TEKS UCAP UTAMA YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA BERSEMPENA MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN BERSAMA ANTARA ANGKASA, 1
RAM CREDIT INFORMATION SDN BHD & CTOS DATA SYSTEMS SDN BHD (SISTEM PELAPORAN KREDIT ANGKASA & RAMCI – SPeKAR) 30 MEI 2017 (SELASA), DEWAN DATO’ ALI BAHARUM A, ANGKASA 2
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera Bersyukur ke hadrat Allah swt, kerana dengan rahmatNya, Majlis Menandatangani Perjanjian Bersama Antara ANGKASA, RAM Credit Information Sdn Bhd dan CTOS Data Systems Sdn Bhd dapat 3
dilaksanakan pada petang ini. Semoga majlis pada petang ini akan terpahat menjadi kronologi bersejarah bagi ketiga-tiga belah pihak dalam merintis perhubungan yang lebih erat di masa-masa akan datang. YBhg Tan Sri, Dato’, Datin, tuan-tuan dan puan-puan, 4
Seperti yang kita semua sedia maklum, Majlis Menandantangi Perjanjian Kerjasama antara tiga (3) pihak pada hari ini adalah bagi menyalurkan data potongan gaji Biro ANGKASA yang dimiliki oleh ANGKASA melalui Sistem Pelaporan Kredit ANGKASA & RAMCI (SPeKAR) kepada CTOS Data Systems Sdn 5
Bhd. Saya difahamkan penyaluran data ini akan dibuat melalui konsep ‘B2B’. Untuk makluman semua, ANGKASA melalui Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) menguruskan rekod potongan gaji yang berjumlah 3,223,109 data dengan mewakili 1,329,243 anggota. 6
Rekod data potongan gaji yang bernilai ini, sebelum ini hanya boleh dicapai oleh pengguna Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA). Pada tahun 2012 ANGKASA mengambil inisiatif memperluaskan aksess pengguna kepada maklumat potongan gaji Biro 7
ANGKASA dengan berkerjasama dengan RAM Credit Information Sdn Bhd dengan berkongsi data yang dimiliki oleh kedua-dua pihak seteruskan melahirkan Sistem Pelaporan Kredit ANGKASA & RAMCI (SPeKAR). SPeKAR merupakan inovasi dalam sistem pelaporan maklumat kredit kepada semua koperasi dan institusi 8
kewangan selaras dengan Garis Panduan 7A oleh SKM dan Langkah-Langkah Kestabilan Kewangan Menurut Seksyen 31 Akta Bank Negara 2009. SPeKAR merupakan sistem carian maklumat kredit individu yang menggabungkan data potongan 9
gaji yang diuruskan oleh ANGKASA dan lain-lain maklumat kredit yang bernilai yang diuruskan oleh RAM Credit Information Sdn Bhd. SPeKAR juga satu-satunya sistem pencarian kredit yang lengkap yang ada di Malaysia. Sehingga sekarang, SPeKAR telah memasuki usia 5 tahun dan kini 10
mempunyai hampir 200 organisasi pelanggan yang terdiri dari koperasi dan bukan koperasi. YBhg Tan Sri, Dato’, Datin, tuan-tuan dan puan-puan, Berbalik kerjasama
kepada yang 11
perjanjian akan
ditandatangani pada petang ini, kerjasama ini merupakan kerjasama yang kali julung kali dibuat melibatkan dua (2) Agensi Pelaporan Kredit yang berdaftar. ANGKASA mengambil inisiatif dengan memperluaskan aksess potongan gaji Biro ANGKASA kepada institusi yang memerlukan data potongan gaji Biro ANGKASA 12
melalui Sistem SPeKAR tanpa mengenepikan perjanjian bersama yang telah dibuat sebelum ini dengan RAM Credit Information Sdn Bhd. Setelah termeterai perjanjian kerjasama ini nanti, maklumat potongan gaji Biro ANGKASA bukan 13
hanya boleh dicapai melalui Sistem SPeKAR dan Sistem RAM Credit Information sahaja malah juga boleh dicapai oleh pelangganpelanggan CTOS Data Systems Sdn bhd. YBhg. Tan Sri, Dato’, Datin, tuantuan dan puan-puan, 14
Baru-baru ini terdapat isu mengenai arahan oleh kerajaan mengenai perlaksanaan sekatan bayaran potongan gaji penjawat awam sehingga maksima 60 peratus daripada jumlah potongan gaji kasar. Perlaksanaan kaedah terbaru ini akan mewujudkan keadaan pinjaman yang tidak 15
berbayar dalam penjawat awam.
kalangan
Memandangkan ANGKASA mempunyai maklumat potongan gaji yang menyeluruh dan data yang lengkap, ANGKASA akan menjadikan SPeKAR sebagai pusat semakan pengiraan kelayakan potongan gaji 60 peratus dan 16
seterusnya mengeluarkan sijil kelayakan potongan kepada semua penjawat awam. YBhg Tan Sri, Dato’, Datin, tuan-tuan dan puan-puan, Saya juga berharap hasil dari perjanjian kerjasama di antara 17
SPeKAR dan CTOS Data Systems Sdn Bhd ini akan merintis kepada perjanjian kerjasama dengan Agensi-Agensi Pelaporan Kredit yang lain seperti Credit Bureau Malaysia Sdn Bhd (CBM) dan FIS Data Reference Sdn Bhd. Saya percaya di dalam jangka masa yang panjang, pihak ANGKASA akan melebarkan sayap perjanjian 18
kerjasama seumpama ini tanpa merugikan mana-mana pihak tetapi di dalam kondisi ‘win-win situation’. Saya ingin menggunakan kesempatan ini juga untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih khususnya kepada 19
semua yang telah berkerja, walaupun mengambil tempoh yang lebih panjang dari kebiasaan kearah memtrai perjanjian kerjasama pada petang ini. Sebelum mengakhiri ucapan saya pada petang ini, saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak RAM Credit 20
Information Sdn Bhd dan CTOS Data Systems Sdn Bhd yang memberikan penuh komitmen dan dinamik di atas kesudian menjalinkan perjanjian kerjasama ini. Sebagai pengakhir kata, saya amat berharap yang perjanjian kerjasama ini akan merancakkan 21
bidang-bidang kerjasama yang sedia ada di antara tiga organisasi di samping menjana bidang kerjasama yang baru yang membrikan impak dan manfaat kepada semua Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wasalamualaikum warahmatullaji wabarakatuh. 22