingat perak). Begitu juga Siew Hui dalam kuak kupu-kupu yang menewaskan rakan sepasukan, Kok Cher Ling Maryann yang terpaksa berpuas hati untuk pingat perak. Manakala dua pingat perak lagi daripada acara 200m medley individu lelaki (Jordan Yap Zhu Ern) dan 100m gaya bebas lelaki (Chan Jie). Sementara penerjun Selangor, Chew Yi Wei memenangi pingat
23
ED
Bagaikan pesta, satukan pelbagai rakyat
Tepati ramalan, tenis menang emas
KUCHING -Selangor menewaskan Negeri Sembilan 2–0 dalam perlawanan akhir lelaki berpasukan bagi merangkul pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) 2016, pada 25 Julai lalu. Menepati ramalan, pasukan lima pemain terdiri dari Ahmad Deedat Abdul Razak, Damien Rocky, Shamizul Shahril, Talhah Rahizam dan Sri Aakash Reddiyar tidak mengharungi laluan sukar mengatasi cabaran lawan dengan kemenangan dua perlawanan perseorangan tanpa balas. Kemenangan itu sudah memadai bagi Selangor muncul juara dengan perlawanan perseorangan ketiga tidak perlu diteruskan. “Kita menjadi pilihan utama untuk muncul juara,” kata Damien
yang gembira kerana berjaya dengan sasaran ditetapkan. Persiapan rapi dan kerjasama berpasukan diikuti persembahan bergaya di gelanggang membuahkan kejayan seperti diimpikan mereka dan pengurus-an pasukan. “Kita teruja kerana sudah berlatih gigih dengan membuat persiapan rapi untuk kemenangan ini. “Pasukan memang meletakkan sasaran menang emas kerana semua bekerja keras menjalani latihan,” kata Ahmad Deedat pula. Pasukan tenis lelaki dan wanita Selangor turun dalam perlawanan seterusnya dalam aksi perseorangan, beregu dan beregu campuran.
PETRA JAYA - Sukan Malaysia Ke-18 (Sukma XVIII) Sarawak 2016 membuka tirainya dengan majlis perasmian penuh gemilang dan warna-warni di Stadium Sarawak, di sini, pada 23 Julai lalu. Walaupun hujan lewat petang berlarutan ke tengah malam, ia bukan penghalang untuk lebih 3,000 orang ramai hadir ke stadium menyaksikan temasya dwi-tahunan yang disertai 5,670 atlet membabitkan 25 jenis sukan dipertandingkan. Majlis disempurnakan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud itu diwarnai pertunjukan bunga api dan permulaan perbarisan lintas hormat kontijen bertemakan
'Perpaduan dalam Kepelbagaian'. Rakyat Sarawak nyata berpuas hati dengan sambutan terhadap sukan itu dan berbangga kerana terpilih selaku tuan rumah buat kali kedua. Seorang pelajar dikenali Nazril yang bertugas secara sambilan pada kejohanan itu memaklumkan keadaan bagaikan pesta menghadirkan kelainan dan ia membuktikan penyatuan rakyat Sarawak bagi menjayakannya. “Malam ini istimewa bagi kita semua bila perasmian berjalan lancar walaupun hujan membasahi bumi Sarawak. “Kehadiran ramai atlet termasuk pelancong ketika ini
menggembirakan dan ia diharap berterusan dengan Sarawak terpilih lagi untuk acara lain, pada masa akan datang,” katanya. Selaku tuan rumah temasya edisi ke-18, Sarawak menghantar kontinjen terbesar dengan 544 atlet diikuti Selangor (507), Perak (498), Terengganu (485), Wilayah Persekutuan (478), Sabah (431), Pahang (412), Johor (408), Pulau Pinang (380), Kedah (358), Negeri Sembilan (330), Melaka (307), Perlis (253), Kelantan (220) dan Brunei selaku pasukan jemputan menghantar 59 atlet. Kali terakhir kejohanan Sukma diadakan di Sarawak, pada tahun 1990.
Sukma Sarawak
Kuasai acara renang, raih 4 emas
23
Liga Super 2016
Kedudukan Setakat 25 Julai P M S K J B Mt
1 JDT
14 11 3 0 36 9 36
2 Felda United
14 11 1 2 32 13 34
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
Red Giants optimis kejar kelompok teratas
KEDUDUKAN LIGA SUPER
OLEH AFIX REDZUAN
GEORGETOWN - Selangor masih berpeluang mengejar dua pasukan di kelompok teratas walaupun terpaksa melepaskan dua mata selepas mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Pulau Pinang dalam aksi Liga Super, pada 23 Julai lalu. Jurulatih Selangor, Zainal Abidin Has-
san, berkata pasukannya optimis memberi saingan hingga ke perlawanan terakhir liga bagi merebut slot kelompok teratas. Walaupun kecewa pemain gagal memanfaatkan peluang mencipta jaringan untuk kemenangan,
Zainal memuji corak pemainan Red Giants semakin baik dan tersusun. “Kita membuka banyak ruang untuk menjaringkan gol tetapi dihampakan dengan jaringan (seri). “Kita akui jurang sedikit jauh tetapi apaapa boleh terjadi. Kita teruskan dengan misi mengutip mata, biarlah saat akhir
3 Selangor
14 7 5 2 24 17 26
4 Kedah
14 4 7 3 15 20 19
5 Kelantan
14 4 5 5 25 23 17
6 T-Team
14 4 4 6 21 21 16
7 Terengganu
14 5 1 8 16 29 16
8 Perak
14 3
9 PDRM
14 3 5 6 14 20 14
10 Pahang
14 3
11 Sarawak
14 3 3 8 20 28 12
12 Pulau Pinang
14 2 5 7 21 25 11
5 6 18 22 14
4 7 17 32 13
yang menentukan,” katanya. Beliau berkata demikian kepada media sejurus tamat perlawanan selepas terikat 1-1 menentang Pulau Pinang di Stadium Bandaraya. Katanya, kepantasan pasukan memperkemas corak permainan selepas ketinggalan pada minit ke-26 menjadi kunci utama kebangkitan Selangor untuk kembali menguasai permainan. Menyentuh soal perkembangan pemain import Andik Vermansyah, Zainal Abidin menjangkakan beliau akan kembali bersama pasukan dua minggu lagi. Keputusan seri itu menyaksikan Selangor kekal ditangga ketiga dengan 26 mata di belakang pendahulu liga Johor Darul Takzim (JDT) dan Felda United.
ED
SUKMA ����: Selangor di landasan tepat capai sasaran PUNGUTAN PINGAT SUKMA XVIII SARAWAK 2016 Setakat 26 Julai
Kontinjen Jumlah E P G
Sarawak 32 19 29 80 Selangor 25 39 30 94 Terengganu 22 17 24 63 W.Persekutuan 21 24 21 66 P. Pinang 16 6 13 35 Sabah 11 18 13 42 Johor 8 11 13 32 Melaka 7 11 14 32 N.Sembilan 7 4 16 27 Pahang 6 9 10 25 Kelantan 6 4 4 14 Kedah 6 1 10 17 Perak 5 6 12 23 Perlis 3 3 10 16 Brunei 0 1 3 4
KUCHING - Sasaran 48 pingat emas ditetapkan kontinjen Selangor pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2016 mampu dicapai, malahan mungkin lebih baik daripada itu. Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata pencapaian Selangor setakat ini berpeluang besar bagi menepati matlamat berkenaan. “Setakat ini, kita masih pada landasan betul, malahan kita ada sasaran tambahan iaitu 55 pingat emas. “Walaupun agak terganggu tetapi saya percaya jika kita dapat menambah semangat dan keyakinan kepada atlet, keputusan luar biasa mampu dicatat,” katanya kepada SelangorKini, pada 25 Julai lalu. Walaupun ketinggalan berbanding tuan rumah, Sarawak namun Amirudin yakin Selangor mampu ke puncak carta dengan memenangi beberapa acara lagi. Beliau menambah, keputusan dicatat setakat ini memperlihatkan at-
let Selangor merangkul jumlah pingat perak terbesar melebihi 30 mengatasi kontinjen negeri lain. “Kita gagal menukar warna emas dalam banyak acara dan mungkin perlu dilihat kembali berkaitan faktornya. “Namun, ia memberi nafas lega kerana kebanyakan yang memenangi perak ini ialah peserta muda dan ma-
sih boleh bertanding pada Sukma akan datang,” katanya. Berhubung pencapaian atlet, beliau berkata, Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) akan menilai sama ada mencapai sasaran atau gagal daripada segi pengurusan, kejurulatihan atau terdapat faktor lain berkaitan selepas kejohanan berakhir.
Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan Dicetak oleh Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd Lot 6, Jln Tukang 16/4, Sek. 16, 40000, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Tel : 03-5519 6373 Fax : 03-5512 7985