TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO’ DR. DAING NASIR IBRAHIM NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG SEMPENA MAJLIS PERASMIAN BENGKEL TRANSFORMASI DAN HALA TUJU KELAB INSMARTIVE UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG PADA HARI JUMAAT, 27 OGOS 2010, PUKUL 9:30 MALAM DI DEWAN BALORA KAMPUNG TAMAN SEDIA, TANAH RATA, CAMERON HIGHLANDS
SALUTASI Pengacara majlis, Saudari Yusnani Yusuf;
Rakan-rakan saya:
Profesor Madya Dr. Mohd. Fadzil Mohd Idris dan Encik Wan Nazrul Helmy Wan Mohd Zain, Penasihat Kelab Insmartive UMP;
Saudara Muhammad Farhan Adnan, Presiden Kelab Insmartive;
Ahli-ahli Majlis Tertinggi dan Exco Kelab;
Para peserta bengkel yang dihormati sekalian.
1
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam 1Malaysia.
KATA PEMBUKA
1.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan ke hadrat Allah Ta’ala kerana dengan limpah rahmat, kurnia dan izin-Nya, maka saya dapat hadir juga untuk bersama-sama saudara dan saudari sekalian pada malam ini.
2.
Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Saudara Muhammad Farhan Adnan, Presiden Kelab Insmartive
kerana
telah
sudi
menjemput
saya
untuk
menyempurnakan Bengkel Transformasi dan Hala Tuju Insmartive pada hari ini.
3.
Nyata sekali bahawa ibadah puasa yang kini memasuki hari yang ke 17 bukanlah satu alasan untuk kita meringan-ringankan kerja dan mengambil peluang untuk berehat-rehat. Inisiatif untuk menganjurkan Bengkel ini pada bulan Ramadhan dalam suasana kejiranan sebuah perkampungan merupakan sesuatu yang unik. 2
4.
Saya telah difahamkan bahawa Bengkel ini mempunyai matlamat strategik iaitu membentuk pelan tindakan untuk Insmartive supaya terus lestari dengan Pengurusan dan Kompetensi dengan menggunapakai pendekatan perbincangan dan percambahan fikiran oleh tiga Kumpulan Kerja yang telah dibentuk.
5.
Pada masa yang sama juga, sebagai acara sampingan bagi melapangkan minda yang telah diperah untuk perbincangan dan percambahan fikiran, saudara dan saudari juga berpeluang untuk berinteraksi secara langsung dengan masyarakat setempat di Taman Sedia ini melalui gotong-royong persediaan juadah berbuka puasa.
6.
Justeru, dengan suasana yang kondusif dan interaktif ini, saya berharap saudara dan saudari sekalian dapat mengikuti program ini dengan penuh komitmen dan keikhlasan serta memberi sumbangsaran yang konstruktif bagi survival Kelab Insmartive sebagai sebuah pertubuhan mahasiswa yang berpaksikan 3K iaitu Kaunseling, Kepimpinan dan Kesukarelaan terus lestari dan relevan.
3
UTAMAKAN YANG UTAMA
7.
Saudara dan saudari sekalian,
Baru-baru ini iaitu pada 7 Ogos 2010 yang lepas, saya telah mengambil
inisiatif untuk
bertemu
dengan para
pemimpin
mahasiswa yang terdiri daripada pengerusi kelab dan persatuan yang terdapat di UMP sebagai lanjutan kepada pertemuan berkala saya dengan Majlis Perwakilan Pelajar.
8.
Dalam pertemuan tersebut, yang turut dihadiri oleh Saudara Muhammad Farhan, saya telah menggariskan beberapa objektif yang dihasratkan melalui forum tersebut, yang mana salah satu daripadanya ialah mengingatkan para pemimpin mahasiswa untuk memastikan objektif dan semangat penubuhan kelab atau persatuan yang mereka wakili tercapai.
9.
Alhamdulillah, jumlah kelab dan persatuan di UMP kini mencecah angka yang melebihi 50 buah. Dari satu sudut, perkembangan ini merupakan sesuatu yang amat positif dalam konteks kesedaran aktivisme mahasiswa di Universiti ini berbanding masa-masa yang lalu. 4
10.
Namun begitu, dari satu sudut yang lain pula, timbul persoalan adakah bilangan persatuan dan kelab yang sebegini banyak mencerminkan peningkatan kualiti dalam penganjuran aktivitiaktiviti yang member nilai tambah secara efektif kepada para mahasiswa Universiti ini secara keseluruhannya.
11.
Justeru, pada tahap ini, para penggerak kelab dan persatuan di UMP perlu memikirkan kaedah dan pendekatan yang sewajarnya diambil untuk memastikan kewujudan organisasi yang mereka wakili terus relevan beroperasi di atas jajaran objektif yang dihasratkan pada awal penubuhannya.
12.
Keperluan paling penting pada kedudukan ini adalah bagi semua kelab dan persatuan, termasuklah Insmartive untuk bertindak atas keutamaan. Ini menuntut cara berfikir yang strategik dan gaya pengurusan yang profesional supaya kelab dan persatuan yang diwakili itu dilihat sebagai satu tanggungjawab dan bukannya perkara remeh yang boleh dipandang ringan.
5
MEMAKNAKAN SEBUAH TRANSFORMASI
13.
Saudara dan saudari sekalian,
Agenda transformasi Insmartive yang bakal dibincangkan dengan terperinci melalui Bengkel ini hendaklah digerakkan dalam kerangka tindakan yang ampuh dan berkesan selepas ini. Pelaksanaan kerangka tindakan yang ampuh dan berkesan bagi memaknalkan transformasi tersebut memerlukan pemandu dan pengupaya (driver and enabler) yang komited dan berpandangan jauh. Apatah lagi, nama Insmartive itu sendiri yang merupakan kombinasi perkataan
Intelligent, Smart and Creative
perlu
dimaknakan melalui penampilan dan cara kerja ahli-ahlinya.
14.
Sepertimana
yang
pernah
saya
tegaskan
kepada
pihak
pengurusan dan warga pentadbir Universiti ini semasa Agenda Transformasi Pengurusan & Pentadbiran UMP digerakkan pada November 2008 bahawa pengurus dan pemegang jawatan akan datang dan pergi. Bagaimana lama pun seseorang penjawat itu berkhidmat, akhirnya beliau perlu bersara juga. Namun, sistem pengurusan dan prosedur kerja yang efisien dan memudahcara
6
perlu kekal sebagai legasi pentadbiran untuk ditambah nilai oleh generasi yang seterusnya.
15.
Begitu jugalah halnya dengan saudara dan saudari sekalian serta Insmartive. Saudara dan saudari akan bergraduat juga satu hari kelak, namun Insmartive akan kekal di UMP untuk diwarisi pula oleh generasi mahasiswa selepas anda. Untuk terus cemerlang sebagai sebuah pertubuhan mahasiswa yang mengungguli kerjakerja kesukarelaan, khidmat pendidikan dan bakti masyarakat, Insmartive perlu melalui transformasi untuk menjadi lebih dinamik dan terarah.
16.
Saya telah difahamkan bahawa saudara dan saudari sekalian akan membincangkan agenda transformasi Insmartive melalui tiga kumpulan kerja iaitu Kepimpinan, Latihan dan Kompetensi serta Pengurusan dan Profesionalisme dengan mengambil model dan pendekatan
yang
digunakan
semasa
Bengkel
Agenda
Transformasi Pengurusan & Pentadbiran UMP. Saya berharap pendedahan awal mengenai
pengurusan dan perancangan
strategik seperti ini mampu memperkaya pengetahuan dan pengalaman saudara dan saudari sekalian sebagai bekalan berguna untuk alam kerjaya kelak. 7
17.
Insya-Allah,
selepas
ini
saya
akan
berwacana
mengenai
pengalaman saya dalam menggerakkan transformasi UMP untuk dikongsi dengan saudara dan saudari sekalian sebagai panduan untuk menjayakan Bengkel ini.
KATA PENUTUP DAN LAFAZ PERASMIAN
18.
Saudara dan saudari sekalian,
Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya ingin merakamkan ucapan syabas kepada Insmartive kerana berjaya menggerakkan inisiatif transformasi ini dan berharap perbincangan yang akan menyusul dapat dijayakan dengan penyertaan penuh warga Bengkel ini.
19.
Saya juga ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Hari raya Aidilfitri kepada warga Insmartive yang beragama Islam dan terima kasih atas undangan saudara dan saudari untuk saya merasmikan program ini.
8
20.
Dengan lafaz yang mulia Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan ini membuka Bengkel Transformasi dan Hala Tuju Insmartive dengan rasminya.
Sekian,
Wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
9