MAJLIS PELANCARAN PERTANDINGAN FOTOGRAFI ICAKL 2017 14 JUN 2017 (RABU) 10.00 PAGI DEWAN DATO’ MOHD ALI BAHARUM, ANGKASA _____________________________________________ Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia. Yang Berbahagia Tuan Haji Mutadho Bahri Timbalan Presiden ANGKASA Naib-naib Presiden ANGKASA Yang Berbahagia Datuk Haji Mohamad Ali Hasan Yang Berbahagia Dato’ Haji Kamarudin Ismail Yang Berbahagia Dato’ Haji Aliasak Hj. Ambia
1
Yang Berbahagia Tuan Haji Mohamad Azmi Omaruddin Yang Berbahagia Encik Mohd Fadzil Ab Ghani Pengerusi Koperasi NSTP (Malaysia Berhad) Yang Berusaha Tuan Haji Nasir Khan Yahaya Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA Yang Berusaha Tuan Haji Borhan Mat Aris Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA Yang Berusaha Puan Rodziah Jama'ah Pengurus Kanan Koperasi NSTP (Malaysia Berhad) Yang Berusaha Puan Encik Ridzwan Ahmad Pengurus Koperasi NSTP (Malaysia Berhad) Yang Berbahagia Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian. 2
Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat ALLAH S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, dapat kita bersama-sama meraikan perasmian Pertandingan FOTOGRAFI ICAKL 2017 ANJURAN ANGKASA DAN KOPERASI NSTP (MALAYSIA BERHAD) yang julung-julung kalinya diadakan, menggabungkan ANGKASA dan Koperasi NSTP (Malaysia Berhad). Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA bersama-sama Koperasi NSTP kerana berjaya merialisasikan pertandingan ini. Saya pasti, tanpa usaha, komitmen, pengorbanan masa dan tenaga daripada mereka ini, pertandingan ini tidak mampu diadakan. Untuk makluman pertandingan Fotografi ICAKL 2017 ini dianjurkan sempena mempromosi ANGKASA sebagai tuan rumah bagi penganjuran PROGRAM ICA GLOBAL CONFERENCE & GENERAL ASSEMBLY 2017 yang akan berlangsung di Malaysia. Di mana ICA ini merupakan sebuah badan bebas apeks global yang menyatukan serta mewakili koperasi-koperasi dari seluruh dunia. Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekelian, 3
Koperasi: Memartabatkan Masyarakat Dalam Arus Pembangunan atau Co-operatives: Putting People at the Centre of Development merupakan tema yang dipilih untuk pertandingan ini, bersesuaian dengan peranan koperasi yang unik, kerana koperasi telah berjaya menggabungkan kejayaan ekonomi dengan tadbir urus demokratik dan prihatin terhadap masyarakat. Secara tidak langsung menjadikan koperasi sebagai pelaku sosial dan ekonomi yang ketara. Pertandingan akan berlangsung pada 14 Jun 2017 – 22 Julai 2017, terbuka kepada semua warganegara Malaysia, permaustatin tetap dan kerakyatan negara-negara lain. Foto MESTI dimuatnaik ke laman facebook ‘FOTOGRAFI ICAKL 2017’. Setiap penyertaan akan dihakimi oleh panel juri profesional bebas yang dilantik oleh pihak penganjur. Semua foto penyertaan akan dinilai berdasarkan keaslian, konsep, idea yang menepati tema, komposisi, estetika (nilai seni), dan memaparkan keunikan serta memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. 4
Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian, Sebelum saya mengundur diri, marilah kita bersama-sama berdoa agar Pertandingan Fotografi ICAKL 2017 akan berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat yang telah kita tetapkan. Sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Pengerusi dan semua Ahli Jawatankuasa yang terlibat di atas kejayaan menganjurkan pertandingan yang sudah pasti akan banyak memberi manfaat kepada kita semua terutama sekali kepada pembangunan koperasi. Akhir kata, dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, saya dengan sukacitanya MERASMIKAN PERTANDINGAN FOTOGRAFI ICAKL 2017 ANJURAN ANGKASA DAN KOPERASI NSTP (MALAYSIA BERHAD). Saya sudahi ucapan ini dengan Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
5