PROJEK BLISS: TRANSFORMASI DIRIKU TERMA DAN SYARAT A.
SYARAT ASAS 1. Penganjur
2. Nama Peraduan 3. Penerangan Ringkas Peraduan / Program
ASTRO RADIO SDN BHD All Asia Broadcast Centre Technology Park Malaysia Lebuhraya Puchong Sungai Besi Bukit Jalil 57000 Kuala Lumpur Projek Bliss: Transformasi Diriku Pertandingan ini diadakan untuk memilih lapan peserta akhir untuk mengambil bahagian dalam Bliss Projek: Transformasi Diriku siri realiti di mana mereka akan dilatih dan bersaing antara satu sama lain untuk memenangi gelaran Bintang Bliss® dan hadiah bernilai RM47,500. Lapan finalis yang disenarai pendek perlu menjalani 7 hari kelas dan cabaran.
4. Mekanisma Ringkas Peraduan
Pemilihan perserta bermula daripada 22 Februari 2016 sehingga 24 Mac 2016. Kaedah Penghantaran: 1. Laman Web 2. Onground Roadshow & Lokasi Persampelan 3. Pos Penapisan Senarai & Finalis - 60 peserta yang terpilih akan disenarai pendek untuk menghadiri uji bakat tertutup. - Daripada 60 peserta, 8 peserta akhir yang terpilih dikehendaki menghadiri pengambaran Projek Bliss: Transformasi Diriku. - Para finalis akan perlu melalui cabaran dan seorang pemenang Hadiah Utama akan dipilih. Nota: Para Peserta mesti mematuhi mekanisma Peraduan ini sebagaimana yang diberitahu atau disampaikan oleh pihak Penganjur semasa Tempoh Peraduan. Peserta mesti bersetuju dengan semua terma dan syarat dan Notis Privasi diperlukan dalam borang penyerahan untuk layak. Pihak Penganjur mempunyai hak untuk mengubah, menangguhkan atau menjadual semula Tempoh Peraduan atau mana-mana tarikh itu mengikut budi bicara mutlaknya.
5. Kriteria Kelayakan
Tertakluk kepada kriteria lain yang dinyatakan di bawah dan di dalam Terma dan Syarat Peraduan, Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia dari Umur Kelayakan yang dinyatakan di bawah yang mempunyai kad pengenalan Malaysia yang sah dan -1-
menetap di Malaysia. 6. Ketidaklayakan
a) Pekerja-pekerja Astro Malaysia Holdings Berhad, kumpulan syarikatnya dan *ahli-ahli keluarga terdekat mereka; b) Pekerja-pekerja Nestle dan *ahli-ahli keluarga terdekat mereka. c) Kakitangan pengiklanan Nestle dan agensi promosi dan *ahliahli keluarga terdekat mereka * "Ahli-ahli keluarga terdekat" termasuk pasangan, anak, ibubapa, adik-beradik.
7. Umur Kelayakan
Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas, bermakna tidak kurang daripada 18 tahun pada 22 Februari 2016. Jika Peserta dilahirkan sebelum tarikh yang dinyatakan, peserta tersebut tidak layak untuk menyertai Peraduan ini.
8. Caj
Pihak Penganjur tidak mengenakan penyertaan Peraduan daripada Peserta.
9. Tempoh Peraduan
Projek Bliss: Transformasi Diriku berlangsung dari 22 Februari 2016 sehingga 29 May 2016.
apa-apa
caj
untuk
Tempoh Penyertaan Peraduan adalah dari 22 Februari 2016 sehingga 24 Mac 2016. 60 calon yang disenarai pendek dikehendaki menghadiri uji bakat. 8 peserta akhir akan dikehendaki untuk menghadiri 7 hari penggambaran dalam bulan April 2016. Jadual sebenar akan disediakan semasa uji bakat. Pihak Penganjur mempunyai hak untuk mengubah, menangguh dan / atau menjadual semula Tempoh Peraduan atau manamana tarikh itu mengikut budi bicara mutlaknya. 10. Bahasa Peraduan
Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia
11. Prosedur Penyertaan Kaedah Penghantaran: 1. Laman Web - Layari www.projekbliss.com.my - Muat naik foto atau video anda. - Beritahu kami "Kenapa anda ingin meningkatkan kecantikan dalaman anda?" dalam 30 patah perkataan atau kurang. - Muat naik resit atau bukti pembelian bagi mana-mana produk Nestle Bliss (minimum 1 botol 700g). - Hantar butiran peribadi anda: Nama, No. Kad Pengenalan, No. Telefon, E-mel - Sertakan juga pautan ke halaman profil Facebook atau Instagram anda. 2. Pameran Bergerak & Lokasi Persampelan - Dapatkan borang dari dalam kedai sampel gerai dan pameran bergerak. - Lampirkan foto / gambar diri sendiri diri anda dan resit atau bukti pembelian bagi mana-mana produk Nestle Bliss (minimum 1 botol 700g).
-2-
- Beritahu kami "Kenapa anda ingin meningkatkan kecantikan dalaman anda?" dalam 30 patah perkataan atau kurang. - Sertakan juga pautan ke halaman profil Facebook atau Instagram anda. - Serahkan borang yang lengkap kepada promoter dalam pameran bergerak Nestle dan lokasi persampelan. Rujuk senarai penuh lokasi di www.projekbliss.com.my 3. Pos - Dapatkan borang dari kedai-kedai yang mengambil bahagian (pasar raya besar dan pasar raya). - Lampirkan foto / gambar diri sendiri diri anda dan resit atau bukti pembelian bagi mana-mana produk Nestle Bliss (700g minimum). - Lengkapkan borang dan poskan ke alamat ini: Projek Bliss Contest Astro Radio Sdn Bhd All Asia Broadcast Centre Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, Malaysia. - Yuran Bayaran pos akan ditanggung oleh peserta 12. Tarikh akhir Kemasukan Semua Penyertaan mesti diterima oleh Penganjur pada atau sebelum 11:59, 24 Mac 2016. Penyertaan yang diterima sebelum bermulanya Tempoh Peraduan atau selepas Tarikh Akhir Kemasukan yang ditetapkan akan dibatalkan kelayakan dan tidak layak untuk dipertimbangkan penyertaan dan / atau Hadiah. 13. Kaedah 14. Laman Peraduan 15. Pemilihan Pemenang
Online, Pameran Bergerak Projek Bliss atau Pos. www.projekbliss.com.my Finalis x 3 • 60 peserta akan disenarai pendek untuk menghadiri uji bakat tertutup. • Tertakluk kepada budi bicara mutlak pihak Penganjur, seseorang calon yang disenarai pendek yang gagal menghadiri uji bakat itu boleh hilang kelayakan • Daripada 60, lapan (8) peserta akhir yang terpilih akan dikehendaki menghadiri pengambaran bersama Projek Bliss. • Sekiranya peserta akhir yang dipilih tidak dapat mengambil bahagian dalam pengambaran ini, finalis tersebut mungkin hilang kelayakan mengikut budi bicara pihak Penganjur, di mana calon yang akan datang dengan skor yang paling dekat dengan 8 peserta akhir akan menggantikan finalis tersebut untuk bersaing bagi merebut Hadiah Utama . • 3 finalis akhir yang menyempurnakan pengambaran bersama Projek Bliss akan diberikan hadiah sagu hati. Pemenang Hadiah Utama x 1 • 1 daripada 8 finalis yang memenangi cabaran Projek Bliss akan menjadi pemenang hadiah utama. Pemenang Cabaran • Finalis juga akan dapat bersaing dalam cabaran yang berlaku
-3-
dalam pengambaran Projek Bliss. • Setiap cabaran hanya mempunyai satu pemenang (individu atau pasukan). Nota: Keputusan Penganjur adalah muktamad dan sebarang pertanyaan dan / atau rayuan tidak akan dilayan. Pemenang akan diumumkan secara rasmi mengikut Fasal 17 di bawah. 16. Hadiah Hadiah Utama x 1 (dengan jumlah hadiah bernilai RM47,500) - Untuk menjadi Bintang Projek Bliss - RM20,000 Hadiah Wang Tunai - Perjalanan untuk 2 orang ke Paris (termasuk penerbangan pergi-balik KL-Paris-KL dan penginapan 5 malam) bernilai RM27,500 Peserta akhir (Saguhati) x 3 - RM5,000 tunai setiap peserta Pemenang Cabaran X 3 - Hadiah wang tunai RM5,000 17. Pemberitahuan pemenang
Peserta akhir dan nama pemenang hadiah utama akan diumumkan dan diterbitkan oleh Penganjur di www.projekbliss.com.my pada tarikh siaran episod akhir. Atau mana-mana tarikh lain yang akan dimaklumkan oleh pihak Penganjur dari semasa ke semasa.
18. Jangkamasa Tuntutan Dalam masa satu (1) bulan dari pemberitahuan pemenang oleh Penganjur. Hadiah yang tidak dituntut dalam tempoh yang ditetapkan akan dibatalkan. 19. Tempat Tuntutan
20. Syarat Tambahan, jika ada
ASTRO RADIO SDN BHD All Asia Broadcast Centre Technology Park Malaysia Bukit Jalil 57000 Kuala Lumpur Malaysia atau mana-mana tempat lain sebagaimana yang ditentukan oleh pihak Penganjur. a) Jika berlaku apa-apa percanggahan peraturan Peraduan (termasuk pemilihan kriteria pemenang) di antara Terma dan Syarat ini dan terma-terma yang terkandung dalam www.projekbliss.com.my, Terma dan Syarat ini akan diguna pakai. b) Setiap cabaran yang berlaku semasa penggambaran Projek Bliss mungkin mempunyai syarat-syaratnya sendiri. c) Data peribadi dan maklumat lain yang anda berikan akan digunakan dan diproses mengikut Notis Privasi Penganjur dan akan dipindahkan kepada penaja Peraduan kami untuk mentadbir dan menilai penyertaan anda dalam Peraduan. d) Pemenang Hadiah Utama perlu menandatangani perjanjian dengan Nestle berhubung tanggungjawab dan komitment yang dipersetujui selama 18 bulan bermula dari tarikh
-4-
menang, sepertimana yang tertera di bawah: i. 3 kali kehadiran di acara Nestle ii. Penggunaan imej / gambar pemenang untuk segala media POSM, digital, iklan akhbar, media luar rumah serta kenderaan, iklan TV, iklan radio Nestle Bliss iii. mengekalkan penampilan jenama yang sihat iv. mempromosikan Bliss 2 bulan sekali di media social (bahan diluluskan oleh Nestle sebelum pengeluaran) e) 3 peserta akhir perlu menandatangani perjanjian dengan Nestle berhubung penggunaan bahan video selama 18 bulan bermula dari tarikh menang.
Semua peserta yang mengambil bahagian dalam Peraduan ini ("Peserta") akan terikat dengan semua Terma Asas dan Terma serta Syarat Lazim Peraduan (secara kolektif "Terma dan Syarat") dan Notis Privasi. Definisi di dalam Terma dan Syarat Peraduan akan digunakan kecuali dinyatakan sebaliknya dalam Terma Asas. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan di antara Terma Peraduan Asas, Terma Peraduan dan Syarat ini dan Notis Privasi, Terma Asas dan Notis Privasi ini akan mengatasi sebarang ketidakselarasan tersebut. Kemasukan dan penyertaan di dalam Peraduan ini akan dianggap sebagai penerimaan tanpa syarat oleh semua Peserta.
-5-