PEMBENTANGAN KERTAS YBHG. TAN SRI ABU BAKAR BIN HAJI ABDULLAH KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
DI KONGRES BAHASA DAN PERSURATAN MELAYU KE-VIII SEMPENA BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2011 “BAHASA MELAYU DALAM PERKHIDMATAN AWAM”
29 OKTOBER 2011 (SABTU) BALAI BUDAYA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA KUALA LUMPUR
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Saudara dan saudari Pengacara Majlis
i.
YANG BERBAHAGIA PROFESOR DATO’ DR. MAT SALLEH YAAPAR, Pensyarah Universiti Sains Malaysia merangkap Pemangku Pengerusi Lembaga Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
ii.
YANG BERBAHAGIA DATO' HAJI TERMUZI BIN HAJI ABDUL AZIZ, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.
iii.
YANG BERBAHAGIA PROFESOR DR AWANG SARIYAN Mantan Penyandang Kursi Pengajian Melayu Malaysia-China Kementerian Pengajian Tinggi merangkap
2
Penasihat Persatuan Linguistik Malaysia
iv.
YANG BERBAHAGIA PROFESOR DATUK WIRA DR. ABDUL LATIFF ABU BAKAR Ketua Dua GAPENA merangkap Pengerusi Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kelapan
v.
Dif-dif Kehormat
vi.
YBhg. Tan Sri-Tan Sri, Datuk-Datuk, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.
3
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurnia Nya, dapat kita bersama-sama hadir dan mengambil bahagian dalam Kongres Bahasa Dan Persuratan Melayu Ke-Lapan pada hari ini. Terutamanya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan untuk membentangkan kertas bertajuk “Bahasa Melayu Dalam Perkhidmatan Awam”.
PENGENALAN
4
Tuan-tuan dan puan-puan,
Apa tanda Melayu jati? Adat dan syariat dipegang mati Apa tanda Melayu beradat? Budaya dan bahasa dipegang erat
1.
Ungkapan
berkenaan
menunjukkan
kaitan
erat
antara bahasa dan adat Melayu. Tidak dapat dinafikan peranan bahasa cukup penting dalam pembangunan sebuah negara bangsa. Sejarah membuktikan bahawa Bahasa Melayu telah muncul sebagai bahasa yang berwibawa dan diterima umum di Kepulauan Melayu berbanding dengan ratusan bahasa Nusantara yang bercabang daripada bahasa Austronesia. Bahasa Melayu digemari penuturnya pada ketika itu kerana 5
“Bahasanya Tetap, Maknanya Bertambah dan Bahasanya Sama, Maknanya Berbunga”.
2.
Justeru, Bahasa Melayu telah digunakan sebagai
Lingua Franca atau bahasa perantaraan di Gugusan Kepulauan Melayu sejak berabad lamanya. Menurut catatan sarjana, Bahasa Melayu telah dikenali oleh orang Cina sebagai Bahasa Kun Lun dan oleh orang India sebagai bahasa Dwipantara sejak abad pertama Masihi lagi. Malah pada abad keempat, Bahasa Melayu sudah digunakan
sebagai
bahasa
catatan
sejarah
sebuah
kerajaan Melayu di Indocina sepertimana tertera pada batu bersurat Dong Yen Cau yang ditemui berdekatan Teluk
Tourane
di
Campa,
kini
dikenali
sebagai
Vietnam.
3.
Bukti-bukti sejarah menunjukkan bahawa Bahasa
Melayu telah digunakan sebagai bahasa kebangsaan oleh kerajaan Melayu di Sumatera pada awal abad ke-7. Pada ketika itu, kerajaan Srivijaya sedang berkembang dan menjadi sebuah empayar yang pertama dan terbesar di Kepulauan
Melayu.
Justeru,
Bahasa
Melayu
telah
tersebar luas di seluruh Asia Tenggara sebagai bahasa
6
rasmi pemerintah, bahasa perhubungan antarabangsa, bahasa perdagangan dan juga bahasa ilmu pengetahuan.
4.
Kedudukan Bahasa Melayu di Semenanjung Tanah
Melayu terus terserlah apabila Melaka muncul sebagai pelabuhan
pedagangan
di
bawah
pemerintahan
Parameswara sekitar tahun 1405. Urusan-urusan rasmi kerajaan pada masa tersebut telah menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan utama.
Antara
faktor yang mengangkat Bahasa Melayu sebagai bahasa Lingua Franca di kepulauan Melayu adalah kerana bahasa ini mudah dipelajari, bersifat sederhana dan tidak terikat kepada susun lapis masyarakat. Justeru, Bahasa Melayu mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding bahasa-bahasa lain pada ketika itu.
5.
Apabila
keseluruhan
Parameswara
memeluk
masyarakat
Kepulauan
Islam, Melayu
hampir telah
menerima pendedahan dan didatangi risalah Islam. Keadaan ini telah menimbulkan fasa baharu dalam penggunaan Bahasa Melayu di mana, sistem tulisan Jawi telah dihasilkan melalui pengubahsuaian daripada aksara Arab. Sistem tulisan jawi ini telah membantu dalam mewujudkan persefahaman dan perpaduan penduduk dari pelbagai daerah yang berlainan, memandangkan
7
hasil tulisan dari pelbagai pusat tamadun Melayu dapat difahami dan dihayati dengan pengertian yang lebih meluas.
Tulisan
Jawi
turut
menyumbang
kepada
perkembangan bidang persuratan rasmi antara kerajaan, termasuklah
surat-surat
perjanjian
antara
kerajaan
Melayu dengan kerajaan bukan Melayu di rantau ini dan juga kerajaan dari benua lain. BAHASA MELAYU DALAM PERKHIDMATAN AWAM: ERA INGGERIS DAN JEPUN
Tuan-tuan dan puan-puan,
Disangkakan Panas Hingga Ke Petang Rupa-rupanya Hujan di Tengahari
8
6.
Kewibawaan Bahasa Melayu sedikit tercabar apabila
kuasa-kuasa
asing
mula
menjajah
Tanah
Melayu.
Sebagai contoh, semasa pemerintahan Inggeris, Bahasa Inggeris telah digunakan dengan meluas dalam bidangbidang yang menjadi teras ketamadunan, terutamanya pendidikan dan pentadbiran. Penggunaan Bahasa Melayu dalam urusan pentadbiran telah digunakan dengan tidak seragam dalam kalangan negeri-negeri Tanah Melayu.
7.
Dasar
pecah
dan
perintah
oleh
British
telah
meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa vernakular dalam sistem pendidikan yang berasaskan kaum. Bahasa Melayu
disetarakan
Bahasa
Tamil.
pengantar
di
dengan
Bahasa
Bahasa
Melayu
sekolah-sekolah
Mandarin
dijadikan
Melayu,
dan
bahasa
sebagaimana
halnya dengan Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil masing-masing menjadi bahasa pengantar di sekolahsekolah Cina dan sekolah-sekolah Tamil. Sementara Bahasa Inggeris
menjadi bahasa
pengantar sekolah
Inggeris yang dikhaskan untuk anak bangsawan dan golongan
elit.
Bahasa
Melayu
dipinggirkan
dianggap sebagai bahasa anak jajahan.
Bila Kebenaran Sudah Tertindih Lenyaplah Segala Fikiran Jernih
9
kerana
Akal Yang Kotor Dikatakan Bersih Di Sanalah Tumbuh Silang Selisih Rakyat Hidup Menanggung Pedih
8.
Tokoh-tokoh Bahasa Melayu pada masa tersebut
juga turut membantah keputusan kerajaan Inggeris untuk
menggunakan
hikayat-hikayat
Melayu
seperti
Hikayat Hang Tuah dan Hikayat Abdullah sebagai bahan bacaan di sekolah-sekolah Melayu. Keputusan ini dilihat akan lebih mengekang serta tidak menggalakkan orang Melayu daripada mengembangkan glosari Bahasa Melayu untuk menjadi bahasa yang lebih moden, terutamanya dalam penciptaan perkataan-perkataan baharu yang sesuai dengan kegunaan pada masa tersebut dan selari dengan pembangunan semasa. Menurut Za’ba, hikayathikayat mitos ini tidak akan memajukan pemikiran orang 10
Melayu. Malah Za’ba telah mencadangkan supaya bukubuku teks yang digunakan di sekolah-sekolah Inggeris diterjemah serta digunapakai di sekolah-sekolah Melayu.
Elok Bunga Jalin Menjalin Jalinan Indah Bagai Dikarang Elok Bangsa Karena Pemimpin Pemimpin Bertuah Ditaati Orang
9.
Dalam bidang pentadbiran pula, penggunaan Bahasa
Melayu
di
sesetengah
negeri
Tanah
Melayu
hanya
terbatas semasa sesuatu perbincangan atau mesyuarat sahaja. Segala kenyataan bertulis rasmi kerajaan dibuat di dalam Bahasa Inggeris. Misalnya, Perbincangan dalam Majlis Mesyuarat Negeri Johor dilaksanakan di dalam Bahasa Melayu, namun apabila penyata-penyata kerajaan dibentangkan
terutamanya 11
mengenai
cukai
tanah,
kesemuanya di dalam Bahasa Inggeris. Perkara ini bukan sahaja
menyusahkan
orang
kampung
yang
kebanyakannya tidak mahir berbahasa Inggeris, malah telah juga merendahkan martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa utama di negeri-negeri Melayu. Hal ini juga telah mendapat perhatian dan tentangan daripada penjawat awam seperti Onn Jaafar yang telah membangkitkan rasa tidak puas hati dengan sikap kerajaan negeri Johor, pada ketika itu, supaya tidak mengutamakan Bahasa Inggeris dalam pentadbiran hariannya.
10. Ketika
pemerintahan
dokumen-dokumen
Inggeris,
rasmi
kerajaan
terdapat
juga
negeri
telah
dikeluarkan dengan menggunakan Bahasa Melayu dalam tulisan
Jawi.
pentadbiran
Penasihat-penasihat
negeri-negeri
Melayu 12
Inggeris ketika
itu
kepada telah
menyampaikan perkara-perkara mengenai pentadbiran kerajaan negeri melalui memorandum atau pekeliling dalam Bahasa Melayu. Sebagai contoh, memorandum yang telah di keluarkan oleh Penasihat Inggeris kepada kerajaan negeri Terengganu, A.J. Gracie pada tahun 1929.
Ini jelas menggambarkan
penggunaan
Bahasa
Melayu
dalam
ketidakseragaman pentadbiran
Semenanjung Tanah Melayu ketika itu. BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN
Tuan-tuan dan puan-puan,
Adat Hidup Sama Sebanjar Sama Beri Tunjuk dan Ajar Dalam Sempit Sama Berlegar Dalam Susah Sama Bersandar
13
di
Beban dan Hutang Sama Ditanggung Di Dalam Sempit Sama Berlindung
11. Kedatangan Jepun ke Tanah Melayu pada tahun 1941 telah merubah sistem pentadbiran kerajaan yang diasaskan oleh Inggeris sebelumnya. Sistem pentadbiran negeri-negeri Tanah Melayu dirombak semula dengan Sumatera
disatukan
dengan
negeri-negeri di
Tanah
Melayu di bawah satu pentadbiran. Manakala Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu diletakkan di bawah pentadbiran Siam mulai Oktober 1943. Pentadbiran di Tanah Melayu diurus oleh pentadbiran tentera yang berpusat di Singapura. Jawatan-jawatan tertinggi dalam pentadbiran kerajaan diambil alih oleh pegawai-pegawai Jepun yang kebanyakannya mempunyai latar belakang ketenteraan.
Manakala
jawatan-jawatan
bawahan
dipegang oleh anak tempatan. Sultan pula hanya diberi kuasa sebagai Ketua bagi Biro Hal Ehwal Agama di negeri bawah naungannya.
14
12. Ketika penjajahan Jepun dari tahun 1942 hingga 1945, Jepun telah melaksanakan Dasar Penjepunan untuk
menerapkan
masyarakat
nilai
tempatan,
budaya
terutamanya
Jepun orang
dalam Melayu.
Penggunaan Bahasa Jepun telah dikuatkuasakan di seluruh
pelusuk
Tanah
Melayu.
Dalam
bidang
pentadbiran, penggunaan Bahasa Jepun diutamakan. Kerajaan
pemerintah
mengadakan
pada
kursus-kursus
masa pendek
tersebut Bahasa
telah Jepun.
Peluang-peluang kenaikan pangkat dan gaji juga adalah berdasarkan
kepada
penguasaan
dan
kemahiran
berbahasa Jepun. Pada ketika ini, pengeluaran dan pengedaran dokumen-dokumen rasmi kerajaan seperti pekeliling
yang
diamalkan
oleh
kerajaan
Inggeris
diteruskan oleh Jepun. Misalnya, pekeliling kerajaan
15
negeri Selangor yang dinamakan sebagai Pekeliling Selangor Syuseityo Kanbo pada 23 Mei 1942 telah disediakan di dalam Bahasa Inggeris dengan tulisan Rumi.
BAHASA MELAYU SELEPAS MERDEKA Tuan-tuan dan puan-puan,
Yang Disebut Orang Melayu Tahu Bersuluh Kepada Guru Tahu Hidup Dikandung Adat Tahu Mati Memegang Amanat
13. Selepas Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Bahasa Melayu telah dijadikan Bahasa
Kebangsaan
bagi
persekutuan Tanah Melayu.
negeri-negeri
di
bawah
Hal ini termaktub jelas
dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 152 (1).
16
14. Pengenalan Kebangsaan
Bahasa
adalah
Melayu
bertujuan
sebagai untuk
Bahasa memenuhi
keperluan bagi menyatupadukan pelbagai kaum ke arah membentuk sebuah negara yang bersatu melalui satu bahasa yang sama digunakan oleh semua lapisan rakyat.
15. Pengiktirafan
Bahasa
Melayu
sebagai
Bahasa
Kebangsaan telah menjadikan Bahasa Melayu secara automatik sebagai bahasa perantaraan dalam semua urusan
rasmi.
Persekutuan, sebagai
Perkara
menjelaskan
apa-apa
jua
152(6), takrif
maksud
Perlembagaan
“maksud
rasmi”
kerajaan,
samada
Kerajaan Persekutuan atau kerajaan Negeri.
Ini juga
bermakna semua bahasa lain, walaupun diajar dan dipelajari, hanya boleh digunakan untuk tujuan selain daripada urusan-urusan rasmi kerajaan.
17
16. Pengiktirafan Kebangsaan
Bahasa
Melayu
diperkukuhkan
lagi
sebagai
melalui
Bahasa
penubuhan
Malaysia pada 16 September 1963. Akta Malaysia telah memperuntukkan beberapa perkara yang kemudiannya diterima
dan
dimasukkan
ke
dalam
Perlembagaan
Persekutuan. Antara lain, Bahasa Melayu merupakan Bahasa Kebangsaan tetapi Bahasa Inggeris dan bahasa lain masih boleh digunakan. Bahasa rasmi bagi negeri Sarawak dan Sabah, ialah Bahasa Inggeris sehingga 10 tahun selepas Hari Malaysia.
18
17. Secara
prinsipnya,
kedudukan
Bahasa
Melayu
sebagai Bahasa Kebangsaan telah jelas dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Namun begitu, perincian
mengenai usaha-usaha untuk mengembangkan Bahasa Melayu supaya terus digunakan dan tidak luput ditelan zaman
memerlukan
bentuk-bentuk
instrumen
tindakan
yang
memperincikan
penggalakkan
penggunaan
Bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat.
Justeru,
dua akta khas iaitu Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 (Pindaan dan Peluasan 1995) dan juga Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 telah diwartakan untuk tujuan tersebut.
18. Akta Dewan Bahasa dan Pustaka menjelaskan fungsi DBP sebagai agensi penggalak dan pengembangan Bahasa Melayu di seluruh Negara. Manakala Akta
19
Bahasa
Kebangsaan
memperincikan
bahawa
hanya
Bahasa Melayu sahaja digunakan untuk urusan rasmi terutamanya dalam aspek pentadbiran di semua agensi kerajaan. Seksyen 4 akta ini turut menyatakan bahawa Bahasa Inggeris turut dibenarkan penggunaannya oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk apaapa maksud rasmi yang difikirkan perlu. Pewartaan kedua-dua akta ini adalah merupakan antara langkahlangkah awal dalam usaha-usaha untuk mengembangkan penggunaan Bahasa Melayu.
USAHA MENGEMBANGKAN BAHASA MELAYU DALAM PERKHIDMATAN AWAM Tuan-tuan dan puan-puan
19. Era pasca kemerdekaan menyaksikan penekanan ke atas perubahan pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu dibuat dengan teliti dan teratur bagi melicinkan peralihan kuasa.
Proses
penggantian
pegawai-pegawai
Inggeris
dengan pegawai-pegawai tempatan dilaksanakan agar perubahan secara dinamik dan berkesan dibuat untuk memacu pembangunan dan kemajuan dalam negara. Usaha-usaha
untuk
“me-Malayakan”
pentadbiran
negara dimulakan sejurus selepas peninggalan Inggeris
20
dari Tanah Melayu termasuk penggunaan Bahasa Melayu dalam semua urusan rasmi kerajaan.
20. Usaha-usaha
mengembangkan
Bahasa
Melayu
dalam Perkhidmatan Awam dibatasi oleh penggunaan Bahasa Melayu dalam pentadbiran negeri-negeri yang tidak seragam sebelum merdeka. Selain daripada itu, glosari Bahasa Melayu yang terhad dalam semua bidang juga mewajarkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kebanyakan bidang. Langkah-langkah strategik disusun untuk memastikan halangan-halangan tersebut serta penggunaan Bahasa Melayu dilaksanakan dengan teratur dan
terus
berkembang
melalui agensi
seperti
DBP
bersama-sama semua ketua perkhidmatan dan ketua jabatan dalam Perkhidmatan Awam.
21
21. Proses
mengembangkan
Bahasa
Melayu
telah
berjalan sebelum Negara memperoleh kemerdekaan lagi. Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kedua dan juga Persidangan Persuratan Melayu Sa-Malaya Kali Kedua yang telah diadakan di Seremban pada tahun 1954, telah mengangkat tulisan Rumi sebagai tulisan rasmi Bahasa Melayu. Usul ini adalah menjurus ke arah memodenkan
orang-orang
Melayu
dan
meletakkan
sasaran agar Bahasa Melayu mampu berperanan sebagai Bahasa Kebangsaan dan digunakan oleh semua lapisan masyarakat. Di samping itu, pada bulan Mac 1957, DBP telah menerbitkan risalah yang pertama, Kaedah Ejaan Rumi
Bahasa
Melayu
untuk
melicinkan
proses
pembudayaan penulisan Bahasa Melayu dengan ejaan rumi.
22
22. Usaha-usaha
mengembangkan
Bahasa
Melayu
diteruskan dengan penubuhan Jawatankuasa Istilah Kerajaan. untuk jabatan
Jawatankuasa
mencipta dan
dan
jawatan
ini
dipertanggungjawabkan
menterjemahkan kerajaan
yang
nama-nama sebelum
ini
digunakan di dalam Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu. Susulan usaha tersebut, sebagai contoh, nama Jabatan
Perkhidmatan
Awam
(JPA)
telah
mula
digunakan bagi menggantikan Establishment Office of Malaysia pada 15 Ogos 1968.
23
23. Kempen Bahasa telah dilancarkan oleh DBP sebagai satu gerakan psikologi, yang merupakan satu tahap dalam proses percubaan untuk menggunakan Bahasa Melayu dalam bidang pentadbiran di jabatan-jabatan kerajaan, sektor swasta dan masyarakat umum. Kempen “Minggu Bahasa” dan “Bulan Bahasa” telah diadakan di seluruh negara pada setiap tahun mulai 1960. Slogan “Bahasa Jiwa Bangsa” turut dilancarkan pada tahun 1960.
Sejajar dengan usaha tersebut kerajaan telah
memperluaskan penggunaan Bahasa Melayu sepenuhnya di negeri-negeri tertentu, termasuklah Johor, Terengganu, Kelantan, Kedah dan juga Perlis. Kakitangan kerajaan dalam pentadbiran negeri-negeri lain juga digalakkan supaya menggunakan Bahasa Melayu dalam urusan surat menyurat dan pertuturan harian.
24
24. Sebagai usaha berterusan untuk memartabatkan Bahasa Melayu serta memungkinkan penggunaan bahasa tersebut dalam semua bidang, penciptaan istilah dalam pelbagai bidang diberikan perhatian yang cukup besar oleh DBP. Pada tahun 1966, 24 buah jawatankuasa telah ditubuhkan khas untuk tujuan penciptaan istilah dalam 24 bidang yang melibatkan keahlian daripada kalangan sarjana dan profesional dalam bidang masing-masing. Jawatankuasa-jawatankuasa
tersebut
telah
berjaya
menghasilkan 560,836 istilah dalam 300 bidang atau sub-bidang dengan menggunakan kepakaran kira-kira 1,479 orang pakar setempat. Penghasilan istilah-istilah baru ini secara tidak langsung telah banyak membantu penjawat awam dalam menyediakan laporan dan kertas kerja di dalam Bahasa Melayu meliputi pelbagai bidang.
25
25. Sehingga 15 Disember 2003, lebih 1.2 juta istilah Bahasa Melayu telah dicipta dan diterbitkan dalam 251 judul buku berbentuk daftar istilah, glosari dan kamus istilah. Lebih 350,000 istilah telah disepakati dalam Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM). Istilah tersebut meliputi 115 bidang atau subbidang ilmu pengajian tinggi dan profesional dalam bidang sains asas, sains gunaan, sains sosial dan kemasyarakatan.
26. Usaha pembakuan Bahasa Melayu telah dibuat untuk memastikan penyeragaman penggunaan Bahasa Melayu melalui penerbitan Kamus Dewan pertama pada tahun
1970. Ini disusuli
Jawatankuasa
Istilah
pula
Pusat
26
dengan
yang
penubuhan
dipengerusikan
Pengarah DBP bagi tujuan penyelarasan penggunaan istilah di peringkat universiti.
27. Usaha-usaha telah
pengembangan Bahasa
memberikan
suntikan
Melayu ini
semangat
kepada
Perkhidmatan Awam. Di peringkat kerajaan pusat, semua surat siaran atau pekeliling yang dikeluarkan oleh ketua jabatan disaran supaya menggunakan Bahasa Melayu. Saranan yang sama turut dilaksanakan bagi papanpapan tanda dan kepala surat jabatan-jabatan kerajaan. Di samping itu, golongan bukan Melayu turut diberikan kursus khas bagi meningkatkan kefasihan berbahasa Melayu selama dua (2) tahun.
27
28. Berdasarkan satu kajian yang dilaksanakan oleh DBP pada tahun 1966, dianggarkan 75 peratus dari urusan surat menyurat dan fail-fail di jabatan kerajaan pusat dan negeri menggunakan Bahasa Kebangsaan.
29. Akan tetapi, dokumen-dokumen rasmi kerajaan telah dihasilkan di dalam Bahasa Inggeris sejak daripada tahun 1940an sehingga tahun 1970an. Antara laporanlaporan penting kerajaan yang disediakan di dalam Bahasa Inggeris sepanjang tempoh tersebut termasuklah:
i.
Laporan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaya (1947);
ii.
Laporan Semula
Suruhanjaya Gaji
dan
Diraja
Mengenai
Syarat-syarat
28
Kajian
Perkhidmatan
dalam
Perkhidmatan
Awam
(1967)
(dikenali
sebagai Laporan Suffian, 1967); iii.
Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai Saraan dan Syarat Perkhidmatan di Badan-badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan (1973) (dikenali sebagai Laporan Harun); dan
iv.
Laporan Jawatankuasa Kabinet Gaji 1976 bagi seluruh Perkhidmatan Awam (dikenali sebagai Laporan JKK).
30. Bagi menggalakkan penterjemahan Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu, Kamus Dwibahasa (Bahasa InggerisBahasa Melayu) telah berjaya diterbitkan pada tahun 1979. Dua tahun kemudian, pembakuan ejaan Rumi diperkukuh dengan lahirnya Daftar Ejaan Rumi Bahasa 29
Malaysia.
Ini diikuti pula dengan usaha pembakuan
tatabahasa melalui penerbitan Tatabahasa Dewan Jilid I: Ayat, pada tahun 1987 dan juga Tatabahasa Dewan Jilid 2: Perkataan, pada tahun 1989. kamus, daftar ejaan serta mendorong
penyediaan
Penerbitan
tatabahasa dewan
dokumen-dokumen
telah rasmi
daripada menggunakan Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu.
31. Penyediaan
laporan
kerajaan
di
dalam
Bahasa
Melayu sepenuhnya mula dilaksanakan pada tahun 1991,
iaitu
Laporan
Jawatankuasa
Khas
Kabinet
Mengenai Gaji Sektor Awam Oktober 1991 (Sistem Saraan Baru atau SSB).
30
32. Apa
yang
telah
dinyatakan
sebentar
tadi
menggambarkan bahawa penjawat awam di awal fasa pasca
kemerdekaan
menggunakan
Bahasa
menghadapi Melayu
masalah
untuk
dalam
melaksanakan
tugasan, terutamanya dari aspek penyediaan dokumendokumen rasmi kerajaan. Kebanyakan hasil penulisan yang
disediakan
pada
ketika
itu
menggunakan
pendekatan yang mudah difahami rakyat pada ketika itu, iaitu penulisan dalam Bahasa Inggeris.
Antara faktor
yang menyumbang kepada situasi ini ialah kekurangan istilah Bahasa Melayu dalam pelbagai bidang serta daftar ejaan Bahasa Melayu dalam tulisan Rumi.
Apabila
faktor-faktor ini dapat diatasi, inisiatif-inisiatif yang diberikan penumpuan ialah pemerkasaan Bahasa Melayu dalam Perkhidmatan Awam selaras dengan tarafnya sebagai Bahasa Kebangsaan. INISIATIF MEMPERKASAKAN BAHASA MELAYU DALAM PERKHIDMATAN AWAM Tuan-tuan dan puan-puan,
Supaya Melayu tetap terbilang Bahasa dan adab wajib disandang Petua amanah wajib dipegang Adat lembaga wajib dikenang
31
Supaya Melayu tetap terpuji Tunjuk dan ajar pemayung diri Bila Melayu tidak mahu dikeji Budaya bangsa hendaklah dikaji
33. Persediaan dalam menghadapi cabaran menjelang abad ke-21 merupakan titik tolak kepada usaha kerajaan dalam
memperkasakan
Perkhidmatan
Awam.
Bahasa
Antara
Melayu
cabaran
dalam
yang
perlu
ditangani oleh penjawat awam adalah ledakan bidang sains dan teknologi maklumat yang telah memungkinkan fenomena dunia tanpa sempadan, di mana kebanyakan kandungan aplikasi dalam talian adalah dalam Bahasa Inggeris. Selain daripada itu, kecenderungan generasi muda, termasuk penjawat awam muda, yang gemar menggunakan istilah khidmat pesanan ringkas atau SMS dalam komunikasi di antara mereka turut menyumbang ke arah penggunaan Bahasa Melayu yang tidak betul.
34. Menyedari hakikat ini, Jawatankuasa Penyelarasan Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam telah ditubuhkan pada tahun 1999. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara dan DBP
dipertanggungjawabkan
32
sebagai
urusetia.
Keanggotaan jawatankuasa ini adalah terdiri daripada Ketua-ketua Setiausaha Kementerian yang berkenaan. Antara fungsi jawatankuasa ini adalah menyelaraskan cara, strategi pelaksanaan dan peraturan pelaksanaan bahasa di kementerian-kementerian. Jawatankuasa ini juga menyelaras perancangan dan pengembangan Bahasa Kebangsaan di semua kementerian dan jabatan. Dengan terbentuknya Jawatankuasa ini, penggunaan Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara dapat diawasi, diperluas
dan
dipertingkatkan
penggunaannya
dan
mutunya dalam seluruh jentera pentadbiran awam.
35. Dalam Bahasa
usaha
Kebangsaan
untuk yang
memastikan baik
dan
penggunaan betul
serta
menyeluruh dalam Perkhidmatan Awam, Kerajaan telah mengeluarkan Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 33
2006
bertajuk
Langkah-langkah
Memperkasakan
Penggunaan Bahasa Kebangsaan Dalam Perkhidmatan Awam. Surat pekeliling ini menjelaskan langkah-Iangkah yang
perlu
diambil
oleh
penjawat
awam
untuk
memperkasakan penggunaan Bahasa Kebangsaan yang baik
serta
memperluas
penggunaannya
secara
menyeluruh dalam Perkhidmatan Awam, selari dengan kemajuan negara.
36. Antara lain, surat pekeliling ini menetapkan supaya semua
ketua
jabatan
mewujudkan
mekanisme
di
organisasi masing-masing untuk memastikan semua penjawat awam menggunakan Bahasa Kebangsaan yang baik dan betul dalam semua urusan rasmi, sama ada secara tulisan mahupun lisan. Selain itu, surat pekeliling ini juga menggariskan supaya latihan dan penganjuran aktiviti yang bertujuan meningkatkan kemahiran dalam Bahasa Kebangsaan dalam kalangan penjawat awam dijalankan secara berterusan.
37. Pemerkasaan Kebangsaan
Bahasa
Melayu
diteruskan
Jawatankuasa Kebangsaan (JKPBK)
sebagai
dengan
tertubuhnya
Pelaksanaan pada
tahun
Bahasa
Bahasa 2010.
JKPBK
dipengerusikan oleh YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin
34
Hj. Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap
Menteri
Pelajaran.
Antara
lain,
jawatankuasa ini berfungsi untuk memastikan agar kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan terus terpelihara dan juga untuk memantau penggunaan Bahasa
Kebangsaan
di
semua
jabatan
dan
agensi
kerajaan dan sektor berimpak tinggi.
38. Bagi sektor Perkhidmatan Awam, Jawatankuasa ini disokong oleh Jawatankuasa Kecil Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan
Sektor
Perkhidmatan
Awam
yang
dipengerusikan oleh saya sendiri dan diurus setia oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Peranan utama Jawatankuasa Kecil ini ialah: i.
Melaksanakan dan memantau penggunaan Bahasa Kebangsaan;
ii.
Merancang program kebahasaan bagi mencapai matlamat
pelaksanaan
Bahasa
Kebangsaan
di
kementerian dan agensi masing-masing; dan
iii.
Melapor
tahap
pencapaian
penggunaan
dan
permasalahan pelaksanaan Bahasa Kebangsaan
35
kepada
Jawatankuasa
Pelaksanaan
Bahasa
Kebangsaan.
39. Antara daya usaha Jawatankuasa ini termasuklah cadangan
supaya
JPA
mengeluarkan
Pekeliling
Perkhidmatan mengenai penggunaan Bahasa Melayu dalam Perkhidmatan Awam.
Justeru, semalam 28
Oktober 2011, saya telah melancarkan Pekeliling Perkhidmatan “Panduan
Bilangan
Penggunaan
Perkhidmatan
9
Tahun
Bahasa
Awam”.
2011
bertajuk
Kebangsaan
Pekeliling
ini
Dalam
menjelaskan
panduan mengenai penggunaan Bahasa Kebangsaan bagi urusan rasmi dalam Perkhidmatan Awam. Lima urusan rasmi yang diperincikan termasuk urusan rasmi dalam negara;
urusan
kekosongan
rasmi
jawatan
antarabangsa;
dalam
36
pengiklanan
Perkhidmatan
Awam;
perkhidmatan kaunter agensi Kerajaan; dan urusan penyediaan maklum balas berkaitan aduan dan isu di media massa mengenai Perkhidmatan Awam oleh agensi Kerajaan.
40. Pekeliling ini hanyalah satu panduan yang kaku di atas kertas sahaja tanpa usaha-usaha pembudayaan bersungguh oleh penjawat awam. Kesemua lima urusan rasmi yang diperincikan dalam pekeliling tersebut perlu dibaca, difahami, dihayati serta dipraktikkan dengan sepenuh hati dalam semua urusan rasmi Perkhidmatan Awam. Matlamat kita ialah penggunaan Bahasa Melayu yang betul secara menyeluruh dalam Perkhidmatan Awam.
PENUTUP Tuan-tuan dan puan-puan,
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu? Masihkan tunduk tersipu-sipu? Jangan takut melanggar pantang Jika pantang menghalang kemajuan; Jangan segan menentang larangan Jika yakin kepada kebenaran; 37
Jangan malu mengucapkan keyakinan Jika percaya kepada keadilan
41. Langkah–langkah
yang
disusun
dalam
mengembangkan Bahasa Melayu sejak negara merdeka telah
disokong
Sekarang,
dan
dilaksanakan
usaha-usaha
untuk
dengan
jayanya.
memartabatkan
penggunaan Bahasa Melayu dalam Perkhidmatan Awam ini perlu digalas bersama oleh semua pihak sejajar dengan tuntutan dan keperluan semasa. jawatankuasa-jawatankuasa ditubuhkan
untuk
dan
terus
Kesungguhan
agensi
khas
mengembang
yang dan
memperkasakan Bahasa Melayu dalam Perkhidmatan Awam tidak akan sempurna tanpa penyertaan semua penjawat
awam
dengan
sokongan
semua
ketua
perkhidmatan dan ketua jabatan.
42. Kita mempunyai peranan yang amat siginifikan dalam memastikan negara kita dapat dipacu dalam landasan yang strategik dan secara sistematik untuk mencapai matlamat pembudayaan penggunaan Bahasa Melayu yang menyeluruh dan berterusan di dalam Perkhidmatan Awam.
38
43. Akhir
kata,
saya
merakamkan
setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih di atas komitmen serta daya usaha semua pihak dalam mengembang dan memperkasakan
penggunaan
Bahasa
Melayu
dalam
Perkhidmatan Awam Malaysia. Tahniah dan terima kasih jua diucapkan kepada GAPENA dan semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan kongres pada kali ini.
Hari Ini, Jalan Ini Pasti Semakin Berliku Kerana Masa Depan Belum Tentu Menjanjikan Syurga Bagi Mereka Yang Lemah Dan Mudah Kecewa Perjuangan Kita Belum Selesai Kerana Hanya Yang Cekal dan Tabah Dapat Membina Mercu Tanda Bangsanya Yang Berjaya
Sekian, Wabillahi Taufiq Wal Hidayah, Wassalaamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih
39
40