TEKS UCAPAN Y. BHG. DATO’ Dr. HAJI AHAMAD BIN SIPON KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
MAJLIS PENUTUPAN RASMI KONVENSYEN KEBANGSAAN GURU DALAM ICT KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
11.30 PAGI 2 DISEMBER 2006 PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA (PWTC) KUALA LUMPUR
Bismillahir Rahmanir Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Terima kasih saudara/saudari Pengacara Majlis. Y. Berusaha Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Y. Berusaha Pengarah-Pengarah Bahagian di Kementerian Pelajaran , Pengarah-Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri, Encik Amiruddin Abdul Aziz Pengarah Urusan Time Engineering Sdn. Bhd.
Prof. Dr. Abu Hassan Ismail CEO Prestaring Technology Sdn. Bhd. Puan Yasmin Mahmud Pengarah Urusan Microsoft Malaysia Sdn. Bhd. Y. Bhg. Dato’ Yusoff Harun Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Tuan Haji Alimuddin bin Md. Dom Ketua Nazir Sekolah Y. Bhg. Dato’ Lt. Col. Ir. Mohammed Zakaria bin Mohd. Noor Pengarah Pelajaran Perak Y. Bhg. Dato’-Dato’, Datin-Datin, Dif-dif jemputan, Tuan-tuan dan Puan-Puan serta para peserta konvensyen yang dihormati sekalian.
2
1.
Terlebih dahulu marilah kita memanjat kesyukuran kita ke hadrat Allah
SWT kerana dengan keizinan dan limpah kurniaNya kita diberi kesempatan berhimpun pada hari ini dalam Majlis Penutupan Rasmi Konvensyen Kebangsaan Guru Dalam ICT 2006 ini. 2.
Saya percaya sepanjang perjalanan konvensyen ini tuan-tuan dan
puan-puan telah memperoleh pelbagai ilmu dan pengetahuan tentang peranan dan impak yang dibawa oleh ICT dalam pendidikan. Saya berharap ilmu dan pengetahuan yang diperoleh itu akan diterjemahkan dalam bentuk tindakan-tindakan tertentu di sekolah kelak untuk faedah pengajaran dan pembelajaran. 3.
Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih
kepada Ahli Jawatankuasa Pengelola Konvensyen Kebangsaan Guru dalam ICT 2006 ini atas kejayaan cemerlang menganjurkan Konvensyen ICT ini dan memastikan ianya berjalan lancar serta mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Sidang hadirin yang dihormati sekalian, 4.
Tema Konvensyen iaitu, “ Dari Guru Untuk Guru : Ke Arah
Membudayakan ICT Dalam Pendidikan”
merupakan peluang untuk
melakukan revisit atau melihat semula pelaksanaan program-program dan aktiviti-aktiviti ICT yang telah dijalankan. Saya percaya sesi pembentangan kertas kerja dan perbincangan yang telah berlangsung telah mencetuskan pemikiran dan fahaman baru yang boleh membantu memantapkan lagi aspek pelaksanaan. Saya percaya perbincangan yang tuan-tuand an puan-puan lalui telah membantu meningkatkan ilmu dan pemahaman tuan-tuan dan puan-puan terhadap peranan guru, peranan ICT dan kesannya terhadap usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan secara menyeluruh. 5.
Konvensyen
ini
merupakan
platform
terbaik
untuk
meluahkan
pandangan dan pendapat dalam pelbagai aspek pelaksanaan program ICT.
3
6.
Saya berharap pendapat, cadangan dan syor yang telah diutarakan
dalam konvensyen ini akan mendapat perhatian dan pertimbangan sewajarnya
untuk
dijadikan
panduan
dalam
usaha
penambahbaikan
perancangan dan pelaksanaan program-program ICT sedia ada dan masa akan datang. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, 7.
Peluasan penggunaan dan kemajuan yang telah dicapai setakat ini
dalam bidang ICT di Malaysia adalah sesuatu yang boleh dibanggakan. Langkah Kerajaan melaksanakan pelbagai projek dan program ICT dalam pendidikan seperti Projek Makmal Komputer, Program Sekolah Bestari, Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, dan Projek SchoolNet telah berjaya menggerakkan minat warga pendidik melibatkan diri dalam ICT. Kini saya percaya ICT bukan lagi menjadi sesuatu perkara yang asing bagi warga pendidik mahupun murid di sekolah. Apa yang perlu diberi perhatian adalah aspek membudayakan ICT sebagai budaya kerja guru. Pembudayaan ICT memerlukan masa. Trenda masa sekarang yang antara lain melibatkan peluasan penggunaan teknologi wayarles sama ada melalui telefon bimbit mahupun komputer riba telah menyemarakkan minat dalam menggunakan ICT dalam kalangan warga pendidik dan masyarakat amnya. Ini merupakan suatu perkembangan baru yang wajar kita eksploitasikan untuk faedah pendidikan. Sidang hadirin yang dihormati sekalian, 8.
Penggunaan ICT telah turut menjana usaha pembangunan bahan
bantu mengajar dan belajar berbentuk elektronik seperti CD pengajaran dan pembelajaran pembangunan
serta
pembangunan
kandungan
elektronik
laman-laman adalah
web.
sama
Pendek
penting
kata,
sebagai
sumbangan para pendidik membangunkan kepakaran pedagogi tempatan dan meletakkan taraf pendidik di persada pendidikan antarabangsa.
4
9.
Saya percaya tahap ICT murid-murid dan guru-guru semakin hari
semakin meningkat dan adalah tidak keterlaluan jika saya menyatakan bahawa hampir semua guru dan murid dalam sistem persekolahan telah didedahkan kepada literasi ICT sama ada dalam pendidikan mahu pun pengurusan. 10.
Walaupun ICT seringkali dianggap sebagai pengupaya kepada proses
pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan pendidikan tetapi ia memerlukan penguasaan beberapa kemahiran lain seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar dan kemahiran pemudahcaraan bagi memberi makna yang lebih
lengkap
terhadap
penggunaannya.
Oleh
yang
demikian,
pengintegrasian ICT dalam pendidikan hendaklah merangkumi pemupukan kemahiran-kemahiran
yang
saya
sebutkan
tadi.
Dalam
konteks
pembelajaran, sebagai contoh, murid wajar dibimbing bukan hanya sekadar mahir mengenali dan menggunakan komputer untuk mengakses maklumat dari CD ROM atau di Internet tetapi mereka perlu dilengkap dengan kemahiran memilih maklumat yang relevan dan yang dapat memenuhi objektif tugasan yang diberikan. Di samping itu mereka harus dibimbing agar dapat berfikir dengan kritis dan kreatif agar dapat mengubahsuaikan maklumat sedia ada bagi menyelesaikan masalah atau tugasan yang diberikan. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, 11.
Perancangan jangka panjang untuk ICT hendaklah mengambil kira
usaha untuk membudayakan ICT dalam kalangan guru, murid serta pengurus pendidikan. Pembudayaan ICT ini perlu dilihat berlaku dalam bentuk pelbagai aktiviti yang berhubung dengan penggunaan ICT. Oleh yang demikian, setiap kemudahan yang disediakan seperti komputer bimbit dan kemudahan makmal komputer hendaklah dioptimumkan penggunaannya. Jika sekolah mempunyai guru yang boleh dianggap berkemahiran dalam bidang ini, amat wajarlah pihak sekolah mendapatkan perkhidmatannya untuk melakukan latihan dalaman agar guru-guru lain akan turut dapat menjayakan hasrat mengintegrasi dan membudayakan ICT dalam melaksanakan tugas mereka.
5
Selain itu, oleh kerana bidang ICT adalah bidang yang sangat pesat berkembang, input tentang teknologi baru yang mempengaruhi cara penggunaan ICT untuk pengajaran dan pembelajaran hendaklah turut diperkenalkan dari masa ke masa. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, 12.
Dalam persekitaran pendidikan yang kaya ICT atau ICT rich
environment, para guru harus memainkan peranan utama sebagai agen perubahan. Begitu jugalah daripada pihak pengurusan sekolah. Oleh yang demikian pembangunan dan pembudayan ICT di sekolah wajar bermula dari pihak pengurusan sekolah dan guru. Guru perlu digalakkan mengintegrasikan ICT pada setiap kesempatan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah sementara murid digalakkan menggunakannya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, 13. ada
Selain itu, untuk kekal maju dalam pengintegrasian ICT ini, guru perlu inisiatif
sendiri
untuk
mempelajari
kemahiran-kemahiran
mengintegrasikan ICT secara berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran. Tahap ilmu dan kemahiran guru itu akan mempengaruhi minat dan keupayaannya untuk merubah amalan pengajaran dan pembelajaran sedia ada dan membawa amalan tersebut ke peringkat yang lebih berkualiti lagi. Sidang hadirin yang dihormati sekalian, 14.
Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil maklum bahawa terdapat
beberapa Jabatan Pelajaran Negeri dan sekolah yang telah mengambil inisiatif bagi memenuhi kehendak untuk membudayakan ICT. Kementerian Pelajaran menghargai inisiatif ini dan berharap ianya menjadi contoh teladan kepada yang lain.
6
15.
Saya turut berharap ilmu dan kemahiran yang berguna yang diperolehi
sepanjang konvensyen ini akan diterjemahkan dalam bentuk pelan-pelan tindakan dan seterusnya dilaksanakan serta dipantau keberkesanannya 16.
Akhir kata, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan
perkongsian pintar atau Smart Education Partnership Kementerian Pelajaran iaitu pihak Time Engineering Bhd., Prestariang Technology Sdn. Bhd., Microsoft Malaysia Sdn. Bhd dan Intel Electronics Malaysia Sdsn. Bhd. serta pihak-pihak lain yang telah bersungguh-sungguh membantu kita menjayakan konvensyen hari ini. Saya berharap sokongan ini akan berterusan dan menyumbang ke arah hasrat untuk membudayakan ICT dalam kalangan guru dan murid. 17. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Bahagian di Kementerian Pelajaran dan pihak-pihak yang telah memberikan kerjasama yang erat bagi menjayakan konvensyen kali ini. 18. Maka dengan lafaz kalimah yang mulia, Bismillahir Rahmanir Rahim, saya dengan ini menutup rasmi Konvensyen Kebangsaan Guru ICT tahun 2006. Sekian, terima kasih.
7