TEKS UCAPAN DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS MENANDATANGANI MOU JALINAN KERJASAMA ANGKASA DAN
1
XIDDIG CELLULAR COMUNICATION SDN BHD 19 JULAI 2017, AUDITORIUM ANGKASA, KELANA JAYA ____________________________________ Bismillahhirrahmanirrahim 2
Assalamualaikum Wabarakatuh
Warahmatullahi
Terima Kasih Kepada Pengacara Majlis Salam Sejahtera 3
Salam 1 Malaysia Salam 1 Koperasi His Excellency Mr. Khalid S. Halawani, Kaunselor Komersial, Kedutaan Diraja Arab Saudi, Kuala Lumpur 4
YBhg. Dato’ Hj. Abdul Fattah Hj. Abdullah, Presiden ANGKASA YBhg. Dato’ Sri Hj. Abdul Rashid Hj. Abdul Abdul Rahim, Pengerusi Eksekutif XiddiG Cellular Communications Sdn Bhd 5
YBrs. Tuan Hj. Mutadho Bahri, Timbalan Presiden ANGKASA YBhg. Naib-Naib Presiden ANGKASA • Datuk Mohamad Ali bin Hasan • Dato’ Hj. Kamaruddin Ismail • Dato’ Aliasak Hj Ambia • Tn Hj. Mohamad Azmi Omaruddin 6
YBrs. Tn Hj. Nasir Khan Yahaya, Ketua Pegawai Eksekutif ANGKASA Pegawai-Pegawai Kanan ANGKASA dan XiddiG, Datuk-Datuk dan DatinDatin, Dif-dif Jemputan, Wakil-Wakil Koperasi, Tuan-Tuan dan Puan-Puan, 7
Para Hadirin, Hadirat dan Wakil-Wakil Media yang saya hormati sekalian. ____________________________________ 1. ALHAMDULILLAH… kita amat bertuah dapat hadir ke majlis yang amat bermakna pada hari ini 8
dengan segala berkat dan limpah kurnia Allah S.W.T. 2. Dalam kesempatan ini, saya mengalu-alukan kehadiran Mr. Khalid S. Halawani, Kaunselor Komersial, Kedutaan Diraja Arab 9
Saudi, Kuala Lumpur ke ANGKASA. Welcome to ANGKASA! 3. Majlis Menandatangani MOU Jalinan Kerjasama Antara ANGKASA dengan XiddiG Cellular Comunications Sdn Bhd bagi 10
Mempertingkatkan Pembangunan Gerbang Internet Antarabangsa Malaysia (Enhanced Malaysia International Internet Gateway - EM- IIG). Ini merupakan satu tanda kejayaan baru terhadap pencapaian ANGKASA 11
dalam mencipta satu lagi sejarah baru dalam pembangunan industri telekomunikasi tempatan berkelajuan tinggi untuk dimanfaatkan sektor koperasi.
12
4. Jelas sekali, kejayaan pihak ANGKASA dengan usahasama dari syarikat XiddiG Cellular Comunications Sdn Bhd untuk mewujudkan Penyelesaian terbaik kepada semua pengguna internet berkelajuan tinggi di seluruh 13
Malaysia yang penting untuk kemakmuran ekonomi dan sosial masa depan Malaysia. Ini penting untuk menyampaikan penyelesaian jalur lebar Berkelajuan Tinggi yang paling sesuai untuk semua pengguna, 14
memaksimumkan faedah dengan cara yang kos efektif merentasi perniagaan dan masyarakat dalam negara khususnya KOPERASI dan ahli-ahli koperasi seluruh Malaysia menggunakan infrastruktur dan teknologi yang 15
akan disediakan oleh XiddiG Cellular Communication Sdn Bhd melalui projek Enhanced Malaysia International Gateway merupakan sesuatu yang amat membanggakan yang akan meningkatkan keupayaan 16
telekomunikasi dan bandwith internet di seluruh negara. 5. Projek ini mempunyai sokongan dan kelulusan yang amat menggalakkan daripada Kerajaan Persekutuan dan Menteri 17
Multimedia dan Komunikasi YB Senator Datuk Seri Panglima Dr Mohd. Salleh Bin Tun Said Keruak untuk seluruh Malaysia dan penting bukan sahaja untuk pertumbuhan ekonomi masa depan, tetapi juga untuk 18
memastikan perniagaan domestik dan antarabangsa sedia ada kekal kompetitif sekali gus mengurangkan kebergantungan semata-mata kepada penyedia tunggal iaitu Telekom Malaysia.
19
6. Tuan-tuan dan puan-puan serta para hadirin yang dihormati sekalian, saya difahamkan di antara manfaat utama projek ini kepada pihak koperasi dan ahliahli koperasi adalah seperti berikut :20
a. 8 juta ahli koperasi berpeluang menjadi pengguna dalam perniagaan ini melalui peluangpeluang baru yang bakal diwujudkan melalui projek ini.
21
b. 1.7 juta ahli yang ada potongan ANGKASA telah dikenalpasti oleh pihak Xiddig yang berpeluang untuk melabur dalam kerjasama ini melalui projek EM-IIG yang dijangka membina 3 pengkalan data bertaraf Tier-4 yang pertama di rantau ini di 22
atas tapak seluas 23 ekar di Bintulu, Sarawak, Kota Belud, Sabah, Batu Kawan, Pulau Pinang. c. Xiddig telah mengenalpasti nilai potensi pelaburan sebanyak 5 billion
23
yang boleh dimanfaatkan oleh sektor koperasi dalam projek ini. 7. Dengan Bandwidth Berkelajuan Tinggi di seluruh Malaysia yang akan memberikan sumbangan terbesar
24
meningkatkan pertumbuhan ekonomi melalui; • Mempercepatkan pertumbuhan GVA dalam ekonomi tempatan Perniagaan yang menjangkau pelanggan dengan cara yang baru 25
dan inovatif, meningkatkan khidmat pelanggan, memperkemas amalan operasi dan mencapai produktiviti yang lebih besar. • Menyokong perniagaan kecil luar bandar, menggunakan sebahagian 26
besar tenaga kerja tetapi mengalami perkhidmatan internet lambat kerana lokasi luar bandar mereka. • Menyokong pengekalan dan pertumbuhan perniagaan kecil, terutamanya dalam industri yang 27
intensif dan intensif.
pengetahuan
yang
• Mengekalkan dan meningkatkan pekerjaan dengan meningkatkan dan memodenkan tahap kemahiran dan pencapaian. 28
• Memecah kitaran 'upah rendah / kemahiran rendah / produktiviti yang lebih rendah' 8. Saya menyeru koperasi untuk meneliti potensi yang bakal dimanfaatkan melalui 29
projek ini. Dalam hal membangun perniagaan koperasi, ANGKASA bertanggungjawab meransang perniagaan koperasi melalui jalinanan kerjasama sama ada dengan syarikat swasta atau 30
koperasi yang berpotensi memberi impak yang besar kepada perolehan koperasi. Namun saya ingin menegaskan, dalam meneliti setiap projek menjadi tanggungjawab koperasi 31
untuk menilainya sebaik mungkin bergantung kepada kemampuan koperasi. 9. Saya mengharapkan kerjasama ini akan membuahkan hasil yang 32
membanggakan untuk koperasi dan ahli-ahli koperasi menceburi sektor telekomunikasi yang merupakan industri yang paling berpotensi dan berjaya pada hari ini.
33
10. Akhir kata saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak XiddiG yang menaruh kepercayaan tinggi kepada ANGKASA dan gerakan koperasi dalam menjalin kerjasama ini. Terima 34
kasih juga kepada wakil-wakil koperasi yang dapat hadir pada majlis ini. Sekian, Wabillah Hataufik WalhidayahAssalamu’alaikum warahmatullah Hiwabarakatuh. 35