SESI 4:
PENDAFTARAN JURNAL ILMIAH Oleh: Maizan Ismail Timbalan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia 1
JURNAL ILMIAH •
Jurnal Ilmiah merupakan jurnal yang mengandungi sejumlah artikel yang diterbitkan secara teratur pada kekerapan (mingguan, bulanan, tahunan dan sebagainya) dengan tujuan untuk menyebarkan pengetahuan, penelitian atau penemuan baru.
•
Penerbitan Jurnal Ilmiah ini selalunya dikumpulkan dalam bentuk artikel dan umumnya tersusun atas nama judul, mempunyai abstrak, pendahuluan, bahan dan kaedah kajian, hasil, perbahasan, kesimpulan, dan sumber rujukan/bibliografi.
•
Jurnal Ilmiah yang berwibawa perlu mempunyai ISSN/eISSN sebagai kod unik bagi pengenalan dan kawalan bagi sesebuah penerbitan bersiri.
•
Sumber: http://jurnalppi.vacau.com
2
Apakah penerbitan bersiri?
Penerbitan yang diterbitkan di dalam apa jua penulisan bahan yang dikeluarkan secara berturut-turut dan mempunyai judul yang sama
Lazimnya setiap keluaran mempunyai nombor keluaran dan/atau tarikh
Dijangka akan terus diterbitkan dengan judul yang sama sehingga bila-bila
3
ISSN/eISSN
4
ISSN/eISSN
International Standard Serial Number (ISSN) PERKHIDMATAN KEPADA PENERBIT eInternational Standard Serial Number (eISSN)
5
Apakah ISSN?
ISSN (International Standard Serial Number) atau Nombor Bersiri Piawaian Antarabangsa ialah
nombor unik untuk bibliografi dan pengenalan bagi sesebuah penerbitan bersiri
Memudahkan pengesanan bahan
Membantu dalam membuat penyelidikan
Digunakan apabila maklumat tentang penerbitan bersiri ingin diterbitkan bagi tujuan pemasaran produk 6
Struktur ISSN
ISSN
1511
-
0397
ISSN mengandungi dua (2) kumpulan empat (4) angka yang dipisahkan dengan tanda sengkang
7
Faedah ISSN Memudahkan pengesanan dan perolehan bahan terbitan Malaysia di peringkat tempatan dan antarabangsa Mempromosi penerbit Malaysia Memajukan penjualan terbitan di peringkat tempatan dan antarabangsa Digunapakai sebagai nombor bersiri dalam pengawalan stok bagi judul-judul yang diterbitkan
8
Kriteria pemberian ISSN
1
• Judul penerbitan bersiri baru yang diterbitkan di Malaysia dan sekurang-kurangnya sebanyak lima (5) helaian bagi setiap isu
2
• Setiap judul penerbitan bersiri yang bertukar pada perkataan atau susunan perkataannya Contoh: Laporan Q Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia bertukar kepada Laporan Kualiti JPS
3
• Setiap format bagi penerbitan bersiri yang diterbitkan lebih daripada satu versi (contoh cetakan dan CD-ROM)
9
Kriteria pemberian eISSN
1
• Penerbitan bersiri yang diterbitkan selain bercetak iaitu secara dalam talian atau CD • Mempunyai laman web dan URL khas Contoh:
2
3
i)http://www.aseanjournalofpsychiatry.org/index.php/aseanjournalofp sychiatry (layak) ii)http://gallica.bnf.fr/ark:/12148/bpt6k470120g.langFR (tidak layak)
• Laman web telah siap sepenuhnya dan mengandungi arkib atau sekurang-kurangnya 1 keluaran serta 5 artikel ke atas
10
Permohonan ISSN
Permohonan hendaklah dilakukan sebelum sesebuah terbitan berkala dicetak
Sertakan sekali borang yang lengkap bersama dokumen sokongan yang diperlukan
11
Prosedur permohonan ISSN Melengkapkan set borang permohonan ISSN: i) PNM.PK.PBN(O).02(B3) - Borang Permohonan ISSN Dokumen yang diperlukan: i) salinan permit KDN bagi penerbit swasta ii) salinan ‘mock-up’ cover terbitan bersiri ; dan iii) salinan mukasurat sidang redaksi Borang permohonan ISSN boleh didapati di:
http://www.pnm.gov.my
Contoh dokumen
Prosedur permohonan eISSN Melengkapkan set borang permohonan ISSN: i) PNM.PK.PBN(O).02(B3) - Borang Permohonan ISSN Dokumen yang diperlukan: i) Salinan cetakan skrin (screen prints) mukasurat hadapan dan mukasurat sidang redaksi daripada homepage di mana penerbitan dipaparkan berserta URL ii) Salinan cetakan skrin (screen prints) yang mengandungi kriteria seperti berikut: Judul skrin (title screen) Skrin yang mengandungi siri nombor yang berturut-turut (tarikh atau nombor isu terbitan/keluaran Mana-mana skrin yang memberikan maklumat umum mengenai bagaimana untuk melanggan, kekerapan, penerbit, hakcipta dll.
Cetakan ISSN
ISSN harus dicetak di tempat yang ketara di setiap isu sesebuah penerbitan bersiri (kulit depan, halaman mukasurat judul)
Nombor harus dicetak dalam dua kumpulan empat angka yang dipisahkan dengan tanda sengkang Contoh: ISSN 1511-0397 eISSN 1511-0457
Tempat yang paling sesuai ialah di kulit depan (sudut kiri di bahagian bawah ; walau bagaimanapun sudut kanan di bahagian bawah turut diterima)
Cetakan ISSN
Kod jalur ISSN
16
Sehingga 2016, sebanyak 7,395 nombor ISSN telah dikeluarkan kepada penerbit. Purata setahun sebanyak 300 ISSN dikeluarkan.
Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 (Akta 331)
18
Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 (Akta 331) • Akta yang membuat peruntukan bagi pengumpulan, pemuliharaan, pengawalan bibliografik dan penggunaan bahan perpustakaan yang diterbitkan di Malaysia • diwartakan pada 31 Disember 1986 • mula berkuatkuasa pada 15 April 1987
19
Tujuan penyerahan bahan perpustakaan bawah Akta 331
Membina satu Koleksi Negara dalam pelbagai bidang Mengumpul dan menyediakan bahan perpustakaan untuk rujukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa
Memelihara warisan intelek negara untuk rujukan generasi masa kini dan akan datang Hasil pemikiran kreatif warisan negara dapat dipelihara dengan selamat 20
Tafsiran :
Bahan Perpustakaan
“Apa-apa bentuk cetakan, grafik, audio, elektronik atau media lain di atas atau di mana maklumat ditulis, direkod, disimpan dipamer atau dikeluar”
21
Tafsiran :
Bahan bercetak
“Apa-apa gambaran aksara atau tulisan yang dicetak atas apa-apa jenis bahan” Contoh: Buku-buku, terbitan bersiri (majalah, jurnal, suratkhabar), kertas persidangan, carta, poster, dll.
22
Tafsiran :
Bahan tidak bercetak
“Bahan perpustakaan yang tidak bercetak dalam apa-apa bentuk grafik, audio, elektronik atau media lain” Contoh: Filem sinematograf, mikroform, piring hitam, rakaman video dan audio media elektronik (perisian komputer CD-ROM) dan lain-lain
23
Koleksi Negara Koleksi Negara terdiri daripada bahan perpustakaan yang terkumpul di Perpustakaan Negara Malaysia melalui penyerahan di bawah Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 (Akta 331) yang melambangkan pencapaian intelek negara yang diterjemah dalam bentuk cetak dan bukan bercetak
Jumlah koleksi (sehingga 2016
1,599,345 unit (mewakili 31.9 % daripada jumlah keseluruhan koleksi PNM yang berjumlah 5,018,276 unit) sehingga Disember 2016
Bilangan bahan perpustakaan untuk serahan di bawah Akta Bahan bercetak
Bahan tidak bercetak
5 naskhah bahan
2 naskhah bahan
1 bulan dari tarikh penerbitan - (buku dan bahan cetak lain) 1 minggu dari tarikh penerbitan - (terbitan bersiri)
1 tahun dari tarikh penerbitan
Kepatuhan kepada Akta oleh penerbit
Tertakluk kepada Seksyen 4(3), penerbit yang gagal menyerahkan penerbitan di anggap salah di sisi undangundang
Denda tidak melebihi RM3,000.00 bagi setiap judul dan penerbit perlu menyerahkan bahan perpustakaan yang gagal diserahkan dalam bentuk asal atau dalam bentuk keluaran ulangan jika bahan tersebut tidak lagi diperolehi dalam bentuk asalnya
26
Keperluan Pengesanan Bahan Perpustakaan Memberi perlindungan dan pemuliharaan khazanah intelek negara Menyediakan sumber rujukan dan penyelidikan dalam pelbagai bidang bagi penggunaan bangsa dan negara Memastikan judul koleksi negara yang ada dalam simpanan khazanah warisan intelek negara dalam bentuk cetak dan bukan bercetak dapat dimantapkan Mengenalpasti penerbit yang tidak menerbitkan bahan yang sepatutnya diterbit
Mengenalpasti penerbit yang tidak membuat penyerahan bahan Memperkasa repository warisan terbitan negara 27
SEKIAN TERIMA KASIH
28