Program Pertukaran Pelajar dan Belia untuk Jaringan Jepun – Asia Timur Abad ke-21 Rombongan Kedua Delegasi Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah Malaysia ke Jepun (17 Jun 2008 – 26 Jun 2008)
Laporan
Julai 2008 Japan International Cooperation Center
Maklumat Ringkas Delegasi Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah Malaysia ke Jepun Rombongan Kedua ◆Tempoh Lawatan
17 Jun 2008 – 26 Jun 2008 ◆Bilangan peserta
40 orang : 35 pelajar sekolah menengah (18 lelaki, 17 perempuan) 5 pegawai pengiring (seorang pegawai dari Kementerian Pelajaran Malaysia, 4 guru dari sekolah menengah) ◆Bilangan sekolah yang dihantar
34 sekolah : 19 buah sekolah menengah sains 7 buah sekolah menengah 6 buah sekolah berasrama penuh integrasi 2 buah sekolah agama ◆Bilangan peserta mengikut Negeri / Wilayah Persekutuan
Perlis Kedah Pulau Pinang Perak Kelantan Terengganu Pahang Selangor
1 orang 4 orang 1 orang 5 orang 1 orang 1 orang 4 orang 6 orang
Negeri Sembilan Melaka Johor Sabah Sarawak Kuala Lumpur Putrajaya Labuan
◆Wilayah yang telah dilawati di Jepun
3 buah wilayah (Tokyo, Aomori dan Ibaraki) ◆Bilangan keluarga angkat
34 buah keluarga : Aomori (17), Ibaraki (17) ◆Sekolah yang telah dilawati
Kumpulan Aomori : SMT Aomori Minami Kumpulan Ibaraki : SMT Ushiku Afiliasi Universiti Toyo
3 2 3 3 2 1 2 1
orang orang orang orang orang orang orang orang
Jadual Keseluruhan Bilangan Wilayah dilawati : 3 buah
Kumpulan Aomori
Kumpulan Ibaraki
20 orang (3 pegawai pengiring, 17 pelajar)
20 orang (2 pegawai pengiringi, 18 pelajar)
Bilangan peserta Tarikh
1 Selasa 17 Jun
AM
Bilangan SMT yang terlibat : 2 buah
KLIA 22.50 (Isnin, 16 Jun) → Narita 06:55 (JL724) Lawatan ke Taman Istana Maharaja (Sesi bergambar) / Lawatan ke Menara Tokyo
PM Orientasi AM Syarahan 'Mengenali Negeri Jepun' (oleh En. Murai Takeshi dari Universiti Obirin) 2 Rabu 18 Jun
3 Khamis19 Jun
PM
Lawatan ke Muzium Sains dan Inovasi Negara / Kunjungan Hormat ke Kementerian Luar Negeri Jepun
AM Bertolak ke Aomori
Lawatan ke Loji Rawatan Air Sisa Shingashi, Biro Pembetungan Tokyo
Kunjungan Hormat kepada Datuk Bandar Aomori / Lawatan ke Nebuta no Sato PM (Kampung Nebuta) / Lawatan ke Universiti Aomori Chuo Gakuin
Lawatan ke Muzium Edo-Tokyo / Bersiar-siar di Asakusa
Mencuba membuat mi Jepun dan jem kasis di Bertolak ke Ibaraki / AM Pusat Latihan Teknologi Pertanian Bandar Lawatasn ke Ushiku Clean Center Aomori 4 Jumaat20 Jun PM
Interaksi dengan pelajar-pelajar Sekolah Lawatan ke AIST Science Square Tsukuba / Menengah Tinggi Aomori Minami / Homestay Lawatan ke Pusat Angkasa JAXA
AM
Interaksi bersama keluarga-keluarga angkat melalui rekreasi
Bersiar-siar di Tasik Kasumigaura dengan kapal persiaran / Lawatan ke Taman Suigou
PM
Memetik buah ceri di Ladang Epal Agro Pelancongan Aomori / Homestay
Sesi pertemuan dengan keluarga angkat / Homestay
5 Sabtu 21 Jun
6 Ahad 22 Jun
AM Homestay
Homestay
PM Jamuan perpisahan dengan keluarga angkat
Homestay
AM 7
Isnin 23 Jun
Lawatan ke Tapak Peninggalan SannaiMaruyama
PM Lawatan ke pusat pembiakan kerang kapis
Interaksi dengan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Tinggi Ushiku Afiliasi Universiti Toyo - sama seperti di atas - / Homestay
AM
Bengkel pertukaran pendapat / Bertolak ke Tokyo
- sama seperti di atas -
PM
Lawatan ke Muzium Edo-Tokyo / Bersiar-siar di Asakusa
- sama seperti di atas - / Jamuan Perpisahan
AM
Lawatan ke Loji Rawatan Air Sisa Shingashi, Bengkel pertukaran pendapat Biro Pembetungan Tokyo
8 Selasa 24 Jun
9 Rabu 25 Jun
Lawatan ke Bangunan Kerajaan Metropolitan Bertolak ke Tokyo PM Tokyo Pembentangan hasil perbincangan bengkel / Jamuan makan malam
10 Khamis26 Jun AM Pulang ke tanah air, Narita 14.05 → KLIA 20.20 (JL723)
Gambar-Gambar Kenangan 【Program Am】
Lawatan ke Loji Rawatan Air Sisa Shingashi
Bertanya soalan semasa syarahan mengenali Jepun
Kunjungan hormat ke Kementerian Luar Negeri Jepun
Bengkel pertukaran pendapat
Bengkel pertukaran pendapat
【Kumpulan Aomori】
Mencuba kaligrafi di SMT Aomori Minami
Belajar sejarah zaman kuno di Tapak Peninggalan Sannai-Maruyama
Seronok memakai Yukata seragam
Mencuba membuat “Udon (mi Jepun)”
Mencuba menangkap kerang kapis
【Kumpulan Ibaraki】
Lawatan ke Pusat Angkasa JAXA
Upacara minum teh di SMT Ushiku Afiliasi Univ. Toyo
Pergi ke sekolah bersama rakan palajar
Mempersembahkan Zapin di sekolah
Gambar kenangan selepas tamat jamuan makan malam
Laporan Bengkel Pertukaran Pendapat Pelajar-pelajar sekolah menengah Malaysia telah menyertai program selama 10 hari ini dengan membawa pelbagai pandangan dan harapan mereka. Sepanjang tempoh program ini, mereka telah berinteraksi di sekolah, tinggal bersama keluarga angkat, belajar tentang alam sekitar, tradisi, kebudayaan dan sebagainya yang dilaksanakan di wilayah-wilayah yang dilawati. Setelah tamat program tersebut, mereka mengikuti Bengkel Pertukaran Pendapat untuk berbincang tentang “Perkara-perkara yang telah diperolehi di Jepun”. Matlamat bengkel ini dilaksanakan adalah seperti berikut. 1. Supaya setiap pelajar dapat mengutarakan pendapat tentang “perkara-perkara yang disedari” (pengetahuan, pemahaman) di Jepun. 2. Supaya pengetahuan dan pemahaman yang telah diperolehi akan kekal dan terus menjadi motivasi untuk saling memahami kelainan budaya. 3. Supaya “perkara yang disedari” (pengetahuan, pemahaman) itu dapat difahami dengan lebih mendalam setelah bertukar pendapat dengan peserta lain. 4. Merumuskan “perkara yang disedari” yang telah dibincangkan ke dalam bentuk mesej supaya dapat menjadikannya sebagai pemangkin kepada persefahaman antara Jepun dan Malaysia.
Setiap kumpulan begitu aktif mengemukakan pendapat secara berterus-terang. Bagaimanapun, oleh sebab kebanyakan mereka pertama kali menyertai bengkel seumpama ini, terdapat kumpulan yang tidak merumuskan hasil perbincangan dalam bentuk mesej seperti yang dikehendaki, tetapi merumuskannya mengikut kaedah mereka sendiri. Laporan Bengkel bagi setiap kumpulan disertakan pada muka surat seterusnya.
Kumpulan : Aomori
Hari pelaksanaan : 24 Jun 2008
Ⅰ Perkara yang disedari mengenai Jepun (Kategori : TEKNOLOGI) - Alam sekitar - Kemudahan - Internet, telefon bimbit - Globalisasi (Kategori : CARA HIDUP / SOSIOBUDAYA) - Fesyen - Aktiviti harian - Budaya tradisional - Pekerjaan (Kategori : PENDIDIKAN) - Nilai-nilai murni - Perniagaan - Sistem persekolahan - Pembelajaran (Lain-lain) - Perbezaan dengan negara Malaysia - Beberapa komplikasi dalam negara Jepun
- Infrastruktur
- Makanan
Ⅱ Kandungan Perbincangan Perkara-perkara perdana yang dibincangkan (a) Kebaikan-kebaikan utama Jepun - Tahap kebersihan tinggi - Prihatin akan agama lain - Teknologi : canggih dan teratur, mudahkan hidup - Tidak pernah penat ucapkan “aisatsu (ucapan)” di mana-mana jua - Pentingkan kerjasama dan keadilan - Pentingkan penggunaan kenderaan awam, kesejahteraan alam sekitar (b) Komplikasi yang dihadapi - Wang kertas tiada spesifikasi keselamatan - Terlampau banyak duit syiling, menyukarkan pelancong - Ketidakmampuan berbahasa Inggeris dengan lancar - Tanah mahal, rumah kediaman padat - Bahan-bahan lucah agak banyak (c) Perbandingan dengan Malaysia - Disiplin remaja Malaysia lebih tinggi - Infrastruktur bangunan Malaysia lebih unik dan menarik - Kebersihan Malaysia agak kurang - Disiplin hidup dan kesedaran Jepun dalam aktiviti harian lebih baik Ⅲ Kesimpulan - Kedua-dua buah negara mempunyai kebaikan dan keburukan masing-masing yang mampu diperbaik dari masa ke masa. - Kita sebagai pemimpin masa depan wajar memulakan proses perubahan untuk memberikan anjakan paradigma terhadap perkembangan negara dalam semua aspek. - Perkataan “Skema” dan slogan “Janji Melayu” perlu dimansuhkan dalam kamus kehidupan kita. - Kerjasama yang erat antara dua negara perlu diperkukuh demi menjamin masa hadapan dan generasi yang akan menerajui dunia kelak.
Kumpulan : Ibaraki
Hari pelaksanaan : 25 Jun 2008
Ⅰ Perkara yang disedari mengenai Jepun (Kategori : BUDAYA) - Masyarakat Jepun sangat mementingkan pengurusan masa. Masa perlu ditepati seperti yang dijanjikan. - Patuh kepada sesuatu arahan atau suruhan oleh pihak kerajaan Jepun. (Kategori : PENDIDIKAN) - Di Malaysia, rakyat yang merupakan para pelajar akan menghadapi 3 peperiksaan besar iaitu UPSR, PMR dan SPM. - Di Jepun, setiap minggu murid-murid akan diberi ujian. (Kategori : TEKNOLOGI) - Bioteknologi di Malaysia dilaksanakan dalam bidang pertanian. - Bioteknologi di Jepun dilaksanakan dalam proses pengitaran semula sampah sarap. (Lain-lain) - Kebersihan merupakan salah satu aspek yang penting. - Rakyat Jepun sangat menjaga privacy orang lain. Handphone silent-mode di tempat-tempat awam. Lipat surat khabar yang besar jadi kecil dalam kereta api. Ⅱ Kandungan Perbincangan(Tajuk: Perkara-perkara yang positif di Malaysia dan Jepun) - Rakyat Jepun sedang bekerjasama dengan kerajaan Jepun untuk menjimatkan elektrik dan air. Kempen “COOL BIZ” telah dilaksanakan. - Malaysia mempunyai keistimewaan sendiri. Contohnya, Pulau Sipadan merupakan tempat tercantik di dunia. Ia merupakan sebuah pulau. - Di sekolah-sekolah di Jepun, para pelajar berasa sangat seronok datang ke sekolah. Bagi para guru, sekolah merupakan tempat untuk pelajar berasa seronok. Oleh itu, para guru akan berusaha mewujudkan suasana itu. - Di Malaysia, para pelajar hanya perlu menumpukan perhatian sepenuhnya kepada penerangan oleh guru. Para guru akan memastikan pelajar tidak melakukan perkara-perkara yang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Ⅲ Kesimpulan - Setiap perkara yang positif yang boleh dicontohi di negara Jepun boleh diaplikasikan di negara Malaysia. Semoga perhubungan antara negara Malaysia dan Jepun boleh diteruskan. - Pengalaman di sini (Jepun) akan dikongsi bersama dengan keluarga, rakan-rakan, guru-guru dan orang lain. - Banyak perkara yang boleh menjadi amalan masyarakat Malaysia pada masa akan datang.
Luahan Pendapat Pelajar Kumpulan Aomori - Pada mulanya, saya agak risau untuk menyertai aktiviti program yang telah disediakan kerana takut untuk berinteraksi dengan orang Jepun. Namun, selepas itu, saya berasa sangat selesa dan gembira setelah biasa berada di sini. Saya berharap dapat pulang ke Malaysia dengan ilmu yang banyak tentang Jepun supaya saya dapat menerangkan kepada orang lain tentang pengalaman di sini. - Dapat mempelajari pelbagai perkara yang tidak diketahui sebelum ini. Saya berasa negara Jepun lebih dekat lagi daripada dahulu. - Bagi saya, idea meminta bantuan daripada pelajar Malaysia yang menyambung belajar di Jepun adalah bagus. Hal ini kerana dapat memudahkan interaksi dengan orang Jepun dan juga dapat menaikkan lagi semangat para peserta untuk berusaha belajar bersungguh-sungguh. - Saya berasa sangat gembira menyertai program ini kerana setelah sekian lama saya bercita-cita untuk melancong ke Jepun dan mempelajari budaya Jepun sendiri kini telah tercapai. Saya juga dapat pengalaman secara lebih dekat tentang masyarakat Jepun jika dahulu sekadar menonton dalam televisyen dan mendapat maklumat menersi internet. Semestinya kenangan ini merupakan kenangan yang terindah yang sukar untuk dilupakan. Saya amat berharap pada masa akan datang, saya akan dapat datang ke Jepun lagi kerana banyak tempat menarik di Jepun yang saya belum dilawati lagi. - Program interaksi ini merupakan satu program yang bermanfaat bagi para pelajar dan belia bagi menjana pemikiran masing-masing dalam menentukan hala tuju kedua-dua buah negara pada masa hadapan. Selain itu, saya juga berasa gembira kerana dapat mempelajari budaya orang Jepun secara praktikal. - Saya dapat mempelajari gaya hidup orang Jepun dan menambah ilmu pengetahuan tentang negara Jepun. Teknologi Jepun yang berbeza dan jauh lebih maju berbanding dengan Malaysia membuatkan saya berasa kagum dan berazam untuk menjadikan Malaysia seperti negara Jepun suatu hari nanti. Pengalaman selama berada di negara Jepun akan saya kongsi dengan keluarga dan rakan-rakan supaya dapat difikirkan bersama cara untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang maju. - Program ini sangat bagus kerana berjaya mencipta hubungan antara dua buah negara lebih erat melalui interaksi orang Jepun dan Malaysia. Ia juga memberi pandangan saya terhadap negara Jepun menjadi lebih tinggi kerana dalam mengejar kemajuan, budaya dan tradisi tetap dikekalkan. - Perasaan saya amat gembira apabila dapat berinteraksi dengan kawan sekolah di Jepun dan keluarga angkat jadi saya berasa masa lawatan perlu dipanjangkan lagi. Saya berasa sedih kerana terpaksa meninggalkan Jepun dan keluarga angkat.
-
Program ini harus diberi pujian kerana matlamat jangka panjangnya yang bertujuan untuk membentuk sifat kepimpinan dalam diri generasi muda masa kini yang bakal menerajui kepimpinan masa hadapan Asia Timur. Sangat memberi erti dalam kehidupan kami peserta yang menyertai program ini. - Saya amat berbangga dan bersyukur kerana terpilih menyertai program yang sungguh bermakna untuk kehidupan saya kini, esok dan seterusnya. Saya bertambah yakin untuk menjadi pelajar yang berperibadi unggul dan berasa terpanggil untuk menjadi pemimpin yang berkaliber untuk menerajui negara dengan mengambil semua kebaikan Jepun dan menerapkannya dalam kebudayaan Malaysia. Program ini juga mengajar saya erti hidup yang sebenar, memupuk kasih sayang yang jitu dan membuka mata terhadap kecangihan teknologi, perkembangan fizikal dan mental orang Jepun dan juga proses pembangunan negaranya dalam pelbagai aspek. Saya telah mampu meneroka betapa baiknya dan indahnya kehidupan di negara ini dan berharap bahawa satu hari nanti, saya mampu membawa perubahan kepada dunia. - Saya amat ingin belajar di Jepun. - Program ini memberikan satu pengalaman yang bermakna dan sukar dilupakan untuk melawat Jepun dan merasai sendiri pengalaman tinggal bersama orang Jepun. - Program ini telah mengajar saya erti sebuah persahabatan dan telah membina sedikit sebanyak keyakinan diri saya di samping membantu saya menguasai bahasa Jepun dengan lebih mendalam. Secara keseluruhannya, saya amat sukakan aktiviti ini dan sayang keluarga angkat saya.
Kumpulan Ibaraki - Saya bersasa sangat seronok sepanjang berada di Jepun. Banyak sangat perkara yang saya dapat sepanjang di sini, contohnya pelajaran di Jepun, cara hidup orang Jepun, budaya dan sebagainya. Saya bersasa sedih dan terharu terhadap keluarga angkat dan kawan yang juga berasa sedih untuk meninggalkan mereka dan kami juga. Saya akan terkenang akan mereka dan rindu dengan mereka. - Banyak perubahan dalam diri yang saya dapat buat. Dapat merapatkan hubungan antara orang Malaysia dan Jepun. Berasa gembira kerana mereka tidak melayan seperti orang asing. Meningkatkan keinginan untuk meneruskan pelajaran di Jepun - Saya memang gembira dengan program ini kerana dapat belajar banyak perkara melaluinya. Meskipun terdapat kerisauan dalam komunikasi, namun semuanya ternyata okay. Program homestay merupakan program yang paling bagus kerana saya dapat mengenali negara Jepun dengan sedalam-dalamnya. Banyak benda yang saya pelajari seperti budaya, ekonomi, teknologi dan cara hidup orang Jepun.
-
-
-
-
-
-
-
-
Program ini sangat bermakna bagi saya. Banyak pengalaman dan pengetahuan yang telah saya timpa. Saya berharap program ini diteruskan agar generasi akan datang merasainya seperti kami. Rakan sekolah yang sangat ramah membuatkan saya berasa selesa. Saya bersasa begitu bertuah dapat menyertai program ini. Banyak yang telah saya pelajari seperti orang Jepun sangat menghormati orang lain, mereka mematuhi peraturan, teknologi Jepun sangat canggih, mereka bangga dengan bahasa mereka, dan banyak lagi..... Pengalaman berharga ini ingin saya kongsi dengan rakan dan keluarga di Malaysia dan akan saya gunakan untuk melakukan perubahan di masa hadapan agar Malaysia juga setanding Jepun. Pengalaman baru dan kenangan manis melalui program ini tidak dapat saya lupakan. Saya rasa program ini amat bagus bagi membina satu hubungan baik antara Jepun dan Malaysia. Program ini merupakan satu langkah yang baik untuk mengutuhkan lagi talian persahabatan antara negara ASEAN. Selain itu, bagi saya sendiri, melalui program homestay dan pertukaran pelajar, kedua-dua aktiviti ini memberikan satu pengalaman yang amat bermanfaat kepada saya. Ini disebabkan apabila saya mengalami kesukaran semasa berkomunikasi dengan mereka, saya dapat menyedari bahawa jika kita tidak terus menambahkan ilmu pengetahuan terutamanya penguasaan dalam bahasa asing, kita akan mudah dipergunakan oleh mereka. Program ini membuatkan saya memberi tanggapan yang baik kepada negara Jepun. Saya akan berkongsi pengalaman ini dengan rakan-rakan di Malaysia dan mengaplikasi perkara yang baik di Jepun. Saya begitu sedih meninggalkan keluarga angkat kerana seronok hidup bersama dengan mereka. Saya berpendapat bahawa program ini perlu diteruskan agar para pelajar negara-negara di dunia dapat mengetahui negara Jepun dengan sangat mendalam. Saya percaya banyak perkara yang positif boleh diperolehi di Jepun. Program ini memang patut dijalankan dan saya yakin misi program ini akan tercapai dengan mudah kerana peserta yang menyertai program ini sudah tentu akan menghargai setiap detik yang ada. Rakan-rakan Jepun amat mesra dan saya rasa seronok menaiki “densha” untuk pergi ke sekolah. Dapat mempelajari bahasa Jepun dengan lebih baik. Terasa amat dihargai. Pengalaman ini tidak dapat diganti.