Risalah Ringkas: Programme Assessment Center
PAC dan Pre-PAC 3 hari vs 1 hari vs 2 hari? Aspek Penilaian Gemuruh dan apa perlu buat Sebab Gagal dan Strategi mengatasinya Isu-isu yang perlu diberi perhatian Sumber rujukan isu Nasional Format Umum Pelan Tindakan Kejayaan Senarai semak
Oleh: Tim Infokerjaya www.RujukanKerjaya.com
Risalah Programme Assessment Center (2014)
Legal Notice •
Ebook ini adalah hakmilik sepenuhnya Infokerjaya Resources (RujukanKerjaya.com)
•
Sebarang aktiviti pengedaran semula atau menjual semula naskhah ini adalah DILARANG sama sekali dan ianya menyalahi Akta Hakcipta.
Disclaimer Risalah PAC ini diterbitkan untuk tujuan perkongsian maklumat dan sayugianya diingatkan yang kandungan Pakej ini tidak boleh dianggap nasihat professional dan kami tidak bertanggungjawab atas sebarang liabiliti kerugian dan kerosakan hasil dari maklumat dalam Pakej ini. Semua maklumat dalam Risalah PAC ini adalah tepat pada masa ianya diterbitkan. Format PAC sentiasa berubah dan pastikan anda mendapat edisi terkini dari Tim Infokerjaya
Tim Infokerjaya Mac 2014
2
Risalah Programme Assessment Center (2014)
Pendahuluan Panduan ini adalah satu panduan ringkas yang ditulis untuk memberikan sedikit gambaran tentang Assessment Center yang bakal berlangsung nanti. Risalah ini diedarkan secara PERCUMA kepada mereka yang membeli eBook peperiksaan bertulis yang dikeluarkan oleh Tim Infokerjaya Naskhah ini juga diedarkan untuk kegunaan jawatan yang lain kerana proses penilaian adalah sama seperti P P M d a n PTD. Edaran untuk semua pembeli Infokerjaya bagi jawatan Pegawai Antidadah (2011), Penguasa Kastam (2012), Pegawai Tadbir Diplomatik, Akauntan, Pegawai Pembangunan Masyarakat (2013) yang melalui proses tapisan sama (MyRecruitment). Diharapkan juga risalah ini bakal membantu persediaan anda dalam masa yang singkat ini.
Tim Infokerjaya www.RujukanKerjaya.com
Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com
3
Risalah Programme Assessment Center (2014)
Pengenalan:PAC Setelah berjaya dalam peperiksaan bertulis, anda akan dipanggil menghadiri Program Assessment Centre atau ringkasnya PAC. PAC merupakan mekanisme bagi membantu pihak JPA membuat penilaian terhadap kesesuaian dan kelayakan calon-calon sebelum diperakukan kepada SPA untuk tujuan temuduga dan lantikan ke perkhidmatan awam. Perlaksanaan PAC ini bermula sejak tahun 1999 dengan melibatkan kesemua INTAN kampus wilayah termasuk INTAN Sabah dan INTAN Sarawak. Ianya direkabentuk khas utk menilai anda, jadi anda perlu pergi dengan penuh persediaan! Program penilaian ini biasanya dilaksanakan selama tiga hari. Mulai tahun 2008 ianya dijalankan selama 1 hari sahaja dan untuk sesi Mac 2011 ianya dijadikan 2 hari. Tak perlu gusar dengan format 2013/14 kerana aspek penilaian yang dibuat adalah pada asas yang sama dan itulah yang kita akan bincangkan pada risalah ringkas ini. Lokasi ujian PAC 2013/14 setakat ini di senaraipendekkan di 5 pusat di semenanjung dan 2 pusat masing-masing di Sabah dan Sarawak. Ianya diuruskan oleh Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Di semenanjung; 1. INTAN Bukit Kiara (Kampus Utama) 2. INTIM (Kampus Wilayah Timur) 3. INTURA (Kampus Wilayah Utara) 4. IKWAS (Kampus Wilayah Selatan) 5. INTENGAH (Kampus Wilayah Tengah)
Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com
4
Risalah Programme Assessment Center (2014)
Sabah/Sarawak 1. Kampus INTAN Sarawak 2. Kampus INTAN Sabah Kampus utama ialah INTAN Bukit Kiara. Keenam-enam kampus di wilayah yang lain menyediakan kursus yang memenuhi kehendak agensi dan jabatan diperingkat negeri dan daerah. Apabila perlu, kepakaran dari kampus utama akan dipanggil untuk
memberi
pandangan. Sesetengah kursus yang dijalankan di Kampus Utama boleh juga dijalankan di kampus wilayah atas permintaan. Untuk pertukaran pusat ujian, tarikh dan sebagainya, ianya bergantung kepada budi bicara pihak SPA. Anda boleh menghubungi mereka untuk urusan itu. Walaubagaimanapun, tiada jaminan diberikan dan sebolehnya anda mengaturkan perjalanan dan jadual anda sendiri.
Web Rasmi INTAN; http://www.intanbk.intan.my/
Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com
5
Risalah Programme Assessment Center (2014)
Aspek Penilaian Seperti yang dikatakan sebelum ini, PAC diadakan bertujuan untuk menilai kemampuan anda semua untuk menjawat jawatan ini. Sekiranya anda lulus semua penilaian PAC ini, anda akan dipanggil ke sesi temuduga yang akhir sebelum ditawarkan jawatan ini. Masih jauh lagi sebenarnya perjalanan itu. Tak mengapa, yang penting sekarang, fokus untuk lulus PAC ini. Tiga komponen utama akan dinilai iaitu Kualiti Personal, Pengetahuan dan Kemahiran anda. Kualiti personal mencakupi kelakuan yang mencakupi perilaku dan nilai murni yang sedia terbina pada diri anda. Tingkah laku anda serta gerak balas terhadap sesuatu isu semasa menghadiri PAC amat penting. Ramai yang mengatakan, kita hanya perlu jadi diri kita sendiri! Tapi bagi kami apa yang penting, simpan semua sikap/tingkah buruk anda dan hanya tonjolkan nilai yang baik sahaja dari diri anda. Anda bukan berpura-pura, tapi menyembunyikan apa yang sepatutnya dan menonjolkan apa yang patut ditonjolkan! Sekali lagi saya katakan, simpan sikap buruk anda, hanya tonjolkan yang baik. Selain itu penampilan anda juga dinilai, ianya lebih kepada pembawakan diri yang membuatkan orang selesa dengan anda. Pergaulan dan percakapan anda sepanjang PAC ini haruslah melambangkan identiti anda yang disenangi ramai. Anda tak perlu menjadi terlalu ramah, cukuplah sekadar bertindak dalam kesesuaian situasi yang ada. Jangan menimbulkan ‘provocative situation’. Yakin pada diri anda sendiri. Yakin terhadap kebolehan diri dan berani menghadapi tugasan serta mempunyai daya tahan (tolerence level) yang tinggi terhadap cabaran dan masalah yang dihadapi (mental dan fizikal) merupakan ‘hidden criteria’ yang dinilai pada anda. Anda haruslah menjadi penggerak kumpulan! Ambil tanggungjawab dan cuba tunjukkan kebolehan mengurus dan bekerjasama dalam pasukan. Dengan itu anda secara tidak langsung
Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com
6
Risalah Programme Assessment Center (2014)
akan berjaya mengenengahkan potensi kepimpinan anda yang mana merupakan satu aspek kritikal sebagai seorang pegawai perkhidmatan awam . Dalam kata lain, anda harus cuba sedaya upaya mempromosikan diri anda sepanjang PAC bahawa anda mempunyai potensi sebagai seorang pemimpin yang baik. Kemahiran anda adalah kualiti utama yang perlu anda ketengahkan untuk membuatkan anda lebih tertonjol berbanding yang lain. Antara kemahiran itu ialah kemahiran berkomunikasi. Anda harus menyakinkan mereka yang anda berkebolehan berkomunikasi di kalangan rakan dengan lain dan berkesan. Tidak semestinya anda bercakap banyak, tapi setiap kali anda berbahasa, nilaian dan lontaran idea itu menarik dan jelas kepada maknanya. Dalam sesi pengucapan awam / public speaking anda haruslah menyampaikan idea, maklumat dan maksud dengan yakin dan berkesan. Anda juga akan menghadapi sesi debat ala parlimen yang bertujuan menilai menifestasi perilaku anda. Di sini, bukan sahaja kebolehan penyampaian maklumat dinilai, tetapi bagaimana anda yakin dalam hujah anda dan bagaimana anda mempertahankan hujah anda ketika diasak oleh rakan lain. Tertib, berhemah dan objektif perlu diluncurkan dalam setiap tindak balas anda dalam mempertahankan hujah anda. Di sini kuncinya! Di samping itu juga, semua itu menuntut anda mempunyai pengetahuan dalam isu-isu yang berkaitan. Kematangan idea dinilai melalui keupayaan anda mencetuskan idea itu pada masa yang sesuai dan relevan dengan isu yang diperbincangkan. Saya rasa sekadar ini cukup secara umumnya mencakupi apa yang dinilai dan apa yang perlu anda fokuskan semasa anda menghadapi PAC. Kami simpulkan sekali lagi, apa yang penting dalam PAC ialah, keyakinan anda yang mencakupi kualiti personal, kemahiran dan pengetahuan anda. Bermulalah dari sekarang untuk berjaya!
Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com
7
Risalah Programme Assessment Center (2014)
Kenapa GAGAL? Ada beberapa sebab yang menyumbang kepada kegagalan calon-calon Assessment Center. Anda boleh rujuk dalam ebook PERCUMA “27 Sebab kenapa Calon GAGAL Ujian” di blog tipsptd di http://tipsptd.com/blog Kenalpasti sebab gagal dan anda cuba pastikan ianya tidak berlaku pada anda. Anda harus baca ebook tersebut! Untuk tindakan pantas, saya senaraikan beberapa sebab penting yang mana antara lainnya, calon gagal sebab terlalu gemuruh! Apabila terlalu gemuruh, maklumat yang ada di kepala anda hilang dan tidak keluar. Anda mungkin memandang remeh isu ini tetapi inilah hakikat yang berlaku. Seringkali ada sahaja calon yang berpeluh satu badan dan tak senang duduk semasa PAC lantas gagal melontarkan idea yang bagus ketika sesi pengucapan umum dan diskusi. Kenapa mereka gemuruh? Kalau ianya memang satu symptom kebiasaan anda, anda perlu kepada ubat. Ada beberapa ubat penenang yang anda boleh dapatkan di farmasi untuk tindakan pantas. Tapi untuk jangkamasa panjang, saya sarankan anda mengambil ubat panenang yang merupakan ‘tissue salt’ dari klinik perubatan homeopathy. Perubatan homeopathy memberikan tindakbalas yang sedikit lambat, tapi jika anda mengalami masalah gemuruh, eloklah mengamalkannya dan ianya selamat serta tiada kesan sampingan berbanding ubat penenang yang dijual di farmasi. Sebab lain yang menyumbang kepada gemuruh ini ialah disebabkan kecuaian calon tersebut. Calon tersesat dan tak jumpa jalan ke tempat peperiksaan ataupun tersekat dalam traffic jam lalu lewat ke tempat penilaian PAC. Ada juga lupa peralatan yang diperlukan termasuk IC dan lain-lain. Semua ini perkara remeh dan tak sepatutnya berlaku kepada anda. Siapkan diri anda awal-awal, ini adalah persediaan fizikal yang perlu diselesaikan awal. Kalau boleh anda pergi melihat tempat peperiksaan sehari awal atau sebelum sesi PAC, jadi anda tak gelabah tersesat dan sebagainya. Tolong ambil perhatian perkara ini kerana ianya penting dan selalu diabaikan. Pastikan semua kelengkapan alat tulis ada, IC dan surat panggilan juga ada. Cuba tiba awal di pusat PAC dan biarkan diri anda ber’asimilasi’ dengan suasana pusat peperiksaan tersebut. Amik nafas dalam-dalam dan cuba bermeditasi seketika. Bacalah doa-doa yang anda belajar untuk menenangkan diri, termasuk doa yang dikongsikan di akhir Risalah ini.
Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com
8
Risalah Programme Assessment Center (2014)
Tiada persediaan rapi adalah faktor umum kegagalan anda dalam apa bidang sekalipun. Terlalu yakin atau sekadar pergi mencuba nasib merupakan attitude yang berbeza tapi menyumbang ke satu natijah yang sama iaitu KEGAGALAN. Anda harus bersedia dengan rapi kerana anda adalah calon yang terpilih! Satu fakta yang anda kena tahu ialah, jumlah calon yang layak menduduki peperiksaan bertulis setiap tahun ialah lebih kurang antara 70 ribu ke 80 ribu orang dan calon yang dipanggil ke sesi PAC adalah sekitar 6 ribu ke 7 ribu calon sahaja. Apa yang saya cuba sampaikan ialah, anda tak harus mensiasiakan peluang yang ada ini kerana bukan senang untuk anda melepasi exam tempohhari kan? Jadi, buat yang terbaik, bersedia dengan baik dan tanamkan kepada diri anda yang anda nak sampai kepada stage temuduga nanti! Faktor lain ialah, kurang kemahiran berbahasa. Jika ini menjadi faktor kegagalan anda, anda seharusnya cuba sedaya upaya meningkatkan teknik pengucapan anda. Saya sewaktu mula belajar berucap/melakukan presentation, banyak video-video di YouTube yang saya tonton dan cuba tiru. Anda boleh lihat sendiri video-video pengucapan di Youtube seperti pengucapan oleh Steve Jobs. Anda bukan sahaja mempersiapkan diri anda untuk PAC bahkan untuk survival alam pekerjaan anda sekaligus. Selain itu, cuba bercakap atau bermonolog sendiri selain cuba bercakap dihadapan kawan-kawan dan minta komen dari mereka. Yang penting ialah anda berusaha ke arah itu dan tidak duduk sahaja mengenang nasib anda. Buat sesuatu! Faktor lain ialah tak tahu tentang tajuk yang diutarakan. Ini satu sebab yang tak sepatutnya, tapi itu lah yang terjadi. Selalunya sesi diskusi dan pengucapan umum akan mengemukakan tajuk-tajuk umum dan tidak lah terlalu spesifik, jadi anda tak perlu risau. Sekiranya anda selalu membaca suratkahabar dan mengambil tahu isu-isu semasa, pasti ianya tiada masalah untuk anda.
Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com
9
Risalah Programme Assessment Center (2014)
Isu-isu yang Perlu Diberi Perhatian Kalau nak dibicarakan isu-isu yang perlu diberi perhatian, boleh dikatakan tidak
mampu
untuk
disenaraikan, terlalu banyak dan terlalu umum. Anda harus berusaha sendiri ke arah itu. Tapi diharapkan supaya penyenaraian ini memberikan sedikit impak terhadap persediaan anda. Buat masa sekarang sekiranya anda perasan, isu utama ialah isu RASUAH dan bagaimana SPRM memainkan peranan mereka dalam isu ini. Adakah SPRM berkesan atau tidak dan bagaimana SPRM boleh ditambah-baikkan. Isu gagasan 1 Malaysia juga berkemungkinan besar diutarakan. Di samping itu juga, isu bencana alam yang kerap melanda sekarang seperti banjir dan tanah runtuh yang seakan-akan tiada langsung kesudahannya. Juga isu terkini berkaitan kekurangan air, empangan kering dan yang seangkatan dengannya Tiada soalan ramalan atau tugasan ramalan. Apa yang penting ialah anda peka dalam isu-isu dan anda boleh rujuk semula isu yang telah dihuraikan dalam pakej rujukan sebelum ini. Sebenarnya dalam sesi PAC, yang didahulukan ialah aspek penilaian yang telah dihuraikan sebelum ini. Tetapi untuk mencapai semua kriteria tersebut anda perlu siapkan diri anda sendiri supaya apa yang hendak diusulkan atau diucapkan mempunyai asas fakta yang kukuh. Dalam kata lain, masing-masing saling memerlukan. Jika anda tak ada maklumat bagaimana gaya penyampaian dan kematangan anda hendak dinilai? Satu lagi pastikan yang idea dan penyampaian anda nanti berdasarkan sumber-sumber prima yang selari dengan hasrat kerajaan. Anda boleh membaca pendapat umum dari ‘bloggers’ tapi anda harus ingat yang pendapat yang harus anda tujukan adalah lebih kepada fakta dan huraian yang berpadanan dengan polisi dan kehendak kerajaan. Anda boleh rujuk dari sumber-sumber di bawah untuk isu-isu nasional http://www.iim.com.my/index.php (Integriti Malaysia) http://www.malaysia.gov.my/ (Semua isu penting Negara, Bioteknologi etc) http://www.pmo.gov.my/ (Koleksi ucapan, dasar, menteri etc) http://www.1malaysia.com.my (Laman web integrasi 1Malaysia)
Sumber Rujukan Prima: www.RujukanKerjaya.com
10
Risalah Programme Assessment Center (2014)
Perjalanan Format 3 hari vs 2 hari vs 1 hari Seperti yang dinyatakan sebelum ini, sebelum tahun 2008, format PAC adalah 3 hari dan selepas itu ianya dilakukan selama 1 hari dan ada juga diselang seli dengan 3 hari kembali. Untuk 2011 ianya dijadikan 2 hari dan belum pernah dibuat sebelum ini. Tapi melalui pemerhatian kami di Infokerjaya, penilaiannya adalah sama mengikut panduan penilaian asas oleh pihak INTAN. Jadi anda tidak perlu risau mengenai perubahan format ini, kerana penilaian adalah pada dasar yang sama. Jom kita lihat apa yang berlaku pada format 1 hari 2 hari dan 3 hari (maklumat ini diterangkan secara umum supaya tiada maklumat SULIT yang didedahkan)
Format 1 Hari (2008-2010) ianya adalah program penilaian 1 hari yang mencakupi beberapa siri aktiviti termasuk ujian Sahsiah dan Minat. Ada sesi yang tidak mempunyai ujian sahsiah dan minat tapi umumnya ada. Mengikut pengalaman calon yang lepas, PAC format 1 hari ini mempunyai 5 sahaja sesi utama. Tapi berikut saya nyatakan kronologi apa yang akan berlaku sepanjang 1 hari anda di sana; Sesi 1: Selepas selesai sesi pendaftaran, anda akan diberi NOMBOR yang perlu digantung di badan anda untuk memudahkan sesi pengenalan. Selepas itu tinggi dan berat anda akan diukur. Anda akan diberikan kumpulan yang biasanya 5 orang satu kumpulan yang mana anda akan bersama-sama mereka sepanjang PAC ini berlangsung Sesi 2: Selepas itu aka nada sesi taklimat oleh pegawai berkaitan tentang kerjaya dan penetapan matlamat dan sebagainya. Anda perlu beri perhatian kepada sesi taklimat ini. Selepas itu akan ada minum pagi untuk anda bertenang dan sembang-sembang dengan ahli kumpulan anda. Sesi 3: Selesai minum pagi, anda dan rakan kumpulan anda akan ditempatkan di sebuah bilik untuk memulakan aktiviti ‘Intellectual Group Discussion’. Satu tajuk akan diberikan dan anda
Sumber Rujukan Prima: www.RujukanKerjaya.com
11
Risalah Programme Assessment Center (2014)
dikehendaki berbincang dalam Bahasa inggeris. Lebih kurang sesi ujian speaking semasa MUET dulu. Jadi anda tak perlu risau. Sesi 4: Selepas itu anda akan terus memulakan sesi Debat Ala Parlimen. Jangan lupa tip-tip yang telah diutarakan dalam bab ‘Aspek Penilaian’ sebelum ini ok? Selepas selesai, sesi tersebut, rehat untuk lunch dan solat. Sesi 5: Ujian Sahsiah dan Minat selama 1 jam. Sesi 6: Sesi kerja kumpulan. Untuk sesi anda, anda hanya perlu ‘enjoy’ dan tak perlu risau. Buat apa nak pening-pening kerana pada sesi ini aktiviti seakan ‘permainan’ akan dilakukan ☺ Sesi 7: Aktiviti fizikal. Ianya akan dimulakan dengan gerakan ala-ala aerobik dan beberapa aktiviti fizikal yang dapat didedahkan di sini. Ianya amat menguji stamina anda, jadi buatlah persediaan yang sepatutnya.
Format 3 Hari (2005-2007) Aktiviti hari Pertama; Pendaftaran dimulakan pada hari Jumaat pagi sehingga tengah hari. Selepas solat Jumaat sesi
taklimat akan dimulakan. Aktiviti pertama dimulakan sebelah
malamnya iaitu sesi penyelesaian masalah yang dilakukan dalam kumpulan, satu sesi bahasa melayu dan satu lagi bahasa Inggeris Aktiviti hari Kedua; Aktiviti kajian kes diadakan di sebelah pagi dalam kumpulan dan dibahagikan kepada sesi bahasa Melayu dan Inggeris. Untuk tengah hari sesi pengucapan awam bahasa Melayu sehingga pukul 4ptg. Rehat dan selepas minum petang larian 2.4KM diadakan. Untuk sesi malam diadakan pengucapan umum Bahasa Inggeris
Sumber Rujukan Prima: www.RujukanKerjaya.com
12
Risalah Programme Assessment Center (2014)
Aktiviti hari Ketiga; Sesi debat ala parlimen diadakan dan dibahagikan kepada kumpulan pembangkang dan kerajaan. Dan sesi diakhiri dengan taklimat pengenalan kepada kerjaya
Format 2 Hari (MAC 2011) Format ini adalah yang terbaru pada Mac 2011 dan November 2011 yang lepas. Ringkasan penilaian yang berlaku pada ' sesi 2 hari' yang lepas; Skop 1: Perbincangan: Dipecahkan kepada 2 sesi, satu untuk Bahasa Melayu dan satu lagi khusus dalam Bahasa Inggeris. Tajuk umum diberikan dan berdasarkan skop yang besar tersebut, perincian perbincangan harus dilakukan
Tambahan apa yang berlaku pada sesi terkini sebelum ini Peserta diberi gambar tanpa petikan dan diminta membahaskan apa sahaja berkaitan dengan gambar tersebut. Gambar: Pelbagai karakter kartun antaranya tentang YB yg sedang mendengar masalah rakyat, ahli mesyuarat IMF yg sedang bergaduh, sekumpulan pemuda yang sedang berangan membeli kereta, gambar Wawasan 2020 dsb. Tips: Analisa yg baik diperlukan bagi memastikan perbincangan tidak tersasar dari maksud gambar yg diberikan. Disebabkan terlalu banyak karakter, ramai yang 'blur' tak tahu apa yang nak dibincangkan. Calon boleh kumpulkan semua perbincangan berdasarkan gambar Wawasan 2020 itu, berkaitan CABARAN Negara (YB, IMF, pemuda berangan etc) untuk mencapai wawasan tersebut. Di akhir aktiviti, calon diminta mencatat hasil perbincangan diatas kertas mahjong.
Sumber Rujukan Prima: www.RujukanKerjaya.com
13
Risalah Programme Assessment Center (2014)
Skop 2: Permainan Kumpulan: Juga dipecahkan kepada 2, sesi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Dalam sesi ini,
permainan yang menguji
tahap komunikasi,
persefahaman,
kepantasan dan gerak kumpulan digarap dengan kecelaruan dan pada ketika ini pasti banyak penilaian yang dapat dibuat.
Tambahan apa yang berlaku pada sesi terkini sebelum ini Masalah yg diberikan ialah seorang pegawai diminta untuk melakukan kajian bagi menambah baik system LRT yg dikatakan tidak menepati masa. Pegawai telah pergi ke LRT station dan mengkaji 15 padanan laluan LRT. 6 kad mengandungi 15 padanan laluan LRT (pair of route) telah diberikan kepada peserta. Peserta diminta berdasarkan senario yang diberikan, cari 15 padanan jalan LRT yang telah diambil oleh pegawai tersebut.
Skop 3: Kerja Kumpulan & Inovasi: Ianya tidak sama di semua pusat penilaian. Terdapat sesi kajian penganjuran
(event
management). Peserta
penganjuran majlis. Untuk bahagian inovasi,
diberikan
tugasan untuk
merangka
diberikan beberapa barangan/tugasan dan
dikehendaki menilai dan mengeluarkan sesuatu daripadanya dengan daya inovasi dan kreativiti yang ada
Tambahan apa yang berlaku terkini sebelum ini Aktiviti inovasi: 3 barang diberikan iaitu 10 pinggan polisterin, 1 m tali raffia dan pen marker. Pertama – Peserta diberi 5 minute untuk melakar satu produk inovasi berdasarkan ketiga-tiga bahan yg diberikan dan diminta untuk melakukan presentation ringkas. Kedua – setelah semua present, calon diminta utk memilih satu produk untuk dihasilkan. Boleh pilih yang telah dibentangkan oleh perserta lain atau cipta produk baru. Selepas pilih, calon dikehendaki untuk menghasilkan prototype dan presentation yang merangkumi aspek penerangan produk, pemasaran, kos, penambahbaikan yg boleh dibuat dan present.
Sumber Rujukan Prima: www.RujukanKerjaya.com
14
Risalah Programme Assessment Center (2014)
Skop 4: Public Speaking: Sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris, dikehendaki menghuraikan tajuk yang telah diberikan dengan pengetahuan dan gaya penyampaian.
Tambahan apa yang berlaku dalam sesi terkini sebelum ini Calon diminta utk menyediakan hanya satu slide utk presentation selama 5 minit untuk tajuk yg diterima melalui cabutan. Slide dan presentation hendaklah dilakukan dalam Bahasa Inggeris. Untuk calon yang bawa laptop dan internet sendiri ianya memberikan sedikit kelebihan, tetapi untuk yang tidak bawa boleh menggunakan kemudahan lab komputer. Tajuk yang diberikan agak mudah (i.e National Car)
Skop 5: Aktiviti Fizikal: Dibahagikan kepada 2, satu sesi untuk aktiviti fizikal berkumpulan dan larian 2.4KM
Sumber Rujukan Prima: www.RujukanKerjaya.com
15
Risalah Programme Assessment Center (2014)
ANALISA Tim Infokerjaya Jadi kalau anda perasan, ianya mencakupi 5 aktiviti utama iaitu; 1. Diskusi kumpulan (bahasa Melayu dan Inggeris) 2. Pengucapan/debat 3. Ujian Sahsiah dan Minat 4. Aktiviti kumpulan 5. Aktiviti Fizikal Bagi kertas sahsiah diri dan minat, untuk sesi sebelum ini tidak ada kerana ianya sudah dimasukkan dalam sesi ujian bertulis sebelum itu. Untuk sesi November juga tidak ada, jadi dalam kata lain, ianya tidak tetap dan bergantung kepada sesi yang diadakan.
Jika ada, soalan yang diajukan adalah berkaitan dengan situasi di mana sahsiah atau personaliti diri anda akan dinilai. Kami selalu katakan dan banyak kali juga diutarakan oleh penulis Team Tipsptd yang anda tidak perlu menjadi hipokrit, hanya sembunyikan keburukan anda. Pilih untuk mengeluarkan kualiti baik anda dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal memakan diri anda. Apa tidaknya, soalan ini dirangka oleh pakai psikologi yang bakal menentukan kebenaran jawapan anda. Tip terpenting ialah, pastikan jawapan anda sentiasa konsisten. Terdapat sejumlah soalan yang hampir sama bertujuan untuk memerangkap caloncalon yang berpendirian seperti lalang. Untuk 3 lagi aspek selain aktiviti fizikal, semuanya mencakup aspek penilaian yang telah diterangkan dalam bab “Aspek Penilaian“ dan anda boleh rujuk di sana tentang bagaimana menghadapi semua ini dan apa kualiti yang anda perlu terjemahkan dalam tindak-tanduk anda. Untuk ujian fizikal, tak ada apa yang boleh dibantu, tapi tips dari kami ialah, habiskan semua aktiviti tersebut kerana di situ kesungguhan anda akan dinilai. Jangan cepat berputus asa, cuba sebaik mungkin! Untuk yang ada masalah kesihatan seperti demam, mengandung dan
Sumber Rujukan Prima: www.RujukanKerjaya.com
16
Risalah Programme Assessment Center (2014)
sebagainya, maklumkan kepada urusetia tentang keadaan anda terlebih dahulu sebelum penilaian dimulakan. Untuk ini, disertakan “Pelan Tindakan” untuk anda menghadapi Program Assessment Center nanti. Pelan tindakan ini ialah sebagai persediaan untuk anda menghadapi; •
Aspek 1 - pengucapan/komunikasi Bahasa Melayu
•
Aspek 2 - pengucapan/komunikasi Bahasa Inggeris
•
Aspek 3 - fizikal
Dalam penilaian pengucapan adanya sesi debat dan perbincangan di mana anda akan dinilai di situ dan penilaian fizikal adalah melalui aktiviti fizikal yang dulunya larian 2.4km dan yang terbaru 5 corak senaman fizikal mahupun aktiviti fizikal berkumpulan. Walau apa pun pertukaran perincian format, 3 aspek penilaian ini masih menjadi tumpuan utama disamping penilaian nilai kendiri dan sahsiah. Jadi tak perlu risau, walau apapun aktiviti 2014, fokus anda untuk markah adalah apa yang dinyatakan dalam bahagian 'Aspek penilaian' sebelum ini. Rujuk semula dan fokus kepada itu sahaja. Untuk masa yang singkat ini, apa yang perlu anda buat? Kami ringkaskan 10 perkara ini dan ianya merupakan unjuran tindakan yang perlu anda lakukan mulai sekarang! 1. Beli dan baca akhbar Berita Harian/Utusan (aspek1) 2. Beli dan baca akhbar The Star/NST (aspek2) 3. Luangkan masa menonton Buletin Utama pukul 8 malam (aspek1dan2) 4. Fokus berita penting dalam akhbar dan berita tersebut dan buat sedikit catatan (aspek1 dan2) 5. Khususkan pembacaan anda kepada kategori supaya anda tidak pening seperti **isu kesihatan (denggi, HIN1 etc), **isu nasional (KLCIC, 1Malaysia, bangunan runtuh etc), **isu sukan (prestasi bola sepak, jurulatih luar etc), **isu pendidikan (subjek tetap SPM,
Sumber Rujukan Prima: www.RujukanKerjaya.com
17
Risalah Programme Assessment Center (2014)
PPSMI etc) dan lain-lain isu. Pecahkan supaya anda nampak lebih objektif dan tersusun, ini akan memudahkan maklumat masuk secara teratur dalam kepala anda
(aspek1
dan 2) 6. Qoute beberapa kata-kata/statement rasmi tokoh, menteri dan badan berwajib dalam beberapa isu penting. Contohnya, **mengikut statistik yang di sahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, kes H1N1 di Malaysia sehingga 21 Jun 2010 ialah sebanyak 42 kes. Pernyataan sebegini akan mengukuhkan statement anda nanti dan akan menarik perhatian (aspek1 dan 2) 7. Mula bermonolog sendiri dalam bahasa melayu dan Inggeris semasa memandu, berjalan dan ketika anda seorang diri untuk meningkatkan kelancaran susunan ayat anda (aspek 1 dan 2) 8. Baca dan sebut dengan kuat akhbar The Star/NST untuk melancarkan sebutan bahasa Inggeris anda (aspek 2) 9. Buat sit-up, pumping, ketuk ketampi, jalan itik, joging dan apa2 yang difikirkan perlu untuk meningkatkan tahap kecergasan anda. Mengikut perkongsian, untuk ujian fizikal format 1 hari, rutin tugasan begitu berat dan menyakitkan otot bagi yang tak biasa. Untuk larian pula, anda perlu habiskan sepantas mungkin. Jadi anda biasakan diri anda dengan semua aktiviti ini supaya memudahkan anda nanti tak kiralah apa bentuk ujian yang bakal pihak INTAN adakan, anda harus bersedia. (aspek 3) 10. Buat semua perkara 1-9 secara intensif, dan ingat, usaha tangga kejayaan!(aspek 1, 2 dan 3)
Sumber Rujukan Prima: http://tipsptd.com/blog
18
Risalah Programme Assessment Center (2014)
PemakaianSepanjangProgram (selain aktiviti fizikal)
Lelaki •
Berambut kemas, kemaskan misai dan janggut
•
Kasut hitam yang telah dipolish dan bertali (bukan strap)
•
Baju kemeja putih plain berlengan panjang yang dipadankan dengan tali leher
•
Seluar hitam/biru gelap
Perempuan •
Hendaklah berpakaian kemas, kalau bertudung, hendaklah nampak berkeyakinan dan selesa
•
Kalau tidak bertudung hendaklah memakai sut skirt panjang atau pendek (bawah lutut)
•
Kasut tumit tinggi -court shoes (bertutup) berwarna hitam
•
Rambut kalau panjang, kene tie dalam “bun”
•
makeup yang profesional dan meyakinkan
Terpulang kepada keselesaan anda, ini adalah pemakaian umum mengikut garis panduan rasmi sesi Assessment Center. Ada yang bertanya boleh atau tidak bagi perempuan memakai seluar (selain aktiviti sukan), maka jawapan yang kami berikan berbentuk 'cadangan', jika boleh elakkan. Ikut sahaja panduan yang diberikan oleh pihak INTAN dan SPA ini. Untuk pakaian sukan anda boleh semak di bahagian senarai semak
Sumber Rujukan Prima: www.RujukanKerjaya.com
19
Risalah Programme Assessment Center (2014)
Senarai Semak Berikut adalah beberapa perkara yang anda perlu beri perhatian. Kalau boleh print out page ini dan buat senarai semak sebelum berangkat menuju pusat penilaian PAC nanti. 1. Surat panggilan ke Program Assessment Centre. 2. 2 keping gambar berukuran passport. 3. Skrol ijazah dan transkrip penuh (ASAL & SALINAN). 4. Sila cetak borang profil peserta (disertakan secara online, anda perlu muat turun dan cetak) untuk diisi dan diserahkan sewaktu anda mendaftar pada tarikh, masa dan tempat seperti di atas. 5. Jangan lupa membawa alat tulis ( cth: pensil 2B dan pemadam pensil untuk tujuan Ujian Sahsiah) 6. “Track bottom” dan baju t-shirt berkolar (lengan pendek bagi lelaki dan lengan panjang bagi wanita) berwarna GELAP. 7. Kasut sukan yang bersesuaian. 8. Sila ambil kira keperluan untuk pakaian bersolat (Muslim). Beri perhatian kepada 8 perkara ini dan mudah-mudahan anda tidak tertinggal barang penting dan menjawab soalan dengan tenang dan yakin tanpa gangguan yang menyebabkan anda ‘kalah sebelum bersilat’
Peringatan; •
Semasa pendaftaran, anda dikehendaki memakai pakaian pejabat.
•
Sila ambil maklum bahawa penginapan disediakan untuk malam pertama sahaja.
•
Kegagalan mengemukakan dokumen seperti yang dikehendaki serta mengemukakan maklumat palsu akan menjejaskan peluang anda dalam urusan ini.
Sumber Rujukan Prima: www.RujukanKerjaya.com
20
Risalah Programme Assessment Center (2014)
Doa dan Tawakal Jangan lupa juga tawakal dan berserah kepada tuhan. Untuk MUSLIM, anda harus sedar semuanya datang dari Allah dan yang penting sepanjang
ujian
PAC
ialah
ketenangan,
kelancaran dan buah fikiran yang datang mencurah-curah. Bacalah doa-doa dan ayat quran terpilih untuk tujuan itu. Antara amalan biasa yang selalu dibaca untuk menenangkan diri dan bersesuaian dengan ujian PAC ini ialah; •
Surah Al-Inshirah
•
Doa dipermudahkan “Ya
Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki”
Bacalah dua perkara ini sambil menggosok-gosak dada anda. Semoga anda tenang dan tidak gemuruh. Selamat berjaya untuk semua calon Ujian PAC 2014 dan semoga berjaya melayakkan diri untuk temuduga pula nanti!
Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com
21
Risalah Programme Assessment Center (2014)
Penutup Maklumat-maklumat yang anda perolehi ini adalah hasil pengumpulan Team Tipsptd (Infokerjaya) khas untuk pre PAC 2014. Penguasaan Bahasa Inggeris memainkan peranan yang amat penting untuk PAC dan dijangka tahun 2014 ini penilaian lebih memihak kepada calon yang punya kelebihan
penguasaan bahasa Inggeris yang baik. Untuk yang kurang yakin tentang
kemampuan bahasa Inggeris, Team Tipsptd mencadangkan rujukan ini untuk anda;
http://tipsptd.com/go/english Akhir sekali percaya pada rezeki yang dikurniakan olehNya kerana kadang-kala usaha yang bersungguh-sungguh tanpa tawakkal dan percaya pada kurniaanNya pun, tidak akan membawa apa-apa makna. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh dan penuh harapan. Cubalah sebaik mungkin dan semoga berjaya!
Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com
22