Tatacara Pencalonan Dekan/Pengarah & Timbalan Dekan/Timbalan Pengarah Pusat Tanggungjawab Sesi Tahun 2016-2018
1
BAHAGIAN I KUASA-KUASA PERLEMBAGAAN UNIVERSITI DAN BIDANG KUASA NAIB CANSELOR 1.
Seksyen 29 Perlembagaan Seksyen 29 (4) Perlembagaan Universiti Sains Malaysia memperuntukkan bahawa : “Naib Canselor hendaklah, selepas berunding dengan pekerja akademik setiap Pusat Pengajian, melantik seorang Dekan berkenaan dengan setiap satu Pusat Pengajian dan sekurang-kurangnya seorang Timbalan Dekan dan hendaklah memaklumkan Lembaga tentang pelantikan itu secepat mungkin”.
2.
Kuasa-kuasa Naib Canselor Dengan kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 29 (4) dan 29 (6) Perlembagaan, Naib Canselor (NC) dengan ini membentuk mekanisme perundingan seperti berikut :
3.
2.1
Jawatankuasa Induk Pencalonan (JKIP)
:
Satu jawatankuasa untuk menggubal dasar dan prosedur pencalonan. Pendaftar adalah Pengerusi dan ahli-ahli yang dilantik oleh NC
2.2
Urusetia Pencalonan
:
Satu badan urusetia untuk melaksanakan proses pencalonan. Ketua urusetia dan ahli-ahli dilantik oleh Pengerusi JKIP.
Jawatankuasa Induk Pencalonan (JKIP) 3.1
JKIP terdiri daripada seorang Pengerusi, Setiausaha dan ahli-ahli yang dilantik oleh Naib Canselor.
3.2
Pengerusi JKIP adalah Pendaftar yang dilantik oleh Naib Canselor.
3.3
Setiausaha JKIP ialah seorang Timbalan Pendaftar Kanan di Jabatan Pendaftar.
3.4
Ahli-ahli terdiri daripada Pegawai Tadbir Kanan Pusat Tanggungjawab (PTJ), Pegawai Tadbir Jabatan Pendaftar dan Pegawai Perundangan yang dilantik oleh Naib Canselor.
3.5
JKIP bertanggungjawab membentuk tatacara dan peraturan pencalonan serta bertanggungjawab membuat taklimat tatacara pencalonan kepada Pegawai Tadbir Kanan/wakil PTJ.
2
4.
5.
6.
3.6
JKIP juga bertanggungjawab terhadap semua perjalanan proses pencalonan Dekan/Pengarah Dan Timbalan Dekan/Timbalan Pengarah PTJ (Ketua PTJ/Timbalan Ketua PTJ).
3.7
JKIP boleh mencadangkan kepada Naib Canselor untuk membatalkan sebarang pencalonan dan menangguhkan pencalonan sekiranya terdapat kes-kes yang melanggar peraturan-peraturan pencalonan atau apa-apa pelanggaran tatacara pencalonan.
3.8
Mesyuarat JKIP hendaklah dipanggil oleh Pengerusi atau Setiausaha JKIP.
Tatacara dan Peraturan Pencalonan 4.1
Tatacara dan peraturan pencalonan yang diguna pakai bagi tujuan pencalonan untuk pencalonan Ketua PTJ/Timbalan Ketua PTJ adalah seperti yang telah digubal oleh JKIP dan diluluskan oleh Naib Canselor.
4.2
JKIP boleh mengubah atau meminda apa-apa tatacara atau peraturan pencalonan dari semasa ke semasa dengan kelulusan Naib Canselor.
Pencalonan dan Calon 5.1
Seksyen 2 Perlembagaan memberikan tafsiran untuk “ahli akademik’ yang ertinya seseorang yang dilantik menjadi pengajar atau penyelidik oleh Lembaga mengikut Perlembagaan dan termasuklah seorang Profesor, Profesor Madya, Felo Penyelidik, Felo, Penolong Profesor, Pensyarah Kanan, Pensyarah, Penolong Pensyarah, Guru Bahasa dan Tutor.
5.2
Ahli akademik di PTJ berkenaan sahaja adalah layak untuk mengundi dan menjadi calon di dalam pencalonan Ketua PTJ/Timbalan Ketua PTJ.
5.3
Ahli Majlis Bersekutu layak dicalonkan bagi kedua-dua PTJ yang beliau berada.
5.4
Pencalonan-pencalonan akan melibatkan PTJ yang disenaraikan di Bahagian 3.
Senarai Pemilih 6.1
JKIP adalah bertanggungjawab untuk menyedia dan menyemak senarai dan kelayakan pemilih.
6.2
Kelayakan pemilih adalah ahli akademik yang bertugas secara sepenuh masa sama ada secara tetap dan kontrak. Ahli akademik yang bercuti sabatikal, bercuti belajar atau dipinjamkan ke mana-mana agensi luar dari Universiti tidak layak untuk menjadi pemilih termasuklah ahli akademik yang bertugas secara sambilan, kunjungan atau kehormat.
6.3
Ahli Majlis Bersekutu layak memilih bagi kedua-dua PTJ yang beliau berada.
3
7.
Kelayakan Calon Setiap ahli akademik di PTJ berkenaan yang bertugas secara sepenuh masa dan ahli Majlis Pusat Pengajian adalah layak untuk dicalonkan untuk jawatan Ketua PTJ/Timbalan Ketua PTJ seperti yang ditetapkan di perkara 6 dan 7 di atas kecuali ahli akademik yang bertugas secara sambilan, kunjungan, kehormat dan bercuti sabatikal, bercuti belajar atau dipinjamkan ke mana-mana agensi luar dari Universiti.
8.
Pengurusan Tertinggi Universiti Kelima-lima jawatan tertinggi pengurusan Universiti iaitu Naib Canselor dan semua Timbalan Naib Canselor adalah dikecualikan daripada memilih dan dicalonkan. BAHAGIAN 2 NOTIS PENCALONAN
9.
Notis 9.1
JKIP hendaklah menyiarkan suatu notis pencalonan Ketua PTJ/Timbalan Ketua PTJ di dalam laman web rasmi Universiti serta emel pentadbir kepada warga Universiti .
9.2
Notis pencalonan hendaklah menyatakan tarikh, masa dan hari pencalonan.
9.3
Dalam peraturan ini, hari pemberitahuan adalah pada hari tarikh notis dikeluarkan.
4
BAHAGIAN 3 JAWATAN DAN PUSAT TANGGUNGJAWAB 10.
Jawatan Yang Memerlukan Pencalonan 10.1
Berikut adalah senarai Pusat Pengajian yang terlibat untuk pencalonan Dekan dan Timbalan Dekan:
BIL.
PUSAT PENGAJIAN
1.
Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan
2.
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan
3.
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan
4.
Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa
5.
Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam
6.
Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral
7.
Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
8.
Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia
9.
Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik
10.
Pusat Pengajian Komunikasi
11.
Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh
12.
Pusat Pengajian Pengurusan
13.
Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan
14.
Pusat Pengajian Sains Farmasi
15.
Pusat Pengajian Sains Fizik
16.
Pusat Pengajian Sains Kajihayat
17.
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
18.
Pusat Pengajian Sains Kesihatan 5
19.
Pusat Pengajian Sains Kimia
20.
Pusat Pengajian Sains Komputer
21.
Pusat Pengajian Sains Matematik
22.
Pusat Pengajian Sains Pergigian
23.
Pusat Pengajian Sains Perubatan
24.
Pusat Pengajian Seni
25.
Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan
26.
Pusat Pengajian Teknologi Industri
10.2
Berikut adalah senarai Institut/Pusat Kecemerlangan yang terlibat untuk pencalonan Pengarah dan Timbalan Pengarah:
BIL.
INSTITUT/PUSAT KECEMERLANGAN
1.
Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (INFORMM)
2.
Institut Penyelidikan dan Teknologi Nano-Optoelektronik (INOR)
3.
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT)
4.
Pusat Biologi Kimia (CCB)
5.
Pusat IPv6 Termaju Negara (IPv6)
6.
Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS)
7.
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
8.
Pusat Kajian Samudera dan Pantai (CEMACS)
9.
Pusat Penyelidikan Arkeologi Global
10.
Pusat Penyelidikan Dadah dan Ubat-Ubatan
11.
Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CENPRIS)
12.
Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar (REDAC)
13.
Pusat Penyelidikan Wanita dan Gender (KANITA)
14.
Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia (PTPM) 6
BAHAGIAN 4 BILANGAN PENCALONAN 11.
Bilangan Pencalonan PTJ 11.1
SEMUA PTJ PERLU MENCALONKAN TUJUH (7) NAMA CALON KECUALI:
BIL.
BILANGAN PENCALONAN
PTJ
1.
Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh
8
2.
Pusat Pengajian Sains Perubatan
9
3.
Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (INFORMM)
5
4.
Institut Penyelidikan dan Teknologi Nano-Optoelektronik (INOR)
3
5.
Pusat Biologi Kimia (CCB)
3
6.
Pusat IPv6 Termaju Negara (IPv6)
3
7.
Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS)
3
8.
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
3
9.
Pusat Kajian Samudera dan Pantai (CEMACS)
3
10.
Pusat Penyelidikan Arkeologi Global
3
11.
Pusat Penyelidikan Dadah dan Ubat-Ubatan
3
12.
Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CENPRIS)
3
13.
Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar (REDAC)
3
14.
Pusat Penyelidikan Wanita dan Gender (KANITA)
3
15.
Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia (PTPM)
5
7
BAHAGIAN 5 KAEDAH-KAEDAH PENCALONAN 12.
13.
Cara Pencalonan 12.1
Pencalonan melalui e-Dekan di portal Campus Online yang akan dibuka selama satu hari sahaja bermula dari jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang.
12.2
Terdapat paparan untuk pencalonan bagi setiap PTJ.
12.3
Pilih bilangan calon mengikut PTJ seperti yang ditetapkan.
12.4
Emel pemberitahuan akan dihantar kepada pemilih yang telah membuat pencalonan.
Penutupan Pencalonan Sistem e-Dekan akan ditutup tepat pada masa yang telah ditetapkan.
14.
Pelantikan Wakil Pusat Pengajian Sebagai Pembantu Setiap wakil Pendaftar di PTJ akan membantu proses pencalonan di PTJ.
8
BAHAGIAN 6 15.
Am Apa-apa perkara yang tidak dinyatakan di dalam tatacara ini hendaklah tidak menjejaskan kesahan tatacara ini dan sebarang perkara yang tidak termaktub di dalam tatacara ini akan dianggap sebagai perkara di bawah kuasa Naib Canselor.
16.
Jawatankuasa Keutuhan 16.1
16.2
Jawatankuasa Keutuhan dianggotai oleh: i. Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa (Pengerusi) ii. Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi iii. Timbalan Naib Canselor Jaringan dan Masyarakat iv. Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni v. Penasihat Undang-Undang Universiti
Terma rujukan Jawatankuasa Keutuhan adalah: i.
Mengesahkan sistem e-Dekan adalah telus, sahih dan boleh dipercayai.
ii.
Memastikan sistem e-Dekan berfungsi dengan baik semasa proses pencalonan.
iii.
Jawatankuasa Keutuhan bertanggungjawab kepada Naib Canselor.
9