Teks Ucapan Perasmian YBhg. Dato’ Haji Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA Seminar Penentu Halatuju Koperasi Sekolah Negeri Terengganu 1
19 Mac 2017 Bukit Gambang Resort City, Pahang Bismillahhirrahmanirrahim.
2
Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Koperasi. Terima kasih Pengara Majlis. Yang Berbahagia Tuan Haji Mohamed Jais Hassan, Pengerusi 3
Perhubungan ANGKASA Negeri Terengganu Yang Dihormati Puan Wan Fazida Wan Awang, Penolong Pengarah Kanan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Kemaman
4
Yang Dihormati………………………………, wakil Jabatan Pendidikan Terengganu Tuan-tuan dan Puan-puan Pengetua negeri Terengganu, guru-
5
guru seterusnya hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian. Syukur Alhamdulillah kepada ALLAH S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-NYA dapat kita bersama-sama menghadiri Seminar 6
Penentu Halatuju Koperasi Sekolah Negeri Terengganu ini. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Perhubungan ANGKASA Negeri Terengganu yang telah 7
menjalinkan kerjasama dengan Bahagian Pembangunan Kepimpinan dan Modal Insan Koperasi, ANGKASA dalam menganjurkan program ini yang dihadiri oleh barisan Pengetua Sekolah negeri Terengganu. Saya 8
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi hadir untuk bersama-sama menjayakan seminar ini. Seminar ini, satu usaha ANGKASA untuk percambahan minda dan 9
perkongsian ilmu tentang halatuju dan perkembangan gerakan koperasi sekolah di Negara ini. Hadirin yang dihormati sekalian,
10
Mengikut Statistik Koperasi Sekolah Negeri Terengganu bagi tahun berakhir 30 Jun 2016, bilangan Koperasi Sekolah adalah sebanyak 155 buah dengan jumlah anggotanya seramai 105,560 orang. Jumlah keseluruhan syer dan 11
yuran adalah RM1,560,188 dan nilai asetnya sebanyak RM18,766,825. Jumlah perolehan pula sebanyak RM18,914,448. Dengan angkaangka yang dinyatakan ini, jelas menunjukkan bahawa Koperasi Sekolah di Terengganu mampu 12
menjana perolehan yang agak tinggi dan mengumpul asset yang banyak. Koperasi sekolah pelengkap kepada koperasi dewasa dalam menjayakan Dasar Koperasi Negara untuk sektor
13
koperasi menyumbang RM50 bilion menjelang 2020. Hadirin yang dihormati sekalian, Kemajuan sesebuah koperasi sekolah dipengaruhi banyak faktor. 14
Antaranya pemilihan guru penasihat koperasi iaitu guru-guru yang dilantik haruslah mempunyai kelayakan, minat dan sikap yang positif terhadap koperasi sekolah. Guru tersebut juga perlu mempunyai ilmu dan asas yang 15
kukuh dalam bidang perniagaan manakala guru yang dilantik sebagai Bendahari harus faham dan jelas dengan Penyata Kewangan.
16
Selain itu, Pengetua juga perlu memainkan peranan yang proaktif dalam memastikan guru penasihat koperasi menjalankan tugas mereka berlandaskan kepada Akta dan Undang-Undang Kecil supaya tujuan penubuhan koperasi sekolah 17
tidak lari dari matlamat asalnya iaitu menjaga kebajikan anggota dan bukannya bermotifkan kepada keuntungan semata-mata. Matlamat koperasi sekolah adalah untuk melatih pelajar-pelajar dalam bidang keusahawanan. 18
Sumbangan koperasi kepada sekolah juga adalah faktor yang membawa kepada kemajuan sesenuah koperasi sekolah. Koperasi sekolah dapat memberi impak yang besar kepada pelajar19
pelajar kerana dengan adanya koperasi, pelajar-pelajar dapat membeli barang-barang dengan harga yang murah da nada sesetengah koperasi sekolah mampu meletakkan harga yang lebih rendah dari kedai di luar. 20
Hadirin yang dihormati sekalian, Koperasi sekolah kini telah melangkah ke satu lagi bisnes iaitu Kiosk. Sehingga hari ini, terdapat 19 buah koperasi sekolah telahpun 21
menjalankan perniagaan Kiosk di perkarangan sekolah masingmasing manalaka 9 buah koperasi sekolah lagi dalam proses mewujudkan Kiosk. Kop. SMK (P) Pasir Mas Bhd, Kelantan mempunyai 10 unit kiosk diikuti Kop. SMK Kota 22
Bhd, Kelantan mempunyai 5 unit kiosk. Dengan adanya kiosk ini, perolehan bulanan yang diperolehi koperasi sekolah ini dapat ditingkatkan di samping memberi kemudahan dan manfaat kepada pelajar dan guru untuk membeli 23
barangan keperluan. Oleh itu, saya sangat menyokong koperasikoperasi sekolah di Terengganu untuk bersama-sama mewujudkan kiosk di sekolah masing-masing.
24
Keuntungan yang diperolehi oleh koperasi sekolah perlu dipulangkan kepada anggotanya melalui agihan dividen, rebet dan sebagainya. Sesetengah koperasi sekolah banyak membantu dalam menangani prasarana sekolah. 25
Contohnya membeli buku rujukan yang terbaru untuk diletakkan di perpustakaan sekolah untuk manfaat pelajar, membeli tambahan meja dan kerusi di kantin, membina garaj kenderaan guru, dewan dan sebagainya. 26
Guru penasihat koperasi sekolah juga perlu diberi ruang dan peluang untuk menghadiri kursus atau seminar tentang pendidikan dan pengurusan koperasisekolah bagi memastikan tadbir urus koperasi 27
dapat dilaksanakan dengan baik dan efektif di samping berkongsi idea dan pengalaman bersama koperas-koperasi sekolah yang lain. Selain itu, lawatan penanda aras ke koperasi sekolah yang berjaya juga penting bagi mendapat ilmu dan 28
idea berkaitan pengurusan dan perniagaan yang diceburi yang boleh mendatangkan keuntungan kepada koperasi sekolah. Selain itu, penglibatan pelajar dalam pengurusan koperasi juga 29
perlu diperluaskan supaya pelajarpelajar mendapat pengalaman menguruskan perniagaan. Dengan penglibatan pelajar-pelajar, maka ciri-ciri keusahawanan dapat diterapkan kepada pelajar. Jatidiri yang kental juga dapat 30
mempengaruhi kejayaan sesebuah koperasi keran ajati diri dapat mendidik manusia bersikap amanah, jujur, sadik dan bertanggungjawab.
31
Harapan saya agar semua koperasi sekolah dapat berjalan dengan jayanya dan dapat terus memberi banyak faedah dan kemudahan kepada anggotanya dan sekolah. Dengan kerjasama semua pihak, saya yakin ia akan memberi impak 32
yang positif terhadap kemajuan sesebuah koperasi demi manfaat bersama. Akhir kata, saya berharap koperasi sekolah akan terus sukses dan dapat terus menyumbang dengan berkesan kepada ekonomi negara 33
dan mampu bergerak seiring dengan koperas-koperasi dewasa yang berjaya. Saya dengan lafaz Bismillahhirrahmanirahhim, merasmikan Seminar Penentu
34
Halatuju Koperasi Sekolah Negeri Terengganu ini. Wabillah Hitaufiq Wassalamualaikum. Sekian terima kasih. 35
Walhidayah